Anda di halaman 1dari 14

MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

LATIHAN SOALAN TRIAL 2016

JPN KELANTAN

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
tangkapan dan pola penghantaran pulang warga negara asing mengikut negara-negara terpilih
bagi tempoh yang dinyatakan.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) banyak bergantung kepada faktor
penolakan dari negara asal dan faktor tarikan dari negara kita.Tangkapan atau kesalahan
imigresen mencatatkan jumlah yang tidak konsisten setiap tahun dan banyak bergantung kepada
situasi politik dan sosioekonomi sesebuah negara. Pada tahun 2010 jumlah tangkapan warga
negara asing atas kesalahan imigresen paling ramai iaitu berjumlah 54,764 orang berbanding
tahun 2005 yang hanya berjumlah 29,776 orang, manakala pada tahun 2015 pula telah
berkurang sebanyak 8,814 orang berbanding tahun 2010. Daripada jumlah tersebut,seramai
12058 orang atau 22.02% dihantar pulang pada tahun 2010,berbanding tahun 2005 yang hanya
seramai 4516 orang manakala tahun 2015 seramai 11125 orang.
16.17% daripada tangkapan pada tahun 2005 adalah warga dari Thailand manakala
seramai 7,378 orang telah ditangkap pada tahun 2010, berbanding seramai 8801 orang pada
tahun 2015. Seramai 9,692 orang warga negara Filipina telah ditangkap atas kesalahan
imigresen pada tahun 2010, sebelum mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak 15.08%
pada tahun 2015. Sepanjang tempoh 2010, penghantaran pulang warga asing dipertingkatkan
dimana seramai 9870 warga Indonesia telah dihantar pulang berbanding warga Thailand seramai
765 orang manakala warga Filipina seramai 655 orang.
Pada tahun 2005, seramai 5,389 orang warga negara Bangladesh telah ditangkap dan
jumlah ini kurang seramai 917 orang berbanding warga negara Filipina. Warga negara Indonesia
yang ditangkap pula seramai 6,952 orang lebih berbanding warga negara Filipina yang ditangkap
pada tahun 2005. Penghantaran pulang warga Bangladesh paling rendah pada tahun 2005 iaitu
seramai 185 orang dan jumlah ini kurang seramai 583 orang berbanding tahun 2010. Warga
Indonesia yang dihantar pulang pada tahun 2005 adalah seramai 3580 orang berbanding warga
Thailand yang berjumlah 213 orang.
Warga negara Bangladesh yang ditangkap pada tahun 2010 adalah seramai 10,470 orang
sebelum merosot kepada 7,991 orang pada tahun 2015. Warga negara Indonesia yang ditangkap
pada tahun 2015 berkurangan seramai 9,220 orang berbanding jumlah tangkapan yang
dilaporkan pada tahun 2010 yang berjumlah 27,224 orang.. Tahun 2015, berlaku proses
penghantaran pulang secara besar-besaran di mana seramai 7865 orang warga Filipina
berbanding warga Thailand yang hanya seramai 1460 orang. Seramai 1230 orang warga
Bangladesh telah dihantar pulang manakala warga Indonesia seramai 6570 orang. Kekurangan
jumlah tangkapan disebabkan langkah kerajaan menangani kemasukan warga asing dengan
kawalan pantai dan laluan darat secara bersepadu menggunakan teknologi moden.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2015)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
aliran jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan mengikut sektor terpilih bagi
tempoh yang dinyatakan.

Pada bulan September 2010, peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah sebanyak


RM13,360 juta iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3,341 juta telah diperuntukkan untuk tujuan
keselamatan. Peruntukan belanjawan untuk perkhidmatan sosial pula berjumlah sebanyak
RM1,904 juta. Peruntukan perkhidmatan ekonomi yang merupakan perbelanjaan tertinggi
berjumlah sebanyak RM5,871 juta. Peruntukan perbelanjaan selebihnya adalah bagi pentadbiran
am.
Pada bulan Oktober 2010, peruntukan perbelanjaan bagi pembangunan ialah sebanyak
RM15,704 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,807 juta telah dibelanjakan untuk
tujuan keselamatan. Peruntukan belanjawan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula
meningkat sebanyak RM1,425 juta berbanding dengan peruntukan pada bulan sebelumnya.
Seterusnya peruntukan perbelanjaan bagi perkhidmatan sosial ialah sebanyak RM2,308 juta.
Sebulan kemudian, sebanyak RM16,939 juta atau 29.6% daripada jumlah keseluruhan
peruntukan belanjawan negara telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan
pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,624 juta telah diperuntukkan
bagi tujuan keselamatan dan sebanyak RM3,261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial.
Peruntukan untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am masing-masing berjumlah
sebanyak RM7,148 juta dan sebanyak RM2,906 juta.
Jumlah peruntukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada bulan Disember 2010
telah bertambah sebanyak RM5,088 juta berbanding dengan bulan sebelumnya. Daripada jumlah
tersebut sebanyak RM3,301 juta telah diperuntukkan kepada sektor keselamatan manakala
perkhidmatan sosial sebanyak RM5,964 juta. Bagi sektor perkhidmatan ekonomi dan
pentadbiran am, masing-masing telah diperuntukkan sebanyak RM9,216 juta dan RM3,546 juta.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaiakan daripada Laporan Belanjawan Negara Malaysia 2010)

JPN TERENGGANU
5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai menunjukkan jumlah
pendapatan daripada sumber perlombongan bagi tahun tahun yang dinyatakan.

