Anda di halaman 1dari 25

Entri 24 : MAKNA STILISTIK

Rasa ingin tahu mula membuak-buak dalam diri saya selepas saya tidak dapat
menjawab pertanyaan sahabat saya tentang Makna stilistik . Balik daripada kampus
saya terus membuka buku dan laman sesawang. Banyak maklumat yang telah saya
peroleh dan akan saya kongsikan kepada rakan-rakan semua dalam blog ini.
Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu
berlaku.Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang
dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau
kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,
kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu
adakah loghat, dialek atau bahasa baku (RobertSibarani et.al., 2003).
Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang
dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia
dituturkan.Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada
yangdituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog).
Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-
undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga, jargona), dan modalitas
(bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya).
Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan
pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa
orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini:

Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!-

Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur
bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin
kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila
terhadap ujaran yang positif. Contoh :

Rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya

Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa
penutur seorang yang baik hati dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita
berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang
penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan
sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga
yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi.

http://nabsiahsulaiman.blogspot.com/2012/04/entri-24-makna-stilistik.html

Ragam Bahasa

Ragam bahasa yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan sesuatu hasrat dalam pelbagai situasi.
Penggunaan sesuatu ragam bahsa adalah mengikut konteks dan bersesuiann pula dengan orang yang
terlibat dalam interaksi tersebut. Hal ini bermakan sesutau perbincangna bukan sahaj
diinterprestasikan menurut apa-pap yang tersurat bahkan yang tersirat.
Di smping bahasa yang digunakan, nada atau intonasi suara, turun naik suara, dan pengulangan kata-
kata tertentu juga memainkan peranan penting. Unsur-unsur ini hadir kerana bahasa mempunyai
banyak ragam dan neka ragam inilah yang membezakan pertuturan setiap penutur

Jenis-jenis Ragam bahasa

Bahasa pembenar

Ialah mengiyakan atau mengesahkan sesutau keternagn atau kenyataan. Ini bermakana kata
pembenra ialah kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan.Contoh kata pembenar
ialah ya, benar dan betul. Ayat yang boleh dibina berdasarkan kata-kata tersebut adalah berbentuk
ayat penyata.

Kata pembenar juga digunakan untuk menjawab atau menegsahkan sesutau kenyataan dalam ayat
tertutup.Kta pembenra juga digunakan dalam ayat seruan

Contoh:
Ya, itulah yang saya mahu.

Bhasa nafi
Menafikan sesutau bererti menolak , menidakkan , tidak mengakui dan menyangkal. Dalam bahasa
melayu, perkataan yang menandai penapian ialah seperti tidak bukan, belum tentu, tidak mungkin,
belum diketahui dan sebagainya

Contoh :
Bukan senang hidup dirantau orang.


Bahasa Templak

Rganm bahsa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk
membangkitkan keburukan atau kesalahan yang sudah-sudah oleh orang tertentu

Zaba menyifatkan bahasa tempelak sebagai hendak memulangkan paku buah keras atau
membalikkan cakap kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu perkara
yang tidak diingiani akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awal-awalnya lagi.

Bhasa tempelak ini berlaku kerana sikap sesetengah orang yng pda mulanya tidak kuasa untuk
bertengkar bersikap merendah diri dan suka menyimapan sesutau perasaan dalam diri sendiri.

Contoh :
waktu kau mewah dulu, kau tidak beringat untuk menyimapan duit. Sekarang apa dah jadi ? Duit
simpanann tidak ada, apa yang hendak kau makan ?


Bahasa Sindiran

Sindiran ialah perkataan yang digunakan untuk menagatai, mengeji, mengejek dan mencela
seseorang tetapi tidak dengan terus terang. Bhasa yang digunakan tidak disebut dengan tepat , hanya
disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara terus
terang.Orang yang disindir akan terasa sekiranya ia faham akan maksud sindirana tersebut
Semua belaku secara tidak terus terang dan engan tujuan tidak mahu melukakan hati orang lain
secara langsung. Dengan menggunakan susunan kata yang teratur dan bahasa yang beragam, sindiran
dapat berperanan dalam menyedarkan orang yang disindir

Contoh :
sipaa makan cili dialah terasa pedasnya.

Bahasa menggiat
Zaba mengtakrifkan bahasa menggiat sebagai ragm yang tidak tepat, seakan-akan sindiran juga tetapi
tidak berkias. Maksud kata-kata yang diucapakn itu sekadar mengusik, kadang-kadang untuk
bersenda sahaja dan adakalanya bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaa
malu orang yang kena giat

Contoh:
Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak jadi pensyarah konon!


Bahasa mengejek
Bahasa yang digunakan untuk berkata kepada seseorang atau kumpulan orang menggunakan
perkataan yang tepat. Gaya bahasa yang digunakan menunjukkna keburukannya serta
mempermainkannya dengan tujuan menampakkan kebodohan orang tersebut. Atau mensiakan-
siakan hasratnya supaya ditertawakan oleh orang lain. Biasanya orang yang ditujukan kata-kata itu
akan berasa marah atau sakit hati kepada orang yang mengejeknya

Contoh :
Cakap sahaja hendak tolong orang miskin, tetpi yang dapat bantuan, pinjaman, malahan biasiswa
dan dihantar belajara keluar negeriu ialah anak-anak orang berada.

Bhasa terbalik

Ungkapan yang berlawanan daripada maksudnya tetapi orang yang masih dapat difahami.
Contohnya:
ha buat apa kamu balik? Elok tidur sahaj dipadang itu. Jangan balik-balik lagi kerumah .


Bahsa herdik

Ragam bahasa yang digunakan untuk memakihamun atau untuk menengkig seseorang terutamanya
orang yang tidak disukai. Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi dan keras. Perasaan
marah yang dimaksudkan digambarkan melalui perkataan yang dituturkan selain gambaran melauli
perbuatan mimik muka dan tingkah lakuk yang ditujukan kepada seseorang kerana perbuatan dan
perilaku yang kurang disenangi

Zaba (1965)

Menagtakan bahawa bahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak juga tetapi tujuannya adalah untuk
menytakan kesalahan pada masa itu, bukannya pada masa silam. Bahasa herdik merupakan kecaman
ataiu gamabaran rasa marah dengan tidak berselindung atau secara erbuka kerana orang yang
dilawan bercakap itu melakukan kesalahan. Bahasa ini dilafazkan seakan-seakan mengejek dan
berharap orang yang mendengar faham akan maksudnya

Contoh :iada kerja, melalak pula

lebih baik awak keluar dari rumah ini. Sudahlah t iada kerja, melalak pula tu. Memekak sahaja....

Bahasa melampau atau kasar

Ragam bahasa melampau ialah bahas ayang digunakan oleh seseorang secara brlebih-lebihan.
Contohnya kalau kiat memarahi seseorang, tidak cukup dengan kita mengherdik, menyindir atau
menempelak, tetapi juga memaki hamun atau mengada-ngadakan sesutua sematmata untuk
menjatuhkan maruah atu memalukan orang itu. Tindakan yang berleih-lebihan itu disebut sebagai
melampau

Contoh:
Dia itu dahlah badan macam gajah, otak macam lembu, pemalas pulak tu.

Bahasa ingkar
Bahasa yang ingkar ialah bahasa yang disusun secara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan yang
meminta dijawab oleh pendengar. Pertanyaan itu seolaholah mengejek kerana hendak menguatkan
benarnya menguatkan benarnya jawapan jawapan yang sudah diketahui atau tyang maksudnya sudah
tentu.

Contoh
Hendak membiarkan pihak kilang itu mencemarkan alam sekitar? Sampai bilakah kita hendak
melihat kampung halaman kita dicemari.

Bahasa naik

Menurut Zaba (1965 )
Bahasa aik ialah satu ragam bahasa yang bertujuan membawa emosi pembaca secara beransur-ansur
dari persoalan yang kendur kepada persoalan yang lebih tegang

Dengan menggunakan bahasa naik seseorang penutur atau penulis tidak terus mengungkapkan
tujuan yang sebenar.
Perbicaraan akan dimulai dengan persoalan yang berkaitan. Namun persoalan tersebut tidak
gamabatran kepada persoalan yang seterusnya dan sedikit demi sedikit akan menjelaskan maksud
sebenar

Contoh :

Sudahlah seklah kerajaan sediakan, gaji guru-guru pun kerajaan yang membayarnya, buku-buku
sekolah pun kerajaan yang sediakan, bukan itu sahaja, baju dan kasut pun kerajaan sediakan.


Bhasa turun

Bahasa yang menggambarkan satu permulaan yang penuh ketegangan atu klimaks, dan kemudiannya
mulai turun sedikit demi sedikit dan akhirnay kembali kepada keadaan yang normal. Pada hari ini
bahasa turun masih digunakan bukan sahaja sebagai alat hiburan, sindiran, dan komunikasi lisan,
tetapi juga digunakan meluas dalam bidang penulisan kreatif

Contoh :

Malang benar nasibnya, mula-mula rumahnya dianda banjir, barang-barang yang ada dicuri orang
pula, kemudian orang gajinya pula melariakn diri, akhir sekali kucing kesayangnya dilanggar kereta.

Bahasa besar
Bahasa besar atau melampau berlaku apabila seseorang sengaja memperbesarkan keterangan tentang
sesutau perkara. Ebolehan atau fizikal sesorang. Ragama bahasa begini banyak terdapat dalam
hikayat-hikayat melayu lama seperti cerita-cerita penglipu laraContohnya ketika mengisahkan
perwatakan seseorang puteri pengisahnya amat menakjubkan seperti pipinya pauh dilayang dan
bibirnya elima merkah.Gya bahasa yang digunalan untuk menunjukkan seorang gadis kayangan yang
tidak terperi cantiknya

Dalm laras bahasa iklan juga menguunakan bahasa besra untuk menunjuknna kehebatan dan
ketinggian mutu barangan dan perkhidmatanyya yang hendak ditawarkan kepada pengguan
Cononhnya:
Ratap tangisnya boleh meruntuhkan langit

Bahasa kecil
Bahadsa yang menyifatkan satu perkara kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri. Dalam
masyarkat melayu bahasa kecil banyak digunakan dalam kehidupan seharian.Penggunaan bahasa
kecil ni menggambarkan bagaimana anggota dalam masyarakat melayu menjaga hubungna sesaman
sendiri apabila saling berkomunikasi. Ini dapat digambarakan keharmonian anggota masyarakat dan
penghormatan dalam sesenuah komuniti

Contoh

Teriamlah hadiah yang tidak seberapa ini

Peribahasa
Zaba mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap yang pendek, yang telah lekat di mulut orang
ramai sejak zaman-berzaman.
Susunan bahasa yang indah dan mearik diturtutkab oleh orang melayu terutama sejak bebrapa lama
dahulu. Peribahasa lahir daripada rasa dan pengalaman hidup yang ditempuh ileh masyrakat melayu
lama.Peribahsa juga melambnagkan perwatkan sesuatu masyrakat
Peribahasa mengandungi nasihat dan menjadi teadan pengajaran dan perbandingan kepada
masyrakat dalam meneruskan kehidupan harian mer ka
Peribahasa dikatakan berasal daripada pertuturan cerdik pandai hasil renungan mereka terhadap
sesuartu kejadian.

Simpulan bahasa
Perkataan atau kelompok kata yang tertentu uuntk menunjukaan sesuatu maksud yang berlainan
daripada erti yang sebenar. Kamus Dewan mentakrifkan simpulan bahasa adalah rangkaian perkatan
yang mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat

Contoh
Ringan tulang
Tangkai jering

Perumpaman
Perataan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan
menggunakna perkataan seperti, umpama, laksana, macam dn bagai

Conoh :
Seperti bangau kasihkan kerbau
Umpama cincin dengan permata

Pepatah

Zaba (1965)
Peptah ialah perkataan yang pendek-pendek dan terkerat-kerat susunannya, ungkapan bahasa yang
padat dan ringkas
Kata-kata tersebut memberi pengajaran dan nasihat.
Ada juga orang menyamakan pepatah dengan bidalan atau perumpamaan. Walaupun begiti zaba
menyatakan perbezaan . Pepatah lebih memberatkan tentang sifat ringkasya, bijak perkataanya dan
benar pengajarannya

Contoh ;
Naka kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur-urai


Bidalan
Di dalam Bahasa Melayu (2002) Penerbit Fajar Bakti mengatakan bahawa bidalan ialah sejenis
peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu apa yang dikatakan itulah yang dimaksudkan.
Bidalan ialah kalimat-kaima singkat yang mengandungi sesuatu yang membayangkan sindiran dan
kiasan daripada hasil ciptaan masyarakat melayu. Bidalan menjadi sebutan orang sebagai
perbandinagn, teladan dn pengajaran

Contoh:
Biar lambat asalkan selamat

Perbilangan
Menurut Za;ba perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya berbeza sedikit dari segi
bentuk susunanya.
Ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya masyarakat yang mengamalkan adat pepatih
terutamanya di Negeri Sembilan. Dalam adat pepatih peribahasa ini disebut sebagai perbilangan
kerana cara menyebutkan puisi itu seolah-olah seperti membilang. Perbilangna merupakan peraturan
atau perundangan hidup pemakainya atau masyarakatnya

Contoh ;
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Lidah pendeta
Dicirikan oleh ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan. Maknanya mudah difahami,
tetapi jika direnung maknanay lebih luas lagi. Menurut Zaba (1965) lidah pendeta tidak terkenal dan
terpakai oleh orang ramai. Lazimnya lidah pendeta dipetik daripada buku dan sastera atau daripada
percakapan orang yang bijak-bijak

Contoh
Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata
(Hussein Onn, Seribu Satu Malam )


Tamsil

Misalan yang dalamnya terkandung pengajaran tentang sesuatu perkara. Dalam kesusasteraan tamsil
bermaksud misalan berkias, pepatah, bidalan atau pengumpamaan dan ibarat yang memberikan
teladan, pengajaran dan asebagainya. Tamsil juga merupakan sejenis kiasan yang membuat
perbandingan dengan terang sama ada dalam bentuk yang ringkas atau panjang. Biasanya tamsil
mengandungi pengajaran dan teladan yang dapat menjadi oanduan padapendengar atau pembacanya

Contoh :
Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung


Ibarat

Mempunyai makna berlapis dan sering digunakan untuk menyndir. Biasanya perkataan ibarat itu
sendiri digunakan sama ada pada awal atau pun pada tengah ungkapannya

Contoh ;
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
Ibarat ungguk rindukan bulan










Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat uatam
dengan satu atau beberapa ayat kecil atau klausa kecil lain yang dipancangkan didalamm ayat induk
dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat atau klausa induk dapat berdiri sendiri, tetapi
ayat atau klausa kecil tidak.
Dlam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara
pembentukkannya dan jenis ayat yang dipancangkan .
Jenis-jenis itu ialah :

Ayat majmuk pancang
http://faridahjajpm1.blogspot.com/2010/02/gaya-bahasa-yang-terdapat-di-dalam.html

Seharusnya difahami bahawa ragam bahasa itu lazimnya dibahagi kepada ragam lisan, atau ujaran. dan ragam
tulisan. kerana tiap masyarakat bahasa memiliki ragam lisan, sedangkan ragam tulisan baru muncul kemudian,
maka soal yang perlu ditelaah ialah bagaimana orang menggunakan ujarannya ke dalam bentuk tulisan. Bahasa
Melayu dianggap orang sejak dahulu berperanana sebagai lingua franca. Bahasa bersama itu untuk sebahagian
besar manusia Nusantara ini. Dan bahasa itu tentulah dalam bentuk ragam lisan. Bahkan sampai kinipun bahasa
lisan masih lagi mendominasi sebahagian besar pengguna bahasa ini.
Ada dua aspek yang perlu diperhatikan antara ragam lisan dengan ragam tulisan. Yang pertama berhubungan
dengan suasana peristiwanya. Jika kita menggunakan bahasa tulisan, kita beranggapan bahawa orang yang
diajak berbahasa tidak ada di hadapan kita. Akibatnya, bahasa kita perlu lebih terang dan jelas, lebih ekplisit,
kerana bahasa kita tidak disertai oleh gerak isyarat, pandangan atau anggukan sebagai tanda penegasan di
pihak pembicara atau pemahaman di pihak pendengar. Itulah sebabnya ayat dalam ragam tulisan harus lebih
cermat sifatnya. Fungsi gramatikal seperti subjek, predikat, dan objek, dan hubungan di antara fungsi itu masing-
masing harus nyata, sedangkan di dalam ragam lisan, kerana penutur bahasa berhadapan atau bersemuka
secara langsung, maka unsur itu kadang-kadang boleh ditinggalkan. Orang yang pandai berbahasa akan
menyedari bahawa ayat yang ditulisnya, berlainan dengan ayat yang diujarkannya. Kerana itu, mereka
sepatutnya berhati-hati sehingga ayatnya ditulisnya lengkap, maksudnya mematuhi peraturan tatabahasanya.
Yang kedua, adalah yang berkaitan dengan peranan suprasegmental, maksudnya daripada segi tinggi
rendahnya dan panjang pendeknya suara serta intonasi ujarannya, yang amat sulit dilambangkan dengan ejaan.
Tentulah agak sukar, kecuali bagi mereka yang bersekolah. Dan kalau kita merujuk buku Tatabahasa Dewan
ada satu bab yang membicarakan tentang intonasi. Dalam bahasa Melayu ragam ujaran itu mempunyai empat
tingkat, iatu 1. 2. 3 dan 4. Perbezaan tingkat nada sebutan inilah yang membezakan antara ragam ayat penyata,
ayat tanya, seruan dan sebagainya.
Kesimpulannya bahawa setiap penutur bahasa pada dasarnya dapat memanfaatkan kedua ragam lisan dan
tulisan itu sesuai dengan keperluannya. Walaupun demikian kita tidak dapat berharap orang yang tidak
mengalami alam persekolahan mampu menggunakan bahasa tulisan secara cekap. Olehitu kita harus
mempopularkan ragam lisan dengan berkesan, tanpa prejudis terhadap peraturan tatabahasa yang ketat,
sebaliknya harus mengikuti penggunaan popular yang sebenarnya ahli masyarakat bahasa itu gunakan, kerana
kita percaya bahawa bahasa itu berkembang dan berevolusi.
http://drhusin.com/minda/polemik-tentang-ragam-bahasa.html

Assalamualaikum para pembaca blog ini...
Anda tahu tak apa itu stilistik? Alah, gaya bahasa la... Ha. Dah ingat kan?
Sebenarnya, baru-baru ini, saya sempat membaca sebuah novel yang agak menarik. Sebab
apa saya katakan novel tersebut agak menarik? Sebab banyak unsur stilistik yang
digunakan oleh penulis yang mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui
kesudahan ceritanya. Jadi, kali ini saya mahu berkongsi dengan anda mengenai teori
stilistik, tetapi hanya secara umum.
Terdapat 2 strategi dalam teori stilistik iaitu aspek skema dan majaz. Dalam kedua-
dua strategi ini pula, terdapat 4 pecahan bagi strategi skema dan 5 pecahan bagi strategi
majaz. Untuk memudahkan anda memahaminya, saya bahagikan strategi ini
menggunakan jadual.
SKEMA MAJAZ
Skema Seimbang (Perubahan bentuk atau
susunan sesuatu perkataan secara seimbang
yang menghasilkan kesan makna yang
berbeza).
Paralelisme, antitesis dan isokolon.
Majaz Pertautan (Hubungan pertautan
makna, sama ada yang bersifat simbolik,
perumpamaan atau tamsilan).
Periprasis, sinekdot, alusi, eufemisme,
disfemisme, pleonasme, dan metonimi.
Skema Perulangan (Perulangan kata atau
frasa yang menghasilkan kesan nada atau
bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai).
Anafora, epistrop, anadiplosis, poliptoton,
epanalepsis, klimaks, antimetabole,
asonansi, kiasmus dan aliterasi.
Majaz Perbandingan (Penggunaan unsure
bahasa yang bersifat membandingkan dua
hal yang pada hakikatnya berlainan atau
yang sengaja dianggap sama).
Metafora, simile, dan personifikasi.
Skema Pengguguran (Memberi kesan
keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa).
Elipsis, asindeton, dan polisindeton.
Majaz Pertentangan (Penggunaan kata atau
frasa yang saling bertentangan dari segi
makna, sama ada secara simbolik, tersurat
atau tersirat dalam struktur ayat yang sama
atau yang berhubungan).
Hiperbola, ironi, oksimoron, dan litoses.
Skema Ragaman (Manipulasi perkataan atau
frasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam
salah satu kumpulan skema disebabkan
kepelbagaian bentuk dan penyusunan ayat
yang mencetuskan kesan yang berbeza).
Umum-khusus, khusus-umum, enumerasi,
abstrak-konkrit, dan konkrit-abstrak.
Majaz Ragaman (Penggunaan strategi
retorik yang tidak digolongkan dalam
kategori majaz yang sudah dibincangkan
kerana kepelbagaian bentuk dan struktur
kemajaziannya).
Simetri, onomatopia, antimeria, ekslamasi,
paronomasia, silepsis, dan antanaklasis.
- Majaz Melayu (Cara orang Melayu
memanipulasi bahasa secara kiasan melalui
bahasa lisan atau tulisan untuk
menyampaikan sesuatu idea, fikiran atau
perasaan mereka).
Pantun, pepatah, bidalan, tamsilan,
peribahasa, dan simpulan bahasa.


http://nabilahsukandar.blogspot.com/2012/10/stilistik.html

Definisi Retorik, Strategi Skema dan Majaz

Retorik berasal daripada perkataan Yunani 'rethor' yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni
penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk,
mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti
jenis-jenis teks pidato. Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih
susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa. Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah
Plato dan Aristotle. Aristotle mendefinisikan retorik sebagai kebolehan mengenal pasti dan
memperhatikan dalam suatu situasi yang memberi penekanan dan pemujukan. Dalam konteks
moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan
penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan
yang tersusun baik. Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan
fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan
perasaan orang.
Pemikiran retorik juga diasaskan kepada pendapat yang dikongsi bersama dan bertujuan untuk
membentuk penghujahan sehingga kepada kesimpulan. Sekiranya sesuatu ungkapan itu tidak
mengandungi sebarang isi, maka timbullah untkapan retorik kosong. Sehubungan dengan itu, retorik
perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-
baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa. Terdapat dua aspek penting yang perlu
diketahui menganai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa
yang baik. Perkara ini telah dipelajari dalam topik tatabahasa. Kedua. Pengetahuan mengenai
objhek tertentu yang akan disampaikan dengan menggunakan bahasa.
Ciri-ciri umum retorik :
1.
Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa,
pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.
2.
Ia perlu ada kekemasan dan ketersusunan wacana.
Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan
salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan
penceritaan. Retorik klasik, tropes dan skim-skim masuk golongan kanun gaya. Ciri-ciri stilistik ini
memang melakukan menambah rempah kepada penulisan dan bercakap. Dan mereka biasanya
berfikir menjadi meyakinkan kerana mereka menghiasi sebaliknya bahasa biasa; kewujudan
konsepsi yang kita adalah dipujuk oleh gambaran dan keindahan kerana kita mencari ia
menghiburkan. Terdapat banyak lagi untuk tropes dan skim-skim daripada permukaan
pertimbangan-pertimbangan. Sesungguhnya, ahli-ahli politik dan penggunaan pendeta bahasa ini
dibentuk untuk mewujudkan khusus kesan-kesan sosial dan politikal dengan terus bermain emosi-
emosi kita.
Majaz Bahasa Kiasan merupakan penggunaan sepatah kata, frasa, atau imej dalam sebatang jalan
tak terniat oleh normalnya kepentingan. Skema merupakan satu perubahan dalam urutan kata
standard atau pola. Tropes dan skim-skim sedang dikenali secara kolektif sebagai rajah bagi
ucapan. Ekoran adalah satu senarai pendek beberapa bagi rajah yang paling biasa ucapan. Saya
telah memilih rajah begitu ahli politik dan penggunaan pendeta sering--terutama skim-skim bagi
pengulangan dan urutan kata, yang menyampaikan kuasa. Dalam linguistik, skim adalah satu kiasan
perubahan itu susunan normal kata-kata dalam satu struktur hukuman. Satu contoh yang baik
seorang penulis lakonan terkenal untuk penggunaannya skim-skim dan tropes adalah William
Shakespeare. Menurut Umar Junus (1989), penggunaan retorik sebagai estetika yang saling
berhubungan dengan keindahan . Aspek yang diberikan kepada karya seni termasuk karya sastera.
Ia juga lebih umum kepada bahasa, berhubung penggunaan bahasa lebih menekankan kepada akibat
dan tujuan. Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan
untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji,
dilihat penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya. Segala maksud dan
penjelasan dalam karya dapat disampaikan dengan jelas dan menarik kepada pembaca
http://persismajazi.blogspot.com/2009/09/retorik-strategi-skema-dan-majaz.html





Definisi Gaya Bahasa

Pada umumnya, bahasa merupakan satu alat
perhubungan dan komunikasi antara manusia. Bahasa
lazimnya diertikan sebagai satu sistem lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia
sebagai alat untuk berhubung, manakala gaya bahasa
pula bermaksud cara atau bentuk bahasa yang
digunakan dalam pertuturan atau penulisan untuk
menimbulkan kesan-kesan tertentu. Bahasa antaranya
berfungsi untuk :
meluahkan perasaan
menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya
mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana
(cara/bahan/strategi)
mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama
Dalam menyampaikan bahasa untuk melahirkan buah
fikiran, lazimnya kita akan menggunakan gaya
pengucapan atau gaya tulisan yang berbeza, yakni
disebut gaya bahasa. Konsep gaya dari segi retorik lama
mentakrifkan suatu cara berfikir yang tidak boleh
diabaikan begitu sahaja. Ringkasnya, bahasa ialah
pengzahiran buah fikiran, manakala gaya ialah potongan
atau stilistik atau fesyen tertentu kepada bahasa
tersebut. Bahasa melayu amat kaya dengan gaya.
Maksud gaya bahasa yang diberikan oleh Zaba
(1962:71) ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila
bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataanya,
ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau
bentuk pembahasaan. Zaba membahagikan gaya bahasa
melayu kepada dua, iaitu gaya cakap mulut dan gaya
surat. Kedua-dua gaya ini boleh disebut sebagai gaya
melayu betul dan gaya bukan melayu.

Contoh Gaya Bahasa dalam Hikayat Abdullah

1. Skema Pengguguran
Asidenton: pengguguran kata hubung.
makan tak kenyang, tidur tak lena (ms 13)
2. Skema Perulangan
Anafora: pengulangan perkataan yang sama pada
permulaan klausa.
Dia ketakutan melihat ramai orang berhampiran
perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak besar. Dia
hilang dibawa arus ke laut. (ms 160-161)
3. Skema Ragaman
*Khusus Umum
Maka dalam hal itu bapaku pun mendapat sakit
payah di Sungai Baru, lalu pergilah segala adik kakak
dari Melaka mengambil akan dia (ms8)
*Umum-Khusus
Tuan Sekretaries Gobermen ke Melaka
menyuruhkan bapaku pergi ke Riau dan Lingga, Pahang,
Terengganu. (ms 9)
4. Majaz
Maksud : memindahkan perkataan hakiki kepada
bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya
hubungan dan petunjuk.

*Majaz Pertautan bermaksud hubungan pertautan
makna sama ada yang bersifat simbolik,
perumpamaan/tamsilan.

Disfemisme - kata-kata kasar untuk tujuan tertentu.
Contoh: Syahadan, maka dengan bodoh yang
demikianlah kebanyakan surat-surat dan hikayat-
hikayat dahulu kala yang dalam kebanyakan negeri
Melaka disuruh gurunya bakarkan (ms 309).
*Majaz Perbandingan bermaksud penggunaan unsur-
unsur bahasa yang bersifat membandingkan 2 hal pada
hal berlainan ataupun sengaja dianggap sama.
Simile perbandingan secara langsung.
Contoh:
- Seperti meniup api dalam air (ms15)
- Seperti menatang minyak yang penuh (ms15)
- Seperti bergantung di rambut sehelai, mati hidup
kembali, nyawa pergi nyawa datang(ms 13)
Hiperbola
Contoh: Sebab itulah saya membuangkan diri ke pulau
di tengah laut ini, tuan. (ms 156)
Personafikasi
Contoh: Tuan Farquhar pergi berteduh di bawah sepohon
kayu kelat di tengah padang itu.(ms 156)

Bahasa Melayu Klasik
Menurut Kamus Dewan (1986), perkataan klasik sebagai
kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang
mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai. Asmah
Hj.Omar (1993), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh
belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Bahasa
Melayu klasik pula menurut Ismail Hussein (1966),
pembahagian bahasa Melayu Klasik dibuat adalah atas
pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Menurut Ismail Hussein (1966), bahasa Melayu Klasik
bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14 dan beliau
menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh
kepulauan Melayu setelah kedatangan agama Islam.
Kenyataan ini disokong dengan bukti catatan Marco
Polo tentang pengislaman Pasai pada tahun 1292M
sewaktu beliau melawat Sumatera Utara. Permulaan
bahasa Melayu klasik boleh ditandai dengan
kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka
dan bahasa Melayu klasik menjadi medium dalam
pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan
penyebaran agama Islam
http://karyaagungmelayukumpulan6.blogspot.com/p/retorik-dan-gaya-bahasa-melayu-klasik.html

1.1 Pengenalan
Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam
mendefinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan
Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendefinisikan bahasa adalah semata-mata suatu
kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan
melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar. Buku ini juga memetik
definisi daripada Bloch dan Trager yang terkandung dalam Outline of Linguistic
Analysis (1942 : 2) sebagai suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan
sosial yang bekerjasama. Sementara Hall dalam Essay of Language menegaskan
bahasa ialah institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui
simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat.Menurut Lyons
lagi, Robins menterjemahkan bahasa bersifat remeh-temeh dan tidak memberikan
maklumat tambahan, cuma mengandaikan beberapa teori am tentang bahasa dan
analisis linguistik. Definisi bahasa oleh Chomsky yang dipetik John Lyons daripada
Syntactic Structures (1957 : 13) terdapat sedikit perbezaan iaitu Bermula daripada
sekarang, saya akan menganggap bahasa sebagai suatu set ayat (finit atau
Infinit). Setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan
menggunakan satu set unsur yang terha Ferdinand de Saussure, seorang sarjana
Linguistik Swiss mendefinisikan bahasa yang dititip daripada buku Pedagogi Bahasa
tulisan Kamarudin Hj. Husin dengan satu sistem isyarat yang yang mempunyai
bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan
kedua-duanya adalah bersifat psikologi. Menurutnya lagi erti dan bunyi itu tidaklah
terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum
tatabahasa.
Dapatlah dirumuskan bahawa bahasa itu merupakan lambang-lambang bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan
tertentu. Turut mempunyai bentuk-bentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan
dan menyatakan sesuatu, yang mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain
bagi mewujudkan interaksi sesama manusia.

1.2 Objektif
Berdasarkan kandungan kertas kerja ini, kita akan dapat mengetahui tentang .
bentuk-bentuk ragam bahasa seperti mana yang diutarakan oleh Zaaba, serta
contoh-contoh setiap klasifikasi ragam tersebut. Di samping itu juga diperihalkan
kepentingan penggunaan ragam bahasa dalam pertuturan khasnya
dalam masyarakat Melayu.

