Anda di halaman 1dari 27

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASONAL KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM/


COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING
PROGRAMS CODE & NAME

TAHAP/ LEVEL DVM T1 SEMESTER 2

NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE DKB2323


NO AND TITLE COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY
K1: COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
NO. DAN TAJUK UNIT K2: COMPUTER NETWORK INSTALLATION &
KOMPETENSI/ CONFIGURATION
COMPETENCY UNIT NO. AND K3: COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY TEST
TITLE K4: COMPUTER NETWORK SET-UP REPORT
1.1 Types of computer network connectivity
STANDARD PEMBELAJARAN / 1.2 Types of wireless technology
LEARNING STANDARD 1.3 Types of network encryption
1.4 Types of server form factor and server rack
1.5 Server handling procedure
1.6 Types of network topology
1.7 Types of computer peripheral and its driver
1.8 Types of network installation schedule
1.9 Network installation equipment
IT-030-3:2013-C04/P (1/2) Muka/ Page : 1
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd / of : 28

TAJUK/ TITLE : COMPUTER NETWORK SETUP SPECIFICATION

SINOPSIS/ SYNOPSIS:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai perkara-perkara dalam menganalisis dan
mengenal pasti spesifikasi pemasangan rangkaian komputer.
HASIL PEMBELAJARAN/LEARNING OUTCOMES:
Pada akhir kursus ini, pelajar sepatutnya dapat:-
1. Explain computer network set-up specification based on manufacturer instruction manual. (A3, PL01)
2. Execute network installation, connectivity configuration and test based on job order/change request.
(P4, PLO2)
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

3. Produce computer network set-up and connectivity report based on company SOP. (C3, PLO1)

1.1 TYPES OF COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY

Rangkaian komputer

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer


yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.

Jenis-jenis sambungan rangkaian komputer

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu


rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

tersebut. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian


telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data.
Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:

a. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil
misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sek olah, pejabat atau
kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan
sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus
universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali
dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun
begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada
satu batu jaraknya. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan
pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,
talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang


paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu
komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang
tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej
mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan
sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer
khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi
dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif
oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail
juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal
pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Gambarajah 1: Local Area Network

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua
komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-
komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja
(workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan
komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai
perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu
komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai
pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian supaya
ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan


daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan
ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi
perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan
rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu
komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod
yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil


memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara
nod lain di dalam LAN.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam


tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan - pelanggan. Rangkaian-rangkaian
tersebut ialah:
 Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
 Topologi Bintang (Star)
 Topologi Gelang Token (Token Ring)

b. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)


lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di
bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah
daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana
besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan
maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya
gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan
pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di
Pasco County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di
sini dikenali sebagai ‘the MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut
berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer
kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat
daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan
tanpa tali (wireless communications providers).
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Gambarajah 2 : Metropolitan Area Network

c. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan
suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya
menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.

Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida


dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa
minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk
membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan
kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum
membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan
komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya,
rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan
LAN atau MAN.

Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal menggabungkan dua atau lebih


Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan
geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di
suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.

Gambarajah 3 : Wide Area Network

d. Gabungan ketiga-tiga jenis rangkaian ini boleh menghasilkan sebuah


rangkaian yang besar iaitu Internet (International Networking).