Pendapatan daripada hasil perlombongan bagi negeri-negeri di Malaysia datang daripada


sumber petroleum, gas asli cecair, dan bijih. Pendapatan bagi ketiga-tiga sumber ini pada tahun
2008 ialah ASS32,334,101. Petroleum menyumbang pendapatan yang terbanyak dengan nilai
sumbangan sebanyak ASS 16,53,7211 manakala sumbangan pendapatan daripada gas asli cecair
ialah sebanyak AS$8,453,245. Baki yang selebihnya disumbangkan oleh pendapatan daripada
sumber bijih yang meliputi bijih besi dan bijih timah. Hasil pendapatan daripada galian-galian
lain pula ialah sebanyak AS$2,315,423.
Pada tahun 2010, jumlah pendapatan secara keseluruhannya bertambah sebanyak
AS$6,356,009 berbanding dengan tahun sebelumnya. Walaupun jumlah keseluruhan meningkat,
namun sumbangan gas asli agak merosot sebanyak AS$876,356 berbanding dengan tahun
sebelumnya, tetapi pendapatan daripada sumber galian bijih bertambah menjadi AS$7,767,367.

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

Sumber petroleum telah menyumbang sebanyak ASS 18,231,747 iaitu peningkatan sebanyak
11.46 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Bahan-bahan galian lain juga menunjukkan
peningkatan ketara menjadi AS$5,114,107 berbanding dengan tahun sebelumnya.
Dianggarkan bahawa dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu pada 201?? sumbahgan sektor
perlombongan dijangka akan meningkat sebanyak ASS 10,915,717 dari tahun sebelumnya.
Sumbangan daripada petroleum turus meningkat menjadi AS$25,679,247. SUmber daripada
bijih juga dianggarkan berlaku peningkatan sebanyak ASS 1,890,875 berbanding dengan tahun
sebelumnya. Sumbangan daripada gas asli cecair dan bahan -bahan galian lain dijangka terus
meningkat dengan peningkatan masing-masing kepada AS$8,054,908 dan AS$6,213,430.
Sumbangan yang sentiasa meningkat ini membuktikan bahawa sektor perlombongan
merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, Disember 2010)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi
tempoh yang diliputi.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah


perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 dijangka meningkat sebanyak RM 20546
juta daripada tahun 2012 yang berjumlah RM 181434juta.
Pada tahun 2012, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu
merangkumi 32.62% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, manakala perbelanjaan
mengurus yang terkecil adalah bagi objek pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri, iaitu
sebanyak RM 5846 juta atau 3.22%. Objek subsidi menduduki tempat kedua dari segi besarnya
perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2012, iaitu sebanyak RM 42401 juta atau
23.37% daripada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan mengurus objek bayaran khidmat hutang ialah sebanyak RM 20453 juta
manakala bayaran bekalan dan perkhidmatan lebih sebanyak RM 17772 juta daripada bayaran
pencen dan ganjaran yang berjumlah RM 14188 juta. Perbelanjaan mengurus objek lain-lain
berjumlah RM 7402 juta.
Pada tahun 2013, perbelanjaan mengurus emolumen dijangka masih merupakan
perbelanjaan mengurus yang terbesar, iaitu 29.02% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan,
diikuti oleh perbelanjaan mengurus subsidi yang berjumlah RM 37612 juta atau 18.62%.
Perbelanjaan mengurus pencen dan ganjaran dijangka menurun sebanyak RM 591 juta
berbanding tahun 2012, manakala perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan dijangka
mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM 33659
juta atau 16.66%
Objek bayaran khidmat hutang diramalkan meningkat sebanyak 8.76% berbanding tahun
2012. Di samping itu objek bayaran pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dijangka
meningkat sebanyak RM 430 juta berbanding tahun 2012. Selebihnya ialah bayaran objek lain.
Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan
dijangka meningkat. Hal ini selaras dengan program tranformasi yang diperkenalkan oleh
kerajaan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi
2012/2013, Kuala Lumpur)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

TRIAL SMK ??? 1

5. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan
purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan

Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara.
Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga
buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan.

Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah
sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun
berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun 2008
dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama, bilangan
pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada 8890 orang
pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak daripada
sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667
orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang
pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya.

Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan


pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja memproses
ikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja
yang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218 orang pada tahun 2010
iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008. Bilangan pekerja di kilang
mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada tahun 2010 berbanding tahun
2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah mendorong kilang padi menambah
bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan pekerja di kilang memproses minyak
sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280 orang berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak
RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97
juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26
juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta.
Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta
berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.

Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang
bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

6. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan
pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke luar negara
dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011.

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai


sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan
setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajar-pelajar yang
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos pembiayaan
sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih.
Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara
terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini
berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang
sama.
Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan
berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih.
Negara India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih
rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya mencatat
sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India
dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang perubatan.
Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar
tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah
kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu.
Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos
pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah
58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan
khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu
dan RM1354.10 ribu.
Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian
pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih
kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang
ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak
RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.
Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya
berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia
dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi
Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.
Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara
ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

BATU PAHAT

5. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
peratus perubahan kematian perinatal yang direkodkan di negeri-negeri terpilih di Malaysia
antara tahun 2009 dan 2010.

Kematian perinatal dikaitkan dengan kematian janinpada usia kehamilan 28 minggu hingga 7
hari pertama kelahiran bayi. Antara faktor kematian ialah jangkitan kuman dan trauma
kehamilan.
Walaupun wujud keadah moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan
bersalin, namun kematian perinatal mencatatkan peningkatan kes. Sebanyak 10 juta kematian
setiap hari dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada perinatal. Begitu juga di Malaysia,
kematian perinatal yang direkodkan di negeri Kedah menunjukkan peningkatan sebanyak 15 kes
berbanding 340 kes pada tahun 2009.
Bagi negeri Pulau Pinang pula jumlah kematian perinatal menunjukkan penurunan kepada
168 kes berbanding 171 kes pada tahun 2009. Negeri Selangor merupakan negeri paling banyak
berlaku kematian perinatal pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah kedua-dua tahun yang dilaporkan
mencatatkan sebanyak 1237 kes dan 51.74% daripada jumlah tersebut merupakan jumlah
kematian perinatal yang direkodkan pada tahun 2009 dan bakinya adalah kes kematian yang
dicatatkan pada tahun berikutnya.
Kematian perinatal pada tahun 2009 yang dicatatkan di negeri Sabah lebih banyak
berbanding pada tahun 2010. Sebanyak 221 kes kematian pada tahun 2010, iaitu berkurang
sebanyak 14 kes berbanding tahun 2009. Walau bagaimanapun, di negeri Sarawak jumlah
kematian perinatal lebih tinggi berbanding Sabah iaitu menunjukkan peningkatan dari 307 kes
yang dilaporkan pada tahun 2009 dan bertambah sebanyak 21 kes pada tahun berikutnya.
Negeri Johor mencatatkan kedua tertinggi kematian perinatal pada tahun 2009 selepas
negeri Selangor dengan catatan jumlah kematian sebanyak 388 kes dan meningkat kepada 409
kes kematian pada tahun 2010. Negeri Sembilan mencatakan jumlah kematian perinatal paling
sedikit pada kedua-dua tahun. Pada tahun 2009 dan 2010 mencatatkan 324 kes kematian
perinatal. Daripada jumlah tersebut sebanyak 166 kes adalah kematian yang direkodkan pada
tahun 2010 dan selebihnya adalah kes kematian pada tahun 2009.

(Sumber :Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perangkaan projek perumahan negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-negeri
terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Pelan transformasi kerajaan telah menggariskan Piagam Pembangunan Perumahan Negara untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat. Namun isu-isu sosioekonomi seperti status petempatan dan
perumahan yang sering memberi masalah kepada rakyat.
Negeri Kedah mencatatkan projek sakit sebanyak 1,273 unit pada tahun 2008 berbanding
projek terbengkalai sebanyak 1,192 unit pada tempoh yang sama. Projek sakit di Negeri
Sembilan dan Pahang mencatatkan jumlah sebanyak 1,084 unit dan 1,036 unit pada tahun 2008.

