Anda di halaman 1dari 3

Pencemaran Alam Sekitar

Kesan-kesan Alam Sekitar

Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak


kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat
ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:-
 Pencemaran udara dan jerebu
 Peningkatan suhu sekitar/ pemanasan setempat
 Fenomena hujan asid
 Pencemaran bau
 Pencemaran air
 Pencemaran tanah
 Kemusnahan hidupan akuatik
 Hakisan tanah dan banjir
 Kesihatan terjejas

1. Pencemaran Udara Dan Jerebu


Pencemaran udara akan menjejaskan kualiti udara dan kesihatan manusia.
Hal ini demikian kerana udara yang telah tercemar dengan asap, habuk, gas,
karbon monoksida dan sulfur dioksida menyebabkan kesihatan manusia
terjejas. Sebagai contohnya, fenomena jerebu yang berlaku menyebabkan
atmosfera diliputi zarah-zarah halus dan habuk-habuk terampai
mumudaratkan manusia dan mendekatkan jarak penglihatan. Keadaan ini
menyebabkan manusia terpaksa berada di dalam rumah dan aktiviti
penerbangan terpaksa dihadkan.

2.Peningkatan suhu/ pemanasan setempat


Pencemaran udara akan mengakibatkan pemanasan bumi.Keadaan ini terjadi
apabila peningkatan gas karbondiokasida yang terperangkap dalam
atmosfera akibat pencemaran udara menghalang pembalikan haba semula
dari bumi ke atmosfera. Sebagai akibatnya, banyak haba terperangkap dalam
atmosfera dan bumi menjadi semakin panas. Seterusnya, suhu atmosfera
akan terus meningkat dalam jangka masa panjang dan menyebabkan
fenomena lain yang tidak dikehendaki. Sebagai contohnya, pencairan ais di
kutub dan kenaikan aras laut berpunca daripada suhu bumi yang semakin
meningkat. Oleh itu, kejadian ini akan menyebabkan kehidupan makhluk di
bumi berada dalam keadaan berbahaya.
3. Fenomena Hujan Asid
Fenomena hujan asid ini terjadi apabila komposisi udara yang tercemar
bertindak balas dengan air hujan dan menyebabkan air hujan berasid. Bahan-
bahan pencemar bertindak sebagai nukleus kondesas untuk menyerap wap-
wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian asid. Hujan asid
boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran tumbuhan
atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna
bangunan.

4. Pencemaran Bau
Sesetengah industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan
seperti industri memproses getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya
berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbau busuk. Sisa-sisa ini
sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai “enap cemar” di persekitaran kilang.
Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan
ketidakselesaan hidup bagi penduduk- penduduk di persekitarannya.

5. Pencemaran Air
Pencemaran air pula akan memberikan kesan kepada kualiti air dan
kehidupan di air. Pencemaran air berlaku apabila kilang-kilang yang
didirikan sepanjang sungai melepaskan bahan-bahan toksik yang
mencemarkan air sungai. Bahan-bahan toksik ini menghalang oksigen
sampai kepada kehidupan sungai. Apabila ini berlaku, air sungai yang
merupakan sumber utama air kepada manusia akan menjadi tidak selamat
untuk digunakan. Sebagai contohnya, banyak sungai di negara kita telah
tercemar seperti Sungai Klang. Oleh itu, air yang merupakan bahan asas
yang sangat penting dalam kehidupan akan terjejas.
6. Pencemaran Tanah
Kesan pencemaran tanah kepada manusia dan alam sekitar ialah pencemaran
tanah menjejaskan tanaman, tumbuh-tumbuhan, dan kualiti tanah. Hal ini
berlaku apabila raciun serangga dan bahan kimia yang digunakan oleh petani
akan menyebabkan keasidan tanah meningkat. Nutrien tanah pula akan
berkurangan dan menjadi tidak subur. Kualiti tanaman pula akan
berkurangan dan ini akan memberikan kesan kepada hasil tanaman yang
menjadi makanan manusia. Sebagai contohnya, hasil pertanian seperti sayur-
sayuran yang ditanam di Tanah Tinggi Cameron pada masa dulu pernah
tercemar kerana masalah penggunaan racun serangga yang berlebihan.
Punca-punca
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor
perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di
negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain
itu,punca-punca lain adalah:-

 Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan


 Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
 Pembakaran terbuka
 Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon
dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
 Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
 Pembuangan sisa-sisa toksik

Kepentingan alam sekitar


Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa
dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Kepentingan-kepentingannya adalah:-
 Kesihatan manusia terjamin
 Tarikan pelancong asing
 Pembekalan udara yang segar
 Ekosistem yang stabil
 Habitat hidupan darat dan air terpelihara
 Mengelakkan kepupusan

Anda mungkin juga menyukai