Anda di halaman 1dari 12

ASAS RANGKAIAN KOMPUTER

Rangkaian komputer adalah koleksi sejumlah komputer yang boleh


berkomunikasi antara satu sama lain melalui media yang di kongsi.

Kegunaan Rangkaian Komputer

i. Untuk berkongsi sumber atau perkakasan


Dengan rangkaian komputer pengguna dapat berkongsi sumber dan perkakasan
seperti contohnya file, printer, modem, mesin fax

ii. Untuk berkongsi Perisian


Pengguna tak perlu mempunyai satu sistem yang boleh memuatkan kesemua
program atau perisian dalam komputer mereka. Apa yang diperlukan hanyalah
perisian asas untuk membolehkan komputer beroperasi. Selainnya pengguna
dapat berkongsi dengan pengguna yang lain ataupun boleh mendapatkannya
terus daripada pelayan ataupun server.

iii. Untuk meningkatkan produktiviti


Dengan menggunakan rangkaian komputer ianya lebih menyenangkan untuk
berkongsi data dan maklumat dikalangan pengguna

iv. Kos efektif


Oleh kerana pengguna dapat berkongsi sumber, perkakasan dan juga perisian
maka pengguaan rangkaian komputer menjadi murah dan pelaburannya juga
adalah kos efektif.

v. Cepat dan segera


Pengguna tak perlu menghabiskan masa yang lama untuk bertukar-bertukar
maklumat dengan pengguna yang lain. Apa yang diperlukan adalah sebuah
komputer yang di rangkaikan dengan rangkaian komputer yang lain.

Komponen dan Topologi Rangkaian

Terdapat tujuh komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian iaitu

(a) Fail Pelayan


Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat di antara nod di dalam rangkaian.
Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program
pemprosesan maklumat, menerima fail data dari satu stesen kerja yang lain dan
menyimpan mesej e-mel pada masa yang masa.

1
(b) Stesen Kerja
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai
stesen kerja. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

(c) Kad Antara Muka Rangkaian (NIC)


Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara
rangkaian dengan komputer stesen kerja.

(d) Concentrators/Hab
Concentratorialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari
stesen kerja, fail pelayan dan periferal.
Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh
disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin
berkembang saiznya.

(e) Pengulang (Repeater)


Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin
kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam
isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan
elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula.

(f) Jambatan (Bridges)


Sebuah jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian
yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil.
Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu.

Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah


bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke
lokasi yang diminta.

(g) Router
Sebuah router berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke
satu rangkaian yang lain.
Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan,
berpandukan pada alamat dan asal.
Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui
jalan pintas sehingga laluan kembali normal.

(h) Topologi Rangkaian


Topologi rangkaianmerujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut
disambungkan secara pemetaan. 2 topologi iaitu fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat
pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).

2
Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan
informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang
lain yang terdapat di dalam stesen kerja.

JENIS-JENIS TOPOLOGI

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan
penyambung `nyawa' kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam
rangkaian ini. Topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala,
topologi ini pula menghantar secara sehala.
Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang selalunya lebih
murah.
Kebaikan Linear Bas
i.Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
topologi Linear Bas.
ii.Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan
Kekurangan Linear Bas
i. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
ii.Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
belakang kabel tersebut.
iii.Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
rangkaian itu gagal berfungsi.

2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)

3
Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi
yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen
industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor
pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.
Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung
kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi
iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula
kepada hab.
Apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut
menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab.
Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar secara
terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini juga agak stabil
serta mudah diurus.

Kebaikan Topologi Bintang


i.Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring).
ii.Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau
periferal disambung atau dialih.
iii.Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan
memindahkan perkakasan yang rosak.

Kekurangan Topologi Bintang


i.Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
ii.Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk
menjalankan tugasnya.
iii.Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas
kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal.
iv.Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan
kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired


Ring)

Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi bas dan
topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah
bebulat.

4
Nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat
bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun
tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.
Topologi berasaskan token menghantar mesej secara dua hala, topologi ini pula
menghantar secara sehala. Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos
topologi ini yang selalunya lebih murah.

Kebaikan Topologi Gelang Token


i.Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan
alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
ii.Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
iii.Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk
mengasingkan perkakasan yang berkenaan.

Kekurangan Topologi Gelang Token


i. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
ii.Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal
berfungsi.

4.Topologi Pepohon (Tree / Hierarki)

Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang


dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada
suatu topologi berbentuk topologi bas.
Hierarki/pohon ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut
keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah
peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya
untuk kerja-kerja rutin sahaja.
Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam
komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh
dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.

5
Kebaikan Topologi Pepohon
i.Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
ii.Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling
melengkapi di antara satu sama lain.

Kekurangan Menggunakan Topologi Pepohon


i.Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis
kabel yang digunakan.
ii.Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan
segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
iii.Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan topologi-
topologi yang lain.

Jenis-jenis topologi sistem rangkaian komputer

6
Empat Kriteria untuk Memilih Sesuatu Topologi

1.Kewangan
Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-
topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.

2. Kabel
Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang
berbanding topologi yang lain.

3. Manfaat Jangka
Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat panjang
diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.

4.Jenis kabel
Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal
tidak berlapik

PROTOKOL RANGKAIAN

Protokol rangkaian adalah satu piawaian yang membolehkan komputer dan


peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ia
digunakan untuk mengawal komunikasi dalam rangkaian.

Tugas protokol pada Komputer

i. Data dipecahkan kepada section yang lebih kecil yang dinamakan packet.
ii. Tambahan maklumat address pada packet tersebut supaya sampai ke
destinasi.
iii.Menyediakan packet tersebut untuk dihantar melalui Networck Card dan
melalui kabel.

Tugas komputer yang menerima data

i. Mengambil packet dari kabel laluan dan seterusnya ke Network Card tersebut.
ii. Mengumpulkan semula packet ke buffer yang dihantar untuk dihimpunkan
semula.
iii.Data yang telah dihimpunkan tadi digunakan/ditukarkan oleh aplikasi/program
ke bentuk yang boleh digunakan.

7
Terdapat 3 jenis protokol komunikasi iaitu ;
i.Protokol Komunikasi: Token Ring

Token ring menggunakan topologi cincin dimana data dihantar dari satu
komputer ke komputer yang lain dalam bulatan sehinggalah data tersebut
sampai semula ke penghantar.

ii.Protokol Komunikasi: Ethernet

Komputer dalam rangkaian bebas untuk hantar data selagi tiada komputer lain
menggunakan rangkaian tersebut. Protokol yang membenarkan semua komputer
berkomunikasi serentak, apabila berlaku perlanggaran baru cara diambil untuk
menyelesaikannya.

iii.Protokol Komunikasi: Tcp/Ip

Data yang dihantar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil (packet)


dan kemudian disertakan alamat penghantar dan alamat penerima. TCP -
berfungsi untuk memastikan setiap packet sampai ke destinasi dalam keadaan
baik dan setiap packet dinomborkan dengan betul. Ini supaya penerima dapat
susun data ikut urutan yang betul. IP - pula bertanggungjawab dengan
pengalamatan.

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER


APA ITU SISTEM RANGKAIAN.

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan


komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-
Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat
dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit. Peralatan komputer yang dirangkaikan antara satu sama lain
mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada kawasan
yang terhad maupun di serata dunia. Terbahagi kepada beberapa kategori
Sistem Rangkaian ;

8
1. LAN (Local Area Network - Sistem Rangkaian Setempat)

LAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain
pada kedudukan geografi yang kecil, iaitu pada radius 100meter ke 10Km, tanpa
penyambungan kepada syarikat telekomunikasi.

2. WAN (Wide Area Network - Sistem Rangkaian Luas)

WAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain
pada kedudukan geografi yang luas, iaitu pada radius melebihi 10Km, dengan
penyambungan kepada syarikat telekomunikasi, dan menggunakan
PERANTARA (ROUTER).

9
3. MAN (Metropolitan Area Network - Sistem Rangkaian Bandar)

MAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain
pada kedudukan geografi yang luas, antara gabungan LAN dan WAN pada satu
bandar kepada satu LAN dan WAN pada bandar yang lain dengan
penyambungan kepada BACKBONE yang dijanakan oleh syarikat
telekomunikasi.

4. INTERNET (International Network)

INTERNET merupakan satu jaringan rangkaian terbesar di dunia dimana


kesemua jaringan yang ada pada satu-satu negara dirangkaikan kepada satu
jaringan antarabangsa agar dapat berkomunikasi. Ini mungkin melibatkan
keseluruhan LAN,WAN dan MAN di dunia.

10
Rangkaian terdiri drp pelbagai peranti iaitu termasuklah ;
􀀛 stesen kerja(PC)
􀀛 komputer pelayan/server
􀀛 hub dan switch (bridges)
􀀛 router (LAN-WAN dan WAN-WAN)
􀀛 alat pensuisan telefon

Sambungan Pelbagai Jenis Rangkaian

Konfigurasi Asas Rangkaian Komputer

􀀝 Terminal/mikrokomputer 􀀝 LAN ke MAN

kekerangka utama 􀀝 LAN ke WAN


􀀝 PC ke LAN 􀀝 Pengesan(Sensor) ke LAN
􀀝 PC ke Internet 􀀝 Satelit dan mikro gelombang
􀀝 LAN ke LAN 􀀝 Telefon berwayar dan wayarles ke
􀀝 PAN ke stesen kerja rangkaian

11
Antara kebaikan menggunakan Sistem Rangkaian adalah ;

1. Berkongsi Fail : user ataupun pengguna boleh berkongsi data atau fail yang
disimpan dalam pelayar ( server ) ataupun master iaitu komputer utama.

2. Memindahkan Fail : memudahkan kerja pemindahan data atau fail dari


komputer A ke  komputer B.

3. Berkongsi aplikasi/perisian: Memudahkan pengguna untuk berkongsi program


aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos
dan memudahkan installasi perisian/aplikasi.

4.  Berkongsi pencetak/printer/dvd rom : perinter mahupun dvd rom dapat


dikongsi pada komputer yang lain.

5.  Dapat menghantar memo dari komputer a kepada komputer b

12

Anda mungkin juga menyukai