Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327974484

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): ANALISIS BERDASARKAN


TASAWUR ISLAM

Conference Paper · September 2016

CITATIONS READS

0 2,133

1 author:

Solahuddin Abdul Hamid


Universiti Utara Malaysia
29 PUBLICATIONS   40 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PEMBANGUNAN MODEL MOTIVASI KEUSAHAWANAN BERTERASKAN ISLAM View project

KEBERKESANAN SKIM-SKIM AGIHAN BANTUAN: SATU ANALISIS TERHADAP ASNAF MISKIN View project

All content following this page was uploaded by Solahuddin Abdul Hamid on 30 September 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): ANALISIS
BERDASARKAN TASAWUR ISLAM

Solahuddin Abdul Hamid


Pusat Pengajian Umum
Universiti Utara Malaysia
solah@uum.edu.my

Abstrak
Manusia dijadikan hidup bermasyarakat secara fitrah. Kehidupan
secara bersendirian adalah tidak mungkin kerana fitrah dan keperluan
semulajadi manusia wujud secara serentak dengan proses
kehidupannya. Aktiviti keusahawanan sebagai sebahagian daripada
Syariat Islam bukan sekadar untuk mencari keuntungan semata-mata.
Malahan, usahawan turut menawarkan khidmat kebajikan kepada
masyarakat dengan memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan
barangan atau perkhidmatan yang diingini. Artikel ini akan
menghuraikan persoalan teoretikal gagasan tersebut berasaskan
piawaian yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith serta
pandangan intelektual Islam. Berasaskan maqasid al-Shari‘ah,
pembangunan ekonomi dalam Islam lebih menekankan kepada konsep
kesejahteraan hidup manusia (al-falah), kehidupan yang baik (hayat
tayyibah), mementingkan persaudaraan (ukhuwwah) dan keadilan
sosio-ekonomi (‘adalah) serta kepuasan yang seimbang (qana‘ah)
sama ada dalam dimensi kebendaan dan kerohanian. Manusia sebagai
agen pembangunan ekonomi, khalifah dan pemegang amanah perlu
berusaha berdasarkan kapasiti tertentu untuk mendapatkannya,
manakala penggunaannya pula merupakan satu ujian. Justeru, berbakti
kepada manusia bukan penghujung segala-galanya kepada usahawan
Islam. Manakala ukuran mutlak kejayaan aktiviti komersil ini tidak
terhad kepada tahap kepuasan diri usahawan dan pelanggan semata-
mata, tetapi turut merangkumi keredaan Allah S.W.T terhadap
pekerjaan yang dilakukan.

Kata Kunci: Tanggungjawab sosial korporat, usahawan, tasawur Islam

PENGENALAN

Sistem ekonomi Islam yang bersifat holistik dan syumul mampu mencetuskan

transformasi secara menyeluruh dan konsisten kepada seluruh masyarakat dan alam.

Keusahawanan Islam bukan sahaja membentuk personaliti usahawan, malah ia juga

mendidik dan memberi pengajaran kepada semua pihak yang berkaitan. Islam tidak

290
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


menganggap kehidupan ini sebagai satu perlumbaan, tetapi perlu kepada konsep

saling tolong-menolong yang dibina dalam bentuk semangat perhubungan dan

kerjasama ekonomi. Pendekatan hidup sistem sekular seperti falsafah “struggle for

existance” ditentang dengan kerasnya oleh Islam, sebaliknya menyarankan kepada

“cooperation for existance” sebagai etika hidup yang bersesuaian dengan falsafah

tauhid.

TASAWUR ISLAM

Terdapat juga beberapa terjemahan Melayu seperti pandangan sarwa, pandangan

jagat, pandangan hidup, pandangan dunia dan pandangan alam. Namun, berasaskan

kepada kemiripan bunyinya, istilah-istilah tersebut tidak lebih daripada sekadar

memelayukan istilah Inggeris iaitu ‘worldview’ yang juga merupakan padanan dan

terjemahan daripada perkataan Jerman ‘welstanschauung’. Semua istilah tersebut

bagaimanapun kurang menepati kehendak sebenar dari istilah asal. Istilah tasawur

yang berasal daripada istilah Arab lebih bersifat umum dan menyeluruh. Tasawur

Islam sebenarnya amat terkait dengan persoalan realiti dan haqiqah iaitu kebenaran

dalam ertikata yang asli dan luas. Realiti dalam konteks tasawur Islam adalah lebih

luas dari cakupan istilah waqi‘iyyah yang terbatas hanya pada fenomena peristiwa-

peristiwa faktual tanpa meliputi segala yang terkandung dalam istilah haqiqah itu.

