Anda di halaman 1dari 13

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

UNIT SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN


KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
78000 ALOR GAJAH MELAKA

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA PROGRAM/
COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING
PROGRAMS CODE & NAME

TAHAP/ LEVEL DVM T1 SEM 2

KSK6013: INTERNET NETWORKING WITH TCP/IP


NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI/
COMPETENCY UNIT NO. K01 : TCP/IP AND ISO OSI NETWORKING
AND TITLE
ARCHITECTURE

OBJEKTIF PENCAPAIAN 1.1 TCP/IP history, protocols, and headers


AKHIRAN / TERMINAL 1.2 OSI model and TCP/IP Protocol
PERFORMANCE OBJECTIVE 1.3 Application and transport layer
1.4 Identification of protocol for LAN network packet

Muka / Page : 1
NO. KOD / CODE NUM. KSK6013/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 10

TAJUK / TOPIC : TCP/IP AND ISO OSI NETWORKING ARCHITECTURE

TUJUAN:

Supaya para pelatih dapat mengetahui tentang TCP/IP Protocol dan Model OSI, memahami
Application and transport layer dan mengenalpasti protocol untuk LAN network packet.
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

PENGENALAN

Sebuah sistem rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan
media menggunakan talian terus atau talian telefon. Manakala sistem rangkaian yang rumit atau
kompleks bergantung kepada imaginasi masing-masing.

Secara khususnya, rangkaian komputer bermaksud semua nod seperti pelayan (server), stesen
kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan antara satu sama lain
dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dengan kata lain, maklumat yang ada pada
pengguna A dapat disebarkan kepada pengguna lain dan begitu juga sebaliknya. Cara
berhubung di antara satu nod dengan nod lain, perlu ada perantaraan seperti kabel, hub, perisian
dan sebagainya.

Dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil Open
System Interconnection (OSI), yang dirangka oleh International Standard Organization pada
tahun 1974. Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar.

Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk
memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh
pengeluar lain. Di dalam model OSI, terdapat tujuh lapisan (seven layer). Setiap lapisan tidak
menghiraukan lapisan yang lain. Tetapi setiap lapisan mempunyai hubung kait yang kuat dan
setiap lapisan itu dipanggil lapisan protokol.

1.1 Sejarah TCP/IP

Sejarah TCP/IP bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1969 apabila jabatan Defense
Advanced Research Projects Agency (DARPA) melakukan ujian sistem rangkaian mengenai
pensuisan paket (packet-switching).
1970 Advanced Research Agency Network (ARPANET) mula mengunakan Network Control
Protocol (NCP)
1972 Spefikasi Telnet “Ad Hoc Telnet Protocol” dihantar sebagai RFC 318
1973 RFC 454 “File Transfer Protocol” diperkenalkan
1974 Transmission Control Protocol (TCP)
1981 Standard IP diperkenalkan di RFC 791
1982 TCP/IP protocol suite diperkenalkan oleh Defence Communications Agency (DCA) dan
ARPA
1983 ARPANET bertukar dari NCP kepada TCP/IP
1984 Domain Name System (DNS) diperkenalkan
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

Protocols
Protokol ialah set peraturan untuk pertukaran data di antara terminal dan komputer atau di antara
dua atau lebih komputer.

Ia juga merupakan tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan
satu–satu rangkaian itu berkomunikasi.

Peraturan ini meliputi :kaedah mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis kabel dan
kelajuan pemindahan data.

Contoh: Pengguna ingin mencapai maklumat atau data dari Network A ke Network B.
Di sini ia menggunakan protokol bagi membolehkan komunikasi antara network-
network tersebut.

Antara protokol yang sering digunakan ialah:


i. Transmission Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP)
ii. Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
iii. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)
iv. File Transfer Protocol (FTP)

1.2 Model OSI (Open System Interconnection – saling sambungan sistem terbuka)

Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan. Ia digunakan
sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya
produk mereka boleh disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah. OSI
boleh diibaratkan sebagai satu polisi keamanan dunia yang perlu diikuti oleh semua negara
supaya dunia ini aman.

Tujuan diadakan Model OSI adalah untuk kesepakatan di dalam berkomunikasi melalui sistem
rangkaian.

Antara kebaikannya adalah:


1. Memecahkan operasi sistem rangkaian yang kompleks supaya mudah diselenggara.
2. Perubahan setiap lapisan tidak mengubah lapisan yang lain. Ini memudahkan pengeluar
menumpukan perhatian pada lapisan tertentu saja.
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12
3. Memudahkan pembangunan perkakasan ‘plug and play’

Rajah 1: Tujuh Lapisan OSI

Rajah 2: Talian antara Penghantar dan Penerima

Keterangan dalam Rajah 2:


1. Penghantar adalah data yang hendak dihantar keluar melalui rangkaian
2. Sempadan subnet komunikasi adalah peralatan sistem rangkaian seperti pengulang
(repeater), hab (hub), suis (switch) atau penghala (router). Sekiranya peralatan itu adalah
pengulang atau hab maka ia hanya akan mencapai lapisan fizikal, sekiranya ia suis
(switch) maka data terbabit akan ke lapisan Sambung Data (Data Link Layer) dan
sekiranya menggunakan penghala maka data akan pergi sehingga lapisan Rangkaian
(Network Layer)
3. Penerima adalah komputer peribadi yang akan menerima data.
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

Alatan seperti modem dan pemultipleks (multiplexer), juga bekerja di lapisan fizikal. Dalam erti
kata lain, lapisan pertama ini merupakan tempat untuk perkakasan.

Model OSI hanya merupakan sebuah model rujukan bukannya satu perisian atau perkakasan.
Terdapat 7 lapisan OSI, iaitu Penggunaan, Persembahan, Sidang, Pengangkutan, Rangkaian,
Sambungan Data dan Fizikal

i. Lapisan Penggunaan menyediakan antaramuka untuk pengguna. Perisian di sini merujuk


kepada perisian yang digunakan untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel
(e-mail), cetakan dan sebagainya.
ii. Lapisan Persembahan menukar data kepada format skrin untuk membolehkan anda
berhubung dengan mana-mana pengguna. Lapisan ini juga terlibat di dalam
proses encyption, decryption, compression, decompression dan operasi multimedia.
iii. Lapisan Sidang berfungsi untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu
stesen yang berkenaan jika ada kerosakkan pada hubungan mereka dan memutuskan
talian hubungan jika diarah. Mengawal struktur diantara komunikasi dengan perisian dan
juga menjaga login dan kata laluan (password). Mod simpleks (Mode Simplex), separa
dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex) akan ditentukan di dalam lapisan
ini.
iv. Lapisan Pengangkutan berkhidmat sebagai penjamin intergriti rangkaian. Disini data
kenali sebagai Segmen (SEGMENT).
v. Lapisan Rangkaian memberi alamat logik antara pelanggan (client) tanpa menghiraukan
bagaimana pelanggan mengakses rangkaian. Data di dalam lapisan ini dikenali
sebagai Paket (PACKET). Penghala (Router) berada di dalam lapisan ini.
vi. Lapisan Sambungan Data menjamin penghantaran data kelapisan fizikal dengan
melakukan FCS (Frame Check Sequence) dan kawalan aliran (flow control). Data di
dalam bentuk Kerangka (FRAME). Bridge danSwitch berada di dalam lapisan ini.
vii. Lapisan Fizikal mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menghantar dan menerima bit.
Kabel dan Hab (Hub) berada di dalam lapisan ini.

Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP)

Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima pakai
untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet.

Kita mungkin telah mengetahui mengenai architecture DOD (Department of Defense). Dari
namanya kita sudah dapat meneka DOD dibina oleh pihak tentera. Diperkenalkan pada awal
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12
tahun 70 an dan architecture ini tidak jauh lari dari Model OSI. Di bawah disertakan perbandingan
diantara Model OSI dan DOD.

Di dalam model OSI terdapat 7 lapisan, tetapi di dalam Model DOD hanya terdapat 4 lapisan.

Rajah 3: Perbandingan di antara Model OSI dan DOD

1.3 Lapisan Proses/ Penggunaan (Process/ Application)

Lapisan ini jika dibandingkan dengan lapisan OSI merangkumi lapisan Penggunaan (Application),
Persembahan (Presentation) dam Sidang (Session). Lapisan ini menyediakan protokol untuk
komunikasi aplikasi antara nod (node-to-node) dan mengawal spefikasi antaramuka pengguna.

Aplikasi dan servis yang ada di dalam lapisan ini adalah:

1. Telnet (Terminal Emulation)

Telnet asalnya datang dari “Telephone Network”. Aplikasi Telnet sering digunakan untuk
pengguna dari jauh (remote client) mencapai, menggunakan servis dan menjalankan arahan
yang ada di dalam Pelayan. Aplikasi Telnet sering digunakan pada Linux, Unix, peralatan
seperti penghala (Router), suis (switch) dan sebagainya.

Paparan hanyalah di dalam bentuk text dan menu. Menu disini seperti yang digunakan di
dalam MS-Dos. Perisian telnet.exe boleh didapati secara percuma pada setiap perisian OS
Microsoft. Boleh dicapai di c:\windows. Selain dari itu, perisian seperti Netterm juga boleh
digunakan. Sila pergi ke laman http://www.securenetterm.com untuk mendapatkannya.
Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

2. FTP (File Transfer Protocol)


- FTP merupakan protokol FTP dan juga program FTP.
- Digunakan untuk memindahkan data diantara dua buah komputer.
- Pengguna FTP hanya boleh melihat direktori, mengambil dan menghantar data.
- Pengguna FTP tidak boleh menjalankan sebarang arahan seperti di dalam Telnet.
- Penguna perlu mempunyai perisian FTP seperti ftp.exe atau wsftp.exe untuk mencapai
pelayan FTP. Kata laluan yang betul perlu untuk kita mencapai pelayan FTP. Aplikasi
boleh diperolehi di http://www.wsftp.com/.
- Pelayan FTP yang menerima pengguna Anonymous, tidak memerlukan kata laluan. Ini
kerana pelayan jenis ini selalunya hanya membenarkan pengguna mengambil data dari
pelayan tetapi tidak membenarkan pengguna menghantar data kepada pelayan.

- FTP di dalam mod tetingkap


Fungsi dan kegunaan adalah sama untuk FTP di dalam MS-Dos atau Windows. FTP di
dalam MS-Dos, memerlukan penguna mengetahui arahan seperti getuntuk mendapatkan
data dari pelayan, arahan put untuk menghantar data ke pelayan dan arahan ls untuk
melihat fail di dalam directori pelayan.

3. TFTP (Trivial File Transfer Protocol)


Sama seperti FTP, tetapi tidak boleh melihat direktori dan tidak mempunyai kata laluan
untuk memasukinya.

Apabila mengunakan TFTP, kita perlu tahu nama fail untuk dipindah atau diambil.
Program TFTP sering digunakan untuk menghantar atau menerima data dari perkakasan
seperti Penghala (Router) dan Suis (Switch). Data ini selalunya kecil seperti data
konfigurasi dalam bentuk text atau data untuk meningkatkan Firmware pada penghala
atau suis.

Lapisan Pengangkutan (Transport Layer)/ Lapisan Host to Host

Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Pengangkutan (Transport) yang ada di dalam model OSI.

Ia berfungsi untuk memberi servis kepada lapisan Aplikasi dan memastikan komunikasi dan
penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa kesilapan (error-free).

Ia mengawal susunan paket (packet sequence) dan integriti data (data integrity).
Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

Terdapat dua protokol di dalam lapisan ini:


1. Transmission Control Protocol (TCP) - Berorientasikan sambungan / Connection oriented
2. User Datagram Protocol (UDP) - Tanpa sambungan / Connectionless

1. Transmission Control Protocol (TCP)


TCP dimanfaatkan bagi sebarang komunikasi aplikasi yang melibatkan pemindahan fail yang
besar dajn memerlukan acknowledgement bagi setiap penghantaan data. Ia dikategorikan
sebagai connection oriented protocol.

Ini bererti TCP memanfaatkan kaedah handshaking, acknowledgement dan juga


retransmission bagi packet yang tidak sampai ke destinasinya

Setiap packet yang dihantar perlu diberikan acknowledgement setibanya di destinasi yang
dituju.

Ciri yang terdapat pada TCP ini dikenali sebagai reliable protocol.

Di antara mekanisme yang membantu menjayakan komunikasi TCP ialah Flow Control. Flow
Control mampu mengawal aliran data ke destinasinya agar kelajuan seragam dengan
kemampuan pemprosesan pada komputer yang menerima data tersebut.

Contoh: HTTP, FTP dan SMTP.

2. User Datagram Protocol (UDP)

- UDP dikategorikan sebagai connectionless oriented protocol.


- Ia dimanfaatkan bagi aplikasi yang membuat pemindahan fail yang kecil. Transmisi data
tidak melibatkan sebarang acknowledgement. Terserah kepada aplikasi yang
menggunakan UDP bagi memastikan penghantaran data telah disempurnakan dengan
jayanya.
- Kaedah acknowledgement dan retransmission tidak dimanfaatkan oleh UDP dan ciri ini
dikenali sebagai unreliable (best effort) protocol.
- UDP tidak digunakan bagi penghantaran data seperti web page atau database. Ia sering
dimanfaatkan bagi streaming audio atau video melalui internet seperti aplikasi Windows
Media Audio (WMA) atau Real Player.
- Ini kerana UDP tidak menggunakan Flow Control atau error correction sebaliknya ia
hanya mengutamakan kelajuan transmisi data sahaja.

- Contoh: DNS, DHCP dan TFTP


Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

Lapisan Internet
- Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Rangkaian (Network) yang ada di dalam model OSI.
Berfungsi untuk menghantar data ke keseluruhan sistem rangkaian.
- Lapisan ini mengambil kira alamat hos (host) dengan mengunakan alamat IP (Internet
Protocol) dan mengawal routing data (dalam bentuk paket) di dalam sistem rangkaian yang
pelbagai (multiple network).
- Ia juga mengawal flow komunikasi antara dua hos.

Terdapat 4 protokol yang berada di dalam lapisan ini:


i. Internet Protocol (IP)
- Membolehkan penggunaan logical address (IP address) bagi tujuan routing antara
rangkaian.

ii. Internet Control Message Protocol (ICMP)


- Digunakan untuk reporting. Ia akan melaporlan sebarang masalah semasa
transmisi data melalui rangkaian ke destinasinya.
- Contoh penggunaannya ialah semasa arahan Ping digunakan bagi menguji
komunikasi antara dua host.

iii. Address Resolution Protocol (ARP)


- Membolehkan penggunaan physical address (MAC address) bagi tujuan
komunikasi antara host yang terletak di dalam rangkaian yang sama.
- Client komputer akan menghantar ARP broadcast bagi mendapatkan alamat MAC
komputer yang ingin dihubungi dengan IP address yang telah pun diketahui.

iv. Internet Group Management Protocol (IGMP)


- Di antara penggunaanya ialah mengenalpasti router yang terletak di dalam satu
kumpulan multicast yang sama.
- Contohnya: Multicast yang dihantar oleh router kepada router yang lain bagi
tujuan penyelarasan routing table.
- Sebagai contoh, routing protocol Open Shortest Path First (OSPF) menggunakan
IGMP dengan IP address 224.0.0.5 bagi menghantar hello packets setiap 10 saat.
Ini digunakan bagi mengenalpasti router yang masih aktif yang membolehkan
proses routing berjalan lancar.
Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

Lapisan Network Access


Lapisan ini sama seperti gabungan lapisan Talian Data (Data Link) dan Fizikal (Physical).
Lapisan ini berfungsi untuk memastikan pertukaran data diantara hos dan sistem rangkaian
dengan mengunakan alamat perkakasan (hardware address) dan menentukan protokol yang
akan digunakan untuk menghantar data secara penghantaran fizikal (physical transmission).

1.4 Identification of Protocol for LAN Network Packet


Protokol secara umumnya berfungsi menghubungkan penghantar dan penerima dalam
berkomunikasi serta dalam bertukar maklumat agar dapat berjalan dengan baik.

Protokol yang digunakan untuk rangkaian LAN ialah protocol:


i. Ethernet
ii. Token Ring
iii. FDDI
iv. ATM

i. Protokol Ethernet
Protokol Ethernet merupakan protocol LAN yang paling banyak dipakai kerana
berkemampuan tinggi dengan kos yang rendah. Kelajuan yang boleh dicapai daripada 10
Mbps, Fast Ethernet 100 Mbps dan Gigabit Ethernet 1000 Mbps.

Protokol Ethernet menggunakan standard spesifikasi IEEE 802.3, bekerja berdasarkan


broadcast network. Di mana setiap nod (host) menerima setiap data yang dihantar oleh
nod lain. Menggunakan mekanisme (kaedah akses) yang disebut CSMA/ CD (Carrier
Sense Multiple Access / Collision Detection)

ii. Protokol Token Ring


Protokol Token Ring yang dicipta oleh syarikat IBM menggunakan topologi berupa suatu
lingkaran atau ring, iaitu komputer-komputer diletakkan di sekeliling bulatan tersebut
seperti Rajah 4.

Rajah 4: Token Ring


Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

iii. Fiber Distributed Data Interface (FDDI)


Fiber Distributed Data Interface (FDDI) yang dicipta oleh American National Standards
Institute (ANSI) adalah protocol yang menggunakan lingkaran fiber optic ganda yang
terdiri daripada lingkaran primer dan sekunder. Kedua-dua lingkaran tersebut boleh
digunakan untuk penghantaran data. Hanya lingkaran utama yang biasanya digunakan
sebagai rangkaian utama.

FDDI bekerja pada lapisan fizikal (physical) dan lapisan MAC dari lapisan data link dan
juga menggunakan sistem token seperti token ring tetapi dengan algoritma akses yang
berbeza. Semua komputer pada lingkaran FDDI harus menunggu sampai token diterima
sebelum menghantar data frame yang besarnya boleh mencapai 4500 bytes.

Setiap lingkaran rangkaian FDDI dapat mencapai panjang 200 KM dengan jumlah stesen
kerja adalah 2 km. FDDI juga menyediakan sarana penggunaan kabel copper yang sering
juga disebut Copper Stranded Distributed Data Interface (CDDI).

Keuntungan Penggunaan fiber optik ini:


 Bandwidth yang besar
 Tidak terganggu oleh isyarat elektrik
 Mempunyai kapasiti untuk pemakaian jarak jauh.

iv. Asynchronous Transfer Mode (ATM)


Asynchronous Transfer Mode (ATM) adalah protocol yang ditetapkan oleh badan
antarabangsa ITU-T yang menggunakan ukuran frame dengan panjang tetap sebanyak
53 bait yang dipanggil sel. ATM sangat cepat dan boleh mempunyai jalur lebar yang
sangat besar menggunakan jalur penghantaran cepat seperti SONET, DS-1, OC-3, OC-
12, T3, FDDI 100 Mbps, Fiber Channel 155 MBps.

Oleh sebab itu, ia secara umumnya menggunakan media fiber optic yang boleh mencapai
kelajuan 622 Mbps. ATM juga menyediakan sarana penggunaan kabel UTP CAT-5
dengan kelajuan 155 Mbps.
Muka / Page : 12
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

SOALAN
1. Nyatakan tujuh lapisan di dalam Model OSI.
a) ……………………………………………
b) ……………………………………………
c) ……………………………………………
d) ……………………………………………
e) ……………………………………………
f) ……………………………………………..
g) …………………………………………….

2. Apakah fungsi lapisan Transport dan lapisan Application.

Transport layer

…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………….
Application layer
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………….
Muka / Page : 13
NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/ M01/P(1/5)
Drpd/of : 12

RUJUKAN:

INTERNET :

1. http://zakiahfahmi97.blogspot.my/2014/03/sejarah-dan-arsitektur-tcpip.html, Sejarah
TCP/IP, 13 JUN 2016, 09.30 am.
2. https://technet.microsoft.com/en-us/library/bb726991.aspx, Sejarah TCP/IP, 13 JUN 2016,
09.30 am.
3. http://tiszai.tricon.hu/PDF/Sum-TCP-IP.pdf, Sejarah TCP/IP, 13 JUN 2016, 09.30 am.
4. https://kkpitriska.wordpress.com/2013/03/05/pengenalan-tcpip/, Pengenalan Kepada
TCP/IP, 13 JUN 2016, 10.00 am.
5. http://www.academia.edu/10238734/PENGENALAN_TCP_-IP, Pengenalan Kepada
TCP/IP, 13JUN 2016, 10.00 am.
6. http://zakiahfahmi97.blogspot.my/2014/03/perbandingan-model-osi-layer-dengan.html,
Perbandingan Model OSI, 14 JUN 2016, 10.30 am.
7. https://prezi.com/i4p_vvwrppfu/protokol-osi-layer-dan-tcp-ip/, Protokol OSI dan TCP/IP, 14
JUN 2016, 10.30 am.
8. http://idanradzi.blogspot.my/2011/06/0331-protokol-protokol-utama-dalam.html, Protokol
Datagram Pengguna, 14 JUN 2016, 10.30 am.
9. http://blog.unnes.ac.id/atikaisma/2016/02/23/tcpip/ TCP/IP, 14 JUN 2016, 11.30 am.

Buku:

1. Abdul Latif bin Esa (2006). Menguasai Protokol: TCP/ IP dan Networking, Venton
Publishing, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai