Anda di halaman 1dari 99

KOLEKSI SOALAN ALIH BAHASA KOMUNIKASI PERCUBAAN STPM

1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 
menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun 2010. Namun demikian,
sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada
tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan
mengurangkan duti eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya
peningkatan nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM 8 627 juta pada tahun 2005
kepada RM 15 803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga telah
meningkat  kepada RM 2 446 juta pada tahun 2010 berbanding  RM 1 755 juta pada tahun 2005.
           
Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang berinovatif dan
mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah menyebabkan peningkatan
hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri keluaran kayu meningkat sebanyak RM
4244 juta kepada RM 13 909 juta pada tahun 2010. Sementara hasil eksport industri perabut pula
menyumbang sebanyak     RM 8 454 juta pada tahun 2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56
peratus kepada RM 14 335 juta pada tahun 2010.

Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat daripada
RM 6 923 juta kepada RM 11 368 juta. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan
pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan.
Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM 781 juta kepada RM 2 799 juta
pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan
yang baik bagi industri pertanian di negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan
Malaysia ke Sembilan, 2006 – 2010)
2         Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan nilai indeks
pengeluaran perindustrian bagi barangan pembuatan di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2006.

            Dalam tempoh 2004 hingga 2006, eksport Malaysia telah meningkat dengan pesat pada kadar
purata yang memberangsangkan setiap tahun. Walau bagaimanapun, kadar pertambahan pendapatan
eksport menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 2004 dan 2.7 peratus pada tahun 2005.
           
Sepanjang tempoh 2003 hingga 2006, keseluruhan indeks pengeluaran perindustrian mengalami
perubahan yang tidak menentu dengan beberapa indeks memperlihatkan peningkatan yang agak ketara.
Indeks perabot dan barangan elektrik memperlihatkan nilai yang tertinggi bagi tahun 2006 iaitu 145.2
mata dan 1140.6 mata. Manakala nilai indeks yang paling rendah ialah bagi indeks papan lapis iaitu
sebanyak 90.8 mata dan diikuti industri minuman sebanyak 97.9 mata. Indeks tembakau dan produk
kelapa sawit, masing-masing mencatat sebanyak 107.7 mata dan 131.8 mata pada tahun yang sama.
           
 Pada tahun 2003, indeks pengeluaran barangan perindustrian mencatatkan nilai tertinggi ialah
barangan elektrik iaitu sebanyak 118.0 mata, diikuti oleh barangan perabot sebanyak 117.3 mata. Indeks
bagi barangan elektrik terus meningkat pada tahun 2004 kepada 126.5 mata, seterusnya mencatatkan
sebanyak 130.6 mata bagi tahun 2005. Keadaan yang sama juga ditunjukkan oleh industri perabot yang
mencatatkan sebanyak 124.1 mata pada tahun 2004 dan 134.8 mata bagi tahun 2005.

            Indeks papan lapis juga mencatatkan sedikit peningkatan sepanjang tempoh tersebut. Pada tahun
2003 nilai indeksnya sebanyak 97.1 mata, kemudian meningkat sebanyak 3.8 mata kepada 100.8 mata.
seterusnya meningkat lagi kepada 101.5 mata pada tahun berikutnya. Manakala indeks bagi barangan
tembakau memperlihatkan sedikit penurunan. Pada tahun 2003, indeks tembakau mencatat nilai 110.9
mata, sebelum menurun lagi kepada 109.1 mata pada tahun 2004. Nilai indeks ini terus menurun ke paras
103.7 mata pada tahun 2005. 

            Produk kelapa sawit memperlihatkan peningkatan. Pada tahun 2003, nilai indeks sebanyak 105.8
mata, meningkat sebanyak 25.5 mata pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2004, nilai indeks ialah
122.8 mata iaitu peningkatan sebanyak 17 mata berbanding tahun sebelumnya. Barangan perindustrian
yang memperlihatkan nilaian indeks yang tidak menentu ialah industri minuman. Pada tahun 2003, nilai
indeks ialah 88.7 mata, meningkat kepada 94.3 mata pada tahun 2004. Seterusnya menurun sebanyak 8.5
mata kepada 85.8 mata pada tahun 2005 sebelum meningkat semula pada tahun 2006. 
(Dipetik dan disesuaikan daripada
Kementerian Kewangan , 2007)
3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan kes kemalangan maut jalan raya di Malaysia antara tahun 2004 dengan 2005.

Berdasarkan rekod, penunggang motosikal mencatat bilangan kematian yang paling tinggi. Pada
tahun 2004 sebanyak 3286 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini telah bertambah sebanyak 695 kes
pada tahun berikutnya. Sementara pembonceng motosikal sebanyak 474 kes kematian dicatatkan pada
tanun 2005, iaitu kurang 18 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pejalan kaki juga tidak ketinggalan daripada menghadapi maut kerana terlibat dalam kecelakaan
di jalan raya. Jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada tahun 2004 sebanyak 807 kes, tetapi
tahun berikutnya kematian pejalan kaki direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan
banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas.

Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalan raya. Begitu juga pemandu lori, teksi dan bas.
Walau bagaimanapun bilangan pemandu kereta yang maut dalam kecelakaan jalan raya adalah lebih
tinggi berbanding dengan pemandu lori, teksi dan bas. Pada tahun 2004, bilangan kematian yang
dicatatkan ialah sebanyak 409 kes, iaitu melebihi sebanyak 166 kes berbanding dengan pemandu lori, bas
dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes, sedangkan bilangan kematian pemandu lori, bas
dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.

Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa kemalangan jalan raya.
Pada tahun 2004, sebanyak 631 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini merosot kepada 251 kes pada
tahun 2005. Sebaliknya dalam tempoh yang sama lain-lain pengguna jalan raya yang dinyatakan di atas
menunjukkan perkembangan yang mendukacitakan. Pada tahun 2004, sebanyak 746 kes kematian
direkodkan berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatat sebanyak 864 kes.
( Dipetik dan diubahsuai daripada PolisDiraja Malaysia.
Buletin PerangkaanSosial Malaysia Jabatan
Perdana Menteri Mac –Ogos 2008)
4 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran bilangan kakitangan pendidik di Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan.

Bilangan kakitangan pendidik di Malaysia meningkat setiap tahun serentak dengan keperluan
negara. Namun bilangan mereka masih belum mencukupi berbanding bilangan penduduk negara ini.
Kakitangan perubatan ini terdiri daripada guru matematik, guru bahasa inggeris, guru sains, guru bahasa
melayu dan guru agama.

Bilangan guru matematik terus meningkat dari setahun ke setahun, walaupun peningkatan tidak
selari dengan keperluan negara. Pada tahun 2009 bilangan guru matematik berjumlah 15619 orang
meningkat sebanyak 2572 orang pada tahun 2012. Pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah
16146 orang dan 17442 orang.

Guru bahasa inggeris sangat kecil bilangan berbanding dengan guru matematik. Pada tahun 2009
bilangannya hanya 2144 orang, bertambah sebanyak 81 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2011 terus
meningkat menjadi 2297 orang. Dengan dasar dan sokongan kerajaan bilangan ini dijangka meningkat
lagi kepada 2418 orang pada tahun 2012.

Kakitangan pendidik yang agak ramai diperlukan oleh negara ialah guru sains. Pada tahun 2009
bilangannya ialah 23256 orang daripada seluruh kakitangan pendidik tahun berkenaan yang berjumlah
54585 orang. Bilangan ini telah meningkat sebanyak 5.5% pada tahun berikutnya. Bilangannya terus
meningkat pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing menjadi 35280 orang dan 36784 orang.

Guru bahasa melayu adalah kakitangan yang sedikit pada tahun 2012 ialah seramai 7033 orang
daripada seluruh kakitangan pendidik yang seramai 76036 orang pada tahun tersebut. Pada tahun 2009
bilangannya hanya 5819 orang berkurang menjadi 5325 orang pada tahun 2010. Namun pada tahun 2011,
bilangannya meningkat kepada 7319 orang.

Kakitangan yang berikutnya ialah guru agama yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat
terutamanya di bandar. Pada tahun 2010 bilangannya meningkat sebanyak 1000 orang dari tahun 2009
menjadi 8747 orang manakala pada tahun 2011, bilangannya ialah 9360 orang.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2010)
5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan mengikut jenis stesen di Semenanjung Malaysia bagi
tempoh yang dilaporkan.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik. Negara melalui kegiatan
penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah menemukan beberapa cara yang sesuai untuk
menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kaedah wap, diesel, hidro, gas, dan lain-lain.
Pada tahun 2006, stesen diesel telah menjana sebanyak 500.5 juta kilowatt (kw) berbanding dengan hanya
416.5 juta kilowatt yang dihasilkan oleh stesen hidro atau 12.1 peratus. Turbin gas pula menjanakan
tenaga elektrik paling banyak, iaitu 2 142.7 juta kilowatt atau lebih 60 peratus daripada jumlah tenaga
elektrik yang telah dijanakan. Jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun 2006 ialah 3 454.7 juta
kilowatt.

Pada tahun 2007 pula, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan telah meningkat sebanyak 198.5
juta kilowatt berbanding dengan tahun sebelumnya. Stesen diesel menjanakan sebanyak 284.3 juta
kilowatt lebih rendah sebanyak 219.3 juta kilowatt berbanding dengan stesen hidro yang menjanakan
tenaga elektrik sebanyak 503.6 juta kilowatt atau 13.8 peratus. Stesen turbin gas menjanakan sebanyak 2
384.6 juta kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik pada tahun tersebut.
Penjanaan tenaga elektrik semakin meningkat dengan penambahan jumlah stesen eletrik yang dibina.
Sebanyak 357.9 juta kilowatt dihasilkan oleh stesen diesel, manakala stesen hidro dan turbin gas masing-
masing sebanyak 417.4 juta kilowatt dan 2 669.6 juta kilowatt pada tahun 2008. Stesen-stesen lain
menghasilkan 503.1 juta kilowatt sahaja.

Pada tahun 2009, penjanaan kuasa melalui stesen hidro meningkat kepada 683 juta kilowatt
berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar terus bertambah
kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 4 000 juta kilowatt daripada keseluruhan jumlah tenaga elektrik
yang dijanakan pada tahun ini iaitu sebanyak 5817 juta kilowatt. Penggunaan sumber-sumber lain
bertambah ketara menjadi 667 juta kilowatt pada tahun 2009 berbanding 395 juta kilowatt dan 480.7 juta
kilowatt pada tahun 2006 dan 2007.
( Dipetik dan diubahsuai daripada
Tenaga Nasional Berhad 2010 )
6. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penagih dadah di
negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan pengurusan Pusat Serenti pada tahun-tahun
yang dilaporkan

Golongan masyarakat yang paling ramai terlibat dengan masalah dadah ialah golongan belia iaitu
kira-kira 65 % .Dari peratusan tersebut kaum Melayu merupakan penyumbang yang terbesar.
Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan daripada jumlah tersebut
1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada tahun 2010 jumlah penagih dadah di Johor
didapati menurun sebanyak 671 orang. Pada dua tahun yang berikutnya bilangan penagih dadah di negeri
tersebut semakin menurun iaitu masing-masing berkurang sebanyak 27 orang dan 372 orang berbanding
jumlah penagih pada tahun 2010.

Pada tahun 2009 bilangan penagih di Kelantan berkurang sebanyak 650 orang berbanding negeri
Johor pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan tersebut merosot sebanyak 33 orang berbanding
tahun sebelumnya. Pada tahun 2012, bilangannya terus meningkat sebanyak 395 berbanding tahun 2011
yang berjumlah 1645 orang penagih.

Kawalan ketat di Perlis menjadikan jumlah penagih di negeri ini paling kecil, hanya terdapat 142
orang penagih pada tahun 2010 dan jumlah itu meningkat sebanyak 30 orang berbanding tahun
sebelumnya. Jumlah penagih di Perlis menurun sebanyak 109 orang menjadi 179 orang pada tahun 2012
berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2009, bilangan penagih dadah di Sabah berjumlah 1242 orang. Bilangan ini
bertambah sebanyak 366 orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2012, diunjurkan bilangan penagih di
Sabah adalah seramai 1478 orang, iaitu berkurang sebanyak 421 orang daripada tahun sebelumnya.
Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengurus pusat-pusat Serenti.Pada tahun 2010,
kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38 170 billion untuk tujuan tersebut dan jumlah ini
merupakan peningkatan sebanyak RM11 199 billion daripada tahun sebelumnya. Berbanding tahun 2010,
jumlah tanggungan kerajaan untuk mengurus pusat serenti telah berkurangan menjadi RM32 525 billion
pada tahun berikutnya namun meningkat kepada RM35 421 billion pada tahun 2012.
( Sumber : Di petik dan diubahsuaikan daripada : Agensi Dadah
Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri ,2011 )
7 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tempoh yang
diliputi

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah


perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 dijangka meningkat sebanyak RM 20546 juta
daripada tahun 2012 yang berjumlah RM 181434 juta. Pada tahun 2012, perbelanjaan mengurus yang
terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu merangkumi 32.62% daripada jumlah perbelanjaan
keseluruhan, manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah bagi objek pemberian dan serahan
kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM 5846 juta atau 3.22%.

Objek subsidi menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan
pada tahun 2012, iaitu sebanyak RM 42401 juta atau 23.37% daripada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan mengurus objek bayaran khidmat hutang ialah sebanyak RM 20453 juta manakala bayaran
bekalan dan perkhidmatan lebih sebanyak RM 17772 juta daripada bayaran pencen dan ganjaran yang
berjumlah RM 14188 juta.Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM 7402 juta atau 4.07%

Pada tahun 2013, perbelanjaan mengurus emolumen dijangka masih merupakan perbelanjaan
mengurus yang terbesar, iaitu 29.02% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan , diikuti oleh
perbelanjaan mengurus subsidi yang berjumlah RM 37612 juta atau 18.62%. Perbelanjaan mengurus
pencen dan ganjaran dijangka menurun sebanyak RM 591 juta berbanding tahun 2012, manakala
perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan dijangka mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam
perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM 33659 juta atau 16.66%

Objek bayaran khidmat hutang diramalkan meningkat sebanyak 8.76% berbanding tahun 2012.
Di samping itu objek bayaran pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dijangka meningkat
sebanyak RM 430 juta berbanding tahun 2012. Selebihnya ialah bayaran objek lain-lain. Berdasarkan
penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat. Hal ini
selaras dengan program tranformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian
Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013
8 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai menunjukkan bilangan
pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang
dinyatakan.

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan diteruskan ke tahun
berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, sektor perindustrian khususnya
industri pembuatan semakin meningkat dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003, jumlah
pekerja yang terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370 orang
berbanding tahun 2001.

Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan minuman
merupakan yang terpenting dengan mewakili seramai 129107 orang pekerja pada tahun 2002. Jumlah ini
meningkat sebanyak 6472 orang berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2003 pula mencatatkan bilangan
pekerja seramai 131881 orang. Peningkatan ini berlaku disebabkan permintaan terhadap barangan
pengguna terutama barangan makanan dan minuman. Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja
bagi industri makanan dan minuman ialah RM 1321 sebulan. daripada jumlah keseluruhan pembayaran
gaji pada tahun berkenaan iaitu RM 5246 juta Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja, tetapi
jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar
bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya upah pekerja terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada
tahun berikutnya.

Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola yang berbeza dengan
industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai 112766 orang pekerja terlibat dalam industri
ini, dan berlaku peningkatan sebanyak 13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484
orang pada tahun 2003. Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding industri
makanan dan minuman. Pada tahun 2001, gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian
pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga tahun yang dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629
juta. Jumlah ini meningkat sebanyak 10.89% daripada tahun sebelumnya. Namun, jumlah ini, merosot
kepada RM 1647 juta pada tahun 2003
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan
Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)
9 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan banduan sabitan mengikut jantina dan kaum pada tahun 2001 dan 2002.

Salah satu bentuk hukuman yang popular dikenakan ke atas banduan yang disabit dengan jenayah
adalah dipenjarakan. Mereka yang bersalah akan menjalani hukuman penjara untuk tempoh tertentu dan
bilangannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Dari segi jantina, banduan lelaki lebih ramai berbanding banduan kaum wanita. Dilihat dari segi
kaum pula, banduan dalam kalangan kaum Melayu lebih ramai berbanding kaum-kaum lain yang terdapat
di negara ini.. Pada tahun 2001, seramai 13 623 orang lelaki Melayu daripada jumlah banduan lelaki
seramai 25 219 orang telah disabitkan dengan pelbagai kesalahan dan dikenakan hukuman penjara,
manakala banduan dalam kalangan wanita Melayu sejumlah 9302 orang atau 49.26% daripada jumlah
banduan wanita pada tahun tersebut.

Daripada 7069 orang banduan kaum Cina, 3994 adalah banduan lelaki. Banduan wanita dalam
kalangan kaum Cina jauh lebih kecil berbanding banduan wanita Melayu. Manakala kaum India
mencatat bilangan banduan lelaki kurang seramai 713 orang berbanding kaum Cina. Banduan wanita
India juga kurang seramai 35 orang berbanding banduan wanita kaum Cina. Selebihnya adalah banduan
wanita kaum-kaum lain daripada jumlah keseluruhan banduan wanita adalah 18 885 orang.

Peningkatan dalam kadar jenayah, keberkesanan tindakan pihak polis dan peningkatan
penyelesaian kes di mahkamah menjadi faktor kepada peningkatan bilangan banduan pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2002, berlaku peningkatan jumlah banduan pada semua kaum dan juga pecahan
banduan mengikut jantina kecuali banduan wanita kaum India. Banduan wanita kaum India
menunjukkan penurunan kepada 3036 orang. Banduan lelaki kaum Melayu menunjukkan peningkatan
kepada 14 349 orang, sementara bagi banduan wanita kaum Melayu meningkat sebanyak 27 orang sahaja
pada tahun 2002.
Jumlah banduan dalam kalangan kaum Cina pada tahun 2002 seramai 7198 orang. Daripada
jumlah itu, 43.29% merupakan banduan wanita. Banduan lelaki kaum India mencatatkan peningkatan
sebanyak 0.43 % daripada tahun sebelumnya sementara bilangan banduan wanita turun kepada 3036
orang. Banduan daripada kaum-kaum lain yang ditahan atas pelbagai kesalahan berjumlah 8178 orang
iaitu 3641 orang terdiri daripada banduan wanita.
( Disesuaikan daripada Statistik Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 2003)
10 Dengan berpandukan maklumat yang diberikan, sediakan sebuah media yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan eksport komoditi yang terpilih antara tahun 2005 dan tahun 2006.

Eksport lada hitam Malaysia menjadi 35 500 tan metrik pada tahun 2006 berbanding dengan 39
440 tan metrik pada tahun 2005. Kemerosotan ini disebabkan oleh permintaan luar negeri yang lemah
akibat pertambahan pengeluaran lada hitam dunia sebanyak 12.0 %. Hal ini disebabkan negara-negara
pengimport utama mengurangkan import lada hitam dari Malaysia kerana negara itu kini mengimport
lada hitam dari negara-negara lain pada kos yang lebih rendah.

Eksport timah mengalami kemerosotan antara tahun 2005 hingga tahun 2006. Eksport timah pada
tahun 2005 sebanyak 49 500 tan metrik dan merosot sebanyak 8990 tan metrik berbanding dengan tahun
2006. Ini berikutan keadaan persaingan dengan bahan gentian lain dari negara-negara pengguna akibat
keadaan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Pada tahun 2006, eksport koko dari Malaysia meningkat menjadi 180 000 tan metrik berbanding
dengan 169 200 tan metrik pada tahun 2005. Eksport komoditi ini berlaku sedikit peningkatan berbanding
dengan tahun sebelumnya. Peningkatan eksport ini telah menjadikan pendapatan eksport pada tahun
tersebut turut meningkat.

Eksport kelapa sawit sentiasa meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2006. Pada tahun 2005
eksport kelapa sawit sebanyak 180 250 tan metrik dan meningkat sebanyak sebanyak 25 250 tan metrik
untuk tahun 2006. Peningkatan eksport kelapa sawit ini disebabkan banyak kegunaannya.

Getah adalah komoditi eksport yang kedua penting di negara ini. Eksport komoditi ini sering
mengalami perubahan naik turun tetapi dalam tempoh tahun 2005 hingga tahun 2006, getah meningkat
dari 170 450 tan metrik kepada 197 567 tan metrik.

Komoditi terpilih seterusnya, komoditi petroleum mentah yang berkualiti tinggi. Pada tahun
2006, sebanyak 162 344 tan metrik petroleum mentah telah dieksport berbanding dengan 158 000 tan
metrik pada tahun sebelumnya.

Malaysia juga mengeluar biodiesel daripada sawit. Sumber tenaga berasaskan tumbuhan ini telah
meningkat dari 60 tan metrik pada tahun 2005 kepada 75 tan metrik pada tahun berikutnya.
( Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2006 – 2007 )
11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan sumbangan industri pembalakan terhadap pendapatan negara Malaysia pada tahun 2011.

Sumbangan industri pembalakan terhadap pendapatan negara tidaklah boleh dipandang remeh.
Sektor berkenaan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan eksport malahan telah menambah
peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutama sekali penduduk di negeri Perak, Pahang,
Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2011, sektor pembalakan melalui kepelbagaian aktiviti perindustriannya telah
menyumbang pendapatan bernilai RM2,931 juta kepada pendapatan negara. Dari jumlah tersebut
sebanyak RM1,027 juta diperolehi daripada pengeksportan kayu bergergaji. Kayu balak mentah pula
menyumbangkan sejumlah RM845 juta manakala pengeksportan perabot yang merupakan ketiga
terpenting di dalam aktiviti industri pembalakan telah menyumbangkan sejumlah RM714 juta kepada
pendapatan eksport negara.

Selain itu terdapat tiga jenis kegiatan kilang dalam industri pembalakan yang mampu
menyumbang kepada pendapatan negara. Walaupun sumbangannya agak kecil terhadap pendapatan
negara namun mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Papan lapis merupakan sektor yang
menyumbang pendapatan tertinggi dalam kategori ini iaitu RM134 juta. Sementara itu kegiatan
pembuatan serabut kayu pula menyumbang sejumlah RM121 juta kepada pendapatan negara.
Manakala bakinya yang menjadikan jumlah sumbangan kegiatan kilang dalam industri ini yang
bernilai RM345 juta disumbangkan pula oleh perusahaan kayu racik.

Hasil keluaran bagi industri pembalakan ini kebanyakannya tertumpu kepada beberapa buah
negara rakan perniagaan tradisional dan baru. Pengimport utama hasil industri pembalakan negara
ialah Belanda yang mengimport sejumlah RM849.99 juta. Selain itu , sebanyak RM439.65 juta
daripada hasil balak negara dipasarkan ke Jerman Barat, RM234.48 juta ke United Kingdom dan
RM205.17 juta ke negara Belgium. Rakan dagang dari negara ASEAN yang membeli hasil balak dari
Malaysia ialah Singapura iaitu sebanyak RM644.82 juta. Melalui rakan dagang baru pula, Malaysia
memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM175.86 juta dari negara-negara Asia Barat dan RM117.24
juta dari negara Australia. Hasil selebihnya diperolehi daripada negara-negara kecil di Kepulauan
Pasifik seperti Maldives, Tonga dan lain-lain.
(Sumber: Diubahsuai dari Information Malaysia 2006)
12 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes yang
terkumpul di bandar-bandar yang terpilih dan jumlah keseluruhan kompaun yang dipungut pada setiap
tahun yang diberikan.
Negara kita mempunyai sistem jaringan jalan raya yang maju berbanding dengan negara-negara
sedang membangun yang lain. Namun, di sebalik kemajuan itu, banyak kes kemalangan jalan raya yang
berlaku. Malah ada pihak yang melaporkan angka kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya
di Malaysia dianggap serius. Sesungguhnya jalan raya boleh jadi pembunuh nombor satu seandainya
tindakan yang mampan tidak dirancang dan dilaksanakan secara ikhlas.
Bagi membendung keadaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama pihak
berkuasa lain, tidak ketinggalan dalam menguatkuasakan peraturan yang ada dengan mendenda pengguna
jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan. Sejak tahun 2012 hingga 2014, banyak saman telah
dikenakan dan pesalah yang terlibat terpaksa menjelaskan kompaun yang dikenakan.
Dalam tahun 2012, sebanyak 4000 kes saman dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan
pengguna jalan raya di bandar Kota Baru, Kuala Terengganu kurang 600 kes berbanding dengan Kota
Baru dan Kuantan mencatat sebanyak 4200 kes. Hasil kompaun yang telah berjaya dipungut iaitu
RM1200000 bagi Kota Baru, RM998500 bagi Kuantan dan RM744000 bagi Kuala Terengganu.
Sepanjang tahun 2013, kompaun telah dikutip sebanyak RM1010000 bagi Kuantan,
RM715500 bagi Kuala Terengganu dan RM1293300 bagi Kota Baru. Hasil kompaun jelas meningkat
disebabkan sikap pengguna jalan raya di kawasan bandar ini yang tidak sabar semasa menghadapi
masalah kesesakan lalu lintas. Di Kota Baru, kes saman telah meningkat sebanyak 1200 kes, Kuala
Terengganu mencatat peningkatan sebanyak 600 kes dan Kuantan menokok kepada 5100 kes berbanding
dengan tahun sebelumnya.
Pada tahun 2014 pula, keadaan tidak banyak berubah. Karenah pengguna jalan raya di kawasan
bandar terutamanya cukup menguji kewibawaan pihak berkuasa khasnya JPJ. Di Kuantan, sebanyak
RM936600 kompaun telah dikutip hasil daripada 5600 kes saman yang dikenakan. Kuala Terengganu
RM980000 kompaun untuk 4800 saman dan di Kota Baru RM1159600 kompaun untuk 6200 kes saman
yang dikeluarkan.
Akhir sekali, bagi tahun 2015, hanya Kota Baru dijangkakan menunjukkan perkembangan positif,
sedangkan Kuala Terengganu dan Kuantan tidak banyak berubah. Di Kota Baru, hanya 5500 kes saman
yang dijangka dikeluarkan. Manakala di Kuala Terengganu 6500 kes dijangkakan dikeluarkan saman. Di
Kuantan pula, kes saman dijangka meningkat sebanyak 600 kes sehingga kompaunnya mencecah
RM1129000. Kompaun yang dikutip di Kota baru dijangka merosot sedikit kepada RM950000
berbanding dengan Bandar Kuala Terengganu yang mengatasinya sebanyak RM120000. Amaun
kompaun ini bukanlah menjadi kebanggaan jika sikap pengguna jalan raya kawasan bandar masih
memandu mengikut perasaan dan bukannya memandu mengikut peraturan.
( Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan JPJ, 2015)
13 Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah jenayah komersial utama terpilih mengikut kes dan jumlah kerugian kes di Malaysia pada tahun
2008 hingga 2011.

Berdasarkan jumlah keseluruhan sebanyak 1957 kes pada 2009, penipuan pelaburan mencatatkan
221 kes, lebih tinggi sebanyak 129 kes berbanding tahun sebelumnya. Kes ini berkurang kepada 215 kes
pada tahun 2010 sebelum meningkat kepada 247 kes pada tahun 2011. Kes penipuan berlaku apabila
mangsa dipujuk untu menyertai pelbagai bentuk perniagaan dalam bidang pertanian, jualan langsung dan
perniagaan bersumber internet yang melibatkan kerugian keseluruhan kes sebanyak RM845.3 juta pada
tahun 2009 berbanding RM496.5 juta pada tahun 2008.

Kes penipuan Afika pula berlaku apabila mangsa diperdaya setelah menjadi rakan laman sosial
sebelum dipujuk membuat hantaran bungkusan atau menjalankan ‘black money’. Pada tahun 2011 kes ini
mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 774 kes dengan kos kerugian sebanyak RM940.7 juta manakala
pada tahun 2008 hanya mencatatkan sebanyak 86 kes. Kes ini telah meningkat sebanyak 394 kes pada
tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 310 kes.

Pada tahun 2008 kes penipuan Macau sebanyak 78 kes daripada jumlah besar 1171 kes dan
meningkat sebanyak 706.41% pada tahun 2011. Kes ini melibatkan penyamaran sebagai polis dan mangsa
tipu dengan alas an kelurga sakit dan perlukan wang. Sebanyak 515 kes dicatatkan pada tahun 2010
dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2786 kes dengan kerugian yang direkodkan sebanyak RM799.1
juta. Pada tahun 2009 kes penipuan Macau sebanyak 18.75% daripada jumlah keseluruhan jenayah
komersial utama terpilih.

Kes yang melibatkan jualan nombor ramalan dan menjanjikan hadiah lumayan di akhbar dikesan
melakukan aktiviti penipuan toto sebanyak 496 kes pada tahun 2008 . Kes ini mencatatkan jumlah
sebanyak 16.57% daripada keseluruhan kes sebanyak 3416 kes pada tahun 2011. Pada tahun 2009 kes ini
mencatatkan jumlah paling banyak, namun berkurang sebanyak 236 kes kepada 354 kes pada tahun 2010.

Kes melibatkan penipuan e-dagang mencatatkan peningkatan ketara dari tahun 2008 daripada 419
kes kepada 469 kes tahun berikutnya dan terus bertambah kepada 1200 kes pada tahun 2011. Berlaku
peningkatan sebanyak 529 kes kepada 998 kes pada tahun 2010 disebabkan perkembangan dan
pertambahan pengguna internet dan PDRM menjangkan kes ini akan terus meningkat.
(Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,PDRM,2011)
14 Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan jumlah jualan kereta nasional mengikut model kenderaan pada tempoh yang dinyatakan.

Pasaran industrI automotif negara mengalami keadaan tidak konsisten sejak tahun 1998. Jumlah
jualan kereta Proton dan Perodua pada bulan Januari 2011 sebanyak 28716 unit dan merosot sebanyak
21.3% pada bulan Mac 2011.

Kereta Perodua model Myvi mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5661 unit pada bulan Mac,
berlaku pengurangan jualan berbanding bulan Januari yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 7176
unit. Walaupun media memberi liputan meluas mengenai kelebihan Myvi keluaran baru ‘My Best’ ,
namun produk ini tidak dapat meningkatkan jualan. Produk nasional Proton Saga mencatatkan jualan
sebanyak 24.82% daripada jumlah jualan pada bulan Januari 2011 dan jualan pada bulan Mac merosot
kepada 5313 unit.

Jumlah jualan model Perodua Viva mencatatkan jumlah jualan sebanyak 9812 unit pada bulan
Januari dan Mac 2011, sebanyak 4470 unit daripada jumlah tersebut adalah catatan jualan kereta Viva
pada bulan Mac, selebihnya adalah jualan pada bulan Januari 2011. Pada bulan Mac, jumlah kereta
Persona mencatatkan penurunan sebanyak 641 unit berbanding jumlah jualan sebanyak 4266 unit pada
bulan Januari 2011.

Kereta nasional Perodua Alza mencatatkan penurunan seperti kereta-kereta nasional lain pada
bulan Januari dan Mac 2011. Jumlah jualan telah merosot sebanyak 20.16% berbanding jumlah jualan
yang dicatatkan pada bulan Januari 2011 sebanyak 2812 unit. Kereta Proton model Exora juga
mencatatkan kemerosotan jumlah jualan pada bulan Mac apabila mencatatkan sebanyak 1286 unit kurang
berbanding jumlah jualan pada bulan Januari 2011 sebanyak 1993 unit.

Semua kenderaan jenama Proton dan Perodua pelbagai model terpilih mencatatksn jualan yang
merosot pada tempoh dinyatakan member kesan kepada industri automotif nasional terutama dalam
menghadapi cabaran AFTA. Pengeluar kereta nasional harus lebih kompetitif menghasilkan model yang
dapat meningkatkan jualan dan hasil negara.
(Sumber: Dipetik daripada Laporan Persatuan
Automotif Malaysia( MAA),2012)
GADONG
15 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset asing
Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan.

Aset asing Malaysia telah meningkat dari setahun ke setahun. Prestasi Negara menambahkan
asset asing menjadi satu penggalak kepada proses perkembangan ekonomi domestik.
Pelaburan langsung di luar negeri menunjukkan pola meningkat, iaitu dari RM70 billion pada
tahun 2005 telah bertambah sehingga mencecah RM270 billion pada tahun 2009. Pada tahun 2006,
pelaburan ini menyumbang 20.56% daripada jum;lah asset pada tahun itu yang berjumlah RM535 billion.
Pada dua tahun berikutnya, jumlah pelaburan langsung ini telah meningkat menjadi RM190 billion dan
RM220 billion.
Pelaburan portfolio pula telah menyumbang sebanyak 4.67% kepada jumlah asset asing pada
tahun 2006 berbanding dengan RM15 billion pada tahun 2005. Jumlah pelaburan portfolio telah
menunjukkan prestasi yang baik kerana pada tahun 2007 jumlah ini telah bertambah 166.67% berbanding
dengan tahun 2005. Pada tahun berikutnya, jumlah ini telah bertambah 25% dan berakhir dengan jumlah
pelaburan sebanyak RM90 billion pada tahun 2009.
Sumbangan asset derivative kewangan adalah sangat kecil, iaitu di bawah 2% sepanjang tempoh
tersebut. Bermula dengan RM8 billion pada tahun 2005, jumlah ini telah meningkat sebanyak RM2
billion pada tahun 2006. Pada tahun 2007, jumlah ini kembali kepada paras jumlah tahun 2005. Pada
tahun 2008, derivative kewangan menunjukkan jumlah asset sebanyak RM15 billion. Aset ini telah
menjunam sekali lagi pada tahun 2009 sehingga menjadi RM6 billion sahaja.
Dalam tempoh yang dinyatakan, jumlah pelaburan lain pada tahun 2007 da 2009 kekal sama, iaitu
sebanyak RM170 billion. Jumlah ini merupakan satu pertambahan sebanyak RM100 billion
berbandingdengan tahun 2005. Pada tahun 2008, jumlah pelabutan asing telah berkurang sedikit, iaitu
sebanyak RM10 billion. Pada tahun 2006, jumlah pelaburan adalah sebanyak 18.69%.
Pada tahun 2005, jumlah asset rizab ialah RM270 billion, iaitu 62.36% daripada jumlah
keseluruhan. Kemudian jumlah ini telah meningkat sedikit walaupun peratusan telah jatuh sehingga
menjadi 54.21% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2006.Pada tahun 2007, jumlah asset asing ini
telah meningkat kembali dan pada tahun ini, jumlah asset rizab Berjaya ditambahkan sehingga RM320
billion pada tahun 2009. Jumlah asset rizab pada tahun 2008 telah menunjukkan pengurangan sebanyak
RM10 billion.
Secara keseluruhan, asset asing Malaysia semakin baik dan keadaan ini menunjukkan bahawa
usaha kerajaan berhasil.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Bank Negara Malaysia)
16 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk membandingkan Tabung Amanah
yang diluluskan dengan Tabung Amanah yang dilancarkan. Dalam graf, jumlah unit yang dibeli harus
diterapkan.

Dalam tempoh enam tahun, pelbagai tabung telah dimohon serta diluluskan dan ada antaranya
telah dilancarkan.
Pada tahun 2004, jumlah tabung amanah yang telah diluluskan berjumlah 291 tetapi daripada
jumlah ini sebanyak 273 tabung Berjaya dilancarkan dengan jualan jumlah unit sebanyak RM118.6
billion. Pada tahun berikutnya, jumlah unit yang telah dijual telah meningkat menjadi RM139.4 billion.
Tabung yang diluluskan juga bertambah menjadi 340 buah dan bilangan tabung yang dilancarkan ialah
323 buah. Pada tahun 2006, jumlah tabung yang diluluskan telah bertambah sebanyak 71 buah dan
bilangan tabung amanah yang dilancarkan juga bertambah menjadi 387 buah dengan jualan jumlah unit
sebanyak RM153.7 billion.

Trend peningkatan ini berterusan. Dalam tempoh tiga tahun, jumlah tabung amanah yang
diluluskan telah meningkat sebanyak 59 buah berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat sejumlah 506
buah tabung. Pada tahun 2008, jumlah tabung amanah yang diluluskan telah meningkat 8.69%. Pada
tahun 2007, jumlah tabung amanah yang dilancarkan telah mencatat 484 buah dan pada tahun berikutnya
daripada jumlah yang diluluskan, bilangan tabung yang Berjaya dilancarkan adalah sebanyak 96.72%.
Tahun 2009 juga memberi satu gambaran yang menggalakkan kerana pada tahun ini jumlah tabung
amanah yang dilancarkan telah meningkat menjadi 541 buah. Dalam tempoh tiga tahun, jumlah unit yang
berjaya dijual berjumlah RM717.10 billion. Jumlah yang paling banyak dijual adalah pada tahun 2009,
iaitu sejumlah RM273.9 billion manakala pada tahun 2007 sejumlah RM206.8 billion.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
17 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2008 hingga anggaran tahun
2011.
Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 2008
hingga tahun 2009, tetapi merosot sedikit pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, jumlah ini dijangka
meningkat kepada RM 18 300 juta pada tahun 2011.

Pungutan duti eksport pada tahun 2008 ialah sebanyak RM 623 juta dan meningkat secara
konsisten pada tahun 2009 dan 2010, iaitu masing-masing kepada RM 670 juta dan RM 1032 juta,
seterusnya dijangka turut meningkat kepada RM 1052 juta pada tahun 2011. Duti import turut
menyumbang kepada hasil pendapatan negara. Jumlah punggutan untuk tempoh empat tahun
menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 2008, sumbangan duti import ialah sebanyak RM
3868 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM 4720 juta pada tahun 2009. Walau bagaimanapun,
pungutan hasil daripada duti import ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM 3599 juta
pada tahun 2010 dan dijangka sebanyak RM 3318 juta pada tahun 2011.

Pada tahun 2009, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM 4723 juta berbanding dengan
RM 3586 juta sahaja pada tahun 2008. Pada tahun 2011, jumlah pungutan duti eksais dijangka sebanyak
RM 3916 juta berbanding RM 3803 juta pada tahun 2010.

Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara. Pada
tahun 2011, jumlah pungutan dijangka mencecah RM 6269 juta berbanding dengan RM 5968 juta pada
tahun 2010. Jumlah kutipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat tahun berturut-turut.
Pada tahun 2009, sumbangan cukai jualan ialah RM 4488 juta manakala pada tahun 2008 sumbangan
cukai ini cuma RM 3845 juta.

Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM 1447 juta pada tahun 2008 dan
terus meningkat scr berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 2009, sumbangan cukai
perkhidmatan ialah RM 1459 juta, dan meningkat kpd RM 1701 juta pada tahun 2010 dan dijangka
meningkat lagi kpd RM 1734 juta pada tahun 2011. Sumbangan cukai tidak langsung lain pada tahun
2008 ialah sebanyak RM 1951 juta dan meningkat kepada RM 2040 juta pd tahun 2009. Pada tahun 2010,
sumbangannya sebanyak RM 1914 juta dan dijangka meningkat pada tahun 2011 kpd RM 2011 juta.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Perangkaan Malaysia 2001, Jabatan Perangkaan Malaysia)
18 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kadar pertumbuhan guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama di Malaysia bagi
tahun-tahun yang dinyatakan.

Dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012 jumlah guna tenaga dalam pekerjaan utama
dijangka mengalami peningkatan berterusan. Dalam tempoh ini, guna tenaga dalam pekerjaan utama
dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan purata 1.3% setiap tahun. Walau bagaimanapun, guna
tenaga dalam beberapa kumpulan mencatatkan kadar pertumbuhan negatif sepanjang masa.
Guna tenaga dalam kumpulan pekerja perkeranian mencatatkan partumbuhan yang positif
sepanjang masa kecuali pada tahun 2011. Pada tahun 2008, guna tenaga sektor ini meningkat daripada
3.8% kepada 5.5 % pada tahun 2009. Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan pekerjaan ini menjadi kecil,
iaitu 2.6% dan terus bertambah buruk menjadi -2.7% pada tahun 2011. Keadaan yang sama juga berlaku
dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan dan jurujual, iaitu mencatatkan pertumbuhan yang positif
dengan kadar 7.0% pada tahun 2008, merosot sebanyak 1.5% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010,
kadar pertumbuhan pekerjaan ini mengalami pengurangan kepada 4.7% dan -0.8% pada tahun 2011.
Sebaliknya pada tahun 2012, kadar pertumbuhan kedua-dua sektor ini mengalami pertumbuhan yang
positif, iaitu masing-masing 2.4% dan 1.4%.
Sementara itu, guna tenaga dalam sektor pekerja mahir pertanian dan perikanan mengalami
pertumbuhan negatif sepanjang tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012. Pada tahun 2008, kadar
pertumbuhan sektor ini ialah -4.6% dan pada tahun 2009, kadar yang dicatatkan bertambah baik, iaitu
-1.4%. Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan kembali merosot iaitu -3.4%, manakala kadar pertumbuhan
pada tahun 2011 dan 2012 kembali meningkat kepada -2.2% dan -1.4%.
Pada tahun 2008, pekerja pertukangan mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 1.6% dan
merosot ketahap -2.4% pada tahun 2009 pulih sedikit kepada -1.5% pada tahun 2010. Namun begitu,
kadar pertubuhan menjadi lebih buruk pada tahun 2011 dengan kadar -4.3% sebelum melonjak naik
menjadi 5.3% pada tahun 2012. Seterusnya, guna tenaga pekerja operator loji dan mesin mencatatkan
kadar pertumbuhan sebanyak -5.1% pada tahun 2008 dan -3.6 pada tahun berikutnya. Namun, kadar
pertumbuhan kumpulan pekerjaan ini semakin meningkat pada kadar positif, iaitu 0.7% pada tahun 2010
dan terus kukuh pada tahun 2011 iaitu meningkat sebanyak 0.5% dan pada tahun 2012, meningkat
sebanyak 0.3% berbanding 2011.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia ke-9
dan Rancangan Malaysia ke-10)
19 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan bilangan kes penyakit malaria mengikut negeri terpilih di Malaysia bagi
tempoh masa yang dinyatakan.
Di Malaysia, kes penyakit malaria yang secara umumnya sukar dikawal dikaitkan dengan
kebanjiran warga asing, terutamanya yang masuk ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan kesihatan dan
juga kuarantin. Bagaimanapun usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit ini berjaya
mengurangkan sebanyak 740 kes penyakit malaria pada tahun 2010 berbanding 7,390 kes yang dicatatkan
dua tahun sebelum itu.

Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun 2008 apabila
sebanyak 4,139 kes penyakit malaria dikesan di negeri tersebut ekoran daripada faktor sanitasi dan
kekurangan pengetahuan penduduk berkaitan penyakit ini. Pada tahun 2010, kes malaria di Sabah berjaya
dikurangkan kepada 39.76% . Negeri Sarawak yang menduduki tempat kedua pada tahun 2008 telah
memperlihatkan peningkatan sebanyak 46.78% pada tahun 2010 berbanding sebanyak 1,909 kes pada
tahun 2008.
Penyakit malaria yang dilaporkan di negeri Selangor pada tahun 2008 adalah sebanyak 223 kes
atau 3.02% iaitu kurang sebanyak 49 kes berbanding kes malaria yang dilaporkan di negeri Kelantan.
Kes malaria yang dilaporkan bagi kedua-dua negeri ini mengalami pengurangan masing-masing kepada
196 kes dan 176 kes dua tahun kemudian. Negeri Pahang pula menunjukkan pola yang berbeza
berbanding dengan negeri Selangor dan Kelantan pada tahun 2010 apabila meningkat kepada 196 kes
atau 2.95%. Kes malaria yang dilaporkan dua tahun sebelum itu di negeri Pahang adalah sebanyak 154
kes sahaja.
Bilangan kes penyakit malaria selebihnya disumbangkan oleh negeri-negeri lain seperti Pulau
Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor. Pada tahun 2010, sebanyak 636 kes penyakit malaria
dilaporkan. Bilangan ini merupakan pengurangan sebanyak 57 kes berbanding kes yang dilaporkan pada
tahun 2008. Kesemua negeri tersebut menunjukkan trend merosot kecuali negeri Johor yang mengalami
peningkatan sebanyak 61.11% berbanding sebanyak 90 kes yang dilaporkan pada tahun 2008.

Walaupun Kementerian Kesihatan mensasarkan penyakit malaria akan dapat dihapuskan


sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018, namun selagi terdapat kawasan takungan air yang tidak
mengalir, nyamuk Anopheles akan terus berkembang biak. Oleh sebab itu, suatu usaha yang serius untuk
menyekat kewujudan penyakit ini harus dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan manusia
sejagat.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia)
20 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang
diliputi.
Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005,
setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada tahun
2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008
berbanding tahun sebelumnya.
Secara keseluruhannya, masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak
ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar
Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih kondusif
melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat. Bilangan
setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga berbanding tahun
2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007 dan angka ini kekal
sehingga tahun 2008.
Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi
petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293
keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006. Pada
tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, berlaku
peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005.
Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan terendah di Malaysia
dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan bagi
setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 176
keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi sebanyak 49
keluarga berbanding tahun 2007.
Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak
3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun 2006.
Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga berbanding bilangan
setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.
Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh
kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan pada tahun 2005
merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut sebanyak
15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah merupakan
58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536 keluarga. Bilangan
setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)

21 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perubahan kematian perinatal yang direkodkan di negeri-negeri terpilih di Malaysia antara tahun 2009
dan 2010.

Kematian perinatal dikaitkan dengan kematian janin pada usia kehamilan 28 minggu hingga 7
hari pertama kelahiran bayi.Antara faktor-faktor kematian ialah jangkitan kumandan trauma kehamilan.

Walaupun wujud kaedah moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan
bersalin,namun kematian perinatal mencatatkan peningkatan kes. Sebanyak 10 juta kematian setiap hari
dicatatkan seluruh dunia berpunca daripada perinatal. Begitu juga di Malaysia, kematian perinatal yang
direkodkan di negeri Kedah menunjukkan peningkatan sebanyak 15 kes berbanding 340 kes pada tahun
2009.

Bagi negeri Pulau Pinang pula jumlah kematian perinatal menunjukkan penurunan kepada 168
kes berbanding 171 kes pada tahun 2009. Negeri Selangor merupakan negeri paling banyak berlaku
kematian perinatal pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah kedua-dua tahun yang dilaporkan mencatatkan
sebanyak 1237 kes dan 51.74% daripada jumlah tersebut merupakan jumlah kematian perinatal yang
direkodkan pada tahun 2009 dan bakinya adalah kes kematian yang dicatatkan pada tahun berikutnya.

Kematian perinatal pada tahun 2009 yang dicatatkan di negeri Sabah lebih banyak berbanding
tahun 2010. Sebanyak 221 kes kematian pada tahun 2010, berkurang sebanyak 14 kes berbanding tahun
2009. Walau bagaimanapun di negeri Sarawak, jumlah kematian perinatal lebih banyak berbanding Sabah
dan juga menunjukkan peningkatan dari 307 kes yang dilaporkan pada tahun 2009 bertambah sebanyak
21 kes pada tahun berikutnya.

Negeri Johor mencatatkan kedua tertinggi kematian perinatal pada tahun 2009 selepas negeri
Selangor dengan catatan jumlah kematian sebanyak 388 kes dan meningkatkan kepada 409 kes kematian
pada tahun 2010. Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kematian perinatal paling sedikit pada kedua-dua
tahun. Pada tahun 2009 dan 2010 mencatatkan 324 kes kematian perinatal. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 166 kes adalah kematian yang direkodkan pada tahun 2010 dan selebihnya adalah kes kematian
pada tahun 2009.
( Sumber: diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,2010)

22 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan
penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut
menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di bandar-bandar
utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo ataupun Mexico City, namun bilangan
penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif bagi sesebuah negara yang
bersaiz kecil seperti Malaysia.
Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah bandar
yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak 3,122,678
orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam bilangan penduduk bandar boleh
dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca daripada faktor tolak dan tarik.
Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan
peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000 kepada
1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang sederhana dalam
bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526
orang pada tahun 2000.
Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang pada
tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada tahun 2010.
Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan
penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun 2010.
Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar Shah Alam
seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh.
Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572
orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak
melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka masa
yang diliputi.
Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara yang
akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.
(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)
23 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perubahan jumlah penduduk mengikut etnik bagi tahun 2005 hingga tahun 2009.

Pertumbuhan penduduk di Malaysia berlaku dengan mendatar sepanjang tahun 2005 hingga tahun
2009. Buktinya, jumlah penduduk negara ini didapati menokok sebanyak 350 ribu orang saban tahun
menjadi 27 895 ribu orang pada tahun 2009 berbanding dengan 26 477 ribu orang tahun pada tahun 2005.

Kumpulan penduduk Malaysia yang paling banyak ialah etnik Melayu, manakala yang paling
sedikit ialah etnik-etnik lain. Etnik Cina merupakan kelompok kedua terbesar diikuti oleh kelompok etnik
Bumiputera lain. Pada tahun 2005 umpamanya, sebanyak 48.85% daripada jumlah penduduk Malaysia
terdiri daripada orang Melayu. Bilangan penduduk berbangsa Cina pula berjumlah 6 147 ribu orang
dalam tempoh yang sama. Penduduk berketurunan Bumiputera lain serta bangsa India pula masing-
masing berjumlah 2 802 ribu orang dan 1 822 ribu orang. Jumlah penduduk yang terdiri daripada etnik-
etnik lain pula cuma 311 ribu orang atau 1.17%. Bakinya terdiri daripada penduduk bukan warganegara
yang menggenapkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun berkenaan.

Pada tahun berikutnya, komposisi penduduk mengikut etnik tidak mempamerkan sebarang
perubahan. Penduduk Melayu masih menduduki hierarki tertinggi dengan sejumlah 13 145 ribu orang.
Penduduk Bumiputera lain dan etnik Cina pula masing-masing menokok sebanyak 44 ribu orang dan 65
ribu orang berbanding dengan tahun 2005. Bilangan etnik India juga meningkat sebanyak 22 ribu orang
menjadi 1 844 ribu orang dalam tempoh yang sama. Kumpulan penduduk daripada kaum-kaum lain pula
menyumbangkan 1.2% daripada keseluruhan penduduk yang berjumlah 26 832 ribu orang. Bilangan
penduduk bukan warganegara pula seramai 2 463 ribu orang dengan peningkatan sebanyak 2 ribu orang
berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pada tahun 2007, penduduk etnik Melayu terus menokok sebanyak 213 ribu orang berbanding
dengan tahun 2006 dan terus bertambah sehingga mencapai paras 13 575 ribu orang pada tahun 2008.
Jumlah ini menyumbangkan 49.3% daripada keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 2008.
Menjelang tahun 2009, penduduk etnik Melayu bertambah lagi sebanyak 219 ribu orang menjadi 13 794
ribu orang. Sementara itu, warga Bumiputera lain turut merekodkan peningkatan menjadi 2 891 ribu
orang, 2 936 ribu orang dan 2 981 ribu orang dari tahun 2007 hingga 2009. Penduduk etnik Cina juga
turut bertambah sebanyak 63 ribu orang menjadi 6 275 ribu orang pada tahun 2007 dan angka ini terus
menokok ke paras 6 336 ribu orang pada tahun berikutnya. Bilangan etnik Cina terus menokok sebanyak
59 ribu orang pada tahun 2009 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Peningkatan penduduk etnik India turut merekodkan senario yang sama dengan bangsa Cina, iaitu
menokok berturut-turut menjadi 1 865 ribu orang pada tahun 2007, 1 885 ribu orang pada tahun 2008 dan
mencecah angka 1 905 ribu orang setahun kemudian. Bilangan etnik-etnik lain serta penduduk bukan
warganegara turut mencatatkan peningkatan yang berterusan. Etnik-etnik lain mencatatkan 330 ribu
orang, 340 ribu orang serta 349 ribu orang masing-masing pada tahun 2007, 2008 dan 2009. Penduduk
bukan warganegara pula menokok menjadi 2 467 ribu orang, 2 469 ribu orang serta 2 471 ribu orang
dalam tempoh tiga tahun berkenaan.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada RMKe-9 dan RMKe-10)
24 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan pendapatan mengikut sumber utama serta agihan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
dalam bajet tahun 2008.

Dalam Bajet 2008, Kerajaan Persekutuan memperoleh punca pendapatan menerusi pelbagai cukai
dan bukan cukai. Antaranya, cukai pendapatan menjadi sumber pendapatan yang tertinggi. Komponen
cukai pendapatan merangkumi cukai pendapatan individu, cukai syarikat serta cukai petroleum. Hasil
cukai pendapatan dalam Bajet 2008 adalah sebanyak RM71 740 juta atau 42.5% daripada jumlah
pendapatan Bajet 2008 yang bernilai RM168 799 juta.

Memandangkan pendapatan dalam negara masih tidak cukup bagi menampung perbelanjaan
dalam negara, Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan sumber pinjaman sama ada dari dalam atau
luar negara. Oleh itu menerusi Bajet 2008, sumber pendapatan berbentuk pinjaman dan penggunaan asset
kerajaan bernilai RM21 775 juta. Selain itu, aktiviti perdagangan antarabangsa turut menyumbangkan
pendapatan yang bermakna kepada Malaysia menerusi kutipan duti eksport dan duti import yang bernilai
RM4 895 juta. Kutipan cukai tidak langsung lain pula menyumbangkan sejumlah RM22 113 juta daripada
keseluruhan pendapatan Bajet 2008. Selebihnya sebanyak 28.6% disumbangkan oleh cukai-cukai lain dan
hasil bukan cukai yang menjadi sumber pendapatan kedua terbesar dalam Bajet 2008.

Dari segi agihan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula, komponen perbelanjaan terbesar ialah
emolumen yang diperuntukkan sebanyak RM36 123 juta dalam Bajet 2008. Sebahagian besar daripada
peruntukan emolumen digunakan bagi membiayai gaji dan upah kakitangan awam. Manakala, bekalan
dan perkhidmatan pula memperoleh peruntukan yang kedua terbesar, iaitu bernilai RM25 320 juta.
Memandangkan hampir satu perempat daripada pendapatan negara berupa pinjaman, Kerajaan
Persekutuan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM13 166 juta sebagai khidmat bayaran hutang kepada
pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, peratusan peruntukan bagi
tujuan ini telah menguncup daripada 8.3% dalam Bajet 2007 kepada 7.8% dalam Bajet 2008 ini.

Meskipun kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mengurangkan pemberian subsidi kepada pelbagai
barang dalam negara, namun dalam Bajet 2008, kerajaan masih memperuntukkan sejumlah RM10 128
juta bagi tujuan tersebut. Sebahagian besar daripada pemberian subsidi ini disalurkan bagi membiayai
subsidi minyak petrol. Mengambil kira kepentingan pertumbuhan ekonomi negara pula, Kerajaan
Persekutuan memperuntukkan RM17 893 juta bagi perkhidmatan ekonomi. Perkhidmatan sosial pula
memperoleh peruntukan sebanyak RM13 504 juta atau 8% daripada jumlah peruntukan bagi Bajet 2008
ini. Bakinya diperuntukkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan lain yang merangkumi pencen dan
ganjaran, pemberian kepada Kerajaan Negeri, pentadbiran am serta keselamatan negara.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan


daripada Laporan Ekonomi 2007/2008)
25 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan penggunaan per kapita makanan terpilih mengikut jenis makanan bagi setiap
penduduk di Malaysia dan aliran nilai eksport makanan terpilih pada tahun 2006 hingga tahun 2010.

Bagi rekod penggunaan per kapita makanan terpilih setiap rakyat Malaysia pada tahun 2006
hingga tahun 2010 menunjukkan peningkatan. Makanan terpilih beras menjadi makanan rutin rakyat
Malaysia yang mengambil beras sebanyak 85 kilogram pada tahun 2006 dan meningkat kepada 94
kilogram pada tahun 2010. Pengambilan juga meningkat kepada 89 kilogram setiap rakyat Malaysia pada
tahun 2008.

Amalan pemakanan sihat menggalakkan pengambilan buah-buahan dalam setiap hidangan. Pada
tahun 2006, pengambilan buah-buahan bagi setiap penduduk Malaysia sebanyak 62 kilogram dan
meningkat sebanyak 33% pada tahun 2010. Pengambilan buah-buahan menjadi rutin masyarakat
Malaysia apabila berlaku peningkatan sebanyak 12 kilogram kepada 74 kilogram sehari pada tahun 2008.

Selain buah-buahan, sayur-sayuran juga penting dalam amalan pemakanan sihat. Sayur-sayuran
mudah ditanam dan membiak walaupun tinggal di rumah bertingkat. Pada tahun 2010, sebanyak 26
kilogram sayur-sayuran diambil oleh rakyat Malaysia sebagai diet harian dan untuk kekal sihat. Pada
tahun 2006, pengambilan sayur-sayuran mencatatkan penggunaan perkapita sebanyak 23 kilogram, begitu
juga pada tahun berikutnya yang tidak berubah jumlah kilogram yang diambil rakyat Malaysia.

Malaysia juga mengeksport bahan makanan seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada
tahun 2006, nilai eksport beras dan buah-buahan adalah sebanyak RM201 juta dan RM459 juta. Manakala
pada tahun 2008 pula, kedua-dua bahan makanan ini mencatatkan nilai eksport sebanyak RM203 juta dan
RM487 juta. Walaupun eksport beras merosot pada tahun 2008, namun meningkat semula kepada RM227
juta pada tahun 2010 begitu juga dengan eksport buah-buahan pada tahun 2010 meningkat sebanyak
RM12 juta kepada RM499 juta berbanding pada tahun 2008.
Eksport sayur-sayuran pada tahun 2006 sebanyak RM511 juta meningkat kepada RM701 juta pada
tahun 2010. Eksport sayur-sayuran pada tahun 2008 melonjak sebanyak RM154 juta berbanding tahun
2006.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Statistik Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, 2010)
26 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbezaan jumlah pinjaman yang diperuntukkan bank perdagangan mengikut sektor-
sektor terpilih di Malaysia pada tempoh yang dinyatakan.

Bagi menyokong transformasi kerajaan ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah dan
berpendapatan tinggi, keupayaan sistem kewangan memacu sektor ekonomi dengan menyediakan pakej
pinjaman jangka pendek dan sederhana.

Bagi sektor asas pertanian, pada bulan Julai 2010 mencatatkan peruntukan pinjaman sebanyak
RM16,230 juta daripada RM119,296 juta berbanding jumlah pinjaman yang diperuntukan pada bulan
Disember pada tahun yang sama sebanyak RM16,084 juta.

Pada bulan Julai dan Disember 2010, jumlah peruntukan pinjaman bagi sektor pembinaan
berjumlah RM62,227 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 51.15% adalah jumlah peruntukan
pinjaman bank perdagangan kepada sektor pembinaan pada bulan Disember 2010. Jumlah keseluruhan
peruntukan pinjaman pada bulan Disember adalah sebanyak RM124,236 juta.

Jumlah peruntukan pinjaman kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM30,558 juta pada bulan
Julai 2010, manakala pada bulan Disember 2010 pula jumlah pinjaman kepada sektor yang sama
berjumlah RM33,669 juta. Peruntukan pinjaman kepada sektor ini mencatatkan jumlah paling tinggi
ekoran berlaku sedikit perkembangan dalam urus niaga hartanah terutama di lokasi strategik.

Sektor pendidikan dan kesihatan juga mencatatkan peruntukan yang ketiga tertinggi sepanjang
tempoh 2010. Pada bulan Disember, jumlah peruntukan bank perdagangan sebanyak RM24,108 juta,
telah meningkat sebanyak RM509 juta berbanding peruntukan pinjaman pada bulan Julai tahun 2010.

P ada tahun 2010 dan 2011, iaitu selepas Model Baru Ekonomi dibentangkan dalam Rancangan
Malaysia ke sepuluh, beberapa bank perdagangan di Malaysia telah memberi keutamaan dalam sektor
pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi. Pada bulan Disember 2010 pula peruntukan pinjaman
kepada sektor ini berjumlah RM18,546 juta. Manakala pada bulan Julai 2010 pula jumlah peruntukan
pinjaman sebanyak RM18,511 juta.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Ekonomi Kerajaan Persekutuan Malaysia,
Suku Ketiga 2010)

27 Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus
perubahan kematian perinatal yang direkodkan di negeri-negeri terpilih di Malaysia antara tahun 2009
dan 2010.

Kematian perinatal dikaitkan dengan kematian janin pada usia kehamilan 28 minggu hingga 7
hari pertama kelahiran bayi. Antara faktor kematian ialah jangkitan kuman dan trauma kehamilan.

Walaupun wujud keadah moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan bersalin,
namun kematian perinatal mencatatkan peningkatan kes. Sebanyak 10 juta kematian setiap hari dicatatkan
di seluruh dunia berpunca daripada perinatal. Begitu juga di Malaysia, kematian perinatal yang
direkodkan di negeri Kedah menunjukkan peningkatan sebanyak 15 kes berbanding 340 kes pada tahun
2009.

Bagi negeri Pulau Pinang pula jumlah kematian perinatal menunjukkan penurunan kepada 168 kes
berbanding 171 kes pada tahun 2009. Negeri Selangor merupakan negeri paling banyak berlaku kematian
perinatal pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah kedua-dua tahun yang dilaporkan mencatatkan sebanyak
1237 kes dan 51.74% daripada jumlah tersebut merupakan jumlah kematian perinatal yang direkodkan
pada tahun 2009 dan bakinya adalah kes kematian yang dicatatkan pada tahun berikutnya.

Kematian perinatal pada tahun 2009 yang dicatatkan di negeri Sabah lebih banyak berbanding
pada tahun 2010. Sebanyak 221 kes kematian pada tahun 2010, iaitu berkurang sebanyak 14 kes
berbanding tahun 2009. Walau bagaimanapun, di negeri Sarawak jumlah kematian perinatal lebih tinggi
berbanding Sabah iaitu menunjukkan peningkatan dari 307 kes yang dilaporkan pada tahun 2009 dan
bertambah sebanyak 21 kes pada tahun berikutnya.

Negeri Johor mencatatkan kedua tertinggi kematian perinatal pada tahun 2009 selepas negeri
Selangor dengan catatan jumlah kematian sebanyak 388 kes dan meningkat kepada 409 kes kematian
pada tahun 2010. Negeri Sembilan mencatakan jumlah kematian perinatal paling sedikit pada kedua-dua
tahun. Pada tahun 2009 dan 2010 mencatatkan 324 kes kematian perinatal. Daripada jumlah tersebut
sebanyak 166 kes adalah kematian yang direkodkan pada tahun 2010 dan selebihnya adalah kes kematian
pada tahun 2009.
(Sumber : Diubahsuaikan daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

28 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perangkaan projek perumahan negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-negeri terpilih di
Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Pelan transformasi kerajaan telah menggariskan Piagam Pembangunan Perumahan Negara untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat. Namun isu-isu sosioekonomi seperti status petempatan dan
perumahan yang sering memberi masalah kepada rakyat.
Negeri Kedah mencatatkan projek sakit sebanyak 1,273 unit pada tahun 2008 berbanding projek
terbengkalai sebanyak 1,192 unit pada tempoh yang sama. Projek sakit di Negeri Sembilan dan Pahang
mencatatkan jumlah sebanyak 1,084 unit dan 1,036 unit pada tahun 2008. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mencatatkan jumlah projek sakit pada tahun 2008 sebanyak 1,130 unit.
Projek terbengkalai yang dilaporkan pada tahun 2008 di Negeri Sembilan melebihi sebanyak 172
unit berbanding yang dicatatkan di negeri Pahang sebanyak 826 unit, manakala Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur paling tinggi berjumlah 1,903 unit. Pada tahun 2009 dan 2010, projek sakit yang
dilaporkan di negeri Kedah sebanyak 1,018 unit dan bertambah bilangan kepada 1,767 unit. Bagi kes
projek terbengkalai pula di negeri Kedah pada tahun 2009 sebanyak 2,188 unit dan berkurang kepada
1,987 unit pada tahun 2010.
Negeri Sembilan mencatatkan projek terbengkalai paling tinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak
2,572 unit berbanding tahun 2009 yang berjumlah 1,815 unit. Jumlah projek sakit di Negeri Sembilan
pula mencatat sebanyak 1,481 unit pada tahun 2009 dan bertambah kepada 2,167 unit tahun 2010. Pada
tahun 2009, negeri Pahang mempunyai 2,020 unit projek sakit dan bertambah sedikit kepada 2,153 unit
pada tahun berikutnya. Projek terbengkalai di negeri Pahang pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing
berjumlah 1,997 unit dan 2,312 unit.
Banyak projek sakit dan terbengkalai berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak
pengurusan bangunan dan perumahan, pihak kerajaan negeri, pihak Berkuasa Tempatan, sikap dan
kerenah pemaju yang kurang bertanggungjawab. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai banyak
projek sakit dan pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2,198 unit dan berkurang kepada 2,188 unit pada
tahun 2010. Jumlah projek terbengkalai masih tinggi di Wilayah, yang mana pada tahun 2009 mencatat
sebanyak 2,291 unit berbanding sebanyak 1,987 unit pada tahun 2010 yang berkurang sebanyak 304 unit
(Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Laporan Jabatan Perumahan Negara 2008/2010)

29 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini , sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perubahan jumlah kes kebakaran mengikut punca bagi tahun-tahun yang dinyatakan .

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti beberapa punca yang
menyebabkan berlakunya kebakaran di negara ini . Menurut statikstik pihak berkenaan , jumlah kes
kebakaran yang berlaku pada tahun 2008 adalah sebanyak 7651 kes dan telah meningkat kepada 12 365
kes pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009 , iaitu sebanyak 7 023 kes . Pada tahun 2011 , jumlah
kes kebakaran ialah 7 105 kes dan telah menurun sebanyak 2 kes pada tahun 2012 .

Kebakaran yang disebabkan oleh kuasa elektrik telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara
. Pada tahun 2008 , terdapat 911 kes dan telah meningkat kepada 1 048 kes pada tahun 2009 . Kebakaran
ini berlaku mungkin disebabkan oleh litar pintas dan masalah pendawaian . Pada tahun 2010 , terdapat 1
885 kes yang berpunca daripada kuasa eletktrik sebelum menurun kepada 1 763 kes pada tahun 2011 dan
telah meningkat semula sebanyak 163 kes pada tahun 2012 .

Perbuatan membuang puntung rokok di merata-rata tempat juga boleh menyebabkan kebakaran .
Pada tahun 2008 , terdapat 1 920 kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan ini . Jumlah ini telah
meningkat kepada 3 259 kes pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 , iaitu sebanyak 1 644 kes . Pada
tahun 2012 , cuma terdapat 1 292 kes berbanding dengan tahun 2011 , iaitu sebanyak 1 994 kes .

Kebakaran yang berpunca daripada mercun dan bunga api agak kecil jumlahnya . Bilangan
semakin menurun dari setahun ke setahun . Pada tahun 2008 , terdapat 345 kes , menurun kepada 327 kes
pada tahun 2009 dan menurun lagi kepada 286 kes pada tahun 2010 . Pada tahun 2011 , Cuma terdapat
254 kes dan jumlahnya telah menurun dengan ketara sebanyakl 103 kes atau 68.2 % pada tahun
berikutnya .

Penggunaan ubat nyamuk dan lilin juga dianggap sebagai salah satu punca yang boleh
menyebabkan kebakaran . Pada tahun 2008 , hanya terdapat 196 les dan telah meningkat kepada 334 kes
pada tahun 2010 . Pada tahun 2009 pula , terdapat 169 kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan
ini berbanding dengan 325 kes pada tahun 2011 dan menurun kepada 250 kes pada tahun 2012 .

Kebakaran yang berpunca daripada dapur gas dan dapur minyak juga telah menunjukkan
peningkatan sepanjang tempoh lima tahun , iaitu dari tahun 2008 hingga tahun 2012 . Pada tahun 2008 ,
terdapat 426 kes dan telah meningkat kepada 731 kes pada tahun 2012 . Pada tahun 2009 , jumlah kes
yang berpunca daripada dapur gas dan dapur minyak ialah 438 kes , meningkat kepada 669 kes pada
tahun 2010 sebelum mengalami sedikit penurunan kepada 631 kes pada tahun 2011 .

Kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan yang disengajakan telah menunjukkan jumlah
yang agak tinggi berbanding dengan punca-punca yang dinyatakan sebelum ini . Pada tahun 2008 ,
terdapat 3 853 kes dan jumlah ini telah meningkat kepada 5 932 kes pada tahun 2010 berbanding dengan
tahun 2009 , iaitu sebanyak 3 397 kes . Walau bagaimanapun , jumlah ini telah menurun kepada 2 138 kes
pada tahun 2011 dan meningkat semula pada tahun 2012 , iaitu sejumlah 2 753 kes .

( Dsesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia


2013 , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia )

30 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini , sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam
( JPA ) ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada Tahun
2012

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 billion untuk membiayai sektor
pendidikan Bajet 2012 . Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini bukan setakat dalam negara
sahaja , malahan turut diperluas ke luar negara . Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) merupakan agensi
utama kerajaan yang membiayai kos pengajian pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pada tahun 2012 , JPA telah mengeluarkan pembiayaan kos pengajian sebanyak RM 4 658.87 ribu dalam
bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih .

Kos pengajian dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih
yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan . Jumlah kos pengajian untuk bidang ini berkurang
sebanyak RM 1 020.9 ribu berbanding dengan bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama .

Pembiayaan kos pengajian pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan
berjumlah RM 1 067.35 ribu atau 22.91 % daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih . Negara
India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah .
Keadaan ini mempengaruhi pembiayaan kos pengajian perubatan yang hanya mencatat sebanyak
RM 587.74 ribu sahaja . Manakala kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India dalam bidang
pergigian pula berkurang sebanyak RM 206.05 ribu berbanding bidang perubatan .

Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA
untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia . Jumlah kos pengajian yang
dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2012 adalah sebanyak RM 267.48 ribu . Perbezaan kos pengajian
ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara . Kos pengajian ke negara-negara Eropah
telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah 58.73 % . Negara-negara Eropah yang menjadi
tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA ialah Ireland dan United Kingdom masing-
masing mencatatkan sebanyak RM 1 382.20 ribu dan RM 1 354.10 ribu .

Negara-negara Eropah turut mencatatkan kos pengajian yang tinggi dalam bidang pergigian pada
tahun yang sama . Kos pengajian yang mengalir ke negara Ireland telah mencatatkan lebih kurang 30.17%
atau RM 1 097.4 ribu daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian . Jumlah yang
ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM 1 104.99
ribu atau kira-kira 30.37% .

Seterusnya pembiayaan kos pengajian pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia
hanya berjumlah sebanyak RM 232.09 ribu , iaitu lebih rendah berbanding kos pengajian di Australia
dalam bidang yang sama . Kos pengajian yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi
Indonesia sebanyak RM 589.71 ribu .
Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Langkah ini bertujuan meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar ini terutamanya dalam
bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan .

( Disesuaikan daripada Risalah ,


Jabatan Penerangan Malaysa 2013 )

31 Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
tangkapan dan pola penghantaran pulang warga negara asing mengikut negara-negara terpilih bagi
tempoh yang dinyatakan.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) banyak bergantung kepada faktor penolakan dari
negara asal dan faktor tarikan dari negara kita.Tangkapan atau kesalahan imigresen mencatatkan jumlah
yang tidak konsisten setiap tahun dan banyak bergantung kepada situasi politik dan sosioekonomi
sesebuah negara. Pada tahun 2010 jumlah tangkapan warga negara asing atas kesalahan imigresen paling
ramai iaitu berjumlah 54,764 orang berbanding tahun 2005 yang hanya berjumlah 29,776 orang,
manakala pada tahun 2015 pula telah berkurang sebanyak 8,814 orang berbanding tahun 2010. Daripada
jumlah tersebut,seramai 12058 orang atau 22.02% dihantar pulang pada tahun 2010,berbanding tahun
2005 yang hanya seramai 4516 orang manakala tahun 2015 seramai 11125 orang.

16.17% daripada tangkapan pada tahun 2005 adalah warga dari Thailand manakala seramai
7,378 orang telah ditangkap pada tahun 2010, berbanding seramai 8801 orang pada tahun 2015. Seramai
9,692 orang warga negara Filipina telah ditangkap atas kesalahan imigresen pada tahun 2010, sebelum
mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak 15.08% pada tahun 2015. Sepanjang tempoh 2010,
penghantaran pulang warga asing dipertingkatkan dimana seramai 9870 warga Indonesia telah dihantar
pulang berbanding warga Thailand seramai 765 orang manakala warga Filipina seramai 655 orang.

Pada tahun 2005, seramai 5,389 orang warga negara Bangladesh telah ditangkap dan jumlah ini
kurang seramai 917 orang berbanding warga negara Filipina. Warga negara Indonesia yang ditangkap
pula seramai 6,952 orang lebih berbanding warga negara Filipina yang ditangkap pada tahun 2005.
Penghantaran pulang warga Bangladesh paling rendah pada tahun 2005 iaitu seramai 185 orang dan
jumlah ini kurang seramai 583 orang berbanding tahun 2010. Warga Indonesia yang dihantar pulang pada
tahun 2005 adalah seramai 3580 orang berbanding warga Thailand yang berjumlah 213 orang.

Warga negara Bangladesh yang ditangkap pada tahun 2010 adalah seramai 10,470 orang
sebelum merosot kepada 7,991 orang pada tahun 2015. Warga negara Indonesia yang ditangkap pada
tahun 2015 berkurangan seramai 9,220 orang berbanding jumlah tangkapan yang dilaporkan pada tahun
2010 yang berjumlah 27,224 orang.. Tahun 2015, berlaku proses penghantaran pulang secara besar-
besaran di mana seramai 7865 orang warga Filipina berbanding warga Thailand yang hanya seramai
1460 orang. Seramai 1230 orang warga Bangladesh telah dihantar pulang manakala warga Indonesia
seramai 6570 orang. Kekurangan jumlah tangkapan disebabkan langkah kerajaan menangani kemasukan
warga asing dengan kawalan pantai dan laluan darat secara bersepadu menggunakan teknologi moden.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2015)


32 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
aliran jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan mengikut sektor terpilih bagi tempoh yang
dinyatakan.

Pada bulan September 2010, peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah sebanyak


RM13,360 juta iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak RM3,341 juta telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan. Peruntukan
belanjawan untuk perkhidmatan sosial pula berjumlah sebanyak RM1,904 juta. Peruntukan perkhidmatan
ekonomi yang merupakan perbelanjaan tertinggi berjumlah sebanyak RM5,871 juta. Peruntukan
perbelanjaan selebihnya adalah bagi pentadbiran am.

Pada bulan Oktober 2010, peruntukan perbelanjaan bagi pembangunan ialah sebanyak RM15,704
juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,807 juta telah dibelanjakan untuk tujuan keselamatan.
Peruntukan belanjawan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak RM1,425 juta
berbanding dengan peruntukan pada bulan sebelumnya.. Seterusnya peruntukan perbelanjaan bagi
perkhidmatan sosial ialah sebanyak RM2,308 juta.

Sebulan kemudian, sebanyak RM16,939 juta atau 29.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan
belanjawan negara telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan pembangunan negara.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,624 juta telah diperuntukkan bagi tujuan keselamatan dan
sebanyak RM3,261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial. Peruntukan untuk perkhidmatan
ekonomi dan pentadbiran am masing-masing berjumlah sebanyak RM7,148 juta dan sebanyak RM2,906
juta.

Jumlah peruntukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada bulan Disember 2010 telah
bertambah sebanyak RM5,088 juta berbanding dengan bulan sebelumnya. Daripada jumlah tersebut
sebanyak RM3,301 juta telah diperuntukkan kepada sektor keselamatan manakala perkhidmatan sosial
sebanyak RM5,964 juta. Bagi sektor perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am, masing-masing telah
diperuntukkan sebanyak RM9,216 juta dan RM3,546 juta.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaiakan daripada Laporan
Belanjawan Negara Malaysia 2010)

33 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
eksport dan import bahan makanan terpilih di Malaysia pada tahun 2014.

Salah satu komponen eksport dan import Malaysia yang utama ialah bahan makanan. Pada tahun
2014, jumlah eksport bahan makanan Malaysia ialah sebanyak RM9268.6 juta. Manakala jumlah import
bahan berkenaan pada tahun tersebut ialah berjumlah RM21896.9 juta.

Pada tahun 2014, Malaysia mengeksport haiwan hidup sebanyak RM 1020 juta, keluaran tenusu
sebanyak RM575.3 juta dan buah-buahan dan sayuran-sayuran bernilai RM918.4 juta. Eksport bahan
makanan utama yang terbanyak ialah ikan, kerang dan kepah iaitu sebanyak RM1711 juta. Apabila kita
membandingkan nilai ini dengan nilai eksport haiwan hidup, ternyata bahan ini mencatat lebihan
sebanyak RM691 juta.

Sementara itu, satu lagi bahan makanan penting yang dieksport oleh Malaysia ialah bahan
makanan untuk haiwan. Nilai eksport bahan ini mencecah angka RM1002.5 juta. Akhir sekali, eksport
bahan-bahan lain meliput hampir 50 peratus daripada eksport bahan makanan Malaysia. Pada tahun 2014,
nilai eksport bahan-bahan makanan lain ialah RM4041.1 juta.

Menyentuh import bahan makanan pula, Malaysia mengimport sebanyak RM767.2 juta daging
dan penyediaan daging, dan sebanyak RM2364.8 juta keluaran tenusu. Seterusnya Malaysia turut
mengimport buah-buahan dan sayuran-sayuran sebanyak RM3255 juta. Sungguhpun, Malaysia
merupakan sebuah negara pengeluar padi yang utama, namun negara kita turut mengimport beras
sebanyak RM764.8 juta.

Dalam pada itu, import ikan, kerang dan kepah pula mencatat RM591.4 juta lebih banyak
berbanding nilai eksport bahan berkenaan. Nilai import bahan makanan untuk haiwan juga jauh lebih
besar berbanding nilai eksport bahan tersebut, iaitu lebih RM1163.6 juta. Selain itu Malaysia turut
mengimport bahan-bahan makanan yang lain berjumlah RM10276.6 juta.
Secara perbandingan, didapati Malaysia mengimport lebih RM12 628.3 juta bahan makanan
berbanding jumlah eksport bahan berkenaan sepanjang tahun 2014. Keadaan ini jelas menunjukkan
negara kita masih kurang lagi menghasilkan bahan makanan bagi keperluan rakyat tempatan.
( Disesuaikan daripada Rancangan Malaysia ke-10)

34 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga anggaran
tahun 2005.

Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport
negara di samping membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di Malaysia.

Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan berterusan dari tahun
2002 hingga tahun 2005 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar dan harga minyak sawit yang tinggi.
Pada tahun 2002, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 11909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan
sebanyak 1446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2003. Pengeluaran minyak sawit terus meningkat
kepada 13976 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan dianggar meningkat lagi sebanyak 1324 ribu tan
metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin
peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport minyak sawit Malaysia kerana pada tahun
2004, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM364 juta berbanding dengan RM20411
juta pada tahun 2003. Pada tahun 2002, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah RM14838 juta
dan dianggar mencapai RM20550 juta pada tahun 2005.

Pengeluaran getah pula mencatat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2004, tetapi dianggar
merosot pada tahun 2005 kerana keluasan kawasan tanaman getah yang semakin berkurang. Pada tahun
2002, pengeluaran getah adalah sebanyak 890000 tan metrik dan terus meningkat sebanyak 96000 tan
metrik pada tahun 2003. Pada tahun 2004, pengeluaran getah meningkat lagi sebanyak 182000 tan metrik
berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi diramalkan merosot sebanyak 23000 tan metrik pada tahun
2005. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada
tahun 2005 setelah mencatat peningkatan dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2003, perolehan
eksport getah adalah sebanyak RM3582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1090 juta berbanding
dengan tahun 2002. Pada tahun 2004, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM5197 juta tetapi
dianggar berkurang sebanyak RM197 juta pada tahun 2005.

Gas asli cecair pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan medan
gas asli cecair yang baru beroperasi. Pada tahun 2002 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 15007 ribu
tan metrik dan meningkat kepada 20729 ribu tan metrik pada tahun 2004, iaitu peningkatan sebanyak
3418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2003. Pengeluaran ini dijangka
meningkat lagi kepada 20936 ribu tan metrik pada tahun 2005, manakala perolehan eksport gas asli cecair
pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM3470 juta berbanding dengan tahun 2002 yang mencatat
perolehan sebanyak RM9888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM17079 juta pada tahun
2004 dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1596 juta pada tahun 2005 berbanding dengan tahun
2004.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia,


Laporan Ekonomi 2005/2006, Kuala Lumpur)

35 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
enrolmen pelajar di institut pengajian tinggi tempatan mengikut peringkat pengajian utama pada tahun
2000, 2005, 2010 dan anggaran tahun 2015.

Sejajar dengan pertumbuhan penduduk dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat, enrolmen
pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan telah meningkat hampir 100% dalam tempoh 2000
hingga 2010. Jumlah enrolmen di IPT, iaitu awam dan swasta meningkat sebanyak 529542 orang menjadi
1 103 963 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2000. Enrolmen pelajar di IPT tempatan dijangka
meningkat lagi hampir 50% atau 506 445 orang, menjelang tahun 2015.

Untuk pengajian di peringkat sijil, seramai 23 819 orang mendaftarkan diri di IPT awam,
manakala seramai 81 754 orang pula mendaftarkan diri di IPT swasta pada tahun 2000. Enrolmen di IPT
awam meningkat 14 112 orang menjadi 37 931 orang, pada tahun 2005. Angka enrolmen terus meningkat
mencapai paras 40 204 orang pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2015, enrolmen
peringkat sijil IPT awam dijangka merosot lebih 35.6% atau 14 277 orang berbanding tahun 2010.
Sebaliknya, enrolmen bagi peringkat ini di IPT swasta mengalami peningkatan berterusan iaitu 94 949
orang pada tahun 2005, meningkat lagi sebanyak 9 064 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2015,
enrolmen peringkat sijil di IPT swasta dijangka meningkat sebanyak 58.1% atau 49 937 orang berbanding
tahun 2010.

Sementara itu, pola enrolmen peringkat diploma di IPT awam dan swasta mengalami peningkatan
konsisten. Bilangan enrolmen peringkat diploma meningkat seramai 7 555 orang menjadi 98 953 orang
pada tahun 2005 berbanding enrolmen pada tahun 2000 di IPT awam. Angka ini terus meningkat lagi
sebanyak 50 749 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2005. Menjelang tahun 2015, dijangka seramai
184 778 orang akan mendaftar untuk mengikuti kursus di peringkat ini di IPT awam. Enrolmen bagi
peringkat diploma di IPT swasta dijangka meningkat lebih dua kali ganda atau 197.1% menjadi 347 724
orang pada tahun 2015 berbanding enrolmen pada tahun 2000. Pada tahun 2005, enrolmen peringkat ini
meningkat seramai 14372 orang menjadi 131 428 orang berbanding tahun 2000. Enrolmen peringkat ini
di IPT swasta terus bertambah menjelang tahun 2010, iaitu meningkat seramai 94 569 orang berbanding
tahun 2005.

Enrolmen di peringkat ijazah pertama, baik di IPT awam mahupun IPT swasta dijangka
mengalami peningkatan besar. Malah, enrolmen bagi peringkat ijazah pertama di IPT swasta dijangka
meningkat lebih 5 kali ganda dalam tempoh tahun 2000 hingga tahun 2015. Enrolmen bagi peringkat ini di
IPT swasta meningkat seramai 315 297 orang menjadi 375 229 orang pada tahun 2015 berbanding 59 932
orang pada tahun 2000. Sementara itu, antara tahun 2005 hingga tahun 2010, angka enrolmen peringkat
ini terus meningkat lebih 100% atau 117 173 orang pada tahun 2010 berbanding 110 591 orang pada
tahun 2005.

Akhir sekali, enrolmen bagi ijazah pertama di IPT awam dijangka meningkat dalam lingkungan
110% atau 187 997 orang. Peningkatan enrolmen yang lebih tinggi berlaku antara tahun 2005 hingga
tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak 75 028 orang menjadi 287 354 orang pada tahun 2010 berbanding
tahun 2005. Antara tahun 2010 hingga tahun 2015, enrolmen peringkat ijazah pertama di IPT awam
dijangka meningkat seramai 71 437 orang. Sebaliknya peningkatan enrolmen peringkat ini paling sedikit
berlaku antara tahun 2000 hingga tahun 2005, iaitu meningkat cuma 41 532 orang pada tahun 2005
berbanding tahun 2000.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada RMK8, RMK9 dan RMK10)

36 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut
sektor bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015 merupakan belanjawan di bawah Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK 10) manakala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 merupakan
belanjawan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11).

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM52.792 bilion untuk perbelanjaan pembangunan


pada penghujung tempoh RMK 10 dan jumlah ini dijangka menurun sebanyak RM6.375 bilion pada awal
tempoh RMK 11. Penurunan ini disebabkan negara mengalami difisit fiskal kira-kira 5.4% lebih tinggi
berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor Keselamatan diperuntukkan sebanyak RM3.970 bilion pada
tahun 2015 dan daripada jumlah tersebut digunakan untuk pertahanan sebanyak RM2.666 bilion
sementara Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM1.304 bilion. Pada tahun 2016, jumlah peruntukan
untuk sektor ini dijangka mencatat sebanyak 9.84% atau RM4.569 bilion.

Bagi sektor Perkhidmatan Sosial pula, sejumlah RM20.784 bilion telah diperuntukkan pada tahun
2015, namun jumlah ini dijangka merosot sebanyak 39.34% kepada RM12.607 bilion pada tahun 2016.
Pengurangan ini berlaku berikutan faktor ekonomi yang meresahkan mendorong kerajaan berhati-hati
dalam menyalurkan peruntukan kepada sektor ini.

Selaras dengan tema ‘Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi’, bajet yang paling
banyak diperuntukkan dijangka ialah kepada sektor Perkhidmatan Ekonomi, dengan sebanyak RM28.156
bilion pada tahun 2016. Nilai ini menunjukkan lebihan sebanyak RM 2.035 bilion berbanding dengan
peruntukan pada tahun sebelumnya. Daripada peruntukan tersebut, kemudahan dan pengangkutan
mendapat nilai perbelanjaan sebanyak RM8.665 bilion di samping pembangunan untuk pertanian dan
luar bandar mendapat peruntukan sebanyak 11.17%. daripada jumlah keseluruhan peruntukan sektor
ekonomi. Pada tahun 2016 pula, pengangkutan dijangka mendapat peruntukan yang paling banyak, iaitu
RM10.140 bilion. Hal ini berikutan hasrat kerajaan untuk menyejahterakan hidup rakyat dengan
meningkatkan sistem pengangkutan awam yang efisien dan selesa.
Sektor Pentadbiran Am pula mendapat peruntukan yang paling sedikit berikutan langkah
penjimatan oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 2015, peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM1.917
bilion dan dijangka berkurangan sebanyak RM832 juta pada tahun 2016.
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2015,
Kementerian Kewangan Malaysia)

37 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah kes jenayah perdagangan yang dilaporkan, bilangan orang yang ditangkap dan
bilangan orang yang didakwa kerana terlibat dalam pelabagi kesalahan jenayah tersebut bagi tempoh
masa yang dinyatakan.

Seramai 5 575 orang telah ditangkap kerana dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah
perdagangan antara tahun 2011 hingga tahun 2014. Perangkaan pihak polis menunjukkan bahawa 2 804
orang atau 50.3 peratus daripada mereka yang ditangkap bagi tempoh itu sudah didakwa di mahkamah.
Bilangan ini merupakan 14.1 peratus daripada sejumlah 19 864 kes jenayah perdagangan yang dilaporkan
dalam tempoh tersebut. Antara kes-kes jenayah yang sering dilaporkan termasuklah kes pecah amanah
dan penipuan.

Pada tahun 2011, sebanyak 5 026 kes jenayah perdagangan telah dilaporkan dan seramai 1 209
orang telah ditangkap. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 69.17 peratus telah didakwa di mahkamah.

Pada tahun 2012, bilangan orang yang didakwa di mahkamah didapati berkurang sebanyak 8.13
% berbanding dengan bilangan tahun sebelumnya. Bilangan ini mewakili 68.5 peratus daripada 1 122
orang yang ditangkap atas kesalahan melakukan jenayah perdagangan. Pada tahun tersebut, pihak polis
telah menerima sebanyak 5 043 kes laporan yang dikategorikan sebagai kes jenayah perdagangan.

Pada tahun 2013, bilangan orang yang ditangkap atas tuduhan melakukan jenayah perdagangan
telah meningkat sebanyak 980 orang walaupun kes yang dilaporkan pada tahun itu berkurang menjadi 4
748 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 696 orang atau 33.1 peratus telah didakwa di mahkamah.

Pada tahun 2014, bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan meningkat semula kepada 5
047 kes. Daripada jumlah ini, seramai 1 142 orang telah ditangkap dan 44.13 peratus daripadanya
didakwa di mahkamah.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, 10 Januari 2015.)


38 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan
tawaran kursus aliran sains dan sastera di universiti awam terpilih pada tahun 2010.

Pola tawaran kemasukan ke universiti awam di Malaysia selaras dengan wawasan negara untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang sains ditunjukkan
dalam pengambilan pelajar ke kursus-kursus utama di beberapa buah universiti awam terpilih di
Malaysia. Universiti Malaya sebagai sebuah universiti utama menawarkan 6,326 tempat dalam bidang
sains atau 24.46% pada tahun 2010 berbanding hanya 4,256 tempat sahaja untuk aliran sastera seperti
Fakulti Sastera, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Antropologi dan Sosiologi dan sebagainya.
Universiti Kebangsaan Malaysia sebaliknya menawarkan lebih banyak kursus dalam bidang sastera iaitu
sebanyak 8,245 tempat atau bersamaan 35.62% dan angka ini merupakan tambahan sebanyak 1,078
tempat berbanding aliran sains. Walau bagaimanapun Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan
tempat paling ramai kepada lepasan SPM dan STPM dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di
universiti ini.
Selaras dengan peranan Universiti Teknologi Malaysia untuk melahirkan lebih ramai graduan
dalam bidang sains dan teknologi, universiti ini menawarkan sebanyak 5,654 tempat dalam bidang sains
dan 3,468 tempat dalam pelbagai bidang sastera terutamanya dalam bidang pendidikan.Peratusan dalam
bidang sastera adalah sebanyak 14.98 peratus.
Seterusnya, Universiti Sains Malaysia menawarkan sebanyak 7,176 tempat dalam bidang sastera
dan 6,712 tempat dalam bidang sains. Peluang melanjutkan pelajaran terbuka luas kepada lepasan sekolah
menengah yang mendapat keputusan yang cemerlang . Penambahan graduan lulusan universiti awam
menyediakan tenaga kerja dalam pelbagai bidang sains dan teknologi yang amat diperlukan oleh negara.
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, Oktober 2010)
39 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan projek
perumahan mengikut jenis rumah dan peratus rumah yang dijual dari tahun 2008 hingga 2010.

Negara komited dalam menunaikan tanggungjawab menyediakan projek perumahan kepada


rakyat. Setiap projek perumahan yang dibina , setiap pemaju mesti memperuntukkan bajet untuk
pembinaan rumah kos murah. Daripada 38,110 unit rumah yang dibina pada tahun 2008, sejumlah 16,678
unit adalah rumah kos murah. Jumlah rumah jenis ini bertambah pada tahun 2009 dan 2010 kepada
22,365 unit dan 31,462 unit masing-masing. Peratus rumah yang dijual untuk jenis ini adalah sebanyak
23% pada tahun 2008, 67% pada tahun 2009 dan 54% pada tahun 2010

Peningkatan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi dalam kalangan penduduk
Malaysia meningkatkan permintaan terhadap rumah jenis sederhana terutamanya di kawasan-kawasan
pinggir bandar. Pada tahun 2009 sejumlah 34,788 unit rumah jenis ini telah dibina. Bilangan ini
seterusnya meningkat sebanyak 4,334 unit pada tahun 2010. Bilangan rumah jenis ini pada tahun 2008
adalah sebanyak 13,588 unit.Peratus rumah yang dijual untuk jenis ini adalah sebanyak 45% pada tahun
2008, 56% pada tahun 2009 dan 54% pada tahun 2010

Pada tahun 2010 pemaju perumahan telah membina sebanyak 99,906 unit rumah pelbagai jenis.
Daripada jumlah ini 29,322 unit adalah jenis rumah mewah. Harga setiap unit rumah adalah antara
RM350 ribu ke RM2 juta. Pada tahun 2009 bilangan rumah jenis ini berkurang sebanyak 16,167 unit
berbanding tahun 2010 dan bilangan rumah jenis ini hanya 7,844 unit sahaja pada tahun 2008.Peratus
rumah yang dijual untuk jenis ini adalah sebanyak 33% pada tahun 2008, 48% pada tahun 2009 dan 58%
pada tahun 2010;
(diubahsuai daripada Buletin Perumahan Negara,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2012)
40 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk memaparkan jumlah nilai perdagangan saham dan indeks komposit di Bursa Saham Kuala Lumpur
pada 8 bulan pertama tahun 1999.

Pada 8 bulan pertama tahun 1999, jumlah nilai dagangan yang diniagakan di Bursa Saham Kuala
Lumpur meningkat 141% kepada RM229.00 bilion berbanding dengan RM95.03 bilion pada tempoh
yang sama pada tahun sebelumnya. Berdasarkan perniagaan di Papan Utama dan Papan Kedua BSKL,
pada empat bulan pertama, aktiviti pasaran saham adalah perlahan dan menunjukkan persembahan yang
bercampur-campur kerana tidak dapat bertindak balas terhadap catatan tinggi perniagaan di Wall Street
dan kesan daripada krisis kewangan tahun sebelumnya. Pada empat bulan pertama tahun 1999 jumlah
nilai yang diniagakan adalah sebanyak RM25 bilion, RM32.50 bilion, RM26.50 bilion, dan RM17.50
bilion masing-masing. Hal ini memaparkan trend yang turun naik. Jumlah unit saham yang diniagakan
sememangnya berkadar lansung dengan nilainya. Empat bulan pertama itu mencatatkan 800 juta unit,
1350 juta unit, 750 juta unit, dan 700 juta unit masing-masing.

Indeks komposit empat bulan pertama tahun 1999 menunjukkan peningkatan yang kukuh dengan
sentimen pasaran yang positif. Bulan Januari mencatat 532 mata secara puratanya. Angka itu meningkat
kepada 589 mata pada bulan berikutnya. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah mendorong
indeks memecahkan rintangan 600 mata dengan catatan 608 mata pada bulan Mac. Bulan April mencatat
peningkatan sebanyak 12 mata berbanding dengan bulan sebelumnya.

Bulan Mei melibatkan kemasukan modal dan dana asing dalam BSKL dan sekali gus
menyebabkan pasaran melambung semula. Namun begitu, prestasi BSKL tidak meningkat secara
mendadak kerana proses pengukuhan berlansung. Oleh itu, nilai dagangan pada bulan Mei adalah
sebanyak RM28.50 bilion dan bilangan unit yang terlibat adalah sebanyak 750 unit. Sentimen pasaran
yang lembap berterusan pada bulan Jun. Hanya RM 27.00 bilion diniagakan dengan bilangan unit
sebanyak 740 juta unit. Pasaran menjadi aktif pada bulan Julai. Nilai yang diniagakan melambung untuk
memecah angka RM43.00 bilion dengan 1,600 juta unit bertukar tangan. Namun demikian, pada bulan
Ogos, nilai dagangan merosot semula dengan hanya 800 juta unit yang bernilai RM29.00 bilion
diniagakan. Indeks komposit turun naik dalam tiga bulan ini, dan secara puratanya ialah 623 mata pada
bulan Mei. 645 mata pada bulan Jun, dan bertambah 21 mata lagi pada bulan yang berikutnya.
Pengambilan untung dan sentimen berhati-hati pada bulan Ogos menyebabkan indeks komposit mencatat
angka sebanyak 651 mata.
(Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Tahunan BSKL, 1999)
41 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan kedudukan kewangan negeri disatukan antara tahun 2008 dan 2009.

Berdasarkan kedudukan kewangan yang dilaporkan oleh Laporan Ekonomi 2009, kedudukan
kewangan negeri disatukan telah meningkat daripada RM46 897 juta pada tahun 2008 kepada RM49 354
juta pada tahun 2009.

Daripada jumlah itu, akaun hasil sebanyak RM17 152 juta pada tahun 2008 telah menurun
sebanyak RM822 juta pada tahun 2009. Pengurangan ini disebabkan kemerosotan cukai tidak tidak
lansung dan pulangan pelaburan yang rendah. Royalti daripada petroleum dan perhutanan, pendapatan
pelaburan, premium tanah dan cukai lain berkaitan tanah merupakan penyumbang utama hasil kerajaan
negeri.

Akaun perbelajaan mengurus pada tahun 2009 pula ialah RM9141 juta, iaitu melebihi sebanyak
RM937 juta daripada tahun 2008. Emolumen serta bekalan dan perkhidmatan kekal komponen terbesar
perbelanjaan mengurus manakala selebihnya untuk perolehan aset dan pemberian kepada kerajaan
tempatan, badan berkanun dan kumpulan wang amanah lain. Sementara itu, perbelanjaan pembangunan
kasar sebanyak RM7784 juta pada tahun 2008 meningkat kepada RM8163 juta pada tahun 2009.

Akaun kumpulan wang pembangunan pada tahun 2008 pula berjumlah RM6803 juta manakala
tahun 2009 pula berjumlah RM7699 juta. Perbelanjaan pembangunan akan digunakan bagi tujuan
pertanian, pembangunan luar bandar, perumahan dan kemudahan awam.

Akaun perbelanjaan wang bekalan air pada tahun 2008 pula sebanyak RM481 juta menurun
kepada RM464 juta pada tahun 2009. Akaun pembangunan bersih pada tahun 2009 pula berjumlah
RM7557 juta, iaitu melebihi sebanyak RM584 juta berbanding tahun 2008.

Kedudukan kewangan negeri yang disatukan mencatatkan lebihan akaun semasa yang lebih
rendah kesan peningkatan dalam perbelanjaan mengurus dan hasil yang berkurangan.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009)


42 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kuantiti pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2010 hingga
anggaran tahun 2013.
Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport
negara. Di samping itu, sektor pertanian juga membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di
Malaysia.
Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggarkan mencatatkan peningkatan yang berterusan dari
tahun 2010 hingga tahun 2013 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar ladang-ladang sawit dan
harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2010, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 16994
ribu tan metrik, iaitu kurang sebanyak 1791 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2011. Pengeluaran
minyak sawit terus meningkat kepada 18912 ribu tan metrik pada tahun 2012 dan dianggar meningkat
lagi sebanyak 502 ribu tan metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran
ini tidak menjamin peningkatan yang sama bagi perolehan eksport minyak sawit Malaysia. Pada tahun
2011, perolehan eksport minyak sawit telah turun kepada RM53711 juta berbanding RM60993 juta pada
tahun 2010. Pada tahun 2012, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah RM45322 juta dan
dianggarkan akan mencapai RM45186 juta pada tahun 2013.
Pengeluaran getah Malaysia pula dianggarkan mencatatkan penurunan yang berterusan dari tahun
2010 hingga tahun 2013 berikutan dengan keluasan kawasan tanaman getah yang semakin berkurangan.
Pada tahun 2010, pengeluaran getah adalah sebanyak 996 ribu tan metrik dan terus menurun kepada 939
ribu tan metrik pada tahun 2011. Pengeluaran getah terus menurun lagi pada tahun 2012 dengan
pengeluaran sebanyak 923 ribu tan metrik dan dianggarkan terus merosot kepada 848 ribu tan metrik pada
tahun 2013. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan
dari RM13481 juta pada tahun 2010 kepada RM9210 juta pada tahun 2011. Pada tahun 2012, perolehan
eksport getah adalah sebanyak RM7864 juta dan dianggarkan terus menurun kepada RM7734 juta pada
tahun 2013.
Gas asli cecair Malaysia pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan peningkatan
permintaan serta harga petroleum dan gas asli cecair dunia. Pada tahun 2010, pengeluaran gas asli cecair
negara adalah sebanyak 22953 ribu tan metrik dan meningkat kepada 23770 ribu tan metrik pada tahun
2011. Pengeluaran ini meningkat lagi kepada 24487 ribu tan metrik pada tahun 2012 dan dianggarkan
terus meningkat pada tahun 2013 kepada 25000 ribu tan metrik. Perolehan eksport gas asli cecair pada
tahun 2010 telah meningkat dari RM38742 juta kepada RM52049 juta pada tahun 2011. Tahun 2012 telah
mencatatkan perolehan eksport gas asli cecair sebanyak RM55527 juta dan jumlah ini dijangka akan
meningkat lagi sebanyak RM1473 juta pada tahun 2013.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2012/2013, Kementerian Kewangan Malaysia)
43 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
perubahan pengeluaran dan penjualan kereta penumpang di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai
tahun 2015.
Antara bulan Januari hingga Februari tahun 2015, pengeluaran jumlah kereta penumpang merosot
dari 56,654 buah pada bulan Januari kepada 46,958 buah pada bulan Februari. Kadar perubahan
kemerosotan pengeluaran adalah -17.11 peratus atau 9,696 buah. Walau bagaimanapun, antara bulan
Februari hingga Mac, didapati kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang meningkat 27.95 peratus
atau sebanyak 13,127 buah. Dalam masa yang sama, antara bulan Januari hingga Februari, kadar
perubahan penjualan kereta penumpang pula meningkat 5.90 peratus kepada 44,961 buah. Manakala bagi
bulan Februari hingga Mac 2015, kadar perubahan penjualan kereta penumpang mencatatkan peningkatan
yang lebih tinggi iaitu 32.12 peratus.
Antara bulan Mac hingga April, pengeluaran kereta penumpang terus meningkat, tetapi penjualan
pula mencatat kejatuhan. Kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang bertambah 2.58 peratus atau
sebanyak 1,549 buah. Sebaliknya, kadar perubahan penjualan pula merosot -31.15 peratus. Menjelang
bulan Mei, penjualan kereta penumpang mencatatkan pemulihan, iaitu bilangan jualan bertambah 23.94
peratus atau 9,793 buah berbanding bulan April. Sebaliknya, kadar perubahan pengeluaran kereta
penumpang antara bulan April hingga Mei mencatat kemerosotan -16.75 peratus.
Menjelang pertengahan tahun 2015, iklim pengeluaran dan penjualan kereta penumpang masih
tidak menentu. Antara bulan Mei hingga Jun, kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang mencatat
kemerosotan -3.85 peratus. Sementara itu pada tempoh yang sama, penjualan kereta penumpang turut
merosot sebanyak 3,393 buah dan mencatat kadar perubahan kemerosotan penjualan -6.69 peratus. Pada
bulan Julai tahun 2015, pengeluaran dan penjualan kereta penumpang mencatat peningkatan. Antara
bulan Jun hingga Julai, kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang mencatatkan peningkatan 13.07
peratus dan perubahan penjualan pula mencatatkan peningkatan dengan kadar 3.72 peratus.
Sepanjang tahun 2015, bulan Mac mencatat angka penjualan terbanyak manakala bulan April
pula mencatat angka pengeluaran terbanyak. Penjualan pada bulan Mac mencatat angka sebanyak 59,404
buah kereta, manakala pengeluaran pada bulan April mencatat angka sebanyak 61,634 buah kereta.
Penjualan kereta penumpang terendah pula adalah pada bulan April, di mana cuma 40,902 buah kereta
sahaja dijual. Pengeluaran kereta terendah adalah pada bulan Julai, di mana cuma 40,655 buah kereta
penumpang dikeluarkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan EPU 2015, Jabatan Perdana Menteri)
44 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah pelaburan asing di Malaysia mengikut sektor-sektor yang terpilih bagi
tempoh yang dinyatakan

Pelaburan asing merupakan sumber pendapatan negara yang penting dan nadi penggerak ke arah
pembangunan negara. Lantaran itu, kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan
asing di negara itu .
Pada tahun 2008, pelaburan dalam sektor pembuatan bernilai RM12,368 juta daripada jumlah
keseluruhan pelaburan asing bagi sektor-sektor terpilih di negara Malaysia yang sebanyak RM27,396 juta
. Pelaburan bagi sektor kewangan negara juga agak besar iaitu mencecah RM11,694 juta pada tahun yang
sama.Sektor perlombongan dan kuari pula mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM2,296 juta manakala
yang selebihnya merupakan pelaburan untuk sektor perdagangan, borong dan runcit.
Pada tahun 2009, nilai pelaburan dalam sektor pembuatan dan sektor kewangan masing-masing
berkurangan sebanyak RM1,742 juta dan RM7,447 juta berbanding tahun 2008. Walau bagaimanapun,
bagi sektor perlombongan dan kuari nilai pelaburan asing meningkat sebanyak RM974 juta berbanding
tahun 2008. Hal ini juga sedemikian bagi nilai pelaburan asing dalam sektor perdagangan, borong dan
runcit yang mencapai sebanyak RM2,688 juta pada tahun yang sama.
Bagi tahun 2010, sektor pembuatan terus kukuh dengan mencatatkan pelaburan sebanyak
RM16,107 juta daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing. Bagi sektor-sektor terpilih yang sebanyak
RM28,495 juta. Hal ini menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan pelaburan asing sebanyak
RM7,664 juta berbanding tahun 2009.Pelaburan asing dalam sektor kewangan menampakkan
peningkatan sebanyak RM2,397 juta berbanding tahun 2009 manakala sektor perlombongan dan kuari
pula menyumbang nilai pelaburan asing sebanyak RM3,138 juta. Nilai pelaburan yang selebihnya ialah
pelaburan untuk sektor perdagangan, borong dan runcit.
Pada tahun 2011, nilai pelaburan asing bagi sektor pembuatan terus meningkat sebanyak RM215
juta berbanding 2010. Namun begitu, bagi sektor kewangan nilai pelaburan telah berkurangan sehingga
mencapai RM5,400 juta. Nilai pelaburan asing bagi sektor pelombongan dan kuari pula telah meningkat
sebanyak RM4,214 juta ataupun sebanyak 134.29% berbanding tahun tahun 2010. Nilai pelaburan asing
bagi sektor perdagangan, borong dan runcit juga telah meningkat sebanyak RM719 juta berbanding tahun
2010.
(Sumber:Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2011)
45 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran pinjaman
bank-bank perdagangan kepada beberapa sektor terpilih Malaysia bagi tahun-tahun yang diliputi.

Selain suntikan modal oleh pihak kerajaan, bank-bank perdagangan di Malaysia memainkan
peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini dapat dilihat daripada jumlah
keseluruhan pinjaman yang diberikan oleh institusi berkenaan semakin meningkat bagi tempoh 2000
hingga 2006.
Sektor yang mengalami pola pinjaman yang meningkat berterusan ialah sektor pertanian. Pada
tahun 2000, sektor ini mencatatkan pinjaman sebanyak RM 10039 juta, sebelum meningkat sebanyak RM
446 juta pada dua tahun berikutnya. Pinjaman yang diberikan oleh bank-bank perdagangan ini terus
meningkat pada tahun 2004 hingga mencecah RM 10844 juta sebelum mencatatkan RM 11283 juta pada
tahun 2006. Hal ini jelas menunjukkan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, sektor pertanian
tidak dipinggirkan.
Keadaan berbeza bagi sektor elektrik, gas dan air. Pinjaman yang diperuntukkan dalam sektor ini
menunjukkan keadaan yang tidak konsisten. Tahun 2002 mencatatkan penurunan sebanyak RM 1778 juta
berbanding dua tahun sebelumnya menjadi RM 5227 juta. Namun, pinjaman kepada sektor ini bertambah
pada tahun 2004 dan 2006 menjadi RM 5887 juta dan RM 6675 juta masing-masing. Penaiktarafan
negara sebagai salah sebuah negara yang bergerak seiring dengan globalisasi turut memperlihatkan
peningkatan pinjaman dalam sektor kredit penggunaan. Jaminan oleh pihak bank perdagangan ini dilihat
terus meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai buktinya, tahun 2002 mencatatkan nilai pinjaman sebanyak
RM 22995 juta. Jumlah ini menokok sebanyak RM 2134 juta berbanding tahun 2000. Pinjaman kepada
sektor ini terus meningkat hingga mencecah RM 24009 juta pada tahun 2004. Namun, kelembapan
ekonomi dunia pada tahun 2006 memberi kesan terhadap pinjaman kepada sektor ini. Nilai pinjaman pada
tahun tersebut sebanyak RM 23348 juta.
Bagi sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi turut memperlihatkan trend pinjaman
yang tidak konsisten. Tahun 2000 mencatatkan pinjaman sebanyak RM 10750 juta, sebelum merosot
menjadi RM 10362 juta pada tahun 2002. Jumlah ini menurun lagi sebanyak RM 372 juta pada dua tahun
berikutnya. Tahun 2006 pula mencatatkan pinjaman sebanyak RM 9856 juta. Bank-bank perdagangan
turut memberi pinjaman kepada lain-lain sektor. Pinjaman yang berbentuk ekuiti ini dilihat meningkat
pada tahun 2004 dan 2006 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2000 mencatatkan pinjaman
sebanyak RM 7841 juta. Namun, jumlah ini berkurangan pada dua tahun berikutnya kepada RM 6885
juta, sebelum meningkat kepada RM 12018 juta. Pinjaman bagi sektor ini terus meningkat pada tahun
2006 sebanyak RM 695 juta berbanding 2004.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)
46 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah kes rasuah melibatkan penjawat awam dan orang awam terpilih mengikut
kategori pekerjaan di Malaysia pada tahun 2010 hingga tahun 2013.

Amalan rasuah merupakan gejala negatif yang dilakukan oleh seseorang yang bertentangan
dengan amalan integriti. Kes rasuah dalam sector awam yang melibatkan kakitangan awam dan orang
awam boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan negara.

Penjawat awam dalam kalangan pengurusan dan profesional mencatatkan kes rasuah yang tidak
menentu dari tahun 2010 hingga tahun 2011. Jumlah kes rasuah dalam kategori ini pada tahun 2010
mencatatkan seramai 91 kes tetapi didapati menurun kepada 67 kes pada tahun 2011. Walau
bagaimanapun jumlah kes telah meningkat sebanyak 28.36% pada tahun 2012. Keberkesanan operasi dan
kempen kesedaran kepada penjawat awam telah Berjaya mengurangkan kes rasuah dalam sektor awam
apabila terdapat penurunan kepada 63 kes pada tahun 2013.

Sementara itu penjawat awam dalam kategori sokongan jumlah kes rasuah semakin meningkat
iaitu 270 kes pada tahun 2013 berbanding kes rasuah yang dicatatkan pada tahun 2010 yang berjumlah
248 kes. Jumlah kes rasuah yang melibatkan kakitangan sokongan berjumlah 259 kes pada tahun 2011
dan bertambah sebanyak 4.63% kepada 271 kes pada tahun berikutnya. Memandangkan kes rasuah paling
banyak dalam kumpulan ini maka pihak SPRM meningkatkan usaha untuk membanteras gejala rasuah
ini.

Kes rasuah dalam kalangan orang awam bagi kategori kontraktor dan peniaga mencatatkan
sebanyak 307 kes pada tahun 2010 dan bertambah kepada 345 kes pada tahun berikutnya. Jumlah kes
dalam kategori ini didapati terus meningkat kepada 409 kes pada tahun 2012 dan meningkat lagi
sebanyak 33 kes pada tahun berikutnya.

Seterusnya kes rasuah dalam kalangan orang awam bagi kategori swasta pula mencatatkan kurang
sebanyak 43 kes pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010 yang merekodkan kes rasuah sejumlah
145 kes. Manakala pada tahun 2012 kes rasuah bagi kategori ini mencatatkan sejumlah 152 kes tetapi
menurun kembali kepada 108 kes pada tahun 2013.
(Sumber : Dipetik dan disesuaikan daripada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2014)
47 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri terpilih di Malaysia pada
tahun 2007 dan tahun 2009.

Sebanyak 57.6 peratus penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada tahun 2007 di
negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Kelantan. Keadaan ini
menggambarkan bahawa masalah penagihan dadah terutama dalam kalangan remaja hari ini berada pada
tahap yang membimbangkan.

Pada tahun 2007 terdapat sejumlah 21,342 orang penagih dadah yang dikesan di lima buah negeri
berkenaan. Daripada jumlah tersebut sejumlah 6,486 orang atau 29.53% penagih dadah telah dapat
dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia,
namun jumlah penagihnya hanya 4,964 orang iaitu kedua tertinggi selepas Pulau Pinang. Bilangan
penagih dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling sedikit iaitu seramai
2,603 orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding dengan tahun 2009.

Pada tahun 2007 juga bilangan penagih di Johor adalah seramai 3,927 orang. Bilangan penagih
dadah di Perak berkurang sebanyak 565 orang berbanding negeri Johor. Pengurangan bilangan penagih di
negeri ini menunjukkan kejayaan usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2009 bilangan penagih yang berjaya dikesan di negeri Pulau Pinang masih lagi
menunjukkan bilangan yang tertinggi. Walau bagaimanapun bilangan penagih di negeri ini berkurangan
sebanyak 439 orang atau 6.8 peratus berbanding tahun 2007 manakala di Perak bilangan penagih yang
dapat dikesan berjumlah 3,250 orang. Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Johor dan Kelantan. Kesemua negeri ini mencatatkan bilangan penagih dadah yang lebih ramai
berbanding tahun 2007.

Pada tahun 2009 seramai 5,760 orang penagih dadah telah dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang menunjukkan peningkatan seramai 756 orang atau 16.03peratus berbanding tahun 2007.
Negeri Johor yang merupakan pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah
penagih dadah yang dikesan iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.

Pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk membanteras gejala ini daripada
meruntuhkan negara.
(Sumber : disesuaikan daripada Laporan Tahunan Pencegahan Dadah Malaysia 2007-2010)

48 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran
jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan mengikut sektor terpilih bagi tempoh yang
dinyatakan.

Pada bulan September 2010, peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah sebanyak


RM13,360 juta iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak RM3,341 juta telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan. Peruntukan
belanjawan untuk perkhidmatan sosial pula berjumlah sebanyak RM1,904 juta. Peruntukan perkhidmatan
ekonomi yang merupakan perbelanjaan tertinggi berjumlah sebanyak RM5,871 juta. Peruntukan
perbelanjaan selebihnya adalah bagi pentadbiran am.

Pada bulan Oktober 2010, peruntukan perbelanjaan bagi pembangunan ialah sebanyak RM15,704
juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,807 juta telah dibelanjakan untuk tujuan keselamatan.
Peruntukan belanjawan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak RM1,425 juta
berbanding dengan peruntukan pada bulan sebelumnya.. Seterusnya peruntukan perbelanjaan bagi
perkhidmatan sosial ialah sebanyak RM2,308 juta.

Sebulan kemudian, sebanyak RM16,939 juta atau 29.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan
belanjawan negara telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan pembangunan negara.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,624 juta telah diperuntukkan bagi tujuan keselamatan dan
sebanyak RM3,261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial. Peruntukan untuk perkhidmatan
ekonomi dan pentadbiran am masing-masing berjumlah sebanyak RM7,148 juta dan sebanyak RM2,906
juta.

Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada bulan Disember 2010 telah
bertambah sebanyak RM5,088 juta berbanding dengan bulan sebelumnya. Daripada jumlah tersebut
sebanyak RM3,301 juta telah diperuntukkan kepada sektor keselamatan manakala perkhidmatan sosial
sebanyak RM5,964 juta. Bagi sektor perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am, masing-masing telah
diperuntukkan sebanyak RM9,216 juta dan RM3,546 juta.

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Laporan Belanjawan Negara Malaysia 2010)
49 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kadar perubahan eksport barangan keluaran kilang mengikut produk di Malaysia antara tahun 2013
hingga 2015.
Eksport Malaysia telah mengalami perubahan penting sejajar dengan perkembangan ekonomi
negara.Barangan eksport Malaysi mula berubah daripada berasaskan pertanian kepada barangan
berasaskan keluaran kilang. Jumlah eksport barangan perkilangan menyumbang sebanyak 76.5 peratus
daripada jumlah eksport negara.
Produk elektrik dan elektronik berkembang pesat kerana disokong oleh keupayaan dalam industri
solar dan diod pemancar cahaya (LED). Produk ini menjadi penyumbang terbesar dalam barangan
perkilangan. Pada tahun 2014 produk ini mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM 56.6 bilion
berbanding RM 54.4 bilion pada tahun 2013. Permintaan yang tinggi dari negara Amerika Syarikat dan
rakan dagangan yang baharu menyebabkan jumlah eksport melonjak kepada RM 57.9 bilion pada tahun
2015
Produk jentera dan peralatan pula meningkat kepada RM 30.1 bilion pada tahun 2014 berbanding
eksport yang dicatatkan pada tahun 2013 sebanyak RM 27.4 bilion. Pada tahun 2015 pula kebanyakan
barangan eksport terpilih mengalami kejatuhan termasuk produk jentera dan peralatan telah mengalami
penurunan kepada RM 29.3 bilion.
Pada tahun 2014, produk besi dan keluli mencatat penurunan sebanyak RM 1.5 bilion berbanding
tahun sebelumnya yang mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM 31.1 bilion. Wujud cabaran dalam
ekonomi global seperti penurunan harga komoditi, turun naik mata wang dan ketegangan geopolitik telah
memberi kesan kepada eksport negara. Produk besi dan keluli telah mencacatkann jumlah eskport bernilai
RM 28.5 bilion pada tahun 2015
Produk peralatan optik dan saintifik yang melibatkan alat ganti dan aksesori untuk osiloskop dan
penganalisis spektrum mencatatkan peningkatan eksport. Pada tahun 2013 jumlah eksport sebanyak RM
21.9 bilion, meningkat kepada RM 23.6 bilion pada tahun 2014. Nilai eksport pada tahun 2015 terus
meningkat sebanyak RM 2.8 bilion berbanding tahun 2013.
Produk kimia telah meningkat sebanyak RM 2.7 bilion pada tahun 2015 berbanding eksport
yang dicatatkan pada tahun 2013. Eksport pada tahun 2013 ialah RM 49.7 bilion. Peningkatan ini
disebabkan pertambahan permintaan dari rakan dagang Malaysia. Pada tahun 2014 nilai eksport
meningkat sebanyak 3.63% berbanding tahun sebelumnya.
Wujud persaingan sengit dengan negara-negara pengeluar produk perkilangan terutama produk
elektrik dan elektronik kerana negara pengeluar mempunyai kelebihan dari segi kuasa dan pengaruh
ekonomi , modal dan tenaga buruh yang murah.
( Sumber: Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur, 2015)
50 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis petunjuk bagi tahun 2002 hingga tahun
2006.

Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan
kejayaan pembangunan sosioekonomi negara.
Pada tahun 2002, imbangan akaun semasa negara mencatatkan lebihan RM30.495 bilion dan
meningkat sebanyak RM20.071 bilion pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004 pula, imbangan akaun
semasa terus meningkat kepada RM56.513 bilion. Imbangan akaun semasa terus mencatatkan lebihan
pada tahun 2005 dan 2006, iaitu masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak RM18.820 bilion dan
RM37.226 bilion berbanding dengan tahun 2004.
Rizab bersih antarabangsa negara mencatatkan jumlah sebanyak RM126.980 bilion pada tahun
2002 sebelum meningkat kepada RM166.755 bilion pada tahun 2003. Dalam tempoh tiga tahun
berikutnya, rizab bersih antarabangsa menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding dengan tahun
2003, iaitu masing-masing meningkat kepada RM250.591 bilion, RM264.955 bilion dan RM301.651
bilion.
Pada tahun 2003, peratusan perubahan tahunan KDNK pada harga semasa ialah 5.8% iaitu
bertambah sebanyak 0.4% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peratusan ini terus meningkat kepada
6.8% pada tahun 2004 sebelum menurun kepada 5% pada tahun 2005. Sungguhpun demikian, peratusan
ini meningkat semula kepada 5.9% pada tahun 2006.
Kadar inflasi negara pada tahun 2002 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2004, kadar inflasi meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini terus meningkat
dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2005 sebelum meningkat lagi sebanyak 0.5% pada tahun 2006.
Kadar pengangguran negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada setiap tahun
2002, 2004 dan 2005. Walau bagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada tahun 2003 dan
menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2006.
Petunjuk-petunjuk ekonomi ini menunjukkan keadaan ekonomi negara yang stabil selepas krisis
kewangan tahun 1997.

