Anda di halaman 1dari 25

AYAT MAJMUK

ZULKAFLY BIN MOHD NOOR


Ayat Majmuk Gabungan
&
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Gabungan
• Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri
daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubungan seperti dan, atau, tetapi dan sebainya.
(Tatabahasa Dewan)
• Contoh ayat :
i. Murid-murid berlari dan bernyanyi.
ii. Ali kurus tetapi kawannya gemuk.
• Terdapat ayat yang boleh digabungkan tanpa
kata hubung, apabila ini berlaku, nada suara
berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan
sebagai deretan pernyataan.
• Contohnya :
i. Henry berdiri tegak, memerhati
gerak-geri mereka.
ii. Penari-penari itu sungguh lincah,
melompatkan ke kiri, melompat ke
kanan.
• Ayat-ayat tersebut dipisahkan oleh tanda baca
koma (,).
Penyingkatan ayat Gabungan
Gabungan subjek dengan subjek
• Penggabungan subjek dengan subjek bererti
penggabungan dua ayat tunggal yang berlainan
subjeknya tetapi sama predikatnya.
i. Maria pergi ke sekolah. (ayat tunggal)
ii. Fatimah pergi ke sekolah.(ayat tunggal)
 Maria dan Fatimah pergi ke sekolah. (ayat
gabungan)
Penggabungan predikat dengan
predikat
• Penggabungan predikat dengan predikat ialah
gabungan dua ayat tunggal yang berlainan
predikatnya tetapi sama subjeknya.
i. Kakak ke dapur. (ayat tunggal)
ii. Kakak mencuci pinggan. (ayat tunggal)
 Kakak ke dapur lalu mencuci pinggan. (ayat
gabungan)
Penggabungan objek dengan objek
• Penggabungan objek dengan objek ialah apabila
kata kerja transitif dalam dua ayat tunggal itu
sama manakala objeknya pula berlainan, maka
ayat gabungan boleh dibentuk.
i. Ibu membeli ikan. (ayat tunggal)
ii. Ibu membeli sayur. (ayat tunggal)
 Ibu membeli ikan dan sayur. (ayat gabungan)
Penggabungan penerang dengan
penerang
• Penggabungan penerang dengan penerang pun
boleh dilakukan jika frasa yang bertugas sebagai
penerang dalam dua ayat tunggal yang berlainan.
i. Saya suka akan rumah yang kecil. (ayat tunggal)
ii. Saya suka akan rumah yang selesa. (ayat
tunggal)
 Saya suka akan rumah yang kecil tetapi tetapi yang
selesa. (ayat gabungan)
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat Majmuk Pancangan
• terdiri daripada beberapa ayat yang berkedudukan
tidak sama
• terdapat satu ayat utama (ayat induk) dan beberapa
ayat kecil
• dibahagikan kepada 3 jenis:
i. ayat relatif
ii.ayat komplemen
iii.ayat keterangan
ayat yang ditandai dengan perkataan 'yang'
Contoh pertama:
ayat 1: Saya membeli baju. (ayat utama) Aya
ayat 2: Baju itu berwarna putih.(ayat kecil) t
rela
tif

ayat 3: Saya membeli baju yang berwarna putih.

*oleh sebab ungkapan baju yang berulang, maka baju yang


kedua itu digugurkan dan digantikan dengan kata
hubung relatif yang.
*menghuraikan KN dalam predikat
Contoh kedua:
ayat 1: Budak itu anak Pak Rahman.
ayat 2: Budak itu sedang membaca buku cerita.

ayat 3: Budak yang sedang membaca buku cerita


itu anak Pak Rahman.
*frasa Budak itu yang berulang digugurkan dan
digantikan dengan kat hubung relatif yang
*predikat dalam ayat 1 anak Pak Rahman akan
menjadi objek dalam ayat 3 ketika menerima
pancangan
*menghuraikan kata nama sebagai subjek
Contoh Ketiga:
ayat 1: Bas itu bas ekspress.
ayat 2: Adik saya menaiki bas itu.
(Bas dinaiki adik saya.)

ayat 3: Bas yang dinaiki adik saya itu bas


ekspress.
*ayat kedua perlu dipasifkan
*menjadikan subjek bagi kedua-dua ayat adalah
sama
*menghuraikan KN sebagai subjek
ii. Ayat Komplemen
menggunakan kata komplemen bahawa, supaya
dan untuk
1. Ayat komplemen frasa nama
a. FN subjek
Contoh ayat:
i. Bahawa negara akan muflis tidak benar.
ii. Tentulah mustahil untuk manusia berjalan di
terowong sempit itu. (ayat songsang)

b. FN objek tepat
Contoh ayat:
i. Yang tertuduh memahami bahawa dia telah
melakukan jenayah berat.
ii. Berita di kebanyakan akhbar utama melaporkan
bahawa banjir masih belum reda.
2. Ayat komplemen frasa kerja
FK terdiri daripada kata kerja tak transitif (pelengkap)
Contoh ayat:
i.Saya berasa bahawa pekerjaan itu amat mulia.
ii.Koh Seng berpendapat bahawa keputusan itu
muktamad.

3. Ayat komplemen frasa adjektif (predikat)


Contoh ayat:
i.Mereka sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
ii.Dafi sedar bahawa dia harus membantu ibu bapanya.
i r i d a r ip ada
 Te r d
y at i n duk Ayat majmuk
sa t u a
da n s a tu a y at keterangan
i l a y a t l e b ih
kec gai
gs i s e b a
berfun
Ciri-ciri:
keterangan at.
e p a d a p r e dik 1.Ayat kecil sebagai
k
keterangan dipancangkan
ke dalam ayat induk
a y a t: 2.Dihubungkan dengan kata
Co n t oh r a n a tid ak
e n je r it k e hubung : ketika, semasa,
1.Jane t m k it a n.
a ha n ke s a kerana, sewaktu dan
a t m e n a h an
dap d apa t m en sekiranya
a ti d a k
(Keran e t m e n j e rit.)
e s a k it a n Jan
k
Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan
Contoh ayat:
a.Keterangan musabab
~Amin menangis kerana keinginannya membeli
kereta mainan tidak ditunaikan oleh ibu
bapanya.

b. Keterangan akibat
~Sofia mengulang kaji pelajaran sehingga larut
malam.

c. Keterangan syarat
~Jika Nabil berjaya dengan berjaya cemerlang
dalam peperiksaan, bapanya akan
membawanya melancing ke luar negara.
d. Keterangan waktu
~semenjak kepulangan anaknya ke kampung, Pak Ali
tidak henti-henti tersenyum.

e. Keterangan pertentangan
~Murd-murid itu tetap berdiri di tapak perhimpunan
walaupun cuaca panas terik.

f. Keterangan harapan
~Kanak-kanak itu berjalan perlahan-lahan di
jambatan itu supaya tidak terjatuh.
g. Keterangan cara
~Paula mengelap lantai dengan sehelai tuala
lama.

h. Keterangan tujuan
~Kerajaan sentiasa berprihatin akan kebajikan
rakyat demi kesejahteraan negara.

i.Keterangan perbandingan
~ Wajah gadis itu cantik bak bidadari.
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood, Farid M.Onn, Hashim
Haji Musa & Nik Safiah Karim. (2015).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Faridah Nazir. (2016). Linguistik Terapan.


Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai