Anda di halaman 1dari 42

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SET 1

BAHAGIAN B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20 markah] 1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi. Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005, setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya, masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat. Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga berbanding tahun 2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007 dan angka ini kekal sehingga tahun 2008. Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293 keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006. Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005. Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan terendah di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 176 keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi sebanyak 49 keluarga berbanding tahun 2007. Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak 3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun 2006. Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga berbanding bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan pada tahun 2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536 keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010. Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di bandar-bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo ataupun Mexico City, namun bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif bagi sesebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia. Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak 3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam bilangan penduduk bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca daripada faktor tolak dan tarik. Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000 kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000. Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada tahun 2010. Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun 2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka masa yang diliputi. Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara. (Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012
2.
Malaysia: Jumlah Aliran Keluarga Setinggan Mengikut Negeri-Negeri Terpilih Bagi Tahun 2005 hingga Tahun 2008.

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Bil . 1. 2. 3. 4. 5.

Negeri 2005 Selangor Johor Negeri Sembilan Kedah Sabah JUMLAH 5913 5293 121 3528 38868 53723 Tokokan 5913 11206 11327 14855 53723

Bilangan Keluarga Setinggan (keluarga) 2006 2811 11411 346 3443 25525 43536 Tokokan 2811 14222 14568 18011 43536 2007 1197 11411 297 3629 23692 40226 Tokokan 1197 12608 12905 16534 40226 2008 1197 12565 297 3629 23682 41370 Tokokan 1197 13762 14059 17688 41370

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian,April 2009)

MALAYSIA: JUMLAH ALIRAN KELUARGA SETINGGAN MENGIKUT NEGERI-NEGERI TERPILIH BAGI TAHUN 2005 HINGGA 2008
4

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Jumlah setinggan (keluarga)

Negeri Sembilan

Tahun

Skala:

1cm: 5 000 keluarga

Petunjuk:

2.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA Harian, April 2009) Berita PADA TAHUN 2000 DAN 2010

TAHUN 2000 Bandar Bilangan Penduduk (orang) %


5

TAHUN 2010 Bilangan Penduduk (orang) %

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

1. Subang Jaya 2. Kuala Lumpur 3. Klang 4. Johor Bahru 5. Ampang Jaya 6. Ipoh 7. Shah Alam 8. Kuching

423,338 1,297,526 631,676 630,603 475,253 574,041 319,612 423,763

8.864 27.169 13.227 13.204 9.951 12.020 6.692 8.873

31.91 97.81 47.62 47.53 35.82 43.27 24.09 31.94

1,553,589 1,475,337 1,113,851 916,409 804,901 704,572 671,282 658,549

19.669 18.679 14.102 11.602 10.191 8.92 8.449 8.338

70.81 67.24 50.77 41.76 36.69 32.11 30.60 30.02

JUMLAH

4,775,812

100

360

7,898,490

100

360

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA PADA TAHUN 2000 DAN 2010

Tahun 2000

Tahun 2010

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Jumlah:4,775,812 orang

Jumlah: 7,898,490 orang

Nisbah jejari: Petunjuk:

1:1.286

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012) SET 2 Bahagian B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]
1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010. Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 7

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2007 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta. Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan. Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta. Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta. Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2008, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2007 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus meningkat sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2010. Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011) 2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan. Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2009
8

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

. Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding tahun sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2006 -2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari. Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong. Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008 hingga tahun 2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2010 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010)

MALAYSIA: PERUBAHAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2007 HINGGA 2010
2007 Tahun (RM juta) (RM Juta) Perbelanjaan Mengurus Emolumen 15 557 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727 Nilai Tokok 2008 (RM juta) (RM Juta) Nilai Tokok 2009 (RM juta) Nilai Tokok (RM Juta) 2010 (RM juta) (RM Juta) Nilai Tokok

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Pencen

6 987

22 544

6 711

24 154

6 534

27 376

6 408

26 135

Khidmat hutang

9 555

32 099

10 134

34 288

10 169

37 545

9 368

35 503

Bekalan dan perkhidmatan

7 360

39 459

10 703

44 991

11 269

48 814

14 781

50 284

Lain-lain

17 088

56 547

18 766

63 757

19 885

68 699

22 951

73 235

JUMLAH

56 547

63 757

68 699

73 235

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011 Nota: 1. Graf Garis Komponen max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5 2. 2. MALAYSIA : KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA HARGA MINYAK MENTAH PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010

Butiran Kauntiti pengeluaran (Ribu tong sehari) Kuantiti eksport (Ribu tong sehari) Kuantiti import ( Ribu tong sehari) Harga pasaran (US$ setong) Pengiraan :

2006 255

2007 233

2008 300

2009 452

2010 421

202

212

239

390

353

92

73

48

48

48

75
10

88

75

69

67

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Nilai kuantiti pengeluaran Nilai kuantiti eksport Nota tambahan:

(2007) : 255 22 = 233 ribu tong sehari. (2010) : 390 - 37 = 353 ribu tong sehari

1. Graf Gabungan (Bar Kompaun + Graf Garisan) max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5)

SET 3 Bahagian B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20] 1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi tahun 2008 hingga 2009 Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi utama telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat sebanyak RM55 161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah dicapai hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi negara. Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan eksport Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak 35.8% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun tersebut. Pendapatan eksport sektor ini meningkat sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009. Pada tahun 2009, barangan kilang menyumbang pendapatan sebanyak RM152 647.57 juta, iaitu meningkat sebanyak RM19 200.57 juta berbanding tahun 2008. Perkembangan ini membuktikan bahawa sektor
11

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

perkilangan terus menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pendapatan eksport bagi tahun berkenaan. Petroleum mentah merupakan komoditi eksport keempat terbesar mewakili sebanyak RM65 122.62 juta daripada jumlah eksport negara pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak RM9 084.96 juta pada tahun 2009. Pertambahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga purata eksportnya sebanyak 17.6 peratus atau RM284.30 setong dalam tempoh tersebut. Peningkatan eksport sektor ini dijangka terus kukuh untuk tahun-tahun berikutnya. Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009. Angka ini menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan menjadikan peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008. Perkembangan positif ini hasil kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang baru dalam sektor perladangan. Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang kepada pendapatan eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada tahun 2008. Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2 206.44 juta atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya. Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara, 2010/2011, Kementerian Kewangan Negara)

12

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk

menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih mengikut tempoh yang dinyatakan. Pengeluaran kelapa sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan yang berterusan dari tahun 2007 hingga tahun 2010 berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak FELDA dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2007, kelapa sawit mencatat pengeluaran sebanyak 12 909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan sebanyak 2446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2008. Pengeluaran kelapa sawit terus meningkat kepada 16 976 ribu tan metrik pada tahun 2009 dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak 2324 ribu tan metrik setahun kemudian. Walau bagaimana pun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport Malaysia kerana pada tahun 2009, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM564 juta berbanding dengan RM21 411 juta pada tahun 2008. Pada tahun 2007, perolehan eksport minyak kelapa sawit ialah RM15 838 juta dan dianggarkan mencapai RM22 550 juta pada tahun 2010. Pengeluaran getah pula meningkat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2009, tetapi dianggarkan merosot pada tahun 2010 kerana ladang ditukar dengan tanaman lain. Pada tahun 2007, pengeluaran getah adalah sebanyak 10908 ribu tan metrik dan terus meningkat sebanyak 106 ribu tan metrik pada tahun 2008. Pada tahun 2009, pengeluraran getah meningkat lagi sebanyak 282 ribu tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi diramalkan merosot sebanyak 53 ribu tan metrik pada tahun 2010. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2010 setelah mencatat peningkatan dari tahun 2007 hingga 2009. Pada tahun 2008, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM15582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1290 juta berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM17197 juta tetapi dianggarkan berkurangan sebanyak RM297 juta pada tahun 2010. Koko pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan kawasan tanaman baru. Pada tahun 2007 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 17 007 ribu tan metrik dan meningkat kepada 22 729 ribu tan metrik pada tahun 2009, iaitu
13

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

peningkatan sebanyak 4418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2008. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 22 936 ribu tan metrik pada tahun 2010, manakala perolehan eksport hasil koko pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak RM5470 juta berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat perolehan sebanyak RM10888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009 dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009. (Sumber : Dipetik dan diubah suaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2010/2011)

Jadual no. 1 MALAYSIA; PENDAPATAN EKSPORT MENGIKUT KOMODITI UTAMA TERPILIH PADA TAHUN 2008 DAN 2009 Barangan Barangan elektrik & elektronik Barangan kilang Petroleum mentah Minyak K Sawit Kayu gergaji Lain-lain komoditi Jumlah 2008 191096.1 133447.0 65122.62 28290.76 21351.52 94480 533 788 2009 198366.0 152647.57 74207.58 32392.2 23557.96 107777.69 588 949

14

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

MALAYSIA; PENDAPATAN EKSPORT MENGIKUT KOMODITI UTAMA TERPILIH PADA TAHUN 2008 DAN 2009
Nilai Pendapatan (RM Juta)

250000 200000

150000 100000

50000 0
2008 1 Barangan elektrik & elektronik Barangan kilang Petroleum mentah Minyak kelapa sawit Kayu gergaji Lain-lain komoditi (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara, 2010/2011, Kementerian Kewangan Negara) 15 2009 2 Tahun

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2. Cadangan jawapan

MALAYSIA: KUANTITI EKSPORT KOMODITI UTAMA DAN PURATA PEROLEHAN KOMODITI BERKENAAN BAGI TAHUN 2007 HINGGA 2010 (anggaran)

Tahun/ Komoditi Kelapa Sawit Getah Koko Jumlah Purata 2007 12909 10908 17007

Eksport (ribu metrik) 2008 2009 15359 16976 11014 18311 11296 22729

2010 19300 11243 22936

2007 1583 8 1429 2 1088 8

Perolehan (ribu juta) 2008 2009 2141 2084 1 7 1558 1719 2 7 1635 1907 8 9

2010 22550 16900 20875

4101 5335 5712 60325 8 1 3 1367 1778 1904 2010 3 4 1 8


(Sumber : Diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2010/2011)

Nota tambahan: 2. Jawapan diterima - Graf Gabungan

16

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SET 4 Bahagian B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20] 1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan. Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun 2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun 2010. Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051 juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010. Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun 2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun 2010. Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun 2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah 17

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

tempatan. Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di negara ini. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 2010) 2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa pada tahun 2006, 2008 dan 2010. Jalan raya memainkan peranan yang penting di Malaysia memandangkan kebanyakan penduduk di Malaysia menggunakan jalanraya sebagai perhubungan seharian mereka. Jalan yang baik memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang ramai. Kerosakan jalan pula akan memberikan kesan yang sebaliknya. Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri merupakan dua kategori jalan utama di negara ini. Hampir 75 peratus daripada jalan persekutuan dan negeri adalah jalan berturap. Pada tahun 2006, 16,020 km atau 98.43 peratus jalan persekutuan adalah berturap sementara 55,272 km jalan negeri juga berturap. Panjang jalan persekutuan yang berturap terus meningkat pada tahun 2008 dan 2010 masing-masing kepada 16,602 km dan 17,254km. Bagi jalan negeri berturap pula meningkat sebanyak 26,141km pada tahun 2008 dan terus meningkat lagi pada tahun 2010 kepada 98,915km. Jalan negeri berkelikir adalah lebih panjang berbanding jalan persekutuan berkelikir. Panjang jalan negeri berkelikir adalah 21.19 peratus daripada panjang jalan negeri pada tahun 2006 iaitu 73,852km. Jumlah panjang jalan negeri berkelikir terus meningkat sebanyak 662km pada tahun 2008 dan terus menokok kepada 18,480km pada tahun 2010. Namun demikian, kepanjangan jalan persekutuan berkelikir semakin merosot iaitu dari 56km pada tahun 2006 kepada hanya 10km pada tahun 2008 dan akhirnya terhapus pada tahun 2010. Jenis jalan tanah pula merupakan jalan yang paling pendek sama ada di peringkat jalan persekutuan mahupun jalan negeri. Pada tahun 2008 dan 2010, jabatan kerja raya tidak lagi membina jalan persekutuan jenis tanah. Jalan persekutuan jenis tanah pada tahun 2006 adalah sepanjang 199km. Namun demikian, jalan negeri jenis ini terus meningkat dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, panjang jalan negeri jenis tanah menunjukkan peningkatan sebanyak 5,351km kepada 8,280km berbanding tahun 2006. Kepanjangannya terus meningkat kepada 9,754km pada tahun 2010. 18

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2010)

N0.1 Malaysia: Hasil Eksport Industri Berasaskan Pertanian pada Tahun 2005 dan Jangkaan Tahun 2010 Bi l 1 2 3 4 5 6 Jenis industry 2005 (RMjuta) Makanan Minuman dan tembakau Keluaran kayu Perabut Keluaran getah Kertas 8627 1755 9665 8454 6923 2018 *2010 (RMjuta) 15803 2446 13909 14335 11368 2799

* jangkaan/anggaran Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia ke 9, 2006 2010) Jawapan tepat graf bar kompaun 20 markah

19

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2.

