Anda di halaman 1dari 9

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

1. KETERANGAN MUSABAB
PENDEFINISIAN Keterangan musabab dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. CONTOH AYAT a. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana saya sakit perut. b. Oleh sebab terlalu malas Ali gagal dalam peperiksaan. c. Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguh- sungguh.

2. KETERANGAN AKIBAT
PENDEFINISIAN Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti hingga dan sehingga. CONTOH AYAT a. Pelajar itu belajar bersungguh- sungguh sehingga ia berjaya. b. Dia terlalu memanjakan anaknya sehingga menjadi terlalu nakal dan sukar dikawal. c. Dia berjaja di situ dari pukul 6.30 pagi hingga 8.00 petang.

3. KETERANGAN SYARAT
PENDEFINISIAN Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau CONTOH AYAT a. Sekiranya dia setuju menolong saya akan mengadakan kenduri kesyukuran. b. Andai kata mereka berbaik-baik pasti semua kerja akan siap dengan jayanya. c. Jika diizinkan Allah saya akan pergi lagi ke Pulau Tioman.

4. KETERANGAN WAKTU
PENDEFINISIAN Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika CONTOH AYAT a. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. b. Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam tebu c. Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah.

5. KETERANGAN PERTENTANGAN
PENDEFINISIAN Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. CONTOH AYAT a. Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat b. Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan berganjak. c. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.

6. KETERANGAN HARAPAN
PENDEFINISIAN Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau. CONTOH AYAT a. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. b. Cuba berusaha dahulu, kalau- kalau kita berjaya menyelesaikan masalah ini.

7. KETERANGAN CARA
PENDEFINISIAN Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan CONTOH AYAT a. Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang b. Dia menangkap tikus itu dengan menggunakan perangkap tikus c. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas

8. KETERANGAN TUJUAN
PENDEFINSIAN Kata keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau menjadi. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi, bagiCONTOH AYAT a. Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk berjaya di dalam peperiksaan b. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, semua orang harus bekerjasama.

9. KETERANGAN PERBANDINGAN
PENDEFINSIAN Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakan- akan, ibarat, bagaikan, dan bak CONTOH AYAT a. Ali bermain seolah- olah dia bukan lagi seorang pelajar sekolah. b. Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba

INFO PENTING Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung- kata hubung yang tertentu mengikut kesesuaian penggunaannya di dalam konteks ayat.

Ayat majmuk pancangan ada 3 jenis : -Ayat majmuk pancangan relatif . Contoh ayat : Abang saya akan mendirikan rumah tangga dengan gadis yang dicintainya. penggunaan : yang. -Ayat majmuk pancangan Komplemen. Contoh ayat : Dia menyatakan bahawa ibunya sihat. Penggunaan : Bahawa.

-Ayat majmuk pancangan Keterangan. Contoh ayat : Bayi itu menangis kerana lapar . Penggunaan: kerana. Untuk lebih lanjut, lihat buku teks BM ting. 3 m/s 255

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri, iaitu klausa yang lengkap subjek dan predikatnya, manakala klausa tidak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan klausa-klausa lain untuk membentuk ayat yang sempurna atau gramatis.

Sementara itu, ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah: 1) Kanak-kanakyang cedera itu rupa-rupanya anak Leman. (2) Kanak-kanak itu ruparupanya anak Pak Leman (3) Kanak-kanak itu cedera Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikanayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

Ayat Komplemen Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawaatau yang. Contoh: 1.Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. 2.Bahawa pembuangan puntung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Ayat Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagalAyat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. -kerana, oleh, sebab,

lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

ii)

Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Contoh 1: Madu tersebut dijual dengan harga yang tinggi. Contoh 2: Di negara kita juga banyak kraf tanganyang dihasilkan daripada buluh.

Ayat Komplemen Contoh 1: Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutan untuk dijual.

Ayat Keterangan Contoh 1 Hani sekeluarga berasa bertuahkerana dapat menyaksikan konsert itu.

Contoh 2: Kraf tangan ini Contoh 2: dipasarkan denganmeluas. Tahukah kamu bahawa hutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?

Contoh:

21a. Adik bongsu saya masih tidur ketika kami sampai di rumah. 22a. Saya akan menghadiri majlis itu jika hari tidak hujan. 23a. Saya tidak hadir semalam kerana saya tidak sihat. Ayat-ayat terbina daripada percantuman klausa setara dan klausa tidak setara. Berdasarkan kepada contoh di atas, klausa bebas ialah: 21b. Adik bongsu saya / masih tidur. 22b. Saya / akan menghadiri majlis itu. 23b. Saya / tidak hadir semalam. Klausa bebas merupakan klausa yang lengkap dengan subjek dan predikat. Oleh itu, klausa ini boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna. Klausa tidak bebas dalam ayat di atas ialah: 21c. ketika kami sampai di rumah 22c. jika hari tidak hujan 23c. kerana saya tidak sihat Klausa ini merupakan klausa tidak bebas kerana klausa ini dimulakan dengan kata hubung ketika, jika dan kerana. Berdasarkan kepada klausa tidak bebas yang dipancangkan kedalam ayat induk atau klausa utama, maka ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama, iaitu: i. ayat majmuk pancangan relatif ii. ayat majmuk pancangan komplemen iii. ayat majmuk pancangan keterangan
http://rosmeena.blogspot.com/2013/08/ayat-majmuk.html

Ayat Majmuk Pancangan Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama (Nik Safiah Karim et. al: 2004:483). Ayat Majmuk Pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil. Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif. Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif menggunakan kata hubung 'yang' untuk menyambungkan dua ayat itu. Contoh: 1. Budak yang pandai itu adik Siti. Ayat Majmuk Pancangan Jenis Komplemen Ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk. Contoh: 1. Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima. 2. Pemberita itu menyatakan bahawa projek perumahan yang terbelangkalai itu dipulihkan semula. 3. Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Keterangan Contoh: 1. Kamu akan mencapai cita-cita sekiranya kamu berusaha dengan tekun. 2. Mereka berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. 3. Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.
http://portalbahasamelayu.fateback.com/ayat_majmuk.htm

8. JENIS AYAT MAJMUK PANCANGANI. Ayat majmuk relatifII. Ayat majmuk komplemenIII. Ayat majmuk keterangan 9. AYAT RELATIFAyat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud dalam binaan ayat majmuk pancangan. Ayat relatif ditandai oleh kata yang. Dari segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa bebas.Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya. 10. Contohnya, dalam ayatSebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu adalah daripada sewaan.Kata yang berfungsi mnghubungkan subjekayat, iaitu sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 11. Peluasan Subjek Peluasan PredikatKlausa relatif Peluasan Objek Peluasan KeteranganKlausa relatif dapat disisipkan ke dalam klausabebas untuk menerangkan dan memperluassubjek, predikat, objek dan keterangan dalam ayatmajmuk. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 12. PELUASAN SUBJEK Subjek dalam sebuah ayat dapat diperluas dengan klausa yang menggunakan kata relatif yang.Contoh;Lelaki yang memukul adik saya datang meminta maaf. Berdasarkan contoh diatas, klausa relatif berfungsi untuk menerangkan kata nama atau kata ganti dengan lebih jelas. 13. Subjek diperluas dengan klausa yang memukul adik saya. Kata yang bertugas untuk menggantikan frasa nama subjek ayat relatif, iaitu lelaki. Klausa tersebut bertindak sebagai penerang bagi frasa nama subjek. Kata inti bagi setiap frasa nama yang berfungsi sebagai subjek boleh boleh digugurkan dan mewujudkan beberapa subjek ayat:I. Yang memukul adik saya datang meminta maaf.II. Yang saya tahu orang itu tidak hadir. 14. PELUASAN PREDIKAT Menerangkan kata nama dalam predikat. Contohnya terdapat dua klausa iaitu anis (ialah) budak dan budak itu baik. Klausa Budak itu baik apabila menerima kata yang menjadikan klausa tersebut yang budak itu baik sebagai klausa tak bebas. Perkataan budak boleh digugurkan dan predikat mengalami peluasan. 15. Contoh;1) Anis budak + Budak itu baik.2) Anis budak + yang budak itu baik.3) Anis budak yang baik. 16. PELUASAN OBJEK Contoh dalam ayat tersebut kehadiran klausa tak bebas yang tumbang tidak jauh dari situ dan yang menguntungkan saya menyebabkan frasa nama yang menjadi objek iaitu pokok dan pekerjaan yang menjadi peluasan;1. Bapa menebang pokok yang tumbang tidak jauh dari situ.2. Saya melakukan pekerjaan yang menguntungkan saya. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 17. Kata inti bagi frasa yang berfungsi sebagai objek boleh digugurkan. Contoh;1. Abu mengambil buah yang masak sahaja.2. Abu mengambil yang masak sahaja. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 18. PELUASAN KETERANGAN Fungsi keterangan dapat diperluaskan melalui klausa dan dapat dilihat melalui contoh yang berikut;1. Dian berdiri di tepi jalan yang sibuk itu.2. Saya berjalan kaki di celah-celah orang yang berdiri.3. Rosdianah berdiri di ruang yang sempit itu. 19. Dalam contoh tersebut klausa yang sibuk itu, yang berdiri dan yang sempit itu meluaskan keterangan di tepi jalan, di celah-celah orang dan di ruang.

20. AYAT KOMPLEMEN Nik Safiah Karim menyatakan bahwa ayat komplemen merupakan bahagian dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contoh; 1. Banyak orang sudah mengetahui bahawa dia tidak bersalah. 2. Untuk kita mempercayai perkara itu memang sukar. Kedua-dua klausa yang dipisahkan dapat membentuk ayat komplemen. Contoh; Saya tidak tahu bahawa dia akan ikut. I. Saya tidak tahu. II. Dia akan ikut. 22. Frasa namaJenis Frasa kerja Frasa adjektif http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 23. Ayat Komplemen Frasa Nama Dalam ayat komplemen frasa nama, klausa komplemen tersebut dapat menjadi frasa nama subjek dan frasa nama objek tepat.1. Frasa nama subjek Bahawa dia bersalah adalah tidak benar.2. Frasa nama objek tepat Siti mengakui bahawa perkara itu dusta. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 24. Ayat Komplemen Frasa Kerja Ayat komplemen frasa kerja ditentukan oleh kata kerja tak transitif. Selain itu, ayat yang wujud selepas kata kerja itu tidak dapat dipastikan.Contoh;1. Kakak gagal untuk mendapat tempat pertama.2. Kami beranggapan bahawa cerita itu palsu.3. Ibu berkata bahawa bapa akan ke Mekah tahun ini. 25. Ayat Komplemen Frasa AdjektifBoleh diikuti oleh klausa komplemen.Contoh;1. Aku yakin bahawa dia tidak bersalah.2. Ali sedar bahawa lelaki itu banyak berjasa.3. Mereka insaf bahawa mereka miskin. 26. AYAT KETERANGANAyat majmuk keterangan atau ayat keterangan oleh Nik Safiah Karim ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut atau mempertegas makna kata kerja ayat induk. 27. Ayat keterangan boleh terdiri daripada klausa bebas yang dihubungkan dengan klausa tak bebas. Oleh itu, tugas klausa tak bebas adalah untuk menerangkan klausa bebas. Contoh; - Aiman datang walaupun dia sakit. - Mira masih tidur ketika Siska pergi ke bandar. - Kerana ibunya sakit, Sathya tidak ke sekolah hari ini. Aiman / datang / walaupun dia sakit. S P ket 28. Jenis klausa keterangan:i. Klausa keterangan waktuii. Klausa keterangan musababiii. Klausa keterangan akibativ. Klausa keterangan pertentanganv. Klausa keterangan syaratvi. Klausa keterangan caravii. Klausa keterangan tujuanviii. Klausa keterangan harapanix. Klausa keterangan perbandinganx. Klausa keterangan alat 29. Klausa keterangan waktu menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Contoh; Pak Ali datang ketika kami sedang makan. Klausa keterangan musabab menerangkan sebab atau alasan. Contoh; Aiman dibenci orang akibat sifat egonya Klausa keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil. Contoh; Rantai itu mahal, jadi kakak tidak membelinya. Klausa keterangan pertentangan menerangkan sesuatu yang berlawanan. Contoh; Mereka datang meskipun tidak diundang. 30. Klausa keterangan syaratmenjelaskan tuntutan yang mesti dipatuhi. Contoh; Jika kita tidak berdisiplin, kita tidak akan berjaya. Klausa keterangan cara menyatakan cara perlaksanaan atau gaya. Contoh; Ayah menangkap ikan itu dengan menggunakan jala. Klausa keterangan tujuan menyatakan suatu tujuan atau harapan. Contoh; Demi

menegakkan kebenaran, pemimpin itu sanggup dipenjarakan. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ 31. Klausa keterangan harapan menerangkan sesuatu yang diigini atau dihajati. Contoh; Ibu melihat dari jendela kalau-kalau bapa sudah pulang. Klausa keterangan perbandingan menyatakan perbandingan, kemiripan, atau rujukan. Contoh; Aku akan menolong kamu sebagaimana bapa kamu telah menolong aku. Klausa keterangan alat menyatakan alat yang digunakan. Contoh; Siti ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/ http://www.slideshare.net/ctfironika/ayat-majmuk-pancangan-ii

25b. Budak itu adik sepupu saya. 25c. Budak itu nakal. 26b. Saya membaca buku itu. 26c. Buku itu tebal. 27b. Abang sulung saya membantu wanita itu. 27c. Wanita itu tua. Pembentukan ayat pancangan ini adalah seperti yang berikut (contoh ayat 24): 24d. Bilik itu saya sapu. Bilik itu kosong. 24e. Bilik itu saya sapu. Bilik itu kosong. [yang] 24e. Bilik yang kosong itu saya sapu. Dalam ayat 24 di atas, ayat induknya ialah Bilik itu saya sapu., manakala ayat kecilnya ialah Bilik itu kosong. Ayat kecil yang terdiri daripada bilik itu + kosong, dipancangkan atau disisipkan ke dalam ayat induk Bilik itu saya sapu. Frasa bilik itu ayat kecil digantikan dengan yang bagi menjelaskan bilik itu ayat induk.

Anda mungkin juga menyukai