Anda di halaman 1dari 46

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang


dibina dengan mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat
itu disusun mengikut cara
tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.

Contoh Ayat Majmuk


Ali sedang membaca buku dan Fatimah
sedang membuat kira-kira.
(a) Ali sedang membaca buku.
(b) Fatimah sedang membuat kira-kira.
Abu rajin tetapi adiknya malas.
(a) Abu rajin.
(b) Adiknya malas.

Ayat majmuk dibahagikan


kepada 3 jenis utama,
iaitu :
1.Ayat majmuk gabungan
2.Ayat majmuk pancangan
3.Ayat majmuk campuran

1. Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan cara menggabungkan
atau mencantumkan ayat ayat tersebut
dengan kata hubung seperti dan, atau,
tetapi, dan sebagainya seperti contohcontoh berikut:
a. Murid murid berlari dan bernyanyi.
b. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

Sambungan

Ayat Majmuk Gabungan


Ayat ayat ini boleh juga disambung
tanpa kata hubung; apabila ini berlaku,
nada suara berfungsi sebagai penanda,
iaitu disuarakan sebagai deretan
pernyataan. Sebagai contoh:

a. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerakgeri mereka.


b. Penari-penari itu sungguh lincah,
melompat ke kiri, melompat ke kanan.

Ayat Majmuk
Gabungan ada 2
jenis gabungan.

Jenis Gabungan 1
1.Gabungan yang susunan fakta-faktanya
berurutan, yakni satu demi satu. Ayat
dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi,
serta, sambil, tambahan pula, malahan,
kemudian, dan akhirnya.
Contohnya:
(a) Beliau memandang saya sambil tersenyum.
(b) Pendapat beliau amat cetek, tambahan
pula disampaikan dengan cara yang tidak
menarik.

Jenis Gabungan 2
2.Gabungan yang susunannya
memberikan maksud pertentangan fakta
dalam ayat-ayat yang digabungkan itu.
Contohnya:
(a) Ayahnya rajin berniaga tetapi
anaknya tidak berminat sama
sekali.
(b) Musim hujan dingin, sebaliknya
musim kemarau panas.

2. Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancangan ialah satu
ayat utama atau ayat induk dan satu
atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan dalam ayat induk dan
menjadi sebahagian daripada ayat
induk itu.

3 Jenis
Ayat Majmuk Pancangan
1.Ayat relatif
2.Ayat komplemen
3.Ayat keterangan

Ayat Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang dikenal
dengan penggunaan perkataan yang,
seperti dalam contoh-contoh berikut:
(a) Bas yang dinaiki adik saya itu
bas ekspres.
(b) Mereka menonton wayang yang
amat lucu.

2 jenis pancangan relatif


Pancangan Ke dalam Subjek
cth:
a) Budak itu anak saya
b) Budak itu sedang membaca
majalah
Budak yang sedang membaca
majalah itu anak saya.

Pancangan ke dalam Predikat


Cth:
a) Saya membeli baju
b) Baju itu berwarna merah
Saya membeli baju yang
berwarna merah.

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu


perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai
penanda relatif, tetapi juga digunakan juga sebagai
nama yang digugurkan daripada frasa nama +
yang seperti dalam contoh-contoh berikut :
1.(a) Warna yang biru itu warna kegemaran ibu
saya.
(b) Yang biru itu warna kegemaran ibu saya.
2.(a) Mereka yang rajin dan berusaha selalunya
berjaya.
(b) Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

Ayat Komplemen

66. Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.


subjek

k.k. transitif

Objek kepada k.k. transitif


menerangkan

Ayat bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada


kata kerja transitif menerangkan. Dalam ayat tersebut
terdapat subjek dia dan kata kerja transitif
menerangkan, dan ayat bahawa murid itu sakit,
seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif
itu.

66. (a) Dia menerangkan sesuatu.(Ayat induk)


(b) murid itu sakit.(Ayat Komplemen)
Ayat 66(b) telah dipancangkan ke dalam ayat 66(a)
untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut.
Hubungan seperti ini, yang berbeza daripada
hubungan ayat relatif, disebut hubungan
komplemen.Dalam ayat Dia menerangkan bahawa
murid itu sakit ayat induknya ialah ayat 66(a)
sementara ayat 66(b) merupakan ayat komplemen.

Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya


disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang
digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan
hubungan ini. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa
Melayu, iaitu bahawa dan untuk.
Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
68. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
69. Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot
adalah kurang tepat.
70. Untuk Ali melakukannya sangat sukar.
71. Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.
72. Penduduk-penduduk kampung itu menyedari bahawa
nasib mereka terancam.