MALAYSIA : PANJANG JALAN MENGIKUT BIDANG KUASA, TAHUN 2006, 2008 DAN TAHUN 2010

Bidang kuasa persekutuan Jenis jalan Jalan berturap Berkelikir Jalan tanah (km) 2006 16020 56 199 2008 16602 10 0 2010 17254 0 0

Bidang kuasa negeri (km) 2006 55272 15649 2929 2008 81413 16311 8280 2010 98915 18480 9754

Cadangan jawapan Piramid kompaun sahaja

20

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

SET 5 Bahagian B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20] 1. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajarpelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih. Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama. Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih. Negara India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang perubatan. Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu. Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah 58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan

21

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10 ribu. Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%. Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu. Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012)

22

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.
2.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci. Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang. Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara meningkat pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang. Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun 2010. Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008, menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing. Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu pada tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding bumiputera pada tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan bumiputera masing-masing dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 ribu orang pada tahun 2010. orang lelaki lelaki 574.4

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang. Bilangan ini terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka menokok kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan 969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain. (Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
Bahagian B 23

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Soalan 1

MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Negara

Perubatan (RM Ribu) Nilai % 22.91 12.62 5.74 29.67 29.06 100 Sudut 82.48 45.42 20.67 106.81 104.63 360

Pergigian (RM Ribu) Nilai 821.80 381.69 232.09 1097.40 1104.99 3637.97 % 22.59 10.49 6.38 30.17 30.37 100 Sudut 81.32 37.77 22.97 108.59 109.35 360

Australia India Indonesia Ireland United Kingdom Jumlah

1067.3 5 587.74 267.48 1382.2 0 1354.1 0 4658.8 7

Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 201

MALAYSIA:PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR

24

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Perubatan

Pergigian
22.59% 10.49% 30.17%
5.74%

29.06%

22.91% 12.62%

30.37%

29.67%

6.38%

RM 4658.87 Ribu Nisbah Jejari : 1:0.884 Petunjuk : Australia India Indonesia Ireland Unnited Kingdom

RM 3637.97 Ribu

Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012

Soalan 2

25

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 (ANGGARAN) Tahun Etnik Bumiputera Cina India Lain-lain kaum JUMLAH Lelaki (ribu orang) 2008 2009 2010*
8310 3224.8 937.3 170.5 12642.6 8441.5 3252.1 946.2 175.3 12815.1 8574.4 3278.3 954.9 180.1 12987.7

Perempuan (ribu orang) 2008 2009 2010*


8200.9 3111.1 947.8 169.2 12429 8333.5 3142.5 958.8 173.9 12608.7 8467.7 3173 969.6 178.7 12789

Nota: *Tahun anggaran (Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010) Nota: 1. Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen

SET 6 Bahagian B

26

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas [ 20 ] 1.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun-tahun yang dilaporkan. Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi sektor pekerjaan seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah sejumlah 1 286 332 orang, Warga Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai dilaporkan iaitu 1 174 013 orang atau 91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah berkurangan kepada 1 148 050 orang. Kebanyakan warga Indonesia mengambil pas lawatan kerja sementera untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2008, data yang direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang pekerja asing warga Indonesia. Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi ketiga-tiga tahun menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2007, seramai 62 869 orang warga Bangladesh menceburi pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2007, jumlahnya telah meningkat kepada 217 238 orang dan terus meningkat seramai 99 163 orang pada tahun 2008. Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyak menceburi pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun 2006 seramai 24 088 orang warga Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihi sebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand. Penurunan seramai 805 orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja asing warga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatangan pekerja asing warga Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu meningkat kepada 26 713 orang dan 21 065 orang warga Thailand. Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332 orang. Peningkatan kedatangan warga Pakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007 yang menceburi sektor pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang warga Pakistan dilaporkan sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat seramai 4767 orang berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pekerja asing di Malaysia daripada pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi 27

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

jumlahnya. Kehadiran yang semakin ramai ini membantu peningkatan pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan yang semakin kurang diminati oleh warga Malaysia terutamanya golongan remaja.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