(Disesuaikan daripada Petunjuk-petunjuk Utama 2007, Bank Pembangunan Asia).


51 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini , sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan klasifikasi produk eksport Malaysia ke negara-negara import terpilih pada Februari tahun
2011 .

Eksport kasar Malaysia telah meningkat kepada RM 7 010 juta pada Februari 2011 .Klasifikasi
produk eksport ke negara-negara terpilih melibatkan Asia Timur , ASEAN , Eropah dan Amerika
Syarikat . Barangan elektronik merupakan produk yang mendapat sambutan yang meningkat kepada RM
2 309 juta pada masa tersebut . Seterusnya , keluaran kelapa sawit yang mendominasi sektor pertanian
negara Malaysia telah mencapai eksport sebanyak 28.9 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada
Februari 2011 . Keluaran getah adalah berjumlah RM 989 juta pada tahun tersebut dan pada masa yang
sama eksport gas asli cecair ( LNG ) terus menunjukkan prestasi yang baik , iaitu meningkat kepada RM
785 juta .

Petroleum mentah yang merupakan antara eksport utama negara terus meningkat kepada RM 655
juta dan sementara keluaran kayu pula mengalami sedikit pengurangan eksport pada Februari 2011 iaitu
hanya berjumlah RM 246 juta . Perdagangan luat negara Malaysia telah mencatatkan lebihan dagangan
bernilai RM 12.6 billion pada Februari 2011. Hal ini merupakan bulan ke-160 lebihan dagangan
dicatatkan sejak November 1997 .

Sementara itu , Singapura terus mengimport produk negara kita , iaitu mencecah RM 722 juta pada
bulan Februari 2011 . Pada masa yang sama , Jepun terus mengimport barang Malaysia yang tertinggi ,
iaitu berjumlah RM 1 419 juta dan India pula menjadi negara inport produk negara yang meningkat
kepada RM 921 juta . Indonesia negara kedua tertinggi mengimport produk Malaysia iaitu sebanyak RM
1 201 juta dan China pula mengimport sebanyak RM 685 juta pada tahun tersebut .

Import produk Malaysia oleh negara Amerika Syarikat meningkat kepada 7.3peratus pada tahun
2011 manakala import produk Malaysia oleh negara Kesatuan Eropah menurun kepada 10.6 peratus pada
tahun tersebut . Korea mengimport produk Malaysia berjumlah RM 211 juta dan Taiwan berjumlah RM
201 juta pada tahun tersebut . Negara Hong Kong dan Thailand meningkatkan kuantiti import produk
Malaysia pada tahun 2011 . Kedua-dua negara mengimport sebanyak RM 159 juta dan RM 237 juta pada
tahun yang dinyatakan .

Malaysia terus melakukan anjakan eksport ke tahap yang membanggakan untuk merealisasikan
hasrat negara untuk mencapai negara maju yang seimbang . Lonjakan kemajuan negara ini hakikatnya
mampu menaikkan taraf negara pada peringkat global .
( Sumber :- Disesuaikan daripada Laporan
Perdagangan Luar Negara Malaysia, Februari 2011 )
52 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
membandingkan keluaran hasil pertanian terpilih antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak pada tahun 2006.

Jumlah keluaran beberapa hasil pertanian pada tahun 2006 secara keseluruhannya telah
meningkat kepada 10 837.1 ribu tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini
disebabkan oleh pertambahan yang tinggi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit mentah dan biji koko
kering. Jumlah keluaran empat komoditi terpilih di Semenanjung Malaysia ialah 8221 ribu tan metrik,
iaitu melebihi 5604.9 ribu tan metrik berbanding dengan di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2006, pengeluaran minyak kelapa sawit mentah berjumlah 5490 ribu tan metrik.
Daripada jumlah tersebut, 4600 ribu tan metrik atau 83.79 % dikeluarkan di Semenanjung Malaysia,
manakala 890 ribu tan metrik dikeluarkan di Sabah dan Sarawak. Pertambahan pengeluaran komoditi
tersebut disebabkan oleh pertambahan keluasan kawasan penanaman kelapa sawit serta peningkatan
pengeluaran minyak kelapa sawit mentah yang diusahakan oleh pihak FELDA dan Estet Pekebun kecil.
Jumlah pengeluaran biji koko kering turut meningkat, iaitu kepada 1499.5 ribu tan metrik pada
tahun 2006.Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan keluasan penanaman koko dalam sektor
perladangan.Daripada jumlah tersebut, Sabah dan Sarawak menyumbangkan 993.5 ribu tan metrik atau
66.26 %, manakala Semenanjung Malaysia menyumbang 506 ribu tan metrik.

Jumlah pengeluaran getah pada tahun 2006 masih berada pada tahap yang rendah, iaitu 1845 ribu
tan metrik walaupun terdapat kenaikan harga getah di pasaran dunia. Daripada jumlah tersebut, 1410 ribu
tan metrik atau 76.42% dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, manakala 435 ribu tan metrik atau
23.58% dikeluarkan di Sabah dan Sarawak. Pengurangan pengeluaran getah disebakan oleh penggantian
kawasan tanaman getah dengan tanaman kelapa sawit.

Pengeluaran padi juga merosot pada tahun 2006 dengan jumlah 2006.2 ribu tan metrik
berbanding dengan 2875.4 ribu tan metrik pada tahun 2005. Kemerosotan ini disebabkan oleh
pengurangan keluasan kawasan penanaman padi. Daripada jumlah tersebut, keluaran padi dari
Semenanjung Malaysia ialah 1705 ribu tan metrik atau 85.14%, manakala keluaran padi dari Sabah dan
Sarawak ialah 297.6 ribu tan metrik.
( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Ekonomi 2006/2007,
Kementerian Kewangan Malaysia )
53 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan kemasukan dan keluaran pelajar mengikut Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) utama pada tahun 2013.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan tinggi di negara ini bagi
merealisasikan hasrat ke arah negara maju menjelang tahun 2020, bilangan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) juga telah bertambah dari semasa ke semasa. Strategi ini dilihat amat berkesan dalam
meningkatkan bilangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi di IPTA.

Secara keseluruhannya, jumlah kemasukan dan keluaran pelajar perempuan ke IPTA didominasi
oleh pelajar perempuan. Pada tahun 2013, jumlah kemasukan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian
ke IPTA adalah seramai 49 340 orang pelajar dengan 20 272 orang adalah pelajar lelaki berbanding 29
068 orang pelajar adalah pelajar perempuan. Bagi jumlah keluaran pelajar pula adalah seramai 39 614
orang.

Jumlah kemasukan pelajar ke Universiti Malaya (UM) adalah seramai 8393 orang, Universiti
Sains Malaysia (USM) 9170 orang dan 7247 orang ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi
jumlah keluaran daripada IPTA tersebut pula adalah seramai 5526 orang, 6359 orang dan 6561 orang.
Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan pengurangan sebanyak 555 orang berbanding USM dari
segi jumlah kemasukan pelajar manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula dengan seramai
16.61% pelajar daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya adalah bilangan kemasukan ke Universiti Utara
Malaysia (UUM).

Keluaran pelajar daripada UPM adalah yang tertinggi dengan jumlah pelajar seramai 7725 orang
dengan 5017 orang adalah pelajar lelaki berbanding 2708 bagi pelajar perempuan. Hal ini diikuti oleh
UUM dengan perbezaan sebanyak 325 orang manakala UTM mencatatkan jumlah keluaran pelajar yang
paling kecil.

Kadar kemasukan dan keluaran pelajar daripada IPTA yang semakin meningkat ini memberikan
gambaran yang positif dalam melahirkan modal insan yang kompetitif menjelang Wawasan 2020. Adalah
diharapkan tenaga kerja tempatan yang bakal memasuki pasaran pekerjaan ini kelak mampu bersaing
bukan sahaja di peringkat dalam negara, tetapi juga di peringkat global.
(Disesuaikan daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), 2014)
54 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah saham dan nilai dagangan papan utama Bursa Malaysia mengikut kaunter
bagi tempoh yang dilaporkan.

Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi dengan keuntungan dalam saham
berwajaran tinggi terpilih serta saham-saham kewangan, barangan industri dan perkhidmatan yang terus
menarik sokongan pembeli.

Jumlah dagangan Papan Utama Bursa Malaysia mencatatkan 19 195 juta unit saham daripada
nilai dagangan bernilai RM 51 700 juta pada tahun 2012. Nilai saham berkurang sebanyak 941 juta unit
saham berbanding tahun sebelumnya yang bernilai RM 61 300 juta. Sesi dagangan pada tahun 2013 terus
mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan menjadi 37 565 juta unit saham bernilai RM 109
900 juta sebelum menokok kepada 40 186 juta unit saham bernilai RM 103 500 juta pada tahun 2014.

Berlaku aktiviti pengambilan untung yang menghakis keuntungan menyebabkan kaunter


barangan pengguna jatuh ke paras 1 635 juta unit saham pada tahun 2012 berbanding 1 807 juta unit
saham pada tahun 2011, sebelum meningkat kepada 2 620 juta unit saham pada tahun 2013. Seterusnya
menokok sebanyak 1 403 juta unit saham pada tahun 2014.

Begitu juga dengan kaunter barangan industri. Pada tahun 2011, kaunter ini mencatatkan 3806
juta unit saham yang bernilai RM25.29 juta, seterusnya merosot sebanyak 133 juta unit saham pada tahun
berikutnya. Namun, kaunter ini aktif pada tahun 2013 mencatatkan 9 786 juta unit saham, sebelum
melonjak ke paras 12 402 juta unit saham pada tahun 2014.

Mengikut asas sektoral, selain barangan pengguna dan barangan industri, turut diniagakan di
Papan Utama ialah pembinaan dan perkhidmatan. Bagi kaunter pembinaan, pada tahun 2011,
mencatatkan 3 768 juta unit saham berbanding jumlah keseluruhan. Jumlah ini merosot kepada 3 257 juta
unit saham pada tahun berikutnya sebelum menokok sebanyak 3 671 juta unit saham pada tahun 2013,
melebihi tahun 2014 yang hanya mencatatkan 4 742 juta unit saham.

Selain wujudnya sentimen positif daripada peningkatan di Wall Street dan Bursa Saham China,
pelabur turut menjalankan urusniaga secara berhati-hati. Untuk itu, pada tahun 2011 dan 2012, kaunter
perkhidmatan mencatatkan 10 755 juta unit saham dan 10 630 juta unit saham. Namun, pada tahun 2014,
melonjak ke paras 19 019 juta unit saham, berbanding 18 231 juta unit saham pada tahun sebelumnya.

(Disesuaikan daripada Laporan Bursa Malaysia,


Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2014)
55 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
peratus perubahan eksport barangan perkilangan mengikut produk di Malaysia antara tahun 2013 dengan
tahun 2014 dan dengan tahun 2015.

Eksport Malaysia telah melalui perubahan penting sejajar dengan perkembangan perindustrian
ekonomi negara apabila komposisi eksport beransur beralih daripada berasaskan pertanian kepada
barangan perkilangan. Jumlah eksport barangan perkilangan menyumbang sebanyak 76.5 peratus
daripada jumlah eksport negara.
Produk elektrik dan elektronik berkembang pesat kerana disokong oleh keupayaan dalam industri
solar dan diod pancaran cahaya (LED). Produk ini menjadi penyumbang terbesar dalam barangan
perkilangan. Pada tahun 2014 produk ini mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM56.6 billion
berbanding RM54.4 billion pada tahun 2013. Permintaan yang tinggi dari negara Amerika Syarikat dan
negara rakan dagang baharu telah melonjak jumlah eksport tahun 2015 kepada RM57.9 billion.
Pada tahun 2014, produk besi dan keluli mencatat sedikit penurunan sebanyak RM1.5 billion
berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM31.1 billion. Wujud
cabaran dalam ekonomi global seperti penurunan harga komoditi, turun naik mata wang dan kelembapan
ekonomi China serta ketegangan geopolitik telah memberi kesan kepada produk eksport negara. Produk
besi dan keluli mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM28.5 billion pada tahun 2015.
Bagi produk jentera, perkakasan dan peralatan pula meningkat kepada RM30.1 billion pada tahun
2014 berbanding jumlah eksport yang dicatatkan pada tahun 2013 sebanyak RM27.4 billion. Kebanyakan
barangan eksport terpilih mengalami kejatuhan termasuk produk jentera, perkakasan dan peralatan
mengalami penurunan kepada RM29.3 billion pada tahun 2015.
Produk kimia dan keluaran kimia meningkat sedikit iaitu sebanyak RM2.7 billion pada tahun
2015 berbanding jumlah eksport yang dicatatkan pada tahun 2013 sebanyak RM49.7 billion. Produk ini
meningkat sebanyak RM1.8 billion kepada RM51.5 billion pada tahun 2014. Begitu juga dengan
peralatan optik dan saintifik yang melibatkan alat ganti dan aksesori untuk osiloskop dan penganalisis
spektrum mencatatkan peningkatan. Pada tahun 2013, jumlah eksport sebanyak RM21.9 billion
bertambah kepada RM24.7 billion pada tahun 2015 berbanding RM23.6 billion pada tahun 2014.
Wujud persaingan sengit dengan negara-negara pengeluar produk perkilangan terutama produk
elektrik dan elektronik kerana negara-negara pengeluar mempunyai kelebihan dari segi kuasa dan
pengaruh ekonomi, modal dan tenaga buruh yang murah.
(Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), KL, 2015)
56 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
aliran jumlah penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tempoh yang dinyatakan.

Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, sumber tenaga manusia bukan sahaja
bergantung pada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung pada petroleum dan gas asli. Menurut data
yang diperoleh, pengguna paling banyak adalah dari sektor industri. Pada tahun 2001 sahaja penggunaan
tenaga telah mencatat 4000 GWj. Angka ini terus bertambah sebanyak 850 GWj pada tahun 2002.
Pertambahan yang agak besar ini mungkin kerana pada tahun 2000-an sudah banyak terdapat industri di
Malaysia, terutamanya industri yang ditubuhkan oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, peningkatan
yang lebih ketara adalah pada tahun 2003 apabila sejumlah 6000 GWj telah digunakan untuk industri
sahaja. Penggunaan tenaga pada tahun 2004 bertambah sebanyak 3 kali ganda daripada jumlah tahun
2001. Pertambahan yang begitu memberangsangkan adalah hasil usaha Malaysia menggalakkan sektor
perindustrian, terutama industri berat dan industri ringan.

Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila sejumlah 2850
GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini masih rendah kalau dibandingkan dengan tahun 2004
yang telah meningkat sebanyak 3150 GWj. Dalam sektor perdagangan ini jelas bahawa tenaga banyak
digunakan dalam gedung-gedung perniagaan tidak kira di bandar atau di luar bandar. Nyata sekali
terdapat penggunaan tenaga yang banyak pada tahun 2003 apabila sejumlah 5020 GWj telah digunakan.
Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga ini tidak banyak bezanya pada tahun 2002 dengan angkanya
kurang sebanyak 1015 GWj kalau dibandingkan dengan tahun 2003.

Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari segi
penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan sektor perdagangan. Sebagai
contohnya, hanya kira-kira 2245 GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini bagaimanapun tetap
meningkat kepada 3855 GWj pada tahun 2002. Kadar ini bagaimanapun tidaklah begitu banyak kalau
dibandingkan dengan tahun 2004 yang telah bertambah kepada 5123 GWj. Peningkatan yang begitu
tinggi pada tahun 2004 disebabkan oleh bertambahnya kawasan-kawasan perumahan baharu di bandar-
bandar utama. Kesan pertambahan perumahan baharu juga turut mendorong penggunaan tenaga
meningkat kepada 4328 GWj pada tahun 2003.

Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain adalah paling rendah
daripada keseluruhan sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2001 hanya kira-kira 413 GWj
yang digunakan termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan raya. Penggunaan untuk sektor ini terus
meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003 penggunaan
untuk sektor ini merosot sebanyak 52 GWj dan angkanya kekal hingga tahun 2004.

Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat kali ganda
kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan untuk mencari sumber-
sumber baharu supaya tidak bergantung pada kuasa hidroelektrik dan petroleum semata-mata.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 2004)


57 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang
sesuai untuk menunjukkan komponen eksport mengikut negara pada tahun 2008 hingga 2012.

Malaysia telah berdagang dengan pelbagai negara meliputi negara-negara ASEAN, Asia Barat,
Amerika Utara, Amerika Tengah dan lain-lain. Pada tahun 2008, eksport Malaysia berjumlah
RM186290.7 juta, tahun 2009 sebanyak RM212587.8 juta dan meningkat sebanyak RM41748.0 juta
pada tahun 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2011 dan 2012, masing-masing
berjumlah RM222909.8juta dan RM232037.2juta.

Eksport negara ke negra-negara ASEAN pada tahun 2008 sebanyak RM 69851.8 juta meningkat
kepada RM76473.3 juta pada tahun 2009 dan RM99027.8 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011
berkurangan sebanyak RM14979.3 juta dan kembali meningkat ke paras RM92114.7 juta pada tahun
2012.
Asia Barat dan Jepun pada tahun 2008 sebanyak RM5805.9 juta dan RM30144.8 juta. Pada
tahun 2009, Asia Barat menunjukkan penurunan sebanyak RM68.9 juta dan mencatat RM6559.8 juta
pada tahun 2010. Pada tahun 2011 dan 2012, masing-masing berjumlah RM6888.3 juta dan RM7541.4
juta. Negara Jepun pada tahun 2009 sebanyak RM37766.8 juta bertambah kepada RM48770.0 juta pada
tahun 2010. Pada tahun 2011 sebanyak RM44393.4 juta merosot sebanyak RM4703.5 juta pada tahun
2012.
Negara Taiwan, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 2008 masing-masing sebanyak
RM11776.7 juta, RM62098.1 juta dan RM6613.4 juta. Pada tahun 2009, eksport ke Taiwan bernilai RM
14529.5 juta. Pada tahun 2010, eksport ke Taiwan sebanyak RM14188.8 juta merosot kepada
RM12166.9 juta pada tahun 2011 dan meningkat sebanyak RM1035.4 juta pada tahun 2012.

Eksport ke Amerika Syarikat pada tahun 2010 lebih tinggi berbanding dengan tahun 2011 iaitu
RM76579.1 juta dan RM67617.8 juta. Pada tahun 2012 pula sebanyak RM71478.4 juta. Eksport
Malaysia ke Australia mencatatkan peningkatkan pada tahun 2008 hingga 2010 iaitu RM6613.4 juta
tahun 2008, RM7706 juta pada tahun 2009 dan RM9210.3 juta pada tahun 2010. Eksport ke negara
tersebut pada tahun 2011 merosot ke paras RM7794.9 juta dan bertambah kepada RM8010.5 juta pada
tahun 2012.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan 2013)


58 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan peratusan kes AIDS terkumpul mengikut punca dan benua atau negara setakat
Januari 2010.

Milineum baharu lazimnya disertai oleh semangat, inspirasi dan resolusi baharu. Kita
menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan. Namun begitu, dalam senario kesihatan
manusia sejagat, tahun 2010 membawa masa depan yang mendung. Wabak AIDS dikhuatiri kian
merebak dan kesannya kian ketara.

UNAIDS mendedahkan bahawa setakat Januari 2010, kes AIDS di seluruh dunia yang dilaporkan
dan disahkan oleh para pakar perubatan adalah sebanyak 4718894 kes. Namun demikian, mengikut pakar
statistik, angka sebenarnya jauh lebih menggerunkan. Anggaran yang konservatif mendedahkan bahawa
angka sebenarnya kes AIDS sekurang-kurangnya 3.5 kali daripada angka yang dilaporkan.

Daripada sejumlah 4718894 kes AIDS yang dilaporkan hingga Januari 2010, 34.5% daripadanya
berlaku di benua Arika. 40% daripada kes AIDS dicatat di Amerika Syarikat. Benua Amerika (tidak
termasuk Amerika Syarikat) mencatat kes AIDS sebanyak 11.5%, disusuli oleh Eropah sebanyak 13.5%.
Rantau Asia dan tempat lain mencatat kes AIDS sebanyak 0.5%.

Hingga hari ini hubungan seks rambang menyumbang 71% daripada jumlah kes AIDS yang
dilaporkan. 13% kes AIDS pula disebabkan oleh penagihan dadah. Perkongsian jarum sunttikan yang
tercemar oleh virus HIV memudahkan wabak maut ini merebak. 424700 kes AIDS yang dicatat
dikatakan berpunca daripada pemindahan darah. Hal ini melibatkan pesakit di hospital negara
membangun dan negara mundur. Prosedur penyalingan darah yang kurang cermat menyebabkan angkara
sedemikian berlaku. Baki kes AIDS disebabkan oleh ibu bapa yang mewariskan virus HIV kepada anak
kandung mereka.

Selagi ubat penawar AIDS belum ditemukan, para pakar perubatan kian bimbang penyakit
AIDS akan melenyapkan tamadun manusia. Adakah ini balasan Tuhan terhadap umatnya yang
memungkari ajarannya?

(Dipetik dan diubahsuai daripada Asiaweek, Januari 2010)


59 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kadar perubahan penumpang udara mengikut lapangan terbang di Malaysia antara tahun 2011 hingga
tahun 2013.

Penerbangan udara dikategorikan sebagai mod pengangkutan awam paling cepat dan selamat.
Selain MAS, Air Asia yang mula beroperasi secara rasmi di LCCT pada tahun 2001 telah Berjaya
membina rangkaian penerbangan domestic dan luar negara.

Strategi pemasaran Air Asia “Everyone Can Fly” mendorong peningkatan penumpang domestic.
Pesawat pelbagai syarikat penerbangan mendarat di lapangan terbang Senai, Johor membawa penunpang
udara seramai 4 561 998 orang pada tahun 2011. Walaupun ekonomi negara menghadapi ekonomi global
yang tidak menentu, jumlah penumpang tetap bertambah di lapangan terbang tersebut kepada 4 782 258
orang pada tahun 2012. Perkembangan pesat pusat komersial seperti pembukaan Legoland menarik minat
pelancong domestic dan luar mendarat di lapangan terbang Senai, Johor seramai 5 485 758 orang pada
tahun 2013.

Penumpang luar dan dalam negara bagi penerbangan udara yang mendarat di lapangan terbang
Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2011 seramai 5 772 115 orang. Negeri Sabah terkenal dengan keunikan
budaya dan panorama yang menarik menjadi daya tarikan pelancong domestic dan luar negara. Jumlah
penumpang penerbangan udara telah meningkat kepada 5 844 608 oang pada tahun berikutnya. Namun,
pada tahun 2013 berlaku peningkatan yang memberangsangkan apabila jumlah penumpang udara dari
pelbagai syarikat penerbangan yang mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah bertambah
kepada 6 929 892 orang.

Negeri Sarawak menerima bilangan penumpang uadara yang mendarat di lapangan terbang
Kuching, Sarawak seramai 4 016 864 orang pada tauhun 2012. Bilangan penumpang udara tahun 2011
sebanyak 4 147 775 orang. Pelbagai kempen pakej pelancongan di negeri Sarawak termasuk persiapan
menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2014 telah diadakan. Keadaan ini telah menyumbang
kepada peningkatan bilangan penumpang udara pada tahun 2013. Pada tahun 2013 jumlah penumpang
udara yang mendarat di lapangan terbang Kuching, Sarawak adalah seramai 4 443 141 orang.

Pulau lagenda yang dibangunkan dengan infrastruktur dan prasarana pelancongan dan
pentadbiran bertaraf antarabangsa mencatatkan bilangan penumpang penerbangan udara pada tahun 2011
seramai 1 503 162 orang. Namun, jumlah penumpang udara dari luar negara kurang mendarat di lapangan
terbang Langkawi, Kedah pada tahun 2012. Jumlah penumpang udara yang mendarat di Langkawi
menurun sedikit lepada 1 503 043 orang. Pulau Langkawi menyediakan pelbagai aktiviti pelancongan,
pentadbiran dan social serta keselamatan dan pertahanan. Kemudahan ini berjaya menarik ramai
pengunjung dalam dan luar negara mendarat di lapangan terbang Langkawi, Kedah kepada 1 946 220
orang pada tahun 2013.
(Sumber: disesuaikan daripada Laporan Malaysia
Airport Holdings Berhad(MAHB) KL, 2013)
60 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan nilai eksport Malaysia ke negara-negara rakan dagang terpilih bagi
tempoh yang dinyatakan.

Perkembangan ekonomi Malaysia telah menjadikan negara ini semakin luas perdagangan dengan
negara-negara serantau dan negara-negara lain di dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
matlamat ke arah negara berpendapatan tinggi, penting bagi negara untuk meningkatkan eksport dengan
negara-negara rakan dagang sedia ada.
Brunei merupakan rakan dagang Malaysia yang rapat dan mempunyai nilai dagangan yang
positif bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2010 dan Januari hingga Mei tahun 2011, iaitu RM425.65
juta kepada RM474.01 juta. Situasi yang sama juga bagi negara negara Kemboja, iaitu RM181.07 juta
dan meningkat sebanyak RM68.79 juta pada tahun 2011. Hubungan yang erat antara negara-negara ini
telah meningkatkan nilai perdagangan.

Selain itu, rakan dagang utama negara, iaitu Indonesia mempunyai nilai perdagangan antara yang
tertinggi iaitu RM6,455.53 juta pada tahun 2010 dan RM6,592.23 juta pada tahun berikutnya. Bilangan
penduduk yang ramai di negara berkenaan dan hubungan yang erat antara faktor nilai perdagangan agak
tinggi. Sebuah negara lain dalam ASEAN mempunyai nilai dagangan yang kecil, iaitu Laos mempunyai
nilai sebanyak RM16.81 juta menurun sebanyak RM3.25 juta pada tahun berikutnya. Myanmar yang
kurang politiknya juga mempunyai nilai perdagangan yang agak tinggi dengan Malaysia. Negara ini
mempunyai nilai perdagangan sebanyak RM438.29 juta pada tahun 2010 dan menokok sebanyak 28.49%
pada tahun berikutnya.

Rakan dagang lama dalam ASEAN, iaitu Filipina juga menunjukkan peningkatan dagangan yang
agak ketara, iaitu RM3,977.12 juta berbanding tahun sebelumnya, iaitu RM3,076.69 juta. Barangan
dagangan utamanya ialah hasil makanan. Singapura juga merupakan rakan dagang terbesar Malaysia
mempunyai nilai perdagangan sebanyak RM27,615.77 juta telah menunjukkan peningkatan perlahan pada
tahun berikutnya, iaitu kepada RM28,720.98 juta. Singapura mempunyai sejarah perdagangan yang lama
dengan negara ini. Rakan dagang di utara, iaitu Thailand mempunyai nilai perdagangan yang agak tinggi
pada tempoh berkenaan, iaitu RM12,617.87 juta telah mengurangkan urusan dagangannya sebanyak
RM784.49 juta pada tahun berikutnya.

Sebagai sebuah negara ASEAN yang pesat membangun, Vietnam mempunyai nilai perdagangan
yang agak tinggi, iaitu RM4,343.56 juta. Namun merosot sedikit kepada RM3,657.84 juta pada tahun
2011. Banyak pelabur asing menanam modal di negara berkenaan termasuk pelaburpelabur dari Malaysia.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Negara, 2011)


61 Berdasarkan maklumat dalarn petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan negara yang mengimport barangan Malaysia bagi tahun 2005 dan 2006.

Sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Suruhanjaya Selatan-Selatan, pasaran


eksportnya kini lebih tertumpu kepada Negara-negara Selatan.

Walaupun demikian, Malaysia masih lagi mengekalkan hubungan dengan rakan dagangan import
yang lama. Contohnya, Malaysia masih mengeksport banyak barangan elektrik dan elektronik ke
Amerika Syarikat, terutama komponen komputer. Pada tahun 2005,nilai eksport Malaysia ke Amerika
Syarikat ialah 11.5% daripada jumlah eksport Malaysia yang bernilai RM137.33 bilion. Pada tahun 2006
pula, nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah RM16.25 bilion itau 11.07% daripada jumlah
eksport Malaysia yang telah mencapai angka RM 146.84 bilion.

Singapura merupakan rakan dagangan Malaysia yang banyak mengimport barangan makanan
seperti sayur-sayuran, ikan dan daging daripada negara ini. Malaysia turut mengeksport tekstil, perabot
dan bahan binaan kepada negara jiran ini. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke Singapura ialah
RM15.53 bilion. Angka ini meningkat kepada RM18.42 bilion pada tahun 2006.

Negara-negara Kesatuan Eropah termasuk Jerman, Britain, Itali, Perancis dan Belanda telah
mengimport barangan Malaysia bernilai RM35.15 bilion pada tahun 2005, manakala nilai eksport
barangan Malaysia termasuk pakaian, buah-buahan, minyak kelapa sawit dan kereta ke negara-negara ini
telah meningkat sebanyak RM3.04 bilion pada tahun 2006.

Malaysia juga mengeksport barangan ke Jepun yang masih menjadi rakan dagangannya. Eksport
barangan Malaysia ke Jepun bernilai RM14.28 bilion pada tahun 2005 dan mengalami sedikit kejatuhan
pada tahun 2006 dengan nilai RM12.83 bilion.

Kini, Malaysia berjaya meneroka pasaran baru di Negara-negara Selatan. Negara-negara ini lebih
berminat barangan periftdustrian seperti minyak kelapa sawit, jentera dan kereta buatan Malaysia. Oleh
itu, Malaysia telah mengeksport barangan bernilai RM48.34 bilion ke negara-negara tersebut pada tahun
2005 dan angka ini meningkat kepada RM54.73 bilion pada tahun 2006.

Malaysia juga mengeksport barangan ke negara lain termasuk negara ASEAN (selain Singapura),
Rusia dan China. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke negara lain ialah RM8.24 bilion, dan angka
ini menurun sedikit kepada RM6.42 bilion pada tahun 2006.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)


62 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

Pada tahun 2001, semua sektor dijangka akan mengalami pertumbuhan positif dengan sektor
perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar
pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa
pertumbuhan industri berorentasikan eksport mungkin berkurangan berikutan ekonomi Amerika Syarikat
yang mengalami kemerosotan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri
berorentasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Disamping itu,
sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula
beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorentasikan dalam negeri dengan
peningkatan sebanyak 11.7%.

Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan
3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam
projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan sosial yang lebih tinggi. Pertumbuhan
yang mapan dan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakan pertumbuhan dan
permintaan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah be$ar,
bagaimanapun dijangka kekal pada kadar 3.4%

Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan pada tahun 2001 ialah sektor
perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%, Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada
kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli
bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada
tahun 2000 iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurangan berdasarkan sasaran
pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluaran timah.

Sektor pertanian, dan perhutanan, diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini
berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka
meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM18
166 juta.

Memandangkan kegiatan ekonomi lebih tinggi, nilai tambah sektor perkhidmatan yang diterajui
oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, hartanah dan
perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun
2000, iaitu hanya 4.9%.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Kementerian Kewangan


Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)
63 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di negeri-negeri terpilih Malaysia
dari tahun 2014 hingga jangkaan tahun 2018.

Ekonomi Malaysia bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia. Keadaan ini turut
mempengaruhi indeks harga pengguna. Pada tahun 2014, kadar perubahan indeks harga pengguna
Melaka ialah 4.7%. Pada tahun berikutnya, kadar perubahan tersebut meningkat sebanyak 0.6% tetapi
menurun kepada 4.9% pada tahun 2016. Pada tahun 2017 dan jangkaan 2018, indeks harga pengguna
meningkat semula sebanyak 0.7% dan 0.5% berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Indeks harga pengguna di Selangor dan Pulau Pinang agak tinggi berbanding di Melaka. Pada
tahun 2014, indeks harga pengguna di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing adalah 7.6% dan 6.8%.
Pada tahun berikutnya indeks harga pengguna di Selangor meningkat sebanyak 2.5% tetapi di Pulau
Pinang menurun sebanyak 0.3% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2016, indeks harga pengguna
di kedua-dua negeri telah meningkat kepada 11.1% dan 7.1% tetapi tahun berikutnya menurun sebanyak
0.2% dan 0.5% berbanding tahun 2016 sebelum meningkat semula kepada 11.5% serta 7.5% pada
jangkaan tahun 2018.

Pada tahun 2015, indeks harga pengguna negeri Johor ialah 7.8% iaitu berkurang sebanyak 2.3%
berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, indeks harga pengguna di Johor
meningkat semula kepada 9.1% sebelum menurun semula sebanyak 1.6% pada tahun 2017. Dijangkakan
pada tahun berikutnya, indeks harga pengguna meningkat semula sebanyak 1.1% berbanding tahun
sebelumnya.

Sabah pula mempunyai indeks harga pengguna yang rendah. Pada tahun 2014, kadar indeks
harga penggunanya ialah 3.6% sebelum meningkat sedikit kepada 4.3% pada tahun berikutnya. Pada
tahun 2016, kadar indeks harga pengguna di Sabah dan Kedah telah mengalami kadar perubahan negatif
iaitu menurun ke tahap -1.5% dan -1.8%. Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya kadar perubahan
indeks harga pengguna di Sabah kembali positif menjadi 3.9% tetapi di Kedah kekal negatif iaitu -2.0%.
Pada jangkaan tahun 2018, kadar perubahan indeks harga pengguna di Sabah terus bertambah sebanyak
0.9% berbanding tahun sebelumnya.

Indeks harga pengguna di Kedah agak rendah pada tahun 2014 iaitu 3.3% sebelum menurun
sedikit sebanyak 0.2% pada tahun berikutnya. Pada jangkaan tahun 2018, kadar perubahan indeks harga
pengguna di Kedah kembali posotif setelah dua tahun mengalami kadar perubahan indeks harga pengguna
yang negatif. Indeks harga pengguna di Kedah pada jangkaan tahun 2018 kurang sebanyak 1.4%
berbanding kadar perubahan indeks harga pengguna di Sabah pada tahun yang sama.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017)
64 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
kakitangan kesihatan yang dilatih di Malaysia dari tahun 2014 hingga anggaran tahun 2018.

Bersesuaian dengan peningkatan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan yang menekankan


kesihatan berkualiti setiap masa, jumlah kakitangan kesihatan juga dilatih supaya dapat menampung
permintaan yang semakin hari semakin meningkat. Kakitangan kesihatan terlatih terdiri daripada doktor,
doktor gigi, jururawat, penolong jururawat dan bidan.

Pada tahun 2014, sejumlah 80 861 orang telah dilatih dalam pelbagai jawatan kakitangan
kesihatan. Daripada jumlah ini, seramai 18 246 orang telah dilatih sebagai doktor manakala 2 550 orang
menerima latihan sebagai doktor gigi. Kakitangan sokongan, iaitu jururawat dan penolong jururawat
masing-rnasing berjumlah 40 220 orang dan 6 553 orang. Selebihnya adalah kumpulan bidan yang
merupakan kakitangan sokongan lain yang telah dilatih.

Tahun berikutnya, jumlah keseluruhan telah bertambah menjadi 88 423 orang. Daripada jumlah ini,
jururawat yang berjaya dilatih telah meningkat seramai 3 901 orang. Doktor gigi pula bertambah menjadi
2 751 orang manakala jumlah doktor yang telah berjaya menghabiskan latihan ialah seramai 20 105
orang. Sejumlah 15 618 orang telah berjaya dalam latihan mereka dalam bidang perbidanan.

Seramai 95 100 orang telah memasuki perkhidmatan kesihatan pada tahun 2016. Seramai 21 930 orang
daripada mereka menjadi doktor dan 2 940 orang telah lulus sebagai doktor gigi. Jururawat masih
merupakan golongan terbesar yang menghabiskan latihan kepakaran mereka dalam penjagaan kesihatan
awam. Seramai 47 642 orang telah berjaya menjadi jururawat manakala jumlah lulusan penolong
jururawat mencecah 5 914 orang. Sejumlah 16 674 orang bidan telah berjaya dilatih pada tahun tersebut.

Peningkatan ini berterusan untuk tahun 2017 dan anggaran tahun 2018. Dianggarkan tahun 2018 akan
mempamerkan pengambilan yang paling tinggi, iaitu sejumlah 106 047 orang berbanding dengan tahun
sebelumnya, iaitu seramai 97 175 orang. Berdasarkan jumlah ini, lebih separuh daripada mereka ialah
jururawat, iaitu sebanyak 51.12%. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2017
iaitu seramai 48 916 orang menjadi jururawat. Pada tahun 2017 dan anggaran tahun 2018, jumlah doktor
yang dilatih ialah seramai 23 738 orang dan 25 102 orang masing-masing. Dianggarkan seramai 3 640
orang dilatih pada tahun 2018 dalam bidang doktor pergigian berbanding dengan 3 165 orang pada tahun
2017. Jumlah bidan yang berjaya dihasilkan pada tahun 2017 ialah seramai 16 883 orang dan angka ini
dijangka melonjak kepada 18 643 orang pada tahun berikutnya. Bakinya adalah daripada jawatan
penolong jururawat

Walaupun jumlah kakitangan kesihatan di negara ini agak baik tetapi dalam usaha menjaga kesihatan kita
tidak boleh leka atau cuai. Selain peruntukan yang banyak untuk menyediakan infrastruktur yang moden,
kakitangan yang profesional juga harus dilahirkan bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat

( Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017)
65 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
kuantiti pengeluaran pelbagai jenis minyak terpilih di negara ini dan taburan pengeluarannya bagi setiap
tiga bulan sepanjang tahun tersebut.

Selain mengeluarkan petroleum dan petroleum mentah, Malaysia juga turut memiliki keupayaan
untuk mengeluarkan minyak tanah, minyak bahan api, minyak diesel dan minyak pelincir campuran.
Kejayaan ini telah meningkatkan sumber hasil negara memandangkan harga pasaran bahan berkenaan
sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Pada tahun 2017, jumlah pengeluaran pelbagai jenis minyak terpilih adalah sebanyak 16 500 ribu
tan metrik. Negara mengeluarkan 3 560 ribu tan metrik minyak tanah. Angka ini merupakan lebihan
sebanyak 770 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran minyak bahan api dalam tahun yang sama.
Walaupun harga pasaran bagi kedua-dua jenis minyak ini tidak begitu tinggi, namun komoditi ini masih
mendapat pasaran yang baik, terutamanya bagi pasaran tempatan.

Berbanding dengan minyak tanah dan minyak bahan api, pengeluaran minyak diesel jauh lebih tinggi
pada tahun berkenaan. Pengeluarannya mencapai 10 000 ribu tan metrik daripada jumlah keseluruhan
pengeluaran negara bagi keempat-empat jenis minyak berkenaan, iaitu 16 500 ribu tan metrik. Keadaan
ini berlaku kerana permintaan terhadap minyak diesel adalah paling tinggi berbanding dengan jenis
minyak lain. Minyak diesel digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis kenderaan berat yang menjadi
nadi penggerak aktiviti ekonomi, sama ada dalam sektor pertanian, perindustrian mahupun sektor
perkhidmatan. Baki pengeluaran selebihnya adalah merupakan pengeluaran minyak pelincir campuran.

Kuantiti pengeluaran keseluruhan keempat-empat jenis minyak itu secara bulanan sepanjang tahun
2017 adalah tidak menentu. Dalam tempoh antara bulan Januari hingga bulan Mac pada tahun berkenaan,
keseluruhan pengeluarannya adalah sebanyak 4 300 ribu tan metrik. Angka ini melebihi pengeluaran
antara bulan Julai hingga bulan September pada tahun yang sama, iaitu perbezaan sebanyak 300 ribu tan
metrik.

Dari bulan Oktober hingga bulan Disember pada tahun berkenaan, kuantiti pengeluaran
keseluruhannya ialah 4 550 ribu tan metrik. Akhir sekali, baki kuantiti pengeluaran keseluruhan
merupakan kuantiti pengeluaran bagi bulan April hingga bulan Jun yang merupakan kuantiti pengeluaran
kuantiti pengeluaran terendah sepanjang tahun berkenaan.

Kuantiti pengeluaran keseluruhan bagi pelbagai jenis minyak yang dicatatkan pada tahun 2017
adalah yang paling tinggi sejak tahun 2011. Perkembangan ini disokong oleh kemajuan teknologi dan
peningkatan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja tempatan. Walau bagaimanapun, kesediaan negara
maju untuk berkongsi kepakaran dengan negara ini turut memainkan peranan penting. Tanpa sokongan
mereka, keupayaan negara untuk bersaing dengan negara pengeluar lain dalam pasaran antarabangsa
sudah tentu menjadi lebih terbatas.

(Sumber: Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia,


Jabatan Perangkaan Malaysia, Januari 2018)
66 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan dibawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penghidap penyakit mengikut negeri dan jenis penyakit pada tahun 2015
hingga tahun 2017

Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan yang menyebabkan ketidakselesaan
kepada orang yang terbabit. Antara penyakit bawaan vektor yang boleh mengancam kesihatan manusia
ialah denggi, taun dan batuk kering. Pada tahun 2015, penghidap bagi ketiga-tiga jenis penyakit ini adalah
seramai 6058 orang di Selangor yang menunjukkan penurunan bagi dua tahun berikutnya, manakala di
negeri Johor seramai 5476 orang, 5755 orang dan 5759 orang bagi tahun 2016 dan 2017.

Faktor utama peningkatan jumlah penghidap denggi disebabkan jangkitan virus yang merebak
melalui gigitan nyamuk. Pada tahun 2015, seramai 2823 orang penghidap denggi telah berjaya dikesan di
negeri Selangor dan di negeri Johor pula seramai 2511 orang pada tahun yang sama.

Penghidap taun di negeri Selangor melebihi bilangan pengidap di negeri Johor bagi kedua-dua
tahun. Pada tahun 2015, bilangan penghidap taun di negeri Selangor adalah seramai 1510 orang dan
bilangan ini merosot sedikit kepada 1495 orang pada tahun berikutnya. Penghidap taun di negeri Johor
pula mencatat bilangan yang tidak konsisten dari tahun 2015 hingga 2017 dengan jumlah keseluruhan
4219 orang. Pada tahun 2015, bilangan penghidap taun mencatat bilangan tertinggi iaitu seramai 1415
orang kemudian berkurangan sedikit kepada 1390 orang pada tahun berikutnya. Baki selebihnya dikesan
dalam tahun 2017 manakala di negeri Selangor mencatatkan seramai 1330 orang pada tahun berkenaan.

Negeri Selangor mencatatkan penghidap batuk kering sebanyak 1725 orang pada tahun 2015 dan
di negeri Johor seramai 1550 orang. Bilangan pengidap di Selangor berkurangan kepada 1610 orang pada
tahun 2016, di negeri Johor mencatatkan bilangan seramai 1535 orang. Pada tahun berikutnya, negeri
Selangor mencatat peningkatan sebanyak 28 orang manakala di negeri Johor menurun seramai 100 orang.
Penghidap denggi di negeri Selangor pada tahun 2016 seramai 2785 orang, manakala di negeri Johor
seramai 2830 orang.

Akibat kurangnya kesedaran menjaga kebersihan persekitaran bilangan penghidap yang dikesan
semakin meningkat. Sebanyak 2910 orang penghidap denggi telah direkodkan di negeri Johor pada tahun
2017, manakala penghidap penyakit yang sama di negeri Selangor seramai 2825 orang pada tahun yang
sama.
(Disesuaikan daripada Laporan Suku Pertama Tahun 2018,
Kementerian Kesihatan Malaysia,)
67 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penerima bantuan mangsa banjir mengikut negeri terpilih di Semenanjung
Malaysia dan purata nilai bantuan yang diterima dari tahun 2015 hingga tahun 2017.

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyalurkan
peruntukan segera bagi membina dan membaiki prasarana di sekitar kawasan kediaman mangsa yang
terjejas akibat bencana banjir. Peruntukan akan disalurkan secara berperingkat ke seluruh kawasan yang
terjejas sebagai satu inisiatif kerajaan untuk membantu mangsa.

Tumpuan utama peruntukan ini disediakan kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Penerima bantuan mangsa banjir yang tertinggi pada
tahun 2015 adalah di negeri Kelantan iaitu seramai 3319 orang. Bilangan ini melebihi sebanyak 669
orang bagi penerima bantuan dari negeri Pahang. Pada tahun tersebut, bilangan penerima bantuan di
Terengganu adalah paling sedikit iaitu sebanyak 1802 orang.
Pada tahun 2016 pula menyaksikan peningkatan bilangan bantuan mangsa banjir di negeri Kelantan,
Pahang dan Terengganu. Bilangan penerima bantuan di negeri Kelantan dan Pahang masing-masing
menokok kepada 4328 orang dan 2808 orang. Penerima bantuan di negeri Terengganu masih paling
sedikit berbanding dengan dua negeri lain, namun bilangannya bertambah kepada 1989 orang pada tahun
berkenaan.

Trend peningkatan bagi penerima bantuan mangsa banjir di ketiga-tiga negeri terlibat dapat
dilihat pada tahun 2017. Peningkatan bilangan penerima bantuan yang tertinggi adalah di negeri Kelantan
iaitu sebanyak 13.03% berbanding tahun 2016. Begitu juga dengan penerima bantuan di negeri Pahang
yang meningkat sebanyak 269 orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan penerima bantuan
di Terengganu juga meningkat kepada 2209 orang.
Jumlah bantuan yang diterima di ketiga-tiga negeri yang terlibat terus meningkat sepanjang tempoh dari
tahun 2015 hingga tahun 2017. Jumlah tertinggi bantuan yang diterima adalah pada tahun 2017 iaitu
sebanyak RM36679 ribu. Jumlah tersebut adalah melebihi bantuan yang diterima pada tahun 2016
sebanyak RM 11788. Pada tahun 2015, bantuan yang diterima oleh mangsa banjir di negeri Terengganu
RM4598 ribu dan di Pahang terus meningkat kepada RM6225 ribu pada tahun berikutnya. Manakala di
Kelantan bantuan yang diterima terus meningkat menjadi RM10825 ribu.

Kerajaan menyediakan pelbagai program insentif untuk meringankan beban mangsa banjir
dengan menyediakan pusat pemindahan mangsa banjir yang selesa dan keperluan makanan yang cukup.

(Disesuaikan daripada Laporan Portal Bencana,Majlis Keselamatan


Negara, 2017 dlm Utusan Malaysia Februari 2018)
68 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kadar perubahan keluasan sawah padi mengikut negeri terpilih dari tahun 2013 hingga
tahun 2016 di Malaysia.

Menjelang tahun 2016, pengeluaran padi negara akan ditumpukan kepada jenis bernilai tinggi
untuk kegunaan tempatan dan eksport. Pengeluaran padi telah meningkat pada kadar purata 13.8%
setahun ekoran daripada pemulihan kawasan sawah padi yang terbiar. Pada tahun 2013, keluasan kawasan
tanaman padi di negeri Kelantan ialah 1233 hektar tetapi meningkat keluasan kepada 1330 hektar pada
tahun 2014 sebelum meningkat kembali sebanyak 430 hektar setahun kemudian. Padi dijangka akan
ditanam di kawasan seluas 1440 hektar pada tahun 2016.

Negeri Kedah mempunyai kawasan tanaman yang paling luas berbanding dengan negeri-negeri
lain bagi kesemua tahun. Negeri ini mencatat keluasan tertinggi pada tahun 2013, iaitu 4287 hektar.
Keluasan kawasan sawah ini berkurangan pada tahun 2014, menjadi 3610 hektar dan berkurangan lagi
sebanyak 262 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya pada tahun 2015. Jumlah kawasan sawah padi
dianggarkan meningkat semula kepada 4100 hektar pada tahun 2016.

Negeri Perak mempunyai keluasan kawasan sawah padi bagi tahun 2013, iaitu sebanyak 1385
hektar. Walaupun keluasan kawasan sawah ini mengalami pengurangan kepada 1181 hektar pada tahun
2014 tetapi meningkat semula kepada 1205 hektar setahun kemudian. Galakan kerajaan supaya
mengurangkan masalah tanah sawah terbiar menyebabkan para petani beralih berusaha memulihkannya
sehingga dijangka meningkatkan keluasan kawasan sawah padi kepada 1220 hektar pada tahun 2016.

Keluasan sawah padi di Selangor sejumlah 1971 hektar pada tahun 2013. Keluasan berkenaan
meningkat kepada 2367 hektar pada tahun 2014 tetapi merosot kepada 2334 hektar pada tahun 2015.
Walau bagaimanapun, keluasan kawasan sawah padi berkenaan dijangka akan mencapai paras 2560
hektar pada tahun 2016.

(Dipetik dan disesuaikan dari pada Perangkaan Agromakanan 2017,


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)
69 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan dibawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut jenis tanaman pada tahun 2015 dan tahun 2016.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan
output negara. Jumlah guna tenaga di Malaysia menunjukkan peningkatan pada tahun 2016 jika
dibandingkan dengan tahun 2015 iaitu sebanyak 14,208.67 ribu orang. Pada tahun 2016, guna tenaga
adalah sebanyak 14,403.20 ribu orang.

Pada tahun 2015, penanaman kelapa sawit telah mencatat jumlah guna tenaga yang paling tinggi
iaitu sebanyak 8581.48 ribu orang berbanding dengan tahun 2016. Jumlah ini menunjukkan pengurangan
sebanyak 203.05 ribu orang berbanding dengan tahun 2016. Jumlah guna tenaga yang terlibat dengan
penanaman padi adalah paling sedikit berbanding dengan jenis tanaman lain untuk kedua-dua tahun
tersebut. Pada tahun 2015 jumlah guna tenaga penanaman padi sebanyak 239.15 ribu orang, berlaku
peningkatan kepada 242.43 ribu orang pada tahun 2016.

Akibat daripada masalah harga getah telah menyebabkan berlaku pengurangan dalam bilangan
tenaga buruh. Pada tahun 2015, hanya 2321.22 ribu orang terlibat dengan penanaman getah. Setahun
kemudian, jumlah guna tenaga bagi penanaman ini meningkat sebanyak 88.82 ribu orang berbanding
dengan tahun sebelumnya. Bagi penanaman sayur-sayuran pula, menunjukkan bilangan guna tenaga
ketiga terbanyak dengan catatan 1758.5 ribu orang pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, jumlah guna
tenaga yang terlibat dengan penanaman sayur telah merosot kepada 1711.27 ribu orang setahun
kemudian.

Guna tenaga yang terlibat dengan penanaman lain mencatat jumlah guna tenaga sebanyak
1308.32 ribu orang pada tahun 2015. Bilangan ini berkurangan sebanyak 53.39 ribu orang pada
seterusnya. Kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada sektor pertanian, kerana sektor ini telah
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian


Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia, 2017)
70 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan jumlah penduduk di kawasan bandar-bandar utama tertentu di negara
kita pada tahun 2010 dan 2020.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut
menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun jumlah penduduk di
bandar-bandar utama ini tidak seramai jumlah penduduk di bandar-bandar utama dunia seperti Shanghai,
Tokyo, New York ataupun Mexico City, namun jumlah penduduk di beberapa buah bandar utama negara
ini jelas menunjukkan trend positif bagi sebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.

Trend kependudukan penduduk bandar di negara ini boleh dikesan berdasarkan kepadatan jumlah
penduduk di beberapa bandar utama. Bandar-bandar tersebut telah mencatatkan bilangan penduduk
seramai 4 775 812 orang pada tahun 2010. Bilangan ini diunjurkan meningkat sebanyak 3.122678 juta
orang menjelang tahun 2020. Trend peningkatan jumlah penduduk ini disebabkan migrasi penduduk dari
luar bandar ke bandar kerana faktor tolakan dan faktor tarikan.

Subang Jaya mendahului senarai bandar-bandar utama lain sebagai bandar yang diunjurkan
mencatatkan peningkatan jumlah penduduk paling drastik. Jumlah penduduk di bandar ini adalah seramai
423 338 orang pada tahun 2010. Bandar ini diunjurkan mencatatkan peningkatan jumlah penduduk
seramai 1 130 251 orang untuk sepuluh tahun yang akan datang. Kuala Lumpur pula diunjurkan
mencatatkan peningkatan jumlah penduduk pada kadar sederhana iaitu 177 811 orang menjadi 1 475 337
orang menjelang tahun 2020.

Jumlah penduduk di Klang dan Johor Bahru masing-masing mencatatkan 631 676 orang dan 630
603 orang pada tahun 2010. Angka ini diunjurkan meningkat masing-masing menjadi 1 113 851 orang
dan 916 409 orang menjelang tahun 2020.

Bandar Ampang Jaya, Ipoh, dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil populasi
penduduknya berbanding bandar-bandar utama yang disebut sebelum ini. Jumlah penduduk di ketiga-tiga
bandar ini berada dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang menjelang tahun
2020. Penduduk di Ampang Jaya pada tahun 2010 ialah seramai 475 253 orang . Angka ini kurang
seramai 98 788 orang berbanding jumlah penduduk di Ipoh tetapi mengatasi jumlah penduduk di Shah
Alam seramai 155 641 orang. Pada tahun 2020, unjuran jumlah penduduk di ketiga-tiga bandar utama ini
masing-masing ialah 804 901 orang, 704 572 orang, dan 671 282 orang. Penduduk di Kuching, ibu negeri
Sarawak melengkapkan data tentang jumlah penduduk di beberapa bandar utama yang paling padat
jumlah penduduknya bagi tempoh tahun yang diliputi.

Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara
yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)


71 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis indikator bagi tahun 2012 hingga
anggaran tahun 2016.

Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan
kejayaan pembangunan sosioekonomi negara.

Pada tahun 2012, pendapatan negara mencatatkan lebihan RM 30.495 bilion dan meningkat
sebanyak RM 20.071 bilion pada tahun berikutnya. Pada tahun 2014 pula, pendapatan negara terus
meningkat kepada jumlah RM 56.513 bilion. Pendapatan negara mencatatkan lebihan pada tahun 2015
iaitu mencatatkan peningkatan sebanyak RM 18.820 bilion dan dianggarkan meningkat sebanyak RM
37.226 pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2014.

Hasil perdagangan antarabangsa mencatatkan jumlah sebanyak RM 126.980 bilion pada tahun
2012 sebelum meningkat kepada RM 166.755 bilion pada tahun 2013. Dalam tempoh tiga tahun
berikutnya, hasil perdagangan antarabangsa menunjukkan peningkatan ynag drastik berbanding dengan
tahun 2013, iaitu masing-masing meningkat kepada RM 250.591 bilion, RM 264.955 bilion dan
dianggarkan RM 301.651 bilion.

Pada tahun 2013, peratusan perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) pada
harga semasa ialah 5.8%, iaitu bertambah sebanyak 0.4 berbanding dengan tahun 2012. Peratusan
perubahan bagi tahun 2014 ialah lebih 1.4 dari tahun 2012, sebelum menurun kepada 5%pada tahun 2015.
Sungguhpun demikian, peratusan ini dianggarkan meningkat semula kepada 5.9% pada tahun 2016.

Kadar nilai mata wang negara pada tahun 2012 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2014, kadar nilai mata wang meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini
terus meningkat dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2015 dianggarkan meningkat lagi sebanyak 0.5%
pada tahun 2016.

Kadar kemiskinan negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada setiap tahun
2012, 2014 dan 2015. Walaubagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada tahun 2013 tetapi
dijangka akan menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2016.

Petunjuk-petunjuk ekonomi ini menunjukkan keadaan ekonomi negara yang stabil selepas krisis
kewangan tahun 2009.
(Disesuaikan daripada Laporan Prospek Ekonomi, 2015)
72 Berdasarkan maklumat dalam petikan dibawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penagih dadah mengikut sektor pekerjaan dan cara pengambilan dadah di Malaysia pada tahun
2012.

Kerajaan mengistiharkan Dadah Musuh Nombor 1 Negara pada tahun 1983 apabila kegiatan
penagihan dadah amat serius dan membahayakan negara. Walaupun rekod menunjukkan penurunan kes
dadah namun, ancaman kepada rakyat dan negara mendesak kerajaan meningkatkan usaha membanteras
najis dadah.

Sepanjang tahun 2012 seramai 15 090 orang penagih dadah telah direkodkan walaupun berlaku
penurunan kes sebanyak 19.14% berbanding tahun 2011. Sektor pengurusan dan pentadbiran merupakan
sektor paling sedikit dan seramai 354 orang penagih dadah direkodkan. Sektor kedua tertinggi
merekodkan jumlah penagih ialah perkhidmatan dan perkeranian seramai 4415 orang berbanding sektor
buruh am dan teknikal yang paling ramai jumlah penagih dadah pada tahun 2012.

Sektor buruh am dan teknikal merekodkan jumlah penagih seramai 4509 orang. Kebanyakan
pekerja dalam sektor buruh am dan teknikal adalah pelajar lepasan sekolah yang bermasalah dan
menyambung belajar di institut kemahiran terdedah kepada pengaruh rakan. Sektor jualan dan peruncitan
mencatatkan jumlah penagih seramai 2131 orang. Kebanyakan penagih dalam sektor ini mudah mendapat
bekalan daripada pembekal barang jualan seperti rokok dan tembakau.

Pekerja industri dan perkilangan mencatatkan 3681 orang penagih dadah atau 24.39% daripada
jumlah keseluruhan penagih dadah pada tahun 2012. Seramai 15 090 orang yang dikesan menagih dadah
pada tahun 2012 menggunakan pelbagai cara mengambil dadah. Cara pengambilan dadah paling
direkodkan ialah dengan cara hidu dadah. Seramai 72.19% penagih dadah menggunakan cara ini dan
mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak AADK cara ini paling cepat dan terkesan kepada penagih.

Cara hisap merupakan amalan tradisional dan lazim diamalkan penagih dadah terutama penagih
baharu. Seramai 1 763 orang penagih menghisap dadah cara ini dan sukar dikesan tanpa bukti yang
kukuh. Pihak narkotik amat pakar dalam bidang mengesan penagih dan cara pengambilan dadah. Seramai
1 545 orang penagih menggunakan cara suntik untuk mengmabil dadah terutama penagih tegar yang
mahu cepat rasa kesan dadah.

Ramai penagih tidak gemar menggunakan cara telan kerana kesannya lambat dan penggunaanya
berulang kali dalam tempoh yang singkat. Cara ini hanya melibatkan 889 orang penagih pada tahun 2012
dan kebanyakan diamalkan oleh individu yang sering menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres
atau jiwa tidak tenteram.
(Sumber: disesuaikan daripada Laporan Agensi Dadah Kebangsaan
(AADK), Kementerian Dalam Negeri, Malaysia. 2014)
73 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kematian di
Malaysia mengikut punca kematian dan kaum pada tempoh yang dinyatakan.

Status kesihatan sesebuah masyarakat kebiasaannya tertumpu kepada insidens atau prevalen terjadinya
penyakit dan kematian, yang menggambarkan perkadaran kematian dalam kalangan penduduk.

Berdasarkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Bumiputera mencatatkan kadar
kematian yang tertinggi, khasnya kematian yang berpunca dari kemalangan. Bagi kaum Bumiputera,
kematian akibat penyakit Pheumonia mencatatkan 2327 orang pada tahun 2013. Bilangan ini
mencatatkan peningkatan pada tahun 2014, iaitu mencapai 31.93% daripada jumlah keseluruhan 7545
orang yang meninggal akibat Pheumonia. Penduduk kaum Cina yang meninggal akibat penyakit
Pheumonia mencapai 1238 orang pada tahun 2013 dan meningkat sebanyak 38 orang pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2013, penduduk kaum India yang meninggal akibat penyakit Pheumonia
direkodkan sebanyak 3632 orang.

Penyakit Septicaemia mencatatkan rekod kematian yang terendah. Bagi punca penyakit ini pada tahun
2013, kematian melibatkan kaum Bumiputera adalah 22 orang lebih tinggi berbanding kematian
melibatkan kaum Cina yang mencatatkan 471 orang. Jumlah keseluruhan kematian akibat penyakit
Septicaemia ialah 1356 orang pada tahun 2013. Pada tahun 2014, kematian akibat penyakit Septicaemia
yang melibatkan kaum India mencapai 423 orang. Kematian kaum Bumiputera akibat penyakit
Septicaemia pada tahun 2014 menurun sebanyak 11 orang berbanding tahun 2013. Pada tahun 2014,
jumlah kematian yang berpunca dari penyakit Septicaemia mencatatkan 1402 orang.

Penduduk yang meninggal akibat kemalangan mencatatkan kematian yang tertinggi dalam kalangan kaum
Bumiputera, iaitu masing-masing 3730 orang dan 3451 orang pada tahun 2013 dan tahun 2014. Bilangan
kematian penduduk kaum India akibat kemalangan adalah jauh lebih rendah berbanding kematian akibat
penyakit Pheumonia. Pada tahun 2013, kematian penduduk kaum India akibat kemalangan mencapai
7.17% daripada jumlah 6484 orang yang meninggal akibat kemalangan pada tahun tersebut. Pada tahun
berikutnya, kematian penduduk kaum India akibat kemalangan mencatatkan 6.99% daripada jumlah 6007
orang yang mati dalam kemalangan tahun berkenaan. Baki mangsa yang meninggal akibat kemalangan
terdiri daripada kaum Cina.

Pada keseluruhanya, jumlah kematian dalam kalangan kaum Bumiputera, Cina dan India direkodkan
15037 orang pada tahun 2013 dan meningkat menjadi 14954 orang pada tahun 2014.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari Perangkaan


Sebab Kematian Malaysia 2014,
Jabatan Perangkaan Malaysia.)
74 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan keluasan hutan mengikut jenis hutan simpan kekal dan negeri-negeri terpilih yang
masih memiliki hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia pada tahun 2017.

Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara
signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Adalah menjadi aspirasi kerajaan Malaysia untuk
memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara kekal sebagai kawasan
berhutan.

Hutan darat merangkumi jenis hutan yang paling luas iaitu 5.120 juta hektar daripada jumlah
keseluruhannya iaitu 10.672 juta hektar yang masih ada pada tahun 2017. Hutan yang luas ini menjadi
habitat hidupan liar yang sangat sesuai. Jumlah ini melebihi sebanyak 2.61 juta hektar daripada keluasan
hutan paya gambut yang ada.

Kesedaran masyarakat terhadap kelestarian hutan telah berjaya mengekalkan hutan paya laut
sebanyak 13.68 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan yang ada. Hutan ini telah menjadi lubuk
mencari rezeki bagi golongan nelayan dengan hasil tangkapan seperti siput laut dan sebagainya.
Manakala hutan simpan kekal selebihnya ialah hutan ladang Hutan ladang ini diusahakan untuk
mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai bahan mentah untuk industri kayu negara.

Negeri Selangor masih berupaya mengekalkan hutan simpan kekal iaitu sebanyak 20.35 peratus
daripada jumlah keseluruhannya. Keadaan ini telah berjaya mengimbangi alam sekitar di negeri tersebut
yang terkenal dengan industrinya. negeri Perak pula berjaya sebagai negeri yang paling banyak hutan
simpan kekal iaitu sebanyak 3.443 juta hektar. Jumlah ini melebihi sebanyak 1.675 juta hektar yang
dicatat oleh negeri Johor pada tahun tersebut.

Selain itu negeri Pahang juga mencatat jumlah keluasan hutan yang agak banyak. Dengan
kelebihan sebanyak 0.819 juta hektar berbanding negeri Johor, negeri Pahang mencatat negeri kedua
tertinggi keluasan hutan simpan kekal pada tahun tersebut. Manakala Negeri Sembilan merupakan negeri
yang paling sedikit hutan simpan kekalnya iaitu 6.58 peratus daripada keseluruhannya.

Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan oleh pihak berkenaan untuk
mengekalkan keluasan hutan agar kelestarian alam dapat dinikmati oleh semua makhluk di dunia ini.

(Diubahsuai daripada Jabatan Perhutanan


Semenanjung Malaysia,2018)
75 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penjanaan tenaga elektrik mengikut pelbagai sumber bagi tahun-tahun yang
dinyatakan

Penjanaan kuasa elektrik di negara semakin meningkat selaras pertambahan permintaan dalam
negara. Malahan kerajaan melalui pihak TNB dan pengusaha swasta sentiasa berusaha mencari sumber
alternatif bagi menjamin bekalan kuasa yang secukupnya. Selaras usaha ini, didapati penggunaan stesen
wap dan diesel terus berkurangan dan turbin gas pula mencatat pertambahan berterusan, iaitu lebih 1 122
juta kWj atau 2.9 peratus antara tahun 2014 hingga 2016.

Selaras dengan pelbagai usaha kerajaan, jumlah penjanaan kuasa elektrik meningkat kepada 62
242 juta kWj pada tahun 2016 berbanding 60 469 juta kWj pada tahun 2014. Jumlah kuasa pada tahun
2016 telah menurun sebanyak 322 juta kWj atau 0.5 peratus berbanding tahun 2015. Keadaan turun naik
ini turut terlihat pada penjanaan kuasa melalui stesen diesel dan stesen hidro.

Penjanaan kuasa elektik melalui stesen wap berkurangan secara konsisten menjadi 12 530 juta
kWj pada tahun 2016 berbanding 14 094 juta kWj pada tahun 2014. Sumber kuasa melalui stesen diesel
pula bertambah daripada 2 092 juta kWj pada tahun 2014 kepada 2 210 juta kWj pada 2016. Pada tahun
2014, penjanaan kuasa dengan cara hidro berjumlah 4 799 juta kWj dan penggunaan turbin gas pula
menghasil kan 38 878 juta kWj daripada jumlah kuasa tahun berkenaan.

Menjelang tahun 2015, penjanaan kuasa melalui stesen hidro ,turbin gas dan sumber-sumber lain
terus meningkat. Pertambahan paling ketara ialah penjanaan kuasa hidro yang meningkat sebanyak 2 660
juta kWj berbanding tahun sebelumnya. Penjanaan kuasa melalui turbin gas bertambah kepada 38 887
juta kWj atau 62.2 peratus daripada jumlah kuasa tahun 2015. Didapati peratusan kuasa turbin gas
merosot sedikit , iaitu 0.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penjanaan kuasa dengan cara stesen wap dan diesel mencatat kejatuhan pada tahun 2015. Jumlah
kuasa melalui stesen wap merosot kepada 13 586 juta kWj berbanding tahun sebelumnya. Penjanaan
kuasa melalui stesen diesel juga merosot sebanyak 97 juta kWj pada tahun 2015. Didapati kemerosotan
penggunaan stesen wap lebih ketara, iaitu merosot sebanyak 508 juta kWj berbanding tahun 2014.

Pada tahun 2016, penjanaan kuasa melalui stesen hidro menurun kepada 6 835 juta kWj
berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar terus bertambah
kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 40 000 juta kWj pada tahun 2016. Penggunaan sumber-sumber
lain bertambah ketara menjadi 667 juta kWj pada tahun 2016 berbanding 637 juta kWj dan 606 juta kWj
pada tahun 2015 dan 2014.

[Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia


2016,   Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia]
76 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
menunjukkan permintaan tenaga mengikut pelbagai sektor dan jenis sumber di Malaysia pada tahun
2015.

Sejak Malaysia memasuki era pembangunan dan pemodenan,permintaan sumber domestik


mencatat pertambahan ketara. Menjelang tahun 2015 ,permintaan tenaga dalam negara meningkat
kepada 1279.4 Petajoule, iaitu meningkat sebanyak 726.4 Petajoule atau 131.4 peratus berbanding tahun
2014. Selaras peningkatan ini,permintaan tenaga mengikut setiap sektor dan sumber turut meningkat dua
kali ganda dalam tempoh tersebut.

Pemintaan tenaga mengikut sektor melibatkan beberapa sektor utama dan sektor-sektor lain.
Permintaan tenaga bagi pertanian dan perhutanan mencatat angka 63.4 Petajoule. Bagi sektor
perlombongan dan kuari pula mencecah angka 50.0 Petajoule. Permintaan tenaga kedua sektor di atas
amat sedikit berbanding penggunaan tenaga dalam sektor pembuatan. Permintaan tenaga sektor
pembuatan menduduki tempat kedua selepas sektor pengangkutan.Penggunaan tenaga sektor pembuatan
meliputi lebih 38.2 peratus atau 488.7 Petajoule daripada jumlah tenaga tahun 2015.

Sektor pengangkutan menggunakan tenaga terbanyak dalam negara. Amaun tenaga digunakan
dalam sektor ini meliputi 38.3 peratus atau 490.1 Petajoule. Seterusnya permintaan dalam sektor komersil
pula sebanyak 53.3 Petajoule atau kurang 436.8 Petajoule berbanding sektor pengangkutan. Permintaan
tenaga sektor perumahan menduduki tempat ketiga dengan penggunaan tenaga sebanyak 64.4 Petajoule.
Akhir sekali , sebanyak 69.5 Petajoule tenaga digunakan dalam sektor-sektor lain pada tahun 2015.

Permintaan mengikut sumber pula terdiri daripada empat kategori. Petroleum menduduki tempat
teratas berbanding dengan sumber lain. Permintaan mengikut sumber petroleum berjumlah 777.5
Petajoule atau meliputi hampir 61 peratus daripada jumlah guna tenaga tahun 2015, iaitu sebanyak
1279.4 Petajoule.Permintaan tenaga mengikut sumber gas asli cecair [GAC] pula menduduki tempat
ketiga dengan nilai 188.1 Petajoule.

Sumber tenaga yang kedua utama di Malaysia ialah elektrik. Sumber ini meliputi hampir 17.3
peratus daripada jumlah tenaga dalam negara. Permintaan tenaga mengikut sumber elektrik mencecah
angka 221.8 Petajoule atau kurang sebanyak 555.7 Petajoule berbanding sumber petroleum. Permintaan
tenaga mengikut sumber arang dan arang batu mencatat angka terendah, iaitu 92.0 Petajoule atau kurang
8 peratus .

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada


                          Laporan Ekonomi 2015/2016)
77 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran peratus perubahan bilangan pensyarah di institusi pengajian tinggi Malaysia
dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menghasilkan graduan-graduan yang berkebolehan, oleh
itu negara memerlukan pensyarah yang terlatih dan berkebolehan.dalam bidang masing-masing. Jumlah
pensyarah di institusi pengajian tinggi Malaysia menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
Institusi pengajian tinggi Malaysia ini terdiri daripada universiti awam, institusi pendidikan guru,
politeknik dan kolej komuniti.

Bilangan pensyarah yang paling ramai adalah di universiti awam berbanding dengan institusi
pengajian tinggi lain. Walau bagaimanapun bilangan pensyarah ini menunjukkan pola tidak konsisten.
Pada tahun 2013, bilangan pensyarahnya adalah yang tertinggi iaitu seramai 30,759 orang. Bilangan ini
merupakan peningkatan sebanyak 2,697 orang daripada tahun 2012. Bilangan pensyarah di universiti
awam menurun berterusan pada tahun 2014 dan 2015 iaitu masing-masing menurun kepada 30,096 orang
dan 29,975 orang.

Pada tahun 2012, pensyarah institusi pendidikan guru seramai 3,225 orang. Institusi ini yang
melatih bakal-bakal guru untuk di tempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara. Setahun
kemudian pensyarah di institusi ini meningkat kepada 3,607 orang. Pensyarah di institusi pendidikan
guru juga menunjukkan trend menurun pada tahun 2014 dan 2015. Pada tahun 2014 bilangan
pensyarahnya seramai 3,323 orang dan terus merosot kepada 3,208 orang pada tahun 2015.

Bilangan pensyarah di politeknik menduduki tempat kedua banyak berbanding dengan empat
institusi pengajian tinggi Malaysia. Seramai 7,306 pensyarah di politeknik pada tahun 2012. Pada tahun
2013, bilanganyya seramai 7,256 orang dan berkurang lagi menjadi 7,177 orang pada tahun 2014. Pada
tahun 2015, bilangannya meningkat ke paras 7,391 orang. Peningkatan ini ekoran daripada penubuhan
politeknik METRO.

Kolej komuniti juga menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah. Walau
bagaimanapun bilangan pensyarah di kolej ini adalah yang paling rendah. Pada tahun 2013 bilangan
pensyarah seramai 2,780 orang. Bilangan ini melebihi seanyak 29 orang berbanding pensyarah tahun
2012. Pada tahun 2015, bilangannya meningkat kepada 2,724 orang berbanding tahun 2014 yang hanya
seramai 2,674 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan


Malaysia 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia)
78 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kawasan dan kumpulan umur pada tahun 2010.

Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah setiap tahun. Pertambahan ini adalah
disebabkan kelahiran dan juga disebabkan adanya permohonan daripada warganegara asing untuk
menjadi warganegara Malaysia. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan mereka tinggal di
kawasan bandar dan luar bandar.

Pada tahun 2010, penduduk yang berumur 0-9 tahun adalah seramai 5.09 juta orang, daripada
jumlah ini seramai 3.48 juta tinggal di bandar dan bakinya tinggal di luar bandar. Mereka yang tinggal di
kawasan bandar adalah seramai 3.77 juta orang adalah berumur antara 10 hingga 19 tahun. Bilangan ini
jauh lebih tinggi dengan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu hanya seramai 1.80 juta orang.
Kebanyakan golongan peringkat umur ini mereka masih lagi berada di bangku sekolah, sebahagiannya
mungkin sudah bekerja iaitu selepas tamat peperiksaan SPM.

Bilangan penduduk yang tinggal di bandar bagi mereka yang berumur 20-29 tahun adalah yang
paling tinggi iaitu seramai 3.90 juta orang iaitu melebihi sebanyak 1.17 juta orang berbanding dengan
mereka yang berumur 30-39 tahun yang tinggal di kawasan yang sama. Penduduk yang tinggal di
kawasan luar bandar bagi yang bermur 20-29 tahun hanyalah 1.40 juta orang sementara mereka yang
berumur 30-39 tahun seramai kurang 1000 orang untuk mencapai 1.00 juta orang.

Bilangan penduduk yang berumur 40-49 tahun, tinggal dikawasan bandar dan luar bandar adalah
masing-masing seramai 2.46 juta orang dan 920 ribu orang. Bilangan penduduk semakin berkurang
apabila umur semakin meningkat. Keadaan ini terbukti apabila mereka yang berumur 50-59 tahun dan
tinggal di kawasan luar bandar hanya seramai 730 ribu orang dan yang tinggal di kawasan bandar juga
semakin berkurang iaitu hanya seramai 1.71 juta orang.

Penduduk yang mencapai usia pencen iaitu mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah
seramai 2.25 juta orang. Daripada jumlah ini hanya 1.48 juta adalah yang tinggal di kawasan bandar,
sementara bakinya seramai 0.77 juta orang tinggal di kawasan luar bandar.

(Dipetik dan diubah suai daripada


http://www.statistics.gov.my)
79 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan sebuah graf yang sesuai bagi menunjukkan jumlah
tangkapan ikan mengikut jenis dan jumlah nilai tangkapan ikan bagi tahun 2003 hingga tahun 2008.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memberikan khidmat kepada para nelayan
ataupun penternak-penternak ikan semasa dari segi bantuan moral, nasihat dan kepakaran bahkan juga
teknologi. Jumlah hasil tangkapan ikan negara sentiasa berubah-ubah bergantung kepada keadaan cuaca.
Hasil tangkapan dari jenis perikanan marin menunjukkan kadar terbanyak berjumlah 1283.26 ribu tan
metrik pada tahun 2003. Hasil tangkapan ikan jenis akuakultur pula berjumlah 196.87 ribu tan metrik.
Hasil tangkapan ikan pada tahun 2004 meningkat kepada1533.87 ribu tan metrik dengan hasil akuakultur
juga meningkat kepada 202.22 ribu tan metrik. Nilai tangkapan pada tahun 2004 juga meningkat
sebanyak RM 213.99 juta berbanding dengan tahun 2003 yang berjumlah RM 5185.92 juta.

Pada tahun 2005, hasil tangkapan ikan marin merosot sedikit sebanyak 122.02 ribu tan metrik
berbanding dengan tahun sebelumnya. Dengan itu, jumlah tangkapan ikan tahun tersebut juga merosot
sebanyak 117.05 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2004. Nilai tangkapan juga merosot dengan
hasil tangkapan marin berjumlah RM 4017.52 juta dan akuakultur berjumlah RM 1196.01 juta.

Tahun 2006 memperlihatkan peningkatan terhadap hasil tangkapan jenis perikanan marin yang
berjumlah 1379.77 ribu tan metrik dan akuakultur juga meningkat kepada 212.03 ribu tan metrik. Nilai
tangkapan juga bertambah sebanyak 19.5 peratus atau RM 6231.07 juta.

Jumlah tangkapan ikan terus meningkat kepada 1649.88 ribu tan metrik dan 1732.38 ribu tan
metrik pada tahun 2007 dan 2008. Hasil tangkapan jenis akuakultur terus meningkat masing-masing
kepada 268.51 ribu tan metrik dan 281.94 ribu tan metrik. Nilai tangkapan juga meningkat pada kedua-
dua tahun 2007 dan 2008 dengan jumlah RM 6394.84 juta dan RM 6717.3 juta atau 5.04 peratus.

(Disesuaikan daripada Buku Perangkaan Pertanian, 2008)


80 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan
perangkaan eksport utama mengikut seksyen barangan pada tahun 2009 dan tahun 2011.

Eksport negara meliputi barangan makanan, lemak, bahan kimia dan barangan keluaran kilang.
Jumlah eksport barangan utama pada tahun 2009 berjumlah RM 545 547 juta. Eksport barangan makanan
berjumlah RM 15 790.1 juta atau 2.9 peratus. Bahan mentah tidak boleh dimakan dieksport dengan nilai
RM 13 157.1 juta dan bahan api galian berjumlah RM 79 508.1 juta.

Minyak dan lemak binatang dieksport dengan nilai RM 43 641.0 juta berbanding dengan eksport
bahan kimia yang berjumlah RM 33 263.4 juta atau 6.1 peratus. Negara mengeksport jentera dengan nilai
paling tinggi berjumlah RM 258 628.0 juta atau 47.4 peratus. Eksport barang-barang keluaran kilang
lebih tinggi sebanyak RM 16 093 juta berbanding dengan eksport bahan-bahan kimia.

Eksport barangan keluaran kilang lain meningkat kepada RM 64 692.1 juta pada tahun 2011.
Eksport makanan meningkat sebanyak RM 4770.8 juta berbanding dengan tahun 2009. Bahan mentah
tidak boleh dimakan dan minyak dan lemak binatang juga meningkat kepada RM 24 840.4 juta dan RM
73 252.3 juta masing-masing. Bahan api galian meningkat lebih satu kali ganda

kepada RM 123 203.6 juta. Negara paling banyak mengeksport jentera yang diperlukan dalam sektor
pembinaan, pembuatan dan pertanian. Untuk itu, negara mengeksport jentera dengan jumlah RM 269
305.4 juta.

Jumlah eksport negara pada tahun 2011 berjumlah RM 687 225 juta dengan RM 65 161.5 juta
hasil eksport barang-barang keluaran kilang.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)


81 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkanpelbagai eksport Malaysia dan rakan dagangannya pada tahun 2011.

Eksport kasar Malaysia telah menunjukkan peningkatan daripada tahun 2010 kepada RM4982
juta pada tahun 2011. Produk Malaysia dieksport ke negara-negara terpilih seperti Asia Timur, ASEAN,
Eropah dan Amerika Syarikat.

Barangan elektronik merupakan produk yang mendapat sambutan iaitu sebanyak RM2309 juta
pada tahun tersebut. Seterusnya, keluaran kelapa sawit yang mendominasi sektor pertanian negara telah
mencapai eksport sebanyak 19.8 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun 2011 iaitu
berjumlah RM987 juta, dan pada masa yang sama eksport gas asli cecair (LNG) terus menunjukkan
prestasi yang baik, iaitu meningkat kepada RM785 juta.

Petroleum mentah yang merupakan antara eksport utama negara terus meningkat kepada RM655
juta, sementara keluaran kayu pula mengalami sedikit pengurangan eksport, iaitu hanya berjumlah
RM246 juta. Perdagangan luar negara Malaysia telah mencatatkan lebihan dagangan bernilai RM12.6
bilion dan keadaan ini merupakan bulan ke-160 lebihan dagangan dicatatkan sejak November 1997.

Sementara itu, Singapura terus mengimport produk negara kita, iaitu mencecah RM756 juta,
manakala Jepun terus mengimport barang Malaysia yang tertinggi, iaitu berjumlah RM1419 juta dan
India pula menjadi negara pengimport produk negara yang meningkat iaitu berjumlah RM921 juta
berbanding tahun sebelumnya. Indonesia negara kedua tertinggi mengimport produk Malaysia, iaitu
sebanyak RM 1201 juta, dan seterusnyanegara China pula mengimport sebanyak RM685 juta.

Malaysia terus melakukan anjakan eksport ke tahap yang membanggakan untuk merealisasikan
hasrat negara untuk mencapai negara maju yang seimbang. Lonjakkan kemajuan negara ini hakikatnya
mampu menaikkan taraf negara pada peringkat global.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Perdagangan Luar Negara Malaysia,Februari 2011)
82 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
peratus perubahan aliran nilai perolehan sektor pembuatan mengikut produk keluaran kilang bukan
berasaskan sumber di Malaysia antara tahun 2000, 2005, 2010 dan 2015.

Pembangunan ekonomi negara dijana oleh beberapa sektor ekonomi utama terutama sektor
pembuatan. Kerajaan telah berjaya mentransformasikan ekonomi negara berasaskan pertanian dan
komoditi kepada berasaskan industri. Sektor pembuatan secara umumnya melibatkan barang dan
perkhidmatan dan terbahagi kepada berasaskan sumber dan bukan berasaskan sumber.

Bagi produk kilang bukan berasaskan sumber dalam sektor pembuatan produk tekstil, pakaian
dan keluaran kulit mencatatkan nilai perolehan paling rendah pada tahun 2000 sebanyak RM 2324 juta
dan nilai produk ini menurun sedikit kepada RM1818 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun pada
tahun 2010 perolehan produk ini telah meningkat kepada RM 2040 juta, begitu juga pada tahun 2015
telah meningkat sebanyak RM 125 juta berbanding perolehan pada tahun 2000.
Pada tahun 2000, produk sektor keluaran logam mencatatkan nilai sebanyak RM 2879 juta.
Namun, pada tahun 2005 mengalami peningkatan dengan nilai perolehan berjumlah RM 4560 juta,
manakala nilai perolehan pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 4189 juta. Sektor ini
mencatatkan peningkatan nilai perolehan kepada RM 5981 juta pada tahun 2015. Permintaan dan
kejatuhan harga besi dan keluli mempengaruhi nilai perolehan keluaran logam.

Produk elektronik pula menyumbang kepada peningkatan nilai perolehan walaupun sektor
pembuatan mengalami pertumbuhan negatif pada tahun 2001. Sektor elektronik mencatatkan nilai
perolehan sebanyak RM 23 043 juta pada tahun 2005 berbanding RM 19 863 juta pada tahun 2000.
Produk ini terus meningkat kepada RM 37 702 juta pada tahun 2015 berbanding RM 33 309 juta pada
tahun 2010. Peningkatan nilai ini didorong oleh permintaan yang tinggi dari negara Amerika Syarikat dan
Asia Pasifik.

Pada tahun 2000 produk kelengkapan pengangkutan dan sebahagian besar pertumbuhannya
dijana daripada industri automotif terutama keperluan alat ganti kenderaan, secara langsung
meningkatkan nilai perolehan produk tersebut. Pada tahun 2015 mencatatkan nilai perolehan sebanyak
RM 18 044 juta. Pada tahun 2010 mencatatkan nilai sebanyak RM 15 544 juta, manakala pada tahun 2000
nilai perolehan produk ini sebanyak RM 7417 juta dan bertambah kepada RM 10 667 juta pada tahun
2005.

Dalam tempoh menjelang tahun 2020, kerajaan mengkhususkan tumpuan kepada mempertingkat
sektor pembuatan ke arah aktiviti yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi dan meningkatkan
keupayaan dalam penyediaan perkhidmatan berkaitan pembuatan.

(Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Unit


Perancang Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, KL, 2015)
83 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
menunjukkan perbelanjaan pelancong antarabangsa mengikut jenis di Malaysia pada tahun 2015 dan
tahun 2016.

Pada tahun 2016, Malaysia telah menerima seramai 26.8 juta pelancong antarabangsa berbanding
tahun 2015 yang berjumlah 25.7 juta. Pelancong yang datang ini sudah pastinya akan berbelanja di
Malaysia. Perbelanjaan pelancong antarabangsa untuk tahun 2016 telah meningkat sebanyak 18.8%
kepada RM82.1 bilion berbanding RM69.1 bilion pada tahun 2015.

Sebahagian besar perbelanjaan pelancong antarabangsa ini untuk membeli-belah. Pada tahun
2015 perbelanjaan pelancong antarabangsa adalah sebanyak RM21.6 bilion dan perbelanjaan ini telah
meningkat kepada 31.67% pada tahun 2016. Pelancong antarabangsa juga telah membelanjakan
sebanyak RM18.3 bilion untuk penginapan pada tahun 2015. Perbelanjaan ini telah meningkat sebanyak
RM2.1 bilion pada tahun 2016 menjadi RM20.4 bilion.

Pelancong antarabangsa begitu tertarik dengan makanan dan minuman di negara kita. Mereka
juga telah berbelanja sebanyak RM10.7 bilion pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan peningkatan
sebanyak RM2.2 bilion berbanding tahun 2015. Perbelanjaan untuk tahun 2015 hanyalah RM8.5 bilion.
Pelancong antarabangsa telah menggunakan pengangkutan tempatan untuk bergerak dari satu destinasi ke
destinasi yang lain. Mereka menggunakan pengangkutan tempatan dengan perbelanjaan sebanyak RM5.0
bilion pada tahun 2015 dan meningkat kepada RM5.4 bilion pada tahun 2016.

Pelancong antarabangsa juga telah menggunakan wangnya untuk lain-lain perbelanjaan seperti
mereka berbelanja untuk hiburan, perubatan dan kegiatan sukan. Pada tahun 2015, pelancong ini telah
berbelanja sebanyak RM15.7 bilion. Pada tahun 2016, perbelanjaan ini telah menokok sebanyak 24.84%
menjadi RM19.6 bilion.

Perbelanjaan pelancong antabangsa di negara kita ini adalah merupakan hasil pendapatan negara.
Oleh itu kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi menarik minat warga asing untuk melancong ke
Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan


Tahunan Tourism Malaysia, Tahun 2016)
84 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan keluasan bertanam dan aliran hasil pengeluaran tanaman herba mengikut negeri-negeri
terpilih di Semenanjung Malaysia dari tahun 2016 hingga jangkaan tahun 2018.

Pencapaian hasrat menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi memerlukan
sumbangan yang lebih signifikan daripada semua sektor ekonomi termasuk industri agromakanan.
Tanaman herba juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam
bidang industri agromakanan. Usaha ini akhirnya dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani yang
berpendapatan tinggi.

Negeri Johor merupakan negeri yang paling luas mengusahakan tanaman herba. Pada tahun
2016, tanaman heba di negeri ini seluas 260 hektar, terus meningkat kepada 395 hektar pada tahun 2017.
Pada tahun 2018, keluasan bertanam untuk tanaman herba dijangka kekal sebagaimana tahun 2017.
Kawasan bertanam di negeri Kedah adalah yang kedua tertinggi. Kawasan bertanam herba pada tahun
2017 adalah seluas 170 hektar, keluasan ini merupakan satu penurunan seluas 70 hektar berbanding tahun
2016. Pada tahun 2018, keluasannya dijangka meningkat kepada 172 hektar.

Jumlah = RM69.1 bilion


Negeri Kelantan merupakan keluasan bertanam yang paling rendah. Pada tahun 2018, keluasan
bertanam dijangka tidak berubah sebagaimana tahun 2017 iaitu seluas 123 hektar. Keluasan ini
merupakan satu peningkatan, iaitu pada tahun 2016 keluasan bertanam hanyalah 83 hektar. Keluasan
bertanam herba di negeri Perak adalah seluas 457 hektar pada tahun 2016. Keluasan ini telah luak kepada
378 hektar pada tahun 2017 dan jangkaan tahun 2018.

Keluasan bertanam herba yang berbeza-beza ini juga telah menyebabkan pengeluarannya juga
berbeza. Pada tahun 2016 dan 2017, pengeluaran herba di negeri Johor masing-masing sebanyak 1,624
tan metrik dan 2,316 tan metrik. Pengeluarannya dijangka meningkat walaupun keluasan bertanam kekal,
peningkatannya hanya sebanyak 7 tan metrik. Pengeluaran herba di negeri Kelantan hanya 658 tan
metrik pada tahun 2016 dan pengeluaran ini telah menurun kepada 645 tan metrik pada tahun 2017.
Penurunan ini berlaku kerana serangan serangga perosak. Walau bagaimanapun, pengeluarannya dijangka
meningkat pada tahun 2018 iaitu sebanyak 2 tan metrik sahaja.

Pada tahun 2017, pengeluaran tanaman herba di Kedah sebanyak 563 tan metrik. Keadaan ini
menunjukkan penurunan yang agak ketara kerana pada tahun 2016 pengeluarannya sebanyak 1,338 tan
metrik. Dijangka pengeluarannya sebanyak 564 tan metrik pada tahun 2018. Pengeluaran herba di negeri
Perak berada dalam keadaan tidak menentu iaitu tahun 2016 sebanyak 1,419 tan metrik dan menurun
kepada 1,040 tan metrik pada tahun 2017 dan dijangka bertambah sebanyak 3 tan metrik pada tahun
2018.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Booklet
Statistik tanaman (Sub-sektor Tanaman
Makanan), Jabatan Pertanian. Tahun 2018)

85 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk membandingkan
sumbangan pendapatan antara sektor mengikut negeri terpilih di Malaysia pada tahun 2014, 2015 dan
tahun 2016.

Negeri Selangor dan negeri Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju yang memberikan
tumpuan utama kegiatan ekonomi terutama dalam bidang pembuatan. Walau bagaimanapun, sektor
pertanian juga turut diberi perhatian oleh kerajaan dalam usaha menjadikan negeri ini terus maju ke
hadapan.

Negeri Selangor pada tahun 2014, sektor pertanian telah menyumbangkan pendapatan sebanyak
RM4317 juta dan dijangka terus meningkat kepada RM5200 juta pada tahun 2016. Peningkatan ini
adalah selaras dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan penduduk terutamanya
mereka yang tinggal di luar kawasan luar bandar. Kerajaan Pulau Pinang juga turut memberi perhatian
kepada sektor ini, terutamanya bagi kawasan yang terletak di Seberang Perai. Pada tahun 2014,
sebanyak RM1467 juta telah disumbangkan oleh sektor ini, dan dijangka meningkat sebanyak RM213
juta pada tahun 2016. Jangkaan peningkatan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk tidak
meminggirkan rakyat yang berada di kawasan pedalaman. Pada tahun 2015, pungutan kerajaan negeri
Selangor dalam sektor ini jauh mengatasi pungutan yang diperolehi oleh kerajaan Pulau Pinang iaitu
sebanyak RM2858 juta. Sektor pertanian ini telah menyumbangkan RM4350 juta kepada pendapatan
negeri Selangor pada tahun berkenaan.