Tasawur Islam merentas alam fizikal, meliputi alam-alam dunia dan akhirat

(Kamaruddin Haji Salleh, 1997; Haron Din,1992; Siddiq Fadzil et al., 2005). Menurut

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), Islam menolak secara keseluruhannya apa

sahaja penerapan elemen konsep sekular kerana semuanya bertentangan, kebanyakan

mereka kalau tidak semua tidak pernah mempraktikkan kehidupan beragama. Oleh

kerana itu, elok dikekalkan istilah asal iaitu tasawur Islam.

291
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


KEUSAHAWANAN DALAM ISLAM

Kerjaya usahawan berdasarkan tasawur Islam bukan sekadar mencari keuntungan

untuk menyara keperluan hidup diri dan keluarga semata-mata. Malah, apa yang lebih

penting usahawan menawarkan khidmat kebajikan kepada masyarakat dengan

memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang

diingini. Dalam erti kata lain, aktiviti ini bukan sekadar satu usaha untuk memperolehi

keuntungan melalui penambahan modal dan usaha (Ibn Khaldun, t.t) atau sebagai

mekanisme pertukaran barang-barang keperluan, malah ia merupakan satu ibadah

(Sayyid Sabiq,1994) dalam usaha menawarkan khidmat sosial kepada masyarakat

serta membina ketamadunan umat dan masa depannya (‘Abd Sami‘ al-Misri, 1986;

Muhammad ‘Abd al-Halim ‘Amr, 1999).

Secara fitrahnya, kemampuan dan tenaga manusia adalah terhad sedangkan keinginan

dan keperluan mereka adalah pelbagai. Maka, melalui pelbagai kontrak jual beli

sebagai wasilah yang diharuskan, keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi

berdasarkan kemampuan yang dimiliki. Justeru, Muhammad al-Mubarak (1974)

menjelaskan, secara teorinya keusahawanan Islam tidak menjadikan pengeluaran dan

keuntungan sebagai matlamat utama tetapi lebih berperanan sebagai alat kerana asas

kuasa penggerak bagi sistem Islam ialah kebajikan manusia. Oleh itu, usahawan yang

menjadikan Islam sebagai dasar, Syariah sebagai panduan dan keredaan Allah S.W.T

sebagai matlamat juga menjadikan keuntungan sebagai matlamatnya, tetapi ia tidak

mengatasi matlamat yang lebih utama iaitu untuk mewujudkan kesatuan sosial, saling

cinta-mencintai, kasih sayang, keharmonian sosial dan persaudaraan (Khaliq Ahmad

dan Arif Hassan, 2000). Keutamaan matlamat dalam perniagaan tersebut seperti yang

dijelaskan oleh Isma’il Raji al-Faruqi (1992) bahawa keuntungan lumayan secara

292
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


definisinya tidak salah jika ia tidak berasaskan tipu daya dan tidak membahayakan

orang ramai. Pada prinsipnya, Islam menentang pengawalan harga, namun

halangannya lebih kepada ingin mengawal kenaikan harga yang berlebihan dan

keuntungan lumayan yang tidak bermoral. Penetapan pengawalan harga atau gaji

tidak digalakkan supaya peniaga tidak rugi. Ini kerana, setiap perniagaan mempunyai

risiko yang berkemungkinan untung atau rugi.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat (CSR) boleh difahami sebagai

kepedulian usahawan, syarikat atau organisasi korporat terhadap hak dan kebajikan

para pekerja, pengguna, masyarakat alam sekitar dan sebagainya. Walaupun matlamat

usahawan Barat dan Islam cuba membangunkan perkara yang sama iaitu kebajikan

terhadap manusia dan alam, namun konsep pembangunan antara kedua-duanya adalah

berbeza antara satu sama lain kesan daripada perbezaan ontologi tentang kewujudan

dan kejiwaan manusia, pertentangan epistemologi ilmu dan kepelbagaian metodologi

dan objektif kepedulian tersebut.

Perspektif Konvensional

Dalam konteks perspektif konvensional, isu tanggungjawab sosial korporat (CSR)

mula dibincangkan secara serius oleh Henry Ford melalui idea ‘perniagaan adalah

perkhidmatan’. Walau bagaimanapun, isu kemsyarakatan ini kurang menarik

perhatian para ahli akademik dan usahawan kerana dianggap bertentangan dengan

konsep pelaburan serta terma dan kontrak dalam perniagaan (Min-Dong Paul Lee,

2008). Bermula penghujung 1990-an, gagasan yang terkandung dalam CSR ini mula

difahami dan diterima pakai dalam dunia perniagaan yang melibatkan pihak kerajaan,

293
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


swasta serta individu. Pelbagai organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan Organisasi Buruh Antarabangsa bukan

sahaja menyokong dan mempromosikan perlaksanaan CSR ini, malah turut

menubuhkan unit penyelidikan khas bagi memperkasakan lagi konsep kepedulian

sosial ini. Ketika terdapat institusi yang menilai dan mengiktiraf perlaksanaan CSR

ini seperti United Nation Global Compact (UNGC), Global Reporting Initiatives’

