Anda di halaman 1dari 41

AMALAN REWANG YANG SEMAKIN TERHAKIS DALAM KALANGAN

MASYARAKAT MELAYU DI TAMAN RAKYAT, PORT DICKSON


ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor amalan
rewang semakin dilupakan. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif
kajian yang pertama adalah untuk mengenalpasti sebab-sebab penduduk di Taman Rakyat
semakin kurang mengamalkan amalan rewang. Objektif yang seterusnya adalah untuk
mengkaji kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat
melayu di Taman Rakyat, Port Dickson. Kajian ini di jalankan di Taman Rakyat, Port
Dickson. Kaedah kajian yang dilakukan adalah melalui pemerhatian dan soal selidik.
Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang
merupakan penduduk Taman Rakyat. Responden dikehendaki menjawab satu set soal
selidik yang berkaitan dengan sebab amalan rewang semakin berkurang dan kesan
pengamalan adat tersebut dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu di Taman
Rakyat.

SENARAI KANDUNGAN
BIL.

BUTIRAN
ABSTRAK

MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN
1.0
2.0
3.0

PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
LOKASI KAJIAN
3.1 PETA
3.1.1 Peta Port Dickson
3.1.2 Peta Taman Rakyat,Port Dickson

4.0

3.1.3 Peta Lokasi Kajian


METODOLOGI KAJIAN
4.1 Soal Selidik
4.2 Pemerhatian

5.0

4.3 Rujukan
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Demografi Responden
5.1.1 Sebab-sebab amalan rewang semakin
kurang diamalkan di Taman Rakyat,Port
Dickson.
5.1.2 Kesan pengamalan adat rewang terhadap

6.0
7.0

penduduk Taman Rakyat.


RUMUSAN DAN KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan inayahNya,
dapatlah saya menyiapkan kajian ini.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datin Aisah binti Othman selaku pengetua
SMK Bukit Saujana dan kepada Encik Sobri bin Saad selaku penolong kanan tingkatan
enam SMK Bukit Saujana yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian
luar, menyelia segala perkara berkaitan dengan kajian ini dan banyak memberikan
sokongan moral kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini.
Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Encik Mohd Bahudin bin Md. Sharif dan Puan Zuraini binti Mohamad Jaini
serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada
saya dalam apa jua yang saya lakukan.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi
memberi bantuan kepada saya seperti sentiasa memberi sokongan dan memberi idea
sewaktu saya ketandusan idea.Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah
hendaknya.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.Semoga
kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rewang bermaksud gotong-royong


sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis terutamanya majlis kenduri kahwin.
Amalan rewang dalam bahasa Jawa bermaksud gotong-royong atau menguruskan
kenduri besar seperti majlis perkahwinan. Kata gotong yang bererti 'memikul' dan
royong yang bererti 'bersama' merupakan institusi sosial yang amat dipentingkan
dalam masyarakat Jawa dan kini istilah itu telah diterima sebagai istilah bahasa
Melayu yang sekali gus mendukung salah satu aspek budaya yang penting di negara
ini.
Gotong-royong yang diamalkan oleh orang Jawa berlaku dalam bidang ekonomi
dan sosial. Dalam bidang ekonomi, gotong-royong berlaku dalam kerja membina
parit, membuka tanah daripada hutan dan rnengerjakan kebun. Dalam bidang sosial,
pembinaan surau, masjid, jalan, jambatan dan bahkan rumah penduduk kampung
dilakukan secara gotong-royong Dalam masyarakat Jawa, gotong-royong terbahagi
kepada beberapa jenis. Ada yang dikenal sebagai kerigan, sambatan, dan rewang.
Kerigan ialah gotong-royong yang lazimnya dilaksanakan dalam kerja untuk
kepentingan masyarakat setempat seperti membersihkan kawasan kampung (sungai,
parit, jalan, kuburan, masjid dan sebagainya). Kerja ini dilaksanakan biasanya pada
hujung minggu, iaitu sarna ada Jumaat atau Ahad.
Sambatan pula ialah gotong-royong yang lebih berkaitan dengan kerja yang lebih
kecil dan tidak memerlukan jumlah orang yang besar, misalnya untuk mendirikan
rangka rumah, menggantikan atap, menggali perigi dan membuat titi atau jambatan.
Seterusnya, rewang ialah bentuk gotong-royong yang dilaksanakan untuk persiapan
dan perjalanan sesuatu majlis, biasanya majlis kenduri kahwin dan kegiatan ini
disertai oleh saudaramara tuan rumah dan juga sejumlah penduduk kampung,
lazimnya seminggu atau dua minggu sebelum majIis berlangsung hingga majlis
berlangsung dan sesudahnya. Amalan ini telah lama diamalkan. Amalan ini sangat
disukai oleh orang lama atau orang veteran kerana mereka percaya melalui amalan ini
hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dan suasana sesebuah kenduri itu akan
menjadi lebih meriah dengan pengamalan adat ini.

Rewang atau gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung,


jiran tetangga atau sanak saudara untuk membantu tuan rumah menyediakan
persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain itu, penanggah juga
bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu.
Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu
dalam bentuk wang atau hadiah.
Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam
kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau
membahaskan adab yang bagaimana yang dibolehkan bergaul dengan masyarakat.
Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkaraperkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan
atas dasar taawun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.
Maka sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar
kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu
umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah
diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah
menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.
Aktiviti rewang akan dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masing-masing
akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak muda
akan berebut-rebut untuk menjadi penanggah yang bermaksud pelayan, tetapi
fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada
sistem layan diri. Selain itu, dapat bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu
dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti. Sepupu dapat
berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain
lagi. Ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang
lebih jauh pada masa-masa mendatang.
Rewang atau gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung,
jiran tetangga atau sanak saudara untuk membantu tuan rumah menyediakan
persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain itu, penanggah juga

bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu.


Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu
dalam bentuk wang atau hadiah.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:


1. Mengenalpasti sebab-sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang
mengamalkan amalan rewang.
2. Mengkaji kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi kehidupan
masyarakat melayu di Taman Rakyat, Port Dickson.

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1.2 Peta

Peta 1: Peta Port Dickson


Sumber: Utusan.com.my
Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John
Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung
oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India
tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran

dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya
dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.
Setelah menyedari arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan
perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya,
Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan
supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya
sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British. Pembangunan pelabuhan itu
juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah,
teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China.
Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan
Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana
kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu. Bagi
melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan
kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai
Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan
pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi
kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong. Lagipun, telah
dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan
penting untuk mengembangkan perdagangan untuk mengeksport timah dari lombong di
Sungai Ujong.
Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk
tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan
dirasmikan oleh

Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick Dickson. Dengan perasmian


landasan kereta api itu, pihak British juga telah menukarkan nama tempat tersebut dari
Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang
ramai di Malaysia malah seluruh dunia. Sejak mula beroperasi sebagai pelabuhan laut
dalam, Port Dickson telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1893 sahaja

600 kapal dari Singapura dan Port Klang berlabuh di Port Dickson memunggah muatan
kapal dan kemudian mengangkutnya dengan keretapi ke Sungai Ujong.
Pembangunan yang pesat, aktiviti pelabuhan yang sibuk dan bertambahnya
jumlah pengangkutan barang-barang dari dalam dan luar Port Dickson, satu pusat
pemeriksaan Kastam dan Imigresen ditubuhkan pada tahun 1894. Kejayaan pelabuhan ini
juga membawa kepada beberapa pembaharuan kepada pusat bandarnya. Bangunanbangunan kedai papan telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan kedai batu.
Kira-kira 45 bangunan kedai batu telah didirikan sementara permohonan juga diterima
untuk tapak tanah kosong di sepanjang pantai.

3.1.3 Peta Lokasi Kajian

Peta 2: Peta Taman Rakyat, Port Dickson


Sumber: Google Maps
Taman Rakyat mempunyai banyak kemudahan asas. Antara kemudahan asas
tersebut ialah sekolah, pasar raya, gelangang futsal, balai raya dan taman permainan
kanak-kanak. Berdekatan dengan kawasan ini juga terdapat Pantai Teluk Kemang yang
menjadi tarikan pelancong tempatan setiap kali musim cuti sekolah.

Kajian ini telah dijalankan di Taman Rakyat. Taman Rakyat terletak di daerah
Port Dickson, Negeri Sembilan. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 12 kilometer dari
Bandar Port Dickson.
Taman Rakyat ini terletak di mukim Si Rusa. Mukim Si Rusa terkenal dengan
pantainya yang cantik dan landai iaitu Pantai Saujana atau lebih dikenali dengan nama
Pantai Batu 4. Melayu merupakan penduduk majoriti diikuti dengan kaum Cina dan
India. Perhotelan merupakan sektor ekonomi utama di mukim ini diikuti sektor kerajaan,
perniagaan, nelayan dan pertanian. Contoh-contoh hotel yang terdapat di sini ialah
Golden Straits Villas (GSV), Avillion Port Dickson, Bayu Beach Resort, Seri Malaysia,
Selesa Beach Resort dan berbagai lagi. Di mukim ini juga terdapat pusat pengajian
seperti Politeknik Port Dickson yang menawarkan berbagai-bagai kursus kemahiran di
peringkat sijil dan diploma. Produk pelancongan utama ialah Muzium Angkatan Tentera
yang mana merupakan memorial perang yang terbesar di Malaysia. Selain daripada itu
ialah Pantai Teluk Kemang. Pantai Teluk Kemang ini sering menjadi tumpuan pelancong
dari dalam dan luar negara apabila berkunjung di Port Dickson. Hal ini demikian kerana,
pantainya yang indah dan kemudahan yang disediakan sangat selesa dan cukup. Antara
kemudahan yang disediakan di Pantai Teluk Kemang ada lah seperti tandas awam, kedai
makan, hotel dan sebagainya.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun
dan menstruktur setiap maklumat yang diperolehi mengikut ketetapan
yang telah ditetapkan.
4.1 Soal Selidik
Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul.Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi
kajian yang hendak dijalankan.Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai
dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian.Borang itu hendaklah
diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di kawasan
perumahan penduduk di Taman Rakyat, Port Dickson.

4.1.1 Cara mendapatkan responden


Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Taman Rakyat, Port
Dickson, Negeri Sembilan. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri
daripada 16 orang lelaki dan 14 orang perempuan dari kawasan Taman Rakyat, diambil
sebagai responden dengan menggunakan cara rawak berlapis. Responden terbatas kepada
penduduk yang mendiami kawasan tersebut dan responden mengisi borang soal selidik
dengan lengkap pada hari kajian dijalankan.

Bagi terknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah
menggunakan teknik persampelan rawak berlapis, dimana dengan menggunakan prosedur
persampelan ini, setiap penduduk mempunyai peluang menjawab dan dipilih mengikut
umur iaitu 16 hingga 25 tahun, 26 hingga 35 tahun, 36 hingga 45 tahun dan 46 tahun ke
atas.

4.1.2 Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden


Borang soal selidik yang sesuai telah dibuat oleh pengkaji bertujuan untuk
mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat berdasarkan objektif kajian. Borang soal
selidik terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah
mengenai maklumat diri responden, manakala bahagian B adalah soalan mengenai sebabsebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan amalan rewang dan
kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu di
kawasan tersebut. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert 5 mata yang
mempunyai 5 aras, iaitu 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju,
dan 5= sangat setuju.
1
Sangat tidak setuju
2
Tidak setuju
3
Tidak pasti
4
Setuju
5
Sangat setuju
Jadual 4.1. Skala likert 5 aras digunakan.
4.2 Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan dengan menggunakan kamera untuk
mengambil gambar sebagai bahan bukti umtuk menggambarkan persekitaran semasa
amalan rewang diadakan.
Bil

Tarikh

Masa

Perkara

Kaedah

pemerhatian juga dibuat melalui pengumpulan maklumat daripada sumber

internet. Pelbagai laman web dan juga blog dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan
maklumat tambahan mengenai amalan rewang. Pengkaji telah melayari laman web
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/298/1/Awang%20Sariyan%20-Persepsi
%20Keturunan%20Jawa%20di%20Malaysia%20Terhadap%20Bangsa%20Jawa%20di
%20Tanah%20Induknya%20dalam%20konteks%20keserumpunan%20Tamadun.pdf dan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm.
Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian mengenai amalan rewang. Dalam kaedah
ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian di sekitar kawasan perumahan di mana
amalan rewang dijalankan Tujuan utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk
mengetahui dengan lebih terperinci mengenai adat rewang.

4.3 Rujukan
Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah membuat rujukan dengan
menggunakan pelbagai sumber seperti internet dan bahan ilmiah. Kajian-kajian yang
telah dilakukan oleh pelajar di universiti tempatan juga dijadikan bahan rujukan untuk
melaksanakan kajian ini. Ini dapat memudahkan lagi kerja pengkaji untuk menyiapkan
kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Pengkaji juga telah
menggunakan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat untuk mencari definisi perkataan
yang sering pengkaji gunakan dalam kajian ini. Seterusnya pengkaji turut menggunakan
Kamus Pelajar Bahasa Melayu. Terbitan Khas KBSM, bagi mencari makna Adat
Rewang. Di samping itu, buku-buku pelajaran serta surat khabar berilmu dijadikan
rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji.
4.1.3 Memproses dan mempersembahkan data.
Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisaan data yang berbentuk
skala likert.Bagi memudahkan penganalisaan data, skala likert telah dikategorikan seperti

yang ditunjukkan dalam jadual 4.1.Selain itu, dalam aspek penganalisaan data, pengiraan
manual digunapakai. Pengkaji menggunaan kekerapan (), peratus (%) dan min untuk
menganalisis data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap mengkaji sebab-sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang
mengamalkan amalan rewang dan kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi
kehidupan masyarakat melayu di Taman Rakyat, Port Dickson.
5.1 Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Taman Rakyat,
Port Dickson berdasarkan umur dan jantina.
Jadual 1: Latar Belakang Responden
Bil.

Faktor

Kategori

Kekerapan

Peratusan

Lelaki

16

53.33%

Perempuan

14

46.67%

16 hingga 25 tahun

30%

26 hingga 35 tahun

20%

36 hingga 45 tahun

30%

46 tahun ke atas

20%

Jantina

2
Umur

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.


Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina

14

16

Petunjuk:
Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
dalam kalangan penduduk di Taman Rakyat, Port Dickson. Daripada 30 orang yang telah
disoal selidik, seramai 16 orang responden ialah lelaki bersamaan dengan 53.33%
manakala bagi jantina perempuan ialah seramai 14 orang bersamaan dengan 46.67%.

Lelaki
Perempuan

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.


Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Umur

20%

30%

16 hingga 25 tahun
26 hingga 35 tahun
36 hingga 45 tahun

30%

20%

46 tahun ke atas

Petunjuk:
Berdasarkan Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan umur
16 hingga 25 tahun, 26 hingga 35 tahun, 36 hingga 45 tahun dan 6 tahun ke atas di
kawasan Taman Rakyat, Port Dickson. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal
selidik, seramai 9 orang responden berumur antara 16 hingga 25 tahun bersamaan dengan
30% manakala bagi tingkat umur antara 26 hingga 35 tahun terdapat seramai 6 orang
responden bersamaa 20%. Sementara itu, bagi tingkat umur antara 36 hingga 45 tahun
terdapat seramai 9 orang responden bersamaan dengan 30% dan bagi tingkat umur 46
tahun ke atas terdapat 6 orang responden bersamaan dengan 20%.

5.1.1 Sebab-sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan


amalan rewang.
Jadual 2 menunjukkan sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan
amalan rewang.
Jadual 3: Analisis sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan
amalan rewang.
Sangat tidak
Bil

Perkara

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju

Sangat setuju

[2]

[3]

[4]

[5]

setuju
[1]

1.

Min

14

46.67

23.33

13.33

10

6.67

13.33

10

16.67

26.67

10

33.33

3.57

10

20

13.33

23.33

10

33.33

3.50

10

6.67

16.67

10

33.33

10

33.33

Amalan rewang
merupakan
sebuah amalan
yang

2.

membosankan.
Anak-anak
muda kurang
berminat untuk
melibatkan diri
dalam amalan

3.

rewang.
Semasa rewang,
kaum wanita sering
menjadikan ia
sebagai masa untuk
mengumpat dan

4.

bergosip.
Masyarakat kini
terlalu sibuk

3.73

5.

bekerja.
Masyarakat kini
lebih senang

10

3.33

6.67

26.67

16

53.33

4.10

13.33

20

20

13.33

10

33.33

3.33

16.67

23.33

26.67

10

33.33

3.77

10

6.67

20

30

10

33.33

3.70

6.67

6.67

10

12

40

11

36.67

3.93

menggunakan
6.

khidmat katering.
Masyarakat terlalu
obses untuk
mencari
kemewahan hidup
sehingga
melupakan amalan

7.

rewang.
Hubungan yang
renggang antara
golongan remaja
dengan golongan
dewasa merupakan
antara punca
amalan ini semakin

8.

dilupakan.
Golongan remaja
lebih gemar
menghabiskan
masa dan
berpeleseran di
pusat beli belah dan
melepak bersama

9.

rakan.
Golongan remaja
kurang pendedahan
mengenai amalan

10.

rewang.
Amalan rewang

dianggap sudah

10

26.67

13.33

10

12

40

3.43

ketinggalan zaman.

Rajah 3: Kekerapan responden terhadap sebab penduduk di Taman Rakyat


semakin kurang mengamalkan amalan rewang soalan 1 hingga 5.
16
14
12
10

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju

Tidak Pasti
Setuju

Sangat Setuju

4
2
0
Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Berdasarkan Jadual 3, didapati paling ramai responden sangat tidak setuju dengan
pernyataan bahawa amalan rewang merupakan sebuah amalan yang
membosankan, iaitu seramai 14 orang bersamaan 46.67%. Sebanyak 7
orang responden bersamaan 23.33% tidak setuju manakala 4 orang
bersamaan 13.33% tidak pasti dengan pernyataan tersebut. 3 orang
responden bersamaan 10% setuju dan 2 orang bersamaan 6.67%
responden sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan.
Konklusinya, ramai responden menganggap amalan rewang ini tidak
membosankan malah mereka seronok melakukan kerja ini.

Bagi pernyataan anak-anak muda kurang berminat untuk


melibatkan diri dalam amalan rewang, 4 orang responden bersamaan
13.33% sangat tidak setuju manakala 3 orang reponden bersamaan
10% memilih tidak setuju dengan pernyataan tersebut. 5 orang
responden bersamaan 16.67% tidak pasti dengan pernyataan yang
diberikan. 8 orang responden bersamaan 26.67% memilih setuju
manakala 10 orang bersamaan 33.33% sangat setuju dengan
pernyataan yang diberikan. Konklusinya, ramai respoden bersetuju
bahawa anak-anak muda kini kurang minat untuk melibatkan diri
dalam amalan rewang dan menyebabkan amalan ini semakin
dilupakan.
3 orang responden bersamaan 10% sangat tidak setuju dengan
pernyataan eemasa rewang, kaum wanita sering menjadikan ia sebagai masa untuk
mengumpat dan bergosip. 6 orang responden bersamaan 20% memilih tidak setuju
manakala 4 orang bersamaan 13.33% tidak pasti dengan pernyataan tersebut. 7 orang
responden bersamaan 23.33% memilih setuju dan seramai 10 orang responden bersamaan
33.33% sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan. Konklusinya, ramai responden
bersetuju bahawa kaum wanita sering mengambil kesempatan untuk bergosip dan
mengumpat semasa amalan rewang diadakan.
3 orang responden bersamaan 10% memilih sangat tidak setuju
dengan pernyataan masyarakat kini terlalu sibuk bekerja. 2 orang responden
bersamaan 6.67% tidak setuju manakala 5 orang bersamaan 16.67% tidak pasti. 10 orang
responden bersamaan 33.33% memilih setuju dan sangat setuju. Kesimpulannya, ramai
responden bersetuju bahawa masyarakat kini terlalu sibuk dan ini menyebabkan mereka
tiada masa untuk melibatkan diri dalam amalan rewang.
Bagi pernyataan masyarakat kini lebih senang menggunakan khidmat
catering, 3 orang responden bersamaan 10% memilih sangat tidak setuju dan seorang
responden bersamaan 3.33% tidak setuju. 2 orang responden bersamaan 6.67% tidak pasti
manakala 8 orang bersamaan 26.67% memilih setuju. Seramai 16 orang responden

