Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA, ARAS 5&6, BLOK E14,
PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA PENERANGAN 2
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2024

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

KOD / KURSUS DKB2323 COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY

K2.0 COMPUTER NETWORK INSTALLATION &

KOMPETENSI
CONFIGURATION

ork Rack Assembly

work Interface Card (NIC) Installation
nection
work Hardware Mount
puter Peripherals Connectivity
on
KOMPETENSI UNIT
work Address Configuration

Upon completion of the course, students will be able to:

1. Prepare computer network setup and connectivity
documentation by referring to job order/ change
request. (C2, PLO1, LOD1)
2. Deploy computer network setup and connectivity test
HASIL PEMBELAJARAN
by referring to the prepared documentation. (P3,
PLO2, LOD3a)
3. Report complete deployed computer network setup
and connectivity test using the User Acceptance Test.
(A2, PLO4, LOD3c)
DKB2323 /K 02 KOD JPK
NO KOD
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

TAJUK/TITLE: MELAKSANAKAN PEMASANGAN RANGKAIAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai perkara-perkara
dalam melaksanakan pemasangan rangkaian.

PENERANGAN/INFORMATION:

1. PEMASANGAN RAK RANGKAIAN

Perancangan adalah sangat penting dalam memasang rak pelayan untuk menempatkan
perkakasan komputer supaya kesilapan dapat dielakkan. Setelah rak pelayan siap
dipasang, ia boleh menjadi sukar untuk bergerak. Semasa menyediakan sebuah bilik
untuk menempatkan rak pelayan, harus terlebih dahulu mengetahui cara memasang rak
pelayan. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, beberapa perkara harus
dipertimbangkan dalam memastikan pemasangan rak pelayan berjaya dilaksanakan.

1.1 MEMILIH LOKASI PEMASANGAN RAK PELAYAN YANG BETUL

Memilih bilik yang betul sebagai lokasi rak pelayan adalah perkara yang kritikal. Bilik
yang dipilih haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kerana bilik ini
mengandungi perkakasan berharga dengan data syarikat yang penting di dalamnya. Bilik
yang berada di tengah-tengah bangunan sesuai kerana tidak mempunyai tingkap.
Mempunyai keupayaan untuk mengunci bilik bagi memastikan kakitangan dan
pengunjung tidak masuk juga adalah idea yang baik.

1.2 KEDUDUKAN RAK PELAYAN JAUH DARIPADA ORANG

Pastikan lokasi rak pelayan jauh daripada orang lain. Pelayan boleh menyebabkan
banyak haba dan bunyi bising yang boleh menjejaskan mereka yang bekerja di kawasan
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

sekitarnya. Selain itu, apabila orang bekerja berhampiran rak pelayan, mereka
mendedahkan peralatan tersebut kepada risiko kejadian yang tidak diingini. Walaupun
rak pelayan yang baik memberikan banyak perlindungan kepada pelayan di dalamnya,
lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikannya lebih selamat.

1.3 PERTIMBANGKAN SISTEM PENYEJUK

Perkara lain yang penting dalam menjaga peralatan komputer adalah sistem penyejuk.
Posisi rak berhampiran salauran haba sebagai contoh adalah satu kesilapan besar. Jika
terdapat tingkap di dalam bilik di mana rak diletakkan, pastikan bahawa lokasinya adalah
teduh supaya matahari tidak menyumbang kepada suhu bilik. Pastikan rak tidak
bertentangan dengan dinding yang boleh mengehadkan aliran udara. Sistem penyaman
udara harus dipasang setiap masa agar perkakasan di dalam bilik tidak menjadi panas.
1.4 MEMILIH RAK PELAYAN YANG SESUAI
Sebaik sahaja lokasi pemasangan rak pelayan ditentukan, anda perlu memutuskan jenis
rak pelayan yang terbaik untuk keperluan anda. Terdapat banyak jenis yang sedia ada.
Justeru, pastikan untuk melihat setiap jenis rak pelayan berdasarkan jenis perkakasan
yang akan dipasang pad rak pelayan tersebut.

1.5 PERTIMBANGKAN JENIS RAK PELAYAN

Memilih rak pelayan yang betul adalah sangat penting. Anda perlu mempertimbangkan
jenis perkakasan yang akan dipasang bagi memastikan terdapat ruang yang mencukupi
dan pastikan perkakasan tersebut dapat dipasang dengan betul. Sesetengah syarikat
mendapati bahawa rak pelayan yang dipasang di dinding adalah penyelesaian yang
ideal. Justeru, setiap rak pelayan harus dipertimbangkan agar tidak tersalah pilih.

1.6 MEMASTIKAN RAK DAN REL ADALAH SESUAI

Apabila membeli rak pelayan dan perkakasan lain, anda perlu memastikan supaya
perkakasan tersebut dapat dipasang dengan betul di dalam rak pelayan. Memilih rak
pelayan yang tidak sesuai dengan rel yang digunakan pada perkakasan komputer anda
akan menyebabkan perkakasan tidak dapat dipasang. Jika anda tidak pasti jenis rak
yang diperlukan, sila rujuk kepada individu yang lebih pakar.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

1.7 PERTIMBANGKAN KOS PEMASANGAN

Sesetengah syarikat membuat kesilapan dan menyebabkan kos yang terlalu tinggi
apabila membeli rak pelayan dan perkakasan komputer. Oleh sebab itu, perbelanjaan
harus dirancang bersesuian dengat bajet kewangan yang disediakan.

1.8 LABEL SETIAP KABEL RANGKAIAN

Apabila menambah perkakasan kepada rak pelayan, anda perlu memasang kabel
daripada perkakasan yang berlainan kepada router, switch, pelayan atau peralatan lain.
Pelabelan kabel ini pada setiap hujung akan membantu memastikan anda dapat
mengenal pasti dengan cepat sambungan kabel tersebut dalam menyelesaikan masalah.

1.9 PENGURUSAN KABEL RANGKAIAN

Selain pelabelan kabel, kabel perlu disusun supaya kelihatan baik di dalam rak pelayan.
Ini bermakna pengurusan kabel harus dilaksanakan supaya kelihatan kemasa dan
teratur.

1.10 MERANCANG UNTUK MASA HADAPAN

Apabila merancang pemasangan rak pelayan, anda perlu memastikan bahawa dapat
memenuhi semua keperluan semasa anda. Namun begitu, melihat kepada kemajuan
yang diharapkan untuk syarikat serta keperluan perkakasan masa depan juga
merupakan strategi yang hebat. Menghabiskan sedikit lebih banyak wang hari ini untuk
mendapatkan rak pelayan yang dapat memenuhi keperluan anda selama bertahun-tahun
ke depan akan menjimatkan masa dan wang dalam jangka masa panjang.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

2. PEMASANGAN DAN SAMBUNGAN KAD RANGKAIAN ANTARA MUKA (NIC)

LANGKAH 1: Pasang kad rangkaian pada slot yang betul.

LANGKAH 2: Masukan kad rangkaian pada slot dengan kemas dan betul.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

LANGKAH 3: Pasang skru pada casing.

LANGKAH 4: Kad rangkaian yang telah siap dipasang.

Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

LANGKAH 5: Pemasangan driver kad rangkaian.

Setiap unit kad rangkaian komputer akan disertakan dengan CD driver. Driver perlu
dipasang bagi membolehkan kad rangkaian komputer berfungsi dengan sempurna.
Langkah-langkah memasang driver akan tertera secara automatik sejurus selepas CD
driver dimasukkan. Pada masa kini, driver bagi kad rangkaian komputer juga boleh
dimuat turun melalui internet.

3. NETWORK HARDWARE MOUNT

Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

4. PEMASANGAN SAMBUNGAN PERKAKASAN KOMPUTER

4.1 Computer / PC
4.2 Scanner
4.3 Printer / multifunction
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

5. KONFIGURASI ALAMAT RANGKAIAN

5.1 IP Address
Internet Protocol (IP) adalah satu alamat unik yang digunakan dalam peranti komputer
untuk dijadikan sebagai pengenalan diri dan berhubung dengan peranti-peranti yang lain
dalam satu jaringan IP.

Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai ID
pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Alamat IP atau
protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya
menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat tersendiri.
Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada menerusi surat
atau telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).

Format Penomboran IP
Format atau sistem penomboran alamat IP kini masih menggunakan teknik protokol
tradisional versi 4 (IPv4). Ianya diterjemahkan dalam bentuk 32bit untuk mewakili setiap
alamat IP tersebut. Alamat IP ini mewakili dua pihak iaitu pengguna dan penerima dalam
satu jaringan. Isu dunia yang bakal kehabisan alamat IP yang belum digunakan, satu
versi format penomboran IP telah diperkenalkan iaitu melalui penggunaan protokol
internet versi 6 (IPv6).

Satu-satu alamat IP ditulis dalam format perpuluhan (dotted decimal), yang mempunyai 4
set nombor yang dipisahkan setiap satunya bagi mewakili penomboran 8-bit.
Penomboran 8-bit ini sekiranya diterjemahkan kepada sistem penomboran sekarang
mempunyai nilai dari 0 hingga 255.

Contoh alamat IP adalah 192.168.1.1, yang sering digunakan untuk mewakili modem di
rumah anda.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

Alamat IP untuk versi IPv4 dibahagikan kepada dua segmen atau bahagian: penghantar
(host) dan penerima (network). Bahagian penerima (network) menentukan jumlah
penghantar/pengguna yang boleh ditempatkan dalam satu-satu jaringan. Bahagian ini
boleh dipecahkan kepada sub-jaringan (subnetwork) dan bilangan penerima (host
number).

Jaringan kelas A, B, C dan CIDR

Secara tradisionalnya, alamat IP ini dikelaskan kepada tiga iaitu A, B dan C. Penentuan
untuk kelas jaringan ini ditentukan pada 3 bit yang pertama
iaitu A=000, B=100 dan C=100. Manakala kita sebagai pengguna mengelaskan alamat
IP ini menerusi sistem penomboran delapan (8-bit). Disebabkan oleh faktor kekurangan
alamat IP yang boleh digunakan, sistem pengelasan ini telah dipanjangkan dengan
mewujudkan satu sistem baru yang dinamakan Classless Inter-Domain Routing (CIDR).
Sistem ini ternyata lebih efisien dalam menentukan satu-satu identiti untuk satu-satu
pengguna.

Alamat IP Public dan Private

Dalam usaha untuk memastikan keaslian dan ketulenan penyerahan dan penentukan
alamat IP secara global, setiap alamat IP ini perlu melalui proses pendaftaran dengan
pihak Network Information Center (NIC) bagi tujuan mengelakkan berlakunya konflik
antara IP. Peranti yang ingin diakses secara terbuka oleh golongan umum perlu
menggunakan alamat IP "public" contohnya laman web dan pelayan emel.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

Manakala peranti yang tidak memerlukan akses daripada golongan umum boleh
mendapatkan alamat IP "private" dan boleh dikenal pasti dalam satu-satu organisasi
sahaja. Sebagai contohnya, pencetak yang dikongsi menerusi satu-satu jaringan akan
menggunakan alamat IP "private" untuk mengelak berlaku situasi satu dunia mencetak
menerusinya.

Pihak NIC telah menyediakan beberapa alamat IP yang telah ditempah khas untuk
tujuan kegunaan IP "private". Berikut merupakan alamat IP yang telah dikhaskan untuk
tujuan tersebut:
KELAS PERMULAAN ALAMAT IP PENGAKHIRAN ALAMAT IP
A 10.0.0.0 10.255.255.255
B 172.16.0.0 172.31.255.255
C 192.168.0.0 192.168.255.255

Apa itu alamat IP "loopback"

Loopback IP merupakan alamat IP yang digunakan untuk diakses oleh peranti itu sendiri.
Dalam IPv4 telah ditentukan dengan IP 127.0.0.1 dengan 255.0.0.0 sebagai nilai subnet
mask. Dengan erti lain, IP ini adalah alamat IP virtual, yang tidak menghubungkan
dengan mana-mana peranti lain (maknanya peranti tersebut membina jaringannya
sendiri dan menggunakan pada dirinya sendiri).

Selalunya IP "loopback" digunakan oleh perisian seperti XAMPP, WAMP yang dipasang
pada komputer anda untuk bertindak seolah-olah sebagai pelayan untuk digunakan
semasa proses pembinaan sistem atau laman web. Selalunya ianya lebih mesra dikenali
sebagai "localhost".

Dengan cara ini, anda boleh menguji sistem perisian tersebut pada jaringan tanpa perlu
memasuki atau menghubungkan kepada jaringan yang sebenar menerusi
pemasangan Network Interface Card (NIC) dan penyambungan kepada TCP/IP. Anda
boleh mengakses jaringan tersebut sama ada menaip alamat pada pelayar internet
(browser) sama ada http://127.0.0.1 atau http://localhost.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

5.2 Subnet Mask

Subnet Mask adalah istilah teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris yang merujuk
kepada nilai 32 bit yang digunakan untuk membezakan network ID dengan host ID yang
menunjukkan lokasi host sama ada pada rangkaian tempatan atau rangkaian luar.

RFC 950 mendefinisikan penggunaan subnet mask yang disebut juga sebagai address
mask sebagai nilai 32-bit yang digunakan untuk membezakan network identifier dari host
identifier dalam sebuah IP Address.

Setiap host dalam sebuah rangkaian yang menggunakan TCP/IP memerlukan sebuah
subnet mask meskipun berada dalam sebuah rangkaian dengan satu segmen sahaja.
Sama ada subnet mask default (yang digunakan pada network identifier berasaskan
kelas) ataupun subnet mask yang ditetapkan (yang digunakan ketika membuat subnet
atau supernet) harus dikonfigurasikan dalam setiap node TCP/IP.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

5.3 Gateway
Gateway adalah komputer yang memiliki minimum 2 buah network interface untuk
menghubungkan 2 buah rangkaian atau lebih. Di Internet, alamat boleh dicapai melalui
gateway yang menyediakan laluan ke arah mana untuk pergi supaya paket data sampai
ke destinasi.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

5.4 Domain Name System (DNS)

Domain Name System (DNS) atau Sistem Penamaan Domain merupakan sebuah sistem
yang menyimpan maklumat tentang nama host maupun nama domain dalam bentuk
distributed database. Dalam rangkaian komputer, DNS menyediakan alamat IP untuk
setiap nama host dan log setiap pelayan pertukaran mel yang menerima mel elektronik
(e-mel) untuk setiap domain.

DNS menyediakan perkhidmatan yang cukup penting untuk Internet, apabila komputer
dan perkakasan rangkaian berfungsi dengan alamat IP untuk melaksanakan tugas
penghantaran data, pengguna biasanya memilih untuk menggunakan nama host dan
nama domain, contohnya seperti Uniform Resource Locator (URL) dan alamat e-mel,
DNS menyediakan perkhidmatan ini.

Konfigurasi IP Address
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

LANGKAH 1: Masuk ke control panel. Pilih bahagian Network and Internet dan pilih
View network status and tasks.

LANGKAH 2: Setelah masuk Network and Sharing Center, pada panel menu sebelah
kiri, pilih Change adapter setting.

LANGKAH 3: Pilih Local Area Connection untuk konfigur IP address. Pada icon adapter
tersebut, klik kanan dan pilih properties.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

LANGKAH 4: Akan terpapar kotak dialog properties. Pilih Internet Protocol Version 4
(TCP/IPv4) dan klik properties.

Pada bahagian ini, akan terpapar kotak bagi membolehkan IP Address dikonfigurasi.
Terdapat dua kaedah dalam menetapkan IP Address iaitu secara static atau dynamic.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

LANGKAH 5: Menetapkan IP Address di windows secara static (Manual).

LANGKAH 6: Menetapkan IP Address di windows secara dynamic (Automatik).

SOALAN/QUESTION:
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:32013 (C04) KP(2/4)
Drpd/ of : 18

Nyatakan 3 perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemasangan rak rangkaian dan
terangkan setiap satunya.
..............................................................................................................................................

Berikan masud IP Address.

Terangkan langkah-langkah penetapan IP Address.

Anda mungkin juga menyukai