Anda di halaman 1dari 2

Bun sardine mayonis Kita sambung cara-cara buat Bun Berintikan Sardin bermayonis: 1.

Cairkan 1 sudu besar yis dengan 2 sudu besar air suam , 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung. Kacau serata supaya semua dia adun dengan baik. Biarkan selama 10 minit. 2. Didihkan susu dan biarkan ia menjadi suam / yang kepanasan boleh rasa dengan jari. Masukkan 1/4 cawan gula, 1/2 cawan minyak dan garam. Adun campuran ini sehingga larut dan bentuk satu larutan. Bila gula telah larut masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit sehingga anda perolehi satu pes yang yang licin kilat yang tidak bergentel. 3. Masukkan 1 biji telur yang pukul, yis dan kacau sebati. Masukkan tepung yang baki dengan sedikit demi sedikit untuk jadikan doh. 4. Doh tadi melekit sapuan sedikit teung di kedua tapak tangan anda dan buat ulian. Uli dengan tapak tangan tekan ke bawah doh. Uli selama 10 minit. Ada akan dapat doh yang licin permukaan. Boleh tambah sedikit tepung masa ulian ini. 5. Biarkan doh rehat selama 1 jam dengan di tutup dengan kain yang lembab. Biarkan doh naik 2 kali size asalnya. 6. Bila doh dah naik selepas 1 jam, leper kembali ke asa dengan tekan lembut dengan tapak tangan pada doh tadi dan mula membahagikan doh kepada size yang dikehendaki dengan sama-rata. Mamak haji buat 10 biji bola. 7. Seperti isi inti pau, leperkan bola doh tadi dan isi inti dan bulatkan kembali. Taburkan Daun kering oregano di atas permukaan doh yang telah isi inti. 8. Membiarkan selama 20 minit. 9. Panaskan oven pada 200 darjah C. 10. Susun bun yang perlu di bakar di atas bekas pembakar dengan lapik dengan kertas minyak baking. Kita tak mahu keras sangat di bahagian bawah bun nanti. Set suhu oven 200C dan selama 10 minit. 11. Bila permukaan bun mula bertukar warna perang, keluarkan tray dan sapu putih telur di permukaan bun. Dan masukkan kembali selama 2 minit dengan menggunakan pembakaran bawah oven. 12. keluarkan dari oven, anda boleh rasa aroma oregano dan bun yang segar. Jamu dengan panas-panas. Selamat mencuba.

Like Share

Anda mungkin juga menyukai