Anda di halaman 1dari 19

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

SOALAN ESEI PENDEK:

1 a) Bezakan maksud akuifug dengan akuiklud dalam sistem . [4]


Skema pemarkahan

Kod Perbezaan akuifug dengan akuiklud Markah

A1 Akuifug ialah formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air tetapi tidak 2
membenarkan air yang disimpannya mengalir . Sebagai contoh air tanih
yang disimpan di dalam formasi batuan granit.

A2 Akuiklud ialah formasi batuan yang boleh menyimpan dan membenarkan 2


air tanih mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Misalnya air yang
tersimpan di dalam lapisan tanah liat dan juga batuan Syal.

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

b) Mengapakah sistem akuifer penting kepada manusia? [4]


Skema pemarkahan

Kod Kepentingan sistem akuifer Markah

B1
Kegunaan domestik. Akuifer menjadi pembekal air yang tetap dan
berterusan kepada sistem sungai dan empangan untuk membolehkan bekalan 2
air domestik kepada manusia tidak terganggu. Kegunaan untuk
minuman,mencuci dll.
B2
Keperluan pertanian/tanaman. Melalui sistem telaga artes, akuifer
membekalkan air untuk menyiram tanaman terutama sekali di kawasan 2
kekurangan air seperti di utara India.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menjejaskan kuantiti simpanan air dalam sistem akuifer
[4]
Skema pemarkahan

Kod Aktiviti manusia yang menjejaskan kuantiti simpanan air dalam akuifer Markah

C1 Aktiviti penyahutanan. Ini menghapuskan proses cegatan silara tumbuhan


yang menyebabkan titisan air hujan menimpa tanah dengan halaju yang
tinggi. Titisan ini cenderung mengalir di permukaan bukannya 2
meresap/menyusup masuk ke dalam tanah. Kadar resapan/susupan yang
rendah akan mengurangkan kuantiti akuifer.

1
C2 Aktiviti penurapan muka bumi dengan tar/bitumen dan aspalt khususnya di
bandar. Ini akan menutup liang-liang pore tanah yang akan menghalang
proses susupan berlaku. Kesannya input air untuk sistem akuifer semakin 2
berkurangan.

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) Jelaskan bagaimana kualiti air dalam sistem akuifer terjejas . [3]


Skema pemarkahan

melalui aktiviti [penyemburan racun serangga dan penggunaan baja kimia] dalam pertanian. Apabila
hujan [proses larut resap] berlaku membawa bersama sebatian kimia dari racun ke dalam tanah yang
menyebabkan [nilai keasidan (pH) air tanih dalam sistem akuifer meningkat]. Kesannya pencemaran air
dalam sistem akuifer berlaku.

Kunci Idea:

1. penyemburan racun serangga dan penggunaan baja kimia = 1M


2. proses larut resap = 1M
3. nilai keasidan (pH) air tanih dalam sistem akuifer meningkat =1M
MAX = 3

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)


2
SOALAN ESEI PANJANG:

Soalan 2

a) Sejauhmanakah aktiviti manusia menyebabkan kejadian hujan asid? [ 13 ]


Aktiviti manusia yang menyebabkan kejadian hujan asid

Judul isi jawapan Huraian dan Contoh Markah

A1. Perlepasan asap  Perlepasan asap kilang ke udara yang banyak


kilang/ Perindustrian. mengandungi gas-gas pencemar seperti sulfur
dioksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dll.
 Gas-gas pencemar ini bertindak sebagai nukleus
2
pemelowapan untuk mencantumkan bintik-bintik air di
dalam awam, tepu dan turun sebagai hujan asid.
 Contoh : Kilang memproses kelapa sawit dan getah,
kilang petro kimia, peleburan logam, aerosol dll.
A2.Pembebasan asap  Perlepasan asap kenderaan yang menggunakan
kenderaan. petroleum sebagai bahan bakarnya. Juga
membebaskan gas karbon monoksida, sulfur dan 2
karbon dioksida yang boleh bertindak sebagai nukleus
pemelowapan.
 Contoh : Kenderaan yang menggunakan minyak disel
dan 2 lejang – kadar pembakaran bahan apinya tidak
lengkap, membebaskan lebih banyak bahan pencemar
udara.
A3. Aktiviti Penjanaan  Penggunaan bahan api fosil – arang batu, petroleum
Tenaga (Stesyen dan gas asli sebagai sumber kuasa untuk menghasilkan
janakuasa terma atau tenaga elektrik terma.
elektrik haba)  Membebaskan banyak gas pencemar udara khususnya
2
karbon dioksida dan sulfur. Bahan pencemar ini
bertindak sebagai nukleus pemelowapan.
A4. Aktiviti  Pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah
pembakaran terbuka. seperti pembakaran bahan plastik akan membebaskan
gas sulfur dioksida dan hidrokarbon.
 Pembakaran terbuka di kawasan pertanian seperti
2
sawah padi, ladang tebu membebaskan asap dan gas
karbon dioksida.
 Pembakaran hutan oleh petani pindah –
membebaskan gas karbon dioksida dan hidrokarbon ke
udara.

A5. Aktiviti Pertanian  Penggunaan baja kimia seperti nitrogen membebaskan


dan Penternakan. gas nitrus oksida ke udara.
 Penggunaan racun serangga
 Penternakan – pembebasan gas metana ke udara dari
3
pereputan najis haiwan. 2
 Gas-gas yang dihasilkan ini akan berkumpul di dalam
atmosfera dan bertindak sebagai nukleas
pemelowapan menarik wap-wap air bercantum antara
satu sama lain, membesar, tepu dan turun sebagai
hujan asid.
Faktor semulajadi :

1.letusan gunung  Membebaskan gas sulfur dan debu ke udara


berapi  Bertindakbalas dengan wap-wap air membentuk asid
2
lemah – asid sulfurik.
 Contoh letusan Gunung pinatubo di Filipina, Gunung
Merapi di Indonesia.
2.kebakaran hutan  Kemarau dan cuaca panas El-Nino
 Kebakaran hutan semulajadi
 Membebaskan gas karbon dioksida ke udara
 Bertindakbalas dengan wap air membentuk asid 2
karbonik
 Cth kebakaran hutan di Kalimantan & Sumatera
Indonesia, hutan gambut di Selangor.
Pemarkahan: :

4 isi terbaik aktiviti manusia x 2 Markah = MAX 8 Markah.

2 isi faktor fizikal / kejadian semulajadi x 2 markah = Max 4 markah

Penegasan = 1 markah

Keseluruhan = max 13 markah

b) Bincangkan kesan fenomena hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. [ 12 ]

Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah

Fizikal:
 Hujan asid merosakkan daun dan mengugurkan daun –
B1. Kerosakan ekologi meningalkan hutan berangka (wardstrabeen)
hutan  Menjejaskan proses fotosintesis – pendebungaan dan
2
penghasilan buah
 Habitat hidupan liar juga musnah apabila tumbuhan
layu dan mati
 Rantaian makanan terjejas.
Fizikal:
 Nilai keasidan air tasik,paya, kolam akan meningkat.
B2. Memusnahkan  Merosakkan rantaian dan siratan makanan hidupan
hidupan akuatik. akuatik.
2
 Tumbuhan air, alga dan zoo plankton akan mati.
4
 Terumbu dan polip karang juga akan mati.
Fizikal:

B3. Kesuburan tanih  Hujan asid melarutresapkan nutrien tanih menerusi


terjejas. liang pore tanah
 Tanih berasid dan tidak subur. 2
 Nilai pH meningkat – memerlukan baja urea dan kapur
untuk menutralkannya – kos akan meningkat.
Manusia:

B4. Kesihatan manusia  Penyakit kulit seperti gatal dan kulit melecur.
terjejas.  Pedih mata
 Jika menggunakan sumber air hujan yang berasid 2
untuk minuman akan mendatangkan penyakit seperti
ulser dan kanser.
Manusia:

B5. Kerosakan bangunan  Melunturkan warna bangunan dan kenderaan –


dan kenderaan. proses kakisan.
 Pengkaratan besi seperti dijambatan dan kenderaan. 2
 Memerlukan kos baik pulih yang tinggi untuk
memelihara bangunan, jambatan dan kenderaan.
Manusia:

B6. Kerosakan tanaman.  Membantutkan proses pendebungaan dan


penghasilan buah. Produktiviti pertanian terjejas –
merugikan petani. 2
 Keasidan tinggi – tanaman mati seperti pokok padi.
 Gangguan bekalan makanan.
Pemarkahan: : (Fizikal + Manusia : 3 + 3 = 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah).

SOALAN 3 (a)

Skema Pemarkahan:

Graf Garis : Arah Aliran Anomali Suhu Permukaan Bumi 1860 – 2000

Skala : 1 cm = 0.1˚C
5
Pemarkahan

Item Pemarkahan Markah

1. Tajuk yang betul. 1


2. Skala yang sesuai.
3. Petunjuk. 1
4. Plotan.
5. Kebersihan dan kesempurnaan 1

Jumlah Markah MAX 10

ii) Berdasarkan graf yang telah anda lukis, huraikan arah aliran anomali suhu permukaan bumi
dari tahun 1860 hingga tahun 2000 dan mengapakah berlakunya peningkatan suhu dunia secara
mendadak selepas tahun 1980. [7]

Skema Jawapan:

Fakta/Isi Huraian dan contoh Markah

6
Trend negatif (suhu sejuk/rendah) antara tahun 1860 1
hingga 1930
Huraian arah aliran (trend)
anomali suhu. Trend positif ( peningkatan suhu) antara tahun 1940 1
hingga 2000.

Trend mendadak (Peningkatan ketara suhu bumi) 1


bermula 1980 hingga 2000.
MAX 3

Fasa 1980 hingga 2000 berlakunya peningkatan ketara 1


disebabkan oleh fenomena kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon yang menyebabkan ”pemanasan
global”.

Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon


disebabkan oleh:
Sebab-sebab berlaku i) Pengeluaran gas karbon dioksida yang
peningkatan suhu dunia berlebihan dari kilang dan kenderaan. 1
secara mendadak selepas Gas-gas rumah hijau ini bersifat lutsinar
tahun 1980. kepada bahangan matahari tetapi legap
kepada bahangan bumi.
1
ii) Fenomena penyahutanan dan
kebakaran hutan yang menyebabkan
lebihan karbon di atmosfera
iii) Pembebasan CFC (Kloroflorokarbon) 1
yang berlebihan yang menipiskan
lapisan ozon
iv) Ujian peluru berpandu di benua
antartika yang membocorkan lapisan 1
ozon
MAX 4

Pemarkahan: Arah alir = 3 markah + sebab = 4 Markah = MAX 7 markah MAX 7

iii) Jelaskan kesan peningkatan suhu dunia terhadap sistem alam sekitar fizikal. [8]

Skema Jawapan:

kesan peningkatan suhu dunia terhadap sistem alam sekitar fizikal:

Fakta/Isi Huraian dan contoh Markah

7
1. Sistem geomorfologi:  Pencairan ais benua – menyebabkan
kebanjiran laut/peningkatan aras laut, risiko
Pencairan air benua dan penenggelaman kawasan dataran pantai
pergunungan yang rendah.
 Pencairan litupan ais pergunungan – 2
fenomena salji runtuh, hakisan glasier dan
banjir sungai.
 Menggalakkan fenomena el – Nino. Cuaca
menjadi panas, kelembapan udara rendah.
2. Sistem atmosfera:  Memudahkan terbentuknya jerebu apabila
Fenomena El-Nino dan berlakunya kebakaran hutan. Partikel-
partikel terampai dalam keadaan udara 2
jerebu
kering dan cuaca panas.
 Fenomena kemarau yang berpanjangan –
imbangan air negatif. Kadar sejatan melebihi
3. Sistem hidrologi: kerpasan. 2
Kemarau dan pengurunan.  Di kawasan separa gurun memudahkan
berlakunya fenomena penggurunan. Gurun
menjadi lebih kering, kontang, tandus,
gersang – kadar hakisan layangan angin
bertambah
 Kemusnahan ekosistem hutan akibat cuaca
panas – berlakunya kebakaran hutan.
4. Sistem ekologi: Kemusnahan habitat dan kepelbagaian 2
Kemusnahan ekosistem, spesis fauna dan flora.
habitat dan kepelbagaian  Gangguan kepada ekosistem akuatik seperti
spesis. tasik, kolam, paya dll apabila kekeringan air
disamping merosakkan pertumbuhan
terumbu karang dalam ekosistem marin.

Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah MAX 8

Soalan 3 b:

Skema Jawapan:

jadual 1. Kerpasan dan Sejatan (mm) bagi Stesyen Kaji Cuaca A, tahun 2005.
Bulan JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
Kerpasan (mm) 86 92 95 98 110 106 94 82 74 62 54 50
Sejatan (mm) 12 20 26 45 78 120 132 100 76 42 32 16

8
i) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah graf garis untuk menunjukkan keadaan imbangan air bagi
stesyen Kaji Cuaca A, pada tahun 2005. Di atas graf anda itu lorekkan bahagian yang mengalami lebihan
air dan kurangan air. [9 Markah]
Pemarkahan item Markah
1. Tajuk yang betul 1
2. Skala yang sesuai. 1
3. Paksi X dan Y – dinyatakan unitnya. 1
4. Plotan garis
4.1 ) Garisan sejatan 2 garis = 2M
4.2) Garisan kerpasan. MAX 5

5. petunjuk 1
5.1) lorekan Lebihan air 1
5.2) lorekan Kurangan air 1
6. Kebersihan dan kesempurnaan 1
Pemarkahan Keseluruhan MAX 09

ii) Sejauhmanakah faktor semulajadi menyebabkan berlakunya kurangan air. [8]

Faktor Semulajadi merupakan faktor utama menyebabkan berlakunya kurangan air :

1. Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino.


El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan
menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di Semenanjung
Malaysia. Hujan telah turun di lautan dan bukannya di kawasan yang sepatutnya iaitu di daratan.
Akibatnya kemarau yang berpanjangan melanda Malaysia seperti yang berlaku pada tahun 1997.
Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering (dry air), lembapan tanih dan akuifer
kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus
kelembapan udara dan kebarangkalian untuk turunnya hujan adalah amat tipis sekali. Hal ini akan
menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan
bekalan air/krisis air. (2m)

2. Perubahan cuaca mengikut musim.


Selain daripada fenomena luar biasa seperti El-Nino yang berlaku antara 3 hingga 5 tahun sekali,
fenomena kemarau di Malaysia juga disebabkan oleh perubahan cuaca secara semulajadi dan normal
seperti perubahan suhu, hujan dan angina mengikut musim. Di Malaysia pada musim monson timur
laut kawasan negeri-negeri pantai barat semenanjung mengalami kekurangan hujan akibat halangan
banjaran Titiwangsa .Begitu juga keadaan sebaliknya berlaku pada musim monsoon barat daya negeri-
negeri pantai timur pula akan mengalami pengurangan hujan. Jika pengurangan hujan berpanjangan
fenomena kemarau boleh terjadi di negeri-negeri yang berkenaan mengikut musim monsoon
tersebut. Selain itu faktor angin juga boleh mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat
akan membawa awan ke tempat yang lain lantas kawasan yang sepatutnya turun hujan akan
menghadapi fenomena kurangan air. (2m)
Faktor semulajadi menyebabkan berlakunya kurangan air, namun demikian kejadian kekurangan air
yang semakin berleluasa di merata tempat di dunia kini menunjukkan fator semulajadi bukan faktor
mutlak, faktor tindakan manusia turut memainkan peranan mempengaruhi kurangan air.
Faktor Tindakan Manusia:
1. Aktiviti penyahutanan oleh manusia.
Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan-hutan diteroka dengan
rakus, bukit-bukit digondolkan untuk pembinaan petempatan,industri dan lain-lain sehingga manusia
terlupa tentang peri pentingnya keseimbangan air dan kitar hidrologi dikekalkan. Dengan perkataan
yang mudah pada peringkat ini manusia telah menolak konsep “Pembangunan Lestari”. Fenomena
9
penyahutanan ini menyebabkan kekurangan bekalan air yang ketara dialami oleh sungai, tasik, kolam
dan empangan. Zon penampan ini amat penting dan sensitif kerana ia bertindak sebagai tempat
penyelamat, menakung dan menyimpan air bawah tanah untuk dibekalkan secara tetap kepada
sungai menerusi edaran air bawah tanah. Hutan-hutan di kawasan ini berfungsi untuk memintas dan
menyusupkan air hujan ke dalam tanah lalu disimpan di dalam sistem akuifer. Sistem akuifer juga
bertindak sebagai konduit untuk membolehkan air mengalir menuju ke sungai,tasik,kolam dan
empangan yang ada dalam kawasan tadahan tersebut. Justeru apabila penyahutanan khususnya
pembalakan dijalankan di dalam zon penampan ini ia akan memusnahkan sistem akuifernya sekaligus
menggangu kapasiti storan air bawah tanah dan akhirnya menyebabkan kawasan berkenaan menjadi
kering kontang. (2m)
2. pokok-pokok di dalam kawasan tadahan ini juga menjalankan proses transpirasi
membebaskan wap-wap air ke udara, menjamin kelembapan udara berterusan bagi membentuk
awan guna untuk menurunkan hujan di kawasan tadahan tersebut. Apabila pokok-pokok ini ditebang
maka kelembapan udara kan berkurangan, persekitaran menjadi kering (dry air), sejatan akan
meningkat dan sebaliknya hujan pula akan berkurangan. (2m)

3. Kadar pembandaran yang terlalu pesat


menjana kepada imbangan air negative (fenomenakemarau). Kajian kes boleh dibuat di Lembah
Kelang. Dalam hal ini Lembah Kelang sebagai satu “Lembangan Saliran” sudah tidak berfungsi lagi.
Pembangunan pesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan hutan semulajadi kepada hutan
batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air
berkurangan seterusnya simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit. Kesannya
input air kepada sungai-sungai seperti Sungai Gombak,Sungai Kelang serta tasik-tasik di sekitarnya
semakin susut. Selain itu keadaan pulau haba di Lembah Kelang menjadi fenomena berkala untuk
menghasilkan udara kering (dry air). Peratus kelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan
tebal untuk menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekaligus menyebabkan input air dalam
persamaan hidrologi semakin berkurangan. (2m)

4. pertambahan penduduk dan perkembangan industri.


pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan tanpa kawal-selia yang cekap dan tidak sejajar dengan
keupayaan pengeluarannya (Permintaan melebihi penawaran). Hal ini terjadi akibat pertambahan
penduduk dan pekembangan industri yang begitu pesat contohnya di Selangor. Pertambahan
penduduk akibat migrasi ke Selangor adalah seiring dengan pembangunan perindustriannya.
Permintaan air untuk domestik dan perindustrian terus meningkat tidak sepadan dengan kemampuan
penawarannya, malah sesetengah kilang telah lama menggunakan air bawah tanah sebagai langkah
penjimatan kos. Selain itu akibat kecuaian manusia penawaran air bersih semakin berkurangan .
Sebagai contoh Loji Air Sungai Langat terpaksa diberhentikan operasinya beberapa kali dalam tempoh
akhir 1997 hingga awal 1998 akibat pencemaran amonia yang dibuang oleh kilang-kilang yang
berdekatan. Kualiti air mentah di Sungai Langat,Sungai Cheras dan Sungai Labu pernah mengandungi
amonia hingga ke paras 9 Mg/Liter berbanding dengan had yang dibenarkan hanya sebanyak 0.5
g/Liter sahaja. Hal ini bukan sahaja mengurangkan bekalan kuantiti air malah kualiti air juga terjejas.
(2m)

5. kelemahan dalam pengurusan dan pengagehan air serta sikap pengguna air
Sistem perpaipan bawah tanah yang berselirat dengan teknologi era 1960-an telah memungkinkan
berlakunya kerosakan &kebocoran. Pembaziran air sebagai satu perkara biasa. Kekurangan kakitangan
dan sikap sambil lewa Jabatan Bekalan Air Selanggor (JBAS) menyebabkan air terbuang dan dibazirkan
begitu sahaja. Dismping itu sikap pengguna yang menggunakan air tanpa efisyen,kes-kes kecurian air
sedikit sebanyak menjadi punca memudaratkan lagi krisis air di Lembah Kelang. (2m)

iii) Jelaskan kesan imbangan air negatif ke atas alam sekitar fizikal . [ 8 Markah]
Kesan Kemarau Terhadap Alam Sekitar Fizikal.

10
1. Kemarau menyebabkan persekitaran menjadi panas dan udara kering (dry air).
Persekitaran sebegini memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi. Sebagai contoh
dalam tempoh kemarau El-Nino pada tahun 1997 telah menyebabkan kebakaran hutan yang
berleluasa di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Kebakaran hutan telah menyebabkan impak
negatif kepada alam sekitar fizikal dengan cara memusnahkan habitat flora dan fauna, memusnahkan
rantaian makanan, kepelbagaian biologi dan sepsis hidupan liar yang hidup di dalam hutan. Kebakaran
hutan dan cuaca panas menggalakkan pembentukan jerebu kerana udara sekitar adalah kering.
(2m)
2. menjejaskan ekosistem akuatik
paya, tasik dan kolam. Komponen saliran permukaan ini akan kekeringan air yang kelak menjejaskan
habitat dan sumber makanan bagi ikan, udang, memerang, buaya dan sebagainya. Jika kemarau
berpanjangan kawasan tanah bencah (wet land) seperti paya akan musnah kerana tumbuhannya akan
mati. (2m)
3. fenomena penggurunan (Desertification) .
Di kawasan Tropika kering seperti pinggir gurun, fenomena kemarau yang berpanjangan telah
menyebabkan Kawasan gurun semakin bertambah luas melampaui kawasan pinggirnya yang selama
ini mungkin dilitupi hutan semulajadi. Ini kerana kemarau akan menyebabkan tumbuhan pinggir
gurun akan mati dan juga tindakan angin akan bertindak dengan cepat untuk menghakis, mengangkut
dan memendapkan debu-debu gurun ke kawasan pinggirnya. Satu contoh gurun yang mengalami
fenomena penggurunan yang hebat ialah gurun Sahel di Afrika. (2m)
4. menjejaskan sumber-sumber air
tasik, kolam, sungai dan juga lembapan tanih. Oleh sebab itu ia boleh memberikan kesan terhadap
proses sejat-peluhan. Apabila takungan semulajadi kekeringan air maka proses sejatan akan terhenti.
Kesannya kelembapan udara akan terus merosot dan kebarangkalian untuk turunnya hujan juga amat
tipis. ( 2m)

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA


[40 markah]

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 4:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber kepelbagaian biologi hutan [3]

Skema jawapan
Kepelbagaian [spesies fauna dan flora] yang ada dalam hutan termasuklah habitat dan rantaian makanan.
Spesis fauna merujuk kepada [ binatang/hidupan liar] seperti gajah, harimau, tapir dan lain-lain manakala
11
spesis flora merujuk kepada [ tumbuhan semulajadi] yang ada di dalam ekosistem hutan seperti bunga
reflesia/pakma, pokok periuk kera, paku-pakis dan pokok-pokok balak.

Kunci Idea:
spesies fauna dan flora =1 M
binatang/hidupan liar = 1M
tumbuhan semulajadi =1M
b) Dalam konteks ekologi, mengapakah sumber kepelbagaian biologi hutan perlu di pelihara dan dipulihara.

[4]
Kod Sebab-sebab sumber kepelbagaian biologi hutan perlu dikekalkan dalam konteks Markah
ekologi
B1 Warisan ekologi. Menjamin keberterusan hidupan liar dan tumbuhan berharga
untuk kepentingan generasi akan datang sebagai sumber kajian saintifik, perubatan 2
dll.
B2 Pengekalan habitat. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai hidupan liar 2
dan orang asli selain daripada sebagai sumber makanan dan tempat pembiakan
pelbagai organisme dalam ekosistem hutan.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah langkah pemeliharaan sumber kepelbagaian biologi hutan dapat dijalankan dengan berkesan di
Malaysia. [4]

Kod Cara-cara meningkatkan keberkesanan langkah pemeliharaan sumber Markah


kepelbagaian biologi hutan di Malaysia.
C1 Menguatkuasakan undang-undang dan Akta Perhutanan dengan lebih tegas seperti 2
meningkatkan kompaun, hukuman penjara, menyitar premis dan menarik balik
lesen operasi misalnya kepada syarikat pembalakan yang melanggar peraturan.
C2 Menambahkan anggota penguatkuasa/renjer hutan dan perhilitan untuk 2
menjalankan pemantauan, rondaan dan tangkapan bersama dengan pasukan polis,
tentera dan Rela secara usahasama dan bersepadu.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjamin kelestarian sumber
kepelbagaian biologi hutan di Malaysia. [4]

Kod Kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal Markah
D1 Menyertai dan menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar bersama dengan 2
agensi kerajaan. Seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat
Alam Sekitar (SAM) berkerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kempen
penghijauan persekitaran. Misalnya melalui aktiviti penanaman pokok-pokok.
D2 Melaksanakan pendidikan alam sekitar untuk melindungi hutan melalui penyebaran 2
risalah, media cetak dan media elektronik. Di samping menjadi pemantau untuk
melaporkan aktiviti pemusnahan hutan kepada pihak berkuasa.

12
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

Soalan 5

a) ( i) Berdasarkan kepada sebuah negara yang telah anda kaji, jelaskan mengapa industri pembuatan perlu
diselerakkan dari bandar ke luar Bandar [ 13 ]
Skema Pemarkahan:
Memilih sebuah Negara – dijangka Malaysia = 1 Markah.
Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah
1. Mengelakkan kesesakan dan  Kepadatan ruang di bandar – lokasi industri tidak
tepu bina di bandar. lagi sesuai.
 Mengelakkan saingan guna tanah – lebih untung 2
untuk guna tanah petempatan dan perniagaan
berbanding dengan perindustrian Nilai hartanah
di bandar mahal.
2. Menjimatkan kos  Sinergi apabila industri pembuatan berdekatan
pengeluaran dengan industri memproses
 Kos pengangkutan bahan mentah ke kilang 2
pembuatan boleh dijimatkan.
 Kos buruh dan kos tapak lebih murah di kawasan
luar bandar.
3. Mengurangkan pencemaran  Konsentrasi pencemaran di bandar boleh
dikurangkan apabila sebahagian kilang
dilokasikan di luar bandar. 2
 Pencemaran air,udara, bunyi dan bau khususnya
kilang petrokimia.
4. Mengimbangi pembangunan  Industri sebagai pemangkin pembangunan
bandar dengan luar bandar setempat.
 Kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan 2
manakala kawasan luar bandar yang masih
mundur dipercepatkan.
5. Membuka peluang pekerjaan  Industri pembuatan berintensif buruh diperlukan
kepada penduduk desa. diluar bandar untuk mencipta banyak peluang
pekerjaan.
 Kadar pengganguran luar bandar boleh 2
dikurangkan – pendapatan perkapita penduduk
meningkat, taraf hidup dan kualiti hidup
bertambah baik
 Mengelakkan migrasi ke bandar.
6. Memajukan sumber  Sumber bahan mentah setempat boleh
berpotensi. dimajukan kerana industri pembuatan
memerlukan bahan mentah tersebut.
 Contoh industri pembuatan tayar memerlukan
getah manakala industri pembuatan minyak 2
masak memerlukan minyak kelapa sawit mentah.
 Sektor ekonomi huluan boleh berkembang maju
7. Kesan pengganda -  Kesan pengganda – industri yang berkaitan
Memajukan Rantaian dengan pembuatan berkembang maju seperti
industri/ekonomi yang industri memproses, pembungkusan,
berkaitan. pengangkutan dll.
 Menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui
2
13
PKS yang menjadi vendoor kepada industri
pembuatan berskala besar.
8. Mempercepatkan kemajuan  Industri pembuatan mempercepatkan
kawasan. pembangunan infrastruktur – khususnya
rangkaian pengangkutan, bekalan air,elektrik dan
sistem telekomunikasi.
 Mempercepatkan pembangunan bandar –
kewujudan bandar baru di kawasan luar bandar 2
yang berasaskan industri – Kemudahan
perbandaran disediakan dengan lengkap.
Pemarkahan : 6 isi x 2 markah = 12 markah + 1 markah negara = 13 Markah MAX 13

ii) Huraikan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. [ 12 ]

Skema Pemarkahan:
Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah
 Perlepasan bahan-bahan pencemar udara (air
pollutions) seperti karbon dioksida, karbon
1. Pencemaran udara, jerebu monoksida. hidrokarbon, gas sulfur dll.
dan hujan asid.  Pembebasan partikel terampai – PM10. seperti
asap, debu dan habuk boleh menyebabkan 2
jerebu.
 Proses kondensasi wap air dengan bahan
pencemar udara menyebabkan hujan asid.
 Kewujudan bahan pencemar di udara boleh
2. Pemanasan setempat. memerangkap bahangan bumi – dikaitkan
dengan kesan rumah hijau (Green House Effect).
 Haba yang dikeluarkan oleh generator kilang juga 2
menyebabkan pemanasan setempat.
 Perlepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumber-
3. Pencemaran air. sumber air seperti sungai, tasik,kolam dan laut.
 Kualiti air bersih terjejas – kadar BOD meningkat,
keasidan air bertambah. 2
 Pelbagai spesis hidupan air mati dan pupus
4. Kemusnahan ekosistem seperti ikan dan udang,
akuatik  Rantaian makanannya terjejas, habitat dll 2
elemen ekosistem akuatik mengalami kerosakan
akibat pencemaran air.
 Bunyi bising datangnya dari generator kilang
5. Pencemaran bunyi dan yang beroperasi yang mengeluarkan getaran
bau antara ( 60 – 70 dBA). 2
 Pencemaran bau datangnya daripada hasil/sisa
kilang yang berbau busuk seperti sisa getah dan
kelapa sawit.

6. Pencemaran sisa toksid  Perlupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram 2


yang berbahaya/Pencemaran menyebabkan tanih berasid.
tanih.  Amat merbahaya kepada sumber air tanih
apabila berlaku proses larut resap.

7. Pencemaran  Pembuangan sisa pepejal dari kilang 2

14
persekitaran/sampah sarap. menyebabkan pencemaran sampah sarap.

Contohnya pembuangan plastik, kotak, sisa kayu,
tandan kelapa sawit dll.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah

Soalan 5

b) (i) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk
metropolis Kuala Lumpur? [ 10 ]

Skema Jawapan
Sebab-sebab penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin meningkat di Kuala Lumpur:
Isi Utama Huraian dan contoh Markah
 Kesesakan jalanraya/traffic jam dapat dielakkan kerana
1. Mengelakkan kesesakan. perkhidmatan rel bandar menggunakan laluan khas.
 Seperti laluan LRT, Monorel di ruang atas, tidak berkongsi 2
dengan laluan lain.
 Pencemaran udara berkurangan.
2. Mengurangkan  Sistem rel bandar bersifat mesra alam.
pencemaran.  Menggunakan tenaga alternatif seperti komuter
menggunakan tenaga elektrik bukannya bahan bakar 2
petroleum.
 Kadar pencemaran bunyi juga berkurangan berbanding
dengan pengangkutan awam yang lain.
 Mementingkan keselamatan dan keselesaan penumpang.
3. Perkhidmatan yang  Selesa – berhawa dingin dan ruang duduk yang luas – lebih
berkualiti dan selesa. santai.
 Sistem tiket yang cekap dan cepat. 2
 Boleh bawa ramai penumpang/kapasiti tinggi dalam satu-
satu masa.
 Cepat sampai – perkhidmatan laju sepertimana bullet train.
4. Ketersampaian  Banyak stesyen hentian – memudahkan pergerakan
tinggi/cepat dan mudah penumpang.
sampai.  Kekerapan perjalanan – tempoh menunggu dijimatkan. 2
 Mengikut jadual – tepati masa.
 Kos tambang berpatutan sesuai dengan jarak, masa dan
5. Menjimatkan kos/tambang kualiti perkhidmatan yang disediakan.
berpatutan.  Menjimatkan kos petrol dan kos tol berbanding dengan 2
penggunaan kenderaan sendiri untuk ulang-alik ke tempat
kerja.
 Risiko kemalangan yang rendah kerana ciri-ciri keselamatan
6. Risiko kemalangan rendah. yang tinggi.
 Menggunakan laluan khas – tidak bertembung dengan 2
kenderaan lain.
Pemarkahan: 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah MAX 10

ii) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [ 15 ]

Sistem pengangkutan darat adalah seperti lebuh raya,jalan raya,jalan keretapi dan sistem rel bandar. Antara kesannya terhadap
alam sekitar fizikal ialah:

Isi Utama Huraian dan contoh Markah


 Perlepasan asap kenderaan yang tinggi hasil pembakaran bahan api
1. Pencemaran udara fosil yang tidak lengkap.
meningkat.  Perlepasan karbon monoksida, plumbum oksida dan hidrokarbon
15
yang lain. 3

IPU meningkat – menyumbang kepada kejadian jerebu.

Mengurangkan jarak penglihatan dan menjejaskan kesihatan
penduduk.
 Bunyi bising dari enjin kenderaan yang semakin bertambah
2. Pencemaran bunyi dan bau khususnya lori,bas dan keretapi.
busuk  Menggangu ketenangan dan kualiti hidup terutamanya di kawasan
bandar. 3
 Bau busuk asap kenderaan.
 Pembinaan jaringan lebuh raya/jalanraya di kawasan berbukit.
3. Hakisan tanah dan tanah  Aktiviti menebuk, meneres dan memotong bukit.
runtuh.  Penambakan paya/wet land – untuk dibina jalanraya, lapangan
terbang dll. 3
 Risiko hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap
 Penggondolan hutan untuk membina jaringan lebuhraya/jalanraya.
4. Perubahan landskap yang  Pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, medan letak kereta dll
ketara.  Pembinaan terowong, pemotongan bukit – landskap hutan 3
semulajadi berubah.
 Pembebasan haba terma dari engin bas,lori dan teksi khususnya di
5. Peningkatan suhu mikro. stesyen hentian. Pemanasan setempat.
 Pembebasan gas-gas rumah hijau dari asap kenderaan – karbon
monoksida,karbon dioksida,plumbum oksida dll 3
 Memerangkap bahangan bumi menyebabkan indeks suhu sekitar
meningkat.
Pemarkahan: 5 isi x 3 markah = Max 15 markah MAX 15

Soalan 6

a) Jelaskan dua isu alam sekitar rentas sempadan yang berlaku di rantau ASEAN [ 6 ]

Skema Jawapan

Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah


 Di ASEAN, punca utama jerebu datangnya dari kebakaran hutan di
Indonesia. Asap, habuk dan jelaga akibat kebakaran hutan tersebut
1. Isu Jerebu Rentas akan disebarkan oleh angin hingga melintasi sempadan negara jiran
Sempadan. seperti Malaysia, Singapura dan Berunai. 3
 Fenomena jerebu rentas sempadan biasanya berlaku pada bulan
Mei hingga awal September apabila cuaca menjadi kering.
Kebakaran hutan di Indonesia dilakukan juga oleh syarikat
perladangan dari Malaysia dan Singapura. Justeru timbul isu saling
tuduh-menuduh antara satu sama lain.
 Fenomena jerebu rentas sempadan banyak menjejaskan aktiviti

16
ekonomi seperti gangguan penerbangan dan perkapalan,
pengangkutan darat disamping menjejaskan kesihatan penduduk
 Selat Melaka adalah laluan perkapalan paling sibuk di Asia
Tenggara. Isu utama yang berkait dengan pencemaran laut ialah
2. Isu pencemaran selat apabila berlakunya perlanggaran kapal tangki yang menyebabkan
Melaka. tumpahan minyak.
 Selain itu pencemaran perairan Selat Melaka juga diburukkan lagi 3
oleh aktiviti industri dan penduduk. Antaranya termasuklah
pembuangan sisa domestik dan kumbahan, perubahan gunatanah,
pembangunan industri pertanian dan perkilangan, peningkatan
laluan trafik perkapalan dan sebagainya.
 Pencemaran laut boleh mendatangkan impak yang buruk ke atas
persekitaran fizikal Selat Melaka. Sebarang ancaman ke atas ekologi
dan biodiversiti selat itu akan mengancam keselamatan
persekitaran negara pesisir lain dan memberi kesan buruk kepada
kegiatan ekonomi maritim khususnya perikanan dan pelancongan
di rantau ASEAN

Pemarkahan: 2 isi x 3 markah = MAX 6 Markah MAX 6

b) Bagaimanakah isu alam sekitar rentas sempadan secara tidak langsung telah mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara
ASEAN . [6]

Skema Jawapan:
Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh
 Maklumat berkait dengan bencana alam – lokasi kejadian,
1. Kerjasama – perkongsian puncanya,kekuatannya serta penyebarannya di hantar terus
data dan maklumat. kepada negara-negara jiran ASEAN sebagai langkah berjaga- 2
jaga dan plan tindakan yang perlu diambil.
 Misalnya data titik panas (hot spot) boleh diambil melalui
satelit Malaysia dan Singapura untuk dikongsi bersama
dengan negara ASEAN yang lain.


Meliputi kaedah kawalan/pencegahan oleh pasukan bomba
2. Kerjasama teknikal dan penyelamat dari negara-negara ASEAN.
 Perkongsian peralatan untuk mencegah penyebaran
tompokan minyak jika berlaku perlanggaran kapal tangki 2
khususnya dari Singapura.
 Kerjasama teknikal dalam pemuliharaan biodiversiti marin.
 Misalnya kepakaran Indonesia digabung dengan teknologi
3. Kerjasama – perkongsian Malaysia dalam konteks menangani masalah jerebu dan
kepakaran dan teknolog tsunami yang merentas sempadan. 2
 Kepakaran mengesan kebakaran hutan melalui sistem GPS
yang dipancarkan secara langsung kepada Jabatan
Meteorologi Malaysia dan Badan Meteorologi serta Geofisika
(BMG) Indonesia
 Tabung bencana alam (makanan, pakaian,perubatan,
4. Kerjasama kemanusiaan kewangan dll kepada mangsa-mangsa bencana alam)
menghulurkan bantuan  Penghantaran pasukan bomba dan penyelamat untuk sama- 2
sama memadamkan kebakaran.
Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = 6 markah MAX 6

c) Mengapakah kerjasama ekonomi ASEAN pada masa kini perlu diperkukuhkan? [ 13]

Skema Jawapan:

Kerjasama ekonomi serantau ASEAN perlu diperkukuhkan kini adalah kerana:

17
Isi Huraian dan Contoh Markah
1. Mengurangkan kesan  ASEANperlu perkukuhkan kerjasama ekonomi bagi mengurangkan
negatif globalisasi monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah,
ekonomi. Jepun dll di dalam pasaran ASEAN 2
 Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan. Kebergantungan
kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan.
Ancaman lambakan produk dari negara China yang tidak berkualiti
boleh dikurangkan. Misalnya melalui AFTA.
2. Meningkatkan aliran  Hal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA)
perdagangan intra dan pasaran bebas AFTA dengan memberi pengurangan cukai atau
ASEAN pelepasan cukai kepada sesetengah barangan dari sesama negara 2
anggota.
 Kesan semua negara anggota dapat menikmati faedah seperti
harga barangan yang lebih murah, bekalan barangan yang
berterusan, dan mengurangkan defisit import barangan dari negara
maju.
3. Perluasan saiz  Kesan-kesan positif perluasan pasaran diperoleh melalui
pasaran pertambahan penduduk dan peningkatan kuasa beli yang
menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata 2
negara.
 Konsep pasaran bebas bersama (AFTA) akan memberi keuntungan
kepada semua negara. Dengan adanya perluasan pasaran ini
barangan dan perkhidmatan akan dapat dijual tanpa karenah
birokrasi yang cerewet.
4. Perkongsian  Saling keuntungan diperolehi melalui perkongsian teknologi, R&D,
teknologi, R&D, dan dan inovasi baru dalam pelbagai bidang perindustrian, tenaga,
inovasi baru pertanian, perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan, 2
dan lain-lain yang dapat memberikan kesan positif kepada semua
negara anggota.
 Apabila semua negara mengeratkan kerjasama maka kekurangan
teknologi sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan
teknologi negara lain.
5. Perkongsian  Perkongsian pelaburan modal atau kewangan menerusi pelbagai
pelaburan modal atau konsep dan kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, 2
kewangan koperasi kewangan ASEAN, dan lain-lain yang dilangsungkan di
bawah Jawatan kuasa Kewangan dan Bank (COFAB).
 Negara-negara anggota yang lebih teguh keadaan ekonomi boleh
melabur dan membantu negara-negara yang lemah.
6. Saling melengkapi  Negara anggota ASEAN juga memperoleh keuntungan melalui
dari pengkhususan keadaan saling melengkapi khususnya dalam konteks 2
pengeluaran pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuatan,
perkhidmatan, serta sumber dan tenaga.
 Kekurangan aspek-aspek tersebut di sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain. Sebagai contoh negara Singapura yang
mengalami masalah kekurangan sumber bahan mentah seperti
bekalan air, minyak sawit, dan petroleum ditampung oleh negara-
negara jiran seperti Malaysia. Thailand pula membekalkan beras
dan sumber perikanan kepada Singapura. Sebaliknya Singapura
membantu negara lain melalui kepakaran perkhidmatan,
kepakaran kewangan, serta kemudahan pelabuhan dan
pergudangan.
7. Pengaliran tenaga  Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara juga
buruh dan kepakaran boleh ditampung oleh negara anggota lain. Sesetengah negara 2
ASEAN dapat mengurangkan masalah lebihan tenaga buruh yang
berlaku di dalam negara melalui perkongsian tenaga buruh.
 Contoh yang paling baik ialah antara Malaysia dengan Indonesia.
Kekurangan buruh di Malaysia dalam sektor pembinaan,

18
perladangan, dan pembantu rumah ditampung oleh kemasukan
tenaga buruh dari Indonesia. Dengan itu, ekonomi Malaysia lebih
pesat dan berkembang maju. Negara Indonesia juga memperoleh
keuntungan dalam pengurangan bebanan lebihan tenaga buruh.
Masalah pengangguran di Indonesia juga boleh dikurangkan.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 + 1 markah mana-mana huraian yang baik = MAX 13 Markah MAX 13

-TAMAT-

19

Anda mungkin juga menyukai