Anda di halaman 1dari 3

Ayat Dasar 1.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. 3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. 4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya. i. Frasa Nama + Frasa Nama FN FN Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN) ii. Frasa Nama + Frasa Kerja FN FK Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK) iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif FN FK Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA) iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama FN FS Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)

Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat Ahmad

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Rumus Pola Ayat

mengulangkaji Frasa Nama Frasa Kerja FN + FN tatabahasa Frasa Sendi Cikgu ke sekolah Frasa Nama FN + FS Nama Frasa Fatimah amat rajin Frasa Nama FN + FA Adjektif seorang Ah Chong Frasa Nama Frasa Nama FN + FN usahawan

Frasa


 

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS

   

FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS

LATIHAN

Bina empat ayat bagi setiap pola ayat dasar yang telah dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai