Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PROGRAM SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

KOD / KURSUS DKB 1333 NETWORK CABLING AND MANAGEMENT

4 – NETWORK CABLING ENVIRONMENT AND INSTALLATION


KOMPETENSI
5 – NETWORK CONECTIVITY AND MANAGEMENT

4.1 Network Cable Installation Criteria


4.2 Pre-network Cable Installation
4.3 Network Cable Laying and Pulling
KOMPETENSI UNIT 4.4 Network Cable Termination
5.1 Network Cable Connection Test
5.2 Network Cable Management
5.3 Network User Acceptance Test (UAT) Verification
Students must be able to:
1.1 Prepare a network cabling installation and management in
respond to job order/change request according to given budget.
HASIL
1.2 Deploy computer network cabling installation according to the
PEMBELAJARAN
survey results.
1.3 Present the network cable installation report according to the UAT
report format.
TARIKH

DKB 1333/K 04-05/NK KOD JPK


NO KOD IT-030-3
01-04
MAKLUMAT CALON

NAMA
NO. KAD ANGKA
PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(PENTAKSIR) (KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
PENYELARAS KURSUS)
TARIKH: TARIKH:
1.0 Pemasangan kabel

Pemasangan kabel terbahagi kepada pemasangan kabel luaran dan


pemasangan kabel dalaman.

1.1 Pemasangan kabel luaran

Pemasangan kabel luaran perlu dilaksanakan seperti berikut:

• Pilih lokasi yang sesuai untuk komputer dan perkakasan rangkaian


yang lain
• Rancang laluan yang sesuai untuk setiap kabel dari komputer ke
switch.
• Mengukur setiap laluan dari komputer ke switch, mengambil kira laluan
bagi seluruh kabel, termasuklah kabel yang berada di muka pintu,
dinding-dinding, dan halangan-halangan yang lain.
• Membuat pemasangan kabel atau beli kabel yang telah siap dengan
panjang yang sesuai untuk setiap pemasangan.
• Susun atur kabel secara loosely bagi setiap kabel yang dipasang
• Mula di satu penghujung kabel, lindung kabel kepada dinding atau
lantai dengan menggunakan konduit dari hujung ke hujung.

Rajah 1.1: Pemasangan kabel luar

2
1.2 Pemasangan kabel dalaman

Langkah-langkah asas dalam pemasangan kabel dalaman adalah seperti


berikut:
• Pilih lokasi untuk komputer dan perkakasan rangkaian yang lain, perlindungan
terhadap switch dan patch panel
• Rancang laluan untuk perjalanan kabel dari patch panelke lokasi pada setiap wall
plate atau penyambung yang lain dengan mengambil kira halangan.
• Dengan kabel yang berada pada patch panel, labelkan hujung kabel sebagai
panduan dengan tempat lokasi.
• Masukkan hujung kabel ke dalam siling, dinding atau lantai dimana kita hendak
melakukan pemasangan dan tarik.
• Kawal kabel ditempatnya sepanjang laluan kabel.
• Label hujung kabel dengan nama lokasi wall plate.

Rajah 1.2: Pemasangan kabel menggunakan konduit

2.0 Pemantauan pemasangan kabel

Sebelum membuat pemasangan kabel, kriteria tempat pemasangan perlu


dipastikan.

2.1 Plan Layout

3
Rajah 1.3: Contoh Plan layout

Plan layout ataupun gambarajah perancangan rangkaian adalah penting dalam


pembikinan sistem rangkaian komputer. Ia dapat membantu dan memudahkan lagi
untuk membaca kedudukan perkakasan yang terdapat di dalam sistem rangkaian yang
tersebut. Selain itu, ia dapat memudahkan pengguna untuk menentukan keluasan
ruang yang akan digunakan dan dapat mengesan dengan cepat punca kerosakan jika
berlakunya kerosakan. Dengan berpandukan kepada plan layout juga ia dapat
mengemaskan lagi sistem rangkaian. Terdapat empat dokumen utama yang perlu
disediakan untuk mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian, iaitu:

• Floor Plan Layout.


Gambarajah lantai atauFloor Plan Layout adalah satu plan yang
menerangkan keadaan dalam sesebuah bilik atau bangunan yang akan
dipasang dengan sistem rangkaian. Ia menerangkankeadaan bilik atau
bangunan seperti berikut:
- Bentuk bilik atau bangunan.
- Saiz bilik atau bangunan.
- Kedudukan perabot (bagi bilik yang akan dipasang dengan sistem
rangkaian).
- Kedudukan equipment rack yang akan dipasang dalam bilik atau
bangunan tersebut

• Cabling Infrastructure Layout.


Cabling Infrastructure Layout adalah satu plan yang menerangkan
keadaan pengkabelan sistem rangkaian dalam bilik atau bangunan
tersebut. Dalam layout ini, beberapa perkara berikut diterangkan di
dalamnya:
- Jenis kabel rangkaian yang digunakan.
- Bilangan kabel rangkaian yang digunakan, serta panjang setiap
kabel.
- Kedudukan kabel rangkaian dan sambungan rangkaian komputer.
- Kedudukan nod-nod rangkaian.
- Kedudukan equipment rack dalam sistem rangkaian tersebut.
Sebarang perubahan yang dilakukan kepada plan ini adalah merujuk
kepada Floor Plan Layout kerana berkemungkinan terdapat perubahan
darisegi kedudukan perabot, saiz atau bentuk bilik dan sebagainya.
Oleh itu sekiranya, terdapat perubahan pada Floor Plan Layout, Cabling
Plan Layout juga akan turut berubah. Cabling Plan Layout juga akan
berubah jika terdapat pertambahan bilangan nod rangkaian untuk
menerangkan kedudukan nod-nod baru tersebut.

4
• Network Infrastructure Layout.
Network Infrastructure Layout adalah versi tambahan bagi Cabling
Infrastructure Layout dimana ia menerangkan keadaan keseluruhan
sistem rangkaian dalam bilik atau bangunan tersebut. Ia menerangkan
kesemua perkara berikut:
- Jenis kabel rangkaian yang digunakan.
- Bilangan kabel rangkian yang digunakan, serta panjang setiap
kabel.
- Kedudukan kabel rangkaian dan sambungan rangkaian komputer.
- Kedudukan nod-nod rangkaian.
- Kedudukan equipment rack.
- Jenis perkakasan-perkasan rangkaian yang digunakan misalnya
hub, switch, router atau server.
- Bilangan perkakasan rangkaian yang digunakan.
- Kedudukan setiap perkakasan rangkaian dalam bilik atau
bangunan tersebut.
- Alamat Internet Protokol (IP) bagi perkakasan rangkaian yang
digunakan (jika ada)

• Electrical Infrastructure Layout


Electrical Infrastructure Layout merupakan satu pelan yang tidak boleh
ditinggalkan. Ini adalah kerana semua perkakasan atau komputer yang
disambungkan kepada sistem rangkaian tidak mungkin akan berfungsi
jika tiada bekalan elektrik. Seperti namanya, ia menerangkan perkara-
perkara berikut:
- Kedudukan pengkabelan elektrik dalam bilik atau bangunan.
- Kedudukan soket-soket elektrik yang dipasang dalam bilik atau
bangunan.
- KedudukanDistribution Box dalam bilik atau bangunan tersebut
Sebarang penambahan komputer atau perkakasan rangkaian akan
melibatkan penambahan soket elektrik, kerana satu-satu perkakasan
memerlukan sekurang-kurangnya satu soket elektrik supaya tenaga
elektrik dapat dibekalkan untuk perkakasan tersebut berfungsi. Secara
umum, kedudukan sistem pengkabelan elektrik dalam sesebuah bilik
atau bangunan adalah merujuk kepada Floor Plan Layout dan juga
Network Infrastructure Layout, maka Electrical Infrastructure Layout
perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan kepada kedua-dua
pelan yang lain.

5
3.0 Pemasangan kabel UTP

Sebelum membuat pemasangan kabel UTP, sediakan peralatan-peralatan


berikut :

a. Kabel UTP
b. Crimping Tools
c. RJ 45
d. Stripper

Seterusnya langkah-langkah berikut perlu diikuti.

1. Potong dan kupaskan penebat kabel sekitar 1 cm, sehingga kabel kecil-kecil
yang ada didalamnya kelihatan.
2. Pisahkan kabel-kabel tersebut dan luruskan. Kemudian susun dan rapikan
berdasarkan warnanya mengikut susunan cross cable atau straight cable.
3. Setelah kabel tersusun, ambil Jack RJ-45 dan masukkan kabel-kabel tersebut
ke dalam Jack RJ-45 sesuai dengan urutan. Pastikan kabel dimasukkan
hingga bahagian hujun jack.
4. Kepitkan Jack RJ-45 tersebut menggunakan crimping tool.

4.0 Pengujian kabel UTP

Perkakasan untuk menguji kabel secara auto scanning untuk mengesan sebarang
kesilapan pada penyambungan kabel adalah seperti berikut.

4.1 Pengujian Kabel


Multi Network Cable Tester merupakan perkakasan untuk menguji kabel secara
auto scanning untuk mengesan sebarang kesilapan pada penyambungan kabel Thin
Ethernet (BNC/ TNC), 1-BaseT (UTP/STP), AT&T 258A, TIA568A/B, Token Ring, dan
USOC4/6/8 modular kabel. Pengujian boleh dilakukan selepas penyambungan di
antara kabel dan penyambung (connector-RJ45) telah siap. Pengujian dilakukan
dengan menyambungkan hujung kabel iaitu RJ45 kepada Master Unit Network kabel
Tester dan Remote terminator. Pengujian ini boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.

6
Berikut merupakan bagaimana cara-cara hendak menguji Coaxial Cable dengan
menggunakan Multi Network Cable Tester :-

❖ Plug satu penghujung kabel kepada BNC soket di atas Master Unit Network
Cable Tester dan satu penghujung satu lagi kepada Remote Terminator.
❖ Tekan butang Power (switch ON), dan Power LED akan menyala untuk
menunjukkan ia berfungsi dengan baik.
❖ Selepas kabel Coaxial dimasukkan, LED BNC sepatutnya tidak akan menyala.
Jika ia menyala, itu menunjukkan adanya kerosakan pada kabel tersebut.
❖ Tekan butang yang terletak di sebelah kiri Master Unit Cable Tester tersebut.
Dengan ini LED BNC akan menyala hijau sekiranya kabel berada dalam
keadaan yang baik. Jika LED menyala merah atau tidak menyala langsung, ini
menunjukkan adanya kerosakan pada kabel tersebut.

Berikut merupakan bagaimana cara-cara hendak menguji 10BaseT, AT&T 258A,


EIA/TIA 568, Cable (BNC) dan Token Ring Kabel Coaxial Cable dengan menggunakan
Multi Network Cable Tester. Walau bagaimanapun 10BaseT kabel seperti UTP CAT5
merupakan kabel yang paling banyak digunakan :-

❖ Plug satu penghujung kabel (RJ45) kepada jack di atas Master Unit Network
Cable Tester dan penghujung satu lagi kepada Remote Terminator.
❖ Tekan butang Power, dan LED pada butang Power akan menyala untuk
menunjukkan ia berfungsi dengan baik.
❖ Sebaik sahaja butang Power ditekan, pada masa yang sama LED di atas
Remote Control akan mula menyala satu persatu untuk mengesan sebarang
kerosakan. Jika tiada sebarang kerosakan berlaku pada kabel, kesemua LED
akan menyala Hijau. Tetapi, jika LED itu bernyala Hijau dan diikuti dengan
Merah, atau tidak menyala langsung, ia menunjukkan adanya kerosakan pada
kabel tersebut.
❖ Jika kabel yang yang diuji adalah jenis berlapik, pengujian ke atasnya boleh
dilakukan dengan menekan butang GND (Ground) di atas multi tester.
Seterusnya jika GND LED dan kesemua butang di atas Remote Control
menyala Hijau kecuali LED pasangan 3&6, ini menunjukkan bahawa tiada
sebarang masalah berlaku di atas kabel tersebut. Jika LED menyala Hijau dan
diikuti oleh merah atau LED tidak menyala langsung, ia menunjukkan adanya
kerosakan pada lapik kabel tersebut.

7
Perhatian:
Sebelum menggunakan Cable Tester pastikan bateri 9 Volt telah dimasukkan ke
dalam Cable Tester tersebut.
❖ Perlu diingat agar sentiasa membiarkan suis GNB off sekiranya tidak menguji
kabel berlapik.
❖ Jangan sekali-kali menyambungkan Cable Tester kepada live circuit kerana ia
akan menyebabkan kerosakan akibat lebihan voltage.

Rajah 1.4: Cable tester

Rajah di atas adalah sejenis cable Tester jenis Fluke One Touch Series II dan
cable tester NS-468. Alat ini berfungsi untuk memeriksa kedudukan atau kefungsian
sesuatu sistem rangkaian dan menguji sambungan kabel berfungsi dengan baik.
Alat ini juga boleh berfungsi untuk memeriksa kefungsian kabel UTP yang
menggunakan penyambung atau “connector” jenis RJ-45. Cable tester juga boleh
digunakan untuk aktiviti ini tetapi Network Tester jenis Fluke One Touch Series II
mempunyai lebih banyak fungsi termasuk sebagai cable tester.

Alatan yang disertakan dengan Network Tester jenis Fluke One Touch Series II
❖ Bateri yang boleh dicas semula
❖ Permukaan jenis “Touchscreen”
❖ LED labels
❖ Top-Level Display
Kerja-kerja utama yang boleh dilakukan oleh Network Tester jenis Fluke One
Touch Series II
❖ Set IP (IP config)
❖ Pemeriksaan keatas kabel
❖ Menyimpan dan mencetak skrin
❖ Memeriksa penyambungan sistem rangkaian
❖ Memeriksa keadaan sistem Rangkaian

8
4.1.1 Proses “charging”

Rajah 1.5: Proses charging

Network Tester jenis Fluke One Touch Series II boleh berfungsi dengan
menggunakan kuasa elektrik ataupun menggunakan kuasa bateri yang telah dicas. Ini
bermaksud Network Tester jenis Fluke One Touch SeriesII adalah jenis cordless.
Proses charging boleh dilakukan dengan dua cara iaitu “charging” dengan kedudukan
bateri pada Network Tester jenis Fluke One Touch Series II (seperti rajah 2.2) ataupun
“charging” apabila bateri tidak berada pada Network Tester jenisFluke One Touch
Series II.

4.1.2 Memeriksa Kedudukan Kabel

Rajah 1.6: Menguji kefungsian kabel UTP

9
Gambar diatas menunjukkan bagaimana ujian ke atas kabel boleh dilakukan
dengan menggunakan Network Tester jenis Fluke One Touch Series II. Alat ini akan
mengesan kerosakan dan kefungsian pada kabel yang diuji. Sebagai contoh, gambar
dibawah menunjukkan penyambungan jenis straight cable. Hasil ujian menunjukkan
kabel tersebut berfungsi dengan baik.

Rajah 1.7: Penyambungan jenis straight cable

4.2 Contoh Pengujian Kabel


Pengujian kabel adalah penting untuk memastikan sambungan kabel adalah
betul dan dapat berfungsi dengan baik. Antara alat yang boleh digunakan untuk
pengujian fungsi kabel ini ialah Cable Tester dan Cable Analyzer.Contoh pengujian
menggunakanCable Tester NS-468

a) Masukkan kabel UTP ke dalam kedua-dua tempat Master dan


Remote pada Cable Tester.

10
b) On kan Cable Tester dan anda akan dapati running light pada
permukaan Master dan RemoteCableTester.

c) Hasil pengujian kabel :

Sambungan jenis Straight CableSambungan jenis Cross Cable

▪ Jika kabel berada dalam keadaan yang baik maka kesemua LED pada kedua-
dua Master dan Remote akan menyala mengikut pasangan sambungan
mengikut turutan penyambungan.
▪ Jika LED menyala tidak megikut susunan wayar yang betul, maka kabel yang
diuji mempunyai masalah dari segi penyambungan susunan kabelnya.

11
4.3 Contoh Pengujian Menggunakan DSP-LIA013 (Channel/Traffic
Adapter for CAT6/Class E)

a) Sambungkan kabel pada kedua-dua Smart Remote dan Cable Analyzer

Smart Remote Cable Analyzer

b) ‘On’ kan Smart Remote dan Cable Analyzer seperti ditunjukkan


seperti rajah di bawah.

c) Tekan butang Test pada Cable Analyzer untuk memulakan


ujian. Biarkan dan tunggu seketika untuk alat ini menjalankan
ujian keatas kabel tersebut.

12
d) Periksa paparan pada skrin Cable Analyzer untuk mengetahui
keputusan ujian. Anda boleh memaparkan setiap
kesalahan/kegagalan ujian dengan menekan butang enter
selepas paparan ujian terpapar pada skrin.

Contoh keputusan ujian yang


gagal Contoh keputusan ujian yang
sempurna
5.0 Peralatan Pengurusan Kabel

Patch panel
Patch panel ataupun patch bay merupakan satu panel atau khasnya dikenali juga
sebagai rack mounted iaitu merupakan tempat bagi penyambungan kabel. Satu kabel
patch yang pendek akan dicucuk ke bahagian depan kabel, manakala untuk bahagian
belakang panel disambung kabel yang lebih panjang dan tetap tanpa perlu diubah.
Perkakasan di susun secara setempat supaya ia lebih mudah dan fleksibel apabila
melakukan pemantauan, penyambungan dan pengujian rangkaian. Patch panel
memudahkan juruteknik untuk menukar port dengan cepat tanpa perlu mengeluarkan
perbelanjaan yang lebih untuk membeli perkakasan switching yang lebih mahal. Ianya
mula digunakan pada zaman awal perubahan dalam dunia telekomunikasi di mana
papan suis untuk telefon dan bilik yang besar yang dipenuhi oleh operator telefon yang
sentiasa beroperasi sepanjang masa.

Rajah 1.6: Patch panel

13
Telecommunication Closet
Telecommunication Closet sesuatu kawasan, lazimnya terdiri daripada rak
peralatan rangkaian yang terletak dalam sebuah bilik yang dilengkapi dengan sistem-
sistem pendawaian telekomunikasi. Telecommunication Closet juga berfungsi sebagai
satu penamatan titik untuk memasangan sistem kabel mengufuk (horizontal cabling).
Ianya menjadi tulang belakang bagi perhubungan di antara rangkaian-rangkaian dalam
satu bangunan. Telecommunication Closet juga menempatkan kuasa tambahan untuk
peralatan stesen kerja. Sekiranya rangkaian yang dibangunkan besar maka bilangan
telecommunication closet yang adalah diperlukan akan bertambah. Sebagai contoh di
Hospital, telecommunication closet diperlukan bagi setiap tingkat.
Konduit
Konduit merupakan alat yang digunakan untuk melindungi kabel daripada rosak
dan supaya penyambungan lebih kemas dan teratur. Kebiasaannya conduit yang
digunakan bergantung kepada kapasiti kabel. Kabel UTP kebiasaanya menggunakan
conduit yang bersaiz 21mm (3/4 inch).

Rajah 1.7: Kabel yang menggunakan konduit

6.0 Kenalpasti masalah pada sistem rangkaian


Mengenalpasti sesuatu yang perlu dibaiki bermakna bermulalah proses
mengesan kerosakan. Mengesan kerosakan adalah satu proses mengenal atau
menganalisa masalah dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum itu anda perlu:
o Memahami tugas yang hendak dilakukan
o Mengetahui kehendak tugas
o Mengenalpasti masalah
❖ Adakah sistem memenuhi kehendak anda?
❖ Bila kali terakhir sistem memenuhi kehendak anda?
❖ Bagaimana ia berbeza dengan yang asal?

o Menerima kehadiran masalah


o Mengenalpasti masalah
o Mengenalpasti punca masalah
o Mengenalpasti bukan punca masalah
o Membaiki masalah
o Membaiki penyebab masalah

14
6.1 Asas-asas menyelesaikan masalah: -
• Memahami sistem rangkaian anda
❖ Jenis kabel yang digunakan
❖ Jenis topologi (bus, bintang, token ring)
❖ Aplikasi pelayan yang digunakan
❖ Gambarajah rangkaian sebelum pemeriksaan
• Memahami kegunaan software
• Mengetahui perkakasan didalam sistem rangkaian.
• Mengetahui cara membuka dan memasang perkakasan rangkaian.
• Mempunyai dokumentasi sistem rangkaian

6.2 Mengenalpasti sambungan rangkaian


Bagi mengenal pasti sambungan dalam keadaan baik atau tidak terdapat
beberapa cara yang perlu dilakukan. Diantara langkah-langkah yang perlu dilakukan
pada rangkaian adalah seperti berikut :
• Aktifkan bagi memastikan samada terdapat error message atau code
message pada rangkaian.
• Periksa sambungan kabel rangkaian yang digunakan bagi memastikan
kabel dalam keadaan baik.
• Periksa Network Interface Card (NIC) samada dalam keadaan baik atau
sebaliknya.
• Periksa Network Configuration.
• Merekod segala masalah yang terdapat pada rangkaian semasa atau
selepas melakukan kerja-kerja troubleshooting.

6.3 Masalah yang wujud pada kabel rangkaian


Berikut juga merupakan situasi yang mungkin berlaku pada sistem rangkaian
seperti:
• Masalah pada kabel Unshielded Twisted Pair (UTP)
Wayar tembaga yang terdapat dalam kabel UTP adalah dalam keadaan berpiuh.
Keadaan ini akan menyebabkan gangguan yang dihasilkan oleh signal elektrikal yang
lain, misalnya signal yang dihasilkan oleh mesin fotostat atau sistem penggera. Cara
untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memiuh wayar-wayar tembaga tersebut.
Kabel UTP hanya boleh menghantar maklumat sehingga 100 meter sahaja. Oleh itu,
penyambungan ke peranti yang terletak jauh akan menyebabkan penghantaran
maklumat yang kurang baik. Semakin jauh signal dihantar maka ia akan semakin
lemah. Kita dapat mengatasi masalah ini dengan meletakkan peranti dalam jarak yang
terdekat.

15
• Semua konfigurasi rangkaian betul tetapi rangkaian dalaman(LAN) masih
tidak berfungsi dengan baik atau tidak stabil.
❖ Sambungan rangkaian yang tidak baik.
❖ Kabel rangkaian terlalu panjang.
❖ Masalah fail Windows
❖ Pastikan semua sambungan kabel dan penyambung RJ45 kukuh.
❖ Gunakan kaedah sambungan kabel 100-T Base.
❖ Lakukan proses instalasi semula Windows

• Sebahagian node (perkakasan yang dirangkai) tidak dapat diakses


❖ Rangkaian yang menghubungkan node berkenaan tidak berfungsi.
❖ Pertindihan alamat TCP/IP bagi node berkenaan dengan workstation
atau server.
❖ Akses kepada node dihalang.
❖ Fail driver tidak berfungsi dengan baik.
❖ Pastikan semua sambungan rangkaian ke node berkenaan dalam
keadaan sempurna.
❖ Semak alamat TCI/IP. Ubah jika ada alamat yang sama.
❖ Mesej memaparkan berlaku pertindihan alamat TCP/IP

• Beberapa buah komputer hang secara tiba-tiba apabila rangkaian dikesan


semasa proses login Windows
❖ Alamat TCI/IP yang digunakan bertindih (sama bagi beberapa buah
komputer).
❖ Nama komputer (computer name) sama bagi beberapa buah komputer.
❖ Ubah alamat TCP/IP komputer supaya tidak sama antara satu sama
lain.
❖ Pastikan computer name tidak sama bagi setiap komputer

16
• Beberapa komputer tidak dipaparkan dalam network neighbourhood.
❖ Rangkaian bagi komputer yang berkenaan tidak berfungsi.
❖ Periksa network setting bagi komputer yang berkenaan.
❖ Pastikan kabel dan network connector disambung dengan baik.
❖ Pastikan kad rangkaian berfungsi.
❖ Pastikan panjang kabel tidak melebihi 100 meter di antara hub dengan
komputer yang berkenaan. Jika lebih, perlu tambahkan hub atau
pasangrepeater.

• Lampu ADSL pada modem berkelip tidak berhenti-henti.


❖ Talian ADSL rosak, talian ADSL tidak disambung atau terputus.
❖ Pastikan kabel telefon/ADSL disambungkan kepada modem.
❖ Sekiranya lampu ADSL masih lagi berkelip tidak berhenti-henti, hubungi
streamyx technical center 1300889515 untuk membuat laporan
kerosakan talian. Bantuan akan diberikan oleh pegawai telekom yang
berdekatan

• Komputer client (student) tidak dapat melayari internet.


❖ Rangkaian tidak berfungsi.
❖ Julat alamat TCI/IP melebihi had yang disokong oleh router.
❖ Konfigurasi pelayar web (contohnya Internet explorer atau Netscape)
komputer yang berkenaan merujuk kepada connection yang salah atau
tidak wujud.
❖ Konfigurasi proxy yang salah atau tidak diperlukan.
❖ Pastikan rangkaian berfungsi dengan baik.
❖ Pastikan bilangan client tidak melebihi julat router pada satu-satu masa.
Contohnya bagi router jenis Allied Telesyn yang dibekalkan
kepadamakmal sekolah (projek SCHOOLNET) hanya membenarkan 62
nodesahaja mengakses pada satu-satu masa.
❖ Semak konfigurasi pelayar web. Pastikan anda menggunakan
optionnever dial a connection dalam Tools – Internet option –
Connections dankosongkan pada ruangan proxy (LAN settings).

• Lampu ADSL pada modem/router stabil, lampu PPP menyala tetapi LAN
tidakmenyala.
❖ Rangkaian dalaman ke modem/router tidak berfungsi.
❖ Periksa kabel rangkaian dan penyambung RJ45 dari modem/router ke
hub/switch. Pastikan port yang berkenaan berada dalam keadaan
yangbaik.

17
• Lampu ADSL pada modem stabil tetapi masih tidak dapat akses ke
Internet.
❖ Lampu PPP tidak menyala.
❖ Login, kata laluan atau konfigurasi modem/router yang salah.
❖ Pastikan login, kata laluan dan konfigurasi modem/router adalah
betul.Tetapkan butiran berikut:
• Login: <kod sekolah anda>@schoolnet
• Password : <kod sekolah anda>
• Connection type : PPPoe
• VPI = 0
• VCI = 35
6.4 Kaedah untuk menguji sambungan kabel sekiranya menghadapi
masalah.
• Pastikan kabel yang digunakan adalah kabel yang betul. Contohnya kable
MDI digunakan dari port ke komputer dan MDIX kabel digunakan untuk
menyambungkan komputer dengan komputer, atau pun komputer dengan
printer.
• Gunakan TDR ataupun Cable Tester yang lain bagi memastikan kabel
tersebut tidak mengalami masalah open, short atau masalah yang lain.
• Gunakan kabel yang lain untuk memastikan masalah yang sebenarnya.
Sekiranya terdapat sambungan, ini bermakna kebel yang asal bermasalah.
• Tukarkan kabel yang rosak dengan kabel yang baru.

6.5 Kaedah bagi menguji Network Card (NIC)


Sekiranya Network Interface Card(NIC) bermasalah kaedah-kaedah berikut
hendaklah diikuti untuk menyelesaikan masalah tersebut.
• Pastikan Network Interface Card (NIC) telah pun di pasang dengan betul
pada slot yang betul.
• Pastikan Network Interface Card (NIC)dipasang pada slot yang betul.
Pastikan LED yang terdapat pada Network Interface Card (NIC) menyala.
• Install perisian driver NIC yang betul.
• Sekiranya LED tidak menyala masalah mungkin berpunca daripada kabel.
Oleh yang demikian pastikan kabel yang dipasang tidak longgar atau rosak.
• Network Interface Card (NIC)juga boleh diuji dengan menggunakan
command prompt (cmd). Ianya juga kenali sebagai loopback iaitu ping IP
127.0.0.1

18
• Terdapat juga sebuah alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan
ke atas kefungsian Network Interface Card (NIC)iaitu network analyzer.
Alat ini disambungkan terus ke Network Interface Card (NIC)yang berada
di komputer semasa komputer dihidupkan, maka network analyzer tadi
akan dapat membuat pemeriksaan sama ada Network Interface Card
(NIC)berfungsi dengan baik atau sebaliknya

19
SOALAN

1 Kenapakah pengujian kabel di dalam sesuatu rangkaian perlu dilakukan?


……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

2. Senaraikan perkakasan untuk menguruskan pemasangan kabel.

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan langkah untuk mengenalpasti sambungan rangkaian berada dalam


keadaan baik atau tidak.

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………

RUJUKAN
Beth Verity(2003).”Guide to Network Cabling Fundamentals”, Thomson Course
Technology, Canada, ISBN 0-619-12012-6, Muka Surat 1-282

Michael Graves “The Complete Guide to Networking and Network +”, Thomson Delmar
Learning’Canada, ISBN 0-619-12012-6, Muka Surat 1-282

www.rangkaian.com.my 20

Anda mungkin juga menyukai