Anda di halaman 1dari 6

Kata Penyambung Ayat

a)Kata penyambung ayat ialah kata hubung-iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.
b)Kata penyambung ayat terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan kata
hubung pancangan.
c)Berikut adalah beberapa contoh kata hubung gabungan:
dan,atau,tetapi,sambil,lalu,kemudian,serta.
dan/serta-digunakan untuk menggabungkan dua ayat yang sama maksud.
contoh ayat:
i.Alisa dan Anita merupakan mangsa yang terlibat dalam kes penculikan tersebut.
ii.Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.
atau-digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berbeza.
contoh ayat:Mereka mungkin akan ke Johor atau Melaka.
tetapi-digunakan untuk menunjukkan perbezaan dalam dua ayat yang berlainan maksud.
contoh ayat:Ahmad lulus ujian itu,tetapi adiknya gagal.
sambil-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilalukan secara serentak.
contoh ayat:Adila berkata-kata sambil merenung wajah temannya.
lalu/kemudian-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara
berurutan.
contoh ayat:
i.Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
ii.Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkan ke dalam tong sampah.

Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa,


ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat
majmuk.

Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan,


kata hubung pancangan dan kata hubung
berpasangan.

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama


tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.

Contoh:
Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok
i)Kata hubung pancangan relatif
Perkataan yang
-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.
Contoh:
Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
ii)Kata Hubung Pancangan Komplemen
Perkataan bahawa dan untuk
Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.
Contoh:
Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.

iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan


Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi
keterangan.
Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
Contoh:
Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.

Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.


Contoh:
baikmahupun

kiankian

entahentah

sedangkaninikan pula

bukan sahajabahkan
juga

sungguhpunnamun

makinmakin

bukan sahajatetapi juga

sungguhpuntetapi

sama adaatau

bagaimanabegitulah

daripadalebih baik

jangankanpun

semakinsemakin

i) Kata hubung berpasangan baikmahupun.


*menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak
Ali
terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun
keadaan laut bergelora

ii)Kata hubung berpasangan bukan sahajabahkan juga.


*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.

iii)Kata hubung berpasangan daripadalebih baik.


*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.

Latih Tubi Kata Tugas

LATIHAN KATA HUBUNG/PENYAMBUNG AYAT


1) Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia
mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
a) dan
b) lantas
c) manakala
d) bagaimanapun
2) Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.
a) jika
b) hingga
c) ketika
d) sementara
3) Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja.
a) walau bagaimanapun
b) meskipun
c) setelah pun
d) jikalaupun
4) Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada
segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.
a) jadi
b) oleh itu
c) dengan demikian
d) walau bagaimanapun
5) Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.
a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang
b) Awak hendak beli baju ini atau baju itu?
c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya
d) Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.


1.Dia bersiap-siap lebih awal . tidak lewat tiba di sekolah.
2.Encik Raihan memandu keretanya setiap hari .
pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya.
3.Jalil didenda oleh pengetua . berkelahi dengan Osman.
4.Askar itu telah dinaikkan pangkat berani menentang musuh.
5.Bolehkan saya meminjam buku anda anda tidak keberatan ?
6.ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu,
Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya.
7.anda hendak berjaya dalam peperiksaan,
ulang kajilah pelajaran anda setiap hari.
8.Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis
disyaki mengedar dadah.
9.Dia tetap merayu minta dikasihani . dia tahu
usahanya itu sia-sia belaka.
10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan
.belum diluluskan pihak pengurusan.

Anda mungkin juga menyukai