Anda di halaman 1dari 2

TATABAHASA

Latihan 3

TARIKH : _____________

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

Kerajaan telah melengkapi stesen bas Balik Pulau dengan pelbagai prasarana
untuk golongan OKU.

ii

Puan Halimah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Pulau Pinang pada tahun
2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.

iii

Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan
Februari.

iv

Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menyeru para belia agar lebih proaktif
untuk bangunkan negara.

Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal


tentang alam persekolahan

Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian pisahkan ayat-ayat tersebut kepada subjek dan
predikat.

(i)

Buku Mila yang telah koyak perlu diganti dengan yang baru.

(ii)

Kuali itu tergantung pada dinding.

(iii)

Rumah yang musnah itu tidak boleh diduduki lagi.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa yang
menggambarkan dua situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Minah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Minah telah
menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah
berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata
orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin
sekarang Minah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat
lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Anda mungkin juga menyukai