Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN PENGUKUHAN MENCERAKIN AYAT (Memisahkan ayat  

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.

Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
Pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1.

Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.


(i)   Tauke Lim menternak ayam daging
(ii)  Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i)  Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.

Ayat 1:

Ayat 2:

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai
Buloh petang semalam.

3.   Ayat 1:

4.   Ayat 2:

5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup
menerima upah lebih rendah.

Ayat 1:

Ayat 2:

6.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.

Ayat 1:

Ayat 2:

7.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

Ayat 1:

Ayat 2:

1
8.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

Ayat 1:

Ayat 2:

9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di

 negara ini bertambah harmoni.

Ayat 1:

Ayat 2:

10.         Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya

 untuk bertemu  dengan penduduk setempat.

Ayat 1:

Ayat 2:

11.         Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang banyak kepada
murid-murid.

Ayat 1:

Ayat 2:

12.        Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat


disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.

Ayat 1:

Ayat 2:

13.        Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang
elektrik seperti ketuhar.

Ayat 1:

Ayat 2:

14.        Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat


antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.

Ayat 1:

Ayat 2:

2
15.        Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian
jangkitan virus Covid-19.

Ayat 1:

Ayat 2:

16.        Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayat 1:

Ayat 2:

17.        Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja
dan mengamalkan budaya menabung wang.

Ayat 1:

Ayat 2:

LATIHAN PENGUKUHAN 2:
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi  satu ayat  sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar.  Mata
pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.

Jawapan:

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza
Angsana, Johor Bahru.

Jawapan:

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan.  Latihan
Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.

     Jawapan:

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan
Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.

Jawapan:

3
5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu berlaku di Jalan
Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.

Jawapan:

6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban. 
Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.

Jawapan:

7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya mengharumkan
nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Jawapan:

8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama.  Pokok-pokok
tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.

Jawapan :

Anda mungkin juga menyukai