Anda di halaman 1dari 37

BUKU KERJA ADOBE ILLUSTRATOR

1.

Hasilkan Bentuk Bunga Dengan Mudah


a.
Satu cara mudah dan asas untuk menghasilkan bentuk bunga di dalam Illustrator
ialah dengan menggunakan Effect Pucker & Bloat.

b. LANGKAH 1:

Buat satu bentuk bulatan menggunakan Ellipse Tool.

Setkan warna Fill / Stroke mengikut citarasa anda.

c. LANGKAH 2:

Select bulatan tersebut.

Klik menu Effect > Dist0rt & Transform > Pucker & Bloat.

Tarik slider ke arah Bloat (ke sebelah kanan).

d. VARIASI:

Kelopak bunga ditentukan oleh bilangan anchor point (titik-titik biru pada garisan
path).

Untuk tambah kelopak, kita perlu tambah anchor point - klik menu Object > Path >
Add Anchor Points.

Ulang lagi Add Anchor Points untuk penambahan seterusnya.

e. EXPAND:

Bentuk bunga yang terhasil daripada Effect hanyalah sekadar visual. Bentuk asal
bulatan masih lagi terpelihara.

Jika anda ingin mendapatkan bentuk bunga daripada garisan path, klik menu Object
> Expand Appearance.

Expand = pecahkan / leraikan. (Kalau Flash = Break Apart, AutoCad = Explode).

2.

Latarbelakang Warna-Warni

Tutorial kali ini akan menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan latarbelakang warna-warni
(fun & colorful) dengan mudah.

Rujuk pada asas Pen Tool

Anda perlu mempunyai asas penggunaan Pen Tool untuk melakukan tutorial ini. Siapa yang
pakai Illustrator tapi tak tahu guna Pen Tool = tak lengkap. Cepat-cepatlah belajar.
Ok. Kita mulakan.
LANGKAH 1:

Buka New File

Klik pada Pen Tool (P)

Buatkan 1 titik permulaan & klik 1 titik lagi dalam bentuk melengkung. Lihat imej di atas.

LANGKAH 2:

Siapkan 1 bentuk dengan menyambungkan semua titik.

Langkah 2 menunjukkan bentuk akhir yg siap

LANGKAH 3:

Untuk menukar warna, klik Swatch Library

Untuk pilihan warna yang banyak, sila ikut imej di atas. (Color Book > DIC Color
Guide)

LANGKAH 4:

Selepas klik DIC Color Guide, anda akan dapat lihat paparan warna untuk dipilih

LANGKAH 5:

Klik pada rekabentuk yang anda buat tadi, dan pilih warna yang anda mahukan.

Sebagai contoh, warna hijau muda.

LANGKAH 6:

Anda boleh menukar warna Outline(stroke) mengikut pilihan anda di Toolbar bahagian
atas.

Untuk dapatkan hasil seperti dibawah, anda hanya perlu Copy & Paste dan hanya
menukarkan warna.

HASIL:

Envelope - Teks Mengikut Bentuk Path


Terfikir bagaimana hendak membuatkan teks supaya ianya mengikut bentuk path yang kita
mahukan? Ok, dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara yang mudah untuk menghasilkannya.
HASIL:

LANGKAH 1:

Lukiskan satu segiempat dengan menggunakan Rectangular Shape Tool

Pastikan, warna Fill sahaja (Warna stroke = tiada)

Select segiempat tersebut

Klik Effects > Warp > Flag

Setkan seperti setting di atas (atau, mengikut citarasa design anda)

LANGKAH 2:

Untuk dapatkan garisan path yang mengikut bentuk flag, kita kena expand path

Pastikan sekali lagi shape anda tiada garisan Stroke (atau, teknik ini tak akan menjadi)

Klik Object > Expand Appearance

LANGKAH 3:

Select object

Klik Object > Path > Offset Path (setkan offset: 10pt)

Klik OK

Akan muncul satu lagi bentuk yang sama tetapi lebih besar sedikit di atas object yang
asal tadi

LANGKAH 4:

Select bentuk object yang asal dan tukarkan warna (bagi tujuan visual - senang nak
bezakan)

Kemudian, taipkan satu teks

Klik-kanan pada teks tersebut > Arrange > Send to back.

LANGKAH 5:

Select teks dan object yang lebih kecil (berwarna merah)

Klik Object > Envelope Distort > Make with Top Object

Siap!

HASIL:

Tambahan: Effect Drop Shadow kepada object yang di belakang (hijau)

Klik Effect > Stylize > Drop Shado

Penggunaan Symbols Dalam Efek 3D


Kali ini saya menunjukkan asas penggunaan Symbols dan kaitannya dengan penggunaan Efek
3D. Jika selalunya anda menggunakan efek 3d dengan pilihan warna dan bayang, kali ini saya
akan tunjukkan kaedah untuk meletakkan imej latar pada bentuk 3D nanti.
Efek 3D selalunya di buat dengan menggunakan tool Effect > 3D > Extrude & Bevel, ia juga

boleh dibuat dengan efek blend mode. Untuk kali ini saya menggunakan kaedah yang biasa
digunakan iaitu dengan pilihan yang pertama tadi.

LANGKAH 1
Buat tiga kotak memanjang dan rapatkan ketiga-tiganya. Dan masukkan warna pada carta
sebelah.

LANGKAH 2
Buka window Symbols (Shift + Ctrl + F11)
1) Klik pada New Symbols
2) Pilih Type : Graphic

LANGKAH 3
1) Buat bulatan pertama dengan warna sama mengikut susunan tadi.
2) Copy (Ctrl + C) dan Paste in Front (Ctrl + F)
3) Reduce saiz bulatan tadi kepada 80%
4) Ulangi langkah tadi untuk bulatan ketiga

LANGKAH 4
Buat New Symbols untuk bulatan tadi.

LANGKAH 5
Sekarang boleh gunakan Efek 3D tool Effect > 3D > Extrude & Bevel, dan tetapkan mengikut
imej dibawah:

Seterusnya pergi pada Map Art


LANGKAH 6
(1) Pilih Symbols seperti dibawah untuk menjadi imej latar untuk bulatan bahagian atas.

(2) Pastikan klik pada Scale to Fit

(3) Seterusnya pergi pada Surface ke 3, pilih pada simbol bar seperti imej dibawah

Sekarang objek 3D tadi sudah siap, banyak lagi latar yang boleh dimasukkan mengikut kreativiti
anda.

Reka Elemen Logo

Apabila merekabentuk simbol untuk logo, penggunaan tools seperti pathfinder sangat penting
bagi
membolehkan
kita
mencapai
bentuk
yang
kita
rancangkan.

Ok. Kali ini kita akan cuba hasilkan bentuk seperti di atas dengan menggunakan tool basic
seperti Ellipse Tool, Pathfinder, dan Pen Tool.
LANGKAH 1:
sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2009/02/bulat1.png>

Bujur
Lukiskan satu bentuk bujur dengan menggunakan Ellipse Tool. Stroke = tak kisah (1 pt pun
ok).
Bulatan
Lukiskan satu bulatan (seperti ditunjukkan di atas). Tekan Shift sambil membuat bulatan untuk
mendapatkan bulatan yang tepat. Kemudian, setkan stroke kepada 15 pt.
LANGKAH 2:

Sekarang kita akan copy bulatan yang besar (seperti ditunjukkan di atas). Cara yang paling
mudah ialah dengan menggunakan Selection Tool (V).
Pilih bulatan tersebut dan gerakkan ke kanan. Untuk menyalin bentuk bulatan sambil
menggerakkannya, anda perlu menekan key Alt (Alt + Drag). Lepaskan mouse sekiranya anda
berpuas hati dengan kedudukan bulatan yang baru tersebut.
Untuk mengulangi duplikasi, anda hanya perlu menekan Ctrl + D. Tekan sehingga beberapa
bulatan besar memenuhi bentuk bujur (lihat imej di LANGKAH 3).

LANGKAH 3:

Select kesemua bentuk bulatan yang besar. Kita akan tukarkan ciri stroke kepada fill.
Klik pada menu Object > Path > Outline Path.
Bulatan anda akan mempunyai ciri fill color.
LANGKAH 4:

Seterusnya, kita akan membuat proses Divide - untuk membuang lebihan-lebihan bentuk di luar
bentuk bujur.
Select kesemua bentuk (bujur dan semua bulatan). Pergi ke pada Palet Pathfinder:

Klik pada ikon Divide. Hasilnya, setiap persilangan bentuk akan terpotong dan terpisah (tapi
secara visualnya masih lagi bercantum sehingga kita buangkan di langkah yang seterusnya).
LANGKAH 5:

Hasil Divide tadi masih lagi tercantum kerana kesemua potongan berada di dalam Group. Kita
perlu Ungroupkan, tekan Ctrl + Shift + G (atau, klik pada menu Object > Ungroup).
Dengan menggunakan Selection Tool (V), pilih potongan-potongan di luar bentuk bujur dan
tekan Delete. Buangkan semua lebihan sehingga tinggal bentuk belang seperti di atas.

LANGKAH 5:

Dengan menggunakan Selection Tool (V), pusingkan bentuk belang tersebut seperti
ditunjukkan di atas.

LANGKAH 6:

Seterusnya, kita akan melukiskan bentuk bayang untuk bentuk belang tersebut. Saya
menggunakan Pen Tool (P) dan melukiskan satu per satu kotak-kotak kelabu seperti di dalam
imej di atas.
Setelah siap, gunakan Selection Tool (V) dan pilih kesemua kotak kelabu tersebut. Susunkan
kesemua kotak tersebut ke belakang, tekan Ctrl + Shift + [ (atau, klik kanan > Arrange >
Send to Back).
*Sekiranya mahu, anda boleh menukarkan warna untuk bentuk 'belang'.
HASIL:

Manipulasi Penggunaan Brush

Salam. Ini adalah kali pertama saya menulis tutorial untuk Sifoo.com .Terima Kasih Bro Sifoo,
kerana membenarkan saya berkongsi teknik yang saya tahu kepada dunia grafik Malaysia.

Saya ingin berkongsi cara membuat dan menggunakan brush sendiri.


LANGKAH 1:

Buat tiga kotak memanjang ke bawah dan rapatkan ketiga-tiganya. Kemudian, masukkan warna
pada carta sebelah.

LANGKAH 2:

Gunakan Drect Selection Tool (A) dan highlight path bahagian atas kotak sahaja. Kemudian
tekan SHIFT + RIGHT ARROW supaya menjadi senget seperti di atas.
LANGKAH 3:

a. Highlight objek dan buka window Brudh (F5)


b. Klik pada New Brush
c. Pilih New Art Brush
LANGKAH 4:

Gunakan Spiral Tool atau lain-lain tool (seperti pen tool, pencil atau brush)
LANGKAH 5:

a. Ubah saiz stroke


b. Tukar saiz lebar stroke kepada 60% (atau mengikut kesesuaian anda)
c. Setkan Flip Along
Kemudian, susun objek terebut mengikut rekabentuk yang sesuai. Bagi memudahkan lagi, anda
boleh expand objek tersebut supaya tidak menjadi brush.
Klik menu Object > Expand> Appearance
Reka Logo
Illustrator adalah perisian yang paling sesuai sekali untuk kerja-kerja merekabentuk logo.
Tutorial ini akan menunjukkan cara merekabentuk logo menggunakan Type, Offset Path dan
Pathfinder.
Buka satu fail baru. Tidak kisah saiz artboard.
LANGKAH 1:

Buat satu bentuk bulatan menggunakan Ellipse Tool (L). Tekan Shift sambil membuat bulatan
akan memastikan bulatan tepat (bukan bujur).
Setkan Stroke weight: 12 dan warna stroke: Hitam. Pastikan tiada warna Fill.

LANGKAH 2:
Pilih bulatan yang dibuat tadi. Kita akan tukarkan garisan stroke kepada Filled Path. Klik menu
Object > Path > Outline Stroke.
sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/09/circle_path.png>

LANGKAH 3:
Taipkan satu teks. Saya taip huruf d dan p menggunakan font: Myriad Pro, Black
Condensed
Italic.
*Sekiranya, anda ingin gunakan font lain, saya sarankan anda gunakan font jenis yang tebal
(bold atau black).

LANGKAH 4:
Sekarang, kita akan tukarkan teks tadi kepada outline. Klik pada menu Type > Create
Outlines (Ctrl+Shift+O). Atau, klik kanan di atas teks tadi, dan pilih Create Outlines daripada
menu yang muncul.

LANGKAH 5:
Susunkan teks tadi di tengah-tengah bulatan. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan
palet Align.
Pilih kedua-dua objek: teks dan bulatan. Klik pada ikon Horizontal Align Center dan Vertical
Align Center di palet Align.

LANGKAH 6:
Pilih alatan Direct Selection Tool (A) - Arrow yang berwarna putih. Kita akan tinggikan tiang
huruf d dan huruf p (seperti imej di bawah) dengan menggunakan alatan tersebut. Caranya,
pastikan huruf tadi tidak dipilih (Ctrl+Shift+A) - Deselect All.
Kita mulakan dengan huruf d dulu. Klik pada garisan path yang paling atas sekali dan tarik
(drag) ke atas sehingga terkeluar daripada bentuk bulatan (seperti imej di bawah).

Ulang proses yang sama untuk huruf p pula. Klik dan tarik ke bawah.
Langkah 7:
Seterusnya, pilih huruf d dan p. Kita akan gabungkan kedua huruf tadi menjadi satu
bentuk/objek yang satu. Jadi, kita akan menggunakan palet Pathfinder - Shape Modes > Add
to shape area + Expand.

Langkah 8:
Pilih bentuk huruf tadi (d dan p). Klik pada menu Object > Path > Offset Path. Setkan
Offset: 3pt. Klik OK.
Offset path akan membentukkan satu shape yang sama tetapi dengan sedikit offset (mengikut
nilai yang kita tetapkan). Jadi, kita akan dapat dua bentuk yang sama tetapi berbeza saiz.

Langkah 9:
Ok, sekarang pilih bentuk huruf yang terhasil daripada offset path tadi. Maksudnya, pilih bentuk
yang kedua, yang lebih besar saiznya. Kemudian, sambil menekan Shift, pilih pula bentuk
bulatan. Jadi, kita sekarang sedang membuat pilihan dua objek pada masa yang sama.

Seterusnya, klik pada ikon Subtract from shape area + Expand daripada palet Pathfinder.
Hasilnya akan kelihatan seperti di dalam imej berikut.

Langkah 10:
Wah! Dah langkah 10 dahpanjang juga ni. Takpe, dah nak habis.

Sebenarnya, untuk bentuk logo ini, kita dah siap! Cuma sekarang ini untuk letak warna dan
sedikit hiasan.
Pilih alatan Gradient dan setkan warna gradient di dalam palet Gradient - Type: Radial. Klik
dan tarik alatan seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah di bawah.

Untuk variasi, saya hasilkan logo seperti di bawah ini.

Gradient Yang Blend Dengan Latar

Teknik menghasilkan warna gradient yang blend dengan latar belakang sesuatu rekabentuk.
Teknik ini menggunakan Opacity Mask (Fungsi ini agak tersorok sedikit di dalam Illustrator Kalau tak geladah memang tak jumpa).

Pertama sekali kita hasilkan satu rekabentuk latarbelakang. Untuk contoh ini saya hasilkan
latarbelakang seperti imej di atas.
Langkah
1
Gunakan Rectangle Tool untuk hasilkan satu kotak. Saya gunakan Pattern > Basic Graphics >
Basic Graphics_Dots > 0 to 100% Dot Gradation (Ai CS3).
Langkah
Copy dan Paste in Front (Ctrl + F). Kemudian, tukarkan warna Fill kepada biru.

Langkah
Dalam palet Transparency, tukarkan Blend Mode kepada Color.

sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/08/symbol_logo.png>

Langkah
4
Buka palet Symbols Libraries > Logo Elements. Masukkan elemen seperti simbol planet dan
roket ke atas latarbelakang tadi.

Langkah
5
Lukiskan bentuk swoop seperti yang diwarnakan dengan warna hijau, oren dan merah untuk
planet, roket dan logo Sifoo.com
Langkah
6
Copy setiap bentuk swoop tadi dan Paste in Front (Ctrl + F). Tukarkan warnanya kepada Linear
Gradient Hitam Putih. (*warna hitam akan menjadikan warna yang berada di bahagian bawah
transparen)
Langkah
7
Select kedua-dua bentuk (warna solid dan warna gradient). Dalam palet Transparency, klik pada
butang kecil Option (pada sudut atas sebelah kanan palet). Pilih Make Opacity Mask.
Hasilnya, warna solid akan diblendkan dengan latarbelakang.

Teks Ganaz

Hasilkan gaya teks ala heavy-metal dengan menggunakan Adobe Illustrator. Tutorial ini
menggunakan efek pucker dan stroke.

Langkah
1
Taipkan satu tulisan menggunakan Type Tool. Kemudian, tukarkan teks tersebut kepada Outline
(Type > Create Outlines atau klik kanan > Create Outlines).
Langkah
2
Select teks tersebut dan klik menu Effects > Distort & Transform > Pucker & Bloat. Tarik slider
ke arah nombor negatif untuk mendapatkan efek pucker (*nombor positif utk efek bloat).
sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/08/03.png>

Langkah
3
Copy teks yang telah diletakkan efek pucker tadi. Kenakan stroke pada teks, weight: 30px,
warna: hitam.
Langkah
4
Pastekan teks yang telah dicopy awal tadi, dengan menggunakan Paste in Front (Ctrl+[ F ]).
Tukarkan setting stroke, weight: 10px, warna: putih.
Langkah
5:
Pastekan sekali lagi teks yang dicopy awal-awal tadi, dengan menggunakan Paste in Front (Ctrl+
[ F ]). Buangkan setting stroke.

Hasilnya

akan

menjadi

seperti

imej

di

bawah

ini:

Cetak Banyak Halaman (Page Tiling)

Bagaimana sekiranya anda ingin mencetak beberapa halaman sekaligus dengan menggunakan
Adobe Illustrator? Jawapannya, gunakan Page Tiling (Window > Show Page Tiling).
Contoh:
Anda ada 6 halaman bersaiz A4. Jadi, buat satu dokumen baru yang bersaiz lebar: 321cm dan
tinggi: 229.7cm (seperti imej di atas).
Kemudian, klik pada File>Print>Setup>Page Tiling>Tile Full Pages.
Untuk print, File>Print>General>Pages>All Pages.

Mudah!

Anda mungkin juga menyukai