Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PROGRAM SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

KOD / KURSUS DKB 1333 NETWORK CABLING AND MANAGEMENT

KOMPETENSI 3 – NETWORK CABLING COMPONENTS

3.1 Network Cabling Site Survey Identification


3.2 Network Cable Tools, Equipment and Materials
KOMPETENSI UNIT
3.2.1 Hardware and accessories
3.2.2 Tools and equipment
Students must be able to:
1.1 Prepare a network cabling installation and management in
respond to job order/change request according to given budget.
HASIL (C2, PLO1)
PEMBELAJARAN 1.2 Deploy computer network cabling installation according to the
survey results. (P3, PLO2)
1.3 Present the network cable installation report according to the UAT
report format. (A2, PLO6)
TARIKH

DKB 1333/K 03/NK 01- KOD JPK


NO KOD IT-030-3
04
MAKLUMAT CALON

NAMA
NO. KAD ANGKA
PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(PENTAKSIR) (KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
PENYELARAS KURSUS)
TARIKH: TARIKH:
Tajuk : MEMBANGUNKAN PENSTRUKTURAN KABEL RANGKAIAN

Pengenalan :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar


mengenai peralatan yang diperlukan serta kepentingan perancangan yang rapi dan
mengkaji dengan teliti beberapa faktor yang berkaitan bagi mengelakkan masalah
setelah sistem rangkaian dibangunkan.

2.1 Bancian kawasan struktur kabel rangkaian

Faktor utama yang menyebabkan wujudnya masalah dalam sistem rangkaian


adalah pengkabelan.Dengan melakukan perancangan yang rapi dan mengkaji dengan
teliti beberapa faktor yang berkaitan dapat mengelakkan daripada masalah setelah sistem
rangkaian beroperasi sepenuhnya.Pada masa kini, penggunaan sistem rangkaian
komputer adalah meluas dan merangkumi penggunaan telefon dan penghantaran data.
Antara kelebihannya adalah :
❖ Sekata (Consistency). Ianya tidak akan berubah cara penggunaannya
iaitu untuk penghantaran data, suara (voice) dan video.
❖ Menyokong kepada pelbagai perkakasan yang ada dalam pasaran
samada daripada jenama atau syarikat yang berlainan.
❖ Mudah diubah, ditambah dan ditukar sekiranya terdapat perubahan
pada sistem.
❖ Mudah untuk melakukan kerja-kerja troubleshootingdan
penyelenggaraan
❖ Menyokong kepada aplikasi yang bakal muncul pada masa akan datang
2.1.1 Konsep asas pemasangan kabel

Kabel adalah pengantara bagi pergerakan data dari satu peralatan network ke satu peralatan
network yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasanya digunakan dengan LAN. Untuk
sesetengah kes, rangkaian hanya menggunakan hanya satu jenis kabel tetapi kebanyakan
rangkaian menggunakan pelbagai jenis kabel. Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaianadalah
bergantung pada topologi, protokol dan saiz yang digunakan. Memahami ciri-ciri pelbagai jenis
kabel dan bagaimana ia berhubung kait dengan rangkaian amat penting untuk membina rangkaian
rangkaian yang baik.
2.1.2 Peraturan-Peraturan Pengkabelan:
Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum menjalankan kerja pengkabelan bagi
sesuatu rangkaian. Di antaranya adalah :-

❖ Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari jarak yang diperlukan. Kabel
tersebut hendaklah dipasang tidak terlalu longgar atau terlalu tegang.
❖ Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel. Walaupun kabel
yang baru tidak semestinya ia tidak bermasalah dan adalah lebih sukar untuk
mengesan masalah tersebut nanti.
❖ Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu floresen dan perkakasan lain yang bergelombang
elektrik.
❖ Jika memasang kabel merentangi lantai, tutuplah kabel tersebut dengan penutup kabel
yang selamat.
❖ Labelkan kedua-dua pemula dan penghujung kabel.

2.2 Peralatan dan perkakasan sistem rangkaian


Terdapat beberapa jenis peranti fizikal yang diperlukan untuk membina satu
rangkaian yang cekap dan produktif. Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada pelajar mengenai kepentingan pelayan (server), bagaimana suis
boleh mengarahkan maklumat dan peranan yang dimainkan oleh kad antaramuka
rangkaian (NIC Card).
2.2.1 Peralatan Pelayan
Pelayan atau server merupakan sebuah komputer canggih yang menyediakan
perkhidmatan khas bagi pengguna dalam system rangkaian. Jenis pelayan yang
biasa ditemui dalam rangkaian termasuk pelayan fail, pelayan pencetak dan
pelayan aplikasi.

2.2.1.1 Keperluan masa depan


Adalah penting untuk menentukan cara penggunaan pelayan pada masa depan
sebelum sesebuah pelayan itu dipasang. Banyak pelayan menghadkan bilangan
memori dan jenis pemproses yang boleh dipasang.Pilih pelayan yang boleh
diselaraskan kelak untuk memenuhi keperluan rangkaian yang terus berkembang.Ini
dapat memastikan pelayan tersebut tidak perlu ditukar ganti dengan sebuah model
yang lebih baru sedangkan penaikkan taraf berkos rendah boleh dilakukan.

2.2.1.2 Kelajuan
Kelajuan pelayan ditentukan oleh pelbagai faktor.Dua faktor utama yang
menentukan kelajuan pelayan adalah bilangan memori, jenis dan bilangan CPU
(Central Processing Unit) yang digunakan.Kini pelayan biasanya dilengkapi dengan
CPU berbilang.

2.2.1.3 Memori
Kebanyakan komputer desktop boleh beroperasi bersama dengan 64MB
memori.Biasanya pelayan dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 256MB memori dan
sebanyak 16GB memori boleh dipasang ke dalamnya.Dalam kebanyakan keadaan,
semakin banyak memori yang dipunyai oleh pelayan, maka semakin cekap pelayan itu.

2.2.1.4 Peranti Storan


Sistem storan merupakan salah satu komponen utama pelayan.Kebanyakan
pelayan mencapai peranti storan yang lebih besar memandangkan pelayan cenderung
melaksanakan aturcara yang besar dan menyimpan maklumat dalam kuantiti yang
banyak.Minimum yang diperlukan untuk pengoperasian ialah sebanyak 100MB
bergantung kepada aplikasi penggunaannya.

2.2.1.5 Pertimbangan Perkakasan yang Lain


Sebaik saja pengendali rangkaian selesai membina sebuah pelayan, pelayan
tersebut akan beroperasi tanpa perlu diawasi oleh pengguna. Disebabkan pengguna
jarang berinteraksi dengan pelayan, maka pelayan tidak memerlukan monitor, kad
video dan papan kekunci yang mahal.Di samping itu, pelayan juga disimpan dalam bilik
yang dikawal, di mana hanya pengendali rangkaian boleh mencapainya.Keadaan ini
dapat membantu mencegah capaian tidak sah atau tidak sengaja terhadap pelayan
tersebut.

2.2.1.6 Operasi
Sistem Operasi yang digunakan pada pelayan biasanya ditentukan oleh aplikasi
yang dilaksanakan atau tugas yang dilakukan oleh pelayan.Sebilangan aplikasi
mungkin terdapat pada sistem operasi tertentu sahaja.Aplikasi yang terdapat pada
pelayan harus bersepadanan dengan sistem operasi yang digunakan dalam pelayan.
2.2.1.7 Unit Pelayan
Kini terdapat pelayan jenis kompak (compact) dan mudah dikendalikan yang
telah dipasang dengan perkakasan dan perisian rangkaian.Pelayan jenis ini dikenali
sebagai unit pelayan (server unit) dan biasanya digunakan sebagai pelayan web.Unit
pelayan merangkumi satu sistem operasi, perisian aplikasi, perisian pengendalian
pelayan dan perkhidmatan seperti perkhidmatan emel.Umumnya, unit pelayan juga
merangkumi komponen perkakasan seperti peranti storan yang besar dan kad
antaramuka rangkaian.

2.2.1.8 Toleransi Kegagalan


Sebuah pelayan rangkaian dicapai oleh pengguna yang banyak. Jika masalah
berlaku pada pelayan, maka ia akan menjejaskan semua kerja yang sedang dilakukan
oleh pengguna. Terdapat beberapa cara yang dapat memastikan pelayan tidak
mengalami kegagalan atau kekurangan bekalan kuasa. Sebagai contoh, sebuah
pelayan boleh mempunyai dua bekalan kuasa atau mengguna sebuah lagi server
bertindak sebagai penyokong kepada server utama yang dipanggil sebagai dummy
server.

2.2.1.9 Penyelenggaraan
Pelayan harus dimatikan untuk penyelenggaraan dengan kerap.
Penyelenggaraan yang dilakukan biasanya melibatkan perlaksanaan aturcara yang
akan memeriksa dan memastikan operasi pelayan adalah normal. Dengan
menghasilkan satu jadual penyelenggaraan dan sentiasa mengikuti jadual tersebut
akan dapat memastikan kebolehpercayaan pelayan.

2.2.1.10 Pembaikan
Seperti komputer umum yang lain, kadang-kala pelayan juga perlu diperbaiki.
Kebanyakan pelayan menawarkan ciri-ciri yang memudahkan kerja pembaikan
misalnya panel akses mudah (easy-access panel) yang membolehkan capaian pantas
ke kawasan kritikal seperti pemacu cakera keras.Sesetengah pelayan yang canggih
membolehkan komponen seperti kad adaptor, bekalan kuasa dan memori ditanggalkan
dan diganti dengan yang baru ketika pelayan sedang beroperasi.

2.2.2 Peralatan Rangkaian


Kebanyakkan rangkaian menggunakan satu pelayan fail untuk menyimpan fail
dan maklumat lain dalam rangkaian. Semua pelayan perlu mempunyai satu
peranti storan.

2.2.3 Pemacu Cakera Keras


Pemacu cakera keras atau hard disk drive, merupakan peranti storan utama
dalam kebanyakkan pelayan fail. Pemacu cakera keras adalah cepat, tetapi ia adalah
lebih mahal berbanding peranti storan yang lain. Disebabkan pelayan fail dicapai
dengan kerap, maka pemacu cakera keras yang terdapat pada pelayan fail haruslah
lebih besar dan andal (reliable) berbanding pemacu cakera keras yang digunakan
dalam komputer desktop.
2.2.4 Pemacu Pita
Pemacu pita atau tapedrive, merupakan satu peranti yang menyalin dari sebuah
pelayan fail ke dalam katrij pita (tape catridge). Pemacu pita merupakan cara andal
untuk menghasilkan salinan sokongan bagi maklumat komputer yang telah lama
digunakan. Pengendali sistem rangkaian boleh menggunakan aturcara sokongan untuk
melakukan sokongan maklumat ke dalam katrij pita secara automatik apabila pelayan
fail berada dalam keadaan yang tidak sibuk, misalnya pada waktu malam. Sebuah katrij
pita boleh menyimpan maklumat yang lebih banyak daripada sebarang medium storan.

2.2.5 Pemacu CD-ROM atau DVD-ROM


Pemacu CD-ROM merupakan satu peranti yang membaca maklumat yang
disimpan dalam cakera CD-ROM. Manakala pemacu DVD-ROM pula merupakan satu
peranti yang membaca maklumat yang disimpan di dalam cakera DVD-ROM. Cakera
CD-ROM dan DVD-ROM boleh menyimpan bilangan maklumat yang banyak, tetapi
sebaik sahaja maklumat dirakam masuk ke cakera, ia tidak dapat diubah lagi. Cakera
CD-ROM dan DVD-ROM biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat dari
pelayan fail seperti bahan rujukan undang–undang dan peubatan.

2.2.6 Pemacu Optikal


Sesetengah pemacu optikal atau optical drive, dapat merakamkan
maklumat.Pemacu optikal boleh merakam biasanya digunakan untuk memperolehi
maklumat yang jarang digunakan. Berbanding peranti storan yang lain, pemacu optikal
adalah lebih perlahan. Bagaimanapun, ia mempunyai kapasiti storan yang amat tinggi.

2.2.7 NAS (Network Attached Storage)


Peranti NAS disambung terus ke rangkaian dan ia digunakan khas bagi
penyimpanan fail. Memandangkan peranti NAS mengandungi elemen yang diperlukan
oleh storan dan perolehan fail sahaja, maka ia dapat membantu meningkatkan kelajuan
capaian data dan kecekapan rangkaian secara menyeluruh.

Mesin Pencetak Rangkaian


Syarikat biasanya akan menyambungkan mesin pencetak rangkaian ke satu
rangkaian untuk mengurangkan kos pencetakan. Tanpa sebuah mesin pencetak
rangkaian, setiap pengguna di dalam rangkaian perlukan mesin pencetak sendiri
yang dipasang secara ke komputer.
2.3.1 Bersambung ke Rangkain
Kebanyakkan mesin pencetak boleh bersambung ke rangkaian secara terus
menggunakan satu adaptor rangkaian (network adapter). Kabel rangkaian akan
dipalam ke dalam adaptor rangkaian pada belakang mesin pencetak. Kebanyakkan
mesin pencetak rangkaian boleh bersambung ke beberapa rangkaian yang berlainan.

2.3.2 Pelayan Pencetak (Printer Server)


Pelayan pencetak merupakan sebuah komputer yang digunakan untuk
mengendalikan dan menyimpan tugas mencetak yang akan dicetak oleh mesin
pencetak rangkaian. Sebuah pelayan pencetak biasanya mengendalikan tugas
mencetak bagi beberapa buah mesin pencetak rangkaian.Pelayan pencetak juga
bersambung ke rangkaian secara langsung.Antara jenama-jenama yang boleh
diperolehi dipasaran adalah seperti HP, IBM, Canon dan lain-lain.
2.3.3 Fungsi
Mesin pencetak rangkaian menjadi semakin canggih dari semasa ke
semasa.Banyak mesin pencetak rangkaian yang mempunyai fungsi pengisihan yang
mengatur dokumen–dokumen cetakan.Sebilangan mesin pencetak rangkaian juga
berupaya untuk mengokot (stapling) hasil cetakan.
2.3.4 Kapasiti Kertas
Sebelum membeli sebuah mesin pencetak rangkaian, pastikan mesin pencetak
yang dibeli itu mempunyai kapasiti kertas yang cukup untuk menangani permintaan
rangkaian.Kebanyakkan mesin pencetak rangkaian mempunyai kapasiti kertas
sekurang-kurangnya 500 helai kertas.
2.3.5 Kelajuan Mesin Pencetak
Mesin pencetak rangkaian perlu mempunyai kelajuan yang tinggi jika beberapa
pengguna menggunakannya untuk mencetak dokumen dalam kuantiti yang banyak.
Sebuah mesin pencetak laser rangkaian yang baik dapat mencetak sekurang–
kurangnya 20 muka surat per minit (page per minute, ppm).
2.3.6 Kualiti Cetakan
Resolusi mesin pencetak, menentukan kualiti dokumen yang dihasilkan. Resolusi
yang lebih tinggi akan menghasilkan dokumen yang lebih jelas dan terperinci. Resolusi
pencetak diukur dalam dpi (dots per inch). Umumnya, resolusi 600 dpi adalah cukup
bagi kebanyakkan dokumen pejabat.

Jejambat (Bridge)
Jejambat atau bridge merupakan satu peranti yang membolehkan penukaran
maklumat di antara komputer-komputer dari rangkaian berbeza atau segmen
yang berlainan pada rangkaian yang sama.
2.4.1 Menggabung atau Membahagi Rangkaian
Jejambat boleh digunakan untuk menghubungkan bilangan rangkaian individu
yang kecil supaya mereka dapat bekerja sebagai satu rangkaian yang besar.Satu
rangkaian yang terdiri daripada beberapa rangkaian kecil yang dikenali sebagai
internetwork.
Jejambat juga boleh digunakan untuk membahagikan satu rangkaian yang sibuk
menjadi segmen-segmen yang lebih kecil.Pembahagian satu rangkaian yang sibuk
dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik rangkaian.Sebagai contoh, jika
komputer-komputer dalam salah satu jabatan telah menghasilkan trafik rangkaian yang
banyak, maka jejambat boleh mengasingkan dari rangkaian.
2.4.2 Penapisan
Jejambat menggunakan alamat perkakasan untuk menentukan sama ada
maklumat dihantar ke destinasi yang berada di segmen rangkaian yang sama, atau ke
segmen rangkaian yang berada di sebelah jejambat. Jika destinasi maklumat berada di
sebelah jejambat, maka jejambat akan menghantar maklumat ke segmen tersebut.
Jejambat dapat meningkatkan kecekapan rangkaian kerana maklumat hanya akan di
hantar ke segmen lain ketika perlu.
Brouter
Brouter merupakan satu peranti yang memindahkan maklumat di antara
rangkaian.Brouter merupakan gabungan ciri – ciri jejambat dan penghala.
2.5.1 Maklumat Hala
Apabila maklumat melalui brouter, brouterakan cuba menentukan destinasi
maklumat dengan menganalisis protokol yang digunakan dalam pemindahan maklumat
tersebut. Jika brouter dapat mengenal pasti destinasi maklumat, maka ia dapat
berfungsi seperti penghala dan memindahkan maklumat tersebut menerusi hala yang
paling efisien.
2.5.2 Maklumat Jejambat
Jika brouter gagal mengenal pastidestinasi maklumat menerusi
penganalisaanprotokol, makaia akan menggunakan alamat perkakasan komputer
destinasi untuk menentukan rangkaian destinasi bagi maklumat tersebut. Apabila
rangkaian telah dikenal pasti, brouter akan berfungsi seperti sebuah jejambat dan
memindahkan maklumat tersebut ke rangkaian destinasi itu.

Get Laluan (Gateway)


Get laluan, atau gateway, digunakan untuk menghubungkan dua jenis
rangkaian yang berbeza. Misalnya, anda boleh menggunakan get laluan untuk
menghubungkan rangkaian Mac dan rangkaian PC.
2.6.1 Perkakasan atau Perisian
Get laluan membolehkan dua jenis rangkaian yang berbeza saling bertukar
maklumat. Satu get laluan itu boleh merupakan peranti perkakasan, seperti sebuah
komputer yang bersambung ke rangkaian secara fizikal dan memindahkan maklumat
di antara rangkaian. Ataupun, ia juga boleh merupakan sejenis perisian yang
membolehkan dua protokol yang berbeza bertukar maklumat di dalam satu rangkaian
yang sama.
2.6.2 Get Laluan Praset
Maklumat akan dihantar ke satu get laluan praset (default gateway) apabila
rangkaian gagal mengenal pasti alamat destinasi maklumat tersebut. Get laluan praset
kemudiannya akan menghantarkan maklumat tersebut ke rangkaian yang lain.
Penggunaan get laluat praset adalah umum terutamanya dalam rangkaian TCP/IP,
misalnya Internet.
Hub
Hub juga dipanggil concentrator, hub adalah alat yang menyambungkan
workstation dan alat lain dari LAN. Hub boleh bertindak sebagai repeater dan
menyambungkan nodes di dalam rangkaian yang sama. Apabila hub
disambungkan ke workstation dan LAN, ia telah disambungkan ke rangkaian
pelayan(server). Lihat Rajah 2.Adalah tidak mungkin secara individu
menyambungkan semua peralatan rangkaian secara terus ke pelayan (server)
jadi hub diperlukan untuk memberi semua peralatan network memasuki ke
pelayan (server) dan antara satu sama lain.

Rajah 1.2: Sambungan rangkaian hub

2.7.1 Intelligent Hub


Ia mempunyai perisian pengurusan(software management) bagi mengesan dan
mengasingkan masaalah didalam rangkaian. Keupayaan pengurusaan ini penting bagi
membolehkan rangkaian berjalan dengan baik.Bagi sistem rangkaian yang kecil, Kabel
danport testing boleh dilakukan bagi mengesan kerosakkan.Namun bagi sistem
rangkaian yang besarkeupayaan pengurusan ini diperlukan.Simple Network
Management Protocol (SNMP) merupakan salah satu management protocol yang
terdapat didalam Intelligent hubs. SNMP menyelaraskan dan mengawal sistem
rangkaian bagi menentukan ianya berfungsi dengan baik dan segala maklumat
disimpan didalam MIB (management information base).Dan yang terbaru MIB2.Kedua-
dua MIB ini tidak serasi.Terdapat juga Intelligent Hub yang menggunakan Centre
Management Informaton Protocol (CMIP)sebagai management protocol.

2.7.2 Hub External Connections


Tidak semua portpada hub digunakan sebagai penyambungan rangkaian
setempat (local network).Terdapat sesetengah model hub mengandungi port tambahan
yang dipanggil Attachment Unit Interface (AUI) bagi membolehkan hub disambung
kepada peranti-peranti lain seperti bridge atau router.Model ini biasanya dinyatakan
seperti berikut 12 + 1 dimana terdapat 12 port rangkaian dan 1 AUI port.Kabel yang
disambung diantara peranti rangkaian dipanggil backbone Lihat Rajah 3.Hub yang
terkini biasanya mempunyai sambungan fiber optik (fiber connections). Terdapat juga
hub yang mengandungi RS-232 port untuk penyambungan ke komputer atau modem
untuk membolehkan “remote management” sekiranya terdapat kerosakkan pada
rangkaian.

Rajah 1.3: Penyambungan hub dalam rangkaian

2.8 Repeater
Repeater ialah komponen penyambungan yang paling ringkas dan digunakan
pada Local Area Network. Ianya adalah peranti elektrik yang beroperasi pada lapisan
fizikal dalam model OSI. Ini kerana ia menyambungkan segmen dari rangkaian yang
sama dan membolehkan node dijarakkan dengan lebih jauh lagi. Akan tetapi repeater
bukanlah peralatan yang bijak kerana ia tidak dapat menyambungkan kepada
rangkaian yang lain. Isyarat yang membawa maklumat dalam rangkaian komputer
boleh melalui jarak dan ini menyebabkan isyarat yang dibawa akan menjadi lemah
sebelum isyarat tersebut tiba ke destinasi yang dituju. Hal ini berlaku disebabkan
oleh geseran atau gangguan seperti kebisingan yang mana ianya akan
mempenggaruhi kesinambungan data.
Oleh yang demikian repeater diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana
repeater ialah komponen dalam rangkaian yang berfungsi sebagai penguat isyarat
yang diterima dari satu segmen lalu menghantar pula ke sambungan segmen lain
yang berkedudukan lebih jauh untuk jangkauan penghantaran (transmitter). Tetapi
penggunaan repeater ada hadnya.Repeater tidak mampu untuk menaikkan lagi nilai
jalur lebar (bandwidth) dan menambahkan kelajuan penghantaran data.Malahan,
sekiranya berlaku kerosakan pada satu segmen, segmen yang masih lagi berfungsi
seperti biasa kecuali tiadanya lagi perhubungan antara satu segmen ke segmen yang
rosak itu.

Hantar Jarak Maksimum Data boleh dihantar Terima

Rajah 1.4: Penyambungan repeater

2.8.1 Ciri-ciri dan fungsi Repeater

▪ Mempunyai had jarak yang ditetapkan


▪ Mempunyai had bilangan yang boleh digunakan dalam rangkaian
▪ Tidak boleh dikawal menerusi remote access program
▪ Jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari piawai yang
dibenarkan, repeater mungkin akan menghantar data yang salah.

Kabel Jarak Maksimum Limit Repeater


10 Base 2 500 m 4
10 Base 2 185 m 4
10 Base T 100 m 4
Fiber 1000m
Jadual 1.1: ciri-ciri repeater
2.9 Switch

Rajah 1.5: contoh switch


Switch pula boleh mencapai 100MB bandwidth bagi setiap port. Semua
pengguna (user) boleh mendapat sambungan maksimum10MB boleh meminta
sistem admin untuk mendedikasi sambungan 10MB untuk komputer yang dituju
sahaja dan sambunganjalur lebar(bandwidth)akan kurang untuk pengguna-pengguna
lain.
Malahan switch adalah lebih bijak dari hub dan akan menghantar paket ke
destinasinya sahaja. Kelebihan ini adalah kerana switch mempunyai ciri-ciri intelligent
iaitu boleh menyimpan table MAC address NIC dan peralatan komputer lain dengan
membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasinya yang betul. Dengan
cara ini “network utilisation” dapat dikurangkan kerana jalur lebar (bandwidth)
digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Collision mungkin tidak/kurang berlaku kerana rangkaian boleh disegmenkan
kerana paket hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port-port yang
lain.Dengan ini mutu penghantaran yang baik dapat dikawal dan dilaksanakan.
Selain daripada itu juga, ia digunakan untuk mengelakkan daripada penggunaan
melebihi daripada empat repeater di antara satu komputer ke komputer yang lain di
dalam rangkaian. Lebih isimewa lagi penggunaan Switch Ethernet juga dapat
menampung ruang penambahan untuk sambungan rangkaian pada masa akan
datang.
Kefungsian hub atau switch boleh dilihat apabila sistem rangkaian tersebut
berfungsi dengan baik dan LED atau indicator yang berada pada hub atau switch
tersebut akan berkelip apabila berlaku penghantaran data. Tiap-tiap indicatormewakili
satu port dan terdapat nombor-nombor port di setiap indicator.

2.10 Router
Dengan penggunaan Router, data yang dimasukkan kedalam paket hanya akan
dihantar ke segmen rangkaian yang perlu ditujunya sahaja. Ia berfungsi seakan sama
dengan bridges dan switches dan oleh sebab itu ia menapis keluar network traffic
yang tidak perlu dan membuangnya dari segmen rangkaian. Router bekerja pada
Peringkat Protokol.Router dipasang untuk mengasingkan rangkaian secara
berasingan mengikut logik.TCP/IP router dapat membentuk segmen pada rangkaian
berpandukan pada alamat TCP/IP. Penapisan pada tahap ini (di alamat TCP/IP, juga
dikenali sebagai level 3 switching) akan mengambil masa yang lama berbanding
dengan Bridge atau switch yang hanya melihat pada lapisan MAC.
Kebanyakan router juga boleh melakukan fungsi bridge. Disebabkan router
boleh menapis paket pada peringkat protocol, ia boleh digunakan sebagai firewall. Ia
bertindak sebagai penghadang/penghalang yang menahan paket yang tidak
dikehendaki samaada hanya melalui atau memasuki kawasan rangkaian.Selalunya,
organisasi yang disambung pada internet akan memasang router pada talian gateway
yang utama iaitu diantara rangkaian dan kawasan luar/dunia luar.Dengan melaras
router berdasarkan senarai kemasukan(access list) yang menyenaraikan protokol
atau host mana yang dibenarkan masuk). Ini adalah faktor keselamatan dimana ia
menghalang/membenarkan kemasukan samaada ke internal atau
externalhost.Sebagai contoh, internal WWW server membenarkan kemasukan IP dari
external network, tapi pelayan (server) yang lain yang mengandungi data yang sensitif
boleh dikawal, jadi external host dari luar boleh dihalang kemasukannya (anda juga
boleh mengabaikan kemasukan internal workstation jika diperlukan)
Kefungsian router boleh dilihat apabila sistem rangkaian tersebut berfungsi
dengan baik dan LED atau indicator yang berada pada router tersebut akan berkelip
apabila berlaku penghantaran data samada kedudukan indicator tersebut berada di
bahagian hadapan atau belakang router tersebut.

Rajah 1.6: Penyambungan router dalam rangkaian

2.11 Modem
Modem membolehkan komputer-komputer di dalam satu rangkaian saling
bertukar maklumat. Modem akan menterjemahkan maklumat komputer menjadi satu
bentuk yang boleh dihantar menerusi talian telefon. Manakala modem penerima pula
akan menterjemahkan maklumat yang diterima menjadi bentuk yang boleh difahami
oleh komputer.
Modem menggunakan talian telefon yang sedia ada untuk memindahkan
maklumat. Dengan menggunakan talian telefon, dua peranti komputer akan dapat
bertukar maklumat walaupun mereka terletak jauh di antara satu sama lain.
2.11.1 Capaian Jarak Jauh
Modem biasanya digunakan untuk menyediakan capaian rangkaian syarikat
ketika seseorang itu sedang berada di luar syarikat. Dengan menggunakan modem
untuk bersambung ke rangkaian, seorang pengguna itu akan dapat bertukar mesej
dengan rakan sekerjanya dan dapat melaksanakan tugas menggunakan fail-fail dari
pejabatnya walau di mana dia berada.
2.11.2 Rangkaian Kawasan Luas
Banyak syarikat telah menggunakan talian telefon untuk membina satu
sambungan tetap diantara dua modem di dalam satu rangkaian kawasan luas (WAN).
Rangkaian WAN biasanya menggunakan modem untuk menyambungkan kawasan-
kawasan rangkaian yang tidak memindahkan maklumat dalam kuantiti yang besar.
2.11.3 Jenis Modem
Terdapat dua jenis modem, iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Modem
dalaman merupakan satu papan litar yang dipasang di dalam satu komputer. Ia adalah
sukar dipasang dan dikonfigurasi. Manakala modem luaran pula merupakan satu
peranti yang bersambung ke satu port di belakang komputer. Ia adalah senang
dipasang dan bersifat mudah alih.
2.11.4 Kelajuan
Kelajuan modem diukur dalam Kbps, iaitu kilobits per second. Unit ukuran ini
akan menentukan betapa lajunya sesebuah modem itu menghantar dan menerima
maklumat menerusi talian telefon. Sebuah modem itu harus mempunyai kelajuan 56
Kbps bagi membolehkan seorang pengguna itu bekerja dengan cekap. Sebuah modem
56 Kbps boleh menerima maklumat dengan kelajuan 56 Kbps dan menghantar
maklumat dengan kelajuan 33.3 Kbps. Selain itu, kualiti talian telefon yang rendah juga
akan mengurangkan kelajuan modem dalam pemindahan maklumat.
2.11.5 Kos
Berbanding peranti rangkaian yang lain, modem dapat menyediakan satu cara
komunikasi rangkaian yang sangat berkesan. Disebabkan modem adalah murah dan
ia menggunakan talian telefon yang sedia ada, maka ia telah menjadi opsyen praktikal
bagi syarikat-syarikat yang hendak mengembangkan rangkaiannya, atau membolehkan
pekerja-pekerja mengakses rangkaian syarikat dari jauh.
Rajah 1.7: Jenis-jenis modem

Rajah 1.8: Penyambungan modem dalam rangkaian


2.11.6 Kad antara muka rangkaian
Kad antara muka rangkaian, atau Network Interface Card (NIC),
menghubungkan komputer ke medium penghantaran yang digunakan dalam satu
rangkaian secara fizikal. Kad antara muka rangkaian adalah dipasang di dalam
komputer dan ia mengawal aliran maklumat di antara komputer dan rangkaian.
Jenis medium penghantaran yang digunakan dalam rangkaian dan bilangan
maklumat yang boleh dipindahkan oleh medium penghantaran merupakan faktor
yang menentukan kad antara muka rangkaian yang perlu digunakan.

Rajah 1.9: Jenis-jenis Network Interface Card (NIC)

2.11.7 Pelayan
Pelayan biasanya merupakan komputer dalam rangkaian yang paling sibuk.Kad
antara muka rangkaian yang digunakan oleh pelayan biasanya merupakan peranti
berkecekapan tinggi yang telah direka khas untuk menghantar kuantiti data yang besar.

2.11.8 Port
Port digunakan untuk menyambungkan kad antara muka rangkaian ke
rangkaian.Kebanyakan kad antara muka rangkaian baru mempunyai satu port yang
direka khas untuk bekerja dengan kabel rangkaian yang spesifik.Sebilangan kad antara
muka rangkaian mempunyai dua port yang membolehkannya bersambung ke
rangkaian menggunakan salah satu jenis kabel yang ada.Kad antara muka rangkaian
hanya boleh digunakan untuk bersambung ke satu rangkaian pada satu-satu masa.
2.11.9 Cip But
Sesetengah komputer yang bersambung ke rangkaian tidak mempunyai pemacu
cakeranya. Komputer-komputer ini melakukan boot menggunakan maklumat yang
disimpan dalam rangkaian. Satu cip komputer khas yang dikenali sebagai boot chip
atau PROM boot perlu bersambung ke kad antara muka rangkaian untuk membolehkan
capaian maklumat dalam rangkaian dilakukan. Bootchip membolehkan kad antara
muka rangkaian bersambung ke rangkaian.

2.11.10 Pengalamatan
Ketika kad antara muka rangkaian dihasilkan, ia akan diberi satu alamat
perkakasan yang unik. Alamat perkakasan tersebut digunakan untuk mengenal pasti
kad antara muka rangkaian tersebut apabila maklumat sedang dihantar atau diterima
menerusi rangkaian.

2.11.11 Peranti Pemacu (Driver)


Kad antara muka rangkaian akan disertakan dengan pemacu (driver) bagi jenis
sistem operasi yang berbeza. Driver merupakan satu perisian yang membolehkan
sistem operasi berkomunikasi dengan kad antara muka rangkaian.Driver yang tepat
perlu dipasangkan bagi membolehkan kad antara muka rangkaian berfungsi dengan
optimum.Jika sistem operasi tidak memasang driver yang betul secara automatik
setelah kad antara muka rangkaian dimasukkan ke dalam komputer, maka anda perlu
memasangkannya secara manual.

2.8.2 Telecommunication Closet


Telecommunication Closet sesuatu kawasan, lazimnya terdiri daripada rak
peralatan rangkaian yang terletak dalam sebuah bilik yang dilengkapi dengan sistem-
sistem pendawaian telekomunikasi. Telecommunication Closet juga berfungsi sebagai
satu penamatan titik untuk memasangan sistem kabel mengufuk (horizontal cabling).
Ianya menjadi tulang belakang bagi perhubungan di antara rangkaian-rangkaian dalam
satu bangunan. Telecommunication Closet juga menempatkan kuasa tambahan untuk
peralatan stesen kerja. Sekiranya rangkaian yang dibangunkan besar maka bilangan
telecommunication closet yang adalah diperlukan akan bertambah. Sebagai contoh di
Hospital, telecommunication closet diperlukan bagi setiap tingkat.
2.8.3 Konduit
Konduit merupakan alat yang digunakan untuk melindungi kabel daripada rosak
dan supaya penyambungan lebih kemas dan teratur.Kebiasaannya conduit yang
digunakan bergantung kepada kapasiti kabel.Kabel UTP kebiasaanya menggunakan
conduit yang bersaiz 21mm (3/4 inch).

Rajah 1.7: Kabel yang menggunakan konduit


2.8.4 Kabel Pengikat (Cable tie)
Kabel pengikat (cable tie) biasanya dikenali sebagai zip tieatau zap strap
merupakan kabel yang jenis yang mudah digunakan untuk mengikat sebilangan kabel
elektronik atau kabel UTP di mana ianya digunakan untuk mengurus kabel dan wayar
supaya lebih kemas. Kabel pengikat ini mengandungi pita nilon yang kukuh bersama
gear rack yang bersepadu dan hujung lubang yang kecil. Apabila telah diikat maka ianya
tidak dapat ditarik semula dan pastikan ianya ditarik ketat untuk memastikan kabel
tersebut kelihatan kemas.Lebihan kabel yang ditarik perlu dipotong mengikut
kesesuaian kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan sekira tidak berhati-hati.

Rajah 1.8: Kabel pengikat (cable tie)

2.3 Pengenalan kepada asas pendawaian elektrik

2.3.1 Menjaga kesihatan diri sendiri

Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan


selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh
badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak
mengalami sebarang keuzuran.Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi
fikiran, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja.

Disiplin semasa bekerja

Disiplin adalah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja.Arahan dan peraturan
yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sekali-kali
melakukan sesuatu yang boleh merbahayakan diri sendiri atau orang lain, saperti
menyimpan alat-alat tajam dalam saku, membiarkan lebihan-lebihan bendakerja yang
telah digunakan berselerak, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.
Pendek kata, disiplin bermakna menanamkan tabiat-tabiat yang positif dalam
kerjanya saperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturan kerja dan bekerjasama
dengan pekerja lain. Tabiat yang positif dan sihat selalunya mengurangkan kemalangan
serta meningkatkan produktiviti.
Statistik menunjukkan bahawa kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah
disebabkan oleh kesilapan orang yang melakukannya.Pekerja-pekerja merupakan
punca utama dalam kejadian kemalangan.Selain daripada itu, suasana tempat kerja,
keadaan alat-alat dan mesin-mesin yang digunakan, sikap pengurusan dan
pentadbiran, mutu bahan-bahan yang dikerjakan serta kekemasan pakaian pekerja
adalah merupakan punca kemalangan yang sering berlaku ditempat kerja.
Pengetahuan dan pemakaian

Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang


dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan
terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang terus begitu
juga alat-alat teknologi tinggi.
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja.Pakaian yang koyak dan
serebeh serta terlalu longgar adalah punca kemalangan.Kasut dan but keselamatan
yang menggandungi kepingan keluli dibahagian hadapannya adalahsesuai bagi
mengelakkan sebarang kecederaan kaki.Capal dan sendal tidak harus dipakai semasa
bekerja ditapak pembinaan atau dibengkel.

Keselamatan diri sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk
melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan
bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan diri perkara-perkara yang berikut
hendaklah dipatuhi :-

1. Pakai pakaian bengkel yang sesuai.Elakkan memakai pakaian longgar kerana pakaian
yang longgar mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau
bergerak.

2. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. Ini boleh mengelakkan


serpihan logam ataupun tatal yang tajam terkena kaki.

3. Gunakan pelindung mata saperti cermin mata, gogel atau alat pelindung. Ini dapat
menghidarkan tatal atau serpihan logam daripada masuk kedalam mata.

4. Elakkan memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas saperti jam


tangan, cincindan rantai, kerana barang-barang tersebut boleh menyebabkan
kemalangan akibat terantuk ataupun tersangkut pada mesin atau alat-alat lain.

5. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan lain sama ada


melibatkan peralatan bengkel ataupun tidak.

6. Rambut mestilah pendek dan kemas. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada
mesin yang sedang berputar.
SOALAN
1 Sila nyatakan 12 jenis perkakasan rangkaian.
a) ………………………………………….
b) ………………………………………….
c) ………………………………………….
d) …………………………………………..
e) ………………………………………….
f) …………………………………………..
g) …………………………………………..
h) …………………………………………..
i) …………………………………………..
j) …………………………………………..
k) …………………………………………..

2 Sila nyatakan kegunaan perkakasan rangkaian berikut;


a) Pelayan - …………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
b) Modem - …………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
c) Kad Antara Muka Rangkaian - …………………………………………………………
…………………………………………………………………………..
d) Penghala (Router) - …….………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai