Anda di halaman 1dari 12

LMCR1272 KOMUNIKASI LISAN BAHASA

MELAYU
TAJUK : RUJUKAN HORMAT
DEFINISI

• Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk


merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja.
Rujukan kehormat bermula dengan Yang.
SENARAI RUJUKAN HORMAT

• Kebawah Duli Yang Maha Mulia


Untuk gelaran Yang Di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja
yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau
negeri bagi Sultan dan Raja. (biasanya "Ke bawah Duli
Yang Maha Mulia").
• Duli Yang Maha Mulia
Untuk gelaran Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah
negara dan kerajaan atau negeri bagi Sultan dan Raja.
(biasanya "Duli Yang Maha Mulia");
• Yang Maha Mulia
Untuk gelaran Raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang
telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu
negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri)
• Duli Yang Teramat Mulia
Untuk Raja Muda dan Pemangku Raja yang memerintah
sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat
Mulia");
• Yang Teramat Mulia
Untuk pewaris-pewaris takhta, Raja-raja Bergelar di Perak,
kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di
Negeri Sembilan).
• Yang Amat Mulia
Untuk kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak
angkat dan adik-beradik)walaupun di gelar anak angkat,
tetapi dikira secara sah dan anak angkat di gelar kepada
anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.
Anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak
kandung sultan, di beri elaun dan elaun-elaun khas setiap
tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan
nama Yang Amat Mulia boleh di turun kepada anak-anak
kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat
sultan.
Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak
angkat sultan, tetapi bahasa istana dan adat budaya raja-
raja melayu adalah anakanda sultan yang sah sepanjang
hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana
istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak
• Yang Mulia
Untuk (kerabat diraja) yang bergelar Tengku, Tunku, Ungku,
Raja dan Syed

• Tuan Yang Terutama


Untuk Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja.
(biasanya "Tuan Yang Terutama")
• Yang Amat Berhormat

Untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri


Besar dan Ketua Menteri.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Rakyat/Dewan
Negara kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang
juga adalah Ahli Parlimen.
• Yang Amat Berbahagia
Untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan, isteri
kepada Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri,
isteri Menteri Besar dan isteri Ketua Menteri.
• Yang Amat Arif
Untuk Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan /
Hakim Besar Malaya / Hakim Besar Sabah & Sarawak /
Ketua Hakim Syarie (dalam situasi formal, seperti di
mahkamah dan di luar mahkamah).
• Yang Berhormat Mulia

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan


Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua
Dewan Negeri/Speaker, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan
Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang
berketurunan Raja/Anak gahara/kerabat diraja.
• Yang Berhormat

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan


Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua
Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara,
dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
• Yang Berbahagia
Untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri,
Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Datuk, Dato', dan
Datin (yang bukan Ahli Parlimen).
• Yang Arif
Untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di
mahkamah dan di luar mahkamah).

Anda mungkin juga menyukai