-Air hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti air
hujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid.
Punca-punca
1. Perindustrian 2. Kenderaan bermotor 3. Stesen janakuasa elektrik 4. Letupan gunung berapi 5. Pembakaran terbuka
Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat
yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan. Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida
Langkah Pencegahan/mengatasi
1. Undang-undang - Akta Kualiti Alam sekitar 1974
-mengenakan denda, kompaun, penarikan lesen dan menyita alatan/premis yang mendatangkan pencemaran udara/pembebas gad tercemar tanpa mematuhi peraturan. -laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan.
3. Pendidikan
-kempen , forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khasnya berkaitan pencemaran udara. -Penerapan aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek di sekolah/IPT.
Nitrogen + Oksigen
Nitrous oksida
Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.