Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal

[20 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan interspesies ? [3]

Skema pemarkahan

Persaingan antara spesies yang berlainan untuk mendapatkan sumber makanan

(cahaya matahari, air, udara, nutrien) dan ruang dalam sesebuah ekosistem.

3 x 1m = 3m

(b) Jelaskan bagaimana tumbuhan bersaing untuk kelangsungan hidup dalam ekosistem
hutan hujan tropika. [3]

Skema pemarkahan

Fakta (Cara) Huraian Kesan

B1 Komensalisme -tumbuhan epifit seperti paku langsuyar, -tidak menjejaskan


paku tanduk rusa menumpang pokok lain perumahnya
untuk mendapat cahaya matahari yang
cukup bagi menjalankan proses
fotosintesis

B2 Parasitisme -tumbuhan seperti pokok dedalu dan -menjejaskan


orkid yang memanjat pokok lain untuk kesuburan
mendapatkan air dan sumber mineral perumahnya/perumah
daripada kulit pokok akan musnah

B3 Saprofitisme -tumbuhan seperti cendawan dan kulat -menghasilkan


menyerap makanan daripada tumbuhan humus/nutrien dalam
yang reput untuk tumbesarannya tanih

Pernyataan (1m) + huraian (1m) + kesan (1m) = 3m

1
(c) Huraikan dua kepentingan tumbuhan primer kepada aktiviti manusia. [4]

Skema pemarkahan

Fakta (kepentingan) Huraian

C1 pembalakan -pokok kayu keras berharga seperti cengal dan meranti sangat
tinggi nilai pasarannya
-hasil eksport kayu balak dalam bentuk kayu gergaji dan
papan lapis dapat meningkatkan ekonomi negara

C2 ekopelancongan -pelbagai spesies flora dan fauna yang unik dan menarik
seperti raflesia, orkid menjadi daya tarikan kepada pelancong
-kawasan ekopelancongan yang utama seperti Tanah Tinggi
Cameron, Gunung Kinabalu mempunyai udara yang nyaman
dan pemandangan yang menarik

C3 perubatan herba -ekosistem hutan menjadi habitat spesies tumbuh-tumbuhan


-tumbuhan herba seperti tongkat ali digunakan untuk
mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis

C4 pemburuan dan -ekosistem hutan menjadi habitat spesies haiwan mamalia


pengutipan hasil hutan -haiwan buruan seperti kijang, kancil dan rusa dijadikan
sebagai makanan

C5 IKS -rotan dan buluh digunakan untuk membuat perabot dan


kraftangan
-meningkatkan pendapatan penduduk setempat

C6 R&D -ekosistem hutan menjadi habitat pelbagai spesies flora dan


fauna
-menjadi tempat pelajar sekolah dan IPT untuk menjalankan
R&D

Mana-mana 2 x 2m = 4m
(Pernyataan 1m, huraian 1m)

2
2 (a) Huraikan tiga kesan kebakaran hutan terhadap sistem atmosfera [6]

Skema pemarkahan

Fakta (kepentingan) Huraian

A1 Kejadian jerebu -kebakaran hutan membebaskan asap yang mengandungi gas


pencemar udara seperti karbon dioksida, nitrogen dioksida;
partikel-partikel terampai di udara seperti habuk dan debu
- keadaan udara kering menyebabkan kualiti udara merosot dan
mengundang kejadian jerebu

A2 Pertambahan gas -kebakaran hutan memusnahkan tumbuhan menyebabkan


karbon dioksida di udara proses fotosintesis berkurang
-gas karbon dioksida berlebihan di udara

A3 Kejadian hujan asid -gas-gas pencemar udara seperti karbon dioksida, nitrogen
dioksida bertindakbalas dengan air hujan
-hujan menjadi berasid dengan nilai pH kurang daripada 5

A4 Tekanan udara -kebakaran hutan meningkatkan suhu sekitar. Suhu yang tinggi
rendah mewujudkan akan menyebabkan tekanan udara menjadi rendah.
ribut dan taufan -angin dari kawasan bertekanan tinggi akan bergerak ke
kawasan bertekanan rendah yang mewujudkan ribut dan taufan

A5 Peningkatan suhu -kebakaran hutan menyebabkan pertambahan gas-gas pencemar


global udara dan partikel-partikel terampai di udara
-gas-gas pencemar dan partikel terampai menghalang
pembebasan haba bumi menyebabkan suhu meningkat

Mana-mana 2 x 2m = 4m
(Pernyataan 1m, huraian 1m)

3
(b) Jelaskan dua langkah perundangan untuk mengurangkan kejadian kebakaran hutan di
Malaysia. [4]

Skema pemarkahan

Fakta (langkah perundangan) Huraian

B1 Kuat kuasa undang-undang. - Akta, enakmen, peraturan dan ordinan


Akta Alam Sekeliling 1974

B2 Hukuman dan denda -denda/kompaun/penalti dan penjara dikenakan


kepada sesiapa yang melakukan pembakaran hutan
secara terbuka
-RM500,000 dan penjara sekurang-kurangnya 2
tahun atau kedua-duanya sekali

B3 Kawalan dan pemantauan -pihak berkuasa menjalankan pemantauan/membuat


rondaan secara berkala/ berterusan.

Mana-mana 2 x 2m = 4m
Pernyataan 1m, huraian 1m

4
Bahagian B: Alam Sekitar Manusia

[20 markah]

3 (a) Nyatakan dua jenis gas rumah hijau yang dibebaskan melalui aktiviti perindustrian?
[2]
Skema Pemarkahan

Karbon dioksida (CO2)


Karbon monoksida (CO)
Sulfur dioksida (SO2)
Nitrogen dioksida (NO2)
Klorofluorokarbon (CFC)
Hidrofluorokarbon
Sulfur hexafluorida

Mana-mana 2 isi x 1m = 2m

(b) Selain perindustrian, jelaskan tiga aktiviti manusia yang boleh menghasilkan gas
rumah hijau

Skema pemarkahan

Fakta (aktiviti Huraian


manusia)

B1 Pengangkutan -asap kenderaan diesel melalui pembakaran bahan api fosil


menghasilkan karbon monoksida dan karbon dioksida

B2 Pertanian -pembakaran kawasan pertanian ladang kelapa sawit, kawasan


padi sawah dan ladang tebu menghasilkan karbon dioksida

B3 Domestik -pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah


menghasilkan karbon dioksida
-metana dilepaskan melalui pereputan sisa organik di tapak
B4 Penternakan pelupusan sisa pepejal (landfill)

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m
(Pernyataan 1m, huraian 1m)

5
(c) Cadangkan satu langkah perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan
aktiviti perindustrian terhadap persekitaran fizikal di Malaysia. [2]

Skema pemarkahan

Fakta (langkah Huraian


perundangan)

C1 Kuan kuasa Undang- - Akta, Ordinan, Enakmen , Akta Alam Sekeliling 1974
undang.

C2 Pemantauandan -Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)


Kawalan

C3 Hukuman dan denda pihak berkuasa menjalankan pemantauan/membuat rondaan


secara berkala/ berterusan.

#Mesti menunjukkan ayat cadangan seperti mempertingkatkan/ perubahan pada ayat sedia ada.

Mana-mana 1 isi x 2m = 2m
(Pernyataan 1m, huraian 1m)

4 a) Takrifkan konsep pembangunan berterusan (lestari) [2]

Skema pemarkahan
1m
Pembangunan berterusan (lestari) bermaksud [pembangunan yang memenuhi keperluan
1m
generasi masa kini] [ tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang].

2 isi x 1m = 2m

b) Nyatakan empat daripada lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)? [4]

B1 menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi


B2 mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup
B3 memulihara dan mempertingkatkan asas sumber
B4 memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
B5 mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko
B6 mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan
B7 memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa
B8 memperkukuhkan kerjasama antarabangsa
Mana-mana 4 isi x 1m = 4m

6
(c) Cadangkan dua langkah yang boleh diambil bagi mewujudkan bandar lestari. [4]

Skema pemarkahan

Fakta (langkah) Huraian

C1 mewujudkan taman hijau dalam bandar -kawasan berumput, penanaman pokok-


pokok peneduh dll

C2 penggunaan kenderaan awam yang -LRT, Monorel dan Komuter


kurangkan pencemaran

C3 Kempen kesedaran -kempen berkongsi kereta, gotong royong


membersihkan sungai dll

C4 mewujudkan badan-badan air -taman tema, tasik buatan dll

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m
(Pernyataan 1m, Huraian 1m)

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

7
8
9

Anda mungkin juga menyukai