Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala


pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam
konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan
perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara
yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari
( tidak berubah-ubah, kekal, tetap), berkualiti dan seimbang
Pemimpin negara yang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia bercita-cita mencapai
taraf negara maju yang mengikut acuannya yang tersendiri menjelang tahun 2020.
Pembangunan yang pesat dari segi ekonomi dan sosial telah melahirkan keperluan
untuk pembangunan fizikal yang lebih besar dan lebih canggih. Namun begitu, dalam
usaha untuk membangunkan negara, kita harus memastikan bahawa alam sekitar
tidak sekali-kali menjadi korban.

DIFINISI


Keseimbangan alam sekitar
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara
organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk
mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semula jadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi
tersebut adalah kitar karbon, kitar



Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era
permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi
dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa
tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran
alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga
mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara
meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam
sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatahdi telan mati emak di luah
mati bapa.


Punca Pencemaran Alam




1. Pembuangan sisa industri, sisa toksik dan sisa radioaktif, asap dan haba daripada
kilang
Penyingkiran bahan toksik seperti merkuri, cadmium dan sebatian sianida
memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
Kilang-kilang yang menggunakan bahan api fosil mencemari alam sekitar dengan
membebaskan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan oksida-oksida
nitrogen
Gas-gas daripada asap kilang boleh menyebabkan hujan asid.

2. Penggunaan baja kimia dan pestisid dalam bidag pertanian.
Penggunaan baja nitrat dan fosfat secara berlebihan menyebabkan baja itu
melarut dalam air yang mengalir ke sungai
Pestisid seperti paraquat, dieldrin dan DDT sukar diuraikan dan kekal dalam
persekitaran

3. Bunyi, asap dan gas beracun daripada kenderaan dan jentera.
Di kawasan Bandar, pencemaran bunyi disebabkan bunyi daripada mesin dan enjin
kenderaan
Di kawasan lapangan terbang, bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang supersonik
boleh mengakibatkan pencemaran bunyi
Gas karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan amat berbahaya kepada
manusia.

4. Pembuangan sampah sarap seperti plastic, sisa makanan, dan bahan pepejal
Jumlah sampah yang dibuang meningkat dengan bertambahnya penduduk di
sesebuah kawasan
Sampah sarap seperti bangkai haiwan, sisa makanan dan kertas adalah boleh
dibiodregrasi manakala bahan plastic, getah, kaca dan bahan logam adalah tidak
terbiodegrasi
Pembakaran sampah terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dengan
penghasilan gas-gas toksik

5. Pembuangan kumbahan
Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran air
Air kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bacteria ini
menggunakan oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan
akuatik

KESAN PENCEMARAN



Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan
udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap
pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon
dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.



Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung
dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan
pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar
dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi
tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida
ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang
turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid
terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan
dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan,
kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga
merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang
berpenyakit seperti mengidap asma


Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan
sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air
akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak
betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka
sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah
anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan
badan akibat penggunaan sumber air tersebut








Kepupusan Spesies



1. Pembalakan, pemnukaan tanah, dan hujan asid menyebabkan kawasan
hutan semakin berkurangan dan spesies tumbuhan pupus.
2. Keadaan ini uga menyebabkan haiwan berpindah ke kawasan lain
seterusnya memaksa mereka bersaing untuk hidup.
3. Penggunaan pestisid dalam bidang pertanian menjejaskan siratan
makanan dan menyebabkan kematian organism-organisma berfaedah.
4. Pembuangan bahan kimia, kumbahan, dan efluen kilang memusnahkan
habitat organism akuatik.
5. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan dan haiwan akuatik menjadi pupus.




Kehilangan Sumber Ekonomi



1. Pemusnahan ekosistem dan alam semulajadi menjejaskan sumber
ekonomi Negara.
2. Pemusnahan dan kepupusan haiwan akuatik lain menjejaskan sumber
pendapatan para nelayan.
3. Pencemaran radioaktif seperti yang berlaku di Chernobyl telah
menyebabkan kerugian yang besar dalam sector pertanian. Kawasan yang
terlibat tidak dapat diusahakan dalam jangka masa yang panjang akibat
pendedahan kepada sinaran radioaktif.
4. Hujan asid menyebabkan tumbuhan mati dan menjejaskan sector
pembalakan serta industry perubatan tradisional.












Kesan Rumah Hijau





1. Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas
karbon dioksida dalam atmosfera.
2. Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada
pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis.
3. Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat
disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang
tidak terkawal serta pembukaan tanah.
4. Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan
suhu bumi.
5. Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya
inframerah daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas.
6. Kesan rumah hijau menyebabkan :
(a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
(b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
(c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana
tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.






















Pemanasan Global








Peningkatan suhu bumi berlaku disebabkan oleh :


(a) letusan gunung berapi yang meningkatkan suhu udara di sekeliling,
(b) menyingkirkan air panas ke sungaioleh stesen janakuasa terma,
(c) pengeluaran gas ekzos dan haba dari kenderaan,
(d) bangunan bercermin memantulkan haba dari cahaya matahari,
(e) Sinaran inframerah yang terperangkap dalam atmosfera dan memanaskan permukaan
bumi. Hal ini menyebabkan pemabansan global berlaku.
(f) kilang :
- pembebasan gas karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil menyebabkan
kesan rumah hijau.
- menyingkirkan air panas ke sungai menyebabkan pencemaran terma.








PERLOMBONGAN



Hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan menjejaskan hidupan
akuatik yang terdapat didalamnya.
Perubahan terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air turut
terjejas.
Halangan ke atas aliran sungai. Sungai akan menjadi dalam dan sistem pengaliran sungai
akan menjadi deras.
Gangguan kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek untuk
mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan menjadi lemah dan bila-bila
masa sahaja ianya boleh pecah.
Kerosakan ke atas persekitaran sungai.
Kemerosotan kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan
memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.
Mendapan di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di hilir.












PEMBALAKAN



Penerokaan sumber hutan pula menyebabkan bekalan kayu balak pada masa depan semakin
berkurang kerana pokok pokok yang ditanam mengambil masauntuk tumbesaran.





PEMBUKAAN TANAH


Selain itu, pembukaan tanah untuk pertanian atau pembagunan wilayah akan menyebabkan
beberapa spesis flora dan fauna yang belum dikenalpasti kegunaanya di masa hadapan
pupus begitu saja.








TIGA AKTIVITI UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM
SEKITAR

Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, sering kali kita melihat dan
menatap pelbagai berita yang berkaitan alam sekitar. Berita tentang alam
sekitar yang menghiasai paparan media elektronik ini juga turut menjadi
bualan masyarakat di mana-mana sahaja. Sebagai spesis yang paling
berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha
melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita
mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan
simbiosis dan saling kebergantungan. Setiap spesis mempunyai tempatnya
sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jika
serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan
ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran. Secara
langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang
menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah
amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan
alam sekitar.

Pertama langkah memulihara alam sekitar ialah dengan mengadakan
aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan persekitaran. Gotong-
royong ini boleh dilakukan dalam kelompok yang kecil iaitu hanya
melibatkan ahli keluarga ataupun dalam bentuk kelompok yang besar yang
melibatkan masyarakat atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Peribahasa sepakat membawa berkat membuktikan sekiranya kita
mengadakan aktiviti gotong-royong, kita dapat membersihkan kawasan
persekitaran kita agar alam sekitar kita lebih bersih dan secara tidak
langsung dapat menjamin kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Antara
aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan untuk memulihara alam
sekitar ialah membersihkan kawasan perumahan, kawasan pantai, kawasan
rekreasi dan sebaginya. Jelaslah bahawa aktivti gotong royong adalah salah
satu cara untuk memulihara alam sekitar.

Kedua pemuliharaan alam sekitar juga boleh dilakukan dengan
mengadakan aktiviti penanaman semula pokok. Pokok sangat berguna
kepada kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam sekitar
umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. Selain daripada
membekalkan oksigen, pokok juga boleh bertindak sebagai penampan
kepada kekuatan angin dan membantu menyeimbangkan ekosistem alam.
Hari ini peratus pokok yang hidup semakin berkurangan akibat daripada
pembalakan haram, penerokaan hutan dan pembukaan kawasan untuk
pembangunan. Oleh itu, kita seharusnya menyahut seruan atau menyokong
kempen penanaman pokok yang dijalankan oleh kerajaan bagi memulihara
alam sekitar.
Ketiga cara-cara memulihara alam yang seterusnya ialah dengan
penguatkuasaan undang-undang. Pelbagai undang-undang telah digubal
dan dipinda untuk memastikan alam sekitar kita dipulihara dan terpelihara.
Namun undang-undang tersebut hanya menghiasi di dada-dada helaian
kertas dan tidak dikuatkuasakan hingga mengakibatkan manusia semakin
rakus menjalankan akitiviti yang merosakkan alam. Undang-undang
berkaitan dengan penerokaan hutan, pencemaran alam sekitar,
pembuangan sampah dan sebagainya harus dikuatkuasa dengan
sepenuhnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk
baru terngadah menjadi amalan dalam kehidupan kita. Jelaslah bahawa,
penguatkuasaan undang-undang sangat penting untuk memulihara alam
sekitar.

Daripada huraian yang dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita usaha-usaha
memulihara alam sekitar ini bukan kerja mudah dan perlu digembeleng
oleh semua pihak sama ada pihak ibu bapa, masyarakat, pemimpin
masyarakat, agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Jika kita mengamalkan
sikap berpeluk tubuh atau hanya sebagai pemerhati tidak akan memberi
apa-apa sumbangan dalam memulihara alam sekitar. Untuk menjamin
kelangsungan hidup yang sejahtera, aman dan sihat sewajarnya kita
membuat anjakan paradigma dengan berusaha memulihara alam sekitar
kita. Janganlah setelah nasi menjadi bubur, barulah kita cuba berusaha
melestarikan alam sekitar yang sangat bermakna ini. Marilah sama-sama
kita berazam untuk terus memulihara alam sekitar yang dikurniakan oleh
Allah ini dengan sebaik mungkin.































RUJUKAN

1. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-
sekitar.html

2. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-
dan-alam-sekitar/

3. http://www.scribd.com/doc/51694558/Kesan-Penerokaan-Sumber-Terhadap-Alam-Sekitar

Anda mungkin juga menyukai