Anda di halaman 1dari 12

[Ai] Menggunakan 3D Revolve dan Map

Art
3
Oleh Mohd Faizal Daud pada 04 Jun 2013 Illustrator, Tutorial
Tutorial ini akan memberi idea untuk anda menggunakan lebih fungsi 3D di dalam Adobe
Illustrator. Penggunaan 3D di dalam Adobe Illustrator adalah perkara WAJIB yang perlu
diketahui oleh semua Pereka Grafik. Banyak lagi teknik lain yang boleh kita pelajari dalam
tutorial seterusnya. Kali ini saya hanya ingin menunjukkan bagaimana menggunakan 3D
Revolve dan Map Art untuk membuat bentuk Glob dengan paten yang anda kehendaki.

Perincian Tutorial:

Program: Adobe Illustrator

Versi: CS2 hingga Versi Terkini

Tahap: Pengguna Baru

Jangka Masa Siap: 10 Minit

OK. Mari Mulakan.

Langkah 1:

Reka Paten anda. Saya hanya menggunakan kotak-kotak sahaja.

Gunakan Rectangle Tool dan buat kotak bersaiz saiz 5mm x 5mm.

Rotate kotak untuk membentuk diamond.

Kemudian kita Move Copy sebanyak yang sesuai.

Langkah 2

Menggunakan paten ini saya jadikan ia sebagai Symbol Graphic.

Caranya buat Symbol baru pada panel option, setkan kepada Graphic.

Langkah 3:

Ketepikan dahulu paten tersebut.

Kita buat pula Separa Bulatan untuk membentuk 3d nanti. Jadikan ia bentuk globe
dengan menggunakan kan Revolve 3D (Effect > 3D > Revolve).

Langkah 4:

Setkan seperti imej di atas.

Langkah 5:

Gunakan Map Art dan buka paten symbol anda tadi, setkan Scale to Fit.

Langkah 6:

Kemasan. Untuk memastikan paten dapat diasingkan menjadi objek berlainan, kita
gunakan Expand atau Expand Appearance.

Hasil Lain (Antara contoh hasil dengan menggunakan tenik ini):

Like this:

Anda mungkin juga menyukai