Anda di halaman 1dari 28

KARANGAN B

Tidak kurang dari 350 patah


perkataan
Soalan
• Sejak akhir-akhir ini gejala pembuangan
anak dalam kalangan remaja semakin
menjadi-jadi. Pelbagai pihak mula
memberikan perhatian serius terutama
kerajaan.
• Ulaskan pendapat anda tentang langkah-
langkah yang harus diambil untuk
menangani gejala tersebut.
Analisis
• Format :Tiada
• Tajuk :Gejala buang anak.
• Skop :langkah-langkah menanganinya
Isi- isi penting
• Langkah-langkah mengembalikannya .

Ingatingatingatingatingatingatingatingatinga
teknikteknikteknikteknikteknikteknikteknikte
Antarabangsa

Negara /Kerajaan

Sekolah
Masyarakat
Ibu bapa
Individu

Kementerian / Jabatan
Kerajaan
1. Menjalankan kempen – aktif dan
berterusan
2. Menguatkuasakan undang-undang lebih
tegas
3. Penubuhan bank bayi
Sekolah
1. Guru melalui pengajaran dan
pembelajaran
2. Mata pelajaran pendidikan seks
3. Program motivasi
Ibu bapa
1. Tanamkan nilai moral dan agama dalam
jiwa pelajar / anak-anak melalui
pengajaran / teguran / nasihat
2. Kawal / pantau pergerakan dan
pergaulan anak-anak
Pendahuluan
• Ayat apa nak guna dulu
• Ayat definisi / ayat senario ??????
• Cth isi ayat definisi:
• merupakan perlakuan / cerminan / gaya hidup tidak
sihat yang ditunjukkan oleh kelompok masyarakat
kita hari ini.
• Aktiviti tidak bermoral
• Sambung dengan isi ayat senario :
• satu isu yang membimbangkan seperti (masukkan
peribahasa yang sesuai) …………..
• wujud di seluruh negara
• Sila buat kedua-dua ayat ini.
• Ayat Definisi : ………………
• Ayat Senario : ………………
• Seterusnya ayat apa ?????
• Ayat kesankah ??? Ayat langkahkah ??? Atau ayat sebab/punca ????
• Yang mana satu nak guna ????
• Ayat punca dahulu ………
• Cth. Isi ayat punca :
• Pergaulan bebas
• kurang mendapat perhatian dari keluarga
• Kemudian baru ayat kesan ….
• Cth isi ayat kesan:
• Bayi tak berdosa menjadi mangsa
• Ramai bayi tidak beribu dan berbapa
• Kesan psikologi jangka panjang

• Lepas tu ayat apa lagi ????


• Ayat mengenai pendapat penulis berkaitan tajuk dan skop.
• Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai langkah-langkah untuk
mengatasinya.. Atau
• Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan / segera perlu diambil / dicari bagi
mengatasi masalah yang ……
Contoh Pendahuluan
• Pada masa ini gejala buang bayi telah menjadi satu isu
yang membimbangkan seperti telur dihujung tanduk.
Gejala ini hampir wujud di seluruh dunia dan tidak
terkecuali negara kita sendiri. Kebanyakannya mereka
yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah
terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki
mahupun perempuan yang mempunyai sebab-sebab
tertentu seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga
dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani dan liar.
Oleh itu langkah-segera dan berkesan perlu diambil bagi
mengatasi masalah ini.
Perenggan Isi - Kerajaan
1. Menjalankan kempen – aktif dan
berterusan
2. Menguatkuasakan undang-undang lebih
tegas
3. Penubuhan bank bayi
Proses Pengembangan Isi

Isi

Huraian – 2W 1H

Bukti / Contoh

Rumusan
Menghuraikan isi
• Masih ingat nak guna kaedah apa ???
• WWH / AMB (AMeBa)
• 2W 1H
• WHAT / APA – bentuk soalan dan jawapan
• Soalan
• Apakah langkah-langkah untuk mengatasi gejala pembuangan bayi ??
• Jawapan = (Intro + isi penting ) = Ayat
• Antara langkahnya ……..

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi ……… +
Menjalankan kempen – aktif dan berterusan.
• Contoh ayat :
• Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi bagi mengatasi
masalah ini. Antaranya kerajaan melalui Kementerian Pembangunan
Wanita dan Masyarakat perlu menjalankan kempen kesedaran tentang
pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat secara lebih aktif dan
berterusan.
• Lepas what, apa pulak ???
• WHY / MENGAPA
• Bentuk soalan dan jawapan
• Mengapa kempen kesedaran perlu dijalankan
secara aktif dan berterusan ???
• Intro + Jawapan = Ayat
• Kempen kesedaran perlu dilakukan secara aktif
dan berterusan kerana… (sila sambung) …
• mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut
remaja akan dosa dan risiko hukuman mengikut
undang-undang.
• Ok what /mengapa dah habis sekarang kita
huraikan isi menggunakan …..
• How / Bagaimana
• Bentuk soalan dan jawapan
• Bagaimana kempen kesedaran mampu
memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja
akan dosa dan risiko hukuman mengikut
undang-undang???
• Intro + Jawapan = Ayat
• Kempen kesedaran mampu memperkuat lagi
rasa insaf dan takut ...... (sambung ayat)
• jika dilakukan melalui media cetak dan elektronik
yang popular setiap hari atau sepanjang masa.
• Lepaih ni apa pulak ????
• Bagi contoh / bukti
• Bentuk soalan dan jawapan
• Apakah contoh / bukti kempen kesedaran
mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut
remaja akan dosa dan risiko hukuman mengikut
undang-undang???
• Intro + Jawapan = Ayat
• Misalnya / Contohnya / Sebagaimana yang kita
sedia maklum kempen kesedaran yang
berbentuk kisah benar atau program-program
motivasi untuk remaja berisiko mampu
menimbulkan keinsafan atau ketakutan di hati
orang ramai.
• Nak bagi cantik lagi hurain ini, apa kita
kena tambah ????
• Ayat rumusan.
Menulis ayat rumusan
• Rujuk skop penulisan karangan dan pastikan
rumusan yang ditulis tidak menyentuh isi-isi
penting karangan.
• Untuk menggelakkan anda dari menulis isi-isi
penting dalam ayat rumusan.

Contoh :

Jika skop penulisan meminta kita memberi punca-punca, maka ayat


rumusan boleh menggunakan ayat kesan / ayat cara mengatasinya.
Begitulah seterusnya, kita boleh menukarkannya mengikut
kesesuaian skop penulisan karangan.
• Intro + Ayat kesan / Ayat Punca
• Cth intro / Penanda wacana
• Langkah ini ……..
• Oleh itu …….
• Dengan berbuat demikian …….
• Cth. Ayat kesan
• dapat mengelakkan individu terjerumus
dalam gejala ini.
• membuatkan seseorang itu berfikir dahulu
sebelum memlibatkan diri dalam
permasalahan ini.
Perenggan Penuh
• Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi bagi mengatasi
masalah ini. Antaranya kerajaan melalui Kementerian
Pembangunan Wanita dan Masyarakat perlu menjalankan kempen
kesedaran tentang pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat
secara lebih aktif dan berterusan. Kempen kesedaran perlu
dilakukan secara aktif dan berterusan kerana mampu memperkuat
lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa dan risiko hukuman
mengikut undang-undang. Kempen kesedaran mampu
memperkuat lagi rasa insaf dan takut jika dilakukan melalui media
cetak dan elektronik yang popular setiap hari atau sepanjang masa.
Sebagaimana yang kita sedia maklum kempen kesedaran yang
berbentuk kisah benar atau program-program motivasi untuk remaja
berisiko mampu menimbulkan keinsafan atau ketakutan di hati
orang ramai. Dengan berbuat demikian, akan dapat membuatkan
seseorang itu berfikir dahulu sebelum melibatkan diri dalam
permasalahan ini.
• (115 pp)
• Ok, kalau nak bagi hebat lagi isi ini, kena buat apa ?????
• Masukkan ungkapan yang menarik (peribahasa / kata-kata hikmat)
• Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi bagi mengatasi
masalah ini. Antaranya kerajaan melalui Kementerian
Pembangunan Wanita dan Masyarakat perlu menjalankan kempen
kesedaran tentang pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat
secara lebih aktif dan berterusan Janganlah jadi seperti kata
peribahasa ……………. Kempen kesedaran perlu dilakukan secara
aktif dan berterusan kerana mampu memperkuat lagi rasa insaf dan
takut remaja akan dosa dan risiko hukuman mengikut undang-
undang. Kempen ini mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut
jika dilakukan melalui media cetak dan elektronik yang popular
setiap hari atau sepanjang masa. Sebagaimana yang kita sedia
maklum kempen kesedaran yang berbentuk kisah benar atau
program-program motivasi untuk remaja berisiko mampu
menimbulkan keinsafan atau ketakutan di hati orang ramai. Dengan
berbuat demikian, akan dapat membuatkan seseorang itu berfikir
dahulu sebelum melibatkan diri dalam permasalahan ini.
Penutup
• Oleh itu ……

• Kesimpulannya ……

• Kesimpulan dari perbincangan di atas ialah ……

• Daripada perbincangan tadi dapatlah


disimpulkan bahawa …………..
Menulis kesimpulan menggunakan 4 ayat.
1. Ayat rumusan – semua isi yang telah
dibincangkan
2. Ayat cadangan - cadangan penulis secara
keseluruhan tentang isu yang dibincangkan.
3. Ayat harapan/sebab - harapan penulis tentang
cadangan di atas.
4. Ayat pendirian – pendirian penulis tentang isu
tersebut.
Ayat rumusan
• Daripada perbincangan tadi dapatlah
disimpulkan bahawa ………
• Ingat kembali tajuk tentang apa ???
• Buang anak
• Serius ke isu / gejala ini ????
• Serius dan membimbangkan .
• Ok terus buat satu ayat rangkai kata ini
• gejala ini amatlah serius dan perlukan
tindakan segera bagi mengatasinya
Ayat Cadangan
• Tindakan bersepadu dari semua lapisan
masyarakat perlu untuk menangani
masalah ini lebih awal lagi.
Ayat harapan /sebab cadangan
• Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah
itu lebih baik daripada mengubati’.
Ayat Pendirian
• Jadi ingin ditegaskan sekali lagi bahawa
gejala pembuangan anak ini perlu
ditangani dengan kaedah-kaedah seperti
yang dinyatakan di atas bagi memastikan
kesinambungan generasi masa depan
negara.

Anda mungkin juga menyukai