Bagi ayat-ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa pada


kedudukan objek, kadang-kadang pengguguran kata komplemen tersebut
dibenarkan, yakin tidak menjejaskan makna. Walau bagaimanapun,
pada kedudukan FN kata komplemen untuk tidak bolah digugurkan.
Perhatikan ayat-ayat berikut:

68. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.


( c ) Dia mengetahui Ahmad telah pergi.
69. Bahawa ekonomi negara pada masa itu telah merosot adalah kurang tepat.
( c ) Ekonomi negara kita pada masa itu telah merosot kurang tepat.
70. Untuk Ali melakukannya sangat
sukar.
* Ali melakukannya sangat sukar.

18.3.2.1 Jenis-jenis ayat komplemen


Terdapat tiga jenis ayat komplemen:
( i ) Ayat komplemen frasa nama.
( ii ) Ayat komplemen frasa kerja.
( iii ) Ayat komplemen frasa adjektif.

( a ) Ayat komplemen frasa nama subjek


73. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.
74. Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu
memang susah.
75. Agak sukar untuk Dato Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.
76. Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.
77. Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum.
78. Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli.
79. Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri.
80. Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
81. Sangat tidak munasabah bahawa masalah itu tidak dapat
diselesaikan melalui perundingan.
Perhatikan bahawa walaupun susunan binaan ayat-ayat 75, 78, 79,
dan 81, berbeza, bahagian-bahagian yang condong itu tetap merupakan
subjek oleh sebab ayat-ayat itu ialah ayat songsang.

( b ) Ayat komplemen frasa nama objek tepat


Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif
atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya
sebagai objek tepat sahaja. Perhatikan ayat-ayat berikut:
83. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
84. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan
mengarang cerpen.
85. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
86. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
Dalam ayat-ayat di atas ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi
sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.

( ii ) Ayat komplemen frasa kerja


Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,
iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh keterangan-keterangan
lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut.
93. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
94. Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan
kawasan luar bandar.
95. Penduduk-penduduk kampung itu berpandangan bahawa projek itu
akan membawa banyak manfaat.

(iii) Ayat komplemen frasa adjektif


Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Demikian
juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif,
iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat
induk. Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad;
contohnya:
103. Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
104. Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus
dalam peperiksaan itu.
105. Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
106. Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus belajar
bersungguh-sungguh.

18.3.3 Ayat keterangan


Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu
ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.
Perhatikan contoh-contoh ini:
107. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
108. Anak itu menangis kerana ia lapar.
109. Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu.
110. Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan.

Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

18.3.3.1 Jenis-jenis ayat keterangan


( i ) Keterangan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab
berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata bubung keterangan
musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab.
111. Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
112. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dibenarkan masuk
ke dewan peperiksaan.
113. Oleh sebab mereka mengamalkan dasar apartheid, negara itu
dikenakan sekatan ekonomi.

( ii ) Keterangan akibat
Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau
hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan adalah seperti
hingga dan sehingga.
116. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak tekaknya.
117. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.

( iii ) Keterangan syarat


Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang
mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya,
andai kata, jikalau, jika, dan kalau.

118. Sekirannya saya lulus peperiksaan ini saya akan berpuasa


sepuluh hari.
119. Andai kata mereka menyerang kita akan bertahan
bersungguh-sungguh.
120. Ali akan ikut serta kalau ayah membenarkannya.

( iv ) Keterangan waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu
adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara,
tatkala, dan ketika.
123. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
124. Dia melaporkan diri di pejabat itu setelah mendapat surat tawaran
pekerjaan.
125. Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.
126. Tatkala hujan mula turun mereka masih di sawah.

( v ) Keterangan pertentangan
Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan
pertentangan adalah seperti walaupun, namun, sekalipun,
meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, dan
sedangkan.
128. Sungguhpun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis
perayaan itu.
129. Kendatipun perajurit itu telah terkena peluru, dia terus
melawan musuh.
130. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih
di kampung.

( vi ) Keterangan harapan
Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan
harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga, dan
kalau-kalau.

133. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
134. Supaya suasana menjadi aman damai mereka semua bersetuju
dengan cadangan pemimpin muda itu.
135. Cuba bertanya pada orang tua itu, kalau-kalau dia mengetahuinya.

( vii ) Keterangan cara


Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau
kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung
keterangan cara ialah dengan.

136. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.


137. Dengan memberanikan hati Anita terjun dari kapal ke dalam laut.
138. Dengan menggunakan besi Aziz memecahkan tingkap rumah itu.

( viii ) Keterangan tujuan


Keterangaan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud
bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan
tujuan adalah untuk, demi, dan bagi.
Sunguh mustahil untuknya melarikan diri
141. Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat.
142. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan.
143. Dua atom hydrogen dan satu atom oksigen bergabung
bagi membentuk satu molekul air.

