Anda di halaman 1dari 5

Teknik Menjadikan

Pengucapan Awam
Menarik dan Tak Bosan
Ilmu pengucapan awam. Ianya mungkin kelihatan cukup mudah dan santai disaat tutorial dan
teori tapi sebaliknya berlaku bila tiba saatnya untuk praktikal. Sejujurnya, saya bukanlah
seseorang yang mempunyai keupayaan bercakap di khalayak awam dengan begitu baik, tetapi
saya juga bukanlah seseorang yang tidak mampu berucap di khalayak ramai. Saya mempunyai
idola tersendiri yang telah berjaya mencungkil ‘raksasa kecil’ dalam diri. Ianya suatu SENI!
Fahami Prinsip Asas Pengucapan Awam Bagi saya, prinsip asas pengucapan awam antaranya
ialah berhujah berdasarkan fakta. Bukannya bersandarkan emosi dan anggapan semata. Prinsip
ini penting untuk mengelakkan kita dikecam dan dikritik atas sebab tidak berhujah dengan fakta.
Namun, dalam dunia sekarang, terdapat audiens seolah-olah tidak lagi ambil cakna dengan
fakta malah semakin kenyang dihidangkan dengan “auta” seorang pemidato. “Auta” yang
bersifat menyindir peribadi dan ditambah dengan contoh-contoh yang tidak sesuai dengan adat
dan abab semakin kerap dijadikan bahan hujah demi menarik minat audiens. Apakah seorang
pemidato yang bagus perlukan “teknik murahan” seperti ini? Teringat saya kepada kata-kata
seorang sarjana British. Katanya; “Audiens akan menjadi malas dan bersandar bila dah mulai
bosan mendengar ceramah yang disampaikan” ~ Sir Franchis Galton dalam catatannya, ‘The
Measurement of Fidget’ (Pengukuran Kegelisahan. 1885) Di sinilah pentingnya ilmu pengucapan
awam yang betul dan berkesan. Ilmu pengucapan awam yang baik, pastinya memberi satu
impak yang positif dan berpanjangan kepada audiens. Soalnya, bagaimana cara menarik minat
audiens supaya tidak bosan dan akhirnya wujud komunikasi dua hala antara pemidato dan
audiens tanpa perlukan “teknik murahan” dan tidak membosankan pendengar?
5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan
1. Releven – Kalau tajuk pengucapan awam tentang bola, berceritalah tentang bola. Jangan asyik
nak bercerita tentang kehebatan anda berenang kuak lentang dan kupu-kupu. Itu tak relevan dan
mengundang jelek pendengar. Jangan asyik ‘masuk bakul, angkat sendiri’.

2. Pendek dan ringkas – Berucap biasanya ada masa. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.
Tak perlu ayat berbunga-bunga sangat sampai pendengar pun keliru, apa yang nak disampaikan.
Fahami siapa audiens kita sangat membantu dalam aspek ini.

3. Berkongsi impak cerita – Amat berguna jika tajuk ucapan yang dipilih disertakan contoh cerita
yang menarik. Lagi bagus, contoh kejayaan ada kaitan dengan pendengar! Pasti menarik perhatian
mereka.

4. Gaya bahasa badan dan mimik muka – Lenggok badan dan mimik muka yang betul pasti akan
menarik perhatian pendengar. Bayangkan seorang pemidato yang berucap keras kaku di atas
pentas mahupun pemidato yang terlebih lenggok. Awas!

5. Gunakan faktor lokaliti – Pemidato yang berkesan biasanya mampu menggunakan faktor lokaliti
dengan baik. Contohnya, loghat atau dialek penduduk setempat. Kejayaan pemidato menambah
unsur ini ke dalam ucapannya pasti menarik perhatian.
3 Cara Untuk Kawal Rasa Takut & Resah Saat Pengucapan Awam Perasaan takut dan resah semasa
berucap di khalayak biasanya menyebabkan tubuh badan kita juga turut bertindak seiring iaitu degup
jantung lebih laju, otot tubuh jadi tegang dan pernafasan yang tak teratur.

3 efek tubuh ini akan menyebabkan kita cepat-cepat nak habiskan ucapan. Gerak bahasa tubuh
pastinya dapat dikesan oleh pendengar!

Boleh cuba 3 kaedah di bawah untuk mengawal rasa resah dan gemuruh.

1. Kawal pernafasan – Untuk mengatasinya kita disaran tarik nafas dalam-dalam dan cuba curi masa
dengan rangkap ayat seperti “tuan-puan yang dihormati sekalian…” Dalam masa menyebutnya, tarik
nafas dan bertenang.

2. Fokus pada sebutan – Bila kita fokus pada sebutan perkataan, secara automatik rentak ucapan kita
lebih teratur dan perlahan. Pendengar pun lebih mudah faham. Cubalah!

3. Awasi tanda baca – Tanda baca menjadikan ucapan kita berintonasi dan tidak kosong. Ucapan yang
ada irama, pasti lebih menarik berbanding ucapan kosong tanpa sebarang intonasi dan refleksi.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai