Anda di halaman 1dari 10

Rangkaian Komputer

Nama Program

: Pembangunan Rangkaian

[Sijil Modular Kebangsaan]


Sinopsis Program :
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja
sebenar dalam proses pembangunan rangkaian komputer dengan wayar dan rangkaian
komputer tanpa wayar. Peserta juga akan didedahkan kepada perkara penting dalam
pembangunan rangkaian dari analisis kawasan, keperluan dan peralatan, jenis-jenis rangkaian,
perangcangan struktur rangkaian termasuk penyediaan blueprint, keperluan konfigurasi
peralatan, persediaan server seta servis yang diperlukan dan cirri-ciri keselamatan yang perlu
dimasukkan. Pembelajaran akan bermula dari analisis dan kemudiannya diikuti dengan
pemasangan rangkaian dengan wayar dan tanpa wayar, konfigurasi peralatan seterusnya
penyelenggaraan dan baikpulih rangkaian.
Objektif Program :
Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang teknologi pembangunan rangkaian adalah
untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk
melaksanakan tugas di dalam bidang teknologi program rangkaian komputer.
Hasil Pembelajaran Program :
Diakhir program ini, graduan akan boleh:i. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pembangunan
rangkaian.
ii. Melaksanakan tugasan pembangunan rangkaian dengan menggunakan peralatanperalatan dengan
betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metadologi dan teknik
dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
iii. Melaksanakan tugasan penstrukturan rangkaian dengan menggunakan peralatanperalatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik
dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
iv. Melaksanakan tugasan pembangunan server dengan menggunakan peralatan-peralatan
dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai
dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
v. Melaksanakan tugasan pembangunan keselamatan rangkaian dengan menggunakan
peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan
teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.

vi. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan


sepanjang hayat.
vii. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan
melaksanakan tugasan.
Sukatan Kurikulum :
LA 01 PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER

LnP 01.01

Laksanakan Pemasangan Perkakasan Komputer

20 jam

Nota LnP01.01
LnP 01.02

Laksanakan Pemasangan Kad Rangkaian Komputer

20 jam

LA 02 PEMASANGAN PENYAMBUNG KABEL RANGKAIAN


LnP 02.01

Laksanakan Pemasangan Patch Kabel (Twisted Pair)

40 jam

LnP 02.02

Laksanakan Pemasangan Kabel UTP ke Faceplate

40 jam

LnP 02.03

Laksanakan Pemasangan Kabel UTP ke Patch Panel

40 jam

LnP 02.04

Laksanakan Pemasangan Penyambung Fiber Optik

120 jam

LnP 02.05

laksanakan Pemasangan Kabel Sepaksi (Coaxial)

40 jam

LA 03 MEREKABENTUK PENDAWAIAN BERSTRUKTUR


LnP 03.01

Hasilkan Lakaran Blueprint

40 jam

LnP 03.02
jam

Hasilkan Lukisan Blueprint Menggunakan Perisian Komputer (Visio)

40

LA 04 PEMASANGAN KABEL RANGKAIAN


LnP 04.01

Lakukan Pembentukan PVC Konduit

LnP 04.02

Lakukan Pembentukan Trunking

40 jam

LnP 04.03

Laksanakan Pemasangan Backbone Cabling

40 jam

LnP 04.04

Laksanakan Pemasangan Horizontal Cabling

40 jam

LA 05 PEMASANGAN KABEL RANGKAIAN TANPA WAYAR

40 jam

LnP 05.01

Laksanakan Pemasangan Acess Point (AP)

20 jam

LnP 05.02

Laksanakan Pemasangan Adapter Pada Nod

20 jam

LnP01.02 : Laksanakan Pemasangan Kad


Rangkaian Komputer
A : BAHAN
1. Set Komputer

Set Sebuah Komputer

Komputer adalah satu alat ciptaan sains dan teknologi yang merupakan satu mesin elektronik
yang boleh menerima arahan atau data digital, memprosesnya, menyimpan dan mengeluarkan
hasil dari data yang diproses. Sebuah sistem komputer boleh dikatakan sebagai suatu mesin
atau sebuah alat elektronik atau alat elektronik yang boleh melakukan operasi Arithmatik,
Logik , Kawalan dan Memproses Data. Kesemua operasi tersebut dilakukan setelah menerima
arahan daripada pengguna.
2. Kad Rangkaian Komputer

Kad Rangkaian Komputer (Network Interface Card) merupakan penyambungan fizikal antara
rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan Kad Rangkaian Komputer dimasukkan
dalam komputer pada salah satu slot tambahan. Kad Rangkaian Komputer adalah penentu
bagi kelajuan dan kecekapan sesuatu rangkaian. Adalah lebih baik menggunakan Kad
Rangkaian Komputer yang laju mengikut jenis rangkaian yang digunakan. Secara umumnya,
sesebuah kad rangkaian berfungsi untuk:
1. Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
2. Menghantar data ke komputer yang lain
3. Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung.
B. BAHAN
1. Pemutar Skru Mata Phillips Dan Mata Rata

Pemutar Skru Mata Philips dan Mata Rata


Terdapat dua jenis pemutar skru yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pembangunan
rangkaian iaitu:
1. Pemutar skru mata phillips
Digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk
palang.
1. Pemutar skru mata rata
Digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk
alur.

Kedua-dua jenis pemutar skru ini diperbuat daripada keluli keras manakala saiznya ditentukan
oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya. Kebiasaannya digunakan untuk memasang
dan menanggalkan skru.
2. Driver Kad Rangkaian Komputer

Driver Kad Rangkaian Komputer


Setiap unit kad rangkaian komputer akan disertakan dengan cd driver masing-masing. Driver
perlu dipasang bagi membolehkan kad rangkaian komputer berfungsi dengan sempurna.
Langkah-langkah memasang driver akan tertera secara automatik sejurus selepas cd driver
dimasukkan. Pada masa kini, driver bagi kad rangkaian komputer juga boleh dimuat turun
melalui internet.

LA02 : PEMASANGAN PENYAMBUNG KABEL RANGKAIAN

KOD : RK1102
SINOPSIS :
Aktiviti penghasilan idea mengandungi pembelajaran dan latihan bagi laksanakan
pemasangan dan penyambungan kabel rangkaian.
Aktiviti-aktiviti ini mestilah dilakukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan latihan
yang telah ditetapkan.
HASIL PEMBELAJARAN :
I. Mendapatkan maklumat tentang keperluan aktiviti.
II. Merancang bahan, menyediakan alat dan menguruskan ruang kerja (bengkel).

III. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan di dalam aktiviti ini.
IV. Melaksanakan kaedah menghasilkan pemasangan penyambung kabel rangkaian.
V. Menghasilkan pemasangan penyambung kabel rangkaian.
VI. Mengamalkan amalan keselamatan dan kebersuhan di tempat kerja.
VII. Menilai kekemasan, ketepatan, rupa yang telah siap.
SENARAI PEMBELAJARAN DAN LATIHAN
LnP 02.01 Laksanakan pemasangan patch kabel (twisted pair)
LnP 02.02 Laksanakan pemasangan kabel utp ke faceplate
LnP 02.03 Laksanakan pemasangan kabel utp ke patch panel
LnP 02.04 Laksanakan penyambungan kabel fiber optik
LnP 0.05 Laksanakan pemasangan kabel sepaksi (coaxial)
C1

TAJUK : TEKNIK MENGUKUR KABEL UTP


Langkah 1 :
Sediakan komponen dan peralatan yang diperlukan untuk memulakan kerja-kerja amali.

Langkah 2 :

Dapatkan kabel rangkaian UTP sepanjang 0.5 meter yang telah diukur dengan menggunakan
pita pengukur.

C2

TAJUK : TEKNIK MEMOTONG KABEL UTP


Langkah 1 :
Potong kabel menggunakan cutter.

10BaseT

Title :10BaseT
10 BaseT cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi
bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam
penggunaanya.
Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel
UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih reliable
jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak
membantu dalam memperbaiki data errors dalam sambungannya. Selain dari itu UTP

cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian down jika salah satu komputer atau
sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan
seluruh network down hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak)
Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3)
digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang
kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana
kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.
Huruf T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna twisted iaitu jenis sambungan
UTP(unshielded twisted pair) kabel yang digunakan.
Biasanya ada dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan 10Base-T seperti berikut:i) Straight through cable
ii) Crossover cable
Straight through cable digunakan untuk sambungan seperti berikut :* Sambungan dari router kepada hub/switch.
* Sambungan dari server kepada hub/switch.
* Sambungan dari workstation kepada hub/switch.
Crossover cable pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :* Sambungan uplink antara switch.
* Sambungan hub kepada switch.
* Sambungan hub kepada hub lain.
* Sambungan network terus antara dua komputer (tanpa hub/switch).
* Sambungan router interface kepada router interface yang lain.
Attenuation pada 10BaseT
Satu perkara yang perlu diambil kira pada pengukuran jarak kabel 10Base-T adalah
attenuation.Attenuation adalah pengecilan amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu
medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes 10Base-T attenuation yang dibenarkan
adalah 11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel tersebut dengan menggunakan testing
device. Secara amnya kabel Cat 5 mempunyai attenuation sebanyak 10dB per 500 kaki pada
frekuensi 10MHz.Maka jarak maksimum setelah dikira termasuk patch cable dan patch panel
sambungan Cat 5 boleh dikatakan tidak boleh melebihi 150m iaitu lebih kurang 490kaki.
Perbandingan Thinnet 10Base2 dengan Unshielded Twisted Pair 10BaseT
10Base2
Harga kabel
Lebih mahal sedikit dari 10BaseT
Panjang maksimum
185 meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Kurang terdedah

Lain-lain
Komponen elektroniks lain amat murah
SItuasi terbaik untuk digunakan
Rangkaian sederhana ke besar yang memerlukan kadar sekuriti yang tinggi
Ciri-ciri
UTP (10BaseT)
Harga kabel
Murah
Panjang maksimum
100meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Sangat terdedah
Lain-lain
Memerlukan hub/switch (kos lebih mahal)
SItuasi terbaik untuk digunakan
Site yang kecil hingga sederhana

Anda mungkin juga menyukai