Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN TATABAHASA

Latihan 1- Arahan: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul.

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke
rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm
itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka.

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka
mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan-
pelanggan sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada
murid-muridnya.

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak berkuasa
musnahkan.

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan Pulau
Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.
Latihan 2- Arahan: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada
bulan Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya dituntut menunjukkan contoh yang baik
kepada orang ramai.

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim perayaan berpunca daripada sikap
peniaga yang menangguk di air keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan
tahunan dan acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan pendatang tanpa izin dapat dikurangkan
demi menjaga imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan
hubungan antara kaum.

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak semasa menyaksikan filem komidi yang
mencuit hati itu.

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan itu amat mengkagumkan para panel juri
yang mengadili acara berkenaan.

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan barangan tempatan ialah menghadkan
pengimportan barangan berjenama dari luar negara.

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak urusan pentadbiran dan pengurusan.

Anda mungkin juga menyukai