(GRI) Sustainability Reporting Guidelines, International Organizational for

Standardization’ (ISO) standard ISO 14001, Dow Jones Sustainability Index (DJSI)

bagi New York Stock Exchange, Social Index dan Financial Times Stock Exchange

(FTSE) untuk London Stock Exchange dan SRI KEHATI untuk Bursa Efek Indonesia

(BEI) (Anitya Ardiyani Puspita, 2014). Kerajaan juga memberi pengiktirafan terhadap

perbelanjaan bagi pelaburan tersebut melalui pengecualian potongan cukai walaupun

kemudahan tersebut juga akan memberi faedah sampingan kepada syarikat berkenaan.

Perspektif Islam

Tasawwur Islam menetapkan aktiviti keusahawanan sebagai sebahagian daripada

Syariat Islam bukan sekadar untuk mencari keuntungan semata-mata. Malahan,

kerjaya usahawan turut menawarkan khidmat kebajikan kepada masyarakat dengan

memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang

diingini. Memandangkan sebahagian besar keinginan dan keperluan manusia dimiliki

oleh individu lain, maka Syariat jualbeli bertindak sebagai satu keperluan hidup dan

mekanisme untuk mencapai apa yang dimaksudkan berdasarkan peraturan-peraturan

serta prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.

294
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Dalam hal ini, pemikir Islam terkenal, Ibn Taymiyyah (1992) menegaskan bahawa

terdapat ramai dalam kalangan sarjana Islam daripada Mazhab Shafi‘e dan Imam

Ahmad bin Hanbal dan lain-lain seperti Abu Hamid al-Ghazali dan Abu al-Farj Ibn

al-Jawzi sependapat menyatakan bahawa melakukan aktiviti keusahawanan

merupakan tanggungjawab yang wajib dari segi sosial. Alasannya, kebaikan

kehidupan manusia tidak akan terlaksana tanpa usaha-usaha penting ini. Manakala Ibn

‘Abidin, seorang sarjana mazhab Hanafi menyatakan keusahawanan adalah penting

kerana ia merupakan di antara tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dari segi

sosial (Muhammad bin ‘Umar bin ‘Abidin, 2000). Dalam kalangan mazhab Shafi‘i,

Imam Nawawi (t.t.)menyatakan bahawa dari segi sosial, antara tanggungjawab yang

wajib dilaksanakan ialah pekerjaan, perusahaan dan apa-apa yang diperlukan bagi

melengkapi kehidupan. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal menjelaskan, harta

diperolehi melalui empat cara iaitu perniagaan, persaudaraan, upah mengajar dan

hasil hartanah, tetapi beliau lebih menyukai hasil yang diperolehi daripada bidang

perniagaan (Salih bin Muhammad al-Fahd al-Mazid, 1403M).

Justeru, aktiviti komersil ini bukan sahaja diperlukan oleh individu, malah ia juga

merupakan tanggungjawab sosial yang terkandung dalam ikatan kerohanian (religious

bond). Pada masa yang sama, berperanan untuk mencetuskan transformasi ekonomi

dan menentukan pencapaian sosio-ekonomi sesebuah masyarakat dan negara.

KONSEP CSR DALAM ISLAM

Secara umumnya, personaliti usahawan berdasarkan tasawur Islam adalah berbeza

dari segi roh dan matlamatnya berbanding dengan usahawan konvensional. Setiap

usahawan Muslim mesti beriman kepada Allah S.W.T, menjalankan operasi

295
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


berdasarkan batas-batas Syariah serta bersifat dengan akhlak Islam kerana setiap

tingkahlaku mereka akan dipertanggungjawabkan semula di akhirat kelak. Natijah

dari aktiviti kedua-duanya mungkin sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan, tetapi

Islam berpegang kepada prinsip matlamat tidak menghalalkan cara.

Sarjana ekonomi Islam, Monzer Kahf (1978) menyatakan, para pengusaha perlu

berpegang kepada empat prinsip asas pengeluaran berteraskan Islam iaitu, mengetahui

pandangan manusia terhadap manusia dan alam, meningkatkan daya pengeluaran

dalam lingkungan etika Islam, membasmi pembaziran sumber-sumber alam kerana

malas serta menggunakan pendekatan ajaran dan Syariah Islam. Manakala

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992) mendefinisikan keuntungan yang memuaskan

dengan merujuk kepada jumlah keuntungan di antara had tertinggi yang dibolehkan

oleh keadaan dan had terendah yang membolehkan pengusaha dapat hidup dengan

baik bagi menutupi kerugian. Dalam erti kata lain, ia dapat memuaskan perasaan

pengusaha yang ingin berbakti dan juga berkeinginan memungut wang, memelihara

dan mengembangkan perniagaannya, menjaga hubungan baik dengan pengguna,

kerajaan dan orang ramai amnya.

Prinsip-Prinsip Asas CSR Dalam Islam

Sistem ekonomi Islam yang bersifat syumul mampu melahirkan perubahan secara

menyeluruh dan konsisten dalam bidang keusahawanan. Keusahawanan Islam bukan

sahaja membentuk personaliti usahawan, malah ia juga mendidik, memberi

pengajaran dan manfaat kepada semua pihak yang berkaitan secara menyeluruh.

296
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Akidah Sebagai Asas

Berbakti kepada manusia bukan penghujung segala-galanya kepada usahawan Islam.

Sebagai sistem yang berpaksikan kepada tauhid, ukuran mutlak kejayaan usahawan

tidak terbatas kepada tahap kepuasan diri dan pelanggan semata-mata, tetapi turut

merangkumi keredaan Allah S.W.T. terhadap pekerjaan yang dilakukan (surah al-

Juma‘ah (62):10). Objektif ini hanya dapat dicapai jika segalanya diniatkan kerana

Allah S.W.T dengan berbekalkan semangat keimanan dan ketakwaan (surah al-A‘raf

(7):96), sentiasa mengagungkanNya dalam segala perkara (surah al-Hujarat (49):2),

menjadikan Allah S.W.T. sebagai tempat bergantung (surah al-Mulk (67):21), serta

aktiviti keusahawanan tidak menyebabkan mereka lalai daripada mengingatiNya

terutama dalam menunaikan ibadat fardhu yang lain (surah al-Nur (24):37).

Sebagai khalifah, tugas manusia tidak lebih daripada sekadar pengubahsuai iaitu

mengubah kedudukan dan tempat benda-benda yang telah sedia ada untuk

mendapatkan manfaat. Asas ini turut mendidik perasaan bermasyarakat di dalam diri

seseorang usahawan kerana harta yang diperolehi bukanlah hak mutlak individu.

Bahkan Pemilik sebenar harta tersebut telah meletakkan prinsip-prinsip tertentu yang

wajib diikuti. Yusuf al-Qaradhawi (1997) menegaskan, Islam memandang tinggi

terhadap usahawan yang berjaya serta berpegang teguh kepada prinsip agama, malah

mereka layak digelar sebagai pejuang di jalan Allah S.W.T. Ini kerana, dalam

keghairahan mengejar keuntungan, adalah terlalu mudah bagi golongan usahawan

untuk mengabaikan ajaran agama, malahan kadangkala mereka mungkin lalai

terhadap soal halal dan haram.

297
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Berakhlak

Oleh kerana ekonomi Islam adalah ekonomi berakhlak, maka tidak mungkin aktiviti

keusahawanan Islam dapat dipisahkan daripada nilai-nilai akhlak. Islam telah

meletakkan adab kepada usahawan tatacara bagaimana hendak membeli dan menjual

serta apa yang dibolehkan dan ditegah kepada mereka. ‘Abd Allah ‘Abd al-Muhsin al-

Tariqi (1417H) mengatakan akhlak berperanan mewujudkan suasana kesucian,

keharmonian dan kasih sayang dalam hubungan antara penjual dan pembeli. Dalam

konteks ini, usahawan Muslim perlu mengutamakan nilai-nilai akhlak dengan

mengelak daripada menjual perkara-perkara yang diharamkan, menyorok barang

(surah Ali-‘Imran (3):180), menghapuskan keluaran yang berlebihan agar harga tidak

jatuh (surah al-Baqarah (2):205), membeli atau menjual barangan curi dan mengelak

daripada bersumpah ketika berniaga (surah al-Maidah (5):89)1.

Mengeratkan Silaturrahim

Keperluan sifat saling bergantungan menuntut usahawan berinteraksi dengan pihak

lain untuk membantu mereka ke arah kejayaan. Contohnya melalui pendekatan seperti

membina jaringan sosial, usahawan boleh mendapatkan sumber, maklumat dan rakan

perniagaan seterusnya untuk mengurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan.

Jaringan sosial merupakan pembentukan dan penggunaan rangkaian perhubungan

sosial yang bertujuan melicinkan aktiviti perniagaan dengan memastikan perniagaan

mereka beroperasi dengan cekap, berkesan dan seterusnya mengalami pertumbuhan.

Ia berlaku secara formal atau tidak formal melalui perhubungan dengan sesebuah

organisasi, rakan, mentor, pembekal, ahli keluarga dan pelanggan. Jaringan sosial


1Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sumpah itu melariskan barang dagangan tetapi menghapuskan keberkatannya”.
Lihat, Imam al-Bukhari (t.t.), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Yamhaq Allah al-Riba wa Yarbi al-Sadaqat, j. 2, h. 8-9 dan al-
Muslim (2000), op. cit., Bab al-Nahy ‘an al-Halaf fi al-Bay‘, no. Hadith 3014, j. 8, h. 315.

298
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


berbentuk formal adalah berdasarkan ikatan perjanjian dan peraturan dengan pihak

bank, institusi kewangan, pembekal dan agensi kerajaan bagi mendapatkan khidmat

nasihat, bantuan kewangan, kepakaran dan latihan perniagaan. Manakala jaringan

sosial yang tidak formal ialah perhubungan yang diwujudkan dengan rakan, ahli

keluarga dan sebagainya tanpa sebarang ikatan rasmi serta tidak memerlukan

pematuhan kepada sesuatu peraturan (Dollinger, 1999; Hutchings dan Murray, 2002).

Melalui tuntutan menghubungkan silaturrahim, Islam telah menekan pembentukan

konsep jaringan sosial yang lebih holistik dari segi sifat dan matlamatnya. Sabda Nabi

s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa suka diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya


maka peliharalah silaturrahim”2

Ibn Hajar (1989) menjelaskan, maksud keluasan rezeki dalam Hadith tersebut adalah

memperolehi keberkatan, manakala maksud dipanjangkan umur adalah diberikan

kekuatan fizikal. Menjalinkan hubungan silaturrahim adalah sedekah. Manakala

sedekah dapat mengembangkan harta dan menambahnya, justeru ia akan menjadi

berkembang dan suci.

Bersedekah

Antara amalan yang digalakkan Islam adalah bersedekah dengan ikhlas (surah al-

Hashr (59):9) untuk membersihkan segala keraguan semasa berniaga seperti senda

gurau, sumpah atau mungkin juga berbohong (Yusuf al-Qaradhawi (2001). Seruan


2
Imam al-Bukhari (t.t.), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Man Ahabba al-Basta fi al-Rizq, no. Hadith 2067, h. 161, Imam al-Muslim
(2000), op. cit., Kitab al-Bir wa al-Silah wa al-Adab, Bab Silah al-Rahm wa Tahrim Qati‘atuha, no. Hadith 6523, h. 1126, Imam
Abi Dawud (t. t.), op. cit., Kitab al-Zakah, Bab fi Silah al-Rahim, no. Hadith 1693, h. 293, Imam Ahmad (1993), op. cit., Kitab
Baqi Musnad al-Mukathirin, Bab Musnad Anas bin Malik r. a., no. Hadith 12128, j. 25, h. 174 dan al-Tibrani (t. t.), op. cit., no.
Hadith 11657, j. 10, h. 2.

299
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


pembersihan dengan sedekah adalah sebagai kaffarah terhadap percampuran dan apa

yang berlaku di antara mereka seperti berbohong dan sebagainya. Tiada kadar

sedekah yang ditentukan kerana ia adalah sebagai kaffarah ke atas pembohongan dan

perkara sia-sia sahaja (Jalal al-Din al-Sayuti, 1992; Ibn Qayyim al-Jawziyyah, t.t.)

Selari dengan tasawwur Islam yang menekankan konsep infaq, orang yang suka

bersedekah sebenarnya sudah dianggap sebagai berjaya (surah al-Hashr (59):9) malah

rezekinya juga akan semakin bertambah (surah al-Baqarah (2):276).

Jujur dan Amanah

Kejujuran merupakan ciri utama daripada para nabi dan rasul serta orang-orang

beriman yang harus ditonjolkan kerana ia merupakan tunjang kepada akhlak dan

keimanan (surah al-Saf (61):2). Nilai ini adalah prinsip yang paling penting, walaupun

bersifat individu tetapi kesannya meliputi seluruh kehidupan sosial. Dalam konteks

keusahawanan, kejujuran merupakan salah satu asas kepada keberkatan bagi penjual

dan pembeli (surah al-An‘am (6):152). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :


“Penjual dan pembeli mempunyai pilihan selama mereka belum
berpisah. Apabila kedua-duanya jujur dan berterus-terang, maka
perniagaan itu diberkati, tetapi jika kedua-duanya saling
menyembunyikan kebenaran dan berbohong, maka boleh jadi (kedua-
duanya) mendapat keuntungan, tetapi (perbuatan itu) menghapuskan
keberkatan perniagaan”.3