1.3 Kaedah Kajian
Bagi menyiapkan kajian ini, digunakan kaedah kepustakaan. Segala maklumat
berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang
diberikan oleh Tuan Pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik
mungkin bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu. Di samping itu,
menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan pelajar sendiri.

1.4 Batasan Kajian
Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh
Pendita tanah air terkenal iaitu Zaaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin
Ahmad. Merujuk tulisan atau kenyataan beliau dalam karyanya Ilmu Mengarang
Melayu (1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi ragam bahasa oleh Zaaba ini,
contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta dinyatakan adalah berdasarkan
sebuah novel karya Rejab F.I. yang bertajuk Matahari Di Hujung
Malam. Sehubungan dengan itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan atau
keistimewaan atau kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi.
Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap klasifikasi ragam
bahasa yang dikemukakan oleh Zaaba, namun ianya menjadi pilihan atau bahan
rujukan disebabkan tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan serta
menyingkap persoalan manusia yang sememangnya lupa diri apabila mendapat
sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak, dan
keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri. Ibarat
sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.

1.5 Definisi Konsep
Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer Kamus Eja
Tepat edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong,
biasanya yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala ragam
bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu ragam bahasa menurut Zaaba dalam
bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis
bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana
menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan
pembaca. Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa
tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu.

2.0 KLASIFIKASI RAGAM BAHASA
Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-
ubah. Semua bahasa manusia menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan
sebenar berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, dan antara satu
penutur dengan penutur lain, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata, dan
makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat khususnya
dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan tujuan-
tujuan tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa.
Buku Ilmu Mengarang Melayu karya Pendita Zaaba yang diterbitkan pada tahun
1965, menitipkan bahawa terdapat sejumlah lima belas ragam bahasa. Dinyatakan
di sini keragaman tersebut iaitu :
i. Bahasa Sindiran
ii. Bahasa Menggiat
iii. Bahasa Mengejek
iv. Bahasa Terbalik
v. Bahasa Merajuk
vi. Bahasa Tempelak
vii. Bahasa Herdik
viii. Bahasa Melampau
ix. Bahasa Merendah
x. Bahasa Naik
xi. Bahasa Seruan atau Mengeluh
xii. Bahasa Berulang
xiii. Bahasa Bertimbal
xiv. Bahasa Bukan
xv. Bahasa Bahasa Jenaka
Selain daripada yang dinyatakan, terdapat juga pelbagai nama lain untuk ragam
bahasa ini. Namun demikian, kebanyakan nama-nama itu diambil daripada bahasa
asing terutamanya Bahasa Inggeris.

3.0 HURAIAN TENTANG JENIS RAGAM BAHASA
Berikut dihuraikan tentang klasifikasi ragam bahasa yang dinyatakan seperti mana
dikemukakan oleh Zaaba secara terperinci. Perincian juga diberikan bersama-sama
contoh-contoh berkaitan
.
i. Ragam Bahasa Sindiran
Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada
seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan
secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Ianya
tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap
seseorang.
Dalam novel Matahari di Hujung Malam, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah
Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah. Kata-kata ini
ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan. Ia tentunya menyindir Cikgu
Hamdan yang telah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan
kawan-kawannya. Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut
atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri. Namun begitu,
sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu
Syarif. Begitu juga dengan dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang
berbunyi, Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama
pula di dalam kereta, di tengah sawah!. Ini juga menunjukkan ragam bahasa
menyindir iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya
Norhayati berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan,
tetapi diarahkan pula dengan perkataan drama yang membawa
maksudnyayang sebenar.
Itulah antara ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi
contoh yang lain. Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir
seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya
biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain.

ii. Ragam Bahasa Menggiat
Ragam bahasa jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya
seakan-akan juga sindiran. Namun begitu tujuannya agak berbeza iaitu untuk
mengusik, bergurau-senda atau kadang-kala bersungguh-sungguh betul, jika
benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu.
Contohnya Eh! Baik sungguh kau hari ini Rahmat membuat penilaian. Hm! Aku
taulah. Kau seronok sebab Cik Juliana tu terpikat pada kau kan? Seperti kata-kata
Rahmat ini kepada Syaharudin, nadanya adalah menggiat kawannya itu bertujuan
bergurau-senda. Namun begitu, seolah-olah juga menyindir kawannya yang cuba
berbuat baik dengan pensyarahnya itu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain itu Rahmat yang menyebutkan Kalau calang-calang belajar, hm sia-sialah
duit kita tu. Maksud Rahmat yang sebenar adalah mengusik kawannya Syaharudin
yang berbaik-baik dengan pensyarahnya sendiri sedangkan isterinya berkorban
mengirimkan perbelanjaan buat suaminya membiayai perbelanjaan semasa belajar
di universiti. Semuanya dilakukan demi ingin melihat suaminya berjaya menggulung
segenggam ijazah. Sedangkan kawannya Syaharudin berseronok pula di universiti
seolah-olah melupakan pengorbanan isterinya itu. Walaupun nadanya mengusik
juga seakan-akan menyindir kawannya itu demi menyedarkan perbuatannya.
Agak menarik pula ialah Kau dah pikat burung dara di kampus ini, Din? Walaupun
ada burung dara sebagai kiasan dan mengarahkan atau merujuk kepada
pensyarahnya, Cik Juliana, kenyataan sebenarnya adalah Rahmat mengusik
Syaharudin yang sengaja ingin memenangi hati pensyarahnya itu. Mengetahui pula
tujuan Syaharudin yang ingin melepaskan perasaan marahnya terhadap isterinya
yang lambat mengutuskan wang buatnya.
Jika diteliti sehalus-halusnya, memang benar ragam jenis ini iaitu ragam bahasa
menggiat, ada kalanya berupa sindiran secara sinis. Walaupun maksud sebenarnya
mengusik atau bersenda-senda tetapi kemungkinan orang yang dimaksudkan itu
mungkin terasa hati seperti kata pepatah siapa makan cili, dia yang terasa
pedasnya.

iii. Ragam Bahasa Mengejek
Ragam bahasa jenis ini pula bahasa yang mengata atau ditujukan tepat kepada
seseorang atau kumpulan. Ia ditujukan dengan menggunakan perkataan yang tepat
dengan gaya yang mengajukkan keburukan mereka itu. Juga perkataan-perkataan
yang mempermain-mainkan seseorang itu dengan hasrat menjelaskan kebodohan
atau jika ada orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan seseorang yang
dimaksudkan itu.
Contohnya Hm! Kau ni takut yang bukan-bukan, Rahmat. Kalau macam tu tak
merasalah kau bercinta di sini. Kau nak tunggu biar keluar U nanti? Kau nak tunggu
rambut kau beruban? Itulah contoh ragam bahasa mengejek yang dinyatakan oleh
Syaharudin. Beliau mengujarkannya kepada kawan sebiliknya Rahmat yang masih
bujang dan tiada berteman itu. Sedangkan dia seorang yang telah berkahwin, dan
punya anak tetapi digilai oleh pensyarahnya sendiri yang masih belum berpunya.
Ragam bahasa ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Encik Jalal terhadap isterinya
Puan Fauziah. Beliau seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada isterinya
yang menjadi penyebab anaknya putus tunang dan hinggakan anaknya kembali
semula kepada kekasih lamanya serta terlanjur akhirnya. Maksud sedemikian
tersirat dalam dialog Itulah kau! Dulu budak ni bertunang elok-elok dengan Cikgu
Hamdan tu, minta diputuskan. Menuduh cikgu tu bukan-bukan pula. Sekarang ni
ha, apa yang dah jadi? Dari sini ternyata Encik Jalal mengejek isterinya yang
disebabkabkan kebodohan sendiri, berlaku perkara yang memalukan mereka
sekeluarga.

iv. Bahasa Terbalik
Ragam bahasa jenis ini menggunakan bahasa berlawanan daripada apa yang hendak
dimaksudkan. Namun demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur
akan faham akan maksud yang sebenar. Contohnya kata-kata Syaharudin, Dia tu
dah tua, kau tahu? Anak dara terlajak. Sebab itu dia nak cari orang berumur macam
aku ni. Betul tak? Namun kenyataan Syaharudin ini difahami Rahmat akan maksud
sebenarnya.
v. Bahasa Merajuk
Bagi ragam jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan yang
dialami seseorang. Biasanya ragam ini adalah bahasa yang digunakan oleh orang
yang sedang kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu.
Kata-kata Rahmat yang membayangi kekecewaannya kerana sering diperli rakannya
yang bertanyakan mengapakah dalam umur sepertinya masih belum berkahwin,
jelas menunjukkan ragam bahasa jenis itu iaitu Macam muka aku ni siapa yang
hendak, Din , selar Rahmat sambil bangun manghadap cermin yang tergantung di
dinding kamar mereka, muka macam buah kelapa tua, sambungnya sambil ketawa,
merendah diri.
Selain itu, kekecewaan yang dialami oleh Shaharudin juga dapat dilihat dalam ragam
bahasa ini. Tergambar betapa pedih dan kecewanya Shaharudin yang telah
kehilangan segalanya iaitu kekasihnya Juliana, isterinya serta anaknya, dan juga
keluarganya sendiri. Sehingga dia tidak sanggup kembali ke kampung halamannya
selepas menghabiskan pengajiannya di universiti apalagi hendak berdepan dengan
mereka itu. Kekecewaan dan kehampaan itu dapat dilihat melalui kata-katanya
kepada Rahmat, Aku tak akan pulang lagi ke kampungku, Rahmat, Ke mana kau,
Din? Aku telah memilih Sabah atau Sarawak.

vi. Bahasa Tempelak
Contohnya You pula sengaja ambil kesempatan berhubungan dengan I. Tak
begitu? soal Juliana. Inilah salah satu contoh ragam bahasa tempelak yang
terdapat dalam karya Matahari di Hujung Malam Kata tempelak yang ditujukan
tepat oleh Juliana kepada Shaharudin. Ianya diluahkan disebabkan kemarahan
Juliana terhadap Shaharudin yang mengambil kesempatan di atas perhubungan
mereka berdua dengan memburuk-burukkan kesetiaan dan pengorbanan isterinya.
Selain itu kata-kata orang kampung yang menempelak Zaidi dan rakan-rakannya
yang sentiasa menyalahkan kakak iparnya sedangkan kelakuan buruknya jelas
diketahui ramai. Demikian bunyinya, Jika kumpulan teater itu buruk, nyatakan apa
yang baik kumpulan anak-anak muda itu lakukan ha? Berapa banyak mereka
sumbangkan wang untuk mangsa-mangsa banjir dan membantu pelarian Palestin
itu. Katakan? Ternyata tempelakan yang ditujukan tepat kepada Zaidi dan kawan-
kawannya itu mengunci mulut mereka.

vii. Bahasa Herdik
Bahasa ini bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak lebih
keras. Contohnya kemarahan Encik Jalal terhadap perbuatan anaknya yang telah
memberi malu mereka sekeluarga. Kata-kata Encik Jalal, Habis! Muka kita ni nak
sorok di mana ha?! Sergah Encik Jalal pula sambil menudingkan jari telunjuk ke arah
isterinya.

viii. Bahasa Melampau
Bahasa yang digunakan untuk membesar-besarkan dan melebih-lebihkan daripada
perkara atau kedudukan yang sebenarnya adalah disebut ragam bahasa
melampau. Contohnya Mereka berpegangan sambil melihat anak-anak ikan kecil
berkejar-kejaran di dalam air. Ah! Begitu mesra, bagai merpati
sepasangan. Kebahagiaan membalut jiwa Syaharudin. Saat-saat begitu terasa
bagaikan di syurga.

ix. Bahasa Merendah
Bahasa yang bertentangan dengan bahasa melampau. Contohnya, Macam muka
aku ni siapa yang hendak, Din , selar Rahmat. Muka macam buah kelapa tua,
sambungnya lagi. Dalam bahasa ini, betapa merendah dirinya Rahmat berbahasa
dengan rakannya Syaharudin.

x. Bahasa Naik
Bagi menyatakan sesuatu maksud, digunakan bahasa yang menyebutkan sesuatu
daripada perkara yang paling rendah, kemudian beransur-ansur selangkah demi
selangkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Begitu yang diceritakan bagi
menggambarkan persediaan dan suasana perkahwinan Norhayati dengan Cikgu
Hamdan. Tanpa persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang
meriah, tiga bulan kemudian perkahwinan mereka dilangsungkan.

xi. Bahasa Seruan atau Mengeluh
Bahasa yang digunakan ini juga untuk menyatakan kekecewaan yang
dialami. Namun begitu, ianya tidak dapat diluahkan kesemua perasaan tersebut
tetapi orang yang mendengarnya memahami dan mengerti betapa berat kekecewaan
dan penderitaan yang ditanggung seseorang.
Ah! Sudahlah bang. Anak kita ni dah terlanjur. Kalau dibunuh mati pun perkara tu
tak boleh diubat,. Demikian kata-kata Puan Fauziah yang menyatakan betapa
kecewanya hatinya dengan apa yang terjadi terhadap anaknya. Begitu juga rintihan
Norhayati, apabila Syaharudin bertekad tidak mahu pulang ke kampung itu. Lebih
dari itu, dia menuduh dirinya curang. Menduakan suami. Berlegar ke sana ke mari
dengan Cikgu Hamdan. Ah! Betapa pahit, betapa tersayat dan betapa pedih
hatinya!

xii. Bahasa Berulang
Dalam ragam bahasa jenis ini, digunakan bahasa atau perkataan yang diulang-
ulang. Ini untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata
itu.
Contohnya ketidakpercayaan Pak Mahat terhadap kecurangan dan sikap buruk
menantunya iaitu Norhayati. Penegasan Pak Mahat dalam hal ini jelas tergambar
melalui kata-katanya, Karut! tengking Pak Mahat. Semua itu karut! Fitnah!
herdiknya lagi sambil menepuk palang jendela. Perkataan karut diulang bagi
menyatakan maksud yang sememangnya ia tidak mempercayai langsung tuduhan
anaknya Shaharudin terhadap isterinya, Norhayati.
Selain itu dalam kata-kata, Aku malu, Syahar! Aku malu! Mengapa kau bawa
perempuan itu ke kampung kita ini ha? Kau tau apa orang-orang kampung mengata-
ngatakan kita ha?. Begitu kata pertama yang berjaya yang diluahkan oleh Pak
Mahat setelah sekian lama berusaha untuk meluahkannya semenjak Syaharudin
pulang ke rumahnya. Tergambar betapa malunya Pak Mahat dan isterinya di atas
kelakuan sumbang anaknya yang membawa pulang wanita lain ke rumah sedangkan
isteri dan anaknya masih ada tanpa dijenguk dan dihiraukan.

xiii. Bahasa Bertimbal
Bagi menyatakan sesuatu, digunakan bahasa yang mempertentangkan sesuatu dua
keadaan yang seolah-olah berlawanan. Walaupun dalam karya Rejab F.I ini tidak
menggarapkan ragam bahasa ini, dapat diberi contoh lain iaitu,
Kendur berdenting-denting tegang berjela-jela
Dekat tak tercapai jauh tak berantara.
xiv. Bahasa Bukan
Bagi ragam bahasa ini digunakan perkataan bukan untuk mendahului sesuatu kata
lain. Dalam karya ini, ragam ini dapat dilihat dalam kata-kata, Bukan begitu, Ham,
Cikgu Syarif membuat kesimpulan dan Bukan dia nabi kita. Segala ajaran dan
perbuatannya mesti kita ikut! Di sini digunakan kata bukan mendahului kata-kata
lain yang menunjukkan ragam bahasa bukan.

xv. Bahasa Jenaka
Ragam bahasa 0jenis ini memakai atau menggunakan satu perkataan yang
membawa dua makna. Contohnya Muka macam buah kelapa tua yang membawa
maksud sebenar iatu muka atau wajah yang tidak setampan mana. Walaupun
zahinya perkataan tersebut melambangkan buah kelapa yang sudah tua.
Begitu juga jenaka Cikgu Syarif, Hm! Macam mana cikgu? Jambatan tu dah emak
cikgu hulurkan. Hm! Apa nak ditunggu lagi, lalui sajalah cikgu! Perkataan
jambatan membawa dua maksud yang berbeza. Namun begitu dalam hal ini
jambatan tersebut membawa makna kebenaran menganggotai kumpulan teater
yang telah diberikan oleh Cik Hamidah kepada anaknya Norhayati.
Demikianlah huraian serta contoh-contoh berkaitan yang diberikan bagi
membincangkan tajuk ragam bahasa ini.

3.0 KEPENTINGAN RAGAM BAHASA
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting. Dengan bahasalah manusia dapat
berhubung antara satu sama lain bagi menyampaikan sesuatu maksud, perasaan,
pandangan, dan lain-lain lagi. Ternyata bahasa yang beragam-ragam ini pula
mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia seharian.
Apalagi hidup dalam masyarakat yang bersifat homogen, dengan sikap-perangai
yang berbeza-beza. Dan menjadi kewajipan serta tanggungjawab individu dalam
masyarakat itulah menangani segala permasalahan bagi mewujudkan masyarakat
yang harmoni.
Antara kepentingan ragam bahasa ialah :
i. Menyedarkan individu atau seseorang daripada bersikap negatif seperti ragam
bahasa herdik atau menggiat ditujukan untuk yang pemalas,
ii. Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka akan menimbulkan
kemesraan di samping sesuatu tujuan sebenar dinyatakan secara bersahaja tanpa
menimbulkan kemarahan atau kecil hati di pihak yang terkena.
iii. Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam keadaan
yang marah. Namun begitu maksud sebenar akan difahami, contohnya ragam
bahasa menyindir.
iv. Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, prihatin, bantu-membantu, tolong-
menolong, ibarat pepatah yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
Demikian antara kepentingan ragam bahasa yang memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia.

4.0 PENUTUP
Telah jelas ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan
seharian. Sebagai manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi,
berhubungan, dan berkomunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-
ragam. Walau bagaimanapun, telah jelas keragaman ini mewujudkan kelompok
masyarakat yang saling mengambil berat antara satu lain, demi kebaikan bersama.

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa
formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa
halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas
dan bahasa terkawal, danragam bahasa mesra dan bahasa formal.
Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi,
Ayat yang gramatis
Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi,
pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning
you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat
tu.
pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali
memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat
itu, tetapi awak masih hendak ke sana.
Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal
Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak
memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu
dan sebagainya.
Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.
Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa kenapa
bagaimana macam mana
sedang tengah
(b) bentuk kependekan
Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak nak
tidak tak
sudah dah
(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil ambik
kecil kecik
pula pulak
Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti
nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan
digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda,
kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau
tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam
Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar
seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong
dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap
kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya
perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)
http://maimunasiyana.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai