Anda di halaman 1dari 15

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM IT- 020-2 COMPUTER SYSTEM ASSISTANT TECHNICIAN
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK MODUL/


M04 BASIC NETWORKING
MODULE NO AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO 04.03 SETUP CLIENT NETWORK OPERATING SYSTEM
AND STATEMENT
NO. DAN PENGALAMAN LE1 PREPARE WORKSTATION SPECIFICATIONS
PEMBELAJARAN/LANGKAH
LE2 INSTALL NETWORK CARD INTERFACE
NO. AND LEARNING
EXPERIENCE/STEPS LE3 CONFIGURE NETWORK INTERFACE CARD (NIC)
LE4 TEST CLIENT-TO-SERVER
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
PERFORM BASIC NETWORKING USING HAND TOOLS,
NETWORK CARD DRIVERS, NETWORK CLIENT SOFTWARE,
WORKSTATION, NETWORK INTERFACE CARD (NIC),
SERVER AND MANUAL SO THAT WORKSTATION
SPECIFICATIONS PREPARED, NETWORK CARD INTERFACE
INSTALLED, NETWORK INTERFACE CARD (NIC)
CONFIGURED AND CLIENT-TO-SERVER TESTED IN
ACCORDANCE WITH STANDARD NETWORK PROCEDURES.

NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) MUKA : 1 DRPD : 15

TAJUK : PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai Model OSI, fungsi-fungsi Model
OSI, TCP/IP, Alamat IP (IP Addressing), subnet mask, kad rangkaian, jenis-jenis Network
Operating System, ciri-ciri Network Operating System, perisian Network Operating System dan
protokol rangkaian.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 2 Drpd: 15

PENERANGAN :

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk
mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting
untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang
singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer
peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

1.0 MODEL OSI (OPEN SYSTEM INTERCONNECTION)

1.1 Di dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil
OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI) yang dirangka oleh International Standard
Organization pada tahun 1974 dan telah diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai
oleh semua pengeluar.

1.2 Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan dan
digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan
perkakasan supaya produk mereka boleh disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa
sebarang masalah.

1.3 OSI membahagikan senibina kepada 7 lapisan (seven layers OSI). Setiap lapisan ada
fungsi-fungsi yang tersendiri dan selalunya dilaksanakan melalui perisian atau perkakasan.
Antara kebaikannya ialah :
i. Memecahkan operasi sistem rangkaian yang kompleks supaya mudah
diselanggarakan.
ii. Perubahan setiap lapisan tidak mengubah lapisan yang lain. Ini memudahkan
pengeluar menumpukan pada lapisan tertentu sahaja.
iii. Memudahkan pembangunan perkakasan ‘plug and play’.

2.0 FUNGSI-FUNGSI LAPISAN MODEL OSI


2.1 Lapisan Fizikal
i. Mentakrifkan spesifikasi mekanikal, elektrikal, fungsian dan prosedur penghantaran
bit-bit data.
ii. Biasanya dilaksanakan secara pelaksanaan. Contoh piawaian pada lapisan ini
adalah RS-232 dan RS-449.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 3 Drpd: 15

2.2 Lapisan Pautan Data


i. Memastikan perhubungan fizikal antara dua peranti komunikasi bebas ralat iaitu
seperti pengecaman ralat, pembetulan ralat dan penghantaran semula.
ii. Menakrifkan protocol penghantaran data antara dua komputer membuat definasi
permulaan dan akhiran data, menakrifkan penyelesaian jika lebih daripada satu
komputer ingin menggunakan media penghantaran dan mengawal aliran data.
iii. Antara protocol kawalan penghantaran data adalah seperti HDLC (High Level Data
Link Control), SDLC (Synchoronous Data Link Control) dan BSC (Binary
Synchoronous Communcation).
2.3 Lapisan rangkaian
i. Mengurus routing (switching and addressing).
ii. Menentukan jalan yang akan dilalui
iii. Antara kaedah switching yang dilakukan adalah packet switching dan circuit
switching.
iv. Antara protocol yang popular adalah X.25 dan Frame Relay.
2.4 Lapisan Pengangkutan
i. Bertanggungjawab memastikan penghantaran data antara komputer sumber dan
destinasi (biasa juga dipanggil komunikasi end to end or host to host).
ii. Lapisan ini memecahkan data yang hendak dihantar kepada bingkisan-bingkisan
(packets) kecil.
2.5 Lapisan Sesi
i. Bertanggungjawab untuk sambungan dan mengawal dialog antara dua komputer;
memulakan, mengekal dan memutuskan perhubungan.
ii. Mengawal mod dialog; half duplex atau full duplex.
iii. Mengurus log-in.
2.6 Lapisan Persembahan
i. Bertanggungjawab kepada format data (termasuk pertukaran jenis data : ASCII
EBCDIC.
ii. Mampatan dan pengengkripan
2.7 Lapisan Aplikasi
i. Bertanggungjawab menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk
menggunakan aplikasi dalam rangkaian.
ii. Antara piawaian yang ada adalah seperti SMTP dan POP3 (untuk penggunaan mel
elektronik), HTTP (untuk WWW), FTP, Telnet dan lain-lain.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 4 Drpd: 15

Rajah 1 : Lapisan Model OSI

3.0 TCP/IP
3.1 Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima
pakai untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet.
3.2 Sejarah TCP/IP bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1969 apabila jabatan Defense
Advanced Research Projects Agency (DARPA) melakukan ujian sistem rangkaian
mengenai pensuisan paket (packet-switching).
i. 1970 Advanced Research Agency Network (ARPANET) mula mengunakan Network
Control Protocol (NCP)
ii. 1972 Spefikasi Telnet “Ad Hoc Telnet Protocol” dihantar sebagai RFC 318
iii. 1973 RFC 454 “File Transfer Protocol” diperkenalkan
iv. 1974 Transmission Control Protocol (TCP)
v. 1981 Standard IP diperkenalkan di RFC 791
vi. 1982 TCP/IP protocol suite diperkenalkan oleh Defence Communications Agency
(DCA) dan ARPA
vii. 1983 ARPANET bertukar dari NCP kepada TCP/IP
viii. 1984 Domain Name System (DNS) diperkenalkan
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 5 Drpd: 15

4.0 Alamat IP (IP Addressing)


4.1 Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID.Network ID
umpama Jalan Utama, manalah Host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan
utama tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu setiap
bahagian mempunyai 8 bit. Contoh 8 Bit berbanding decimal.

Rajah 2 : Nombor binary dan nombor decimal

4.2 Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binari dan decimal. Nombor binari diwakili
dengan nombor 0 dan 1, manakalah Decimal diwakili dengan nombor 0 sehingga 9.
4.3 Jenis Kelas Alamat (Address Classes)

KELAS JULAT
BINARY KEGUNAAN
ALAMAT ALAMAT
Bit pertama mesti
KELAS A bermula dengan 0 1 - 126 Alamat unicast untuk jaringan skala besar
Cth : 00000000
2 bit mesti bermula
Alamat unicast untuk jaringan skala
KELAS B dengan 10 128 - 191
menengah hingga skala besar
Cth : 10000000
3 bit mesti bermula
KELAS C dengan 110 192 - 223 Alamat unicast untuk jaringan skala kecil
Cth : 11000000
4 bit mesti bermula
Alamat multicast seperti yang digunakan di
KELAS D dengan 1110 224 - 239
dalam protocol OSPF
Cth : 11100000
4 bit mesti bermula
Alamat ujian / eksperimen(bukan alamat
KELAS E dengan 1111 240 - 255
unicast)
Cth : 11110000

Jadual 1 : Jenis alamat kelas IP


NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 6 Drpd: 15

4.4 Kelas-kelas Rangkaian


i. Alamat-alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet
Assigned Numbers Authority).
ii. Terdapat satu alamat ip yang tidak termasuk dalam susunan ini, iaitu 127. Alamat ini
digunakan untuk tujuan ujilari rangkaian, 127.0.0.1
iii. Merujuk kepada carta kelas di atas, bilangan network ialah bilangan rangkaian yang
mampu dibuat pada satu-satu masa, manakala bilangan subnet pula ialah bilangan
pecahan daripda rangkaian-rangkaian itu, dan bilangan host ialah bilangan
pengguna dalam setiap rangkaian tersebut.
iv. Pada ruangan subnet, 255.0.0.0 mewakili maksima IP Address yang dibenarkan
diguna pakai pada setiap komputer. Range ataupun keluasan bagi satu-satu IP
Address ialah daripada 1 hingga ke 254.

Jadual 2 : Kelas-kelas rangkaian

*IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0 merupakan network number dan
tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back (digunakan untuk melakukan
ujian terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada alamat IP sendiri),
juga tidak boleh digunakan.

5.0 SUBNET MASK


5.1 SUBNET ialah satu mekanisma pengiraan yang digunakan dalam sistem rangkaian bagi
memecahkan rangkaian dalam kelas-kelas IP address bagi tujuan keselamatan mahupun
pembahagian kumpulan-kumpulan kerja.
5.2 Subnet dalam IP address adalah terdiri daripada NETWORK ID DAN HOST.
5.3 Subnet (Pecahan Network) dalam satu kumpulan IP biasanya dipanggil SUBNET MASK
biasanya wujud pada setiap setting ip address pada semua Operating System,
(windows95/98/Me/Xp/2000) server mahu pun client.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 7 Drpd: 15

5.4 Kebanyakkan pengunaan IP Address pada sesebuah syarikat atau institusi menggunakan
DYNAMIC IP ADDRESS (DHCP -Dynamic Host Computer Protocol) bermaksud secara
praktiknya dimana, dalam satu rangkaian terdapat satu server yang akan membahagikan
IP Address kepada kesemua komputer yang dirangkaikan.
5.5 Terdapat default subnet mask untuk setiap kelas.
i. IP kelas A 255.0.0.0
ii. IP kelas B 255.255.0.0
iii. IP kelas C 255.255.255.0

*JANGAN guna IP kelas C dan default subnet mask kelas A atau B. Walaupun komunikasi
berjaya dilakukan tetapi mengundang masalah apabila terdapat dua jenis alamat IP digunakan.
*JANGAN guna alamat IP yang berakhir dengan nombor 0 dan 255. Seperti 192.168.10.0 dan
192.168.10.255 (untuk kelas C), 191.254.0.0 dan 191.254.255.255 (untuk kelas B), 10.0.0.0 dan
10.255.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor network dan 255 merupakan
nombor broadcast.
*JANGAN guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab nombor tersebut tidak wujud

5.6 Kelebihan melakukan subnetting:


i. Mengurangkan trafik di dalam rangkaian – Setiap tambahan PC akan menyebabkan
penambahan trafik di dalam system rangkaian.
ii. Optima prestasi rangkaian – dengan kurangnya trafik, prestasi rangkaian mencapai
prestasi maksima.
iii. Mudah dikendalikan – Lebih mudah mengendalikan sekiranya berlakunya kepincangan.

6.0 Kad Rangkaian - NIC (Network Interface Card)


6.1 Network Interface Card, Network Adapter dan Network Card adalah merupakan
perkakasan yang sama. Ia merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan
stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal.
6.2 Kebanyakan kad rangkaian dipasang pada slot tambahan dalam komputer, namun begitu
terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui
port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface).
6.3 Komputer riba (laptop computer) mempunyai kad rangkaian yang terbina dalam atau yang
menggunakan slot PCMCIA. Kad rangkaian yang dipasang pada komputer akan
dihubungkan dengan komputer yang lain di dalam rangkaian menggunakan kabel.
6.4 Untuk sistem komunikasi jaringan yang bagus seperti ARCnet, EtherNet and Token Ring,
banyak PC dipasang dengan sesuatu kad yang boleh berhubung dengan kad dari
pembekal yang lain. Ia hanya boleh digunakan apabila menggunakan exotic products
seperti Thomas Conrad Networking System atau TCNS (high-speed, copper-cable or fiber-
optic-based system) yang menghalang daripada menggunakan satu jenis kad dari
pembekal sahaja.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 8 Drpd: 15

6.5 MCA (MicroChannel Architecture) dan NuBus (untuk IBM PS/2 dan Apple Macintosh)
adalah kedua-duanya 32-bit ‘bus’ dan sebab itulah kad ini dipasang pada mesin tersebut.
6.6 Untuk tapak komputer jenis EISA (Extended Industry Standard Architecture) dan ISA
(Industry Standard Architecture), 32, 16, dan 8 bit boleh digunakan.
6.7 Ia mungkin juga mempunyai memori yang terlibat untuk memegang data yang masuk dan
keluar. Akhirnya, ia mungkin ada kemampuan untuk “boot” komputer dari kawalan salinan
yang datang dari sistem operasi yang dipanggil remote booting.

