Anda di halaman 1dari 29

Karya:Mohamed Latiff Mohamed

Mak Timah tabah dalam membesarkan seorang anak angkat


yang cacat,iaitu Pungut.Nama sebenar Pungut ialah
Zahara,manakala nama asalnya Yap Siew Hong.Pungut
dilahirkan cacat,iaitu saiz badannya hanya sebesar sebiji buah
betik.Keadaan ini menyebabkan Siew Lan,ibu Pungut tidak
mahu memeliharanya berbanding dengan empat orang anaknya
yang sihat dan montel.Oleh sebab itu,Bibik,nenek kepada
Pungut telah menyerahkannya kepada Mak Timah bersama surat
sumpah yang ditukar nama serta wang tunai sebanyak seratus
lima puluh ringgit.Mak Timah yang keberatan pada
mulanya,akhirnya menerima Pungut sebagai anak angkatnya
kerana berasa kasihan Pungut.Desakan Katijah dan Munah yang
mahukan adik turut menguatkan semangat Mak Timah untuk
mengambil Pungut sebagai anak angkatnya.Mak Timah
menyangkakan Pungut yang bersaiz kecil itu akan membesar
sekiranya dipelihara dengan baik dan sempurna.
Pungut yang diramalkan boleh hidup selama dua
tahun sahaja oleh doktor kini telah membesar menjadi
seorang gadis yang berumur 24 tahun.Namun
begitu,kecacatan Pungut menyebabkan dia tidak
dapat berdikari dan tidak tahu mengurus diri
sendiri.Harapan Mak Timah untuk melihat Pungut
membesar seperti manusia biasa musnah.
Malah,harapan Mak Timah supaya Pungut membesar
dengat sihat dan bekerja untuk mambantunya dan
menjaganya apabila dia telah tua tidak
kesampaian.Sebaliknya,segala keperluannya diuruskan
oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit.
Keadaan Pungut yang cacat menyebabkan
pergerakan Mak Timah terbatas untuk kerumah anak-
anaknya.Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan
meninggal dunia lebih dahulu sebelumnya kerana dia
tahu bahawa pasti tiada orang yang sudi menjaga
Pungut selepas kematiannya.Mak Timah sangat
sayang akan Pungut walaupun anak-anaknya tidak
menyenanginya.Anak lelaki Mak Timah
mencadangkan agar Mak Timah menghantar Pungut
ke rumah kanak-kanak cacat,namun dia tidak sampai
hati kerana kerana dia amat sayang akan Pungut.Mak
Timah berazam akan memelihara Pungut hingga akhir
hayatnya..
Cerpen ini bertemakan ketabahan seorang ibu dalam
membesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih
bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang

-Perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak
angkat.Contohnya,Mak Timah tidak sampai hati untuk menghantar
Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
-Kepercayaan kepada Qadak dan Qadar kerana manusia hanya merancang
tetapi Allah S.W.T.yang menentukan segala-galanya.Contohnya,Mak
Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan meninggal dunia lebih dahulu
sebelumnya kerana dia tahu bahawa pasti tiada orang yang sudi menjaga
Pungut selapas kematiannya.
-Ketabahan seorang ibu angkat membesarkan anak angkatnya yang
cacat.Contohnya,Pungut tidak dapat berdikari dan menguruskan dirinya
sendiri menyebabkan Mak Timah membantunya.
-Kepercayaan terhadap amalan karut seperti anak yang membawa
sial.Contohnya,Siew Lan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah
kerana beliau cacat dan membawa sial.
-Sikap tidak berperikemanusiaan ibu kandung yang sanggup
menyerahkan anak yang cacat kepada orang lain.Contohnya,Siew Lan
sanggup menyerahkan Pungut kepada Mak Timah walaupun Pungut itu
adalah darah dagingnya sendiri.

Mak Timah
-Ibu kandung kepada Khatijah dan Munah.
-Ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad Alias Yap Siew
Hong.
-Seorang yang penyayang,iaitu amat menyayangi Pungut
yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri.
-Prihatin dan bertanggungjawab,iaitu sanggup mengambil
Pungut yang dibuang oleh keluarga kandungnya.
-Isteri yang mengambil berat akan kepayahan hutang
suaminya.
-Bersikap mesra dengan jiran tetangga.
Pungut
-Nama sebenarnya ialah Zahara binti Muhamad Alias
Yap Siew Hong.
-Berketurunan Cina.
-Berumur 24 tahun.
-Badan bersaiz sebiji buah betik ketika dilahirkan.
-Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari untuk
melakukan sebarang kerja.
-Diserahkan oleh neneknya,Bibik kepada Mak Timah
setelah ibunya,Siew Lan tidak mahu menjaganya.
Bibik
-Berketurunan Cina Peranakan.
-Nenek kepada Pungut atau Yap Siew Hong dan ibu
kepada Siew Lan.
-Fasih berbahasa Melayu.
-Tuan rumah sewa Mak Timah.
-Tidak menyukai Pungut atau Yap Siew Hong yang cacat
dan menyerahkan cucunya kepada Mak Timah.
Siew Lan
-Berketurunan Cina.
-Ibu kandung Pungut atau Yap Siew Hong.
-Tidak menyukai Yap Siew Hong yang cacat berbanding
dengan empat orang anaknya yang lain yang sihat dan
normal.

Watak-watak Sampingan Yang Lain.
-Katijah,Munah,anak lelaki/anak bongsu Mak
Timah,dan Bomoh Dollah.
Latar Tempat
-Dirumah Mak Timah.Contohnya,tempat Pungut
dibesarkan dari bayi hingga kini.
-Di rumah Bibik.Contohnya,tempat tinggal Bibik dan
Siew Lan.
-Di hospital.Contohnya,tempat Siew Lan melahirkan
Pungut.
Latar Masa
-Pada tahun 1981(ketika Pungut berumur 24
tahun).Contohnya,Mak Timah membawa Pungut ke bilik
air,membersihkan,mencebokkan,dan memandikan Pungut
yang sudah berumur 24 tahun kerana cacat dan tidak dapat
berdikari.
-Pada tahun 1957(sewaktu Pungut baru
dilahirkan).Contohnya,Bibik memberi tahu Mak Timah
tentang cucunya yang dilahirkan hanya sebesar buah betik
dan terpaksa ditahan di hospital.
-Waktu petang.Contohnya,Bibik datang menemui Mak
Timah dan menyatakan hasratnya kepada Mak Timah
untuk menyerahkan cucunya kepada orang lain.
Latar Masyarakat
-Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap golongan kurang
upaya.Contohnya,Mak Timah sanngup mengambil Pungut sebagai
anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan dibuang oleh
keluarga kandungnya.
-Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap zuriat
sendiri.Contohnya,Siew Lan sanggup menyerahkan Pungut kepada
Mak Timah kerana Pungut cacat dan dianggap membawa sial.
-Masyarakat yang mementingkan diri.Contohnya,anak bongsu Mak
Timah mendesak Mak Timah supaya menghantar Pungut ke rumah
kanak-kanak cacat kerana tidak mahu Mak Timah bersusah payah
menjaga Pungut sedangkan kesihatannya sendiri tidak menentu.
-Masyarakat kampung yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan
aman.Contohnya,Mak Timah yang berbangsa Melayu dan Bibik yang
berbangsa Cina hidup aman damai dalam satu komuniti kejiranan di
sebuah perkampungan.
Binaan Plot
-Plot cerpen ini tidak mengikut kronologi.
-Pada bahagian pengenalan atau eksposisi,diperkenalkan watak
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong yang cacat sehingga
tidak mampu mengurus diri atau berdikari.Sehubungan dengan
itu,Mak Timah terpaksa mengurus Pungut.
