Anda di halaman 1dari 10

Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu

yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies. Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian berlaku? Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang rendah. Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.

Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.

Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramairamai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang

berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punc a berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokokpokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakuk an oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi se makin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupa n dan kesihatan manusia

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu. Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka . Maka,haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah

diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya. Kesan-kesan Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asidasid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.

Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan. Langkah-langkah salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital.

Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Pembangunan Lestari /Mampan Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing. Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future. Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi

keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang. Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP). Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada

penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar. Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari. Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut: Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi. Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya. Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang. Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan. Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik. Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara. Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai

tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai. Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai. Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif. Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.

Anda mungkin juga menyukai