Anda di halaman 1dari 1

Azhar Bin Hussin

40, Lorong Sungai Batu 3


11920 Bayan Lepas
Pulau Pinang No.Tel: 0124821417
___________________________________________________________________________

Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui,

Pengetua
Kolej Vokasional Batu Lanchang
11600 Jelutong, Pulau Pinang. 16 November 2016

RAYUAN KELULUSAN KE LUAR NEGARA (MENGERJAKAN UMRAH)

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kecuaian saya memahami prosedur
menghadiri lawatan ke luar negara. Saya amat berharap kepada pihak tuan memahami
masalah saya jika terpaksa membatalkan pemergian mengerjakan umrah kerana sudahpun
melakukan pembayaran ke atas 5 orang ahli keluarga dan pembatalan di saat akhir akan
menimbulkan banyak masalah di pihak kami.

3. Untuk makluman pihak tuan saya akan bertolak mengerjakan umrah pada 21 Disember ini
dan pulang pada 1 Januari 2017. Borang Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas
Urusan Persendirian yang lengkap diisi saya sertakan sekali untuk rujukan pihak tuan.

4. Saya turut memahami masalah yang dihadapi oleh pihak tuan akibat dari kecuaian ini.
Walau bagaimanapun saya amat berharap pihak tuan memaafkannnya dan
mempertimbangkan rayuan ini sewajarnya.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesalkan. Kelulusan daripada pihak sangatlah
diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

AZHAR HUSSIN

Anda mungkin juga menyukai