Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : HUJAN ASID a). Secara ringkas, terangkan maksud hujan asid ?

Konsep Hujan Asid: Air hujan yang mempunyai nilai keasidan yang tinggi (pH kurang dari 7). Biasanya nilai pH bagi air hujan adalah antara 3 hingga 4. Ia terbentuk melalui proses kondensasi (pemelowapan) yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon monoksida dengan wap-wap air . Bahan pencemar berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang menarik wap air, tepu bersamanya dan akhirnya turun sebagai hujan asid. Contohnya hujan ialah seperti asid nitrit, asid karbonik dan asid sulfurik. b) Bagaimanakah hujan asid terjadi ?. [3] [5]

Proses kejadian hujan asid : Hujan asid ialah proses pemendapan basah. Ia terbentuk hasil gabungan air hujan dengan gas-gas pencemar udara seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid. Gas-gas pencemar udara ini bertindak sebagai nukleus kondensasi (nukleus pemelowapan) yang menarik wap-wap air, membesar dan tepu bersamanya dan akhirnya turun sebagai hujan asid. Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi. b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kejadian hujan asid. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian hujan asid ialah:
1. Faktor perindustrian. Punca utama masa kini yang banyak membebaskan bahan-bahan pencemar ke udara (pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya. Bahan-bahan inilah yang bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air, membesar dan akhirnya turun sebagai hujan asid. Aktiviti perindustrian yang banyak membebaskan bahan pencemar udara ini ialah seperti industri petrokimia, industri memproses getah dan kelapa sawit, industri memproses tenaga seperti arang batu dan lain-lain. Contohnya proses peleburan bijih timah yang banyak akan membebaskan

[ 10 ]

gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.

2. Faktor pengangkutan. Punca kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkap oleh sistem enjin menyebabkan banyak gas-gas pencemar terbebas ke udara. Sebagai contoh kenderaan berenjin disel lebih banyak membebaskan gas-gas pencemar udara khususnya karbon monoksida. Di kawasan bandar besar, kenderaan bermotor menjadi punca utama fenomena hujan asid. 3. Faktor Janakuasa. Punca dari stesyen janakuasa elektrik pegun yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas asli juga banyak membebaskan pencemar ke udara. khususnya karbon dioksida dan karbon monoksida. Kebanyakan stesyen janakuasa utama masih lagi menggunakan bahan api fosil bagi membekalkan tenaga elektrik terma. Misalnya pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas

sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.


4. Faktor semulajadi. Punca semulajadi khususnya letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gas sulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfurik seperti dalam kes letupan gunung berapi Pinatubo di Filipina . Selain itu kebakaran hutan akibat cuaca panas seperti dalam tempoh el Nino juga menyumbang kepada pertambahan bahan pencemar udara khususnya karbon dioksida dan karbon monoksida yang menjadi sumber kepada hujan asid. Seterusnya penguraian bahan organik seperti aktiviti bakteria dalam tanah yang

menukarkan nitrat kepada nitrit lalu menghasilkan gas nitrogen semasa kilat. Aktiviti penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik pula menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Proses anaerobik berlaku dalam keadaan tidak beroksigen di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap atau paya. Dalam proses ini hidrogen sulfida yang dibebaskan akan bergabung dengan oksigen di udara untuk membentuk sulfur dioksida. Gas sulfur dioksida ini pula bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.
5. Faktor-faktor lain. Ini termasuklah aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk seperti di kawasan pelupusan sampah yang boleh membebaskan gas metana, nitrus oksida, karbon dioksida dan sebagainya. Selain itu kegiatan pertanian seperti penggunaan baja

nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan nitrus oksida yang menyebabkan air hujan mengandungi asid nitrit. c) Jelaskan kesan fenomena hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. [ 10 ] Kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal:
1. Memusnahkan ekosistem hutan. Berlakunya fenomena waldstrabeen (hutan berangka). Dedaun pokok akan mengalami keguguran apabila terkena hujan asid dan akan meninggalkan ranting serta dahan pokok tanpa daun. Proses ini dinamakan sebagai mutasi.. Selain itu kerosakan rantaian makanan akan terjadi : pengeluar pengguna - pengurai, kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesis fauna dan flora. Akhirnya keseluruhan keseimbangan ekosistem hutan akan terganggu. Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti

kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di 2

beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.
2. Kerosakan ekologi air (Ekosistem Akuatik). Hujan asid akan meningkatkan nilai keasidan air sungai, tasik,paya dan tanah lembab. Ini akan mematikan pelbagai jenis hidupan air khususnya plankton, fitoplankton dan zooplankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadi habitat pelindung kepada hidupan air seperti kiambang dan keladi. Pengasidan menjejaskan

keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitif terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai keasidan bertambah. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan ular air akan mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga akan berkembang maju dalam air berasid. Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan akan mati disebabkan keracunan aluminium. Di antara ikan yang sangat sensitif terhadap keasidan air ialah ikan Salmon.
3. Meningkatkan keasidan tanah. Tanah menjadi kurang subur Ini menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan. Peningkatan pengasidan

memusnahkan nutrien atau zat semulajadi dalam tanah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan dan kerencatan kepada tumbuhan tersebut. Tanah yang berasid memerlukan kos yang tinggi untuk memuliharanya.
4. Impak terhadap bangunan dan harta benda. Kerosakan harta benda. seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta, mempercepatkan proses pengkaratan kepada besi seperti di bangunan tinggi, di jambatan dan sebagainya yang memerlukan kos yang besar untuk membaikpulihnya. Kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang

diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta.
5. Gangguan kesihatan seperti penyakit kulit juga kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif.

d) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan fenomena hujan asid. [8]
Tiga langkah yang boleh diambil iaitu : 1. LANGKAH PERUNDANGAN

Akta : Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti : Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 , Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996),Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain. Agensi Penguatkuasaan : Agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan rondaan dan pemantauan yang lebih kerap untuk mengawal aktiviti perlepasan asap kenderaan dan kilang. Hukuman : Seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mengikut lunas undang-undang yang ada. LANGKAH PENGURUSAN STRATEGIK.

2.

3.

Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Memasang sistem penapis di dalam serombong kilang supaya kadar perlepasan asap dan gas-gas pencemar udara dapat dikurangkan. Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah bermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera. Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass, tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti mencemarkan alam sekitar. Melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggantikan dengan kaedah tebangreput. Setiap pembakaran yang dilakukan hendaklah diselenggara dengan baik dan terkawal. Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengetahui kesesuaian jika ingin melakukan pembakaran. Penghijauan persekitaran. Banyak menanam pokok pokok peneduh yang bertindak menyerap dan menapis bahan kotoran jerebu. KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.

Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas pencemar udara. Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta. Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT.

Anda mungkin juga menyukai