( ix ) Keterangan perbandingan
Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian
yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah
seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak.

144. Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.


145. Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.
146. Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan.

18.4 Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada
satu jenis ayat, yakin yang terdiri daripada campuran ayat tunggul dengan
ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat
sedemikian biasanya panjang. Perhatikan contoh ayat 148 di bawah:

148. Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah


letih lesu telah lama tidur.

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung


Dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca
buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah
letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk
juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu dipancangkan
ke dalamnya.

Kadangkala sebuah ayat yang pendek merupakan ayat majmuk,


seperti dalam contoh berikut:
152. Kereta yang sentiasa rosak itu ditendang dan ditolak olehnya.

152. (a) Kereta itu ditendang olehnya.


(b) Kereta itu ditolak olehnya.
(c) Kereta itu sentiasa rosak.

18.5 Ayat Majmuk Pasif


( i ) Ayat majmuk gabungan

158. (a) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
(b) Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

159. (a) Aktif: Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.
(b) Pasif: saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ .

( ii ) Ayat majmuk relatif

160. (a) Aktif: Mereka menonton wayang yang lucu itu.


(b) Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.

161. (a) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta
Ahmad pula.
(b) Pasif: Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta
saya itu.

( iii ) Ayat majmuk komplemen


Komplemen Objek

162. (a) Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan
hadapan.
(b) Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan
oleh guru.
163. (a) Aktif: Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak
di India.
(b)Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh
akhbar itu.

( iv ) Ayat majmuk keterangan

164. (a) Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
(b) Pasif: Buku itu akan dibeli oleh ali kalau ayah membenarkannya.
(c) Pasif: Ali akan membeli buu itu kalau dibenarkan oleh ayah.
165. (a) Aktif: Sugguhun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis
perayaan itu.
(b) Pasif: Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap
dihadiri oleh Ali.

IMBASAN SEMULA
1.

Ayat majmuk gabungan


(i) susunan fakta faktanya berurutan
(ii) pertentangan fakta

2.

3.

Ayat majmuk pancangan


1.
2.

Ayat relatif
Ayat komplemen

3.

Ayat keterangan

a.

Ayat komplemen frasa nama.

b.
c.

Ayat komplemen frasa kerja.


Ayat komplemen frasa adjektif.

( i ) Ayat komplemen frasa nama subjek

( ii ) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

Ayat majmuk campuran

3.

Ayat keterangan
a. Musabab
b. Akibat
c. Syarat
d. Waktu
e. Pertentangan
f.

Harapan

g. Cara
h. Tujuan
i.

3.
4.

perbandingan

Ayat majmuk campuran


Ayat majmuk pasif
a. Ayat majmuk gabungan
b. Ayat majmuk relatif
c. Ayat majmuk komplemen objek
d. Ayat majmuk keterangan

PERBANDINGAN
PELITA BAHASA MELAYU

NAHU MELAYU
MUTAKHIR

TATABAHASA DEWAN

Ayat Berkait

Ayat Kompleks

Ayat Majmuk

Ayat Berlapis
Jenis binaan : -

Ayat Majmuk Gabungan


Jenis binaan :
1.
Susunan fakta
2.
Pertentangan fakta

Ayat Majmuk Gabungan


Jenis binaan :
1.
Susunan fakta
2.
Pertentangan fakta

Jenis pembentukan:
1.
Gabungan
dua/lebih ayat
selapis.
2.
Bendanya lain
ceritanya sama.
(Deretan beberapa
ayat)

Jenis pembentukan:
1.
Pengekalan semua
ayat
2.
Penggunaan
bahagian yang
sama.
3.
Deretan beberapa
ayat.

PERBANDINGAN
PELITA BAHASA MELAYU

NAHU MELAYU
MUTAKHIR

TATABAHASA DEWAN

Ayat Bercampur
-Satu persatuan ayat
yang mengandungi ayat
selapis atau ayat
berkait dan sebaliknya.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan


Ayat kecil
dipanjangkan dalam
ayat induk.

3 jenis :
1.
Ayat relatif
2.
Ayat komplemen
3.
Ayat keterangan

3 jenis :
1.
Ayat relatif
2.
Ayat komplemen
3.
Ayat keterangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Bercampur

Kesimpulan
Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri
daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan menggunakan
penyambung, kata sendi penambah atau
kata hubung. Ia juga boleh mempunyai
subjek dan predikat yang berlainan.
Justeru, ayat majmuk, ayat kompleks atau
ayat berkait adalah ayat yang mempunyai
lebih dari satu jenis ayat.

Anda mungkin juga menyukai