Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2015

Pengumuman
Assalamualikum wbt..selamat sejahtera..
Tuan2 dan puan2..
Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan
1. Mohon kerjasama semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau
menukar kepada mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.
2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat
kita meninggalkan dewan..
kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. Kamisan
Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor.
Nyanyian Lagu:
- Bangsa Johor
- Selangkah Ke Hadapan
Para hadirin dipersilakan duduk

Solutasi:
Assalamualaikum wbthSelamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia , Salam Muafakat
Johor
Istana kota sebelas tingkat
Tempat baharu nakhoda pekan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.
Hendak disimpan bunga selasih
Beralas sutera di dalam peti
Menuai budi bersulam kasih
Jasamu guru bertakhta di hati.
Batu permata tidak terbilang
Bersinar Indah di atas pa
Guru aktif dan inovatif sentiasa cemerlang
Membina Ilmu Menyempurna Akhlak

Duduk santai di atas kerusi


Minum air beralas dulang
Pencetus kreativiti Penjana Inovasi
Pelajar Cemerlang Negara Terbilang

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama
berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi
tahun 2015 yang bertemakan Guru :Pembina Ilmu Menyempurna Akhlak..... Salam
keberkatan dan selamat datang diucapkan khasnya kepada ..

Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. Kamisan


Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor.

Yang Berusaha En. Ab Rahim bin Lamin


Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

dif-dif kehormat, dan jemputan


tuan-tuan pengetua,
para guru besar,
guru-guru yang dihormati
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian


-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang
berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang
berjaya.
Bacaan Doa:
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
-Bagi memberkati majlis pada malam ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput Ustaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abas untuk memimpin bacaan
doa.memohon keselamatan dan keredhaan Allah dan selanjutnya membaca doa
makan. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abas atas bacaan doa sebentar

tadi.
Makan/ persembahan
Demikianlah rangkaian lagu medley
1. Terima Kasih Cikgu
2. Kami Anak Merdeka dan
3. Guru Anak Kampung
yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan
Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah pimpinan En Mohd Ridzuan b
Lebai Ariffin
Majlis merakamkan jutaan terima kasih .
Ucapan:
Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan
-Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha En. Ab Rahim bin Lamin
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
bagi menyampaikan ucapan alu-aluan Malam Cinta Guru sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.
Dipersilakan tuan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha
En. Abd Rahim bin Lamin
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
di atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Perasmi
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan
menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini
Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor.
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Malam Cinta Guru sempena
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.
Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
Terbang melayang si anak kedidi,
terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini
Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor di atas ucapan itu tadi.
(GIMIK PELANCARAN) & (MULTIMEDIA)
Bacaan Ikrar /

Presiden dan Pengerusi


PEKASAM - EN. RASHID BIN SULAIMAN
MAJLIS GURU BESAR - EN HAMZAH BIN JAMAK
MAJLIS GABUNGAN GPK 1 - EN. ABD RAHMAN HASSAN
MAJLIS GABUNGAN GPK HEM TN HJ TAAT BIN KASRIN
MAJLIS GABUNGAN GPK KOKURIKULUM - EN ABU ZAYIN BIN ABDULLAH
MAJLIS GURU BESAR SJKC - EN. SOH LIP SOON
Nyanyian lagu Guru Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan
Penyampaian Anugerah
Tuan-tuan dan puan2
Para hadirin yang dihormati sekalian
Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru.
Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha
En. Abd Rahim bin Lamin
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini
Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor.
Untuk menyampaikan anugerah pada Malam Cinta Guru sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.Dipersilakan tuan.
Guru Inovatif
Guru Aktif dan Kreatif
Tokoh Guru 2014

Penyampaian cenderamata
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Kepada tuan Timbalan yg sudi hadir pada malam ini diucapkan jutaan terima kasih.
Tiada ungkapan selayaknya pengganti masa dan keikhlasan tuan
Tiada
Hanya cenderamata tanda kenangan

Bukti dan Saksi sebuah pertemuan


Malam Cinta Guru pd mala mini yg begitu cemerlang.
Lagu Negaraku /Penutup

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha En. Abd Rahim bin Lamin Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat untuk
menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia
Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin Zaini
Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Bersenjatakan pena keramat


Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi dan matlamat
Semoga jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru berkualiti
Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
Sebelum majlis menutup tirainya
Terima kasih daun keladi
Panjang umur kita sambut lagi
Buat guru kami sudahi
Selamat hari guru buatmu dikasihi
Jasa guru terpahat dihati
Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku

Sekuntum terima kasih kami berikan,


Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terimakasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang
berarti tuk hari depan
Terimakasih cikgu yang telah membantukami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terimakasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam
kegelapan
Terimakasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terimakasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusiamanusia tangguh

Terimakasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan
kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan
yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami
agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh,
seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang
BERSENJATAKAN PENA KERAMAT
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT
KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT
DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT
SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT
DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI
KERANA SEMEMANGNYA..
GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
TINGGI BUKIT SILANG GEMILANG
AIR PASANG TENANG-TENANGAN
BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG
DALAM HATI KENANG-KENANGAN
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........


untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia .............,dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak

Setiap yang bermula pasti akan berakhir


Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Teratai Melati Melur dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Anda mungkin juga menyukai