Medium rangkaian
Medium rangkaian terdiri daripada dua iaitu medium rangkaian berwayar dan
medium rangkaian tidak berwayar.

a. Medium rangkaian berwayar


 Kabel pasangan terpiuh/twisted pair cable
 Kabel sepaksi/coaxial cable
 Kabel gentian optik/fiber optic cable

b. Medium rangkaian tanpa wayar


 Bluetooth
 IrDA (Inframerah)
 HomeRF (SWAP)
 WECA (Wi-Fi)
 Gelombang radio
 Satelit
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

1.2 TYPES OF WIRELESS TECHNOLOGY

Rangkaian berwayar

Kabel pasangan terpiuh (twisted pair cable)


Terdapat dua jenis kabel pasangan terpiuh iaitu:
a. Unshielded twisted pair
 UTP merupakan kabel rangkaian komputer yang tidak disaluti dengan
sebarang pelindung.
 Digunakan dalan Local Area Network (LAN) dan sambungan telefon.
 Lebih murah dan senang digunakan.
 Sambungan yang sesuai adalah RJ-45.
 Maksimum kabel 100 meter.

Antara kegunaan jenis UTP mengikut kategori adalah:

Kategor Panjang maksimum Jenis


Kadar Data Aplikasi
i (meter) kabel

1 Sehingga 1Mbps - Komunikasi telefon


Rangkaian Gelang Token
2 Sehingga 4Mbps -
(Token Ring)
Gelang Token dan 10BASE-T
3 Sehingga 10Mbps 100m
Ethernet
4 Sehingga 16Mbps 100m Rangkaian Gelang Token
Ethernet, FastEthernet, Token
Twisted Pair

5 Sehingga 100Mbps 100m


Ring
Ethernet, FastEthernet, Gigabit
5e Sehingga 1Gbps 100m
Ethernet
GigabitEthernet, 19G Ethernet
6 Sehingga 10Gbps 100m
(55 meter)
GigabitEthernet, 19G Ethernet
6a Sehingga 10Gbps 100m
(55 meter)
GigabitEthernet, 19G Ethernet
7 Sehingga 10Gbps 100m
(100 meter)

Kelebihan dan kelemahan Unshielded Twisted Pair:

Kelebihan Kelemahan
Biasa digunakan Prestasi yang terhad pada jarak 100 meter
Murah Jalur lebar yang terhad
Fleksibel Mudah terkena gangguan EMI (Electromagnetic
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Interference)
Diameter yang kecil

b. Shielded Twisted Pair


 Mempunyai pelindung atau balutan logam.
 Kelajuan 10 – 100Mbps.
 Harga mahal.
 Saiz media dan sambungan adalah sederhana besar.
 Panjang maksimumnya ialah 100 meter.
 Sering digunakan dalam rangkaian Ethernet, terutama berkelajuan
tinggi.
 RJ-45 sebagai penyambung.

Rajah 1 & 2: Kabel jenis Unshielded Twisted Pair (UTP) dan Shielded Twisted Pair
(STP)

Kabel Sepaksi (Coaxial Cable)

Terdapat dua jenis kabel sepaksi iaitu Coaxial Tebal (Thicknet) dan Coaxial Nipis
(Thinnet).

a. Coaxial Tebal (Thicknet)


 Spesifikasinya 10 Base 5.
 Angka 5 merujuk kepada nilai maksimum jauh segmen yang boleh
dibawa iaitu 500m.
 Untuk menjalankan rangkaian pada jarak jauh.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

 Mempunyai penutup plastik yang dapat menghalang kelembapan dari


bahan konduktor yang berada di tengah-tengah.
 Dapat menampung gelombang yang lebih besar.

b. Coaxial Nipis (Thinnet)


 Spesifikasinya 10 Base 2.
 Angka 2 merujuk kepada nilai maximum jauh segmen yang dibawa
iaitu 200m.
 Tetapi dari segi jarak sebenar ialah sejauh 185m.
 Tidak tahan lama, senang dibengkokkan.

Terdapat beberapa ciri-ciri kabel sepaksi:


 Membawa kapasiti medium.
 Ethernet system (10Mbps)
 Agak baik berbanding dengan UTP
 Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated) berbanding UTP
 Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan

Kelebihan dan kelemahan kabel sepaksi ialah:


Kelebihan Kelemahan
Boleh menampung pengkabelan yang
panjang di antara rangkaian dengan peranti Sukar dibengkokkan
lain berbanding STP
Peka kepada kehadiran isyarat Sukar dimasukkan kepada penyambung
Dapat menampung gelombang yang lebih
besar

Rajah 3 & 4: Kabel sepaksi jenis tebal (thicknet) dan nipis (thinnet)
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Penyambung bagi kabel sepaksi


 Yang paling sesuai ialah BNC (Bayonet – Neill – Concelman).
 Juga diguna bersama T Connector dan Terminator.

Rajah 5 & 6: Penyambung bagi kabel sepaksi iaitu BNS Connector dan T Connector

Kabel Gentian Optik (Fiber Optic Cable)

Sejarah gentian optik


Cahaya telah mula digunakan untuk perhubungan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi.
Claude Chappe telah membina telegrafi optik pada tahun 1790an di perancis.

Pada tahun 1870, John Tyndall telah mengkaji dan menemukan kaedah pantulan
cahaya dalam beberapa medium. Pada tahun 1962 semiconductor laser telah direka
dan pada tahun 1970 Corning Glass Company telah membuat satu implementasi
menggunakan pandu gelombang cahaya untuk penghantaran jarak dekat.

AT&T dan GTE telah memasang sistem telefon gentian optik yang membawa data
dan maklumat komersial. Sehingga sekarang gentian optik telah digunakan secara
meluas dalam pelbagai bidang termasuklah komunikasi, industri, pertahanan dan
lain-lain.

Kabel gentian optik:

 Mengandungi satu tuas yang diperbuat daripada kaca, terletak di tengah,


dikelilingi beberapa lapisan bahan pelindung.
 Menggunakan isyarat cahaya untuk penghantaran data.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 12
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

 Ini dapat mengelak gangguan gelombang frekuensi yang disebabkan oleh


bahan elektrik.
 Amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi
yang tinggi.
 Tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu atau kelembapan cahaya,
 Dapat menghantar isyarat dalam lingkungan kawasan yang besar berbanding
kabel UTP dan Coaxial.
 Berkeupayaan membawa maklumat pada kepantasan yang tinggi.
 Memperluaskan keupayaan komunikasi (video conferencing).
 Spesifikasinya ialah 10 Base F (‘F’ merujuk kepada Fiber)
 Jaket luar pelidung diperbuat daripada PVC.
 Fiber Kevlar membantu menguatkan dan menghalangnya daripada patah.
 Lapisan plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah-tengah.
 Wayar tengah dibuat daripada fiber plastik atau kaca.

Rajah 7: Kabel gentian optic

Jenis-jenis gentian optik

a. Multimode step index


Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai
diameter teras diantara 50-100μm dengan indek biasan yang tetap
disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih
mahal serta diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan.
Walaubagaimanapun, ia mempunyai jalur lebar yang terhad dan tidak sesuai
untuk perhubungan jarak jauh.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 13
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Rajah 8: Multimode Step Index

b. Multimode graded index


Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100μm dan indek
biasan berbeza-beza di sepanjang diameter. Gentian jenis ini mempunyai
jalur lebar yang sederhana dan membenarkan perambatan dengan mod yang
kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.

Rajah 9: multimode graded index

c. Single mode fiber


Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan dengan
panjang gelombang yang ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz diameter
adalah kecil diantara 4-8μm. Ia mempunyai lebar jalur yang terbaik dan
penyerakan yang rendah.Gentian jenis ini adalah paling popular digunakan
untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Saiz diameter yang kecil serta
fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam beberapa
aplikasi pengesan gentian optik.

Rajah 10: single mode fiber

Kelebihan dan kelemahan gentian optik


Kelebihan Kelemahan
Jalur lebar yang besar. Mahal.
Kos pengkabelan yang jauh lebih
Kadar kehilangan yang rendah.
tinggi.
Sukar dimasukkan kerana memerlukan
Saiz yang kecil dan ringan.
kemahiran dan peralatan khas.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 14
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Tiada kesan elektromagnet (EMI). Sukar diubah suai.


Lebih selamat daripada individu-individu yang
tidak bertanggungjawab.
Fleksibel.

Penggunaan gentian optic

 Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh dibawa oleh fiber optik
sangat sesuai dengan keperluan TV digital yang membolehkan ia membawa
jutaan bit dalam setiap detiknya.
 Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan dengan
menghubungkan Amerika dan Eropah dengan fiber optik yang berada
dibawah laut.
 Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana gentian optik lebih baik dalam
menghadapi gangguan-gangguan dibandingkan komunikasi satelit, yang
mempunyai masalah dengan gangguan pada atmosfera.
 Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan dalam jenis tertentu
dalam menggunakan operasi laser.

Rangkaian tanpa wayar

Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-
komputer dalam sebuah rangkaian. Rangkaian tanpa wayar membina sebuah
rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer
untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu
perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup
tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas
dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang
capaian frekuensinya).

Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-
server. Dalam rangkaian tanpa wayar peer-to-peer rangkaian akan berhubung
dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 15
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar client-server pula, terdapat titik
capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan
menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang
dicapai oleh rangkaian.

Antara jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan
capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya adalah
 Bluetooth
 IrDA (Inframerah)
 HomeRF (SWAP)
 WECA (Wi-Fi)
 Gelombang radio
 Satelit

Rajah 11,12 & 13: Contoh rangkaian tanpa wayar

a. Wireless Fidelity ( WIFI )

Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang


radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan
rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook),
komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak
dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa
wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).

Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian
berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 16
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan
LAN jika isyarat menjadi lemah.

Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik
capaian (access point), perisian rangkaian (Novell Netware, LAN tastic).
Menggunakan pendekatan pelbagai gelombang udara (airwave).
 Merupakan sistem digital untuk mengelakkan kesesakan konjensi frekuensi.
 Ciri-cirinya murah, senang digunakan dan berkuasa tinggi
 Banyak depasang pada komputer riba dan telefon (PDA)
 Salah satu perkakasan rangkaian terbaru.

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan
secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). Wi-Fi mula
diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998.
Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar
yang menggunakan hubungan

jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad Wi-Fi yang diinstal di


dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta
melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak
sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer pengguna
bagi membolehkan perpindahan data berlaku.

Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel
dengan computer tersebut. 802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga
pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of Electrical and
Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spefikasi 802.11b
yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11Mbps di
dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada
teknologi 802.11b di mana teknologinya lebih pantas. Teknologi 802.11a
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 17
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam


jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA.

Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan
ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN
biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan
dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian
LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke
jalurlebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian Lan tanpa wayar
(menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan
menghubungkan ke jalur lebar).

LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana
setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar.
WLAN pula adalah merujuk kepada rangkain komputer bagi kawasan setempat di
mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan
wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan
pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN
menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk
mentransmisikan data.

b. WiMAX

WiMAX juga biasanya diistilah rangkaian 4G. Ia satu rangkaian kawasan luas (WAN)
wireless yang boleh meliputi apa baris-baris DSL boleh meliputi, tetapi tanpa dawai.
Ia boleh memberikan keterkaitan Internet kepada komputer di cara GSM telah
memberi keterkaitan telefon kepada telefon bimbit dan membuat mereka
menggantikan telefon-telefon talian tetap yang tetap.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 18
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Gambarajah 11: WiMAX

c. Mobile
Telefon bimbit kerja dengan menukar suara, teks, mesej-mesej multimedia atau
data memanggil ke dalam gelombang radio atau frekuensi radio (RF).Stesen-stesen
pangkalan telefon mudah alih menghantar dan menerima panggilan-panggilan ini
dan menghubungkan pemanggil kepada telefon-telefon lain dan rangkaian lain.

Rangkaian telefon mudah alih dibahagikan kepada ribuan kawasan geografi masing-
masing yang bertindih atau ‘sel’, setiap dengan satu stesen pangkalan. Saiz sebuah
sel bergantung kepada kawasan liputan yang diperlukan dan jumlah panggilan
yangdibuat dalam kawasan itu. Jadi, sel-sel paling kecil, iaitu lebih banyak stesen
pangkalan, ialah di mana terdapat permintaan terbesar yang mana biasanya ada
dipersekitaran bandar penuh sesak dengan bangunan-bangunan tinggi dan
kepadatan penduduk berat, tetapi sel-sel terbesar cenderung bersikap di kawasan
luar bandar , di mana orang tersebar atas satu lebih luas, kurang terbentuk, area.
Bila pemanggil telefon bimbit membuat perjalanan, panggilan secara automatik
dihantar dari satustesen pangkalan di satu sel kepada satu stesen pangkalan dalam
satu lagi, makamenyediakan isyarat terbaik dan kapasiti tersedia.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 19
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Gambarajah 12: Mobile

1.3 TYPES OF NETWORK ENCRYPTION


Standard rasmi untuk rangkaian tanpa wayar mula dicipta pada tahun 1997. Oleh
kerana penggunaan rangkaian komputer tanpa wayar semakin meningkat,
keselamatan menjadi kebimbangan utama pengguna. Dalam usaha untuk
melindungi data yang yang dipindahkan melalui rangkaian wireless, beberapa jenis
keselamatan rangkaian berbeza iaitu WEP, WPA dan WPA2.

a. WEP (Wired Equivalent Privacy)


Telah diperkenalkan lebih awal daripada WPA dan merupakan salah satu
protokol keselamatan wireless yang pertama pada September 1999.
Walaupun ketinggalan zaman, WEP masih boleh didapati pada banyak
peranti rangkaian yang lama. Apabila WEP digunakan, kata laluan
keselamatan dicipta dan data tanpa wayar disulitkan. Malangnya, WEP tidak
begitu canggih dan boleh dipintas oleh penggodam yang berniat untuk
mencuri data.Tidak menggunakan network key yang statik, sebaliknya
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 20
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

menggunakan ‘Temporal Key Integrity Protocol (TKIP)’, di mana berubah-


ubah setiap kali data diterima atau dihantar keluar.
 Merupakan enkripsi yang pertama untuk Wi-Fi.
 Menggunakan algoritma enkripsi RC4.
 Tersedia pada semua access point.
 Biasanya digunakan oleh home user dan syarikat pembekal atau
pengeluar
 Juga disebut dengan nama Shared Key Authentication. Shared Key
Authentication adalah cara pengesahan yang memerlukan
penggunaan WEP.
 Enkripsi WEP menggunakan kunci yang dimasukkan oleh
Administrator ke klien mahupun access point. Kunci ini harus sama
dari access point ke klien, dengan yang dimasukkan klien untuk
pengesahan menuju access point.

Kelebihan WEP Kelemahan WEP


Hanya menggunakan enkripsi 46 – 128 bit
Tetapan secara automatik
sahaja
Hampir semua komponen
Masa untuk memecahkan kombinasi WEP
wireless menyokong protokol
adalah lebih rendah atau cepat
ini

Rajah 21: WEP (Wired Equivalent Privacy) lebih mudah digodam

b. WPA (Wi-Fi Protected Access)

 WPA (Wi-Fi Protected Access)


IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 21
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Sekuriti standard untuk pengguna komputer yang dilengkapi dengan


sambungan Wi-Fi. Ia merupakan penambahbaikan daripada WEP
(Wired Equivalent Privacy). WPA menyediakan enkripsi yang lebih
canggih daripada WEP dan sukar untuk digodam. WEP masih
dianggap berguna untuk home user, tetapi tidak sesuai untuk
persekitaran korporat dan syarikat-syarikat besar.
 Tidak menggunakan network key yang statik, sebaliknya
menggunakan ‘Temporal Key Integrity Protocol (TKIP)’, di mana
berubah-ubah setiap kali data diterima atau dihantar keluar.
 Menggunakan enkripsi 128 - 256 bit,
 Memerlukan pengesahan menggunakan 802.1x

 WPA- PSK (W-Fi Protected Access – Pre Shared Key)

Merupakan sistem sekuriti jaringan WI-Fi dengan menggunakan


kaedah WPA-PSK jika tidak ada pengesahan server yang digunakan.
Oleh yang demikian, access point dapat dijalankan dengan mod WPA
tanpa menggunakan bantuan komputer lain sebagai server.

Cara WPA-PSK berfungsi


Administrator perlu mengkonfigurasi setiap nod WLAN (Wireless Local
Area Network) iaitu access point, penghala (router), client adapter,
bridges, bukan dengan enkripsi, tetapi dengan Temporal Key Integrity
Protocol (TKIP), bersama-sama dengan SSID (Service Set Identifider).
Digunakan untuk menjana kekunci enkripsi yang unik kepada setiap
pengguna tanpa menggunakan wayar. Enkripsi tersebut sentiasa
berubah-ubah. Apabila pengguna menyambung ke Wi-Fi, pengguna
perlu mendapat pengesahan WPA-PSK dengan memberikan kata
laluan untuk mengesahkan membenarkan mereka mengakses
rangkaian.

Kelebihan WPA-PSK Kelemahan WPA-PSK


IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 22
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Enkripsi sentiasa berubah-ubah, Jika Administrator meninggalkan


menjadikan sistem sekuriti yang syarikat, pengguna perlu menetapkan
terbaik semula kunci PSK
Jika seorang pengguna dikompromi,
Sukar digodam
semua pengguna boleh digodam
Perlu membuat kekunci yang panjang
untuk mengelakkan diserang
penggodam

Rajah 22: Cara WPA (Wi-Fi Protected Access) berfungsi

c. WPA2 (Wi-Fi Protected Access 2)

Merupakan protokol keselamtan yang direka untuk membuatkan rangkaian


Wi-Fi sukar untuk digodam. WPA2 menawarkan keselamatan dengan enkripsi
agoritma yang lebih kompleks berbanding WPA atau WEP.

Merupakan standard keselamatan 80211i, Robust Security Network (RSN),


Counter Mode CBC MAC Protocol (CCMP) dan Temporary Key Integrity
Protocol (TKIP).

Apabila menggunakan peranti WPA2, ia secara automatik menggunakan


Advanced Encryption Standard (AES). AES merupakan protokol enkripsi yang
lebih selamat.

Kebanyakkan router WPA2 datang dengan dua tetapan iaitu AES atau AES +
TKIP.
Kelebihan WPA2 Kelemahan WPA2
Versi yang lebih baik berbanding WPA Memerlukan kuasa
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 23
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

pemprosesan yang lebih


Menyokong AES (Advanced Encryption
Standard)
Sangat sukar digodam

Rajah 23: WPA2 (Wi-Fi Protected Access 2)

1.4 TYPES OF SERVER FORM FACTOR AND SERVER RACK

RACK SERVERS BLADE SERVERS TOWER SERVERS


Server ini adalah
server terkecil tetapi
berkuasa.
Server ini berketinggian Server ini adalah
Walaubagaimanapun
minimum 1.75” dan lebar server yang paling
server ini perlu
19”. 1.75” ini asas. Secara fizikal
dimasukkan kedalam
digambarkan sebagai boleh digambarkan
Definisi casis yang khas. Casis
‘1U’ dimana ‘U’ seperti PC atau
ini mengandungi slot
adalah‘Unit’. Server jenis workstation. Server ini
yang server blade
ini boleh menjadi 1U, 2U ditempatkan dilantai
boleh dimasukkan
3U dan 4U. atau di meja.
dengan mudah tanpa
perlu ada
penyambungan lain.
Berasal daripada
Direka khas untuk perkataan pisau yang Dibina di dalam bentuk
Asal
disimpan di dalam rak. menunjukkan format kabinet
yang terhad.
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 24
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

Kos Mahal Kurang mahal Kurang mahal


Saiz Besar Kompak atau kecil Sederhana
Sesuai
Perniagaan kecil Organisasi Persekitaran kecil
digunakan
 Kos pengeluaran
rendah
 Keperluan kuasa
 Boleh dikembangkan yang rendah  Pelayan boleh
 Menyokong sejumlah  Membolehkan ditambah pada
Kelebihan
besar RAM (Random komunikasi lebih rangkaian yang
Access Memory). pantas antara sedia ada.
pelayan ke pelayan
 Menawarkan
fleksibiliti yang baik.
 Kos konfigurasi
yang mahal
Kelemaha  Menggunakan ruang  Mengambil ruang
 Menjana haba yang
n yang besar. kabel yang besar.
besar jika melebihi
kapasiti.
 Dell PowerEdge
 Dell PowerEgde T
R320, R420 dan  Dell PowerEdge M
series.
R520. series.

Contoh

Rajah 26: Tower


Rajah 24: Rack Rajah 25: Blade Server
Server
Server

Types of server rack


JENIS RAK SERVER KETERANGAN GAMBAR
Closed Rack  Menyerupai almari
 Harga mahal
 Memiliki bentuk tertutup iaitu
ventilasi
 Diperbuat daripada logam
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 25
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

 Mampu menanggung beban lebih


50 kilogram
KELEBIHAN
 Lebih sekuriti kerana tertutup
 Tidak terkena habuk Rajah 27: Closed Rack
KELEMAHAN
 Harga yang mahal
 Mendapat masalah ketika
penyelenggaraan
 Berbentuk sederhana
 Memiliki tempat meletakkan
server dan peranti lain
 Posisi terbuka
 Harga murah
KELEBIHAN
Open Rack  Harga yang murah
 Pengaliran udara yang tidak
terhalang Rajah 28: Open Rack
KELEMAHAN
 Kurang sekuriti kerana mudah
diakses
 Mudah terkena habuk
Wallmount Rack  Diletakkan pada dinding
 Ukuran kecil bermula
 daripada 4u hingga 15U
 Biasanya menyimpan peralatan
jaringan seperti switch. hub, dan
Rajah 29: Wallmount
banyak lagi Rack
 Memiliki 1 atau 2 pintu
KELEBIHAN
 Menjimatkan ruang lantai kerana
saiznya yang kecil
KELEMAHAN
 Tidak boleh menyimpan banyak
peralatan rangkaian kerana
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 26
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

saiznya yang kecil

Latihan

1. Apakah maksud rangkaian komputer?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Apakah kebiakan topologi hybrid?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
IT-030-3:2013-C04/P(1/2) Muka / Page : 27
NO. KOD / CODE NUM.
DKB2323-K1/P(1/2) Drpd/of : 28

RUJUKAN:

1. Books, Hephaestus (2011). Computer Peripherals, Including: Computer Monitor,


Fax, Hard Disk Drive, Stored Energy Printer, Peripheral, Plug and Play, Auto-
Configuration, Game Port, Hot Swapping, Auto-detection, Surge Protector, Remote
Terminal Unit,. Western Digital Media Center. Hephaestus Books, Lightning Source
Uk Ltd. ISBN-13: 978-1-242-97956-9

2. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN-
13: 978-81-7008-929-2

3. R.A. Penfold. (2005). How to Set Up Your New Computer. Bernard Babani
Publishing
ISBN-13: 978-0-85934-559-0

4. Robert B J Warnar (2012). Computer Peripheral Memory System Forecast (Volume 500-545).
General Books. ISBN-13: 978-1-235-71266-1

Anda mungkin juga menyukai