Anda di halaman 1dari 12

SOALAN PEPERIKSAAN STPM – MENGIKUT TOPIK

PENGGAL 3 (910/3)

3. VARIASI BAHASA

BAHAGIAN A

1.
Hamba menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
berdua atas perkenan tuanku mencemar duli berangkat ke majlis perkahwinan anak sulung
hamba.

Yang manakah unsur bahasa istana yang ketara dalam petikan di atas?
A Unsur kiasan C Ungkapan halus
B Ungkapan rutin D Unsur pemulukan dan pendinaan
(2013:6)

2. Pilih ayat yang menggunakan ungkapan bahasa halus yang betul.

I Yati selalu termenung sejak bapanya gering.
II Lima orang terkorban dalam kejadian banjir besar di daerah itu.
III Apabila seseorang sultan wafat, lazimnya Raja Mudalah pengganti baginda.
IV Setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital, akhirnya mangsa bot karam itu meninggal
dunia.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(2013:7)
3. Yang manakah ayat yang menepati bahasa formal?
A Mereka sudah ambil kata putus untuk balik kampung.
B Sama ada disetujui atau tidak, projek itu tetap diteruskan.
C Tengah seronok memancing, tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
D Laporan itu kena hantar segera ke pejabat apabila ditandatangani.
(2013:8)

4. Perbezaan yang ketara antara bahasa dalam dengan bahasa formal dapat dilihat dari segi
A fonologi C kosa kata
B sintaksis D morfologi
(U2013:6)

5. Yang manakah padanan pernyataan yang betul tentang dialek daerah dan bahasa baku?

Dialek Daerah Bahasa Baku

A Berkembang seiring dengan perkembangan Merupakan variasi bahasa yang diwujudkan
bahasa baku oleh kumpulan cendekiawan
B Garis pemisahnya ditentukan dengan jelas Dituturkan oleh golongan elit atau
oleh sempadan negeri bangsawan
C Merupakan kelainan daripada sesuatu Merupakan satu bentuk bahasa yang khusus
bahasa digunakan dalam bidang penulisan
D Terdapat perbezaan dari segi sebutan antara Merupakan variasi bahasa yang menjadi
satu dialek dengan dialek yang lain rujukan oleh kumpulan penuturnya
(U2013:7)
2

6. Tujuan penggunaan bahasa halus dalam masyarakat Melayu adalah untuk

I menunjukkan kesopanan penutur bahasa Melayu
II mengelakkan pendengar berasa tersinggung atau berkecil hati
III menggambarkan keakraban hubungan antara penutur dengan pendengar
IV menunjukkan perbezaan taraf sosial antara golongan atasan dengan golongan bawahan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(U2013:8)

7.
I : Sikap Cikgu Kamarul yang gentleman itu menyebabkan ramai pelajar suka akannya.
II : Pak Long sekeluarga dah pergi ke Pulau Tioman petang kelmarin.

Ayat I dan II di atas merupakan contoh

I II
A bahasa basahan bahasa baku
B bahasa baku bahasa tak formal
C bahasa tak formal bahasa basahan
D bahasa formal bahasa tak formal
(U2013:9)

8.
● Menggunakan ungkapan yang sopan
● Menggunakan kata ganti nama diri yang betul
● Menggunakan kiasan untuk maksud yang kurang elok

Pernyataan di atas menepati ciri

A bahasa halus C bahasa istana
B bahasa biasa D bahasa mesra
(2014:6)

9.
X Ditentukan oleh faktor tabiat pertuturan individu
Y Ditentukan oleh kelompok penutur tertentu dalam masyarakat

Yang manakah padanan yang betul tentang variasi bahasa yang diwakili oleh X dan Y?

X Y
A Dialek sosial Idiolek
B Idiolek Slanga
C Dialek sosial Dialek daerah
D Slanga Idiolek
(2014:7)

10. Yang manakah ayat yang menepati bahasa formal?

I Engkau akan kuhantar ke luar negara.
II Kenapa awak tak laporkan kes ini dari dulu?
III Perlawanan bola sepak petang tadi hebat sungguh.
IV Usah diharapkan projek itu dilaksanakan dengan cepat.

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV
(2014:8)
3

11. Yang manakah padanan yang betul antara jenis variasi bahasa dengan contoh ayatnya?

Bahasa basahan Bahasa pasar Bahasa slanga

I Ibu sampai esok petang. Jangan lengah, pulun betul- Belum kena hidung lu,
betul. okeylah.
II Jangan susah-susah, duduk Lambung dia kasi tinggi Lu ni kekwat sangat la bro.
saja. sampai langit.
III Kami sembang tak puas. Itu lu punya pasal bukan gua Awek kau cun giler.
punya hal.
IV Dok ngantuk sakan budak Itu lubang kasi tutup lapat- Eh, lu kena kantoi lagi ke?
tu. lapat.

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV
(2014:9)

12.
 Mempunyai sistem nahu tersendiri
 Berkembang secara semula jadi
 Sesetengah bunyi berbeza-beza sebutannya
 Pertuturan dicirikan oleh “lagu bahasa” tertentu

Pernyataan di atas menepati ciri

A dialek C bahasa istana
B idiolek D bahasa formal
(U2014:6)

13.  Menggunakan ayat gramatis

 Menggunakan simpulan bahasa
P  Digunakan secara tertib dan beradab
 Menggunakan kata ganti nama diri orang yang lengkap

P merujuk kepada ciri-ciri bahasa

A halus C formal
B istana D basahan
(U2014:7)

14. P: Bahasa ini terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yang digunakan
apabila penuturnya berlainan.
Q : Bahasa ini terbentuk daripada campuran dua atau lebih bahasa yang berlainan melalui
pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu.

Yang manakah jenis variasi bahasa yang tepat bagi P dan Q?

P Q
A Kreol Pijin
B Pijin Kreol
C Kolokial Slanga
D Slanga Kreol
(U2014:8)
4

15.
 Kerja-kerja mengebumikan jenazah pembesar daerah itu dilakukan dengan penuh adat
istiadat.
.
 Anak raja itu sempat mencemar duli untuk mengunjungi orang tua di kampung itu
sebelum orang tua itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas merupakan contoh bahasa yang berikut, kecuali
A bahasa baku C bahasa dalam
B bahasa halus D bahasa formal
(U2014:9)

16. Yang manakah pernyataan yang betul bagi idiolek dan diglosia?

Idiolek Diglosia
A Variasi penggunaan Penggunaan lebih daripada satu bahasa untuk berkomunikasi
bahasa mengikut konteks dalam masyarakat.
B Kelainan gaya pertuturan Garis yang memisahkan suatu dialek dengan suatu dialek yang
lain.
C Sejenis ragam bahasa Keupayaan bertutur dalam dua bahasa dengan fasih.
lisan
D Kelainan berbahasa Keadaan yang memperlihatkan wujudnya dua variasi dalam
mengikut individu sesuatu bahasa dan satu daripadanya mempunyai status yang
tinggi.
(2015:6)

17. Pernyataan yang berikut benar tentang variasi bahasa, kecuali

A bahasa baku ialah kelainan bahasa yang telah mengalami pengekodan
B bahasa daerah atau dialek merupakan variasi bahasa yang ditentukan oleh faktor sosial
C bahasa basahan merupakan bahasa pertuturan harian yang digunakan dalam situasi tidak rasmi
D bahasa formal ialah variasi bahasa yang penggunaannya mematuhi peraturan yang ditetapkan
(2015:7)

18. “Pak Haji boleh masuk dulu. Pengarah ada di dalam. Adik tunggu kemudian. Kita kena tunggu
giliran kalau hendak jumpa tuan pengarah.

Yang manakah pernyataan yang betul tentang penggunaan bahasa di atas?

A Penutur menggunakan bahasa halus. C Penutur menggunakan bahasa slanga.
B Penutur menggunakan bahasa mesra. D Penutur menggunakan bahasa tak formal.
(2015:8)

19. I Pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu mati di tempat kejadian.
II Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10:00 malam semalam.
III Usahawan itu meninggal dunia akibat kanser paru-paru yang dihidapinya.

Yang manakah pernyataan yang dapat dikaitkan dengan perbezaan penggunaan kata atau frasa
yang berhuruf condong dalam ayat I, II, dan III di atas?
A Kelainan bahasa mengikut situasi tertentu.
B Bahasa yang digunakan mengikut tujuan penuturnya.
C Penggunaan sesuatu bahasa mengikut gaya penuturnya.
D Variasi bahasa yang digunakan berdasarkan kawasan tertentu.
(2015:9)
5

20. Merujuk kepada penggunaan dua atau lebih bahasa atau variasi bahasa dalam konteks yang
berbeza dalam sesuatu masyarakat bahasa.

Pernyataan di atas menepati istilah

A isoglos C dwibahasa
B diglosia D multibahasa
(U2015:7)
21. Yang berikut ialah ciri bahasa formal, kecuali
A ayat yang gramatis C imbuhan yang tepat
B bahasa yang kreatif D perbendaharaan kata yang pelbagai
(U2015:8)

22. Yang manakah padanan yang betul antara jenis variasi bahasa dengan cirinya?

Jenis variasi bahasa Ciri

A Bahasa baku Menggunakan kosa kata yang sopan
B Bahasa formal Menjadi rujukan masyarakat penuturnya
C Bahasa dalam Kerap kali menggunakan ungkapan rutin
D Bahasa halus Hanya difahami oleh kumpulan penutur tertentu
(U2015:9)
6

BAHAGIAN B

1. Jelaskan fungsi bahasa baku sebagai penyatu dan sebagai pemisah.

...............................................................................................................................................................

[2]
(2013:24)

2. Beliau bersetuju untuk hadir ke majlis itu bagi menyampaikan hadiah.

(a) Ubah ayat di atas ke dalam bentuk bahasa dalam.

.......................................................................................................................................................................
[1]

(i) Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

(ii) Hamba tuanku pacal yang hina.

(b) Apakah istilah yang tepat untuk (i) dan (ii)?

(i) ................................................................................................................................................

(ii) ................................................................................................................................................
[1]
(2013:25)

3. (i) Mempunyai kosa kata tertentu yang digunakan oleh sekelompok penutur sesuatu bahasa
sahaja.
(ii) Memperlihatkan ciri percampuran kod dan tidak mementingkan tatabahasa.

(a) Apakah variasi bahasa (i) dan (ii)?

(i) ................................................................................................................................................

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(b) Berikan satu contoh ayat bagi setiap (i) dan (ii)?

(i) ................................................................................................................................................

(ii) ................................................................................................................................................
[2]
(2013:26)
7

4.
Ah Chong : Tumpang tanya encik. Awak ada kenal dengan Haji Nordin? Dia kerja itu Pos
Laju. Saya lupa dia punya rumah.
Borhan : Ada. Ada kenal juga. Dia punya rumah banyak dekat sama saya punya rumah.
Ah Chong : Jadi, awak kenalla sama dia?
Borhan : Banyak kenal. Dia punya anak, kawan sama saya punya anak. Banyak baik
itu budak.

Nyatakan tiga ciri variasi bahasa dari aspek tatabahasa yang terdapat dalam dialog di atas.

(i) .......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(ii) .......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

(iii) .......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................
[3]
(2013:27)
5. Nyatakan istilah bagi huraian atau definisi yang berikut :

(a) Garisan yang dilukis pada peta yang menunjukkan sempadan yang melingkungi kawasan yang
mempunyai ciri linguistik yang sama.

.......................................................................................................................................................................
[1]

(b) Situasi yang memperlihatkan penggunaan dua atau lebih dialek yang digunakan oleh
masyarakat penutur yang menuturkan satu bahasa.

......................................................................................................................................... .............................
[1]

(c) Variasi bahasa yang digunakan oleh individu yang melibatkan kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan.

......................................................................................................................................... .............................
[1]
(U2013:24)
6. (a) Beri satu contoh ayat untuk setiap (i), (ii), dan (iii).

(i) Bahasa slanga

.......................................................................................................................................................................
[1]
(ii) Bahasa dalam

(iii) Bahasa mesra

.......................................................................................................................................................................
[1]
8

(b) Nyatakan satu perbezaan antara bahasa pijin dengan kreol.

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................
[2]
(U2013:25)

7.
Kelantan

Dialek

Perak

(a) Berikan definisi dialek .

(b) Nyatakan tiga aspek perbezaan antara dialek Kelantan dengan dialek Perak.

(i) ...............................................................................................................................................
[1]

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(iii) ................................................................................................................................................
[1]

(c) Kemukakan satu contoh untuk setiap aspek yang dinyatakan dalam jawapan (b) dan berikan
padanannya dalam bahasa Melayu baku.

(i) ............................................................................................................................................
[1]
(ii) ............................................................................................................................................
[1]
(iii) .............................................................................................................................................
[1]
(2014:25)
9

8.

Dialek A
(i)

Dialek B (ii)

Dialek C

(a) Apakah istilah bagi (i) dan (ii) yang terdapat dalam rajah di atas?

.......................................................................................................................................................................
[1]
(b) Berikan definisi bagi istilah yang anda nyatakan dalam (a).

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................
[1]
(U2014:25)

9.
Variasi bahasa A Variasi bahasa B
Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan Masuklah ke dewan. Majlis akan mula tak lama
masuk ke dalam dewan kerana majlis akan lagi. Duduklah di tempat yang disediakan.
bermula sebentar lagi. Sila duduk di
tempat yang telah disediakan.

(a) Nyatakan jenis variasi bahasa A dan variasi bahasa B dalam petikan di atas.

(i) Variasi bahasa A : ..................................................................................................................

[1]

(ii) Variasi bahasa B : ..................................................................................................................

[1]

(b) Nyatakan tiga perbezaan antara ciri variasi bahasa A dengan ciri variasi bahasa B berdasarkan
petikan di atas.

Variasi bahasa A Variasi bahasa B

(i) .................................................................. ..................................................................

.................................................................. ..................................................................

(ii) .................................................................. ..................................................................

.................................................................. ..................................................................

(iii) .................................................................. ..................................................................

.................................................................. ..................................................................
[3]
(U2014:26)
10

10. Variasi bahasa X Variasi bahasa yang digunakan dalam konteks hubungan yang rapat.
Penggunaannya secara lisan atau tulisan.

(a) Nyatakan jenis variasi bahasa X.

.......................................................................................................................................................................
[1]

(b) Senaraikan dua ciri variasi bahasa X.

(i) ................................................................................................................................................
[1]

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(c) Bina satu ayat yang menepati variasi bahasa X.

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................
[1]
(U2014:27)

11. Bina satu ayat bagi setiap variasi bahasa yang menepati ciri yang dinyatakan di bawah.

Variasi bahasa Ciri Ayat

(a) Bahasa dalam Mengandungi unsur
pemulukan dan ..........................................................................
pendinaan
..........................................................................

(b) Bahasa halus Mengandungi unsur

kehalusan bagi merujuk ..........................................................................
sesuatu perkara
..........................................................................

..........................................................................
[1]
(c) Bahasa pasar Menggunakan perkataan
banyak sebagai kata ..........................................................................
penguat
..........................................................................

..........................................................................
[1]

(2015:24)
11

12. Ayat I: Apa hal lu kacau-bilau sama gua? Gua tak suka sama lu.
Ayat II: Nape awak suke kacau kite? Kite tak suke awak der!

(a) Nyatakan jenis variasi bahasa bagi ayat I dan ayat II di atas.

(i) ................................................................................................................................................
[1]

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(b) Tulis ayat yang maksudnya sama seperti ayat I dan ayat II di atas dengan menggunakan
bahasa Melayu baku.

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................
[2]
(2015:25)

13. Menggunakan kata ganti nama diri orang yang sopan

Variasi bahasa X Menggunakan kosa kata yang menggambarkan kehalusan

Menggunakan bahasa kiasan atau peribahasa

Bina sebuah wacana yang mengandungi semua ciri di atas sebagai contoh kepada variasi bahasa X.
Panjang wacana mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................
[3]
(U2015:24)

14. Saya punya rumah belakang api kereta stesen. Sana banyak bising kalu api kereta datang. Mau
bikin rumah lain tempat duit tada. Lama-lama saya, tambi, aci, sama itu dua lembu boleh pekak.

Berdasarkan petikan di atas,

(a) kenal pasti tiga ciri variasi bahasa yang terdapat dalam petikan.

(i) ................................................................................................................................................
[1]

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(iii) ................................................................................................................................................
[1]
12

(b) berikan satu contoh bagi setiap ciri yang dinyatakan dalam (a).

(i) ................................................................................................................................................
[1]

(ii) ................................................................................................................................................
[1]

(iii) ................................................................................................................................................
[1]
(U2015:25)

SuhaimiMohdSalleh@2016

Anda mungkin juga menyukai