28

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Perbelanjan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010 meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang berubah-ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ialah RM110 071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan kepada beberapa sektor pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk sektor emolumen berjumlah RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima agihan perbelanjaan mengurus berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran khidmat hutang melebihi RM4660 juta berbanding peruntukan pencen dan ganjaran. Jumlah perbelanjaan mengurus untuk sektor bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak RM23 622 juta. Perbelanjaan mengurus juga meliputi pemberian dan pindahan yang berjumlah RM3904 juta. Selebihnya adalah untuk lain-lain perbelanjaan mengurus yang terletak dii bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM8424 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran meningkat sebanyak RM1771 juta berbanding tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk bayaran khidmat hutang menunjukkan pengurangan sebanyak RM814 juta. Perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing adalah sebanyak RM25 197 juta dan RM4365 juta dan selebihnya adalah lain-lain perbelanjaan daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 iaitu RM120 097 juta. Tahun 2009 menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 901 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun 2008. Perbelanjaan mengurus untuk bayaran emolumen sahaja berjumlah RM42 778 juta. Pada tahun ini juga menunjukkan beberapa sektor pengurusan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan berlaku peningkatan yang tinggi. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masingmasing menunjukkan peningkatan sebanyak RM124 juta, RM2125 juta, RM1175 juta, RM530 juta berbanding perbelanjaan tahun 2008. Pada tahun 2010, jumlah keseluruhan mengurus Kerajaan Persekutuan mengalami penurunan kepada RM126 658 juta. Pada tahun ini, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM3885 juta berbanding tahun 2009. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula menunjukkan lebihan peruntukan sebanyak RM1369 juta berbanding peruntukan untuk tahun 2009. Bayaran khidmat hutang meningkat sebanyak RM1399 juta berbanding tahun 2009. Peruntukan yang kedua terbesar pada tahun 2010 ialah perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM23 841 juta. Pemberian dan pindahan 29

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

pula menunjukkan penurunan sebanyak RM206 juta berbanding tahun sebelumnya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia

1. Skema Jawapan JADUAL 30

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

Malaysia : Kedatangan Pekerja Asing ke Malaysia Mengikut Negara Asal pada Tahun 2006, 2007 dan 2008

Tahun Negara Asal 2006 ( orang ) Indonesia Bangladesh Filipina Thailand Pakistan 1 174 013 300 867 84 088 53 811 41 551 2007 ( orang ) 1 148 050 277 238 83 283 58 456 46 511 2008 ( orang ) 1 085 658 316 401 86 713 51 065 51 278

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

31

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

32

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

2. Skema Jawapan JADUAL

Malaysia : Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek pada Tahun 2007, 2008, 2009, dan 2010

Tahun Objek 2007 ( RM juta ) Emolumen Pencen dan Ganjaran Bayaran Khidmat Hutang Bekalan dan Perkhidmatan Pemberian dan Pindahan Lain-lain Perbelanjaan JUMLAH 32 587 8 251 12 911 23 622 3 904 28 796 110 071 2008 ( RM juta ) 41 011 10 022 12 097 25 197 4 365 27 405 120 097 2009 ( RM juta ) 42 778 10 146 14 222 26 372 4 895 32 584 130 998 2010 ( RM juta ) 46 663 11 515 15 621 23 841 4 689 24 329 126 658

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

33

Soalan dan Skema Jawapan Pengajian Am Penggal 2 Bahagian B

34

35

SET 7 Bahagian B Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20] 1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan. Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama, bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada 8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya. Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja memproses ikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja yang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218 orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008. Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280 orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97 juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta. Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

36

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.

37

Keadaan turun naik pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur banyak bergantung kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Petunjuk utama pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi menurun sebanyak 65 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit mencecah 1230 mata dan diangarkan meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011. Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245 mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Indeks Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, Indeks Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya. Pada tahun 2010, Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan meningkat sebanyak 40 mata lagi pada tahun 2011. Indeks Perindustrian pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding 1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi 1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula sebanyak 165 mata berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat kepada 1850 mata. Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras 2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras 2740 mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya. Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan dianggarkan terus meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660 mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun 2006 dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya. Pada tahun 2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata dan 2910 mata. Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata, manakala Indeks Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan dijangka terus meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

No. 1

38

Malaysia : Bilangan Pekerja Am dalam Sektor Pembuatan Berasaskan Makanan dan Purata Upah pada Tahun 2008 hingga 2010. Tahun Sektor Pembuatan Memproses Ikan Laut Mengetin Nanas Mengilang Tepung Minyak Sayur-sayuran Mengilang Padi Purata Upah (RM/Juta) 2008 9145 7960 8615 11233 12669 6.97 2009 9553 8350 8890 11900 13075 7.26 2010 10156 8750 9218 12180 13517 7.39 Bilangan Pekerja (orang)

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

39

40

No. 2 Malaysia :Jumlah Indeks-Indeks Penting Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi Tahun 2006 hingga Anggaran Tahun 2011

Tahun(Mata) Anggaran Indeks 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Komposit Emas Perindustrian Kewangan Harta Perladangan Jumlah

890 245 1516 2605 2550 2765 10571

940 260 1591 2680 2660 2870 11001

1050 315 1680 2740 2740 2986 11511

985 295 1555 2660 2690 2910 11095

1230 360 1720 2755 2815 2990 11870

1350 400 1850 2842 2898 3050 12390

(Sumber: Dipetk dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

41

42

Anda mungkin juga menyukai