Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI

SULTAN IDRIS

PENDIDIKAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
KUMPULAN EL-P06
NAMA KURSUS

KENEGARAAN
KOD KURSUS
HNS2013
TAJUK

TUGASAN 3
Nama Pelajar

No. Matrik

SYAFIRUN BIN HASHIM

D20102046501

Nama Pensyarah
EN.MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH
6. Dasar pendidikan merupakan dasar yang penting kearah pemupukan integrasi dan
perpaduan kaum. Sejauh manakah dasar ini berjaya dalam misinya. Bincangkan.

Jawapan:
Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan
menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1994), membawa maksud sesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan
untuk menjadi satu.Integrasi pula bermakna penggabungan atau pergabungan dua atau
lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Integrasi Nasional pula membawa maksud
satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui
pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.
Menurut Kamus Dewan 1994,pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan
juga mengajar. Pengertian Dasar :Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar
sama ertinya dengan asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan
dan urusan. Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya,
policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna city-state'. Dalam bahasa
Latin bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie'
digunakan dalam Middle English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian
urusan awam atau pentadbiran kerajaan.
Punca masalah perpaduan
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar
pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat
(Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang
dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan
mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan
Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan
sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang
secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar,
gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempuyai sistem pendidikan yang
tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman
penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula,
sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain
menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua
kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud
kesedaran berpolitik antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di Tanah
Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat
hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat
untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum
sukar wujud suatu ketika dahulu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum


Masyarakat
Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau
menghalang mereka dalam membuat keputusan.

Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah
kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat
sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat
menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing.
Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat.
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan
masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi
dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya.
Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku.
Tindakan perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara.
Pihak Sekolah
Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat.
Selepastercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah
ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya
bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat
perpaduan di kalanganrakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah
jenis kebangsaan yangmenggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal
bagi menjaga identiti kaumCina dan India.Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan
dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasionaldi kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina danIndia serta kaumkaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaanyang
menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga
keuniversiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala
pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa
sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud

Pendidikan dan Hubungan Etnik

Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri
seseorangke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang
yang sama.Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi,
budaya, struktur dansistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik
berkembang menerusi hubungankekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi
ciri-ciri kehidupan yang rapat.Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan
pertalian kumpulan dan mengukuhkankedudukan etnik berkenaan dalam
masyarakat.Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan
mengikut kaumtelah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal.
Sungguhpun di peringkatmenengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang
beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat
dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.Merujuk kepada
peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuotamemasuki
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada
kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap
keutamamanyang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak
keistimewaanMelayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat
berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Reformasi Pendidikan
Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan
sehinggaakhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan
untuk menyediakantenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum.
Ketiga, pendidikan adalahuntuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang
kaum.Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan
bagimewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar
PendidikanKebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di
antara mereka, secaratidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain.
Jika perkara ini dapatdipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis
dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita
dapat menyaksikan, keterasingansekolah rendah ini telah menanamkan semangat

perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalahyang terjadi kepada pelajar sekolah
menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi(IPT).
Cadangan Dan Kesimpulan
Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan
rakyat. Dinegara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan
kaum pada 13 Mei1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman
Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran
kebangsaan yang menggunakan bahasaMelayu yang bermula pada tahun 1970.Aspek
perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh
olehsemua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu
didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat
majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara
kerana melalui pendidikanlah,generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan
masyarakat Malaysia pada masa hadapan.Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu
melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan
bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada
sikap curiga mencurigai di antara mereka.Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan
dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding
pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistemnilai dan budaya sosial.
Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi
jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yangdibimbangi selama
in
Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan
kaum melalui bidang pendidikan sejak merdeka.

Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum
melalui bidang pendidikan sejak merdeka.Corak pemerintahan penjajah telah
menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan,
jurang akan semakin luas dan akan boleh menimbulkan timbulnya ketegangan antara

kaum. Oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan
perpaduan melalui bidang pendidikan. Pihak kerajaan telah mengambil usaha-usaha dan
langkah-langkah untuk membentuk sebuah jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat.

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi
kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)
Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu
dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan
negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada
keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem
Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan
mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat
tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila
Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah

diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara
yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,
Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak
sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang
digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa
Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan
terlatih.Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem
pendidikan kebangsaan.
Tujuan Utama Dasar Pendidikan Kebangsaan
Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan
kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan

pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di
mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk
memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Strategi Dasar Pendidikan Kebangsaan Untuk Memupuk Perpaduan Kaum
Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum di Malaysia.Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pelajaran
1961 menjadikan perpaduan sabagai matlamat akhirnya.Ini dilakukan melalui kaedahkaedah berikut:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis
umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi
rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi
bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni
antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak
adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan
perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat
pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan
dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum,
agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia
(world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan
dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama.

Keberkesanan sistem pendidikan KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi


Nasional
di Malaysia
Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan
Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti
percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara,
memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan
integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara
aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
ini. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum, kemajuan dan pembangunan
negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan
perpecahan kaum. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang
kaum ini, prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dan
dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus
sentiasa diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan
ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha
kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Malah,
sebagai rakyat Malaysia, kita harus berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan ini
untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis dan sejahtera.
Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan
perpaduan ini, kelima lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah seperti KBSR dan
KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip
Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah
merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan
pembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pendidikan serta murid dapat
mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara
kaum. Oleh yang demikian, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti
kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional , iaitu kepatuhan terhadap

ideologi Rukun Negara. Dalam situasi ini, pemilihan matapelajaran yang terkandung
dalam KBSR dan KBSM seperti matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral ,
Sejarah dan Aktiviti Ko-kurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai
cita cita yang termaktub dalam Rukun Negara.
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung
interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada
pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia
merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di
negara ini. Oleh yang demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa
Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap
kaum memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil.
Bagi matapelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan matapelajaran
Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR, ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan
semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak kanak. Pembentukan
semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara di mana para
pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan
negara, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara, serta menyedari akan
kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang
kaum. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM
ini boleh dilaksankan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid
murid akan dilatih mengamalkan sikap seperti kerjasama, bertoleransi, hormat
menghormati dan juga bertanggungjawab. Sikap sikap seperti ini adalah penting dalam
usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan pelajar yang berbilang kaum.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, ianya meliputi aktiviti kelab,
persatuan, permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti aktiviti yang dijalankan ini,
pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum
lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan
rakan rakan yang lain. Penerapan nilai nilai murni ini adalah penting dalam
pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Seterusnya, integrasi nasional
dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui Aktiviti Budaya Sekolah. Aktiviti

budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan, lagu
sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah, membaca ikrar
dalam upacara rasmi seperti hari sukan, mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap
pagi hari persekolahan dan melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu peringkat
sekolah. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan aktiviti aktiviti budaya sekolah
yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui
pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah
rendah mahu pun di sekolah menengah.

Kejayaan Melaysia Dalam Membentuk Perpaduan Pada Mata Dunia


Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini
dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaannya mewujudkan
perpaduan pelbagai kaum. Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satusatunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang
menganut agama yang berbeza.``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia
dan boleh dipelajari,'' katanya kepada pemberita pada 15 Disember 2007

KESIMPULAN
Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep perpaduan
dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Kemajmukan ini adalah satu ciri
yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masingmasing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak
bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan
dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia
membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh.Satu prinsip Rukun Negara telah
menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua gejala yang
boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal dan perasaan
kedaerahan yang melampau. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia
sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap
bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi
sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan
bernegara. Malah, cara ini di anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan
melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu
meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan
bahasa melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam
dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar
melalui pemikiran. Dasar pendidikan di negara ini sememangnya mempunyai motif
untuk membentuk integrasi nasional integrasi dan perpaduan kaum walaupun dalam
falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas hendak menyatukan kanak kanak
dari semua kaum di dalam negara ini , sepertimana yang terkandung dalam Penyata
Razak ( 1956 ). Bagaimanapun, Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua
intipati Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan
masih berkekalan. Untuk mencapai hasrat ini, adalah dirasakan amat pentingKBSR dan
KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan masyarakat, dasar dasar negara, matlamat dan objektifnya serta

penegasan terhadap kesedaran kebangsaan dan pemupukan integrasi nasional secara


menyeluruh dan bersepadu.

BIBLIOGRAFI :
Buku Rujukan
Abd Rahman bin Daub (1999) Teknologi Maklumat, Konsep, Peranan dan
Perkembangan, Edu System Sdn. Bhd
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman,(2003) Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,
Tanjong Malim,Quantum Books
Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua, Tanjong
Malim, Quantum Books
Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1997), Kuala Lumpur ,Dewan
Bahasa & Pustaka
Hj Zainal Abidin Safarwan (2002) Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi Ekonomi, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Norila Md Salleh dan Ikhsan b Othman (2004/05) Nota Kuliah
Sally Wehmeier ,Oxford Advanced Learners Dictionary, 6th Edition, Oxford University
Press haril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) Isu Pendidikan Di Malaysia,
Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Key Questions On Malaysian Education (1984) Consumers Association of


Penang

Laman Web
Bismillahirahmanirahim, Dasar dan Pelaksanaan Sistem, Vlib. Unitarklj1. edu.my
Pendidikan Malaysia-Wikipedia, ms. Wikipedia.org
Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996, Yik. Itgo.
Com. My.

Selamat Datang ke CikguNet- Sessi Bahasa Melayu,WWW. Cikgu. Net.my

Anda mungkin juga menyukai