Anda di halaman 1dari 27

TAJUK :

WACANA DAN RETORIK


KELAS TUISYEN DALAM TALIAN
DENGAN KERJASAMA

Cikgu Norshima
Guru Akademik Tingkatan Enam
“Tunggu apa lagi, beri
tahu rakan sosial anda
tentang kelas AYU”
SUKATAN PELAJARAN

Tajuk Waktu pengajaran Hasil Pembelajaran

Wacana 12

1.1 Konsep wacana 1 Calon seharusnya dapat menjelaskan


konsep wacana.
1.2 Ciri wacana 3 Calon seharusnya dapat:

1.2.1 Kohesi (a) Menjelaskan ciri wacana;


1.2.2 Koheren (b) Mengenal pasti kohesi dan koheren
dalam teks;
(c) Menggunakan kohesi dan koheren
dalam penulisan
SUKATAN PELAJARAN

Tajuk Waktu pengajaran Hasil Pembelajaran

1.3 Jenis penanda wacana 8 Calon seharusnya dapat :

1.3.1 penanda penghubung

1.3.2 Penanda rujukan (a) Mengkategorikan penanda wacana


1.3.3 Penanda penggantian mengikut jenis;
1.3.4 Penanda leksikal
1.3.5 Penanda (a) Menggunakan penanda wacana
ellipsis/pengguguran dalam konteks yang betul;

(b) Menganalisis sesebuah wacana

(c) Menghasilkan wacana yang utuh


KONSEP

Harimurti Kridalaksana (1978)


Asmah Haji Omar (1980)

Unit atau satuan lengkap, Unit atau satuan bahasa


tidak terbatas pada ayat yang boleh terdiri
semata-mata, meliputi daripada:
satuan yang lebih besar.
➢ ayat
contoh : ➢ sejumlah ayat
➢ dialog ➢ ceraian
➢ perenggan ➢ bab
➢ bab ➢ siri
NOTA!
Untuk peringkat STPM, perlu ingat
konsep wacana yang menjadi
pegangan 'unit bahasa yang melebihi
batas ayat’ .

DEFINISI- DAVID CRYSTAL (2011:167)


Analisis Wacana menurut J.C
Richards & R.Schmidt (2010)

Memberikan pemerhatian terhadap makna dan


nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam
sesuatu yang diperkatakan.

Aspek Bahasa yang difokuskan iaitu penanda


wacana, penggunaan kata ganti diri sebagai
rujukan serta jalinan idea.
CONTOH WACANA

Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia mengadakan


pilihan raya umum setiap lima tahun sekali. Melalui pilihan
raya, rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin untuk
mewakili mereka di parlimen. Parlimen mempunyai kuasa
menggubal undang-undang manakala pentadbiran negara
akan dilaksanakan oleh anggota pentadbiran.

Petikan di atas merupakan satu wacana utuh kerana:

❖ Satu unit penggunaan bahasa yang melebihi batas ayat:-satu perenggan


❖ Jalinan ayat bertautan dari aspek bahasa
❖ Idea berkesinambungan dan berfokus
❖ Suatu lakuan bahasa yang jelas kerana:
1.Digunakan untuk menyampaikan satu idea berkaitan isu yang diperkatakn
2. Berbentuk penulisan
❖ Disusun dengan kemas dan kait mengait dari segi tatabahasa dan sebagainya
CIRI WACANA

RICHARDS & RICHARDS (2013)


KOHESI
Ciri kohesi dalam
“Kohesi ialah tautan atau wacana
hubungan yang gamatis atau
yang bersifat leksikal antara Cikgu Rita, cikgu Shima,
unsur yang membina teks atau cikgu Aini dan cikgu Mat
wacana”. bercadang untuk ke kedai
buku pada petang ini.
berkemungkinan hubungan Kami ingin membeli pen,
antara ayat dengan ayat atau
antara bahagian ayat pensel, pembaris, dan
kertas. Selain itu, kami
juga akan membeli
pemadam. Alat tulis itu
akan kami hadiahkan
kepada pelajar kolej.
Richards & Richards (2010)

“Koheren ialah kesinambungan idea antara unit-


unit bahasa yang membentuk sesuatu wacana”.

Cikgu Mat Julih seorang guru Seni


Visual di Maktab Sabah. Dia
mengajarkan mata pelajaran itu sejak 18
tahun lalu. Beliau merupakan guru Seni
Visual yang berwibawa. Sejak dia
mengajar di sekolah itu, prestasi mata
pelajaran Seni Visual pelajar di sekolah
itu meningkat.
1. (a) Berikan definisi wacana. [1]
Wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap dan
yang melebihi batas ayat.
..........................................................................................................................
(b) Nyatakan dua ciri utama wacana yang utuh. [2]
(i)……………………………………..
Kohesi (tautan)
(ii)…………………………………….
Koheren (runtutan)

(c) Bina sebuah wacana yang utuh. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 30 patah
perkataan. [2]
……………………………………………………………………………………………………………………..
Cikgu Mat Julih seorang guru Seni Visual di Maktab Sabah. Dia
……………………………………………………………………………………………………………………………
mengajarkan mata pelajaran itu sejak 18 tahun lalu. Beliau merupakan
guru Seni Visual yang berwibawa.
……………………………………………………………………………………………………………………………..
PENANDA WACANA (5 PURPLE)
BEZAKAN
PENANDA
WACANA DAN
Penghubung PENANDA
Penggantian PENGHUBUNG

P P
(TTTMK) Rujukan

UR

Leksikal Penghilangan
/ellipsis

L E
Soalan BM 910/3 STPM 2020

Penanda penggantian

Penduduk kampung itu akan bergotong-royong


pada setiap kali majlis perkahwinan. Amalan
tersebut sudah menjadi tradisi sejak sekian lama.
BAHAGIAN B (45)
SOALAN STPM 2018

21. Berdasarkan permulaan petikan yang diberikan, hasilkan satu wacana yang mengandungi penanda
penghubung dan penanda rujukan. Panjang wacana hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan. [3]

Jawapan :

Semua penduduk berkumpul di hadapan rumah ketua kampung. Kemudian, empat orang
daripada mereka dilihat menaiki kenderaan pacuan empat roda. Selepas itu, beberapa orang
pemuda bergegas mengekori kenderaan tersebut dengan menaiki motosikal dan kereta.

Tiada markah jika,

1. Calon membina wacana tidak menggunakan penanda wacana yang


dinyatakan dalam arahan soalan.

1. Calon membina ayat, bukannya wacana.


PENANDA PENGHUBUNG

Ingat
TTTMK
Tambahan Tentangan Tempoh

Musabab(sebab) Kesimpulan
SOALAN STPM 2015

Dia telah berusaha sebaik-baiknya. Akan tetapi,


(i)………
usahanya itu dipandang enteng oleh majikannya.

Kempen di Kelantan sudah berakhir. Seterusnya,


(ii)………
kumpulan itu akan bergerak ke Sabah pula.

Penanda (iii)……
Penghubung

(iv) Tambahan …………………………………

(v) Kesimpulan …………………………………

(a) Nyatakan jenis penanda penghubung (i), (ii), dan (iii) di atas.
(i)…………………..
Penanda penghubung tentangan (iii)……………………………..
Penanda penghubung musabab
(ii)………………….
Penanda penghubung tempoh
(b) Bina sebuah wacana bagi setiap penanda penghubung (iv) dan (v) di atas. Panjang
setiap wacana mestilah tidak melebihi 30 patah perkataan

Jawapan :

(iv) Untuk menambah pendapatan, setiap hari Arif bekerja lebih masa. Selain itu, dia juga
melakukan pekerjaan lain pada hujung minggu.

(v) Keluarga Arif bertegas tidak mahu berpindah walaupun diberikan pampasan. Mereka
mahu terus menetap di situ. Pendek kata, mereka amat tegas dengan pendirian mereka.
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM SESEBUAH WACANA

Sebab dan akibat Sebab dan hasil


Latar dan
kesimpulan Sebab dan tujuan

Syarat dan hasil Perbandingan

Memperkuat isi Hubungan aditif

Hubungan ibarat Hubungan umum


KESINAMBUNGAN IDEA DALAM SESEBUAH WACANA
Sebab dan akibat (-) Latar dan kesimpulan

Petang semalam Jessyln Marvel dan Onel pulang dalam


bermain hujan. Pagi ini keadaan basah kuyup. Apa
nampaknya dia demam. tidaknya/Agaknya mereka
kehujanan dalam perjalanan
tadi.

Sebab dan hasil (+) Sebab dan tujuan

Evan rajin bertanya tentang Farra akan ke Mekah pada


bahasa Melayu. Ilmunya hujung bulan hadapan. Dia
tentang subjek itu amat mahu/ingin/berhasrat untuk
banyak. mengerjakan ibadah haji.
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM SESEBUAH WACANA
Syarat dan hasil (+) Perbandingan

Kita perlu berintegriti dalam 1.Dia tinggi. Kembarnya lagi


melaksanakan pekerjaan kita. tinggi.
Insya-Allah kita akan beroleh
keberkatan. ( dapat/boleh/mampu) 2.Arnab mudah dijinakkan.
Kucing lebih degil.

Hubungan umum-khusus.
Hubungan ibarat

Kini kebanyakan harga barang Farra menerima bonus


telah naik. Antara barang yang berganda pada hujung tahun
harganya naik dengan ketara ialah ini. Dia tersenyum lebar
rokok. kerana akan mendapat durian
runtuh.
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM SESEBUAH WACANA
Memperkuat isi Hubungan aditif

Jambangan bunga itu indah


Jambangan bunga itu indah sekali. sekali. Setiap minggu, Alya
Bunganya berwarna-warni, akan menukar bunga. Bunga
bermacam-macam, dan itu dipetik di halaman
keadaannya masih segar. rumahnya.
SOALAN STPM 2015

22. Hasilkan sebuah wacana yang menunjukkan kesinambungan idea dari


segi latar dan kesimpulan. Panjang wacana mestilah tidak melebihi 20 patah
perkataan. [2]

Jawapan :

Marvel dan Onel pulang dalam keadaan basah kuyup. Apa


tidaknya/Agaknya mereka kehujanan dalam perjalanan tadi.
SOALAN STPM 2015

Pemerian (a) Apakah jenis retorik X? [1]


………………………….
Retorik penghujahan

Pemujukan
Jenis retorik
(b) Bina satu wacana yang menepati ciri retorik X.
Panjang wacana tersebut mestilah tidak melebihi 40
Penceritaan patah perkataan. [3]
Jumlah parkir kenderaan di bandar-bandar
besar di negara ini perlu ditambah. Kini,
Pendedahan kenderaan semakin banyak dan pengguna
memerlukan parkir bagi meletakkan
kenderaan mereka semasa menjalankan
urusan. Kekurangan parkir boleh
X menyebabkan kesesakan di bandar kerana
pengguna akan menghentikan kenderaan di
mana-mana.
SOALAN STPM 2013 (U3)

• Mengikut prinsip logik dengan penaakulan yang tepat


• Bukti dikemukakan untuk menyokong idea
• Bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada
khalayak

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri retorik

A pemerian
B pemujukan
C pendedahan
D penghujahan
SOALAN STPM 2013 (U3)

22.Baca petikan di bawah ini, kemudian tentukan jenis-jenis retoriknya. [3]

“Budak itu masih terlantar di hospital. Keadaannya amat


lemah. Wajahnya pucat sekali dan kecederaan di dahi
yang dialaminya masih belum sembuh. Dia kekurangan
darah dan memerlukan pembedahan tetapi ibu bapanya
tidak mampu. Sumbangan kewangan daripada orang
ramai amat dialu-alukan.”

Jawapan :

(i) Retorik penceritaan


(ii) Retorik pemerian
(iv) Retorik pemujukan
SOALAN STPM 2015 (U3)

22. Hartawan itu memiliki sebuah rumah agam yang dibina sekitar tahun
1930-an. Rumah itu terletak di atas bukit dan menghadap laut. Binaannya
berkonsepkan reka bentuk Inggeris klasik. Rumah tersebut mempunyai 12
bilik tidur, empat ruang tamu, dan tiga ruang makan yang luas. Hiasan
dalamannya juga berkonsepkan Inggeris klasik, ilham seorang pereka
bentuk dan hiasan dalaman yang terkenal pada masa itu.

(a) Apakah jenis retorik bagi petikan di atas?


…………………………..
Retorik pemerian [1]

(b) Berikan tiga ciri retorik bagi petikan di atas [3]


(i) Tiada pandangan, penilaian, dan ulasan peribadi. [1]
(i)
(ii) (ii) Menggunakan bahasa secara tersusun, tepat, dan jelas. [1]
(iii)
(iii) Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasakan oleh
pancaindera. [1]
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai