Anda di halaman 1dari 21

KOD DAN NAMA PROGRAM /

PROGRAM CODE AND NAME



MTA301 TECHNICAL DRAWING

TAHAP / LEVEL

SEMESTER 3

NO DAN TAJUK
UNITKOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NUMBER
AND TITLE
M1K2 INTRODUCTION TO GEOMETRY DAWING
ISOMETRIC DRAWING

NO DAN PERNYATAAN
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NUMBER
AND STATEMENT

1. USING A VARIETY OF DRAWING TOOLS.
2. MAKE LETTERING, DIMENSION, LINE.
3. CONSTRUCT LINES.
4. CONSTRUCTION AND DIVIDE THE ANGLE.
5. TRIANGLE AND CIRCLE CONSTRUCTION.
6. CONSTRUCTION OF A POLYGON UNIFORM.
7. CONSTRUCTION OF THE ELLIPSE.
8. CONSTRUCTION OF THE TANGENT AND THE CIRCLE.
9. CONCEPTS AND SYMBOLS OF ORTHOGRAPHIC PROJECTION.
a. TYPES AND PRINCIPLES ORTHOGRAPHIC PROJECTION:
b. THE FIRST ANGLE PROJECTION.
10. THE THIRD ANGLE PROJECTION.
11. METHOD CONSTRUCTS ORTHOGRAPHIC AND ISOMETRIC
DRAWING.
12. FREE TECHNICAL SKETCHING.
13. ELECTRICAL DRAFTING.
14. DRAWING THE SCHEMATIC AND WIRING DIAGRAMS.
15. CONCEPTS AND SYMBOLS OF FULL SECTIONS VIEW.
16. CONCEPTS OF SECTIONS LINING.
17. CONCEPTS OF VISIBLE, HIDDEN AND CENTER LINES.
18. CONCEPTS HALF SECTIONS VIEW.
19. CONCEPTS OFFSET SECTIONS VIEW.
20. ORTHOGRAPHIC PROJECTION VIEW IN THE DRAWINGS.
a. PLAN ELEVATION.
b. FRONT ELEVATION
c. SIDE ELEVATION


NO . KOD / CODE NUM.

MTA301-M1K4-P(1/2)

Muka / Page : 1
Drpd / Of : 21

KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
TELOK AIR TAWAR,
13050 BUTTERWORTH,
PULAU PINANG.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 2
Drpd/of : 21


TAJUK/TITLE: PENGENALAN LUKISAN GEOMETRI.
LUKISAN ISOMETRI

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang
kepentingan lukisan Isometri yang digunakan untuk menyampaikan idea. Idea berupa
rekabentuk satu produk atau binaan dapat dipersembahkan dengan jelas menggunakan
lukisan isometri. Oleh yang demikian, mempelajari lukisan isometri menjadi satu
kemestian dalam bidang kejuruteraan. Lukisan Isometri merupakan sebahagian
daripada lukisan teknik.

PENERANGAN / INFORMATION:
1.0 Pengenalan
Lukisan Isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi ( 3D ), iaitu
ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman. Objek yang dilukis dalam tiga dimensi
( 3D ) ditunjukkan dibawah. Objek yang dilukis secara Isometri akan memperlihatkan
tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi
apabila dilihat pada satu pandangan.



@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 3
Drpd/of : 21
Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi. Ianya
membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. Pada
pandangan pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik,
ortografik atau perspektif.
Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 6.1
menunjukkan jenis jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan.


(a) Pandangan Ortografik (b) Pandangan Isometrik



(c) Pandangan Oblik (d) Pandangan Perspektif

Rajah 6.1 Jenis jenis pandangan





@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 4
Drpd/of : 21



(a) Rahang Bebas (b) Engkol Putar





(c) Fius Kartrij (d) Butiran Kekuda Bumbung




Rajah 6.2 Contoh contoh pandangan Isometrik






@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 5
Drpd/of : 21
2.0 Konsep Isometri.

