Anda di halaman 1dari 9

Pelaksanaan Hubungan Industri

Langkah awal yang perlu dibuat dalam melaksanakan program perhubungan sekolah industri adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa bagi tujuan merancang, melaksana dan memantau program tersebut. Jawatankuasa yang dicadangkan perlu diketuai oleh Tuan pengetua dan dianggotai oleh Ketua-ketua bahagian, guru-guru kanan dalam bidang teknikal, guru bimbingan kerja dan guru atau kakitangan yang terlibat dengan publisiti.

Antara proses dalam pelan tindakan yang boleh diguna pakai dalam melaksanakan program yang dicadangkan adalah seperti berikut : a. Perancangan proses pengenalpastian dan penganalisa an isu-isu yang relevan. b. Komunikasi proses interaksi diantara komuniti dan sekolah. c. Penyertaan proses penglibatan dan inisiatif komuniti dengan sekolah untuk menjayakan program. d. Kajian semula proses penyelesaian masaalah, penilaian dan penambahbaikan program.

Setakat separuh penggal 2010, Sekolah Menengah Vokasional Butterworth telah mengorak langkah awal dalam melaksanakan program ini dengan mengadakan hubungan kerjasama dengan tiga agensi iaitu :

1. Pusat Latihan Kemahiran Lanjutan*


1.1. 1.2. Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam. Tech Terrain College, Subang Jaya, Selangor.

2. Agensi Luar*
2.1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Cawangan Utara

a)

Perancangan
Pengenalpastian Isu dan Cadangan Usahasama

Beberapa isu dan cadangan usahasama yang telah dikenalpasti adalah :

a. Ketidakupayaan pelajar untuk menghubungkait kandungan pembelajaran dengan pekerjaan sebenar sebagai sebahagian daripada halatuju karier dan penentuan prospek kerjaya. Perkara ini berkait rapat dengan kekurangan pengalaman dan pendedahan tenaga pengajar terhadap dunia pekerjaan khususnya di sector pusat latihan kemahiran.

Cadangan Usahasama : Membina sistem komunikasi yang berkesan antara sekolah dengan bisnes / Industri melalui lawatan dan ceramah. Pendedahan dan kefahaman alam pekerjaan, peluang penempatan di industri dan kerjaya pelajar dan guru.

Pendedahan dan kefahaman sistem pendidikan, cara implementasi serta kekuatan dan kelemahannya kepada pihak bisnes dan industri.

b. Penggunaan fasiliti dan peralatan sekolah yang tidak optima. Fasiliti bengkel dan peralatan tidak digunakan selepas waktu sekolah dan waktu cuti.

Cadangan Usahasama: Sekolah sebagai Pusat Pendidikan / Latihan Setempat. Perkongsian sumber bahan dan kepakaran. Kursus dan latihan boleh dikendalikan oleh pihak sekolah atau pihak industri / bisnes. Sumber kewangan dan material untuk penambahan dan naik taraf fasiliti sediada.

c. Guru dan pelajar agak ketinggalan dalam teknologi baru yang digunapakai di industri.

Cadangan Usahasama: Sekolah dan industri sebagai pusat kecemerlangan melalui perkongsian kepakaran dan kerjasama dalam dalam membangunkan teknologi baru.

b)

Komunikasi
Proses komunikasi dilaksanakan setelah isu-isu relevan dikenalpasti dan langkah-langkah berikut boleh diaplikasikan bagi memulakan perhubungan sekolah dengan komuniti industri / bisnes. a. Jawatankuasa akan mengenalpasti dan mencadangkan senarai bisnes / pusat latihan kemahiran yang berpotensi sebagai rakan kongsi program yang dicadangkan. Maklumat yang boleh digunapakai termasuk maklumat yang dapat mengenalpasti samada terdapat ibubapa pelajar yang mempunyai akses kepada pihak industri / bisnes yang berkaitan dengan kursus yang dijalankan disekolah. Pengurusan sekolah akan mengadakan temujanji dengan pengurusan atasan syarikat / industri bagi mendapat komitmen bersama dan perlu memberi keyakinan bahawa program tersebut dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Dengan itu, pegawai perhubungan dari kedua-dua pihak perlu dikenalpasti dan temujanji diatur untuk perbincangan lanjut. b. Dalam perbincangan awal, skop kerjasama berdasarkan isu yang telah dikenalpasti dibentangkan kepada pihak industri / bisnes. Satu penjadualan yang realistik perlu disediakan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pasukan kedua-dua pihak dikenalkan supaya tindakan susulan dapat diambil.

c)

Penyertaan
Penjadualan program yang memelukan komitmen dan penglibatan kedua-dua pihak perlu realistik dan sesuai supaya tidak menggangu aktiviti operasi industri / bisnes. Pelaksanaan program boleh dilaksanakan dalam tiga fasa : 1. Fasa Pertama

Membina sistem komunikasi yang berkesan antara sekolah dengan industri / bisnes yang boleh dimulakan selepas persetujuan program permuafakatan. 2. Fasa Kedua Sekolah sebagai Pusat Pendidikan / Latihan setempat. 3. Fasa ketiga Sekolah / Pusat latihan kemahiran sebagai pusat kecemerlangan.

Butiran aktiviti yang dilaksanakan dalam setiap fasa adalah seperti dalam jadual 1.0 di lampiran.

d)

Kajian Semula. Beberapa mekanisma dicadangkan untuk pemantauan program tersebut. Selain daripada perbincangan dan pertemuan tidak formal yang diadakan dari semasa ke semasa, mesyuarat perlu diadakan sebanyak dua kali setahun yang melibatkan pegawai atasan dari kedua-dua pihak. Dengan pemantauan yang konsisten, masalah atau konflik boleh diatasi dengan lebih sistematik di samping cadangan penambahbaikan khususnya dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Kerjasama yang lebih formal boleh diwujudkan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman untuk tujuan memantapkan perhubungan antara kedua-dua pihak.

Cadangan Memperkasakan Hubungan Industri. Sekolah Menengah Vokasional Butterworth. 2010 Aktiviti Keadaan Sediada Penambahbaikan

1. Mengenalpasti agensi /industri yang ada hubungkait dengan kursus yang dijalankan di sekolah.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. Tech Terrain College, Subang Jaya. Kolej Komuniti Kepala Batas. Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Factory Manufacture of Malaysia (FMM) Wilayah Utara.

1. Lawatan

sambil Belajar ke

Industri.
2. Pameran

Pendidikan Lanjutan

di sekolah.
3. Mesyuarat

bersama untuk

mengukuhkan hubungan.
4. Bertukar-tukar

pengetahuan

dan pengalaman tentang teknologi terkini.


5. Program

Memperkasa Hubungan Industri

2. Temujanji dengan pihak agensi/industri yang dicadangkan. 3. Perbincangan berkaitan kerjasama yang boleh dijalinkan antara keduadua pihak. 4. Membina system komunikasi antara sekolah dan industri. 5. Menjalinan kerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan teknologi terkini.

traineeship dan

sangkutan industri untuk pelajar dan guru.

Anda mungkin juga menyukai