bersamaan 53.33% memilih sangat setuju. Konklusinya, ramai responden bersetuju


bahawa masyarakat kini lebih gemar menggunakan khidmat katering kerana ianya
memudahkan dan menjimatkan masa semua orang.

Rajah 4: Kekerapan responden terhadap sebab penduduk di Taman Rakyat


semakin kurang mengamalkan amalan rewang soalan 6 hingga 10.
12
10
8

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju

Tidak Pasti
Setuju

Sangat Setuju

2
0
Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9

Soalan 10

4 orang responden bersamaan 13.33% sangat tidak setuju dengan pernyataan


masyarakat terlalu obses untuk mencari kemewahan hidup sehingga melupakan amalan
rewang. 6 orang bersamaan 20% memilih tidak setuju dan tidak pasti. Manakala 4 orang
bersamaan 13.33% memilih setuju dan 10 orang responden bersamaan 33.33% memilih
sangat setuju. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju bahawa masyarakat kini terlalu
obsess mencari kemewahan hidup dan menyebabkan amalan ini semakin terhakis.
5 orang responden bersamaan 16.67% memilih tidak setuju bagi
pernyataan hubungan yang renggang antara golongan remaja dengan golongan
dewasa merupakan antara punca amalan ini semakin dilupakan. 7 orang bersamaan
23.33% responden tidak pasti manakala 8 orang responden bersamaan 26.67% memilih

setuju. Seramai 10 responden bersamaan 33.33% memilih sangat setuju. Konklusinya,


ramai responden bersetuju bahawa antara punca amalan ini semakin dilupakan adalah
kerana hubungan yang renggang antara golongan remaja dengan golongan dewasa.
Bagi pernyataan golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa dan
berpeleseran di pusat beli belah dan melepak bersama rakan, hanya 3 orang responden
bersamaan 10% memilih sangat tidak setuju manakala 2 orang bersamaan 6.67% tidak
setuju. 6 orang responden bersamaan 20% tidak pasti. 9 orang bersamaan 30% memilih
setuju dan 10 orang bersamaan 33.33% memilih sangat setuju. Kesimpulannya, ramai
responden bersetuju bahawa golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa melepak
bersama rakan berbanding melibatkan diri dalam aktiviti rewang. Oleh itu, amalan ini
semakin dilupakan.
2 orang responden bersamaa 6.67% memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju
bagi pernyataan golongan remaja kurang pendedahan mengenai amalan rewang. 3 orang
bersamaan 10% tidak pasti manakala 12 orang bersamaan 40% memilih setuju dan 11
orang bersamaan 36.67% memilih sangat setuju. Konklusinya, ramai responden
menganggap amalan rewang semakin dilupakan kerana golongan remaja kurang
didedahkan dengan amalan ini.
Bagi pernyataan amalan rewang dianggap sudah ketinggalan zaman, 3 orang
responden bersamaan 10% memilih sangat tidak setuju dan 8 orang bersamaan 26.67%
memilih tidak setuju. 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih tidak pasti
manakala 3 orang bersamaan 10% memilih setuju. Seramai 12 orang responden
bersamaan 40% memilih sangat setuju. Kesimpulannya, ramai responden menganggap
amalan rewang ini sudah ketinggalan zaman maka mereka menggunakan cara yang lebih
moden seperti menggunakan khidmat katering.

5.1.2 Kesan pengamalan adat rewang terhadap penduduk Taman Rakyat.


Jadual 2 menunjukkan kesan pengamalan adat rewang terhadap Taman Rakyat.
Jadual 4: Analisis kesan pengamalan adat rewang terhadap penduduk Taman
Rakyat.
Sangat tidak
Bil

Perkara

Tidak setuju

Setuju

Sangat

setuju

setuju
[2]

[1]

1.

Tidak pasti
[3]

[4]

[5]

Min

6.67

13.33

20

10

33.33

30

3.77

3.33

16.67

11

36.67

13

43.33

4.20

6.67

6.67

10

11

36.67

12

40

3.97

Melalui amalan
rewang, adakah
anda mendapat

2.

ramai rakan baru?


Amalan rewang
ini
mengeratkan
silaturrahim
antara
penduduk di
sekitar
perumahan

3.

anda.
Melalui amalan ini,
anda dapat
menjimatkan kos

4.

upah katering.
Amalan ini dapat

memeriahkan

6.67

3.33

13.33

26.67

15

50

4.10

6.67

13.33

12

40

12

40

4.13

6.67

3.33

20

30

12

40

3.93

3.33

6.67

16.67

11

36.67

11

36.67

3.97

3.33

3.33

6.67

12

40

14

46.67

4.23

suasana sesebuah
5.

kenduri.
Anda dapat
mewujudkan
kehidupan
bermasyarakat
yang harmoni
di kawasan

6.

tempat tinggal
Amalan
bekerjasama
dapat
diterapkan
kepada anak-

7.

anak muda.
Amalan rewang
adalah antara
amalan yang
merupakan
medan untuk
melakukan

8.

amal ibadah.
Melalui amalan
rewang,persefa
haman dan
kemesraan
dapat
diwujudkan
dalam kalangan

9.

masyarakat.
Sifat

mementingkan

6.67

3.33

10

14

46.67

10

33.33

3.97

diri dapat
dikikis dengan
adanya amalan
rewang.

Rajah 5: Kekerapan responden terhadap kesan pengamalan adat rewang terhadap


penduduk Taman Rakyat soalan 1 hingga 5.
16
14
12
10

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju

Tidak Pasti
Setuju

Sangat Setuju

4
2
0
Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Berdasarkan Jadual 4, 2 orang responden bersamaan 6.67% memilih sangat tidak


setuju dengan pernyataan bahawa melalui amalan rewang, mereka dapat ramai rakan
baharu. 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih tidak setuju manakala 6 orang
responden bersamaan 20% tidak pasti dengan pernyataan tersebut. 10 orang responden

bersamaan 33.33% memilih setuju dan 8 orang responden bersamaan 30% memilih
sangat bersetuju. Konklusinya, ramai responden bersetuju bahawa mereka dapat
menambah rangkaian rakan baharu melalui amalan rewang.
Bagi pernyataan amalan rewang ini mengeratkan silaturrahim antara
penduduk di sekitar perumahan anda, seorang responden bersamaan
3.33% memilih tidak setuju. 5 orang responden bersamaan 16.67%
tidak pasti dengan pernyataan yang diberikan. 11 orang responden
bersamaan 36.67% memilih setuju manakala 13 orang responden
bersamaan 43.33% memilih sangat setuju dengan pernyataan yang
diberikan. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju bahawa amalan
ini dapat mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga.
Untuk pernyataan anda dapat menjimatkan kos upah katering dengan
mengamalkan amalan ini, 2 orang responden bersamaan 6.67% memilih sangat tidak
setuju dan tidak setuju. 3 orang responden bersamaan 10% tidak pasti dengan pernyataan
tersebut. 11 orang responden bersamaan 36.67% memilih setuju dan seramai 12 orang
responden bersamaan 40% memilih sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan.
Konklusinya, ramai responden bersetuju bahawa dengan mengadakan amalan rewang,
kos upah katering dapat dijimatkan.
Bagi pernyataan amalan ini dapat memeriahkan suasana sesebuah kenduri, 2
orang responden bersamaan 6.67% memilih sangat tidak setuju manakala seorang
responden bersamaan 3.33% memilih tidak setuju dengan pernyataan tersebut. 4 orang
responden bersamaan 13.33% memilih tidak pasti dengan pernyataan di atas. 8 orang
responden bersamaan 26.67% memilih setuju manakala seramai 15 orang responden
bersamaan 50% memilih sangat setuju. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju
bahawa dengan amalan rewang ini suasana sesebuah kenduri dapat dimeriahkan lagi.
2 orang responden bersamaan 6.67% memilih tidak setuju bagi pernyataan anda
dapat mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni di
kawasan tempat tinggal dengan mengamalkan amalan rewang ini. 4
orang responden bersamaan 13.33% memilih tidak pasti dengan

pernyataan ini. 12 orang responden bersamaan 40% memilih setuju


dan sangat setuju dengan penyataan yang telah diberikan.
Konklusinya, ramai responden bersetuju bahawa kehidupan
masyarakat yang harmoni dapat dihidupkan dengan mengadakan
amalan rewang.

Rajah 6: Kekerapan responden terhadap kesan pengamalan adat rewang terhadap


penduduk Taman Rakyat soalan 6 hingga 9.
14
12
10
Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju
Tidak Pasti

Setuju
Sangat Setuju

4
2
0
Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9

Bagi pernyataan amalan bekerjasama dapat diterapkan kepada


anak-anak muda, 2 orang responden bersamaan 6.67% memilih
sangat tidak setuju dan seorang responden bersamaan dengan 3.33%
memilih tidak setuju. 6 orang responden bersamaan 20% memilih tidak
pasti dengan pernyataan yang diberikan. 9 orang responden
bersamaan 30% memilih setuju manakala 12 orang responden lagi
bersamaan dengan 40% memilih sangat setuju dengan pernyataan
yang diberikan. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju bahawa
amalan ini dapat membantu untuk menerapkan nilai bekerjasama
dalam diri anak-anak muda kini.
Bagi pernyataan amalan rewang adalah antara amalan yang
merupakan medan untuk melakukan amal ibadah, hanya seorang
responden bersamaan 6.67% memilih sangat tidak setuju manakala
hanya 2 orang responden bersamaan 6.67% memilih tidak setuju
dengan pernyataan itu. 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih
tidak pasti dengan pernyataan yang diberikan. 11 orang responden
bersamaan 36.67% memilih setuju manakala 11 orang responden lagi
bersamaan 36.67% juga memilih sangat setuju dengan pernyataan
yang telah dinyatakan. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju
bahawa amalan ini merupakan antara salah satu medan untuk
melakukan amal ibadah.
Hanya seorang responden bersamaan dengan 3.33% memilih sangat tidak setuju
dengan pernyataan melalui amalan rewang,persefahaman dan kemesraan
dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat. Hanya 2 orang
responden bersamaan 6.67% memilih tidak setuju manakala hanya 5
orang responden bersamaan 16.67% memilih tidak pasti dengan
pernyataan yang diberikan. Seramai 12 orang responden bersamaan
dengan 40% memilih setuju manakala lagi 14 orang responden
bersamaan dengan 46.67% memilih sangat setuju dengan pernyataan
yang telah diberikan. Kesimpulannya, ramai responden bersetuju

bahawa melalui amalan ini, persefahaman dan kemesraan dapat


diwujudkan dalan masyarakat.
Akhir sekali, bagi pernyataan sifat mementingkan diri dapat
dikikis dengan adanya amalan rewang, 2 orang responden bersamaan
dengan 6.67% memilih sangat tidak setuju dan hanya seorang
responden bersamaan 3.33% memilih tidak setuju. 3 orang responden
bersamaan dengan 10% memilih tidak pasti dengan pernyataan yang
diberikan. Konklusinya, ramai responden bersetuju bahawa amalan
rewang dapat mengikis sifat mementingkan diri kerana mereka
melakukan kerja bersama-sama.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sebab-sebab
penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan amalan rewang dan
mengkaji kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi kehidupan
masyarakat melayu di Taman Rakyat, Port Dickson.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk yang tinggal
di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini.
Terdapat 3 kaedah kajian yang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu
kaedah soal selidik, pemerhatian dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan kaedah
soal selidik, sebanyak 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada
populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 16 orang lelaki dan 14
orang perempuan telah dipilih secara rawak untuk menjawab satu set boring soal
selidik tersebut dan kebanyakannya adalah daripada peringkat umur 16 hingga 25
tahun dan 36 hingga 45 tahun. Pengkaji juga telah pergi ke kawasan kajian untuk
melihat sendiri bagaimana aktivit rewang dilaksanakan. Setelah data dikumpul
daripada responden dan pemerhatian, pengiraan secara manual digunapakai dalam
aspek penganalisisan data. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratusan sahaja yang
dijadikan data untuk dianalisis.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 10 faktor yang menyebabkan
penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan amalan rewang. Menurut
soal selidik yang dijalankan, mereka setuju bahawa sebab utama amalan ini semakin
dilupakan adalah kerana masyarakat kini lebih senang menggunakan khidmat
katering. Hal ini demikian kerana, masyarakat masa ini terlalu sibuk bekerja maka
mereka kurang dapat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini.
Apabila kurangnya penglibatan, amalan ini sukar dilaksanakan kerana amalan ini
memerlukan kerjasama dan bantuan yang banyak disebabkan oleh banyak perkara
yang perlu dilakukan dan disiapkan sebelum sesuatu majlis itu berlangsung.
Seterusnya mereka juga setuju bahawa kesan utama yang mereka peroleh
daripada pengamalan adat rewang ini adalah amalan ini dapat memeriahkan suasana
sesebuah kenduri. Hal ini demikian kerana, apabila jiran tetangga datang untuk
membantu dan sanak saudara juga pulang untuk menghulurkan bantuan dan
berkumpul, maka suasana akan berubah menjadi meriah dan kecoh. Suasana inilah
yang akan member kesan terhadap sesebuah majlis yang bakal berlangsung.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati faktor yang menyebabkan amalan
rewang semakin dilupakan adalah kerana masyarakat kini lebih senang menggunakan
khidmat katering. Penggunaan khidmat katering mempunyai kebaikan dan keburukan
tersendiri. Antara kebaikan manggunakan khidmat ini ialah ianya dapat menjimatkan
masa dan tenaga tuan rumah yang ingin mengadakan sesebuah kenduri. Tenaga yang
banyak diperlukan untuk melaksanakan amalan rewang ini. Dengan keadaan
masyarakat kini yang sibuk bekerja, tenaga yang membantu untuk melaksanakan
amalan ini akan manjadi tidak mencukupi. Maka, penggunaan khidmat katering dapat
membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, penggunaan khidmat ini
juga mempunyai keburukannya yang tersendiri. Keburukan utama yang dapat dilihat
adalah apabila masyarakat kini semakin melupakan amalan rewang. Amalan ang
menjadi warisan daripada nenek moyang ini kian terhakis kerana wujudnya teknologi
dan perkhidmatan seperti katering.
Manakala kesan utama yang diperoleh daripada pengamalan adat rewang ini
kepada masyarakat ialah amalan ini dapat memeriahkan suasana sesebuah majlis yang
bakal berlangsung. Suasana sesabuah majlis akan menjadi meriah dan orang rama
sudah semestinya kelihatan gembira walaupun penat melakukan kerja-kerja rewang.
Tetapi, sudah tentunya mereka akan berasa puas hati kerana segalanya mereka
lakukan sendiri. Makanan yang mereka hidangkan kepada tetamu yang hadir juga
merupakan hasil tangan mereka sendiri. Apabila mereka lihat tetamu yang hadir
makan dengan enak, maka kepuasan memasak bersama-sama itu akan timbul. Saat ini
juga akan diingati oleh setiap orang yang terlibat dalam aktiviti rewang ini.

Kesimpulannya, amalan rewang ini wajar dilaksanakan dan diteruskan agar


warisan turun temurun ini tidak dilupakan. Selain itu, amalan ini juga akan dapat
dirasai dan dialami sendiri oleh generasi pada masa akan datang jika pengamalan adat
ini masih diteruskan.

7.0 RUJUKAN

https://maps.google.com/

http://www.mppd.gov.my/mppd

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/742/5/Adat%20Resam
%20Perkahwinan%20Masyarakat%20Melayu%20%5BSumber%20Elektronik%5D.pdf

https://www.scribd.com/doc/90912049/Perkahwinan-Masyarakat-Melayu

http://www.pengantin.com.my/

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

SITI NOR AFZAN KASIMAN (2008). Kenduri Kahwin Semakin Mahal. Kosmo!
Online.

LAMPIRAN

Kaum lelaki sedang rewang memasak.

Kaum wanita sedang berehat selepas penat rewang.

BORANG SOAL SELIDIK


KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
Makluman kepada responden
KOD: MATA PELAJARAN 900/4
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) untuk matapelajaran Pengajian Am 900/4.Tujuan soal selidik ini adalah untuk
mengenalpasti sebab-sebab penduduk di Taman Rakyat semakin kurang mengamalkan
amalan rewang dan mengkaji kesan pengamalan adat rewang dalam mempengaruhi
kehidupan masyarakat melayu di Taman Rakyat, Port Dickson. Segala maklumat yang
diberikan akan dirahsiakan dan akan digunakan untuk kegunaan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPON


Arahan: Tandakan () pada ruangan yang disediakan.

1. JANTINA
Lelaki

Perempuan

2. UMUR
16 hingga 25 tahun
36 hingga 45 tahun

26 hingga 35 tahun
46 tahun ke atas

BAHAGIAN B: SOALAN MENGENAL PASTI DAN MENGKAJI

1
Sangat tidak

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

setuju
Arahan: Tandakan () pada ruangan yang dipilih.

4
Setuju

5
Sangat setuju

OBJEKTIF: A. SEBAB-SEBAB PENDUDUK DI TAMAN RAKYAT


SEMAKIN KURANG MENGAMALKAN AMALAN REWANG.

BIL
1.

ITEM
Amalan rewang merupakan sebuah

2.

amalan yang membosankan.


Anak-anak muda kurang berminat untuk

3.

melibatkan diri dalam amalan rewang.


Semasa rewang, kaum wanita sering menjadikan ia

4.
5.

sebagai masa untuk mengumpat dan bergosip.


Masyarakat kini terlalu sibuk bekerja.
Masyarakat kini lebih senang menggunakan khidmat

6.

katering.
Masyarakat terlalu obses untuk mencari kemewahan

7.

hidup sehingga melupakan amalan rewang.


Hubungan yang renggang antara golongan remaja
dengan golongan dewasa merupakan antara punca

8.

amalan ini semakin dilupakan.


Golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa
dan berpeleseran di pusat beli belah dan melepak

9.

bersama rakan.
Golongan remaja kurang pendedahan mengenai

10.

amalan rewang.
Amalan rewang dianggap sudah ketinggalan zaman.

OBJEKTIF: B. KESAN PENGAMALAN ADAT REWANG DALAM


MEMPENGARUHI KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU DI TAMAN
RAKYAT, PORT DICKSON.

BIL
1.
2.

ITEM
Melalui amalan rewang, adakah anda mendapat
ramai rakan baru?
Amalan rewang ini mengeratkan
silaturrahim antara penduduk di sekitar

3.

perumahan anda.
Melalui amalan ini, anda dapat menjimatkan kos

4.

upah katering.
Amalan ini dapat memeriahkan suasana sesebuah

5.

kenduri.
Anda dapat mewujudkan kehidupan

bermasyarakat yang harmoni di kawasan


6.

tempat tinggal
Amalan bekerjasama dapat diterapkan

7.

kepada anak-anak muda.


Amalan rewang adalah antara amalan
yang merupakan medan untuk melakukan

8.

amal ibadah.
Melalui amalan rewang,persefahaman dan
kemesraan dapat diwujudkan dalam

9.

kalangan masyarakat.
Sifat mementingkan diri dapat dikikis
dengan adanya amalan rewang.

Anda mungkin juga menyukai