Anda di halaman 1dari 109

KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

PETI SURAT 61156,


91021 TAWAU,
SABAH

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM’S PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
HAK1043 – SAFETY IN TASKA
COMPETENCY UNIT
NO.AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. CONDUCT SAFETY AWARENESS ACTIVITIES


AKTIVITI KERJA / WORK 2. RESPOND TO EMERGENCY SITUATION
ACTIVITIES NO. AND 3. MAINTAIN FIRST AID BOX
STATEMENT 4. CHECK SAFETY OF FACILITIES

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4)
Drp / of : 35

TAJUK/TITLE: TINDAK BALAS TERHADAP SITUASI KECEMASAN

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menambah kefahaman
pelatih mengenai situasi kecemasan. Pelatih perlu mengenalpasti situasi-situasi
kecemasan, merekod insiden kecemasan, mengenalpasti notis maklum balas
kecemasan, keselamatan dan prosedur kawalan.
MukaSurat/ Page: 2
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

PENERANGAN/INFORMATION :

KECEMASAN

Sesuatu keadaan berbahaya atau serius seperti kemalangan yang berlaku secara
tiba-tiba atau di luar jangkaan dan memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan
kesan yang berbahaya.

Peristiwa yang tidak dijangka tiba-tiba yang mememerlukan tindakan segera


disebabkan oleh ancaman kepada kesihatan dan keselamatan dan alam sekitar.
Satu kecemasan adalah satu kejadian yang membahayakan orang ramai, harta dan
kelengkapan serta alam sekitar. Kecemasan boleh menyerang sesiapa saja, bila-
bila masa dan dimana sahaja seperti di tempat kerja, rumah atau kawasan awam.

3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT KETIKA BERDEPAN DENGAN SITUASI


CEMAS

1. Tenangkan kanak-kanak

2. Dengar apa yang kanak-kanak cuba cakap Pada kita2

Perjalanan dari rumah/ TASKA ke klinik atau hospital adakalanya mengambil


masa yang lama. Pada waktu itu, fokus pada apa yang kanak-kanak cuba
cakap pada kita.
Adakah dia semakin sakit?
Adakah dia semakin lemah?
Adakah dia nak minum sesuatu?

3. Buat Langkah-langkah Yang perlu sebelum Sampai ke hospital

Tujuannya supaya kecederaan yang berlaku tak menjadi lebih buruk dan dapat
memberi sedikit kelegaan pada kanak-kanak

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 3
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

CIRIT BIRIT LONGLAI


5
Situasi :
Kanak-kanak mengadu loya dan sakit perut. Dia kata tak sedap badan. Setengah jam
lepas tu, dia muntah-muntah siap cirit birit berkali-kali. Keluarlah segala makanan yang
dah dimakan sebelum ni sampai yang keluar cuma air liur saja. Dia dah tak nak
bermain dan cuma nak berbaring.

Kemungkinan :
1) Keracunan makanan
2) Jangkitan pada usus

Apa yang berlaku:


- Selalunya disebabkan oleh kuman Rotavirus yang sangat mudah tersebar
melalui sentuhan, minuman dan makanan.
- Antara semua jangkitan yang menyebabkan cirit birit dan muntah, Rotavirus
ialah jangkitan yang paling kejam pada kanak-kanak.
"Setiap kali kanak-kanak saya cirit, najis keluar macam air paip”.

- Kalau seorang dah terkena jangkitan Rotavirus, kemungkinan besar yang lain
pun akan berjangkit juga.
- Bakteria Salmonella dan Campylobacter pula boleh menyebabkan najis kanak-
kanak bercampur dengan darah, muntah berulang kali dan cirit birit.
- Cara untuk kurangkan risiko yang lain dijangkiti cirit birit ialah cuci tangan
dengan air serta sabun dan elakkan jari dari menyentuh kawasan mulut.
8
Cara menguruskan kanak-kanak di rumah /TASKA:
- Sekiranya kanak-kanak muntah dan cirit birit, galakkan kanak-kanak untuk
minum air masak sedikit demi sedikit tetapi kerap. Boleh gunakan cawan atau
sudu untuk berikan air pada kanak-kanak.
- Jika ada peket ORS (Oral Rehydration Salts) di rumah, boleh bancuh 1 peket
ORS dalam 250 ml air suam dan berikan pada kanak-kanak untuk minum. Ia
membantu dalam merawat kanak-kanak yang cirit birit.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 4
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

9
- Untuk bayi dan kanak-kanak kecil bawah 4 tahun, perhatikan bahagian
punggung kalau ada tanda melecet disebabkan cirit birit yang terlalu kerap.
- Tukarkan pampers setiap kali kanak-kanak cirit dan cuci dengan air bersih yang
mengalir.
- Boleh beli krim ‘zinc oxide’ atau krim Drapolene dan sapu pada punggung untuk
hilangkan tanda kulit yang melecet. Jika kulit tak dilindungi, ia akan jadi semakin
teruk dan ia amatlah sakit untuk kanak-kanak kecil.

- Jangan biarkan kanak-kanak tak makan atau minum dalam jangka masa lama
atas alasan takut dia muntah lagi. Silap besar kalau kita anggap kanak-kanak
yang tak muntah tu masih okay sedangkan perutnya dah lama dibiarkan kosong
10
- Dapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan segera jika berlarutan atau
keadaannya makin teruk.
- Jika kanak-kanak ada tanda-tanda dehidrasi ini, terus saja bawa ke klinik atau
hospital. Tenaga dan daya tahan kanak-kanak tak sekuat kita orang dewasa.
 Ubun kepala lekuk ke dalam (hanya untuk kanak-kanak bawah 18 bulan)
 Mata jadi cengkung
 Menangis tanpa air mata
 Kurang kencing atau kencing jadi pekat
 Lesu dan tak bermaya
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 5
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

 Demam berpanjangan
 Bibir, lidah dan lapisan dalam mulut jadi kering
 Hujung jari tangan dan kaki menjadi sejuk
 Pengsan

Ubat yang tak digalakkan untuk kanak-kanak:

Ubat anti diarrhea seperti Kaolin, Loperamide dan Diphenoxylate tak membantu dalam
merawat cirit-birit.

Cara mencegah :

1. Cuci botol susu dengan sabun botol susu yang khas setiap kali botol digunakan
2. Stim atau didihkan botol susu dengan air mendidih setiap kali selepas digunakan
3. Basuh tangan dengan betul sebelum menyediakan makanan kanak-kanak
4. Basuh tangan setiap kali keluar dari tandas, selepas menyentuh makanan
mentah seperti daging dan ayam dan selepas membuang sampah
5. Gunakan papan pemotong berasingan untuk memotong daging dan sayur-
sayuran atau buahbuahan.
6. Jangan simpan makanan yang dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk dan
periksa tarikh luput setiap makanan

SAWAN

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 6
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Situasi:

Baru keluar dari kedai DIY dan bila masuk dalam kereta, baru perasan badan
kanak-kanak rasa panas. Belum sempat buat apa-apa tangan dan kaki kanak-
kanak mengeras dan mula tersentak-sentak. Nama kanak-kanak dipanggil berkali-
kali tapi tak ada respon. Mata dia tetap pandang ke atas dan air liur pula mengalir
keluar. Sekeliling bibir nampak pucat dan mula membiru.

Kemungkinan:

1) Sawan demam
2) Jangkitan kuman pada selaput otak
14
Apa yang berlaku:

- Sawan ialah serangan yang menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran serta
berlaku kekejangan dan pergerakan menyentak kaki dan tangan.
- Serangan ini berpunca dari aktiviti elektrik di otak yang tak normal.
- Biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun. Jika
kanak-kanak tak ada apa-apa latar belakang penyakit, demam yang tinggi juga
boleh menyebabkan sawan.

Cara menguruskan kanak-kanak sebelum sampai ke klinik/ hospital:

1. Bertenang. Perhatikan keadaan kanak-kanak dari kepala sampai ke kaki.

Lihat sama ada dia ada tanda-tanda ini:

 Pergerakan kaki dan tangan yang hanya mengeras atau tersentak-sentak


 Menggesel gigi
 Mata pandang ke atas atau hanya tertumpu pada satu tempat
 Air liur mengalir keluar
 Bibir dan sekeliling mulut mula menjadi sedikit biru
 Hilang kesedaran bila dipanggil namanya
2. Lihat jam untuk tentukan masa sawan bermula.
3. Pastikan kawasan sekeliling kanak-kanak bebas dari benda yang boleh
mendatangkan kecederaan. Alatan merbahaya seperti gunting, benda tajam
perlu dialihkan jauh dari kanak-kanak.
4. Boleh letakkan kanak-kanak atas riba atau baringkan atas tempat duduk kereta.
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 7
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

5. Letak kanak-kanak dalam posisi mengiring. Ia dapat mengelakkan air liur dari
termasuk ke dalam saluran pernafasan. Bila diiringkan, laluan pernafasan dapat
dikekalkan terbuka dan air liur akan mudah mengalir keluar.
6. Longgarkan pakaian dan alihkan aksesori yang dipakai. Contohnya tali
pinggang dan cermin mata.
7. Jika badan kanak-kanak panas, boleh lap dengan tuala basah suhu bilik.
8. Jika sawan berterusan lebih 5 minit atau berulang lebih dari sekali dalam hari
yang sama, wajib untuk dapatkan rawatan.
9. Boleh rakam atau rekodkan keadaan kanak-kanak menggunakan telefon jika tak
pasti apa yang sedang berlaku.

10. Jika tiada kenderaan untuk ke klinik atau hospital. boleh hubungi 999 untuk
dapatkan bantuan. Sawan yang berpanjangan dan berulang-ulang kali boleh
mencederakan otak kanak-kanak.

Jangan buat perkara-perkara ni ketika kanak-kanak sawan:

- Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut kanak-kanak. Barang yang


dimasukkan ke dalam mulut boleh mencederakan mereka. Kalau masukkan jari,
jari anda akan digigit
- Jangan pegang kanak-kanak dengan kuat untuk tahan atau hentikan
pergerakan sawan kerana ia boleh menyebabkan bahagian badan kanak-kanak
cedera sehingga patah tulang
- Jangan beri ubat, makanan atau minuman melalui mulut semasa sawan
- Jangan goncang, gegar, tepuk kepala atau badan kanak-kanak
- Jangan siram air satu gayung/baldi kalau badannya tengah terlalu panas

MANIK

Situasi:

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 8
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Pagi-pagi lepas mandikan kanak-kanak, perasan ada benda bersinar dalam hidung
kanak-kanak. Cepat-cepat dicari lampu suluh. Rupa-rupanya ada sebiji manik dah
tersekat dalam lubang hidung. Patutlah kanak-kanak asyik selsema dan bila kita
rapatkan muka dekat dengan lubang hidung kanak-kanak, baunya sedikit busuk.

Kemungkinan:
1) Manik tersekat dalam hidung

Cara menguruskan kanak-kanak di rumah sebelum dibawa ke klinik/hospital:


1. Perhatikan tanda-tanda ini:
 Susah nak bernafas melalui lubang hidung yang ada manik
 Hingus kanak-kanak berbau busuk dan mungkin bercampur darah
 Sakit pada hidung
 Kanak-kanak nampak gelisah
 Nafas berbunyi
 Hidung berdarah tanpa sebab
2. Objek yang lebih besar seperti magnet, bateri butang (button battery) boleh
bergerak masuk ke dalam salur pernafasan dan boleh menyebabkan salur
pernafasan tersumbat.
3. Jangan jolok putik kapas untuk keluarkan sebarang objek dari dalam lubang
hidung.
4. Jangan guna apa-apa penyepit kalau objek berada terlalu jauh dalam lubang
hidung.
5. Jangan masukkan air ke dalam hidung jika objek tu ialah biji benih, ia boleh
mengembang di dalam hidung.
6. Bawa kanak-kanak ke klinik/hospital terdekat.

Tolong buat 4 perkara ini supaya kejadian begini tak berulang.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 9
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Periksa di seluruh pelusuk rumah/TASKA . Kalau ada barang atau mainan yang
terlalu kecil, cepat-cepat simpan di tempat yang tersorok dan jangan berikan
pada mereka.
- Kena perhatikan setiap kali kanak-kanak kita bermain. Selain dari hidung,
kanak-kanak ni suka masukkan benda ke dalam telinga. Yang telan objek pun
selalu terjadi.
- Kalau kanak-kanak asyik selsema dan nafas berbau busuk, sangat baik bawa
untuk pemeriksaan.
- Periksa lubang hidung dan lubang telinga kanak-kanak sekali setiap bulan
menggunakan lampu suluh.

TERMINUM RACUN
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 10
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Situasi:

Baru masuk ke dapur, ternampak kanak-kanak tengah minum cecair pencuci lantai
guna penutup botol. Cepat-cepat ibu ni tolak tangan kanak-kanaknya. Si kecil ni
terkejut dengan rasa cecair yang dia baru je minum dan terus menangis teresak-esak.
Ibu ni syak kanak-kanaknya mungkin dah minum seteguk cecair pencuci lantai.

Kemungkinan:

1) Keracunan disebabkan tertelan cecair sediaan kimia.

Apa yang berlaku:

Satu kajian mengenai kes keracunan yang dilaporkan di hospital mendapati 1/3 kes
keracunan berpunca dari terminum bahan sediaan kimia yang ada di rumah.
 Sabun dan bahan pencuci
 Racun tikus
 Minyak tanah
 Cat, varnis, pencair cat
 Ubat gegat
 Alat lukisan
 Racun serangga perosak

Contohnya:

- 80% kes berlaku pada kanak-kanak bawah usia 6 tahun dan kejadian
keracunan di rumah berlaku di 3 tempat utama:
a) Dapur (50%)
b) Bilik air (20%)
c) Bilik tidur (10%)
- Sabun dan bahan pencuci ialah bahan kimia di rumah yang paling bahaya.
Sebabnya ia ada di semua rumah dan ramai mak ayah yang tak simpan bahan
ni di tempat selamat.
- Jika terminum dalam kuantiti yang banyak, boleh menyebabkan radang pada
mulut dan esophagus, menghakis salur pemakanan, usus dan boleh
menyebabkan kematian.
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 11
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah/TASKA sebelum dibawa ke


klinik/hospital:

1. Bertenang.
2. Perhatikan tanda-tanda ini:
 Tak bermaya
 Muntah-muntah
 Sakit perut
 Pucat
 Sukar bernafas
 Rasa seperti terbakar dalam mulut, esophagus
 dan perut
3. Tanda-tanda ini boleh berlaku selepas beberapa jam hingga 24 jam yang
pertama.
4. Jangan paksa kanak-kanak untuk muntahkan semula pencuci lantai tu.
5. Jangan jolok tekak kanak-kanak. Ia akan mencederakan tekak.
6. Sekiranya anda pasti yang kanak-kanak dah tertelan sedikit bahan penghakis
atau bahan pencuci, boleh beri dia minum air masak atau susu tetapi JANGAN
PAKSA.
7. Jika kanak-kanak terlalu lemah atau tak sedarkan diri, tak perlu beri dia minum
apa-apa. Jika dipaksa juga untuk minum, boleh jadi air masak atau susu tu
masuk ke dalam salur pernafasan.
8. Wajib bawa kanak-kanak ke hospital untuk rawatan lanjut.
9. Jika percikan cecair kimia terkena pada mata, mata perlu dicelupkan kedalam
air dan kelip-kelipkan mata selama beberapa minit ATAU alirkan air yang sedikit
sejuk pada mata selama 10-15 minit.
10. Jika mata terkena tumpahan cecair kimia yang banyak, lebih baik terus ke
hospital untuk proses mencuci mata.

Tolong buat perkara ini:


UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 12
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Simpan sabun, bahan pencuci di tempat yang berasingan dan jauh dari
jangkauan kanak-kanak.
- Jangan pindahkan bahan pencuci ke dalam bekas lain yang tak bertanda atau
tiada label.
- Sentiasa ingatkan kanak-kanak yang ianya adalah racun dan tak boleh
diminum.

TERKOYAK DAHI KENA BUCU


UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 13
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

lSituasi:

Pernah saya dapat mesej dari seorang kawan rapat. Ceritanya, adik dia tengah
seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari
tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke bucu batang besi. Sunyi sepi sekejap
lepas tu terus menangis la adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang
menangis tak berhenti. Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah luka
dan bengkak besar. Bila saya baca mesej tu, memang rasa berdebar. Baru umur 6
tahun pula tu. Paling risau kalau retak tempurung kepala dan sampai ada pendarahan
dalam otak. Dari luaran mungkin nampak tak serius tapi kita tak Nampak apa kesan
hentakan pada otak kanak-kanak itu.

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah sebelum dibawa ke


klinik/hospital:

1. Baringkan kanak-kanak tersebut.


2. Sekiranya anggota tangan atau kaki yang tercedera, tinggikan bahagian
tersebut untuk kurangkan aliran darah ke bahagian luka.
3. Ampu juga bahagian yang cedera dengan bahan yang kuat (contohnya surat
khabar yang dilipat tebal) untuk kurangkan pergerakan pada bahagian anggota
badan tu.
4. Sekiranya tak ada benda asing tertusuk dalam luka, tekan bahagian yang luka
dengan kain yang bersih.
5. Balut bahagian yang terluka dengan kejap, tapi jangan terlalu ketat.
6. Sekiranya masih berlaku pendarahan, balut sekali lagi dengan menekan
bahagian yang luka.
7. Ulang sampailah pendarahan berhenti.
31
Bawa terus kanak-kanak ke hospital dan sambil perhatikan tanda-tanda BAHAYA
ni :
- Pandangan mata jadi kabur atau pandangan jadi 2 imej
- Muntah-muntah dan loya
- Sawan
- Pengsan
- Kelihatan mengantuk dan sukar dikejutkan
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 14
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Mula bercakap perkara yang tak difahami atau kelihatan keliru


- Luka yang pendarahannya tak berhenti-henti
- Di kepala tu ada benjolan yang terlampau besar
- Ada cecair atau darah keluar daripada hidung atau telinga kanak-kanak. Boleh
jadi tulang kepala dah retak
- Dia mengadu sakit kepala yang amat

RADANG SENDI PINGGUL


UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 15
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

l
SITUASI:

Kanak-kanak yang baru bangun dari tidur tiba-tiba mengadu dia tak boleh berjalan.
Malam tadi sebelum tidur elok saja dia bermain siap berlari. Dia mengadu sakit sangat
pada sendi pinggul dan sendi lutut sebelah kanan. Bila kita cuba papah kanak-kanak
untuk bantu dia berjalan, cepat-cepat dia rapatkan kaki ke perut. Kanak-kanak jadi
takut nak jejakkan kaki ke lantai sebab sakit yang amat. Boleh jadi 1-2 minggu lepas
kanak-kanak kita ada batuk dan selsema. Kebanyakan masa kanak-kanak tak ada
demam. Kalau sakit tu tak terlalu teruk, kanak-kanak akan bergerak dengan cara
merangkak atau mengesot.

Kemungkinan:

Radang sendi pinggul yang sementara (Transient synovitis)

3Apa yang berlaku:

- Radang sendi pinggul boleh berlaku secara tiba-tiba pada kanak-kanak yang
berumur 3-10 tahun.
- Rasa sakit ini berlaku secara tiba-tiba disebabkan radang pada lapisan dalam
sendi pinggul (hip joint).
- Boleh terjadi selepas kanak-kanak dijangkiti apa-apa virus pada tekak atau
telinga.
- Paling selalu terjadi pada sendi pinggul kanak-kanak dan 2 kali ganda lebih
kerap terjadi pada kanak-kanak lelaki.
- Kalau terkena radang sendi pinggul ini, biasanya kanak-kanak tu mengadu sakit
yang sedikit atau sekadar berjalan tempang.
- Tapi 60% kes boleh jadi teruk sampai tak boleh berjalan. Aduh, tak sangka
kanak-kanak sakit tekak pun boleh jadi sampai tak boleh berjalan.
- Hanya 30% kanak-kanak akan ada demam.
- Bila dibuat ujian darah dan ultrasound pada sendi pinggul kanak-kanak,
semuanya normal.
- Selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 2-7 hari. Kalau masih tak boleh
berjalan lebih 7 hari maka wajib datang semula untuk pemeriksaan lanjutan.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 16
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Di rumah, kanak-kanak akan banyak mengengsot atau merangkak. Galakkan


dia untuk berani berdiri dengan bantuan. Tak perlu paksa jika kanak-kanak tak
nak berdiri.
Dia perlukan masa untuk melupakan sakit yang dia pernah hadapi.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 17
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

BERAK BERDARAH USUS TERSIMPUL

Situasi :
Kanak-kanak usia 1 tahun yang sedang aktif bermain mula menangis tak berhenti-
henti. Tak lama lepas tu kanak-kanak mula muntah berkali-kali. Yang peliknya, muntah
dia berwarna hijau. Kanak-kanak jadi semakin lemah dan nampak kurang aktif.

Kemungkinan :
1) Usus tersimpul (nama lainnya Intussusception)
2) Jangkitan pada usus

Apa yang berlaku :


1. Boleh jadi kanak-kanak sedang mengalami usus yang tersimpul.
2. 4 perkara ini ialah tanda kemungkinan besar kanak-kanak sedang mengalami
usus tersimpul:
 Muntah berwarna hijau
 Najis berwarna jeli merah (Nama lain ialah Red Jelly like Stool atau
Redcurrant Jelly Stool)
 Ada benjolan pada abdomen berbentuk sosej
 Sakit perut yang teruk
3. Usus tersimpul berlaku bila bahagian usus terlipat dan masuk ke dalam
bahagian usus yang lain. Usus terlipat seperti teleskop dan menyebabkan salur
usus tersumbat.
4. Usus tersimpul boleh menyebabkan laluan usus tersumbat dan paling banyak
berlaku pada kanak-kanak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun.
5. 60% kes berlaku pada bayi bawah umur setahun.
6. Punca berlakunya usus tersimpul :
- Puncanya tak diketahui
- Ada kes yang dikaitkan dengan jangkitan virus 1-2 minggu sebelum
kejadian usus tersimpul
- Kebanyakan kes adalah dari kanak-kanak yang sihat sebelum terjadinya
usus tersimpul
7. Ia dikira kes kecemasan. Jika lambat dirawat, bahagian usus yang terlipat akan
menjadi pucat dan mati.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 18
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

8. Tidak ada rawatan di rumah yang boleh diberikan. Kanak-kanak mesti dibawa
ke hospital.
9. Ujian Ultrasound Abdomen dan x-ray Abdomen akan membantu untuk
mengesahkan berlakunya usus tersimpul.
40
Cara menguruskan kanak-kanak:
- Muntah berwarna hijau ialah tanda amaran yang kanak-kanak betul-betul sakit.
Kanak-kanak wajib dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan.
- Sementara dibawa ke hospital, perhati dan sentuh bahagian perut kanak-kanak.
Adakah perut kanak-kanak jadi lebihbesar berbanding biasa?
- Ambil gambar muntah kanak-kanak sebelum muntah dibersihkan.
- Kalau kanak-kanak ada buang air besar dalam lampin, perhatikan warna najis.
Najis yang bercampur dengan darah adalah tak normal. Boleh juga ambil
gambar najis menggunakan telefon.
- Teruskan menyusu kanak-kanak dengan jumlah yang kecil tetapi lebih kerap
supaya kanak-kanak tak terhidrasi.
- Bawa segera ke hospital.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 19
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KAKI BENGKAK DISENGAT LIPAN

SITUASI:
Kanak-kanak tengah tidur nyenyak bila tiba-tiba dia menjerit kuat. Sambil dia pegang
kaki kanan tu, dia menangis sebab sakit yang amat. Kebetulan maknya memang ada
di situ, nampak lipan sedang menjauhi kanak-kanak. buku lali membengkak merah.

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah/TASKA sebelum dibawa ke


klinik/hospital:
1. Lalukan air yang mengalir pada tempat yang disengat lipan. Tujuannya untuk
kurangkan risiko jangkitan kuman pada tempat yang dah disengat.
2. Letak “ice pack” pada kawasan yang disengat. Kalau tak ada “ice pack”, boleh
ambil ais dan balut dengan kain nipis sebelum dituam pada kawasan yang sakit
atau bengkak.
3. Sebaiknya tuam dengan ais tak lebih dari 10 minit pada setiap sesi. Kalau tuam
terlalu lama, boleh merosakkan kulit. Boleh tuam beberapa kali sampailah tiba
di klinik atau hospital.
4. Jangan tuam ais secara terus pada kulit, ia boleh menyebabkan “frost bite”.
5. Kebanyakan kes berlaku pada waktu malam dan berlaku ketika kanak-kanak
tidur di atas lantai. Kawasan yang paling kerap disengat ialah pada kaki kanak-
kanak.
6. Jangan gerakkan kaki yang dah disengat. Ampu kakinya dan biar kaki kanak-
kanak dalam keadaan lurus atau posisi neutral yang dia rasa selesa.
7. Jangan sedut kawasan yang dah disengat menggunakan mulut kita.

Bawa kanak-kanak ke klinik/hospital jika ada tanda-tanda ini:


 Bengkak terlalu besar atau kanak-kanak terlalu sakit
 Tak pasti kanak-kanak digigit oleh binatang atau serangga apa
 Kawasan yang digigit menjadi hitam dan kelihatan kulit sekeliling seperti sudah
mati
 Kawasan yang disengat keluar nanah, berbau busuk atau kulit semakin merah
 Kanak-kanak ada tanda alahan selepas disengat. Contohnya sesak nafas,
gatal-gatal seluruh badan atau ruam merah yang banyak timbul pada kulit

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 20
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERCEKIK AIS

SITUASI:

Kanak-kanak minum air sejuk bersama ketulan ais. Ais tu kanak-kanak makan dan
kunyah. Tiba-tiba dia mengerang sambil memegang leher. Muka kanak-kanak bertukar
menjadi merah dan anda syak kanak-kanak tercekik ais.
Jika kanak-kanak tercekik ais:

1. Lihat jika kanak-kanak batuk atau boleh berkata-kata. Jika dia masih boleh
batuk dan bercakap, kemungkinan besar ais tu menutupi sebahagian saja
laluan pernafasan.
2. Minta bantuan jika ada orang lain berdekatan atau hubungi nombor kecemasan
999.
3. Buka mulut kanak-kanak perlahan-lahan dan keluarkan objek jika jelas
kelihatan.
4. Jika tak nampak objeknya dan dia masih boleh batuk, galakkan kanak-kanak
untuk terus batuk tanpa perlu tepuk di belakangnya.
5. Jangan masukkan jari ke dalam mulut untuk cuba keluarkan objek jika tak
nampak apa-apa objek.
6. Terus tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dari
belakang sebanyak 5 kali dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari
badan (sesuai untuk bayi sehingga usia 2 tahun).
7. Bagi kanak-kanak yang sudah besar, bantu kanak-kanak untuk berdiri jika
mereka masih sedar.
8. Posisikan badan anda di belakang mereka. Lakukan Heimlich maneuver jika
anda berpengalaman. Heimlich maneuver hanya untuk mereka yang tertutup
laluan pernafasan sepenuhnya. Tanda-tandanya:
- Tidak boleh bercakap atau tidak boleh batuk
- Hilang suara
- Muka pucat dan membiru
- Hampir pengsan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 21
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

9. Jika tercekik sehingga tak sedarkan diri, mulakan CPR sehingga dia sedar dan
objek terkeluar atau sehingga ambulans tiba.

Tips untuk elakkan kanak-kanak tercekik ais:


- Sentiasa berada di sisi kanak-kanak dan perhatikan apa yang mereka makan.
- Jangan beri kanak-kanak makan makanan yang keras seperti ais selagi mereka
belum mampu mengunyah dan menelan dengan baik.
- Jangan beri/benarkan mereka makan kiub ais sebelum umur 4 tahun.
- Jangan gunakan ais secara langsung untuk melegakan kesakitan gigi kanak-
kanak. Sebaliknya balut ais dengan kain bersih atau sejukkan kain di dalam
petisejuk dan urut gusi kanak-kanak menggunakan kain sejuk tu.
- “Nanti ais tu cair la”
Walaupun lambat laun ais tu akan cair, tapi air nya boleh buatkan kanak-kanak
tersedak dan mengalir masuk ke dalam saluran pernafasan kanak-kanak
hingga ke paru-paru.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 22
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERMAKAN UBAT ORANG DEWASA

SITUASI:
Selalunya riuh rumah dengan suara kanak-kanak yang seorang tu. Tapi tengahari tu
tak kedengaran suara kanak-kanak ni. Bila sampai ke bilik tidur, nampak kanak-kanak
tengah pegang bekas ubat darah tinggi milik suami. Satu biji ubat dah hilang dari
bekas. Dia kata dia baru je makan ubat tu.

Contoh ubat orang dewasa yang bahaya jika ditelan kanak-kanak:


 Ubat kencing manis
 Ubat darah tinggi
 Aspirin
 Ubat tahan sakit
 Ubat penyakit jantung
 Ubat sapu otot (muscle rub)

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah/TASKA sebelum dibawa ke


klinik/hospital:
Ubat apa yang telah kanak-kanak telan?
Bila kanak-kanak makan ubat itu (waktu secara tepat)?
Berapa banyak ubat yang dah ditelan oleh kanak-kanak?

- Pastikan 3 perkara:
 Perhatikan sekeliling kanak-kanak untuk dapatkan kepastian.Contohnya:
ada bekas ubat/peket atau ubat yang bertaburan di atas lantai.
 Minta kanak-kanak ludahkan baki ubat yang masih ada dalam mulut.
 Dapatkan bantuan dari orang lain yang berada berdekatan atau telefon
nombor kecemasan 999.
- Tanda-tanda kanak-kanak dah termakan ubat atau bahan yang bahaya:
 Muntah-muntah
 Sakit perut
 Ada saki baki ubat dalam mulut atau mulut berbau ubat tersebut

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 23
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Jangan beri kanak-kanak minuman untuk diminum. Air yang masuk ke dalam
perut akan menguraikan ubat dan buatkan penyerapan ubat ke dalam badan
jadi lebih cepat.
- Jangan jolok tekak kanak-kanak. Ia akan mencederakan tekak.
- Jangan paksa kanak-kanak untuk muntah.
- Bawa kanak-kanak ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Dalam
perjalanan, tenangkan diri sendiri supaya kita boleh tenangkan kanak-kanak.
Dengar dengan teliti apa yang mereka cuba cakap pada kita.
- Dalam perjalanan, perhatikan juga tanda-tanda yang tak normal pada kanak-
kanak.
- Bawa contoh ubat/ kotak ubat atau gambar ubat untuk ditunjukkan pada
petugas kesihatan di hospital.

Tips untuk elakkan tertelan ubatan orang dewasa:


- Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja atau di tempat yang mudah dicapai
oleh kanak-kanak.
- Lupuskan ubat yang dah luput tarikh penggunaannya atau ubat yang tak lagi
digunakan.
- Jangan sekali-kali pindahkan racun atau ubat ke bekas lain seperti bekas
minuman atau botol yang kosong. Ini akan mengelirukan.
- Pastikan ubat-ubatan dan racun dikunci di dalam kabinet.
55

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 24
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

MAIN SEMBUR-SEMBUR RIDSECT

SITUASI:
3 orang adik beradik tinggal di rumah bersama neneknya. Adik umur 4 tahun terjumpa
1 botol Ridsect yang masih penuh dan mula menyembur seluruh rumah sehingga
habis botol tu. Dua orang kakaknya mengadu pening kepala dan muntah selepas
menghidu bau Ridsect yang terlalu kuat. Kebetulan kedua-dua mak ayahnya baru balik
ke rumah.

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah/TASKA sebelum dibawa ke


klinik/hospital:
1. Bawa kanak-kanak anda ke bahagian tingkap, pintu atau luar rumah untuk
menghidu udara bersih.
2. Kalau kanak-kanak kecil muntah ketika dalam posisi baring, pusingkan kepala
dan badan kanak-kanak mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengelakkan
kanak-kanak tercekik.
3. Ambil gambar Ridsect atau bahan beracun tersebut sebelum pergi ke
klinik/hospital terdekat.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 25
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KAKI KANAK-KANAK TERSELIUH

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.RedzaZainol
SITUASI:
Kanak-kanak umur 4 tahun melompat-lompat atas kerusi. Tiba-tiba abangnya datang
dan tarik kerusi. Terus adiknya jatuh terhempas ke lantai. Dia cuba bangun tapi tak
boleh. Buku lali sebelah kanan jadi sedikit bengkak. Menangis-nangis dia sebab sakit.

Tanda-tanda kemungkinan tulang kanak-kanak cedera:


1. Langsung tak dapat menggerakkan bahagian anggota badan itu.
2. Terlalu sakit bila disentuh atau digerakkan.
3. Bengkak yang tak surut.

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah sebelum dibawa ke


klinik/hospital:
Gunakan Formula R-A-T-A.
R - Rehatkan kaki di atas bantal.
A - Ais diletakkan pada anggota badan yang terseliuh.
T - Tekanan ringan diberikan dengan membalut bahagian kaki yang sakit
dengan kain elastik/bandage.
A - Angkat kaki dan letak lebih tinggi dari paras jantung selama 48 jam (dalam
keadaan berbaring/tidur).

Kebaikan Formula R-A-T-A


- Bantu mengurangkan risiko kecederaan menjadi lebih teruk.
- Mempercepatkan proses penyembuhan.
 Pastikan mak ayah simpan ais di dalam peti sejuk untuk keadaan seperti
ini
 Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan doctor

Samhan Te l e

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 26
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

MELECUR

Situasi:
Air panas baru saja masak. Ibu meletakkan di atas meja. Ibu ke dapur mengambil
sudu. Tanpa sedar, kanak-kanak kecil melihat alas meja yang terjuntai yang menarik
perhatian. Lalu ditariknya. “Prap!”, air panas terus menyimbah badan si kecil.

Kemungkinan:
Melecur

Apa yang berlaku:


- Melecur adalah kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau
cecair panas.
- Kulit terbahagi kepada tiga lapisan iaitu:
 Epidermis ( lapisan kulit luar yang terdiri daripada beberapa lapisan sel )
 Dermis ( lapisan sebelah dalam kulit yang terdiri daripada saluran darah,
tisu perantara dan lemak )
 Hipodermis ( lapisan sel kulit paling dalam yang terbentuk di bawah
dermis )
- Apabila kecederaan terbakar atau luka berlaku, integriti kulit akan terganggu. Di
situlah berlakunya kemasukan bahan bendasing dari luar sekali gus
menyebabkan keluarnya air dari dalam badan.
- Lecuran tahap 1 melibatkan lapisan epidermis sahaja. Kulit kelihatan kemerah-
merahan, dan sakit. Apabila lapisan epidermis bertukar baru, kesakitan itu akan
hilang tanpa parut kekal.

Langkah menguruskan kanak-kanak:


1. “Burn stop” - Alihkan objek panas dari mangsa. Jika pakaian terbakar buka
baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju.
2. “Breathing maintain” - Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada
sekatan atau objek menghalang pernafasan.
3. “Body examine” - Periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
4. “Cool” - Sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip
sekurang-kurangnya 10 minit.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 27
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

5. “Cover” - Tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih.
6. “Carry” - Bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan
lanjut.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
Jangan buat perkara-perkara ini :
- Jangan menyapu sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi
dan kicap apatah lagi tepung gandum. Ini akan meningkat risiko jangkitan.
- Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
- Jika kurang pasti tahap kebakaran, jangan tangguh bawa kanak-kanak jumpa
doktor untuk pemeriksaan.
- Jangan beri mangsa makan atau minum kerana ia mungkin perlu mengambil
ubat bius (anesthetic).

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 28
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

ALAHAN

Situasi:
Sekali sekala menikmati udara pantai memang seronok. Tambah lagi menikmati ikan
dan sotong segar celup tepung. Setelah makan, bawa kanak-kanak bermain pasir
pantai.Tiba-tiba,“Mak,muka adik bengkak!” Adiknya sudah berdehit. Nafasnya laju.
Tercungapcungap.

Kemungkinan:
Alahan pada seafood

Apa yang berlaku:


- Alahan makanan adalah tindak balas abnormalterhadap makanan, yang
dicetuskan oleh sistem imun badan.
- Reaksi alahan terhadap makanan kebiasaannya melibatkan 3 sistem utama
iaitu system penghadaman, kulit dan sistem pernafasan.
- Biasanya, reaksi alahan makanan adalah ringan, namun ia boleh menjadi teruk
yang dipanggil Anafilaksis.
Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran
bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan
darah membawa kepada kejutan yang membawa maut. Histamine yang
dilepaskan ke dalam darah mengembangkan salur darah. Ini
menyebabkan tekanan darah menurun dan salur udara mengecil
seterusnya menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas.

Langkah menguruskan kanak-kanak:


1. Minta bantuan kecemasan. Hubungi 999 untuk bantuan kecemasan. Beritahu
pusat kawalan ambulans bahawa anda mengesyaki mangsa mengalami kejutan
Anafilaksis.
2. Beri ruang udara pada mangsa. Pastikan pintu dan tingkap dibuka supaya
udara dapat masuk dan jangan duduk di dalam bilik tertutup.
3. Pastikan dalam keadaan selesa. Terus tenang dan bantu mangsa duduk dalam
keadaan selesa yang boleh membantu melegakan kesesakan nafas.
4. Baring dan angkat kaki.
5. Jika muka mangsa menjadi pucat dan nadinya lemah, baringkan dengan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 29
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

mengangkat kakinya keatas.


6. Bantu mangsa ambil ubat. Jika ada alat suntik automatik berisi adrenalin,
pegang alat suntikan dalam genggaman, tarik penutup keselamatan dan
suntikkan hujung alat pada peha mangsa sehingga dengar bunyi “klik”.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 30
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KUTU BABI DALAM TELINGA

Situasi:
“Mak! Sakitt!!!” Sambil menunjukkan telinga sebelah kanan. "Jap,mak suluh. Mak
nampak ada serangga bergerak dalam telinga adik."

Kemungkinan:
Serangga dalam telinga

Apa yang berlaku:


- Telinga dimasuki serangga kecil adalah salah satu perkara yang mungkin
pernah berlaku kepada kebanyakkan dari kita. Jika dibiarkan, ia pasti akan
menyebabkan rasa sakit yang amat sangat.
- Elakkan masukkan cotton buds, besi, kunci atau apa-apa alatan ke dalam
telinga untuk mengeluarkan serangga itu. Kerana ia boleh menyebabkan
serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga dan juga berisiko untuk
mencederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.
- Titiskan minyak zaitun ke dalam telinga mampu untuk melemaskan atau
mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain
disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak -
besar.
- Walaupun serangga itu sudah mati, anda perlu segera ke hospital mendapatkan
bantuan doktor untuk mengeluarkannya kerana andai dibiarkan ia boleh
menyebabkan jangkitan kuman telinga.

Langkah menguruskan kanak-kanak:


1. Bertenang. Ini paling penting.
2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko
gegendang telinga tercedera
3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga.
Sesetengah keadaan membuatkan serangga akan keluar.
4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.
Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.
5. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 31
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

PEKAK TAHI TELINGA

Situasi:
“Doktor, kanak-kanak saya jadi pekak. Saya panggil banyak kali pun dia tak dengar.”
Kanak-kanak 5 tahun hilang pendengaran sudah beberapa hari.

Kemungkinan:
Tahi telinga tersumbat

Apa yang berlaku :


- Liang telinga menghasilkan sejenis kotoran yang dipanggil serumen atau lebih
dikenali sebagai tahi telinga.
- Serumen melindungi telinga dari habuk, zarah asing,mikroorganisma serta
melindungi liang telinga daripada kerengsaan apabila terdedah kepada air.
- Apabila kelenjar menghasilkan tahi telinga berlebihan,ia boleh menjadi lebih
keras sehingga mengakibatkan telinga tersumbat.
- Tahi telinga yang terkumpul adalah salah satu sebab bagi kehilangan
pendengaran secara sementara.
- Putik kapas yang digunakan orang ramai untuk membersihkan telinga boleh
mengakibatkan tahi telinga ditolak ke bahagian yang lebih dalam dan
menyebabkan ianya tersumbat.
78
Cara menguruskan kanak-kanak di rumah/TASKA:
- Tahi telinga tersumbat boleh dilembutkan dengan menitiskan ubat titik telinga
(cerumol eardrops) yang boleh dibeli di farmasi.
- Cara lain adalah dengan mengairi telinga. Ikut langkah ini:
 Berdiri atau duduk dengan kepala anda dalam kedudukan tegak.
 Pegang bahagian luar telinga dan tariknya perlahan ke atas
 Dengan jarum suntik, masukkan aliran air yang bersuhu badan ke dalam
telinga. Air yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menyebabkan
pening kepala atau kesan sampingan yang lain
 Keluarkan air di dalam telinga dengan mengiringkan kepala anda supaya
liang telinga menghadap ke bawah
- Jika masih tidak berjaya mengeluarkan tahi telinga yang tersumbat, bawa
berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 32
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara mencegah/Jangan buat:


1. Jangan cuba mengairi telinga jika mengalami gegendang telinga yang pecah
kerana ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau jangkitan.
2. Tidak perlu mengorek telinga sendiri kerana kotoran pada tahi telinga akan
keluar secara semula jadi pada bila-bila masa.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
81

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 33
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

USUS BOCOR

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
Situasi:
Sedang sibuk ibu melipat kain, dia perasan kanak-kanak umur 2 tahun sedang
membelek-belek kereta mainan. Bila diperiksa, satu bateri butang kereta mainan dah
hilang. Cuba cari dalam mulut kanak-kanak tapi tiada.

Kemungkinan:
Tertelan bateri kereta mainan
83
Apa yang berlaku:
- Bateri mengandungi logam berat seperti zink, merkuri, nikel, kadmium dan
litium. Ia juga ada larutan berkepekatan tinggi yang menghakis seperti kalium
atau natrium hidrosida.
- Dalam tempoh 2 jam, bateri yang ditelan boleh menyebabkan kebocoran usus
dan lecur pada saluran pernafasan kanak-kanak anda sehingga menyebabkan
kematian.
- Menurut pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT) di Hospital Kanak-kanak
Nationwide, Philadelphia, Amerika Syarikat, makan madu selepas kanak-kanak
tertelan bateri mampu mengurangkan risiko kecederaan serius seperti usus
bicor pada kanak-kanak tersebut.
- Madu terbukti mempunyai keupayaan untuk menjadi penghalang bagi
melindungi tisu dari bateri, serta meneutralkan paras alkali yang merosak.

Ambil perhatian:
Madu TIDAK BOLEH diberi pada bayi yang berusia bawah 1 tahun kerana risiko
botulisme.

Cara menguruskan:
1. Tenangkan kanak-kanak dan tanya apa yang telah ditelan
2. Jangan paksa kanak-kanak untuk muntahkan atau jolok kerongkong
3. Segera bawa kanak-kanak ke hospital
4. Sementara itu,beri satu sudu madu setiap 5 hingga 10 minit untuk elak
kecederaan serius
85
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 34
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERCEKIK ANGGUR
Formula
RawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
Situasi:
Kanak-kanak sedang ralit makan buat anggur. Tiba-tiba dia senyap. Muka jadi biru dan
kedua-dua tangan memegang leher.

Kemungkinan:
Tercekik anggur

Apa yang berlaku:


- Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud
terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan
pernafasan).
- Ini akan mengakibatkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru dan akan
menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bernafas dengan lancar.
- Trakea adalah sebahagian organ pernafasan yang dilindungi satu injap yang
dinamakan Epiglottis.
- Laluan di bahagian tekak itu dikongsi dengan bahagian esofagus, iaitu laluan
bagi makanan dan minuman ke bahagian perut.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 35
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Epiglottis memainkan peranan penting sebagai 'penutup' yang membenarkan


makanan dan minuman melalui Esofagus tanpa memasuki bahagian trakea.
- Bagaimanapun, timbul situasi dimana bahagian Epiglottis ini tidak 'tutup' dengan
cepat (ketika kanak-kanak sedang menelan) yang menyebabkan objek atau
makanan memasuki laluan trakea.
- Kebiasaannya, makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu
mampu dikeluarkan apabila kanak-kanak itu batuk dan pernafasan mereka akan
kembali normal.

Cara menguruskan:
1. Untuk kanak-kanak atas 2 tahun:
 Galakkan kanak-kanak untuk batuk. Jika masih boleh bernafas, galakkan
dia supaya batuk untuk keluarkan benda yang tersekat.
 Buat sebanyak lima tepukan belakang. Jika kanak-kanak tak boleh
bercakap, bongkokkan badan kanak-kanak ke hadapan, tepuk antara
tulang belikat sebanyak 5 kali dengan pangkal tapak tangan.
 Lakukan 5 tujahan perut. (Heimlich Manoeuvre)
Berdiri di belakang kanak-kanak, peluk dengan kedua-dua belah tangan
dan letakkan penumbuk sebelah tangan antara pusat dan dibawah tulang
dada. Tarik kedalam sebanyak 5 kali.

 Minta bantuan kecemasan. Selepas 3 kali langkah 2 dan 3 tapi masih tak
berjaya, segera hubungi talian kecemasan 999.
89
FormulaRawatanKecema

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 36
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

S i nnnnnnSENGAT TEBUAN

|Dr.Samhan
Situasi:
“Mak,adik kena sengat tebuan!!!”
Bengkak merah di pergelangan tangan dan jelas kelihatan pundi sengat berada di
tengah-tengah bengkak.

Kemungkinan:
Sengat tebuan

Apa yang berlaku:


- Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh
menyebabkan rabdomiolisis (kerosakan otot) dan kegagalan buah pinggang
sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
- Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang
menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh
membawa maut. Ia boleh berlakudalam masa beberapa minit atau saat
selepas pesakit terdedah kepada alahan yang tertentu.
- Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan boleh menyebabkan sistem
imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
- Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka, kanak-
kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana
saiz badan yang lebih kecil
- Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkalikali berbanding lebah yang
hanya menyengat hanya sekali.
- Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian
muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi
mendapatkan rawatan. Jika terlambat maka risiko kematian akan lebih tinggi.

Dr.Samhan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 37
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara menguruskan:
1. Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
2. Basuh dengan air dan sabun.
3. Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
4. Beri paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
5. Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.

94
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 38
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

ASMA

Situasi:
“Dah kenapa ni?” Bunyi berdehit setiap kali menarik nafas. Tak boleh bercakap. Nafas
makin laju. Bibir dah jadi biru.

Kemungkinan:
Serangan asma
Fo rmul a Rawa t an Ke c ema s an Untuk Si Ke c i l | Dr . Samhan 95
Apa berlaku:
- Asma adalah suatu penyakit yang terjadi apabila berlakunya kesempitan pada
saluran udara ke paru-paru.
- Reaksi alahan mengeluar histamin menyebabkan se-sel saluran pernafasan
menjadi bengkak, keradangan dan berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran
pernafasan seterusnya mengurangkan udara yang boleh masuk dan keluar.
- Semasa serangan asma, udara yang masuk ke paru-paru adalah tidak cukup,
dan dalam masa yang sama karbon dioksida terperangkap di dalam paru-paru.
- Karbon dioksida yang terkumpul akan menjadi beracun dan jika tidak
dikeluarkan boleh menyebabkan serangan yang berpanjangan.
- Seterusnya oksigen yang masuk ke dalam aliran darah seseorang menjadi
berkurangan.
- Kebiasaannya gejala ini pertama kali berlaku di usia 5 tahun.
- Asma adalah penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak-kanak yang
mempunyai berat yang rendah semasa lahir, terdedah kepada asap tembakau,
alahan pada debu dan cuaca sejuk pada waktu malam dan pagi.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
Cara menguruskan:
1. Bawa bertenang dan yakinkan kanak-kanak.
2. Bantu kanak-kanak duduk dalam kedudukan selesa.
3. Suruh tarik nafas perlahan-lahan dan dalam.
4. Bantu kanak-kanak menggunakan alat penyedut pelega (inhaler biru) jika ada.
5. Ambil satu atau 2 sedutan setiap 2 minit sehingga maksimum 10 sedutan.
6. Dapatkan rawatan kecemasan jika serangan asma semakin teruk seperti sukar
bercakap dan semakin penat.
97
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 39
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KEJANG KAKI

SITUASI :
“Arghhh..mak! Sakit betis!!”

KEMUNGKINAN :
Kejang otot kaki
Fo rmul a Rawa t an Ke c ema s an Untuk Si Ke c i l | Dr . Samhan 99
Apa yang berlaku:
- Otot kejang boleh berlaku sama ada dalam keadaan panas (seperti larian
marathon, persekitaran panas) dan sebagainya ataupun dalam keadaan sejuk
(dalam kolam mandi atau dalam hawa dingin yang berterusan).
- Ia juga boleh berlaku jika kanak-kanak berdiri terlalu lama di sekolah atau
menjalani latihan kawad.
- Biasanya hanya satu anggota badan yang terlibat dan dalam kebanyakan kes
melibatkan otot di kaki.
- Dalam keadaan kejang sebegini, kanak-kanak masih sedar dan boleh bercakap.
- Kunci penyelesaian adalah dengan meregangkan kembali otot yang kejang ke
kedudukan normal.
- Ubat tahan sakit seperti krim 'salicylate' atau 'diclofenac' serta yang
seumpamanya juga boleh disapu ke atas otot yang kejang.
- Di hospital, adakalanya suntikan ubat tahan sakit diberi dan ini membantu
meredakan kesakitan otot yang kejang.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
CARA MENGURUSKAN :
1. Tekan di bahagian lutut ke bawah supaya sendi lutut menjadi lurus. Dalam
keadaan kaki lurus, tolakkan hujung kaki supaya hujung kaki menghala ke
badan pesakit.
2. Tolakkan hujung kaki seperti di atas dan tahan dalam kedudukan ini sehingga
kekejangan hilang.
3. Biasanya kekejangan akan beransur hilang selepas beberapa minit.
4. Sekiranya kekejangan berpanjangan atau kesakitan berterusan, datang ke
Jabatan Kecemasan untuk rawatan lanjut.
101

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 40
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

STROK HABA
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan
SITUASI :
Hari ini merupakan hari sambutan merdeka di sekolah. Dari awal pagi semua murid
bersiap sedia untuk mempersembahkan acara kawad mengikut rumah sukan.
Cuaca panas terik. Dengan pakaian uniform yang tebal dan berdiri ditengah padang
kawad memang panas membara. Tiba-tiba, “Cikgu, Amir pengsan!” Amir sudah
terbaring dan dadanya turun naik bernafas.

Kemungkinan:
Strok haba
Fo rmul a Rawa t an Ke c ema s an Untuk Si Ke c i l | Dr . Samhan 103
Apa yang berlaku:
- Strok haba berlaku apabila peningkatan suhu badan mencecah 41 darjah
Celcius dalam tempoh masa 10 hingga 15 minit akibat terdedah kepada cuaca
panas yang berterusan.
- Pitam boleh berlaku akibat terganggunya peredaran darah ke otak apabila
berdiri lama terutamanya dalam cuaca panas.
- Dalam keadaan ini, salur darah di kaki mengembang dan darah berkumpul lebih
banyak di kaki dari kepala. Akibatnya, pesakit boleh pitam.
- Meninggikan kaki dari kepala akan membantu edaran darah ke kepala dan
pesakit akan kembali sedar.
- Apabila terdedah terlalu lama kepada haba panas, seseorang akan mengalami
risiko kekurangan air dalam badan (dehidrasi) akibat dari peluh.
- Peluh juga membantu menyejukkan badan dan fungsi ini dibantu oleh otak.
- Namun, jika haba terlalu tinggi, otak akan gagal berfungsi dan badan tidak lagi
berpeluh. Ini menyebabkan haba berkumpul dalam badan dan tidak dapat
keluar. Inilah yang akan menyebabkan strok haba.
- Strok haba boleh menyebabkan kematian dan boleh berlaku dalam keadaan
yang melibatkan persekitaran panas seperti kawad, marathon dan sebagainya.
- Ada juga berlaku kes di mana bayi atau kanak-kanak ditinggalkan oleh penjaga
dalam kereta yang enjinnya dimatikan akibat terlupa atau cuai. Ini juga boleh
menyebabkan strok haba dan kematian.

105

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 41
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

LANGKAH-LANGKAH AWAL :
1. Bawa pesakit keluar dari kawasan yang panas ke tempat teduh. Mohon bantuan
orang disekeliling untuk mengangkat pesakit.
2. Mohon bantuan pasukan perubatan yang biasanya bertugas untuk majlis
sebegini.
3. Jika tiada, minta seseorang menelefon 999 bagi bantuan ambulans.
4. Sementara menunggu ambulans tiba, baringkan pesakit dalam keadaan lurus
dan longgarkan pakaian. Dalam posisi ini, angkat kedua-dua kaki ke atas. Ini
membantu darah dari kaki turun dan bergerak ke kepala untuk membantu
peredaran darah di situ. Pesakit ada peluang untuk kembali sedar dengan
pedaran darah yang lebih baik di otak.
5. Dalam keadaan pesakit masih tidak sedarkan diri da nkulit terasa panas, kering
dan tidak berpeluh, lap kan kulit dengan air dan buka kipas jika ada. Air yang
meruap dari kulit akan menyejukkan kulit dengan cepat. Dalam keadaan ini,
besar kemungkinan pesakit mengalami strok haba.
6. Jika ada ais ataupun tin minuman sejuk, letakkan di kiri dan kanan tengkuk, di
bawah kedua-dua ketiak atau di kedua-dua pelipat antara perut & peha. Di sini
ada salur darah besar di bawah kulit dan haba sejuk akan berkesan
menyejukkan darah yang akan mengalir ke seluruh badan.

F o r m u l a R awatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan

107
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 42
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

LEMAS

SITUASI :
Kanak-kanaknya yang baru berusia 2 tahun dilihat bermain pasir di tepi pantai
bersama-sama kakaknya. Satu persatu group whatsapp dibuka. Baru sempat untuk
baca kiriman mesej dan membalasnya. “Tolongggg.. ada budak lemas!!”
Kedengaran suara seseorang menjerit. “Ya Allah,anak-anak aku!”

Kemungkinan:
Lemas

Apa yang berlaku:


- Situasi lemas boleh terjadi bila-bila masa, tak diduga dan mudah terlepas
pandang oleh mak ayah. Boleh jadi lemas mandi pantai atau sungai, terjatuh
dalam kolam renang atau tiba-tiba kejang dan lemas. Juga ada kes kanak-
kanak lemas dalam besen di bilik air.
- Lemas dalam air menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke paru-paru. Air
boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan udara tidak sampai ke
paru-paru.
- Tekanan dada akan menyebabkan air keluar dari paru-paru. Lebih penting dari
itu, tekanan dada ini akan menyebabkan jantung (yang terletak di tengah dada)
di pam secara luaran dan darah dari jantung akan berterusan sampai ke otak.
- Kajian American Heart Association menunjukkan bahawa CPR melalui ‘tekanan
dada sahaja’ (‘Handsonly CPR’) adalah memadai dan masih berkesan untuk
orang awam.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 43
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Jangan takut untuk memulakan CPR melalui ‘tekanan dada sahaja’ jika pesakit
tidak bernafas kerana sel-sel otak akan mulai mati selepas 4 minit tanpa edaran
darah ke otak.
- Tekanan dada akan memastikan sel-sel otak tidak mati dan kanak-kanak ada
peluang untuk pulih dan hidup.
- Jika tiada turun-naik dalam masa 10 saat, maka kanak-kanak tidak bernafas
dan peluangnya untuk pulih dan hidup di tangan kita.

Cara menguruskan:
1. Baringkan kanak-kanak di atas permukaan keras. Minta seseorang segera
memanggil 999 bagi bantuan ambulans.
2. Jika kanak-kanak tidak bernafas, satukan kedua-dua tangan dengan
meletakkan satu tangan di atas tangan yang satu lagi, lalu letakkan di tengah-
tengah tulang dada.
3. Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kirakira sepertiga setiap
tekanan.
4. Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit (Jika 1
tekanan bagi 1 saat ini bererti 60 kali seminit. Jadi pastikan lebih laju dari itu)
5. Jika tidak terlatih untuk membuat CPR yang melibatkan pemberian pernafasan
pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai meneruskan
tekanan tanpa pernafasan.
6. Ini berkesan kerana oksigen masih akan masuk apabila tekanan dada diangkat
dan paru-paru mengembang (recoil) semula semasa tekanan diberi
berulangkali.
7. Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau
ambulans tiba.
8. Gilirkan dengan orang lain setiap 2 minit supaya tidak keletihan membuat
tekanan dada.

c ema s an Untuk Si Ke c i l | Dr . Samhan 1 1 1


112
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 44
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

PANIK

SITUASI :
“Maria, tolong ibu ambilkan air di dapur” “Takutlah ibu. Gelap” “Mana ada apa-apa.
Cepatlah” Lalu digagahi untuk melangkah ke dapur. Tiba-tiba, “Pang!” Bunyi periuk
jatuh dari rak. Maria terkejut. Bibirnya terasa kebas. Kakinya juga terasa kebas.
Jantungnya juga terasa 'dup dup dup' dan laju. Dia terduduk ke lantai. Kedua-dua
belah tangannya bengkok. Pernafasannya terus laju. Dia terasa sesak nafas.

Kemungkinan:
Serangan Panik

Apa yang berlaku:


- ‘Hyperventilation Syndrome’ atau serangan panic menyebabkan pesakit
bernafas laju tetapi pendek-pendek. Ini menyebabkan banyak karbon dioksida
dihembus keluar dari badan.
- Karbon dioksida adalah bersifat asid dan apabila berlaku banyak kehilangan
akan menyebabkan badan menjadi ‘alkali’.
- Dalam keadaan ‘alkali’, garam kalsium dalam badan akan menjadi berkurangan
dan ini menyebabkan otot mengecut dan tangan menjadi ‘bengkok’. Bibir juga
terasa kebas.
- Keseluruhan badan juga boleh menjadi lemah kerana dalam keadaan ‘alkali’
garam kalsium juga terkesan dan menjadi kurang.
- Sesak nafas boleh juga disebabkan oleh punca lain dan dalam keadaan yang
lain dari ‘Hyperventilation Syndrome’ penggunaan ‘beg pernafasan’ perlu
dielakkan.
- Hanya gunakan beg pernafasan apabila terdapat bukti yang jelas ianya adalah
‘Hyperventilation Syndrome’ seperti ‘tangan yang bengkok’ dalam keadaan
pesakit bernafas pantas.

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 45
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara untuk menguruskan:


1. Cuba letakkan kanak-kanak dalam keadaan selesa.
2. Sandarkan badannya ke dinding atau tempat duduk.
3. Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan kecemasan.
4. Jika kanak-kanak kelihatan bernafas laju dengan keadaan kedua-dua tangan
kelihatan ‘bengkok’, bermaksud dia mengalami ‘hyperventilation syndrome’.
5. Dapatkan beg kertas (misalnya beg kertas pembungkus makanan segera atau
seumpamanya dan minta kanak-kanak bernafas di dalam beg tersebut.
6. Tidak perlu menutup keseluruhan mulut, cukup untuk membolehkan dia menarik
nafas dari dalam beg.
7. Tujuannya supaya karbon dioksida yang hilang akibat bernafas pantas dapat
dihidu masuk semula ke dalam badan.
8. Kanak-kanak juga boleh bernafas dengan ‘campuran udara luar dan udara
dalam beg yang dihembus keluar' oleh dia sendiri.
9. Jika keadaan tidak serius, pesakit akan pulih dengan tangannya tidak lagi
bengkok. Jika berterusan bawa lah kanak-kanak ke Jabatan Kecemasan.

115

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Samhan

116
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 46
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

SENDI BAHU TERKELUAR

SITUASI :
Seronoknya Aiman bila ayahnya belikan basikal baru sempena ulangtahun
kelahirannya yang ke 10. Terus dikayuhnya basikal sekeliling rumah. Tiba-tiba,
“Pang!” Aiman jatuh dari basikal. Bahu kirinya sakit. Dia meraung kesakitan.

Kemungkinan:
Sendi bahu tercabut

Apa yang berlaku:


- Sendi bahu terlucut atau terkeluar boleh berlaku dalam sukan lasak dan juga
bagi mereka yang mengalami serangan sawan.
- Dalam situasi ini, kanak-kanak tidak dapat mengangkat anggota lengan.
- Anduh yang dibuat akan membantu supaya pesakit tidak sakit dan dapat
bertahan hingga dibawa ke hospital.
- Biasanya doktor akan menggunakan ubat sedatif dan memasukkan semula
sendi yang terkeluar.
- Setelah itu, pesakit akan dikenakan balutan plaster dan perlu dalam keadaan
demikian selama 2 ke 3 minggu. Biasanya sendi akan kembali normal untuk
berfungsi selepas itu.
- Ada juga kes yang berlaku berulang-ulang kali disebabkan sokongan ligamen di
sendi bahu tidak kukuh. Dalam keadaan ini pembedahan perlu dibuat.

Cara menguruskan:
1. ampu (support) lengan anggota kanak-kanak yang cedera.
2. Dapatkan kain tudung atau jika tidak ada, baju pun boleh digunakan untuk
membentuk anduh.
3. Kain boleh digunakan membentuk ‘segitiga’ dengan melipatkan kain empat
segi di bahagian tengah secara menyerong.
4. Letakkan lengan yang terkehel di bahagian tengah lipatan dan ikat kedua
hujung segitiga di leher.
5. Jika sukar, buatkan gelung besar dengan kain yang disangkutkan di leher
kanak-kanak manakala hujung gulung yang satu lagi disangkutkan ke
pergelangan tangan.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 47
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

6. Bawa pesakit ke Jabatan Kecemasan. Di hospital, doktor akan memasukkan


semula sendi ke kedudukan normal sekiranya tidak ada kepatahan dari X-
Ray yang dibuat.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 48
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KECEDERAAN KEPALA

Situasi:
“Adik, jom turun bawah ni cepat.” Beberapa detik kemudian, kedengaran bunyi derap
tapak kaki kelam kabut memijak papan tangga. Namun tiba-tiba si adik tergelincir lalu
meluncur laju ke bawah. Bumm!Bunyi benda terhempas yang sangat kuat. Rupa-
rupanya bahagian depan kepalanya terhentak mencecah lantai terlebih dulu.

Kemungkinan:
Kecederaan kepala

LANGKAH MENGURUSKAN KANAK-KANAK :


1. Biarkan dia berehat.
2. Berikan ubat syrup paracetamol untuk kurangkan rasa sakit.
3. Tuam bahagian yang bengkak dengan menggunakan kain yang dibalut air batu.
4. Perhatikan tanda-tanda kecederaan kepala yang serius dan bawa ke fasiliti
kesihatan segera jika ada tanda tersebut.
- Ini tanda-tanda (warning sign) kecederaan kepala serius yang kita perlu
diperhatikan:
 Muntah-muntah berterusan
 Sawan
 Pengsan
 Kanak-kanak tu jadi mengantuk yang teramat sangat sampai hampir tak
sedarkan diri
 Perangai berlainan dari kebiasaan
 Ada benjolan yang terlampau besar di kepala
 Ada luka yang dalam siap dengan berdarah meleleh-leleh
 Mana-mana bahagian anggota badan si kecil tu jadi lemah
 Ada cairan atau pun darah keluar daripada hidung atau telinga kanak-
kanak
 Dia mengadu sakit kepala yang dahsyat
 Mata jadi kabur, nampak tak nampak je

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 49
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Kadangkala benda ni berlaku cepat. Tapi ada juga kes pendarahan otak
(intracranial bleed) yang terjadi secara perlahan-lahan dan tanda-tanda bahaya
tu muncul lebih lambat.
- Tempoh 24 jam lepas insiden terjatuh tu adalah tempoh yang sangat kritikal
untuk kita lakukan pemantauan.
- Jika kanak-kanak kekal aktif dan tak ada warning sign, kebarangkalian
kecederaan serius berlaku adalah rendah.
- Tapi kalau tiba-tiba saja berlaku tanda-tanda bahaya yang saya beritahu tu,
bawa segera ke fasiliti kesihatan terdekat

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 50
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari

125MENANGIS HINGGA BIRU MUKA


Situasi :
Saya ingat lagi cerita seorang mak ni. Kanak-kanak lelakinya baru je berusia setahun
lebih. Ada satu hari tu tengah elok budak tu duk main seorang diri, abangnya datang
mendekat kemudian tak semena-semena terus rampas
mainan dari tangan budak tadi. Meraung panjang lah si kanak-kanak sambil terjerit-jerit
kemarahan. Namun yang paling mengejutkan, tiba-tiba je tangisan budak tu terhenti
lalu terbaring senyap. Kedua belah mata terpejam. Kulit wajah dan warna bibirnya
berubah jadi kebiruan. Seluruh tubuhnya lembik. Kaku tak bergerak! “Benda tu berlaku
sangat pantas. Depan mata saya sendiri dia berhenti bernafas. Mulut saya dah tak
mampu nak ucap apa-apa melainkan saya jerit ya Allah" Tak berapa lama lepas tu
barulah kanak-kanak kecil tadi mula terbatuk-batuk sikit dan mengerdipkan mata.
Mukanya pun beransur-ansur kembali kemerahan. Dah sedar balik tapi masih
kelemahan.

Kemungkinan:
Breath-Holding Spells

Apa yang Berlaku :


- Boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat dalam lingkungan umur 6 bulan
hingga 6 tahun.
- Lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang ada ahli keluarganya turut
mengalami Breath-Holding Spells, kanak-kanak yang mempunyai genetic
problem dan kekurangan sel darah merah (anemia).
- Gejala ni berlaku bila kanak-kanak berada dalam mood ketakutan, terkejut
yang amat sangat, kesakitan, frustrated atau terlampau sedih.
- Ianya adalah involuntary reflex dan biasanya kanak-kanak yang mengalaminya
akan bernafas balik macam biasa dalam masa kurang satu minit.
12

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 51
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

8
Langkah menguruskan kanak-kanak:
1. tenangkan diri sendiri dan jangan panik.
2. Baringkan kanak-kanak kita dalam posisi mengiring. Jangan goncangkan badan
dia.
3. Pastikan tak ada sebarang objek atau makanan kat dalam mulut. Ini berisiko
yang akan mengakibatkan kanak-kanak tercekik masa tempoh dia tak bernafas
tu.
4. Alihkan barang berbahaya di keliling yang berpotensi mendatangkan
kecederaan.
5. Sekiranya kanak-kanak tak bernafas balik macam biasa lebih 1 minit, mula
berikan bantuan pemulihan pernafasan & jantung (CPR).
6. Bawa kanak-kanak ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan jika ia berlaku kali
pertama.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 52
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERSEDAK SUSU

Situasi:
Elok je dari tadi menyusu, tiba-tiba dengar macam bunyi terbatuk. Perlahan lahan mata
bayi tersebut tertutup dan muka mula membiru. Seluruh badan lembik. Walaupun
digerak-gerakkan tubuh budak tu oleh ibunya, namun tetap tak ada respons!

Kemungkinan:
Tersedak susu

Apa yang berlaku :


- Risiko tersedak ni sebenarnya lebih tinggi pada bayi yang menyusu botol sebab
kadang-kadang tak sedar dah ter-overfeeding.
- Bayi yang menyusu badan biasanya akan breastfeeding on demand.
- Sesetengah parent atau pengasuh yang tak tahu ilmu ni, tiap kali baby
menangis je dia sumbat susu hinggakan overfeeding lalu buatkan perut baby
terlampau penuh dan muntah susu.
- Membiarkan kanak-kanak menyusu sendiri tanpa pantauan.
131
Ini tanda bayi atau kanak-kanak sedang tercekik:
1. Sesak nafas secara tiba-tiba
2. Nafas berbunyi tak normal seperti bunyi siulan
3. Tangan spontan menggenggam kerongkong
4. Kawasan mulut dan bibir berubah jadi kebiruan (tanda kekurangan oksigen)
5. Kadar pernafasan berubah jadi lebih cepat
6. Lubang hidung kembang dan kempis tiap kali bernafas
7. Terbatuk-batuk atau cuba batuk lebih kuat
8. Berhenti bernafas
9. Pengsan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 53
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara segera menguruskan kanak-kanak di rumah/ TASKA sebelum


dibawa ke klinik/hospital:
1. Pastikan bayi boleh menangis atau batuk.
2. Buka mulut bayi dan tengok jika terdapat benda asing.
3. Keluarkan kalau benda tu kelihatan. (JANGAN jolok jari masuk ke dalam mulut
bayi kalau tak nampak apa-apa!)
4. Tiarapkan bayi di atas lengan dan biarkan kepala bayi sedikit terkulai ke bawah.
5. Lakukan tepukan sebanyak 5 kali di bahagian belakang dada bayi (back blows)
6. Kemudian terlentangkan bayi. Lihat balik jika nampak benda asing tu, kita
keluarkan.
7. Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengah dada
dan terus berikan 5 kali tekanan (chest thrusts).
8. Jika bayi berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, cepat-cepat
hubungi ambulans dan segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan &
Jantung (CPR) sementara menunggu bantuan pakar tiba.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 54
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Tips penting untuk elak bayi tersedak susu:


- Jangan sekali-kali tinggalkan bayi menyusu bersendirian.
- Pilih puting botol susu yang sesuai. Jika susu keluar menitik sendiri tanpa perlu
dihisap maksudnya lubang puting tu besar. Flow susu akan jadi sangat laju dan
berisiko termasuk ke salur pernafasan. Tak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan.
- Lepas menyusu, sendawakan dulu bayi tu.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 55
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

DEMAM

Situasi :
“Saya tak rasa risau sangat waktu tu memandangkan kebiasaannya kanak-kanak ni
demamnya tak lama.” Namun malam tu suatu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh
semua orang dalam keluarga tersebut berlaku. Sekitar jam 2 pagi, si ibu terjaga dari
tidur kerana terasa seperti badan kanak-kanaknya yang tidur bersebelahan
mengeras. Spontan dia melaung keras memanggil nama suaminya bila mendapati
mata si kecil tu terbeliak ke atas dan seluruh tubuhnya menjadi kejang) Lepas
beberapa ketika, barulah badan dan matanya kembali normal. Tetapi selang beberapa
minit, tiba-tiba tubuh yang masih lemah tadi menggigil tak berhenti-henti. Terus mereka
bergegas memecut ke hospital. Masa diperiksa dengan thermometer (jangka suhu),
rupanya bacaan suhu badan si kecil tu tinggi. Mencecah 40℃ .

Apa yang berlaku :


- Demam boleh jadi berpunca daripada jangkitan kuman atau virus yang boleh
dikaitkan dengan:
 Sakit telinga
 Sakit tekak
 Demam Campak
 Cacar air
- Meningitis (jangkitan kuman selaput otak)
- Jangkitan kuman setempat seperti bengkak bernanah
- Untuk kanak-kanak kecil, demam yang tinggi berisiko untuk menyebabkan
komplikasi seperti sawan demam, dehidrasi (kekurangan air di dalam badan)
yang teruk dan sepsis (jangkitan kuman yang teruk).

Rawatan Segera Bila Kanak-kanak Demam:


1. Berikan ubat demam Secara umumnya, ubat demam paracetamol selamat
untuk diberikan tapi pastikan dosnya tepat.
2. Pastikan kanak-kanak minum banyak air semasa demam kerana suhu badan
yang tinggi akan menyebabkan tubuh kekurangan air (dehydrated). Jadi

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 56
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

galakkan kanak-kanak minum banyak air untuk kekalkan hidrasi tubuh pada
tahap terbaik. Jika kanak-kanak masih lagi menyusu, berikan susu sekerap
mungkin.
3. Pakaikan pakaian yang nipis. Elak pakaikan baju yang tebal atau bungkus dia
dalam selimut tebal kerana suhu badan kanak-kanak tidak akan dapat
dibebaskan dan akan menjadikan badannya semakin panas.
4. Jerlum badan si kecil. Basahkan badan kanak-kanak menggunakan air pada
suhu bilik terutama di bahagian dahi, leher, ketiak dan celah peha untuk
turunkan kepanasan suhu badan.
5. Pantau keadaan kanak-kanak. Perhatikan keadaan kanak-kanak secara
keseluruhan, makan minum, aktiviti/tahap aktif dan status hidrasi tubuh. Jika
ada gejala/petanda merisaukan, sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan
yang terdekat dengan segera.

Termometer (jangka suhu) adalah benda penting yang Wajib Ada Dalam Setiap
Rumah.

6. Biasakan penggunaan termometer untuk mendapatkan maklumat tepat samada


suhu badan kanak-kanak adalah normal atau sedang mengalami demam.

Suhu melebihi 37.5- (bacaan suhu dalam mulut (oral) /bawah ketiak (axillary)
adalah dikira demam.
139
Cara kiraan ubat demam paling mudah
“Doktor, saya dah bagi dah ubat demam kat kanak-kanak saya ni. Tapi demam dia tak
kebah-kebah jugak lagi”. Rupa-rupanya bila dikorek, dos ubat yang diberikan pada
kanak-kanak tu sebenarnya tak cukup. Patutlah, demam dia sama saja walaupun dah
diberi ubat. Sebab tu perlu belajar sama cara kira dos ubat paracetamol yang
tepat.

Ada 2 jenis kekuatan ubat paracetamol yang biasa terdapat dalam pasaran iaitu:
 120mg/5ml
 250mg/5ml

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 57
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Formulanya pengiraannya ialah:


15mg/kg ubat Paracetamol untuk setiap 6 jam.

Ikut step ini:


- Ukur berat badan kanak-kanak yang terkini.
- Dos paracetamol yang diperlukan ialah 15mg bagi setiap 1 kg berat.

Katakan berat semasa kanak-kanak ialah 10kg. Maka dos yang tepat adalah 10
x 15mg iaitu bersamaan 150mg.
Jadi berapa nak bagi (berapa mL) untuk dapatkan 150mg tadi?
142
Sekiranya kita gunakan Paracetamol 120mg/5ml, kiraannya adalah:
(150/120) x 5mL
= 1.25 x 5mL
= 6.25mL

Jadi jumlahnya bersamaan 6.25ml paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.

Baik, bagaimana pulak untuk ubat Paracetamol 250mg/5ml?


(150/250) x 5mL
= 0.6 x 5mL
= 3mL

Jadi, berilah 3mL Paracetamol 250mg/5mL setiap 6 jam pada kanak-kanak

Peringatan:
*Jika masih tidak pasti, sila dapatkan kepastian dari pihak yang lebih pakar/doctor/ahli
farmasi

Apps Untuk Mengira Dos Ubat


- 'Paracetamol Dosage Calculator'.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 58
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Kena tahu 2 perkara saja:


- Berapa ‘persediaan’ ubat yang nak disuap tu. Cek label pada botol ubat samada
120mg/5mL atau 250mg/5mL.
- Berat badan kanak-kanak.
Masukkan maklumat dan akan dapat jumlah tepat dos yang nak diberi pada kanak-
kanak.

Suppository PCM:
Penyelamat Pada Waktu Kecemasan
Sebahagian kanak-kanak sukar nak disuapkan ubat demam. Untuk si kecil begini, ada
pilihan ubat iaitu Suppository Paracetamol.

Indikasi kegunaan:
- Suhu badan 38°C dan ke atas.
- Untuk kanak-kanak yang kerap muntah atau semasa kanak-kanak sedang tidur,
lebih mudah untuk berikan dalam bentuk suppository. (ianya diprodukkan dalam
dos 125mg dan 250mg)

Dos yang disarankan:


Supp PCM 125mg:
 6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
 4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

Supp PCM 250mg:


UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 59
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

 5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp


 9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp
Teknik masukkan suppository paracetamol:
- Baringkan kanak-kanak ke posisi mengiring.
- Kemudian angkat lututnya mengarah ke dada.
- Lembabkan ubat sup dengan vaselin atau minyak, atau gunakan pelincir seperti
KY jelly.
- Masukkan bahagian supp yang tajam ke dalam dubur, tolak sehingga masuk
kesemuanya.
- Biarkan si kecil tu baring dalam 10 minit untuk bantu proses penyerapan ubat.
- Sekiranya perlu untuk masukkan 2 biji supp, kita boleh terus masukkan supp
kedua sebaik sahaja sup pertama dimasukkan.
- Paling bagus, masukkan supp PCM selepas kanak-kanak buang air besar.
Namun, boleh saja beri bila-bila masa.

Peringatan: Jangan lakukan jika tidak biasa/pasti untuk melakukannya.


147
Jumpa doktor segera jika :
1. Tengkuk menegang dan sakit. Mungkin ada jangkitan pada selaput saraf
(meningitis). Kanak-kanak yang mengalami meningitis berisiko tinggi untuk
mengalami masalah sistem saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh dan
kerosakan otak.
2. Sakit kepala yang terlampau teruk. Bahkan ia tidak berkurang walaupun
diberikan ubat seperti paracetamol.
3. Sawan demam yang berulang-ulang.
4. Menangis dan merengek tak berhenti-henti. Boleh jadi berpunca daripada
jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh seperti telinga, tekak dan lain-lain.
Lalu menyebabkan si kanak-kanak mengalami rasa tidak selesa yang
melampau.
5. Pernafasannya berubah jadi lebih teruk dan laju daripada biasa. Demam
bersama dengan batuk dan sesak nafas. Kemungkinan berpunca daripada
masalah jangkitan pada paru-paru.
6. Ruam atau bintik-bintik pada badan. Ianya boleh jadi berbahaya atau pun
sebaliknya. Sebaiknya jumpa doktor untuk pengesahan.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 60
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Luqman
Bukhari
148
7. Sakit perut berpanjangan. Kadangkala cirit birit dan muntah berterusan bersama
simptom seperti demam, boleh mengakibatkan dehidrasi yang teruk.
8. Tak berselera untuk makan minum sampaikan badannya lesu dan tak bermaya.
9. Sekiranya demam berterusan 3 hari tak kebah-kebah, bawalah ke klinik atau
hospital. Selalunya pemeriksaan darah akan dibuat sama.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 61
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

masanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari

149ALLERGI
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari
Situasi :
Terperanjat bila nampak pada permukaan kulit si kecil tiba-tiba terdapat tompok-
tompok merah. Jelas warna kemerahan memenuhi bahagian muka, dada, perut dan
bahagian belakang badan. Tak berhenti kanak-kanaknya tergaru-garu kegatalan.

Kemungkinan:
Alahan (Allergy) – juga digelarkan sebagai gegata/kelopak garam/penyakit jilatan jin.
51
Apa yang berlaku :
- Allergy ialah tindak balas hipersensitiviti yang berlaku apabila sistem
pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang mencetuskan
alahan.
Tanda-tanda alahan yang ringan:
 Ruam kemerahan yang leper pada kulit (urticaria)
 Kegatalan
 Mata menjadi merah dan berair
 Semput atau sukar bernafas
 Tangan, kaki atau muka membengkak
 Sakit perut
 Muntah
 Cirit birit
- Biasanya alahan yang berlaku tak merbahaya namun keadaan boleh melarat
dan merbahaya hingga mengakibatkan komplikasi alahan yang lebih teruk
(anaphylaxis/anaphylactic shock).

Antara bahan berpotensi jadi pencetus alahan:


- Makanan. Antaranya telur, ikan, udang, kerang dan makanan laut lain, susu,
gandum, kekacang (contohnya kacang tanah)
- Debu bunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 62
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Sengatan lebah dan penyegat


- Ubat-ubatan antibiotik seperti penicillin
- Bahan ubatan (media kontras) yang digunakan semasa pemeriksaan radiografi
seperti X-ray, CT scan
- Material pakaian seperti sarung tangan getah
- Bulu haiwan seperti bulu kucing dan anjing
- Habuk (hama)
152
Rawatan awal:
1. Periksa dan kenalpasti tanda alahan. Jauhkan bahan pencetus sekiranya boleh
atau pindahkan kanak-kanak ke tempat lain.
2. Jika kes alahan berlaku buat kali pertama dan bimbang mengenai kesihatan
kanak-kanak, sila dapatkan nasihat perubatan dengan segera.

Penting:
- Dalam sesetengah kes, kaedah ujian pada kulit atau darah akan digunakan bagi
mengenal pasti bahan yang menyebabkan alahan.
- Kadangkala lebih daripada satu jenis alergen dapat dikesan dalam ujian
tersebut.
- Menjauhkan kanak-kanak daripada punca alahan ialah langkah utama untuk
menghilangkan gejala dan mencegah alahan.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 63
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KEJANG DIHENTAM ARUS ELEKTRIK

Si kecil Awfa tu melangkah setapak demi setapak merapat ke dinding. Perlahan-lahan,


demi nak seimbangkan tubuh comelnya. Baru ‘dapat kaki’ lah katakan. Agaknya
tertarik melihat wayar hitam charger telefon yang melekat di soket elektrik, cepat-cepat
tangan kanannya sepantas kilat mencapai kabel tersebut. Tiba-tiba seluruh tubuhnya
kejang beberapa saat sebelum rebah terbaring atas lantai. Kesan memanjang
kehitaman berbau hangit jelas pada tapak tangan kanan si kecil tu. Awfa lembik lesu
tanpa sebarang respon.

Ini antara tanda terkena renjatan:


- Kulit jadi pucat, sejuk dan berpeluh-peluh
- Denyutan nadi berubah jadi pantas
- Rasa mual dan kemungkinan akan muntah
- Mengadu dahaga
- Pernafasan pendek-pendek dan kencang
- Lemah
- Pitam/pengsan

Tindakan segera jika kanak-kanak terkena renjatan elektrik:


1. Switch off secepat mungkin bekalan alat elektrik atau main electric supply
2. Jangan sentuh mangsa secara langsung selagi bekalan elektrik tak berjaya
dimatikan.
3. Gunakan objek kering yang tak mengalirkan elektrik untuk menolak tubuh
kanak-kanak dari sumber elektrik tadi.
4. Longgarkan pakaian yang ketat.
5. Jika muntah, palingkan muka dan tubuhnya ke sisi (posisi mengiring) supaya
muntah tadi mengalir keluar.
6. Kalau ada luka melecur, segera tanggalkan pakaian kanak-kanak dan alirkan air
sederhana sejuk untuk kurangkan rasa sakit.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 64
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

7. Jika tiada respon, periksa pernafasan dan denyutan nadi mangsa. Mulakan
CPR kalau tak ada tanda pernafasan dan denyutan nadi.

Jangan buat 4 perkara ini:


1. Jangan gerakkan tengkuk kanak-kanak sekiranya diaterpelanting akibat
renjatan elektrik. Penting sangat ni untuk elakkan kecederaan pada saraf
tunjang.
2. Jangan pecahkan lepuh pada kulit yang terbakar.
3. Jangan sapukan mentega, apa-apa jenis minyak atau ais pada kesan luka
terbakar.
4. Jangan sentuh kulit kanak-kanak yang sedang terkena renjatan elektrik secara
terus.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari

158

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 65
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

LENGAN BENGKOK AKIBAT TERJATUH

khari
Situasi:
Amsyar melangkah masuk melalui pintu depan sambil menangis teresak-esak. Air
mata jernih penuh bertakung di kedua kelopak matanya. Tangan kirinya memegang
erat lengan sebelah kanan yang jelas membengkak. Luka-luka kecil bercampur pasir
halus kelihatan antara siku dan pergelangan tangannya. "Abang jatuh basikal"
Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit.

Kemungkinan:
1. Patah tulang lengan
2. Kecederaan tisu lembut (otot,ligament,kulit, bawah kulit) (soft tissue injury)

Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:


 Lebam
 Sakit dan bengkak di bahagian tercedera
 Ada tanda kecacatan pada anggota yang tercedera
 Bahagian tercedera tak dapat berfungsi seperti biasa
 Kanak-kanak mengadu sakit makin bertambah jika bahagian tercedera tu
digerakkan atau diberikan tekanan
 Rasa kebas pada bahagian anggota terbabit
 Jika tulang terkeluar dari kulit, keadaan tersebut dinamakan patah terbuka
(open fracture)
160
Rawatan Kecemasan Semasa Di Rumah/ TASKA:
1. Minta kanak-kanak kurangkan pergerakan yang tak perlu bagi mengelakkan
kecederaan jadi lebih teruk.
2. Stabilkan anggota tubuh yang tercedera. Boleh gunakan majalah, surat khabar,
papan atau sepotong kadbod sebagai alat sokongan 'splint', dan letakkan
perlahan-lahan dibawah anggota yang tercedera tadi.
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 66
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

3. Ikat ‘splint’ dengan kain.


4. Jika terdapat pendarahan, balut kawasan yang luka menggunakan kain bersih.
Pastikan balutan tu agak ketat untuk hentikan pendarahan.
5. Bawa kanak-kanak ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan
perubatan segera.
6. Untuk mengurangkan bengkak, bungkuskan pek ais dengan kain atau tuala
kemudian tuam ke kawasan bengkak.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 67
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERCEKIK BIJI RAMBUTAN

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari
Situasi:
Berselera sungguh si Fairuz mengunyah buah rambutan segar tu. Betul-betul baru
dipetik dari pohon sebentar tadi. Lepas sebiji, dimintaknya lagi sebiji. Dikupasnya
sendiri kulit rambutan merah sebelum disuap ke dalam mulut. Entah macam mana,
semasa leka menikmati suapan ketiga, tiba-tiba budak berusia 3 tahun tu mula
terbatuk-batuk. Kedua-dua belah tapak tangan memegang-megang batang leher.
Mulutnya terbuka luas nak mengucapkan sesuatu, namun kepayahan dan tiada suara
yang terkeluar. Mukanya mula bertukar warna kemerahan. Jelas benar si kecil tu
sedang sukar nak bernafas.

Kemungkinan:
Tercekik biji rambutan

Tanda-tanda kanak-kanak tercekik:


- Salah satu atau kedua-dua tangan mangsa memegang leher
- Dia cuba nak bercakap tapi tak mampu. Bahkan suara langsung tak terkeluar
- Terbatuk-batuk
- Wajah berubah jadi kemerah-merahan
- Mangsa sesak nafas secara tiba-tiba
- Nafas berbunyi tak normal seperti berdengkur (stridor)
- Kawasan mulut dan bibir berubah jadi kebiruan - tanda kekurangan oksigen
- Kadar pernafasan berubah jadi lebih cepat
- Lubang hidung kembang dan kempis tiap kali bernafas
- Berhenti bernafas atau pengsan
165
Rawatan kecemasan untuk kanak-kanak tercekik:
- Jika kanak-kanak boleh bercakap atau batuk, galakkan kanak-kanak untuk
batuk dan perhatikan secara berterusan.
- Jika kanak-kanak batuk semakin lemah, dapatkan bantuan segera dan periksa
tahap kesedaran kanak-kanak dengan cara bongkokkan kanak-kanak ke depan
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 68
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

dan tepuk menggunakan tapak tangan di bahagian tengah belakang di antara


kedua-dua tulang belikat.

- Jika gagal mengeluarkan benda asing dan kanak-kanak masih sedar, lakukan
tujahan di perut (Heimlich Manoeuvre) sebanyak 5 kali sehingga bendasing itu
terkeluar.

1. Berdiri atau berlutut di


belakang mangsa
2. Genggam sebelah tangan
dan letakkan di antara pusat
dan tulang dada
3. Pegang tangan tadi
menggunakan tangan
sebelah lagi dan tekan ke
arah dalam dan ke atas
4. Tekan sebanyak 5 kali

- Elakkan tekan pada bahagian bawah tulang dada atau tulang rusuk.
- Teruskan tepuk belakang dan tekan perut pada kanak-kanak jika benda asing
belum keluar dan dia masih sedar. Namun sekiranya kanak-kanak pengsan,
lakukan CPR.
- Jika benda asing telah keluar, mkanak-kanakala kanak-kanak sedar dan
bernafas dengan baik:

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 69
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

 Letak dalam posisi pemulihan (recovery position)


 Perhatikan pernafasan dan tahap kesedaran kanak-kanak sementara
menunggu ketibaan bantuan perubatan

166

Makanan yang berisiko buatkan kanak-kanak berusia bawah 4 tahun tercekik:


Sosej, anggur, kacang, popcorn, gula-gula, marshmallow

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 70
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

DEMAM DENGGI

Penyakit ni sebenarnya ialah sejenis jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan
nyamuk Aedes Aegypti. Penyakit ni menjadi paling bahaya bila mengalami demam
denggi tahap teruk (severe dengue) sebab ianya berisiko untuk menyebabkan
kematian. Demam mungkin terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14)
selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, namun kebiasaannya di antara hari ke 4
hingga hari ke 7. 168

Tanda Kemungkinan Kanak-kanak Mengalami Demam Denggi:


- Demam panas mengejut
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi dan otot
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit pada bahagian belakang biji mata
- Ruam merah

Rawatan Awal:
1. Bawa kanak-kanak berjumpa dengan doktor segera untuk pengesahan dan
rawatan. Tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
2. Arahkan kanak-kanak supaya berehat dan banyakkan minum air masak.
3. Berikan ubat paracetamol untuk menurunkan demam dan juga mengurangkan
kesakitan. Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak!!

Tolong bawa kanak-kanak segera ke hospital atau klinik jika ada tanda-tanda
bahaya seperti:
4. Muntah yang kerap dan berpanjangan
5. Sakit perut
6. Kurang bermaya
7. Sawan
8. Sesak nafas
9. Tangan dan kaki pucat dan rasa sejuk bila disentuh

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 71
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

10. Terdapat kesan pendarahan samada daripada gusi atau hidung, muntah darah,
najis berdara dan tanda-tanda merah pada kulit
Tips Elakkan Gigitan Nyamuk:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur.
- Boleh juga gunakan ‘repellent’ jika perlu.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap danpintu.
- Sarungkan pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar
daripada rumah.

Pencegahan :
- Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di kawasan rumah/TASKA
- Buang mana-mana bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air
terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong
- Gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
172
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 72
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TAK SEDARKAN DIRI (untuk 1-8 tahun)

GUNAKAN FORMULA DRS ABC

DANGER
- Periksa dulu keadaan sekeliling dan pastikan kawasan selamat untuk kanak-
kanak dan kita yang nak membantu
- Alihkan punca bahaya atau alihkan kanak-kanak dari kawasan Bahaya.

RESPONSE
- Periksa respon kanak-kanak untuk tentukan tahap kesedaran
- Tanyakan dengan kuat “Apa yang dah berlaku?” atau lontarkan arahan seperti
“Abang, buka mata kamu!”
- Tepuk perlahan-lahan pada bahu kanak-kanak
- Lihat samada terdapat respons atau sebaliknya

SHOUT i 181
- Jerit untuk minta bantuan orang sekeliling
- Minta bantuan untuk hubungi 999 dan bawakan AED
- Jika anda hanya berseorangan dengan kanak-kanak di tempat kejadian,
mulakan CPR selama 1 minit sebelum mendapatkan bantuan melalui talian 999

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 73
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

AIRWAY
- Periksa saluran pernafasan kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak dalam
kedudukan tertiarap, pusingkannya kepada kedudukan menelentang
- Tekan dahi untuk dongakkan kepala dan angkat dagu (head tilt – chin lift)
- Buka mulut kanak-kanak untuk lihat jika ada benda asing di dalam mulut (Jika
ada dan boleh dilihat, cuba keluarkan)

BREATHING
- Pastikan terdapat pernafasan spontan dalam masa 10 saat. Periksa samada dia
mampu bernafas normal.
- Lihat pergerakan dada, dengar bunyi pernafasan dan rasai hembusan nafas
kanak-kanak pada pipi kita
- Jika kanak-kanak tak bernafas, berikan 5 kali bantuan pernafasan
183
CIRCULATION
- Dalam masa 10 saat, periksa tanda-tanda kanak-kanak kembali sedar. Jika
tiada, mulakan CPR

Teknik CPR Efektif


1. Melutut di sisi kanak-kanak selari dengan bahagian dadanya.
2. Letakkan satu tangan di tengah-tengah dada.
3. Tekan dada sebanyak 30 kali pada kadar 100 – 120 tekanan setiap minit. Tekan
dada sekurang-kurangnya mengikut satu pertiga kedalaman dada kanak-kanak.
4. Berikan 2 kali bantuan pernafasan untuk setiap 30 kali tekanan dada.
5. Teruskan tekan dada dan bantuan pernafasan sehingga:
 Bantuan kecemasan dan ambulans tiba
 Kanak-kanak sudah kembali sedar atau menunjukkan tanda-tanda
sedarkan diri seperti batuk, membuka mata, bernafas secara normal dan
menggerakkan badannya
 Anda sudah keletihan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 74
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Cara Memberi Bantuan Pernafasan


1. Picit hidung menggunakan jari telunjuk dan ibu jari tangan yang berada di dahi
kanak-kanak.
2. Buka mulut kanak-kanak sambil kekal mengangkat dagu kanak-kanak.
3. Tarik nafas dan letakkan bibir anda menutupi mulut kanak-kanak sepenuhnya.
4. Hembus ke mulut kanak-kanak selama 1 saat.
5. Perhatikan sama ada dada kanak-kanak naik dengan hembusan yang
diberikan.
6. Lakukan sebanyak 5 kali.
7. Jika kanak-kanak masih tidak sedar tetapi boleh bernafas, letakkan kanak-
kanak dalam kedudukan pemulihahan (recovery position) hingga bantuan
perubatan tiba.
188

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 75
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

TERTUSUK OBJEK TAJAM

Masih segar lagi dalam ingatan berkenaan kes yang berlaku pada tahun lalu. Seorang
kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal dunia terjatuh semasa berjalan dan
malangnya, sebilah pisau tertusuk ke bahagian kiri perutnya. Dilaporkan akibat
terlampau panik, seorang ahli keluarga kanak-kanak tu mencabut pisau tersebut
hingga akhirnya mengakibatkan kehilangan nyawa.

Yang Paling Utama:


DILARANG MENCABUT PISAU ATAU APA-APA
OBJEK YANG TERTUSUK DI MANA-MANA
ANGGOTA BADAN KANAK-KANAK

- Dalam keadaan tersebut, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan
itu berlaku samada melibatkan mana-mana salur darah atau organ penting.1
- Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan membantu menghalang
perdarahan dan seterusnya memberikan tekanan pada kawasan tercedera
daripada terus mengalirkan darah.
- Jika objek ditarik keluar, geseran yang berlaku boleh mengakibatkan
kecederaan lebih teruk serta pendarahan lebih banyak hingga mengancam
nyawa.

Rawatan awal bagi mengurangkan risiko kematian atau komplikasi yang lebih
berbahaya:
1. perlu bertenang dan jangan panik sebelum berusaha untuk tenangkan kanak-
kanak.
2. Alirkan air bersih pada bahagian tercedera untuk pembersihan seterusnya
memudahkan penilaian tahap kecederaan.
3. Jika objek telah tercabut keluar, berikan tekanan pada kawasan luka dengan
menggunakan kain bersih untuk kurangkan pendarahan.
4. Sekiranya objek tajam masih ada dan tertusuk dalam, jangan cuba cabut tetapi
letakkan kain kapas atau kain bersih di sekeliling objek tersebut. Kemudian
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 76
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

letakkan balutan cincin atau donat untuk menstabilkan objek tadi.

5. Tinggikan anggota yang tercedera dari paras jantung untuk mengurangkan


pendarahan.
6. Sila hubungi talian kecemasan 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan

Elakkan:
Jangan ikat anggota yang tercedera atau apply tourniquet supaya kerosakan tisu dan
organ badan akibat kekurangan bekalan darah tak berlaku.

193

Penting:
- Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah.
- sentiasa ajar serta ajar pada kanak-kanak kita tentang cara mengendalikan
objek tajam dan teknik simpanan yang betul.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 77
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

LIPAS ATAU SEMUT KECIL DALAM TELINGA

Apa yang perlu di buat kalau tiba-tiba kanak-kanak meraung kesakitan sebab dia
rasa ada 'benda' duk bergerak-gerak kat dalam telinga dia?
1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan kanak-kanak. Dalam
situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak
bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.
2. Halakan telinga yang dimasuki serangga tadi tu ke bawah dan goyangkan
sedikit kepala. Kalau serangga tu tak terlalu dalam, nanti ia akan terkeluar
sendiri.
3. Jika tak berhasil, ambil minyak zaitun atau pun guna baby oil dan titiskan ke
salur telinga yang sakit tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu.
4. Sekiranya boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan
terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.
5. Jangan jolok masuk cotton bud, besi pengorek atau kunci ke dalam telinga.
Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Samada tercocok atau
serangga tu gigit gegendang telinga bila dah tertolak masuk lebih jauh ke
dalam.
195
Boleh ke nak biar serangga tu kat dalam telinga kalau dah mati?
Jawapan: Tak boleh.
Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan di dalam telinga jika tak
dikeluarkan. Terus ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan selagi mana
serangga tu masih ada kat dalam telinga

Ada tak tanda-tanda lain serangga masuk dalam telinga selain dari rasa sakit?
- mengadu telinga asyik berdengung
- Bunyi keritik/berdesing
- Ada benda bergerak-gerak
- Pendengaran jadi kurang
- Cecair atau nanah mengalir keluar atau boleh jadi juga telinga tiba-tiba berdarah

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 78
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Luqman
Bukh
ari
Tips elakkan telinga kanak-kanak dimasuki serangga:
- Elakkan meletak makanan di tempat kanak-kanak kita selalu bermain atau
berehat seperti sofa dan tempat tidur.
- Pakaikan penutup telinga jika kita bawa dia pergi ke tempat yang penuh
serangga seperti hutan.
- Jangan biasakan amalan ‘bersihkan’ saluran telinga guna cotton bud atau
pengorek telinga sebab ear wax tu dapat bantu cegah serangga daripada
masuk lebih dalam.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 79
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

ANAPHLAXIS

Ini adalah reaksi alahan yang sangat serius serta akan memberi kesan kepada seluruh
badan kanak-kanak.

Kes Anaphylaxis atau kejutan Anaphylactic (Anaphylactic Shock) mungkin berlaku


dalam masa beberapa saat atau minit selepas terdedah kepada bahan pencetus.
Ia mesti dirawat segera kerana boleh mengakibatkan kematian.

Mekanisma kejutan Anaphylactic:


Bila terdedah kepada bahan pencetus alahan
- Bahan kimia yang dirembeskan ke dalam darah akan menyebabkan salur darah
mengembang/membesar dan tekanan darah menurun/menjadi rendah.
- Organ di dalam saluran pernafasan seperti lidah dan tekak akan membengkak,
kemudian salur udara mengecil lalu buatkan kanak-kanak sukar bernafas dan
seterusnya bekalan oksigen kepada organ penting dalam tubuh berkurangan
(hypoxia).

Tanda-tanda:
- Ruam kemerahan yang leper pada kulit (urticaria) dan kegatalan
- Mata menjadi merah dan berair
- Sakit perut, muntah dan cirit birit
- Lidah, tekak, bibir dan kedua belah mata mula membengkak
- Kanak-kanak susah nak bernafas dan menelan seperti sesuatu tersumbat pada
salur pernafasan
- Semput, terbatuk-batuk, nafas berbunyi (wheezing) dan tercungap-cungap nak
dapatkan udara
- Kulit berubah menjadi pucat
- Terdapat tanda-tanda renjatan seperti kanak-kanak tiba- tiba rebah dan tak
sedarkan diri/pengsan
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 80
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

- Emosi berubah jadi takut, marah atau keliru


- Bayi yang mengalami situasi ini mungkin akan merengek, menangis atau
nampak mengantuk yang luar dari kebiasaan

Apa yang perlu dibuat?


1. Hubungi 999 untuk bantuan kecemasan segera. Kes kejutan Anaphylactic
memerlukan rawatan kecemasan dan suntikan ubat adrenalin.
2. Jika kanak-kanak memang dibekalkan oleh doktor dengan alat suntikan
automatic yang berisi ubat adrenalin, berikan suntikan tersebut pada bahagian
peha.
3. Bantu kanak-kanak untuk duduk dalam keadaan selesa supaya pernafasannya
lebih teratur.
4. Sekiranya kanak-kanak kelihatan pucat dan denyutan nadi semakin lemah,
baringkan dia di atas lantai serta tinggikan kedua-dua belah kakinya. Iringkan
badan kanak-kanak jika dia muntah atau susah nak bernafas.
5. Pantau pernafasan, denyutan nadi dan tahap respons kanak-kanak sementara
menunggu bantuan tiba.

Penting:
Tolong maklumkan masalah alahan kanak-kanak kepada pihak sekolah dan pengasuh
supaya berjaga-jaga dengan alahan terbabit supaya tindakan pencegahan dan
rawatan segera boleh dibuat seandainya terdedah dengan allergen (bahan yang
menyebabkan alergi).

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 81
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

DI PATUK ULAR

FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari
Kes dipatuk ular sebenarnya banyak berlaku di Negara kita Malaysia ni. Ikutkan data
terkumpul, terdapat 15,798 kes melibatkan patukan ular dilaporkan pada tahun 2010
hingga 2014. Baru-baru ni pun viral kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 3
tahun yang kakinya dipatuk ular kapak bakau yang sedang berlingkar pada rantai
basikal.
Pada mulanya, si ibu tak tahu pun tentang kejadian tersebut. Namun disebabkan
bengkak dan sakit pada kaki tu tak berkurangan, barulah si ibu perasan terdapat
kesan gigitan pada kaki si comel tu. Walaupun tidak semua patukan ular berbisa tetapi
tetap kena ambil tahu ilmu rawatan awal bagi situasi begini.

Kemungkinan Tanda Kecederaan:


- Terdapat sepasang kesan patukan (fang marks) pada kulit
- Bahagian tercedera jadi sakit, bengkak dan kemerahan
- Loya dan muntah
- Pandangan menjadi kabur
- Air liur dan peluh terhasil dengan banyak
- Mangsa sukar nak bernafas

Rawatan Awal:
1. Arahkan kanak-kanak untuk kurangkan pergerakan supaya dapat mencegah
bisa patukan daripada merebak. Lagi bagus kalau dipasangkan anduh atau
splint dibahagian yang tercedera.
2. Sebaiknya dukung kanak-kanak sekiranya nak dipindahkan ke tempat lain dan
jangan benarkan dia berjalan sendiri.
3. Tanggalkan semua perhiasan seperti jam tangan, cincin atau gelang daripada
anggota badan yang dipatuk sebelum anggota tersebut membengkak.
4. Tekan dan balut pada bahagian luka patukan.
UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 82
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

5. Jika semburan racun ular terkena mata, bilas mata dengan air yang banyak
segera.
6. Sila bawa kanak-kanak ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan
lanjut dengan segera.

Jangan buat:
- Jangan toreh atau kelar kulit pada luka patukan – risiko pendarahan dan
jangkitan kuman meningkat.
- Jangan cuba menyedut keluar bisa dengan menggunakan mulut.
- Elakkan mengikat anggota yang tercedera.
- Elakkan meletakkan apa-apa bahan seperti herba pada luka patukan.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.LuqmanBukhari
Penting:
Kalau boleh, tolong dapatkan maklumat penting seperti rupa ular, panjang, warna, rupa
bentuk kepala, badan dan ekor demi memudahkan doktor untuk menentukan
rawatan “antivenom” jika perlu.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 83
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

BERNANAH DICAKAR KUCING

Sampai sekarang saya duk teringat kisah adik Amsyar yang viral itu hari akibat kena
terkam dengan kucing kat rumah sendiri. Sedih sangat bila tahu kisah tu sebab mak
dia cerita yang kelopak mata adik Amsyar terbelah dan banyak kesan luka di kepala,
mulut dan dada akibat terkena cakaran. Bahagian tubuh yang dicakar kucing,
berpotensi untuk mengalami jangkitan kuman atau penyakit Cat Scratch
Fever.

Tandanya begini:
- Kawasan luka tu jadi makin sakit, kemerahan dan membengkak
- Nanah mengalir keluar
- Kalenjar di sekeliling tempat luka membengkak.
- demam menggigil-gigil
- Hilang selera makan, badan rasa lemah dan sakit kepala
- Jangkitan yang serius boleh merebak ke mata, otak dan jantung

Ini panduan penting kalau dicakar kucing:


1. Pastikan cuci segera luka tu dengan menggunakan air dan sabun.
2. Jika luka terlampau besar hingga darah mengalir keluar, sila bawa ke klinik atau
hospital untuk rawatan.
3. Wound dressing (pembersihan/perawatan luka) dan jahitan luka akan dilakukan
jika perlu.
4. Perhatikan sekiranya ada tanda jangkitan di kawasan luka, berusahalah untuk
dapatkan pemeriksaan segera.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 84
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Fakta ringkas:
- Kucing selalunya jadi pembawa kepada sejenis bakteria yang namanya
Bartonella Henselae. Ikutkan kajian, hampir 40% kucing pernah dijangkiti
bakteria Bartonella ni.
FormulaRawatanKecemasanUntukSiKecil|Dr.Luqman
Bukhari

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 85
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 86
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 87
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

LUKA TERBUKA DAN PENDARAHAN

Jenis-jenis luka :

1. Terhiris
2. Terkupas
3. Tercucuk
4. Tergeser
5. Terkoyak

Rawatan Kecemasan:
- Dapatkan bantuan perubatan segera untuk pendarahan yang teruk, luka yang
lebih dari kulit, luka dengan tepi yang kasar, luka dengan kotoran yang
tertanam, objek yang tersekat, atau amputasi. Panggil ambulans atau bawa
mangsa ke hospital terdekat
- Sementara menunggu bantuan, kawal pendarahan dengan :

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 88
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

 tekanan langsung dibahagian luka.


 Tutup luka dengan berpakaian steril atau kain bersih, lampin, atau kain
kasa.
 Letakkan tangan anda di atas, dan tekan dengan kuat.
 Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti.
 JANGAN menanggalkan kain kasa yang telah basah, tambahkan lebih
banyak kain, dan teruskan tekanan.
 Sekiranya tidak ada patah tulang yang disyaki, tinggikan luka lebih tinggi
daripada aras jantung. JANGAN menggerakkan anggota badan jika anda
rasa ada tulang yang patah.
 Sekiranya pendarahan tidak perlahan setelah 5 minit tekanan langsung,
minta mangsa berbaring, teruskan tekanan langsung pada luka, dan
berikan tekanan ke titik tekanan antara luka dan jantung.
 Untuk luka di lengan, tekan pada arteri brakialis: Gunakan jari anda untuk
memberi tekanan ke bahagian dalam lengan atas mangsa, antara siku
dan bahu, di alur antara otot.
 Untuk luka pada kaki, tekan pada arteri femoral di pangkal paha:
Gunakan tumit tangan untuk memberi tekanan di bahagian tengah lipatan
di mana paha memenuhi pangkal paha
 Lepaskan titik tekanan sebaik sahaja pendarahan berhenti.
 Setelah pendarahan dikawal, ikat kain kasa asal dengan pembalut.
 Perhatikan kejutan.
 Untuk Memulihkan Bahagian Terputus: Balut anggota yang putus dengan
kain kasa kering; JANGAN rendam dalam air atau cecair lain. Masukkan
anggota yang dibungkus ke dalam beg plastik atau bekas yang ditutup.
Letakkan beg atau bekas di dalam bekas atau beg berisi ais. Hantar
dengan mangsa, atau segera bawa ke bilik kecemasan.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 89
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

 Untuk luka kecillakukan tekanan langsung untuk menghentikan


pendarahan dengan tangan dan swab dengan sarung tangan atau kain /
kasa yang bersih

• Sekiranya swab pertama basah, jangan ganti swab tetapi tambahkan swab baru
atau kain bersih

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 90
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

• Sekiranya bahagian badan yang cedera tidak kritikal, tinggikan kawasan yang
cedera di atas paras jantung untuk mengurangkan pendarahan dan kesakitan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 91
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

IKATAN ANDUH

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 92
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 93
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Jenis luka terbakar:


- Luka terbakar adalah kecederaan pada badan kerana panas yang berlebihan
atau sejuk yang berlebihan.
 Luka terbakar: Haba Kering (api, api, logam, cahaya matahari, elektrik
dan geseran)
 Melecur: Lembap bersuhu tinggi (wap, air mendidih, minuman panas,
minyak dll)
 Reaksi Bahan Kimia: Asid: H2SO4, Asid Nitrik, Hcl
 Alkali: Soda kaustik, Potash, Amonia atau kapur cepat
 Gas: O2 Cecair atau Nitrogen

Kebakaran tahap pertama

1. Luka bakar tahap pertama (cetek)


- Hanya lapisan luar kulit (epidermis) yang rosak.
- Gejala termasuk kemerahan, pembengkakan ringan, kelembutan, dan
kesakitan.
- Biasanya sembuh tanpa parut.

Apa harus dilakukan:


- Rendam dalam air sejuk 10 hingga 45 minit atau gunakan kain basah yang
sejuk yang akan menghentikan haba luka terbakar

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 94
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

2. Luka terbakar tahap 2(Ketebalan Separa)


- Epidermis dan bahagian atas dermis rosak.
- Gejala termasuk lepuh, bengkak, ttisan cecair, dan sakit teruk.

Apa harus dilakukan:


- Rendam dalam air sejuk / pek basah
- Jangan pecahkan lepuh
- Dapatkan rawatan perubatan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 95
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 96
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

PATAH TULANG

Terdapat dua kategori patah tulang:


1. Patah tertutup (Sederhana) - Kulit tidak terbuka dan tidak ada luka di mana-
mana tempat berhampiran patah.
2. Patah terbuka (Kompaun) - Kulit berdekatan patah telah rosak atau koyak. Luka
ini disebabkan oleh bahagian tulang yang menonjol dan mnembusi kulit. Tulang
mungkin tidak kelihatan pada luka.

Tanda dan gejala termasuk;


- Bengkak.
- Kecacatan mungkin berlaku apabila tulang patah, menyebabkan bentuk yang
tidak normal.
- Luka terbuka memecahkan kulit.
- Sensasi parut yang disebabkan oleh patah tulang bergesekan
- dapat dirasakan dan kadang kala didengar.
- Jangan menggerakkan anggota badan yang cedera dalam usaha
mengesannya.

Jenis-jenis patah

Closed
Complicated

Open Green Stick

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 97
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Anduh patah tangan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 98
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

KECEDERAAN OTOT DAN SENDI

Konsep R.I.C.E
• Reast / Rehat - Rehatkan kawasan yang cedera
• Ice / Ais - Sapukan ais
• Compression / Mampatan - Pembalut mampatan untuk
mengurangkan pergerakan
• Elevate / Ketinggian – Tinggikan anggota yang cedera untuk
mengurangkan kesakitan

Balutan terseliuh

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 99
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

CONTOH PERLATAN KECEMASAN ( kebakaran)

1. Pemadam api
2. Kotak peti kecemasan
3. Selimut
4. air

FORMAT LAPORAN KEMALANGAN

- tajuk laporan kemalangan, nama taska


- nama kanak-kanak
- umur
- tarikh, masa dan tempat kejadian
- punca
- jenis kemalangan /kecederaan
- laporan
- tindakan
- tandatangan, nama dan jawatan pelapor
- tandatangan, nama dan jawatan pengesah

KATEGORI TANDA AMARAN

1. Kategori E

- Tanda Amaran Keadaan Selamat.

- Tanda – tanda yang menunjukkan laluan pengungsian, lokasi peralatan


selamat atau fasiliti selamat atau tindakan selamat (tanda-tanda keadaan
selamat)

2. Kategori F

- Tanda Amaran Keselamatan Kebakaran

- Tand amaran yang menunjukkan lokasi penggera kebakaran dan kemudahan


alat pemadam kebakaran

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 100
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

3. Kategori M

- Tanda Amaran Tindakan Mandatori

- Tanda yang menunjukkan arahan mesti dijalankan

4. Kategori P

- Tanda amaran yang menunjukkan suatu tindakan atau aktiviti yang tidak
dibenarkan

5. Kategori W

- Tanda-tanda amaran bahaya atau keadaan berbahaya

CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KECEMASAN KECIL DI TASKA

Berlaku kemalangan kecil di TASKA

Tenangkan kanak-kanak

Kenalpasti jenis kecederaan kecil tersebut

Kenalpasti jenis rawatan yang perlu di beri

Berikan rawatan

Rekodkan kemalangan kecil

Maklumkan kepada ibubapa

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 101
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KECEMASAN BESAR DI TASKA

Berlaku kemalangan besar di TASKA

Tenangkan kanak-kanak

Kenalpasti jenis kecederaan besar tersebut

Kenalpasti jenis rawatan awal yang perlu di beri

Berikan rawatan awal

Rekodkan kemalangan besar

Maklumkan kepada ibubapa

Bawa kanak-kanak dapat rawatan di hospital@klinik dengan


segera.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 102
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

CARTA ALIRAN – PENGGENDALIAN UBATAN

Terima ubatan dari ibubapa

Labelkan ubatan

Kenalpasti kanak-kanak yang menerima ubatan

Merekod ubatan yang di terima – isi maklumat yang betul


dari segi masa dan sukatan ubatan

Memberi ubat pada masa dan sukatan yang betul

Kemaskini rekod ubatan

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 103
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

CARTA ALIRAN PENGGENDALIAN PENYAKIT DI TASKA

Kenalpasti penyakit biasa atau penyakit berjangkit

Jika penyakit berjangkit

Asingkan kkanak-kanak2 Minta ibubapa bawa

knk2 balik

Jika penyakit biasa

Kenalpasti penyakit

Periksa jika ibu bapa ada membekalkan ubatan

Maklumkan pada ibu bapa jika tiada ubatan

Berikan ubatan yang dibekalkan

Rekodkan/kemaskini kesihatan kkanak-kanak2

CONTOH NOTIS MAKLUMAN


UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021
MukaSurat/ Page: 104
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

PAPAN TANDA KESELAMATAN

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 105
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

.
Papan Tanda Keselamatan adalah salah satu dari komunikasi kepada staf, kanak-
kanak dan pelawat mengenai risiko, bahan berbahaya disatu satu kawasan. Papan
tanda yang efektif perlu mudah dibaca dan dikenalpasti.

.
Secara umumnya papan tanda yang sering digunakan adalah "AMARAN", "BAHAYA'
yang sering digunakan di kawasan kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi seperti
tapak bina, bahan berbahaya di dalam makmal.

.
Bagi kawasan yang mempunyai risiko yang rendah terdapat keperluan untuk
meletakkan papan tanda keselamatan seperti yang berkaitan dengan bahaya
kebakaran, arah keluar dan apa yang diperlukan atau tidak boleh dilakukan.

.
Jenis jenis papan tanda :

1) Papan Tanda Mandatori - Perlu berbentu bulat berwarna biru dan simbol
berwarna putih. Ini adalah tanda dimana sesuatu tindakan yang spesifik perlu
diambil.

2) Keadaan Selamat - Berbentuk segi empat atau bulat berwarna hijau ,tanda
keselamatan berbentuk simbol atau teks berwarna putih yang mempunyai
maklumat mengenai keadaan selamat.

3) Papan Tanda Melawan Kebakaran - Berbentuk segi empat atau bulat berwarna
merah dan mengandungi simbol berwarna putih yang menunjukkan kawasan
peralatan melawan kebakaran.

4) Papan Tanda Amaran - Segi tiga bewarna kuning dengan garisan dan simbol
bewarna hitam. Diantara kawasan kuning diletakkan tanda keselamatan yang
member amaran mengenai hazad yang ada.

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 106
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

5) Papan tanda Larangan - Satu garisan dan tanda palang bewarna merah dengan
latarbelakang bewarna putih. Simbol didalam garisan bulat perlu berwarna
hitam. Simbol ini melambangkan tindakan yang dilarang.

CONTOH SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN

simbol Tidak Sesuai untuk Kanak-


kanak di bawah umur 0-3.

menandakan produk mempunyai


bahagian yang kecil dan mempunyai
bahaya tercekik atau lemas.
Simbol bahan yang mudah terbakar.

mengenal pasti bahan bakar yang


boleh terbakar atau mudah terbakar

Simbol Selamat untuk Makanan

mengetahui bahawa semua bahan


yang bersentuhan dengan makanan
(termasuk bekas makanan dan air,
bahan pembungkus, alat makan dan
lain-lain) adalah selamat untuk
digunakan dengan makanan.

Simbol Tidy Man

meminta anda jangan buang sampah


merata-rata 

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 107
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

Simbol Kitar Semula

Simbol dilarang merokok

Simbol dilarang masuk

Simbol lantai licin

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 108
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

SOALAN/QUESTION :

1. Berikan maksud kecemasan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Nyatakan 3 situasi kecemasan yang selalu berlaku di Taska di kalangan kanak-


kanak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021


MukaSurat/ Page: 109
NO KOD /CODE NO. HAK1043-M04/P(2/4) Drpd / of: 35

3. Seorang bayi tersedak susu.Terangkan apakah tindakan anda sebagai


pengasuh bagi mengatasi masalah tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Aminah Ayob, Rohani Abdullah, Nani Menon, Jameyah Shariff, 2013. MODUL
PENDIDIK/PENGASUH:KURSUS ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PERMATA, Selangor: Bahagian PERMATA.Jabatan Perdana Menteri. Penerbit UPM

2. Panduan Pencegahan Kecederaan Kanak-kanak, Kementerian Kesihatan


Malaysia.
3. Panduan pengendalian dan pemberian susu yang selamat di pusat jagaan dan
taska, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2012
4. www.utm.my, definisi kecemasan dan bahaya, 05 Mac 2019, 11.00
5. www.utm.my, apa itu kecemasan, 05 Mac 2019, 10.30
6. http://zaim-al-humaidi.blogspot.com/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemas-asas-
dlm.html
7. http://workshop-oshe.blogspot.com/2010/11/pelan-tindakan-kecemasan-erp.html
8. http://notapendidikanjasmani.blogspot.com/2009/02/pertolongan-cemasbantu-mula.html
9. http://hairulfitri-islamicbook.blogspot.com/2010/10/pengurusan-persatuan-di-sekolah-st-
john.html
10. https://www.facebook.com/skillsolutions.sb/posts/papan-tanda-keselamatanpapan-tanda-
keselamatan-adalah-salah-satu-dari-komunikasi/1263564310437347/ - 21/2/2020

UNIT PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK/KVT2021

Anda mungkin juga menyukai