Lukisan isometri dan unjuran isometri dibezakan melalui ukuran sisi objek. Satu
kubus yang diunjurkan mengikut unjuran orthografik dengan kedudukan pandangan
atas dan pandangan sisi kanan yang diputarkan ditunjukkan di bawah. Garisan AB
dilukis dari penjuru kiri atas kepada penjuru kanan bawah.
Unjuran orthografik kubus tersebut dengan garisan pepenjuru AB ditunjukkan
dibawah, kedudukan pandangan atas diputarkan sebanyak 45 pada garisan
mengufuk. Garisan condong AB pula kelihatan menegak. Pada pandangan sisi
kanan objek diputarkan supaya kedudukan garisan AB selari dengan garisan
mengufuk. Hasilnya pada pandangan hadapan kelihatan objek dengan kedudukan
yang menampakkan permukaan atas, sisi kanan dan permukaan sisi kiri.

Oleh sebab pandangan sisi kanan objek telah diputarkan, maka panjang sisi yang
diunjurkan menjadi lebih pendek dari ukuran sebenar sisi seperti yang ditunjukkan
dibawah. Perbezaan ukuran antara unjuran isometri dan lukisan isometri dapat dilihat
dibawah. Berdasarkan kedua-dua rajah tersebut didapati bahawa lukisan isometri
dilukis mengikut panjang sebenar objek.

3.0 Hubungkait Lukisan Ortografik Dengan Bentuk Objek Dalam Tiga Dimensi.


Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik supaya
sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan
bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripada pandangan pelan, hadapan dan sisi
pandangan isometrik dengan mudah dapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah
6.3 menunjukkan lukisan ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh
rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan.


@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 6
Drpd/of : 21




Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek dalam tiga dimensi



4.0 Kenalpasti Persamaan Dan Perbezaan Antara Unjuran Ortografik Dengan
Pandangan Isometrik.

Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik
adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat
persamaan dan perbezaan di antara keduanya.

Pandangan
Isometrik
sisi
Pelan
Hadapan
Pandangan
Isometrik
Sisi
Pelan
Hadapan

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 7
Drpd/of : 21
4.1 Persamaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.

Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga pandangan iaitu
pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran
ortografik.










Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan






@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 8
Drpd/of : 21

Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan
pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan isometrik
yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.









Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan





@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 9
Drpd/of : 21

4.2 Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.

Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografik dengan
pandangan isometrik ialah objek yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik,
objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis yang mahir
dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada
unjuran ortografik. Rajah 6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya
membayangkan objek sebenar.






Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar




@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 10
Drpd/of : 21

Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat dengan mudah dan
pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam
membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 menunjukkan pandangan
isometrik yang mengambarkan suatu objek sebenar.









Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.






@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 11
Drpd/of : 21
4.0 Melukis Pandangan Isometrik Berpandukan Titik Terendah Dan Arah Anak
Panah Pada Unjuran Ortografik

4.1 Pengenalan

Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek
dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis
dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam
pandangan isometrik. Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan
memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu.
Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam
pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah pula menunjukkan kaedah
melukis paksi isometrik.




Rajah 6.8 Paksi paksi isometrik

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 12
Drpd/of : 21


Rajah 6.9 Kaedah melukis paksi isometrik

4.2 Objek yang dilukis dengan garisan isometrik

Objek dalam rajah 6.10 dilukis dengan cara mengalih semua dimensi pada
pandangan ortografik secara terus ke atas garisan isometrik. Rajah 6.10 dapat
memberi panduan bagaimana cara melukis objek tersebut. Pada unjuran
ortografik dalam rajah 6.10 adalah unjuran sudut pertama.



Rajah 6.10 Pandangan ortografik dilukis secara terus ke atas
garisan isometrik.

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 13
Drpd/of : 21

4.3 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik.

Ini adalah garisan pada objek yang mengakibatkan sudut bukan terdiri
daripada golongan garisan isometrik. Semua sudut tidak boleh dialih
secara terus ke atas garisan isometrik kerana ia bukan pandangan
sebenar. Sudut tepat pada kubus mestilah digambarkan dengan sudut 60
0

atau 120
0
pada unjuran isometrik. Cara yang betul untuk melukis sudut
dapat dilihat dalam rajah 6.11. Pada pandangan ortografik dalam rajah
6.11 adalah unjuran sudut pertama.







Rajah 6.11 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 14
Drpd/of : 21
4.4 Objek dengan permukaan berlengkok.

Melukis lengkok pada unjuran isometrik dengan cara meletakkan beberapa
titik pada lengkok di pandangan garis finiti. Kemudian setiap ordinat titik itu
dialihkan ke pandangan isometrik satu demi satu. Jika terdapat dua garis
lengkok yang selari dan sama tebal, cara melukisnya ditunjukkan dalam
rajah 6.12 . Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.12 adalah unjuran sudut
pertama.









Rajah 6.12 Objek dengan permukaan berlengkok.


Hadapan
Pelan

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 15
Drpd/of : 21

4.5 Bulatan pada unjuran isometrik

Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips dalam pandangan
isometrik. Terdapat tiga cara untuk melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam
rajah-rajah di bawah.

4.5.1 Cara 1 (Rajah 6.13)

Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada pandangan
garis finiti ke unjuran isometrik. Ordinat pada salah satu kuadrant sahaja
yang perlu dialih kerana yang lain itu sama sahaja jaraknya. Titik itu
kemudian dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok.






Rajah 6.13 Cara pengalihan ordinat X dan Y




@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 16
Drpd/of : 21
4.5.2 Cara 2 (Rajah 6.14)

Dalam cara ini, sebuah segiempat sama dilukis mengelilingi bulatan serta
ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudian segiempat ini dilukiskan pada
unjuran isometrik. Akhirnya, kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan
cara menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru dengan
bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada garisan pepenjuru. Elips ini
disempurnakan dengan menggunakan pembaris lengkok.








Rajah 6.14 Kaedah segiempat sama melukis bulatan pada
unjuran isometrik.





@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 17
Drpd/of : 21

4.5.3 Cara 3 (Rajah 6.15)

Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. Apabila melukis sebuah
silinder, titik elips boleh didapati dengan ketiga-tiga cara ini. Kemudian
elips pada tapak boleh dibentuk dengan cara pengalihan terus seperti
dalam rajah 6.15 .







Rajah 6.15 Melukis elips dengan cara pengalihan terus



@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 18
Drpd/of : 21
5.0 Unjuran Isometrik dalam Lukisan Mesin.

Rajah 6.16 menunjukkan kegunaan unjuran isometrik dalam lukisan mesin.









Rajah 6.16 Kegunaan Unjuran Isometrik dalam lukisan
Mesin.





Pelan
Hadapan

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 19
Drpd/of : 21

6.0 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah dan arah anak
panah pada unjuran ortografik.

6.1 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada
unjuran ortografik. Rajah adalah unjuran sudut pertama.



Rajah 6.17 Titik terendah unjuran ortografik dilukis ke pandangan isometrik.
Hadapan
Pelan

@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 20
Drpd/of : 21

6.2 Melukis pandangan isometrik berpandukan
arah anak panah pada unjuran ortografik.

Dalam rajah 6.18 adalah pengertian arah anak panah bagi pandangan
isometrik. Perhatikan dan kaji tiap-tiap lukisan tersebut.






Rajah 6.18 Pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran
Ortografik.


@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014
ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 21
Drpd/of : 21
SOALAN/QUESTIONS :

















RUJUKAN :

Lukisan Kejuruteraan Ting. 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd. Noh Sarip.

Teknologi Binaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Abd Azis bin Samat

Lukisan Geometri, International Book Service, Md. Nasir Abd. Manan

Anda mungkin juga menyukai