Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Aktiviti Rewang Menjadi Amalan. Amalan rewang bermaksud amalan gotong-royong .

Biasanya aktiviti rewang ini terdapat pada majlis kenduri perkahwinan, majlis berkhatan, cukur jambul dan seumpamanya. Amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat Melayu jawa terutamanya di Johor. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang munasabah. Aktiviti rewang kebiasaannya dilakukan sehari sebelum sesuatu majlis itu di lakukan iaitu seperti aktiviti memotong daging, buah-buahan, sayur, menyiapkan pelamin bagi majlis perkahwinan, memasang khemah dan sebagainya Antara kebaikan aktiviti ini ialah ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saudaramara yang jauh dan dekat, mengeratkan perpaduan antara penduduk kampung, saling tolong-menolong, bekerjasama sekali gus memudahkan kerja-kerja tersebut. Aktiviti ini baik dan ia perlu dikekalkan dan menjadi satu amalan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas .

Nama: . Arahan: Jawab semua soalan di bawah

Tahun: ..

1.Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti rewang dalam petikan? . 2.Di negeri manakah aktiviti rewang ini selalu diamalkan ? . 3.Bilakah aktiviti rewang ini diadakan ? . 4.Apakah aktiviti yang dilakukan semasa rewang ? . 5.Apakah kebaikan aktiviti ini? .

Anda mungkin juga menyukai