Terdapat juga larangan secara mutlak terhadap para usahawan daripada mengambil

jalan pintas untuk meraih keuntungan yang berlebihan dengan menindas para


3
Imam al-Bukhari (t. t.), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Idha Bayyana al-Bay‘an wa lam Yaktuma wa Nasaha no. Hadith 2079, h.
162, Imam al-Muslim (2000), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab al-Sidq fi al-Bay‘ wa al-Bayan, no. Hadith 3858, h. 942, Imam Abi
Dawud (t.t.), op. cit., Kitab al-Buyu’, Bab fi Khiyar al-Mutabayi’ayn, no. Hadith 3456, h. 622, Imam al-Tirmidhi (1987), op. cit.,
Kitab al-Buyu‘, Bab Ma Ja’a fi al-Bay‘ayn bi al-Khiyar ma lam Yatafarraqa, no. Hadith 1246, h. 548-549, Imam al-Nasa’i
(2000), op. cit., Kitab al-Buyu‘, Bab Ma Yajibu ‘ala al-Tujjar min al-Tawqiyyah fi Mubaya‘atihim, no. Hadith 4462, Imam Ibn
Majah (t.t.), op. cit., Kitab al-Tijarat, Bab al-Bay‘an bi al-Khiyar ma lam Yaftariqa, no. Hadith 2182, h. 375, Imam Ahmad
(1993), op. cit., Kitab Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, Bab Musnad ‘Abd Allah bin ‘Amr bin al-Khattab r. a. no. Hadith
4254, j. 9, h. 290, al-Bayhaqi (1999), op. cit., j. 5. h. 269, al-Tibrani ( t.t.), op. cit., j. 3, h. 328, Ibn Hibban (1997), op. cit., Kitab
al-Buyu‘, Bab Dhakara al-Bayan bi an al-Mutabayi’yn likulli wahid minhuma fi Bay‘ihima al-Khiyar Qabl an Yatafarraqa, no.
Hadith 5003, j. 20, h. 350.

300
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


pengguna seperti menjual barang yang cacat atau rosak dan menipu (surah al-

Mutaffifin (83):1-3) serta mencela peniaga yang bersumpah untuk berbohong.

Manakala amanah merupakan nilai yang menyempurnakan sifat-sifat kejujuran

(Yusuf al-Qaradhawi, 2001). Amanah bererti menyampaikan setiap hak kepada

pemiliknya, sama ada sedikit atau banyak, tidak mengambil lebih dari apa yang

menjadi haknya dan tidak mengurangkan hak yang menjadi milik orang lain sama ada

dalam bentuk harga, upah, sewa atau perkhidmatan. Muhammad Mahmud Isma‘il

(t.t.) menjelaskan, konsep amanah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

pertama, menjaga amanah berbentuk ibadat kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan

apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Kedua, amanah pada diri

sendiri melalui apa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T pada seluruh anggota

badan. Ketiga, amanah sebagai hamba yang merangkumi seluruh aktiviti muamalat

bersama seluruh hamba Allah S.W.T.

Dalam erti kata lain, para usahawan atau orang yang bekerja adalah pembawa amanah

di hadapan Allah S.W.T dan ia akan dipersoalkan semula di akhirat kelak. Amanah

juga merupakan mekanisme yang sangat penting dalam usaha mencapai sesuatu

matlamat. Pencapaian sesuatu matlamat tanpa amanah akan menjurus kepada pelbagai

masalah sosial dengan pekerja, pelanggan dan ‘stakeholders’ yang lain. Justeru,

apabila amanah ditunaikan dengan dengan sebaik mungkin, ia bukan sahaja menjamin

kelangsungan perhubungan perniagaan, malahan keredaan Allah S.W.T. dan ganjaran

yang baik juga akan diperolehi.

Bebas Daripada Unsur Penindasan

301
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Menurut Muhammad Abdul Manan (1980), kecenderungan pembangunan ekonomi

konvensional adalah hampir sama di mana-mana sekalipun iaitu untuk meningkatkan

kuasa monopoli. Amalan monopoli yang merupakan rangka sistem ekonomi kapitalis

ini akan menyebabkan berlakunya penyalahgunaan sumber-sumber, menghadkan

jumlah keluaran dan menutup peluang-peluang pekerjaan.

Sebaliknya, prinsip keusahawanan Islam amat mementingkan unsur keadilan dan

kebebasan serta menolak sebarang unsur paksaan atau kezaliman terhadap kedua-dua

belah pihak. Antaranya, mengutamakan konsep persetujuan bersama (sifat reda-

meredai), melaksanakan kontrak atau menunaikan janji (surah al-Ma’idah (5):1),

pengukuran, timbangan serta sukatan yang sempurna (surah al-Isra’ (17):35),

kejujuran dan perlindungan. Dalam erti kata lain, prinsip Islam tidak menganggap

kehidupan ini sebagai satu perlumbaan, tetapi perlu kepada konsep saling tolong-

menolong yang dibina dalam bentuk semangat perhubungan dan kerjasama ekonomi

IMPLIKASI PERLAKSANAAN CSR DALAM MASYARAKAT

Secara tidak langsung, prinsip-prinsip yang telah dibincangkan sebelum ini dapat

menghindarkan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain dalam bentuk

penindasan, monopoli, menyorok barang, membuat spekulasi atau membuat

perjanjian seperti kontrak insurans yang melibatkan perjudian, ketidakpastian dan

eksploitasi terhadap pengguna serta pemusnahan alam sekitar (Muhammad Nejatullah

Siddiqi, 1981; Timur Kuran, 1992).