Sektor pembuatan merupakan tonggak kepada kemajuan sesebuah negeri. Pelbagai dasar telah
dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi meletakkan negeri ini sebagai negeri termaju di
Malaysia. Pada tahun 2014, sektor pembuatan telah menyumbang sebanyak RM66 340 juta kepada
pendapatan negeri. Pendapatan ini jauh mengatasi pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan Pulau
Pinang sebanyak RM35 537 juta pada tahun berkenaan. Pada tahun 2015, sumbangan sektor pembuatan
di Selangor telah meningkat sebanyak RM3 512 juta berbanding dengan pendapatan tahun sebelumnya,
manakala pendapatan bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM32 886 juta iaitu peningkatan
sebanyak RM2 083 juta berbanding tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2016, sektor ini dijangka
menyumbang pendapatan bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak RM75 676
juta dan RM45 000 juta.

Peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh kedua-dua sektor ini membuktikan kejayaan segala
dasar yang telah dilaksanakan bagi memperteguhkan sumbangan pendapatan kerajaan masing-masing.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Malaysia,


Rancangan Malaysia Ke-Sebelas, 2016-2020)
86 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan barangan eksport Malaysia dan komponen negara pengimport bagi tahun 2016.

Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama lembap dan persaingan


dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport Malaysia meningkat dengan pesat untuk mencatat
pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2 bilion pada tahun 2016.
Pertumbuhan yang pesat disebabkan oleh pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga yang lebih
tinggi.

Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama bagi eksport
Malaysia pada tahun 2016, yang merupakan 55 peratus daripada jumlah eksport negara. Amerika
Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport yang kedua terbesar dengan jumlah pembelian
meningkat dengan kukuh sebanyak 27.8 peratus kepada RM 24.6 bilion, iaitu sebanyak 20.3 peratus
daripada jumlah eksport Malaysia. Sementara itu, Singapura kekal sebagai pengimport terbesar barangan
Malaysia dengan jumlah pembelian meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM 26.3 bilion pada tahun
2016. Eksport ke Jepun pulih semula untuk meningkat kepada 13.0 peratus pada tahun 2016. Walaupun
ekonomi Jepun berada dalam keadaan kemelesetan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti
pengeluaran syarikat pelbagai negara ke Malaysia .

Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EC) sebagai satu kumpulan meningkat kepada RM
17.6 bilion pada tahun 2016. United Kingdom merupakan pembeli dalam kalangan Negara-negara EC,
iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi eksport Malaysia yang lebih baik ke EC disebabkan pemulihan
ekonomi yang sederhana di United Kingdom dan Belanda. Kebanyakan eksport Malaysia ke EC terdiri
daripada barang perkilangan seperti jentera, perkakas elektrik, komponen elektrik dan tekstil. Eksport
Malaysia yang selebihnya adalah ke negara-negara lain.

Sepanjang tahun 2016, pendapatan eksport yang lebih telah dicatat bagi hampir ke semua kategori
barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran petroleum, jentera, perkakas elektronik dan
barang komponen elektronik. Ini menyebabkan barang perkilangan kekal sebagai barangan utama
pendapatan eksport Malaysia. Sumbangannya terus meningkat sebanyak 26.0 peratus kepada RM 90.0
bilion.

Dalam sektor pertanian , pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih sederhana iaitu
sebanyak 1.6 peratus kepada RM 18.6 bilion. Ini mencerminkan penerimaan eksport yang lebih tinggi
daripada kayu siap bergergaji dan minyak sawit. Pendapatan yang lebih tinggi disebabkan oleh
permintaan luar negara yang kukuh, terutamanya dari Asia.

Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum dan gas asli terus merosot sebanyak
11.4 peratus kepada 11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh perolehan daripada
petroleum mentah dan timah adalah lebih rendah. Pendapatan daripada eksport petroleum mentah merosot
selama tiga tahun berturut-turut. Ini selaras dengan arah aliran yang menurun bagi harga minyak mentah
dunia. Harga minyak mentah antarabangsa yang lebih rendah ini disebabkan oleh pengeluaran yang
berlebihan oleh OPEC. Pendapatan eksport selebihnya diperoleh daripada barangan lain.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara, 2015)

87 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 2001 dan
2005.

Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan untuk masa
tua. Pekerja yang berumur 16 tahun merupakan pencarum yang paling muda. Dalam tempoh lima tahun,
bilangan pencarum KWSP telah meningkat kepada lebih 10 juta orang, iaitu daripada 9.93 juta orang
pada tahun 2001 kepada 10.6 juta orang pada tahun 2005.

Pencarum KWSP dapat digolongkan kepada lapan kumpulan umur, iaitu kumpulan umur 16-25
tahun, 26-30 tahun, 31-35 tahun, 36-40 tahun, 41-45 tahun, 46-50 tahun, 51-55 tahun, dan 55 tahun ke
atas. Umumnya, bilangan pencarum semakin merosot apabila kumpulan umur semakin meningkat. Pada
tahun 2001 dan 2005, pekerja dalam kumpulan umur 16-25 tahun adalah yang paling banyak mencarum
dengan bilangan masing-masing sebanyak 2.41 juta orang dan 2.38 juta orang.

Pada tahun 2005, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 26-30 tahun telah meningkat
sebanyak 80 000 ribu orang kepada 1.71 juta orang berbanding dengan tahun 2001. Dalam tempoh yang
sama, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 31-35 tahun telah meningkat kepada 1.56 juta orang.

Sementara itu, bagi kumpulan umur 36-40 tahun, bilangan pencarum telah meningkat sebanyak
110 ribu orang atau 8.59% pada tahun 2005 berbanding dengan 1.28 juta orang pada tahun 2001.
Bilangan pencarum bagi kumpulan umur 41-45 tahun pula telah meningkat sebanyak 160 ribu orang pada
tahun 2005 menjadi 1.25 juta orang, manakala bilangan pencarum bagi kumpulan umur 46-50 tahun telah
meningkat sebanyak 20 ribu orang kepada 1.03 juta orang.

Seterusnya, bagi kumpulan umur yang lebih tinggi, bilangan pencarum kurang daripada 1 juta
orang. Pada tahun 2001, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun dan kumpulan umur 55
tahun ke atas masing-masing ialah 0.52 juta orang dan 0.54 juta orang. Dalam tempoh empat tahun
berikutnya, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun telah bertambah sebanyak 170 ribu
orang, manakala bilangan pencarum yang berumur melebihi 55 tahun meningkat sedikit sebanyak 50 ribu
orang.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan


Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)
88 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah pelajar pendidikan jarak jauh mengikut kursus yang ditawarkan di universiti-
universiti terpilih pada tahun 2007

Bagi menambahkan jumlah golongan yang berpendidikan tinggi dalam negara ini, mulai tahun
2007, semua universiti awam di negara ini telah menawarkan kursus pendidikan jarak jauh kepada pelajar
yang layak.

Kursus Sains Kemasyarakatan menawarkan tempat yang paling banyak berbanding kursus lain.
Seramai 4024 orang ditawarkan mengikuti kursus ini. Kursus dalam Teknologi Maklumat, pula
ditawarkan kepada 2943 orang. Disebabkan ramai ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan,
maka kursus yang berkaitan dengan pendidikan menawarkan tempat kepada sejumlah 3142 orang, iaitu
melebihi tawaran kursus Teknologi Maklumat sebanyak 199 tempat. Kursus dalam bidang Komunikasi
Massa pula ditawarkan kepada 2489 orang, manakala selebihnya diperuntukkan untuk kursus-kursus lain.

Seramai 13602 pelajar setakat ini telah mendaftar di 4 buah universiti yang menyediakan pelbagai
kursus dalam program pendidikan jarak jauhnya. Daripada jumlah ini, sebanyak 3573 orang pelajar
berdaftar di Universiti Malaya. Kebanyakan mereka mengikuti kursus dalam bidang Sains
Kemasyarakatan dan Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia mencatat angka yang tertinggi iaitu
4029 orang, 456 orang lebih daripada jumlah yang ditawarkan oleh Universiti Malaya. Manakala
Universiti Sains Malaysia yang telah memulakan program ini dengan nama “Kursus Luar
Kampus,”mencatat jumlah kedua tertinggi, iaitu sebanyak 3933 orang, sementara Universiti Putra
Malaysia mengambil jumlah pelajar yang kurang sebanyak 47.44% berbanding dengan jumlah tawaran
oleh Universiti Sains Malaysia.

Dijangkakan jumlah itu akan meningkat tahun demi tahun memandangkan permintaan terhadap
pendidikan jarak jauh amat menggalakkan.

(Disesuaikan daripada Buletin Suku Tahunan


Universiti Malaya, Julai 2007)
89 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan nilai pinjaman yang diberikan oleh Agro Bank Malaysia Berhad kepada usahawan muda
mengikut jenis perniagaan dan jenis skim pinjaman yang ditawarkan pada tahun 2013.

Agro Bank bukan sahaja memberikan perkhidmatan nasihat dalam perkara-perkara teknikal tetapi
juga memberikan jaminan kredit kepada usahawan pertanian yang sering berhadapan dengan masalah
ketiadaan penjamin dalam permohonaian pinjaman mereka kepada pihak bank.

Jumlah pinjaman yang diberikan oleh Agro Bank pada tahun 2013 bernilai RM3007.6 juta.
Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1 peratus berbanding dengan tahun 2012, dengan
bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8,452 orang. Daripada jumlah RM3,007.6 juta itu, sebanyak
RM1,822.09 juta diberikan kepada usahawan muda yang menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan
yang mendapat pinjaman untuk jenis perniagaan ini ialah yang paling banyak, iaitu 5,624 orang.

Usahawan muda yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan
golongan kedua terbanyak yang menerima pinjaman daripada bank ini, iaitu bernilai RM766.11 juta.
Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula mencatatkan nilai yang terkecil, iaitu hanya
RM28.81 juta. Jumlah yang selebihnya ialah pinjaman kepada usahawan muda yang menjalankan
perniagaan lain.

Skim pinjaman yang diberikan oleh Agro Bank pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima
skim, iaitu Skim Pinjaman Utama Baharu, Skim Pinjaman Laluan Terus, Skim Pinjaman Anjal, Skim
Pinjaman Jaminan Usahawan Muda Kecil, dan Skim Pinjaman Lain. Skim Pinjaman Utama Baharu
mencatatkan angka tertinggi dari segi nilai pinjaman, iaitu RM 1,061.68 juta, diikuti oleh Skim Pinjaman
Laluan Terus yang mencatat nilai sebanyak RM962.88 juta. Skim Pinjaman Anjal pula mencatat 27.14
peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pinjaman yang diberikan oleh bank, manakala Skim Pinjaman
Usahawan Muda Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah yang selebihnya ialah nilai pinjaman
yartg diberikan kepada Skim Pinjaman Lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada


Majalah Dewan Perniagaan Malaysia, November 2013)
90 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan bilangan kes penganiayaan kanak-kanak di beberapa buah negeri terpilih di
Malaysia dari tahun 2008 hingga 2012.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia telah menunjukkan bahawa kes penganiayaan kanak-
kanak di Malaysia mengalami pola yang tidak konsisten dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012.
Kanak-kanak memang merupakan golongan yang tidak pandai bersuara, maka masyarakat haruslah
prihatin untuk membantu pihak penguatkuasa untuk membendung gejala ini daripada bertambah buruk.

Antara negeri yang menunjukkan kadar penganiayaan kanak-kanak yang paling tinggi ialah
negeri Selangor. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan
penjaga. Pada tahun 2008, bilangan kes yang berlaku ialah sebanyak 40 kes, dan telah bertambah
sebanyak 9 kes pada tahun berikutnya. Dua tahun berikutnya, jumlah kes telah menurun sedikit, iaitu
menjadi 43 kes pada tahun 2010 dan 34 kes pada tahun 2011. Sebaliknya, keadaan menjadi paling buruk
pada tahun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 22 kes.

Negeri Sabah juga menunjukkan kes penganiayaan kanak-kanak yang tidak sihat. Pada tahun
2008, bilangan kes yang dilaporkan ialah sebanyak 27 kes dan telah meningkat sedikit menjadi 28 kes
pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, keadaan bertambah baik dengan penurunan sebanyak 50 peratus.
Dua tahun berikutnya, bilangan kes telah bertambah baik kerana kes yang dilaporkan menunjukkan trend
konsisten, iaitu kekal 11 kes setiap tahun.

Sejumlah 23 kes penganiayaan kanak-kanak telah dilaporkan di negeri Johor pada tahun 2008.
Pihak tertentu telah berjaya mengurangkan kes yang berlaku bagi tiga tahun berturut-turut, iaitu daripada
jumlah 20 kes pada tahun 2009 menjadi 12 kes pada tahun 2011. Pada tahun 2010, jumlah kes yang
tercatat adalah sebanyak 14 kes. Malangnya, kes penganiayaan yang berlaku telah bertambah sekali lagi
pada tahun 2012 kepada 14 kes.

Pada tahun 2008, negeri Perak, Kedah, dan Pahang masing-masing telah mencatatkan bilangan
kes, iaitu sebanyak 11 kes, 7 kes, dan 7 kes. Untuk tiga tahun berikutnya, negeri Kedah telah mengalami
perubahan dalam kes penganiayaan, iaitu kekal sebanyak 8 kes bagi setiap tahun, sebelum bertambah
menjadi 15 kes pada tahun 2012. Negeri Perak telah berjaya mengurangkan kes-kes ini pada tahun pada
2009, hanya 2 kes dicatatkan. Keadaan bertambah buruk pada tahun 2010 kerana kes telah bertambah tiga
kali ganda menjadi 6 kes, sebelum bilangan kes telah menurun sebanyak 50 peratus, menjadi 3 kes pada
tahun 2011. Keadaan ini tidak berkekalan kerana jumlah kes sekali lagi telah bertambah menjadi 7 kes
pada tahun 2012.

Bagi negeri Pahang, setelah mencatatkan 7 kes pada tahun 2008, tidak banyak perubahan
untuk dua tahun berikutnya, iaitu masing-masing mencatatkan 6 kes dan 7 kes, tetapi untuk dua tahun
yang berikutnya, kes penganiayaan telah berjaya dikurangkan. Pada tahun 2011, jumlah kes yang
dicatatkan ada sebanyak 3 kes sahaja manakala pada tahun 2012, sebanyak 5 kes telah berlaku, iaitu
pertambahan sebanyak 2 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.
(Dipetik dan disesuaikan daripada
Laporan Siasatan Jenayah 2013, Polis Diraja Malaysia)

91 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport dan
import Malaysia dengan Amerika Syarikat serta aliran imbangan dagangan antara dua buah negara
tersebut bag itempoh yang dinyatakan .

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang penting nilai dagangan yang dicatat
dari tahun 2004 hingga tahun 2009 menunjukkan angka yang besar . Sepanjang tempoh enam tahun yang
dinyatakan ,jelas bahawa imbangan dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat sentiasa mencatat nilai
lebihan .

Pada tahun 2004 ,jumlah ekport adalah sebanyak RM 90 182 juta , bebanding dengan jumlah
import bernilai RM 57810 juta , iaitu menunjukkan imbangan dagangan yang mencatatkan lebihan . Pada
tahun berikutnya ,jumlah eksport bertambah sebanyak RM 14 851 juta, tetapi disebabkan jumah import
menurun , maka jumlah lebihan dagangan pada tahun itu terus meningkat sebanyak RM 16 743 juta
berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2006 ,jumlah import bertambah sebanyak RM4335 juta
berbanding dengan tahun sebelumnya , manakala jumlah eksport meningkat sebanyak RM 5312 juta atau
5.06% berbading dengan 2005 . Keadaan ini telah menyebabkan jumlah imbangan dagangan juga
bertambah .

Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun yang seterusnya mencatatkan angka
yang lebih tinggi daripada peningkatan importnya iaitu pertambahan sebanyak RM 8090 juta ,berbanding
dengan peningkatan import yang bernilai RM 4635 juta . Keadaan yang positif ini berterusan pada
tahun2008 dan 2009 .Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM 125
550 juta ,dengan nilai imbangan dagangannya berjumlah RM 56,115 juta . Bagi tahun yang berikutnya
,nilai eksport , import dan imbangan dagangan masing-masing meningkat sebanyak RM 6545 juta , RM
5220 juta dan RM 1325 juta berbanding dengan tahun 2008 .

Jika usaha terus dilaksanakan untuk mencari pasaran baru produk-produk baharu di negara
tersebut ,kita yakin bahawa Amerika Syarikat akan terus menjadi rakan dagang yang utama bagi
Malaysia .
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia ,2010)
92 Berdasarakan petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan jumlah ahli
professional berdaftar terpilih dan ahli professional berdaftar di negeri-negeri terpillih pada tahun 2002 .

Tenaga kerja professional berdaftar pada tahun 2001 berjumlah 81023 orang dan meningkat
sebanyak 3.82 % pada tahun 2002 . Golongan professional terpilih membantu meningkatkan pengurusan
dan pembangunan negara.

Seramai 2771 orang arkitek professional berdaftar telah direkodkan pada tahun 2002 dan seramai
15682 orang pelbagai golongan professional sedang berkhidmat di negeri-negeri terpilih seperti Perak ,
Negeri Sembilan , Pulau Pinang , Johor dan negeri Selangor . Golongan akauntan professional berdaftar
mencatatkan jumlah seramai 19044 orang yang merupakan profesion kedua tertinggi selepas jurutera.
Seramai 39020 orang profesion jurutera terlibat dalam kerjaya ini pada tahun yang rekodkan .Profesion
doktor berdaftar mencatatkan 15.45 % daripada jumlah keseluruhan professional berdaftar dalam negara.
Kebanyakan doktor yang belajar di dalam dan luar negara lebih gemar berkhidmat di luar negara kerana
pendapatan dan mendapat kemahiran yang tinggi .

Jumlah professional pelbagai profesion paling tinggi dengan jumlah 26387 orang berkhidmat di
negeri Pulau Pinang pada tempoh terebut , manakala Negeri Sembilan mencatatkan jumlah professional
berdaftar yang paling rendah berkhidmat di negeri tersebut seramai 8252 orang . Profesion peguam antara
profesion yang diceburi ramai etnik India namun jumlah pada tahun 2002 menunjukkan jumlah yang
rendah sebanyak 2709 orang berbanding profesion doktor pada tempoh yang sama .

Negeri Selangor mencatatkan jumlah professional yang berkhidmat pada tangga kedua tertinggi
selepas negeri Pulau Pinang dengan jumlah kurang sebanyak 4091 orang . Negeri Johor mempunyai
13.67 % daripada jumlah keseluruhan golongan professional yang berkhidmat di negeri-negeri terpilih .

( Sumber :Dipetik dan diubahsuaikandaripada Jabatan Perangkaan Malaysia , 2001)


93 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dari tahun 2013 hingga tahun 2016.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang


tahun 2013 hingga tahun 2016. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2013
sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun 20015 berbanding tahun 2014
iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2016, jumlah perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235
juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4
tahun berkenaan. Pada tahun 2013, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20
842 juta pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun
2016 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta. Perbelanjaan mengurus juga merangkumi
pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh
empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2013, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6
987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2014 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2015.
Pada tahun 2016, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun
berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2013,
meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35
juta pada tahun 2015 dan menurun semula kepada RM9 368 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan
mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang
tempoh empat tahun. Pada tahun 2014, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun
2013 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2015 dan terus
meningkat sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2016.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada
semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2014, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya
RM17 088 juta pada tahun 2013. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2015,
iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun 2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2017)


94 Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkann prestasi
calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus calon lulus dan gagal dan jumlah calon
berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.

Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang. Fenomena
ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara menyeluruh pengajaran
subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal 2000-an. Kekurangan calon dalam subjek
ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar, selain itu mereka juga berangggapan tiada jaminan
dalam pasaran kerja.

Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan Melayu peringkat
SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924 orang calon SPM yang berdaftar
subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak 71.1% manakala calon yang gagal pada tahun
yang sama sebanyak 28.9%. Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun
sebanyak 2243 orang berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek
tersebut.

Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal pula sebanyak
31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 2006
hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih rendah berbanding tahun sebelumnya dan
peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak 70.4% daripada jumlah keseluruhan calon yang mendaftar
subjek tersebut seramai 35605 orang.

Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu menurun
sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009 sebanyak 24% berbanding
76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan calon yang mengambil subjek ini sebanyak
79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada tempoh yang dinyatakan. Jumlah keseluruhan calon
mengambil subjek Kesusasteraan Melayu pada tahun 2010 juga merosot seramai 2969 orang berbanding
tahun sebelumnya.

Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun pada
hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang dari tahun 2006
hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat beberapa pensyarak IPTA yang
mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan komprehensif untuk menambat minat pelajar dalam
subjek tersebut
(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)
95 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penumpang dalam negeri dan antarabangsa yang dikendalikan mengikut
Lapangan Terbang Antarabangsa terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Sektor pengangkutan udara merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara. Berdasarkan Laporan Industri pertama Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia (MAVCOM), yang dikenali sebagai Waypoint, pertumbuhan trafik penumpang udara sebanyak
8.2% pada tahun 2017 telah mendahului kadar pertumbuhan tahun 2016. Hal ini berikutan permintaan
yang lebih tinggi terhadap pengangkutan udara memandangkan belakangan ini purata tambang
penerbangan menyusut dalam tempoh beberapa tahun.

Jumlah penumpang dalam negeri yang dicatatkan di tiga Lapangan Terbang Antarabangsa terpilih
pada tahun 2017 adalah 26.26 juta orang iaitu peningkatan sebanyak 2.71 juta orang berbanding tahun
2015. Pada tahun 2016, jumlah penumpang dalam negeri yang dicatatkan telah meningkat sebanyak 1.68
juta orang berbanding tahun sebelumnya. Lapangan terbang terpilih berkenaan ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).

Sejumlah 36.39 juta orang penumpang antarabangsa direkodkan di tiga lapangan terbang
berkenaan pada tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, 34.44 juta orang dicatatkan di KUL dan meningkat
sebanyak 2.52 juta orang pada tahun 2016. Jumlah penumpang antarabangsa di KCH hanya seramai 0.29
juta orang. Selebihnya ialah penumpang yang dicatatkan di BKI pada tahun 2015. Pada tahun 2017,
sejumlah 45.29 juta orang penumpang antarabangsa telah berjaya direkodkan, iaitu menokok sebanyak
5.92 juta orang berbanding tahun 2016. Seramai 2.11 juta orang dan 0.30 juta orang masing-masing
direkodkan di BKI dan di KCH pada tahun 2016. Jumlah penumpang di KUL pada tahun 2017 seramai
42.35 juta orang, manakala di BKI pula seramai 2.57 juta orang, iaitu
peningkatan sebanyak 21.80% berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2016, jumlah penumpang dalam negeri yang direkodkan di KUL seramai 15.46 juta
orang berbanding hanya 14.18 juta orang pada tahun sebelumnya. Penumpang dalam negeri di KCH
adalah 4.61 juta orang pada tahun yang sama, sebelum menokok sebanyak 0.11 juta orang pada tahun
2017. Jumlah penumpang di BKI turut mencatat rekod positif iaitu seramai 4.91 juta orang pada tahun
2015 sebelum meningkat sebanyak 10.59% pada tahun 2017. Jumlah penumpang dalam negeri di KUL
juga positif apabila merekodkan seramai 16.11 juta orang pada tahun 2017.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pengangkutan


Malaysia, Kementerian Pengangkutan Msia 2017
96 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
taburan kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia (15 hingga 40 tahun) yang didaftarkan mengikut
jenis dan negeri-negeri terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.

Pelbagai bentuk ancaman sama ada yang berbentuk fizikal mahupun psikologi berlaku di dunia
hari ini yang mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. Jika dahulu, keganasan dianggap sebagai
ancaman keselamatan. Kini, masalah kesihatan juga memberikan ancaman yang sama. Penyakit
berjangkit merupakan satu fenomena biososial. Terdapat lebih 20 jenis penyakit berjangkit yang
diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Jumlah kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia di lima negeri terpilih pada tahun 2017
dianggarkan sebanyak 26,820 kes yang merangkumi jenis penyakit Tuberkulosis, Pertusis, Malaria,
Leptospirosis, Sifilis, dan Gonorea. Jumlah ini dianggarkan menokok kira-kira 8.41% berbanding hanya
24,740 kes yang direkodkan pada tahun 2016. Antara negeri yang terlibat ialah negeri Johor, Kelantan,
Selangor, Sabah, dan Sarawak.

Daripada jumlah kes penyakit berjangkit pada tahun 2017, penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan bakteria, iaitu penyakit Tuberkulosis dianggarkan sebanyak 16,370 kes, berbanding hanya 226
kes bagi penyakit Pertusis, iaitu kategori penyakit yang boleh menyebabkan batuk yang teruk dan
jangkitan pada paru-paru. Jumlah kes penyakit berjangkit bawaan vektor yang merebak melalui gigitan
nyamuk Anopheles iaitu penyakit Malaria dianggar mencatatkan 3,800 kes. Penyakit Leptospirosis, pula
dianggarkan kurang sebanyak 1,497 kes berbanding penyakit Malaria. Penyakit penularan seksual iaitu
penyakit Sifilis dan Gonorea pula masing-masing dianggarkan sebanyak 6.44% dan 2,393 kes.

Taburan kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia di negeri Sabah dianggarkan sebanyak
7,923 kes dan diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 7,053 kes. Taburan kes penyakit berjangkit dalam
kalangan belia di negeri Sarawak adalah dianggarkan menghampiri catatan kes penyakit berjangkit di
negeri Selangor iaitu berkurang sebanyak 10.38% berbanding catatan belia di negeri Selangor. Daripada
keseluruhan jumlah kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia tahun 2017, negeri Johor dianggar
mencatatkan sebanyak 12.57%. Manakala, selebihnya ialah kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia
di negeri Kelantan.

Secara keseluruhannya, didapati bahawa kes penyakit berjangkit dalam kalangan belia adalah
serius. Ternyata perkara ini memerlukan tindakan segera daripada pelbagai pihak, terutama sekali dalam
mencegah penyakit berjangkit penularan seksual yang semakin membimbangkan. (Sumber : Dipetik dan
diubahsuai daripada Statistik Institut
(Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 2017)
97 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan enrolmen pelajar peringkat sarjana dan peringkat doktor falsafah mengikut universiti
awam terpilih pada tahun – tahun yang dinyatakan di Malaysia.

Dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan berkualiti, pelbagai peluang melanjutkan pelajaran
diwujudkan. Sehubungan itu, bilangan penuntut yang menyambung pelajaran di peringkat doktor falsafah
semakin meningkat di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada tahun 2017, enrolmen pelajar di peringkat ini di tiga universiti
terpilih seramai 2038 orang iaitu peningkatan sebanyak 10.34% berbanding tahun sebelumnya.

Seramai 6290 orang mendaftar sebagai pelajar sarjana di tiga universiti berkenaan pada tahun
2016. Daripada jumlah tersebut, 1534 orang mendaftar di USM dan meningkat sebanyak 260 orang pada
tahun 2017. Namun begitu kemasukan pelajar di UKM merosot 13.44% pada tahun 2017 berbanding
tahun 2016 yang mencatat kemasukan sebanyak 2768 orang. Selebihnya adalah pelajar yang mendaftar di
UPM pada tahun 2016. Kemasukan pelajar di UPM pada tahun berikutnya turut mencatat penurunan
sebanyak 41 orang.

Pada tahun 2016 pelajar doktor falsafah di USM seramai 492 orang meningkat kepada 709 orang
pada tahun 2017. Peningkatan pelajar turut berlaku di UPM pada tahun 2017 iaitu seramai 769 orang
berbanding 722 orang pada tahun sebelumnya. Kemasukan pelajar di UKM pula pada tahun 2016 adalah
sebanyak 633 pelajar berbanding tahun 2017 yang mengalami sedikit penurunan.

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pendidikan


Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017 )
98 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan taburan penduduk mengikut strata dan negeri – negeri terpilih pada tahun yang
dinyatakan.

Jumlah penduduk di lima negeri terpilih pada tahun 2015 dianggarkan seramai 17575.7 ribu
orang yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Antara negeri-negeri yang terlibat ialah Johor,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Sabah.

Negeri Johor yang merupakan negeri ketiga paling luas di Semenanjung Malaysia (dari segi
keluasan) mencatat taburan penduduk kedua tertinggi. Penduduk di negeri Johor dianggarkan berjumlah 3
547.7 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, penduduk yang menetap di bandar seramai 2 682.5 ribu orang
manakala yang selebihnya menetap di luar bandar.

Penduduk di negeri Pulau Pinang yang dianggarkan seramai 1 693.9 ribu orang sebahagian
besarnya menetap di bandar. Hal ini berlaku kerana kawasan bandar menjadi tumpuan penduduk untuk
mencari pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 103.2 ribu orang penduduk dianggarkan menetap di
luar bandar.

Negeri Perak dengan keluasan 20,904 km persegi mempunyai penduduk seramai 2457.8 ribu
orang. Daripada jumlah tersebut, 1 831.5 ribu orang menetap di bandar dan selebihnya menetap di luar
bandar. Negeri Selangor yang mempunyai keluasan hanya 7,964 km persegi dianggarkan mempunyai
penduduk paling ramai pada tahun 2015 iaitu sebanyak 6 140.1 ribu orang. Kebanyakan penduduk di
negeri Selangor menetap di bandar dengan jumlah seramai 5709.0 ribu orang manakala yang selebihnya
menetap di luar bandar.

Penduduk di negeri Sabah pula yang menetap di bandar seramai 2 165.1 ribu orang manakala
yang menetap di luar bandar seramai 1 571.1 ribu orang. Secara keseluruhan didapati bahawa sebahagian
besar penduduk bertumpu di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Faktor utama kerana
terdapat banyak peluang pekerjaan ditawarkan di sana.
( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015 )

Anda mungkin juga menyukai