Rajah 3 : Kad Rangkaian (Network Card Interface-NIC)


6.8 Cara untuk memastikan kefungsian kad rangkaian.
i. LED pada NIC akan berkelip apabila NIC tersebut bekerja dengan sempurna.
ii. Fungsi yang terdapat pada Operating System di komputer juga dapat digunakan untuk
memeriksa keadaan NIC Card. Contoh Operating System adalah Win95, Win98, Win
ME dan lain-lain. Di dalam Operating System, keadaan driver dan keadaan hardware
yang dipasang pada komputer dapat dilihat di dalam sistem properties.

Rajah 4 : Memeriksa keadaan driver dan perkakasan kad rangkaian


NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 9 Drpd: 15

7.0 JENIS-JENIS NETWORK OPERATING SYSTEM


7.1 Peer-to Peer Network
i. Peer-to-Peer (P2P) membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, fail dan juga
kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
ii. Semua komputer di dalam network adalah sama kerana tidak terdapat central file
server.
iii. Keselamatan disediakan oleh local directory database pada setiap komputer. Setiap
komputer berfungsi sebagai client dan juga server, dan biasanya tiada administrator
yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan penyelenggara rangkaian.
iv. Pengguna pada setiap komputer yang akan menentukan data yang akan dikongsi di
dalam rangkaian.
v. Peer-to-Peer network juga dikenali dengan workgroup. Workgroup menggambarkan
kumpulan kecil individu, biasanya 10 atau lebih dan berkerja bersama. Peer-to-peer
network adalah pilihan yang sesuai untuk persekitaran dimana:
a) Terdapat 10 atau lebih pengguna.
b) Pengguna berkongsi maklumat dan printer.
c) Keselamatan bukan isu yang diutamakan.
d) Organisasi dan rangkaian yang berkembang dengan terhad.
7.2 Client-Server Network
i. Client-Server membolehkan rangkaian memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file
server. Ia juga merupakan standard model untuk networking.
ii. File server menyediakan kebenaran kemasukan (access) kepada maklumat dan juga
menyediakan tahap keselamatan yang diperlukan. Lebih ramai client boleh berkongsi
file yang sama yang terdapat pada file server.
iii. Kelebihan yang paling utama ialah keupayaan untuk memasuki server daripada
platform yang berbeza fungsinya.

8.0 CIRI-CIRI NETWORK OPERATING SYSTEM

8.1 Perkhidmatan Fail


i. Membolehkan komputer yang berada di dalam rangkaian berkongsi fail.
ii. Pengguna boleh membaca(read), menulis (write) dan mengurus (manage) fail dan
data.
iii. Perkhidmatan ini melibatkan operasi penyimpanan (storage), pendapatan semula
(retrieval) dan pergerakan fail dan data.
iv. Komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil file server.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 10 Drpd: 15

8.2 Perkhidmatan mencetak (printing service)


i. Menguruskan akses ke pencetak yang dikongsi di rangkaian supaya pengguna
rangkaian dapat menggunakan pencetak tersebut.
ii. Komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil print server.
8.3 Perkhidmatan keselamatan
i. Menyediakan keselamatan di dalam rangkaian dan membenarkan pengguna mengurus
dan mengawal rangkaian dengan menggunakan sebuah atau lebih komputer.
ii. Perkhidmatan ini menyediakan perlindungan terhadap kehilangan data (data loss) yang
berlaku ketika data digunakan serentak oleh pengguna di dalam rangkaian komputer.
iii. Perkhidmatan ini juga yang memberi kebenaran kepada pengguna dan aktiviti yang
boleh dilakukan terhadap data yang dikongsi di dalam rangkaian komputer.
8.4 Perkhidmatan aplikasi
i. Contoh perkhidmatan ini ialah perkhidmatan pesanan dan komunikasi dan web seperti
email dan laman web.
ii. Mekanisma email ialah perpindahan sesuatu pesanan atau electronic mail dari satu
rangkaian setempat (LAN) ke rangkaian yang lain.
iii. Contoh application server ialah Microsoft Exchange dan Lotus Notes, Apache dan
Internet Information Services (IIS)

9.0 PERISIAN NETWORK OPERATING SYSTEM

9.1 Contoh-Contoh NOS


i. Windows 2000 Server & Windows 2000 Advance Server
ii. Windows 2003 Server
iii. Windows NT Server (4.0)
iv. UNIX (Solaris, HPUX)
v. Novell Netware
vi. Linux (Red Hat, Slackware,Mandrake,Debian)
9.2 Windows NT
i. Windows NT mempunyai keupayaan multiTASKing dimana komputer boleh melakukan
banyak TASK secara serentak dalam satu masa. Pakej Windows NT server ini
menyediakan sistem keselamatan yang baik dan menepati piawaian C2 oleh kerajaan
Amerika. Salah satu kelebihan utamanya ialah peningkatan kelajuan yang dihasilkan
oleh New Technology File System (NTFS).
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 11 Drpd: 15

ii. Antara Kelebihan yang terdapat lain ialah:


a) Dibina dengan fault tolerance – ketahanan kerosakan
b) Berupaya mengendalikan file gigabyte-size dan juga bebanan lalulintas data yang
berat.
c) Menyelia dan menyelenggara operasi rangkain.
d) Menghantar message kepada administrator secara automatik apabila terdapat
masalah pada rangkaian.
e) Skrin paparan yang dipanggil Net Statistic untuk laporan data.
9.3 Windows 2000 server, Windows 2000 Advance Server, Windows XP dan Windows 2003
server
i. Perisian NOS yang dihasilkan selepas Windows NT.
ii. Keupayaan dan kelebihan perisian-perisian ini adalah berbeza dengan Windows NT.
iii. Tetapi semua fungsi yang ada pada Windows NT terdapat pada perisian-perian berikut
kerana ia dihasilkan berdasarkan Windows NT.
9.4 Linux
i. Linux ialah perisian percuma yang dikeluarkan oleh Free Foundation’s Public License
iaitu sebuah pertubuhan perisian yang menggunakan lesen awam yang percuma.
ii. Source code atau sumber kod digunakan adalah terbuka berbanding Windows NT.
iii. Pengguna boleh mendapatkan perisian ini secara download daripada Internet. Linux
untuk pasaran dikeluarkan oleh syarikat seperti RedHat Software adan Caldera Inc.
iv. Syarikat-syarikat ini menyediakan CD-ROM termasuk develepment tools dan network
management tetapi pengguna perlu membayar untuk perkhidmatan ini.
v. Linux menyokong semua perkakasan, protokol dan aplikasi pada UNIX.
vi. Antara perisian Linux yang paling popular ialah Mandrake, SuSe, Debian, Caldera,
Slackware dan FreeBSD.
9.5 Novell Netwear
i. Novell Netwear menyediakan sokongan untuk saiz rangkaian yang sederhana sehingga
100 pengguna maksimum. Ia menggunakan database untuk mengesan pengguna di
dalam rangkaian dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
ii. Sebagai contoh, administrator boleh mengawal kebenaran masukan (access) kepada
data dan file berdasarkan hari dan masa dalam sehari kepada pengguna.
iii. Sebagai tambahan keselamatan, password yang diberikan pada pengguna mempunyai
had masa dan apabila had tersebut tamat, pengguna akan diarah untuk mendaftar
dengan password yang baru.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 12 Drpd: 15

10.0 PROTOKOL RANGKAIAN


10.1 Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah
perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang
digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.

Rajah 4 : Sambungan Network A dan Network B

10.2 Sebagai contoh adalah pengguna ingin mencapai maklumat atau data dari Network A ke
Network B di sini ia menggunakan protokol bagi membolehkan komunikasi antara
network tersebut.
10.3 Jenis Protokol
i. Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protocol rangkaian
dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah
TCP/IP.
ii. TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) merupakan satu landasan
yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali
sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address.
iii. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda. Contoh simulasi IP Address
dalam protocol TCP/IP.
Contoh IP Address : 192.168.10.1
iv. Dengan penggunaan TCP/IP pada sistem rangkaian, paket data yang dihantar pada
satu-satu penerima, paket tersebut akan melalui 7 lapisan OSI untuk dipaparkan
pada komputer penerima.
v. Lapisan Pengangkutan (Transport) yang ada di dalam model OSI, berfungsi untuk
memberi servis kepada lapisan Aplikasi dan memastikan komunikasi dan
penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa kesilapan (error-free). Ia
mengawal susunan paket (packet sequence) dan integriti data (data integrity).
vi. Terdapat dua protokol di dalam lapisan ini:
a) Transmission Control Protocol (TCP)
b) User Datagram Protocol (UDP)
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 13 Drpd: 15

10.4 Transmission Control Protocol (TCP)


i. Di dalam Model OSI, TCP berada di dalam lapisan Pengangkutan (Transport),
manakala di dalam ModelDOD berada di dalam lapisan Host-to-Host.
ii. Di dalam kedua-dua Model ini, pembawa data untuk mengunakan IP hanyalah TCP
dan UDP.
iii. Di dalam lapisan Host-to-Host, TCP mengambil data dari lapisan aplikasi/proses dan
memecahkan data tersebut dalam bentuk segmen (segment). Masa ini, setiap
segmen akan diberi nombor mengikut urutan supaya segmen ini dapat disusun
semula oleh TCP pada penerima.
iv. Setiap penghantaran segmen, protokol TCP akan menunggu pengesah
(acknowledgement) dari penerima.
v. Sekira pengirim tidak menerima pengesahan, segmen tersebut akan hantar semula.
vi. Sebelum penghantaran boleh dibuat, mesti terdapat perhubungan diantara TCP
pengirim dan TCP penerima.
vii. Kesepakatan dalam menentukan jumlah segmen yang perlu dihantar sebelum
pengesahan dilakukan diproses di sini. Hasilnya terbentuklah satu perhubungan yang
dikenali sebagai talian maya (virtual circuit).
viii. Ini menyebabkan TCP dikenali sebagai Connection –Oriented.

10.5 Perbezaan antara pembawa TCP dan UDP

TCP UDP
Penerima akan menghantar balik Pengirim akan menghantar data tanpa perlu
pengesahan kepada pengirim menunggu balasan dari pihak penerima
Menjamin kualiti penghantaran tetapi Pemindahan data menggunakan pembawa
mempunyai kos overhead yang tinggi UDP mempunyai kurang overhead
Dikenali sebagai connection-oriented
Dikenali sebagai connectionless
protocol
Header UDP tidak mempunyai data
sequencing, acknowledgements atau flow
TCP header bersaiz 20 octets
control.
UDP header bersaiz 8 octets

Jadual 2 : Perbezaan TCP dan UDP


NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 14 Drpd: 15

10.6 Topologi Rangkaian


i. Fizikal
- Menerangkan rupabentuk sambungan komputer-komputer atau peralatan lain
dalam satu rangkaian.
ii. Logikal
- Menerangkan cara atau perjalan data dalam rangkaian tersebut.
iii. Konfigurasi komponen-komponen penting dalam rangkaian
- Komponen-komponen penting ini adalah seperti switch, hub, modem, atau server
yang membolehkan sesuatu sistem rangkaian dapat berfungsi.
- Menunjukkan cara susunan komponen tersebut dalam sesuatu lokasi yang tertentu.
NO KOD / CODE NO IT-020-2/M04/KP(1/4) Muka: 15 Drpd: 15

SOALAN :

1. Apakah Model OSI?

……………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………….

2. Berikan empat protokol di dalam lapisan internet?

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN :

1. Majumin Hanum Abdul Samad (2001), Konsep Asas Teknologi Maklumat, Terbitan
Open University Malaysia (UNITEM), Muka surat 295-297.
2. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2001),
Rangkaian Komputer, Kuala Lumpur, Venton Publishing, Muka surat 200-210.
3. http://www.ITtutor.edu.my, Networking, 12/7/2012, 2.30 pm.
4. http://www.tutorialnet.edu.my, Rangkaian Komputer, 13/7/2012, 10.00 am.

Anda mungkin juga menyukai