-Pada bahagian perkembangan,digambarkan sejak masih bayi
sehingga berumur 24 tahun,ciri fizikal dan sikap kurang upaya
Pungut tidak banyak berubah.Mak Timah berasa kesal kerana
dia menyangkakan Pungut akan bersikap normal setelah sekian
dewasa.Namun begitu,sangkaan Mak Timah meleset kerana
Pungut tidak dapat berdikari dan mengurus diri.Semua perkara
terpaksa diuruskan oleh Mak Timah sehingga menguji
kesabarannya.
-Pada bahagian perumitan,Mak Timah kurang mampu untuk
mengurus Pungut kerana dia sendiri sering sahaja sakit.Namun
begitu,disebabkan tiada orang lain yang sanggup menjaga
Pungut,mahu tidak mahu,dia terpaksa juga melakukannya demi
memastikan Pungut sentiasa bersih dan selesa.Pergerakan Mak
Timah juga terbatas disebabkan tugas rutinnya yang terpaksa
menjaga Pungut.
-Puncak atau klimaks cerpen ini adalah apabila anak lelaki Mak
Timah mendesak Mak Timah agar menghantar Pungut ke rumah
kanak-kanak cacat kerana tidak mahu ibunya itu bersusah payah
menjaga Pungut sedangkan dia sendiri selalu sahaja sakit.
-Pada tahap peleraian,Mak Timah bertekad akan menjaga Pungut
sehingga akhir hayatnya.Walau bagaimanapun,dia tidak putus-
putus berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut lebih dahulu
sebelumnya kerana bimbang Pungut akan hidup menderita
kelak.
Teknik Plot
*Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk
mengembangkan plot cerita.Antaranya termasuklah:
-Teknik Pemerian
(a)Pengarang memerihalkan keadaan Pungut yang kurang upaya
atau cacat.Contohnya,Kecacatannya amatlah menyedihkan.Dia
pekak,bisu,dan tidak mengerti apa-apa.Makan tidak tahu
sendiri,berak kencing disitu.Bahkan jika tidak diberi makan pun
dia tidak tahu cara hendah menyuapkan makanan ke
mulut.(muka surat 138)
(b)Pengarang memerihalkan kecekalan Mak Timah yang terpaksa
mengurus Pungutnyang tidak mampu berdikari walaupun pada
ketika itu dia sedang sakit.Contohnya,Mak Timah yang sedang
sakit terpaksa membersihkannya.Dengan termegah-megah,Mak
Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat
bertindak apa-apa.Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah
dalam kekotoran.Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air
kencing,bergelumang dengan najisnya sendiri.(muka surat 138)
(c)Pengarang menggambarkan keadaan ketika Mak
Timah memberi Pungut minum.Contohnya,Mak
Timah meletakkan mulut gelas ke bibir Pungut.Pungut
tidak berbuat apa-apa.Apabila gelas dijunamkan,dan
air teh susu keluar barulah Pungut membuka
mulutnya.Pungut menelan air,berdeguk-deguk
bunyinya.Air teh meleleh tumpah daripada bibir
Pungut membasahi bajunya.(muka surat 144-145)
Teknik Dialog
(a)Dialog antara Mak Timah dengan Bibik,iaitu ibu Siew Lan yang
baru melahirkan seorang anak perempuan.Contohnya,
Mengapa Bik?Mak Timah bertanya.
Siew Lan,jawabnya lambat.
Mengapa Siew Lan?tanya Mak Timah lagi,sementara mulu
anaknya Khatijah dan Munah melopong melihat Bibik.
Siew Lan sudah beranak,jawab Bibik.(muka surat 139)
(b)Dialog anak perempuanMak Timah,iaitu Khatijah yang
merengek dan meminta Mak Timah mengambil Pungut sebagai
anak angkat.Contohnya,
Ambillah mak,ambillah.Jah nak adik,Jah nak adik!Katijah
merengek,meminta dia mengambil anak Siew Lan.(muka surat
140-141)
(c)Dialog anak lelaki/anak bongsu Mak Timah yang
mendesaknya menghantar Pungut ke rumah kanak-
kanak cacat.Contahnya,
Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat.Buat susah-
susah mak pelihara si Pungut tu,apa dapat?Kalau anak
orang lain,dah besar dah boleh kerja,dah boleh bantu
bayar duit air,duit api.(muka surat 143)
Teknik Imbas Kembali
(a)Mak Timah teringat kembali akan tawaran Bibik untuk
menyerahkan Pungut kepadanya dengan pemberian wang
sebanyak seratus lima puluh.Contohnya,
Lu,mahu anak Siew Lan,ambillah.Kita kasi,kalau lu mahu.Semua
duit angkat sumpah,kita kasi.Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima
puluh ringgit.Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli
barang-barang lagaknya.(muka surat 140-141)
(b)Mak Timah mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh
Bibik mengenai sikap Siew Lan dan berhasrat menyerahkan anak
kandungnya kepada orang lain.Contohnya,
Selang seminggu Siew Lan pulang,suatu petang Bibik datang lagi.
Siew Lan tak suka dia punya anak,Bibik menerangkan.
Dia mahu kasi orang,tak ada orang mahu.Kalau tak ada orang
mahu,dia mahu buang itu budak,Bibik menerangkannya
lagi.(muka surat 140)
(c)Mak Timah mengimbas kembali kata-kata yang
diucapkan oleh Bomoh Dollah sewaktu Mak Timah
membawa Pungut berjumpa dengannya,iaitu kira-kira
dua puluh tahun lalu.Contojnya,
Budak ini terkenan patung,dia tidak boleh besar,kata
Bomoh Dollah semasa Mak Timah membawa Pungut
berjumpa dengannya kira-kira dua puluh tahun
lalu.(muka surat 142)
Teknik Monolog/Monolog Dalaman
(a)Mak Timah berfikir dalam hatinya tentang ujian kesabaran yang
diberikan oleh Allah kepadanya apabila terpaksa menjaga
Pungut yang tetap sihat wal afiat walaupun dia tidak mampu
berdikari seperti orang lain.Contohnya,
Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku,menjga dia,fikir Mak
Timah.(muka surat 138)
(b)Mak Timah bermonolog tentang rasa hairannya akan sikap
masyarakat kini yang hanya mementingkan
wang,keuntungan,dan memelihara anak hanya untuk
mendapatkan atau tidak ikhlas.Contohnya,
Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang.Semuanya mengira
duit,semuanya mahu untung,tidak mahu rugi.Pelihara anak
mahu balasan.Orang sekarang fikir Mak Timah,tidak seperti
dahulu,memelihara anak ikhlas,menolong orang ikhlas,kerana
Allah.Entahlah apa hendak jadi dengan orang sekarang
ini?(muka surat 143)
(c)Mak Timah bermonolog tentang sebab Tuhan mencipta
mausia seperti Pungut yang cacat dan diberikan nyawa
yang panjang.Contohnya,
Mak Timah kembali memikirkan,mengapakah Tuhan
mencipta manusia seperti Pungut di dunia ini?Mengapakah
Tuhan membiarkan manusia secacat Pungut ini hidup lebih
lama?(muka surat 144)
(d)Mak Timah berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa
Pungut lebih dahulu sebelumnya kerana dia tidak mahu
Pungut hidup menderita sekirannya dia meninggal dunia
lebih dahulu.Contohnya,
Mak Timah berdoa kepada Tuhan,Tuhan,ambillah nyawa
Pungut sebelum kau mengambil nyawaku,supaya dia tidak
menderita hidup,setelah aku mati nanti.Kabulkan
permintaanku,ya Allah.(muka surat 145)
-Peribahasa.Contohnya,
(a)Semua duit angkat sumpah kita kasi.(muka surat 140)
(b)Setelah pergi ke makhamah membuat surat sumpah,rasmilah anak
Siew Lan menjadi anak angkat Mak Timah.(muka surat 145)
-Simile.Contohnya,
(a)Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk,berdengung-
dengung.(muka surat 137)
(b)Tubuhnya kecil macam lidi(muka surat 137)
(c)Kelakuannya tidak ubah macam wayang patung yang
didalangkan.(muka surat 137)
(d)Kecil dua paun setengah macam buah betik.(muka surat 139)
(e)Begitulah cara Pungut makan ,sama seperti ular sawa makan ,tidak
tahu mengunyah,terus menelan benda yang diberikan sekali
gus.(muka surat 142)
-Sinkope.Contohnya,
(a) Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku,menjaga dia,fikir Mak
Timah.(muka surat 138)
(b) Perempuan,kita orang tak begitu suka anak perempuan,lagi-
lagi yang ini,kata-kata Bibik terhenti.(muka surat 139)
(c) Buat susah mak pelihara si Pungut tu,apa dapat?Kalau anak
orang lain,dah besar dah boleh kerja,dah boleh bantu bayar
duit air,duit api.(muka surat 143)
-Pengulangan atau Repitasi.Contohnya,
(a) Kesan pertama terperanjat.Kesan kedua,timbul rasa belas
kasihan kerana melihat makhluk Tuhan yang cacat
begini.Kesan ketiga,pasti kita akan merasakan bagaimana
besarnya kekuasaan Tuhan menciptakan hambanya.(muka
surat 137)
(b) Sangat kecil,sangat halus.(muka surat 138)
(c) Jantungnya kecil,perutnya kecil,seluruh pernafasannya
kecil(muka surat 138)
(d) Mak Timah terfikir pahala yang akan didapatinya.Mak Timah
terfikir amal yang bakal dibuatnya.(muka surat 141)
-Bahasa Slanga.Contohnya,
(a) Mana datok Bibik pergi tengok?(muka surat 139)
(b) Itu kita punya loktanglah.Kita punya bangsa itu
macam,anak belum beranak kita pergi tanya
datok,tengok dia punya nasib,ada baik atau
sueh,Bibik memberi keterangan lanjut.(muka surat
139-140)
(c) Lu,mahu anak Siew Lan,ambillah.Kita kasi,kalau lu
mahu.(muka surat 140)
-Hiperbola.Contohnya,
Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air
kencing,bergelumang dengan najisnya sendiri.(muka
surat 138)
-Kasih Sayang.Contohnya,Mak Timah amat menyayangi
Pungut sehingga dia sanggup bersusah payah dan
berkorban demi Pungut.
-Belas Kasihan.Contohnya,Mak Timah sanggup mengambil
Pungut sebagai anak angkat kerana kasiha akan pungut
yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya.
-Amanah.Contohnya,Mak Timah memelihara Pungut yang
cacat dengan baik sekali.
-Cekal.Contohnya,Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai
dugaan dengan cekal sepanjang memelihara Pungut.
-Bertanggungjawab.Contohnya,antara sebab Mak Timah
sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat adalah
untuk meringankan beban hutang suaminya apabila Bibik
memberinya wang sebanyak seratus lima puluh ringgit.
-Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan tanpa
mengira seseorang itu normal atau cacat.Contohnya,Mak Timah
amat menyayangi anak angkatnya Pungut walaupun Pungut
cacat.
-Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib
malang.Contohnya,Mak Timah sanggup mengambil Pungut
sebagai anak angkatnya kerana bersimpati akan nasib Pungut
yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya.
-Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam
hidup.Contohnya,Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai
dugaan dengan tabah sepanjang memelihara Pungut.
-Kita mestilah amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab.Contohnya,Mak Timah memelihara Pungut yang
cacat dengan baik sekali.

TAMAT
DIBIMBING OLEH:
CIKGU AZHAR

Anda mungkin juga menyukai