Anda di halaman 1dari 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Gariskan kesalahan tersebut


dan tulis jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar
ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga
mereka.

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar
penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm
mereka.
4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan
mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi
kepada murid- muridnya.

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak
berkuasa musnahkan.

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah


terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.
JAWAPAN

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi. -dari

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar
ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang
boleh menjaga mereka. - kedua-dua

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar
penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm
mereka. -bergantungan

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. -
saling menghormati

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan
mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu. -
atas

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah. - para pelanggan

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.- suka akan

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi
kepada murid- muridnya. - saya

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak
berkuasa musnahkan. - dimusnahkan oleh pihak berkuasa

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan
Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu. - oleh

Anda mungkin juga menyukai