Perlaksanaan CSR dapat merealisasikan pembangunan ekonomi dalam Islam sebagai

fungsi ‘infaq’ di mana setiap individu, keluarga, masyarakat dan alam akan mendapat

302
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


hak masing-masing. Dalam konteks semasa, konsep ini penting untuk mencapai

keseimbangan dan meminimumkan kuasa sektor korporat terutamanya korporat

politik kerana ianya mempunyai pengaruh yang besar ke atas pasaran (Abdul Manaf

Bohari dan Nik Mutasim Abdul Rahman, 2001). Selain itu, pelaksanaan CSR sedikit

sebanyak dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan

masyarakat.

Walaupun tidak dapat dibuktikan pelaksanaan CSR dapat meningkatkan kadar

keuntungan syarikat, namun secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada

perkembangan sesebuah syarikat. Sebagai contoh, Bank Muamalat (M) Berhad

menyatakan bahawa, program CSR yang dijalankan sedikit sebanyak mendatangkan

faedah kepada bank melalui peningkatan dalam jumlah deposit pelanggan.

Peningkatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar keuntungan bank

(Norajila Binti Che Man dan Joni Tamkin Bin Borhan, 2010).

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyatakan bahawa kekayaan dan kejayaan yang

diperolehi bukanlah untuk dibanggakan atau untuk menunjuk-nunjukkan kehebatan

diri. Tetapi, ia adalah untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang

berkemampuan. Beliau mengatakan: “keberkatan rezeki adalah penting. Jika hari ini

kita menolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain”

(Hafizahril Hamid, 2009). Amalan CSR ini turut dipersetujui oleh Konosuke

Matsushita yang berpendapat bahawa tanpa kerjasama orang lain, beliau tidak

mungkin dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, atas kesedaran moral

yang tinggi, beliau tidak berbelanja dengan kehidupan yang mewah walaupun

syarikatnya memperolehi keuntungan yang banyak. Beliau percaya bahawa dengan

303
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


membantu dan memajukan orang lain, beliau juga dapat membantu dan memajukan

diri sendiri (Lihat sejarah hidup dan perniagaan beliau dalam Kotter, 1998).

RUMUSAN

Manusia secara semulajadi adalah berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi

kekuatan tenaga, ilmu, amalan, pekerjaan dan sebagainya. Fitrah kelainan ini

menyebabkan hasil kerja yang diusahakan oleh manusia adalah berbeza antara satu

sama lain. Justeru, manusia tidak boleh hidup bersendirian, bersikap mementingkan

diri sendiri serta tamak. Sebaliknya mereka perlu bersikap tolong menolong, berkasih

sayang dan saling bekerjasama untuk menyempurnakan keperluan hidup masyarakat.

Peniaga berjaya kerana adanya pengguna yang berbelanja, manakala pengguna

sejahtera kerana adanya peniaga yang bertindak sebagai perantara. Selain

menanamkan nilai-nilai murni, Islam turut menuntut supaya usahawan menjadikan

akidah sebagai pegangan, Syariah sebagai cara hidup dan akhlak sebagai etika yang

mengawal aktiviti keusahawanan serta asas dalam kehidupan seharian. Oleh kerana

itu, kerjaya ini merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, maka seharusnya

usahawan memiliki jiwa yang besar dalam menjalankan aktiviti komersil ini kerana

mereka bukan sekadar mencari nafkah untuk keperluan diri dan keluarga, malah turut

membantu memenuhi keinginan dan keperluan masyarakat.

RUJUKAN

Abd al-Sami‘ al-Misri (1986), Muqawwamat al-Iqtisad al-Islami, Kaherah: Maktabah


Wahbah.

Abdul Manaf Bohari dan Nik Mutasim Abdul Rahman (2001), “Tanggungjawab
Sosial Korporat Di Malaysia: Masalah, Perlaksanaan Dan Cabaran” dalam

304
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Abdul Aziz Jemain et.al (eds), Isu-Isu Ekonomi dan Pengurusan di
Malaysia, Petaling Jaya : Prentice Hall.

Anitya Ardiyani Puspita (2014), Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi


Corporate Sustainability Performance, Tesis Sarjana, Universiti Diponegoro
Semarang: Fakultas Ekonomika dan Bisnis Universitas.

Dollinger, M. J. (1999), Entrepreneurships: Strategies and Resources, New Jersey:


Prentice Hall.

Hutchings, K. dan Murray, G. (2002), “Working With Guanxi: An Assessment Of


The Implications Of Globalization On Business Networking In China”,
Creativity and Innovation Management, 11 (3), h. 184-191.

Hafizahril Hamid (2009), “Hari Ini Kita Tolong Orang, Esok Orang Tolong Kita”,
Utusan Malaysia, Julai 19, 2009, h. 14.

Haron Din (1992), Tasawwur Islam. Shah Alam: HIZBI.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abi Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-‘Azim Abadi
dan Shams al-Din (t.t.) ‘Auwn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abi Dawud, j. 9.
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Taymiyyah, Ahmad bin ‘Abd al-Halim (1992), al-Hisbah fi al- Islam, Beirut: Dar
al-Fikr al-Lubnani.

Kamaruddin Haji Salleh (1997), “Tasawwur Islam: Salah Faham dan Kekaburan
Barat”, al-Maw‘izah, 5, Jun, h. 61-62,

Khaliq Ahmad dan Arif Hassan (2000), “Distributive Justice: The Islamic
Perspective”, Intellectual Discourse, j. 8, no. 2, h. 167.

Kotter, J. P. (1998), Kepimpinan Matsushita, Pelajaran Daripada Usahawan Abad


ke 20 yang Paling Luar Biasa dalam Mokhtar Ahmad, Hapzan Simon, Jurina
Pieei, Rohayu Ibrahim & Mohd. Zali Shaari (terj.), Kuala Lumpur: ITNMB.

Min-Dong Paul Lee (2008), “Theory of Corporate Social Responsibility: Its


Evolutionary and The Road Ahead”, International Journal of Management
Reviews. March. Vol 10, Issue 1:53-73.

Muhammad ‘Abd al-Halim ‘Amr (1999), “Mafhum al-Intaj wa Darurath wa


Ahdafih”, Majallah Markaz Salih Kamil li al-Iqtisad al-Islami Jamiah al-
Azhar, 3( 8), Mei-Ogos: 90-91.

Muhammad Abdul Manan (1980), Islamic Economics: Theory and Practice: Revised
Edition. Delhi: Idarah-I Adabiyat-I Delli.

Muhammad Mahmud Isma’il (t. t.), al-‘Amal wa al-Jaza’ wa ‘Adl al-Ilahi, Mesir: Dar
al-Nadwah.

305
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Muhammad al-Mubarak (1974), Nizam al-Islami al-Iqtisa Mabadi wa Qawa‘id


‘Ammah. Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad bin ‘Umar bin ‘Abidin (2000), Radd al-Mukhtar ‘ala al-dur al-Mukhtar,
j. 1, Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1981), Muslim Economic Thinking, A Survey of


Comtemparary Literature. Jeddah: International Centre for Research in
Islamic Economics King Abdul Aziz University, Jeddah and The Islamic
Foundation, United Kingdom.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (2000), The Economic Enterprise in Islam, Lahore:


Islamic Publications Ltd.

Monzer Kahf (1978), The Islamic Economy. Indiana: The Muslim Students’
Association of the United State.

al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Sharf (t.t.), Minhaj al-Talibin wa ‘Umdah al-
Muftin fi al-Fiqh, Bab Nihayah al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj, j. 6, Mesir:
Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah.

Norajila Binti Che Man, Joni Tamkin Bin Borhan (2010), “Pelaksanaan
Tanggungjawab Sosial Korporat: Implikasi Dan Keberkesanannya Kepada
Masyarakat”, Prosiding PERKEM V, Jilid 2, 210-218.

Salih bin Muhammad al-Fahd al-Mazid (1403M), Kasb al-Mu‘azzifin wa Atharah fi


Sulukihim, Kaherah: Matba‘ah al-Madani.

Sayyid Sabiq (1994), Fiqh al-Sunnah, j. 3, Kaherah: Dar al-Fath li al-I‘lam al-‘Arabi.

Siddiq Fadzil et al. (2005), Pengurusan Dalam Islam, Menghayati Prinsip dan Nilai
Qurani, c. 1. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd.

al-Sayuti, Jalal al-Din (1992), Sharh Sunan al-Nasa’i, Bab al-Amr bi al-Sadaqah li
Man Ya‘taqid al-Yamin bi Qalbihi fi Hal Bai‘ihi, no. Hadith 4475. j. 7,
Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Cizilization.

Timur Kuran (1992), “The Economic System in Comtemporary Thought” dalam


Jomo K. S. (eds.), Islamic Economic Alternatives, Critical Perpectives and
New Directions, c. 1, London: MacMillan Academic and Professional Ltd.

Yusuf al-Qaradawi (1972), al-Halal wa-al-Haram fi al-Islam, c. 6. Beirut: al-Maktab


al-Islami.

306
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 2016) Jilid 2
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Yusuf al-Qaradawi (2001), Dawr al-Qiyam wa-al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, c. 2.
Kaherah: Maktabah Wahbab.

307

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai