Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA KSK – TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN


PROGRAM IT-030-3:2013 - COMPUTER NETWORK SERVICES
SVM SEMESTER II TAHUN 1
SEMESTER
TAHAP 3 (SKM)

KSK2033 – NETWORK CABLING PREPARATION


NO DAN TAJUK KURSUS
CU3: NETWORK CABLING INSTALLATION
NO DAN STANDARD
1.0 ANALYSE NETWORK CABLING REQUIREMENT
KANDUNGAN
NO DAN PERNYATAAN
1. 1 INTERPRET CABLE LAYOUT PLAN
AKTIVITI KERJA
KSK-KSK2033/P(1/14) Muka / Page : 1
NO. KOD
IT-030-3:2013:CU3:WA1 Drpd/of : 12

TAJUK / TITLE:
PELAN SUSUN ATUR KABEL

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang pelan susun atur kabel.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 2 Drp / 13

PENERANGAN/INFORMATION:

1.0 PELAN SUSUN ATUR KABEL


CABLE LAYOUT PLAN

Pelan susun atur kabel rangkaian merupakan satu perancangan yang dibuat untuk
membangunkan sesebuah rangkaian. Melalui pelan ini kita dapat mengetahui dengan
mudah bagaimana penyambungan kabel yang akan dibentuk. Pelan susun atur kabel ini
sangat penting kepada penyelia rangkaian khususnya kepada juruteknik kerana kerana
dapat membantu memudahkan proses penyelenggaraan rangkaian.

Apabila sesuatu lokasi komputer yang akan diletakkan telah ditetapkan, anda seharusnya
memilih laluan yang tepat untuk dimasukkan ke dalam pelan kabel rangkaian. Melalui
pelan susun atur juga, anda akan lebih mudah untuk mengenalpasti panjang kabel dan
kos dalam melaksanakan pemasangan kabel rangkaian. Pelan susun atur kabel perlu
merangkumi kesemua halangan dan persekitaran yang kabel harus lalui dan dinyatakan
secara terperinci bagaimana halangan tersebut diatasi. Dalam proses pemasangan kabel
rangkaian anda perlu memastikan pemasangan adalah keadaan kemas, teratur dan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan agar proses selenggara pada masa akan datang
dapat dilakukan dengan mudah.

Terdapat beberapa jenis susun atur kabel ini yang boleh digunakan

a. Jarak titik pada titik (Point to point distance)


b. Penyaluran (Trunking)
c. Kabel Horizontal (Horizontal cabling)
d. Kabel Backbone (Backbone cabling)
e. Kabel Kampus (Campus cabling)
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 3 Drp / 13

1.1 Jarak titik pada titik (Point to point distance)

Merujuk kepada sambungan langsung - "Point-to-Point" contoh dari switch ke


server, server ke storage, server ke server lain dan sebagainya.
Dalam persekitaran data center yang baik, sistem kabel berstruktur berasaskan
piawaian akan menyediakan fungsi dan skala dengan pilihan maksimum untuk
peralatan semasa dan masa depan. Sementara pilihan pemasangan peralatan
Top of Rack (ToR) dan End of Row (EoR) ini boleh didapati, boleh ditambah,
tidak berganti atau bertukar dalam sistem kabel berstruktur.

Rajah 1: Point To Point Distance

Sistem pengkabelan titik-ke-titik adalah mencukupi untuk sebilangan kecil


sambungan. Walau bagaimanapun, kerana bilangan sambungan dalam pusat
data sentiasa bertambah, pengkabelan titik-ke-titik tidak mempunyai
kelenturan(fleksibiliti) yang diperlukan apabila membuat penambahan,
membuat pergerakan atau membuat perubahan kepada infrastruktur pusat
data.
Terdapat kelemahan untuk pemasangan kabel ke titik. Sistem titik ke titik
dengan cepat menjadi sangat besar, menjadikannya sukar bagi juruteknik untuk
menambah kabel baru atau menukar sambungan. Ia juga berpontensi
menimbulkan masalah seperti aliran udara yang disekat, kehilangan
kemasukan tambahan dan kabel dihancurkan(crushed) atau tertekan. Mana-
mana faktor ini boleh menyumbang kepada penurunan prestasi atau downtime.
Di bawah adalah contoh dari apa yang dapat dilihat oleh kabel anda selepas
menjalankan sistem titik-ke-titik untuk jangka waktu yang lama.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 4 Drp / 13

Rajah 2: Pengkabelan jarak titik ke titik

1.2 Penyaluran (Trunking)


Kabel trunk merupakan pemasangan pra penamatan copper atau fiber
mengikut kepanjangan yang bersesuaian dari infrastruktur data center dan
aplikasi backbone dimana jarak kabel yang bersesuaian mudah dijangka dan
dikenalpasti.
Trunk juga digunakan untuk menghubungkan switch bagi membentuk
rangkaian serta menghubungkan LAN (rangkaian kawasan setempat) bagi
membentuk WAN (rangkaian kawasan luas) atau VLAN (LAN maya).
Trunk biasanya melibatkan beberapa wayar/kabel bagi memaksimumkan
bandwidth yang ada dan bilangan channels yang boleh ditampung.
Trunk juga boleh terdiri dari sumber broadband tanpa wayar. Penggunaan dan
pengurusan trunk dalam sistem komunikasi dikenali sebagai trunking.

Rajah : Trunking
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 5 Drp / 13

1.3 Kabel Horizontal (Horizontal cabling)


Horizontal cabling ialah kabel yang menyambungkan workstation ke
telecommunication closet. Jarak maksimum yang di benarkan bagi kabel adalah
100 meter. Ia termasuk 90 meter untuk menyambungkan data jack

Mengikut ISO/IEC 11801:2002, elemen pengkabelan yang bersamaan dengan


horizontal cross-connect (HC) ialah dikenali sebagai floor distributor (FD).

Rajah 3 : Horizontal Cabling

A. Peralatan premis pelanggan


B. Horizontal cross-connect (HC) Equipment Cord
C. Patchcords digunakan dalam HC termasuk kabel peralatan
(equipment cables/cords) tidak boleh melebihi 5m (16 ft.).
Note: ISO/IEC 11801:2002 specifies a max. patchcord/ cross-connect
length of 5m (16.4 ft.), tidak termasuk kabel peralatan.
D. Horizontal cable 90m (295 ft.) max. total
E. Consolidation point (CP) - optional
F. Telecommunications outlet / connector (TO)
G. Work Area (WA) Equipment cord
Note: An allowance is made for WA equipment cords of 5m (16 ft.).
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 6 Drp / 13

1.4 Kabel Backbone (Backbone cabling)


Backbone cabling merupakan tulang belakang sesebuah rangkaian yang
menyediakan penyambungan antara telecommunication closet, equipment
room dan entrance facilities. Backbone cabling menyediakan interconnections
antara telecommunications rooms, equipment rooms, main terminal space dan
entrance facilities. Ini termasuk kabel backbone, intermediate dan main cross-
connects, mechanical terminations, dan patch cords atau jumpers yang
digunakan untuk backbone-to-backbone cross-connections. Backbone cabling
juga meliputi antara bangunan di persekitaran kampus.

Rajah 4 : Backbone Wiring


NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 7 Drp / 13

Rajah 5 : Backbone Network


NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 8 Drp / 13

• Backbone cabling dan Horizontal cabling dalam Pengurusan


penstrukturan rangkaian adalah berdasarkan rekabentuk hieraki yang
dibahagikan kepada 6 sub-sistem iaitu :

Rajah 6 : TIA/EIA Structure Cabling Subsystems

❖ Building Entrance / Entrance Facilities

Titik dimana pemasangan kabel dalaman bermula (internal cabling). Ianya


memisahkan antara LAN daripada WAN. Direkabentuk dimana
“Telecommunication Service Carrier” (sama ada syarikat telefon tempatan
atau sebaliknya) menerima pemasangan kabel luaran (external cabling).
Keperluan fizikal antarmuka rangkaian didefinisi dalam Piawaian EIA/TIA-569.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 9 Drp / 13

❖ Equipment Room

Lokasi perkakasan rangkaian yang penting seperti serverdan main frame host.
Pemasangan kabel bagi Equipment room menyambungkan telecomunication
closet. Di institut atau sesebuah organisasi, setiap bangunan mungkin
mempunyai equipment room sendiri. Equipment room biasanya mempunyai
perkakasan yang lebih rumit berbanding telecommunications closet. Kesemua
atau sebarang fungsi telecommunications closet mungkin disediakan oleh
equipment room. Bilik ini perlukan ruang kosong yang dikhaskan supaya ianya
dapat diubah mengikut keperluan peralatan yang akan digunakan. Jadual 1 di
bawah menunjukkan keluasan ruang yang diperlukan mengikut jumlah
workstation.

Jumlah workstation Keluasan (kaki persegi)

1-100 150

101-400 400

401-800 800

801-1200 1200

Jadual : Keluasan Ruang Mengikut Jumlah Workstation

❖ Backbone Cabling

Ianya adalah merupakan tulang belakang sesebuah rangkaian menyediakan


penyambungan antara telecomunication closet, equipment room dan entrance
facilities. Pada campus-wide network, ia mengandungi bukan sahaja vertical
connector diantara lantai, atau riser dan pendawaian antara equipment room
tetapi juga pendawaian antara bangunan.Piawaian EIA/TIA 569 telah
merekabentuk had jarak bagi pendawaian backbone bergantung kepada jenis
kabel yang digunakan.Bagi rangkaian moden, ia mengandungi kabel fiber
optik atau kabel UTP. Cross-connect adalah pusat titik penyambungan bagi
pendawaian backbone.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 10 Drp / 13

Maximum Backbone
Cabling Types Recognized
Distances

800 meters (2625 ft)


100 ohm UTP (24 or 22 AWG)
Voice*

150 ohm STP 90 meters (295 ft) Data*

Multimode 62.5/125 µm optical fiber 2,000 meters (6560 ft)

Single-mode 8.3/125 µm optical fiber 3,000 meters (9840 ft

Jadual : Jenis Kabel Dan Jarak Maksimum Yang Diperlukan

❖ Telecommunication Closet

Sebuah telecommunication room yang mengandungi penyambungan


kumpulan workstation di dalam kawasannya, ditambah dengan cross
connection ke equipment room. Telecommunication closet biasanya
mengandungi patch panel, punch-down block, hub atau switch dan
perkakasan yang lain. Punch-down block adalah panel penerima data di mana
horizontal cabling daripada dimasukkan.Patch panel adalah wall-mounted
panel bagi penerima data di mana patch cable dari punch-down dimasukkan.
Disebabkan telecommunications closet biasanya kecil, tertutup, penyejukan
dan sistem pengudaraan yang baik adalah sangat penting untuk memastikan
kesesuaian suhu di dalam telcommunication room.

❖ Horizontal Cabling
Menyambungkan workstation ke almari telecommunications closet. TIA/EIA
mengiktiraf 3 jenis kabel yang digunakan iaitu :

• 4-pair, 100-ohm UTP cable (24 AWG solid conductors)


• 2-pair, 150-ohm STP cables
• 2-fiber, 62.5/125-µm optical cable

Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 100m. Ia termasuk 90m untuk


menyambungkan data jack pada dinding ke telecommunications closet
termasuklah 10m maksimum untuk menyambungkan workstation pada data
jack di dinding.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 11 Drp / 13

❖ Work Area
Kawasan yang merangkumi kesemua patch cables dan pendawaian yang
bersesuaian untuk menyambungkan workstations, printer, dan alatan
rangkaian yang lain dari kad antaramuka (network interface card) ke
telecommunications closet.Patch cableadalah merupakan short section
(biasanya diantara 3 hingga 25 kaki panjang) kabel twisted pair dengan
penyambung di kedua-dua hujung yang menghubungkan alatan rangkaian
ke data outlets.TIA/EIA standard, setiap wall jack mempunyai sekurang-
kurangnya satu voice dan satu data outlet.Terdapat juga wall jack yang hanya
mempunyai data outlet sahaja.

1.5 Kabel Kampus (Campus cabling)

Pendawaian kampus kabel backbone melangkau dari campus distributor(CD)


ke building distributor (BD) yang lain selalunya berada di bangunan yang
berbeza.
Pendawaian kampus kabel backbone termasuk kampus kabel backbone
dan mekanikal terminasi dimana kedua-dua campus dan building distributor
bersama-sama berinteraksi dengan patch cord dan/atau jumpers di building
distributor.
Peralatan kabel di campus distributor adalah aplikasi tersendiri dan tidak
termasuk di dalam pendawaian kampus kabel backbone, walaupun mereka
adalah sebahagian daripada channel.
Building distributor boleh juga disambungkan secara terus oleh kampus
kabel backbone sesama sendiri untuk menambahbaik daripada kebarangkalian
untuk failure tolerance. Di mana building distributor tidak wujud, sub-sistem
kepada pendawaian kampus kabel backbone akan melangkau daripada
campus distributor kepada floor distributor (FD).
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 12 Drp / 13

Pandangan secara umum jenis-jenis pendawaian seperti rajah di bawah.

Rajah 7 : Jenis-Jenis Pendawaian

Rajah 8 : A Typical Campus Network Topology

Di kolej atau universiti/institusi, rangkaian di kawasan kampus kebanyakannya


berhubung dengan pelbagai bangunan kampus termasuk bangunan pengurusan,
bangunan akademik, perpustakaan, pusat pelajar atau kampus, asrama, rumah
tetamu, dan bangunan-bangunan lain.

Rangkaian di kampus dihubungkan dengan sambungan Ethernet berkelajuan


tinggi melalui gentian optik seperti Gigabit Ethernet dan 10 Gigabit Ethernet.

Tiered hierarchal architecture digunakan untuk membina rangkaian di kampus


dengan core, distribution & access segments untuk kecekapan informasi dan
kecekapan data traffic.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(1/14) Muka Surat / Page : 13 Drp / 13

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan empat jenis susun atur kabel.


i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________

2. Berikan maksud horizontal cabling dan backbone cabling.


i. ______________________________________________________________
______________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. https://juruteknik-komputer.blogspot.com/2011/12/rangkaian-komputer-jenisjenis.html,

10 Oct 2020, 16.11 p.m.

2. https://fizaija90.blogspot.com/2012/05/tajuk-pengenalan-tentang-kabel.html,

12 Oct 2020, 15.45 p.m.

3. https://catatanteknisi.com/urutan-kabel-utp-straight-crossover/

14 Oct 2020, 11.50 a.m.

Anda mungkin juga menyukai