Anda di halaman 1dari 11

AYAT MAJMUK GABUNGAN (AMG) AMG terbentuk apabila dua atau lebih daripada dua ayat digabungan menjadi

satu ayat dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, tetapi, lalu, serta, atau, dan sebagainya. Dalam Bahasa Malaysia, ada lima pola AMG. 1. Ayat digabungkan dengan ayat Tamsilan: Ayat #1: Tangannya Ayat #2: Kakinya AMG: Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka.

patah

sebelah. luka-luka.

2. Subjek digabungkan dengan subjek Tamsilan: Ayat #1: Petroleum merupakan hasil utama Malaysia. Ayat #2: Kelapa sawit merupakan hasil utama Malaysia. AMG: Petroleum dan kelapa sawit merupakan hasil utama Malaysia. 3. Predikat digabungkan dengan predikat Tamsilan: Ayat #1: Azmin memasuki kamar. Ayat #2: Azmin bersalin pakaian. AMG: Azmin memasuki kamar lalu bersalin pakaian. 4. Keterangan (adverba) digabungkan dengan keterangan Tamsilan: Ayat #1: Saya hendak menemuinya esok. Ayat #2: Saya hendak menemuinya lusa. AMG: Saya hendak menemuinya esok atau lusa. 5. Objek digabungkan dengan objek Tamsilan: Ayat #1: Ibu hendak membeli daging di pasar. Ayat #2: Ibu hendak membeli ikan di pasar. AMG: Ibu hendaklah membeli daging dan ikan di pasar. NOTA: Kata penghubung yang digunakan untuk membentuk ayat majmuk gabungan dipanggil kata hubung gabungan. Praktis Esensi ke Arah SPM Soalan 3 (b): Aspek Sintaksis Gabungkan ayat-ayat yang berikut untuk menjadi ayat majmuk gabungan. (i) Buah-buahan menjadi. Harganya tetap mahal. (ii) Ayah membeli durian di pasar malam. Ayah membeli manggis di pasar malam. (iii) Modalnya tidak cukup. Dia berazam untuk berniaga.

(iv) Saya bangun awal-awal. Saya masih ketinggalan bas. (v) Barang-barang itu diimport dari China. Harganya amat murah. (vi) Mereka amat rajin bekerja. Majikan menaikkan gaji mereka. [6 markah] SKEMA JAWAPAN (i) Buah-buahan menjadi tetapi harganya tetap mahal. (Bukan: *Walaupun buah-buahan menjadi, harga tetap mahal.) (ii) Ayah membeli durian dan manggis di pasar malam. (iii) Modalnya tidak cukup tetapi dia berazam untuk berniaga. (Bukan: *Meskipun modalnya tidak cukup, tetapi dia berazam untuk berniaga. (iv) Saya bangun awal-awal tetapi saya masih ketinggalan bas. (Bukan: *Sungguhpun saya bangun awal-awal, namun saya masih ketinggalan bas) (v) Barang-barang itu diimport dari China dan harganya amat murah. (Bukan: *Barangan-barang itu diimport dari China, maka harganya amat murah) (vi) Mereka amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gaji mereka. (Bukan: *Oleh sebab mereka amat rajin bekerja, maka majikan menaikkan gaji mereka. NOTA: Anda perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesalahan; anda perlu menggunakan kata hubung gabungan untuk membina ayat majmuk gabungan, bukan kata hubung pancangan untuk membina ayat majmuk pancangan. Penggunaan meskipun ....tetapi; sungguhpun....namun; oleh sebab...maka; dan maka membentuk ayat majmuk pancangan.

AYAT MAJMUK PANCANGAN DEFINISI 1. Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara untuk membentuk ayat baru. 2. Satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk tersebut. JENIS-JENIS 1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif. 2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan. AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF 1. Menggunakan penanda relatif "yang" Contoh : AYAT 1 : Bill Clinton sedang makan nasi ayam penyet. AYAT 2 : Nasi ayam penyet itu George Bush beli. = Bill Clinton sedang makan nasi ayam penyet yang George Bush beli itu. AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN 1. Menggunakan kata komplemen 'bahawa" dan "untuk" Contoh : 1. Will Smith mengumumkan bahawa dia akan berlakon filem arahan Suhaimi Baba. 2. Untuk memastikan dirinya sentiasa popular, dia sentiasa mencetuskan kontroversi. 3. Mike Tyson menegaskan bahawa dia dikhianati oleh Sapok Biki dalam perlawanan tinju semalam. JENIS-JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN 1. KETERANGAN MUSABAB PENDEFINISIAN Keterangan musabab dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. CONTOH AYAT a. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana saya sakit perut. b. Oleh sebab terlalu malas Ali gagal dalam peperiksaan. c. Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguh- sungguh. 2. PENDEFINISIAN KETERANGAN AKIBAT

Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti hingga dan sehingga. CONTOH a. Pelajar itu belajar bersungguh- sungguh sehingga ia berjaya. b. Dia terlalu memanjakan anaknya sehingga menjadi terlalu nakal dan sukar dikawal. c. Dia berjaja di situ dari pukul 6.30 pagi hingga 8.00 petang. AYAT

3. KETERANGAN SYARAT PENDEFINISIAN Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau CONTOH AYAT a. Sekiranya dia setuju menolong saya akan mengadakan kenduri kesyukuran. b. Andai kata mereka berbaik-baik pasti semua kerja akan siap dengan jayanya. c. Jika diizinkan Allah saya akan pergi lagi ke Pulau Tioman. 4. KETERANGAN WAKTU PENDEFINISIAN Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika CONTOH AYAT a. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. b. Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam tebu c. Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah. 5. PENDEFINISIAN KETERANGAN PERTENTANGAN

Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. CONTOH AYAT a. Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat b. Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan berganjak. c. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung. 6. KETERANGAN HARAPAN PENDEFINISIAN

Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau. CONTOH AYAT a. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. b. Cuba berusaha dahulu, kalaukalau kita berjaya menyelesaikan masalah ini.

7. KETERANGAN CARA PENDEFINISIAN Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan CONTOH AYAT a. Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang b. Dia menangkap tikus itu dengan menggunakan perangkap tikus c. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas 8. KETERANGAN TUJUAN PENDEFINSIAN Kata keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau menjadi. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi, bagiCONTOH AYAT a. Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk berjaya di dalam peperiksaan b. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, semua orang harus bekerjasama. 9. KETERANGAN PERBANDINGAN PENDEFINSIAN Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakanakan, ibarat, bagaikan, dan bak CONTOH AYAT a. Ali bermain seolah- olah dia bukan lagi seorang pelajar sekolah. b. Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba INFO PENTING Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung- kata hubung yang tertentu mengikut kesesuaian penggunaannya di dalam konteks ayat.

Ayat Majmuk 1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. 2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu: a) Ayat majmuk gabungan b) Ayat majmuk pancangan c) Ayat majmuk campuran (a) Ayat Majmuk Gabungan 1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya. Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. a) Erina seorang pelajar yang cerdik. b) Erina seorang pelajar yang malas. Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas. a) Kok Loong masuk ke dalam bilik. b) Kok Loong tidur. Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur. a) Abang memandang saya. b) Abang ketawa. Abang memandang saya sambil ketawa. a) Awak nak minum kopi? b) Awak nak minum teh? Awak nak minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan 1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. 2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu: i) Ayat majmuk pancangan relatif ii) Ayat majmuk pancangan komplemen iii) Ayat majmuk pancangan keterangan (i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang". Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif Ayat induk : Saya membaca majalah itu. Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai. 1. Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu. Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku. Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya. 2. Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya. Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju. Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru. 3. Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru. Ayat induk : Emak membeli kain sutera. Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah. 4. Emak membeli kain sutera yang berwarna merah. Ayat induk : Bas itu bas sekolah. Ayat kecil : Abang saya menaiki bas. 5. Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah. (ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji. Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Kata hubung : bahawa 1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Ayat induk : Ibu pergi ke pasar. Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran. Kata hubung : untuk 2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan. 2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu: Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga Keterangan cara -->dengan Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang. Ayat kecil : Hari hujan. Kata hubung : kerana 1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan. Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak. Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya. Kata hubung : apabila 2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya

Ayat induk : Ibu menghiris bawang. Ayat kecil : Dia menggunakan pisau. Kata hubung : dengan 3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Ayat induk : Mazli berdoa. Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh. Kata hubung : agar 4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh. Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi. Ayat kecil : Hari sudah lewat malam. Kata hubung : walaupun 5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam. Ayat induk : Adik rajin berusaha. Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan. Kata hubung : jika 6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.

(c) Ayat Majmuk Campuran 1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk. Pembentukan Ayat Majmuk Campuran Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar. Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah. 1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah. Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting. Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit. 2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit. Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil. Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu. 3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu. Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi. Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola. 4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola. Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran. Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan. 5. Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan. 6.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. a) Contoh Ayat Majmuk Campuran i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.

Anda mungkin juga menyukai