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah projek sakit pada tahun 2008 sebanyak
1,130 unit.
Projek terbengkalai yang dilaporkan pada tahun 2008 di Negeri Sembilan melebihi
sebanyak 172 unit berbanding yang dicatatkan di negeri Pahang sebanyak 826 unit, manakala
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling tinggi berjumlah 1,903 unit. Pada tahun 2009 dan
2010, projek sakit yang dilaporkan di negeri Kedah sebanyak 1,018 unit dan bertambah bilangan
kepada 1,767 unit. Bagi kes projek terbengkalai pula di negeri Kedah pada tahun 2009 sebanyak
2,188 unit dan berkurang kepada 1,987 unit pada tahun 2010.
Negeri Sembilan mencatatkan projek terbengkalai paling tinggi pada tahun 2010 iaitu
sebanyak 2,572 unit berbanding tahun 2009 yang berjumlah 1,815 unit. Jumlah projek sakit di
Negeri Sembilan pula mencatat sebanyak 1,481 unit pada tahun 2009 dan bertambah kepada
2,167 unit tahun 2010. Pada tahun 2009, negeri Pahang mempunyai 2,020 unit projek sakit dan
bertambah sedikit kepada 2,153 unit pada tahun berikutnya. Projek terbengkalai di negeri Pahang
pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah 1,997 unit dan 2,312 unit.
Banyak projek sakit dan terbengkalai berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak
pengurusan bangunan dan perumahan, pihak kerajaan negeri, pihak Berkuasa Tempatan, sikap
dan kerenah pemaju yang kurang bertanggungjawab. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
mempunyai banyak projek sakit dan pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2,198 unit dan
berkurang kepada 2,188 unit pada tahun 2010. Jumlah projek terbengkalai masih tinggi di
Wilayah, yang mana pada tahun 2009 mencatat sebanyak 2,291 unit berbanding sebanyak1,987
unit pada tahun 2010 yang berkurang sebanyak 304 unit
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Jabatan
Perumahan Negara 2008/2010)

LEDANG

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun
2002 hingga anggaran tahun 2005.

Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
eksport negara di samping membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di Malaysia.
Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan berterusan dari
tahun 2002 hingga tahun 2005 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar dan harga minyak
sawit yang tinggi. Pada tahun 2002, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 11909 ribu tan
metrik, iaitu pengurangan sebanyak 1446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2003.
Pengeluaran minyak sawit terus meningkat kepada 13976 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan
dianggar meningkat lagi sebanyak 1324 ribu tan metrik setahun kemudiannya. Walau
bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin peningkatan yang berterusan bagi
jumlah perolehan eksport minyak sawit Malaysia kerana pada tahun 2004, perolehan eksport
minyak sawit telah menurun sebanyak RM364 juta berbanding dengan RM20411 juta pada tahun
2003. Pada tahun 2002, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah RM14838 juta dan
dianggar mencapai RM20550 juta pada tahun 2005.
Pengeluaran getah pula mencatat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2004, tetapi
dianggar merosot pada tahun 2005 kerana keluasan kawasan tanaman getah yang semakin
berkurang. Pada tahun 2002, pengeluaran getah adalah sebanyak 890000 tan metrik dan terus

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

meningkat sebanyak 96000 tan metrik pada tahun 2003. Pada tahun 2004, pengeluaran getah
meningkat lagi sebanyak 182000 tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi
diramalkan merosot sebanyak 23000 tan metrik pada tahun 2005. Perolehan eksport getah negara
mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2005 setelah mencatat
peningkatan dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2003, perolehan eksport getah
adalah sebanyak RM3582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1090 juta berbanding dengan
tahun 2002. Pada tahun 2004, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM5197 juta tetapi
dianggar berkurang sebanyak RM197 juta pada tahun 2005.
Gas asli cecair pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan
medan gas asli cecair yang baru beroperasi. Pada tahun 2002 sahaja, pengeluarannya adalah
sebanyak 15007 ribu tan metrik dan meningkat kepada 20729 ribu tan metrik pada tahun 2004,
iaitu peningkatan sebanyak 3418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun
2003. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 20936 ribu tan metrik pada tahun 2005,
manakala perolehan eksport gas asli cecair pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM3470
juta berbanding dengan tahun 2002 yang mencatat perolehan sebanyak RM9888 juta. Jumlah
perolehan ini meningkat kepada RM17079 juta pada tahun 2004 dan dijangka meningkat lagi
sebanyak RM1596 juta pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi
2005/2006, Kuala Lumpur)

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan enrolmen pelajar di institut pengajian tinggi tempatan mengikut peringkat
pengajian utama pada tahun 2000, 2005, 2010 dan anggaran tahun 2015.

Sejajar dengan pertumbuhan penduduk dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat,


enrolmen pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan telah meningkat hampir 100% dalam
tempoh 2000 hingga 2010. Jumlah enrolmen di IPT, iaitu awam dan swasta meningkat sebanyak
529542 orang menjadi 1 103 963 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2000. Enrolmen
pelajar di IPT tempatan dijangka meningkat lagi hampir 50% atau 506 445 orang, menjelang
tahun 2015.
Untuk pengajian di peringkat sijil, seramai 23 819 orang mendaftarkan diri di IPT awam,
manakala seramai 81 754 orang pula mendaftarkan diri di IPT swasta pada tahun 2000.
Enrolmen di IPT awam meningkat 14 112 orang menjadi 37 931 orang, pada tahun 2005. Angka
enrolmen terus meningkat mencapai paras 40 204 orang pada tahun 2010. Walau bagaimanapun,
menjelang tahun 2015, enrolmen peringkat sijil IPT awam dijangka merosot lebih 35.6% atau 14
277 orang berbanding tahun 2010. Sebaliknya, enrolmen bagi peringkat ini di IPT swasta
mengalami peningkatan berterusan iaitu 94 949 orang pada tahun 2005, meningkat lagi sebanyak
9 064 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2015, enrolmen peringkat sijil di IPT swasta dijangka
meningkat sebanyak 58.1% atau 49 937 orang berbanding 2010.
Sementara itu, pola enrolmen peringkat diploma di IPT awam dan swasta mengalami
peningkatan konsisten. Bilangan enrolmen peringkat diploma meningkat seramai 7 555 orang
menjadi 98 953 orang pada tahun 2005 berbanding enrolmen pada tahun 2000 di IPT awam.
Angka ini terus meningkat lagi sebanyak 50 749 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2005.
Menjelang tahun 2015, dijangka seramai 184 778 orang akan mendaftar untuk mengikuti kursus
di peringkat ini di IPT awam. Enrolmen bagi peringkat diploma di IPT swasta dijangka

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

meningkat lebih dua kali ganda atau 197.1% menjadi 347 724 orang pada tahun 2015
berbanding enrolmen pada tahun 2000. Pada tahun 2005, enrolmen peringkat ini meningkat
seramai 14372 orang menjadi 131 428 orang berbanding tahun 2000. Enrolmen peringkat ini di
IPT swasta terus bertambah menjelang tahun 2010, iaitu meningkat seramai 94 569 orang
berbanding tahun 2005.
Enrolmen di peringkat ijazah pertama, baik di IPT awam mahupun IPT swasta dijangka
mengalami peningkatan besar. Malah, enrolmen bagi peringkat ijazah pertama di IPT swasta
dijangka meningkat lebih 5 kali ganda dalam tempoh tahun 2000 hingga tahun 2015. Enrolmen
bagi peringkat ini di IPT swasta meningkat seramai 315 297 orang menjadi 375 229 orang pada
tahun 2015 berbanding 59 932 orang pada tahun 2000. Sementara itu, antara tahun 2005 hingga
tahun 2010, angka enrolmen peringkat ini terus meningkat lebih 100% atau 117 173 orang pada
tahun 2010 berbanding 110 591 orang pada tahun 2005.
Akhir sekali, enrolmen bagi ijazah pertama di IPT awam dijangka meningkat dalam
lingkungan 110% atau 187 997 orang. Peningkatan enrolmen yang lebih tinggi berlaku antara
tahun 2005 hingga tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak 75 028 orang menjadi 287 354 orang
pada tahun 2010 berbanding tahun 2005. Antara tahun 2010 hingga tahun 2015, enrolmen
peringkat ijazah pertama di IPT awam dijangka meningkat seramai 71 437 orang. Sebaliknya
peningkatan enrolmen peringkat ini paling sedikit berlaku antara tahun 2000 hingga tahun 2005,
iaitu meningkat cuma 41 532 orang pada tahun 2005 berbanding tahun 2000.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada RMK8, RMK9 dan RMK10)

SMK GREEN ROAD, KUCHING

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah penduduk mengikut etnik bagi tahun 2005 hingga
tahun 2009.

Pertumbuhan penduduk di Malaysia berlaku dengan mendatar sepanjang tahun 2005


hingga tahun 2009. Buktinya, jumlah penduduk negara ini didapati menokok sebanyak 350 ribu
orang saban tahun menjadi 27 895 ribu orang pada tahun 2009 berbanding dengan 26 477 ribu
orang tahun pada tahun 2005.
Kumpulan penduduk Malaysia yang paling banyak ialah etnik Melayu, manakala yang
paling sedikit ialah etnik-etnik lain. Etnik Cina merupakan kelompok kedua terbesar diikuti oleh
kelompok etnik Bumiputera lain. Pada tahun 2005 umpamanya, sebanyak 48.85% daripada
jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Bilangan penduduk berbangsa Cina
pula berjumlah 6 147 ribu orang dalam tempoh yang sama. Penduduk berketurunan Bumiputera
lain serta bangsa India pula masing-masing berjumlah 2 802 ribu orang dan 1 822 ribu orang.
Jumlah penduduk yang terdiri daripada etnik-etnik lain pula cuma 311 ribu orang atau 1.17%.
Bakinya terdiri daripada penduduk bukan warganegara yang menggenapkan jumlah penduduk
Malaysia pada tahun berkenaan.
Pada tahun berikutnya, komposisi penduduk mengikut etnik tidak mempamerkan
sebarang perubahan. Penduduk Melayu masih menduduki hierarki tertinggi dengan sejumlah 13
145 ribu orang. Penduduk Bumiputera lain dan etnik Cina pula masing-masing menokok
sebanyak 44 ribu orang dan 65 ribu orang berbanding dengan tahun 2005. Bilangan etnik India
juga meningkat sebanyak 22 ribu orang menjadi 1 844 ribu orang dalam tempoh yang sama.

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

Kumpulan penduduk daripada kaum-kaum lain pula menyumbangkan 1.2% daripada


keseluruhan penduduk yang berjumlah 26 832 ribu orang. Bilangan penduduk bukan
warganegara pula seramai 2 463 ribu orang dengan peningkatan sebanyak 2 ribu orang
berbanding dengan tahun sebelumnya.
Pada tahun 2007, penduduk etnik Melayu terus menokok sebanyak 213 ribu orang
berbanding dengan tahun 2006 dan terus bertambah sehingga mencapai paras 13 575 ribu orang
pada tahun 2008. Jumlah ini menyumbangkan 49.3% daripada keseluruhan penduduk Malaysia
pada tahun 2008. Menjelang tahun 2009, penduduk etnik Melayu bertambah lagi sebanyak 219
ribu orang menjadi 13 794 ribu orang. Sementara itu, warga Bumiputera lain turut merekodkan
peningkatan menjadi 2 891 ribu orang, 2 936 ribu orang dan 2 981 ribu orang dari tahun 2007
hingga 2009. Penduduk etnik Cina juga turut bertambah sebanyak 63 ribu orang menjadi 6 275
ribu orang pada tahun 2007 dan angka ini terus menokok ke paras 6 336 ribu orang pada tahun
berikutnya. Bilangan etnik Cina terus menokok sebanyak 59 ribu orang pada tahun 2009
berbanding dengan tahun sebelumnya.
Peningkatan penduduk etnik India turut merekodkan senario yang sama dengan bangsa
Cina, iaitu menokok berturut-turut menjadi 1 865 ribu orang pada tahun 2007, 1 885 ribu orang
pada tahun 2008 dan mencecah angka 1 905 ribu orang setahun kemudian. Bilangan etnik-etnik
lain serta penduduk bukan warganegara turut mencatatkan peningkatan yang berterusan. Etnik-
etnik lain mencatatkan 330 ribu orang, 340 ribu orang serta 349 ribu orang masing-masing pada
tahun 2007, 2008 dan 2009. Penduduk bukan warganegara pula menokok menjadi 2 467 ribu
orang, 2 469 ribu orang serta 2 471 ribu orang dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada RMKe-9 dan RMKe-10)

6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan pendapatan mengikut sumber utama serta agihan perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan dalam bajet tahun 2008.

Dalam Bajet 2008, Kerajaan Persekutuan memperoleh punca pendapatan menerusi


pelbagai cukai dan bukan cukai. Antaranya, cukai pendapatan menjadi sumber pendapatan yang
tertinggi. Komponen cukai pendapatan merangkumi cukai pendapatan individu, cukai syarikat
serta cukai petroleum. Hasil cukai pendapatan dalam Bajet 2008 adalah sebanyak RM71 740 juta
atau 42.5% daripada jumlah pendapatan Bajet 2008 yang bernilai RM168 799 juta.
Memandangkan pendapatan dalam negara masih tidak cukup bagi menampung
perbelanjaan dalam negara, Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan sumber pinjaman sama
ada dari dalam atau luar negara. Oleh itu menerusi Bajet 2008, sumber pendapatan berbentuk
pinjaman dan penggunaan asset kerajaan bernilai RM21 775 juta. Selain itu, aktiviti perdagangan
antarabangsa turut menyumbangkan pendapatan yang bermakna kepada Malaysia menerusi
kutipan duti eksport dan duti import yang bernilai RM4 895 juta. Kutipan cukai tidak langsung
lain pula menyumbangkan sejumlah RM22 113 juta daripada keseluruhan pendapatan Bajet
2008. Selebihnya sebanyak 28.6% disumbangkan oleh cukai-cukai lain dan hasil bukan cukai
yang menjadi sumber pendapatan kedua terbesar dalam Bajet 2008.
Dari segi agihan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula, komponen perbelanjaan
terbesar ialah emolumen yang diperuntukkan sebanyak RM36 123 juta dalam Bajet 2008.
Sebahagian besar daripada peruntukan emolumen digunakan bagi membiayai gaji dan upah

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

kakitangan awam. Manakala, bekalan dan perkhidmatan pula memperoleh peruntukan yang
kedua terbesar, iaitu bernilai RM25 320 juta. Memandangkan hampir satu perempat daripada
pendapatan negara berupa pinjaman, Kerajaan Persekutuan terpaksa memperuntukkan sejumlah
RM13 166 juta sebagai khidmat bayaran hutang kepada pelbagai institusi kewangan dalam dan
luar negara. Walau bagaimanapun, peratusan peruntukan bagi tujuan ini telah menguncup
daripada 8.3% dalam Bajet 2007 kepada 7.8% dalam Bajet 2008 ini.
Meskipun kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mengurangkan pemberian subsidi kepada
pelbagai barang dalam negara, namun dalam Bajet 2008, kerajaan masih memperuntukkan
sejumlah RM10 128 juta bagi tujuan tersebut. Sebahagian besar daripada pemberian subsidi ini
disalurkan bagi membiayai subsidi minyak petrol. Mengambil kira kepentingan pertumbuhan
ekonomi negara pula, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17 893 juta bagi perkhidmatan
ekonomi. Perkhidmatan sosial pula memperoleh peruntukan sebanyak RM13 504 juta atau 8%
daripada jumlah peruntukan bagi Bajet 2008 ini. Bakinya diperuntukkan kepada perbelanjaan-
perbelanjaan lain yang merangkumi pencen dan ganjaran, pemberian kepada Kerajaan Negeri,
pentadbiran am serta keselamatan negara.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008)

SMK TUN DR ISMAIL


5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-
tahun yang dinyatakan.

Sumbangan eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar


(KDNK) menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada
tahun 2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian
meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah
disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti
eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan
nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian mencatat RM 8 627 juta pada tahun
2005 dan diramal meningkat kepada RM 15 803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport
industri minuman dan tembakau juga diramal meningkat kepada RM 2 446 juta pada
tahun 2010 berbanding RM 1 755 juta pada tahun 2005.
Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabot yang
berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini
telah menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport
industri keluaran kayu diramal meningkat sebanyak RM 4244 juta kepada RM 13 909
juta pada tahun 2010. Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang
sebanyak RM 8 454 juta pada tahun 2005 dan diramal mengalami peningkatan
sebanyak 69.56 peratus kepada RM 14 335 juta pada tahun 2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah diramal
meningkat daripada RM 6 923 juta pada tahun 2005 kepada RM 11 368 juta pada tahun
2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan
industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah
tempatan. Hasil eksport industri kertas pula diramal mencatat peningkatan sebanyak
RM 781 juta pada tahun 2010 berbanding RM 2018 juta pada tahun 2005.Peningkatan

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan yang baik


bagi industri pertanian di negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia kesembilan,
2006 – 2010)

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan eksport dan import bahan makanan terpilih di Malaysia pada tahun 2014.

Salah satu komponen eksport dan import Malaysia yang utama ialah bahan makanan.
Pada tahun 2014, jumlah eksport bahan makanan Malaysia ialah sebanyak RM9268.6
juta. Manakala jumlah import bahan berkenaan pada tahun tersebut ialah berjumlah
RM21896.9 juta.
Pada tahun 2014, Malaysia mengeksport haiwan hidup sebanyak RM 1020 juta,
keluaran tenusu sebanyak RM575.3 juta dan buah-buahan dan sayuran-sayuran bernilai
RM918.4 juta. Eksport bahan makanan utama yang terbanyak ialah ikan, kerang dan
kepah iaitu sebanyak RM1711 juta. Apabila kita membandingkan nilai ini dengan nilai
eksport haiwan hidup, ternyata bahan ini mencatat lebihan sebanyak RM691 juta.
Sementara itu, satu lagi bahan makanan penting yang dieksport oleh Malaysia ialah
bahan makanan untuk haiwan. Nilai eksport bahan ini mencecah angka RM1002.5 juta.
Akhir sekali, eksport bahan-bahan lain meliput hampir 50 peratus daripada eksport
bahan makanan Malaysia. Pada tahun 2014, nilai eksport bahan-bahan makanan lain
ialah RM4041.1 juta.
Menyentuh import bahan makanan pula, Malaysia mengimport sebanyak RM767.2
juta daging dan penyediaan daging, dan sebanyak RM2364.8 juta keluaran tenusu.
Seterusnya Malaysia turut mengimport buah-buahan dan sayuran-sayuran sebanyak
RM3255 juta. Sungguhpun, Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar padi yang
utama, namun negara kita turut mengimport beras sebanyak RM764.8 juta.
Dalam pada itu, import ikan, kerang dan kepah pula mencatat RM591.4 juta lebih
banyak berbanding nilai eksport bahan berkenaan. Nilai import bahan makanan untuk
haiwan juga jauh lebih besar berbanding nilai eksport bahan tersebut, iaitu lebih
RM1163.6 juta. Selain itu Malaysia turut mengimport bahan-bahan makanan yang lain
berjumlah RM10276.6 juta.
Secara perbandingan, didapati Malaysia mengimport lebih RM12 628.3 juta bahan
makanan berbanding jumlah eksport bahan berkenaan sepanjang tahun 2014. Keadaan
ini jelas menunjukkan negara kita masih kurang lagi menghasilkan bahan makanan
bagi keperluan rakyat tempatan.

(Disesuaikan daripada Rancangan Malaysia ke-10)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

TRIAL SMK ??? 3


5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2008
hingga anggaran tahun 2011.

Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun
2008 hingga tahun 2009, tetapi merosot sedikit pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, jumlah
ini dijangka meningkat kepada RM 18 300 juta pada tahun 2011.

Pungutan duti eksport pada tahun 2008 ialah sebanyak RM 623 juta dan meningkat secara
konsisten pada tahun 2009 dan 2010, iaitu masing-masing kepada RM 670 juta dan RM 1032
juta, seterusnya dijangka turut meningkat kepada RM 1052 juta pada tahun 2011. Duti import
turut menyumbang kepada hasil pendapatan negara. Jumlah punggutan untuk tempoh empat
tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 2008, sumbangan duti import ialah
sebanyak RM 3868 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM 4720 juta pada tahun 2009. Walau
bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import ini telah menurun dua tahun berturut-turut
kepada RM 3599 juta pada tahun 2010 dan dijangka sebanyak RM 3318 juta pada tahun 2011.

Pada tahun 2009, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM 4723 juta berbanding
dengan RM 3586 juta sahaja pada tahun 2008. Pada tahun 2011, jumlah pungutan duti eksais
dijangka sebanyak RM 3916 juta berbanding RM 3803 juta pada tahun 2010.

Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara.
Pada tahun 2011, jumlah pungutan dijangka mencecah RM 6269 juta berbanding dengan RM
5968 juta pada tahun 2010. Jumlah kutipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang
empat tahun berturut-turut. Pada tahun 2009, sumbangan cukai jualan ialah RM 4488 juta
manakala pada tahun 2008 sumbangan cukai ini cuma RM 3845 juta.

Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM 1447 juta pada tahun
2008 dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 2009,
sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM 1459 juta, dan meningkat kepada RM 1701 juta pada
tahun 2010 dan dijangka meningkat lagi kepada RM 1734 juta pada tahun 2011. Sumbangan
cukai tidak langsung lain pada tahun 2008 ialah sebanyak RM 1951 juta dan meningkat kepada
RM 2040 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010, sumbangannya sebanyak RM 1914 juta dan
dijangka meningkat pada tahun 2011 kepada RM 2011 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001,


Jabatan Perangkaan Malaysia)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kadar pertumbuhan guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama di
Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012 jumlah guna tenaga dalam pekerjaan utama
dijangka mengalami peningkatan berterusan. Dalam tempoh ini, guna tenaga dalam pekerjaan
utama dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan purata 1.3% setiap tahun. Walau

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)


MODUL GRAF & CARTA PAI 2018

bagaimanapun, guna tenaga dalam beberapa kumpulan mencatatkan kadar pertumbuhan negatif
sepanjang masa.
Guna tenaga dalam kumpulan pekerja perkeranian mencatatkan partumbuhan yang positif
sepanjang masa kecuali pada tahun 2011. Pada tahun 2008, guna tenaga sektor ini meningkat
daripada 3.8% kepada 5.5 % pada tahun 2009. Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan pekerjaan
ini menjadi kecil, iaitu 2.6% dan terus bertambah buruk menjadi -2.7% pada tahun 2011.
Keadaan yang sama juga berlaku dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan dan jurujual, iaitu
mencatatkan pertumbuhan yang positif dengan kadar 7.0% pada tahun 2008, merosot sebanyak
1.5% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan pekerjaan ini mengalami
pengurangan kepada 4.7% dan -0.8% pada tahun 2011. Sebaliknya pada tahun 2012, kadar
pertumbuhan kedua-dua sektor ini mengalami pertumbuhan yang positif, iaitu masing-masing
2.4% dan 1.4%.
Sementara itu, guna tenaga dalam sektor pekerja mahir pertanian dan perikanan
mengalami pertumbuhan negatif sepanjang tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012. Pada tahun
2008, kadar pertumbuhan sektor ini ialah -4.6% dan pada tahun 2009, kadar yang dicatatkan
bertambah baik, iaitu -1.4%. Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan kembali merosot iaitu -3.4%,
manakala kadar pertumbuhan pada tahun 2011 dan 2012 kembali meningkat kepada -2.2% dan -
1.4%.
Pada tahun 2008, pekerja pertukangan mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 1.6%
dan merosot ketahap -2.4% pada tahun 2009 pulih sedikit kepada -1.5% pada tahun 2010.
Namun begitu, kadar pertubuhan menjadi lebih buruk pada tahun 2011 dengan kadar -4.3%
sebelum melonjak naik menjadi 5.3% pada tahun 2012. Seterusnya, guna tenaga pekerja operator
loji dan mesin mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak -5.1% pada tahun 2008 dan -3.6 pada
tahun berikutnya. Namun, kadar pertumbuhan kumpulan pekerjaan ini semakin meningkat pada
kadar positif, iaitu 0.7% pada tahun 2010 dan terus kukuh pada tahun 2011 iaitu meningkat
sebanyak 0.5% dan pada tahun 2012, meningkat sebanyak 0.3% berbanding 2011.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia ke-9
dan Rancangan Malaysia ke-10)

MOHAMAD FAEZZ BIN AHMAD (CMF)

Anda mungkin juga menyukai