Anda di halaman 1dari 6

[Ai] Pecahkan Teks

3
Tutorial Illustrator kali ini akan menunjukkan cara asas untuk memecahkan teks supaya kita
boleh menggunakan hasil pecahan tersebut untuk menghasilkan reka bentuk logo. Teknik ini
menggunakan Expand dan Pathfinder.
HASIL:

LANGKAH 1:

Gunakan Type Tool dan tulis satu huruf.

Setkan jenis dan saiz font mengikut kesesuaian reka bentuk anda.

Warna font tidak penting untuk setakat ini.

LANGKAH 2:

Pastikan teks anda diselect. Gunakan Selection Tool (Arrow Hitam) dan select teks
tadi.

Kemudian, klik menu Object > Expand.

Klik OK pada window yang muncul.

LANGKAH 3:

Lihat perbandingan di atas. Sebelum Expand dan selepas Expand.

Teks yang telah diexpandkan telah menjadi shape dan tidak boleh lagi diedit
menggunakan Type Tool.

LANGKAH 4:

Pilih Shape Tool seperti Ellipse Tool untuk membuat bentuk bulat.

Lukis bentuk bulat dan susunkan bentuk tersebut di atas teks (bertindih).

Gunakan Selection Tool untuk select kedua-dua object (bulatan dan teks)
sekaligus.

LANGKAH 5:

Klik menu Window > Pathfinder untuk membuka panel Pathfinder.

Kemudian, klik pada button Divide (lihat imej di atas).

Divide akan memecahkan bentuk yang bertindih berdasarkan persilangan garisan di


antara satu sama lain.

LANGKAH 6:

Selepas melakukan Divide, kedua bentuk tersebut secara automatik menjadi satu
group.

Untuk memisahkannya, klik kanan dan pilih Ungroup atau klik menu Object >
Ungroup.

LANGKAH 7:

Selepas ungroup, klik menu Select > Deselect.

Dengan menggunakan Selection Tool (Arrow Hitam), klik pada bahagian-bahagian


yang telah dipecahkan. Anda akan dapati bahawa setiap pecahan boleh digerakkan
secara berasingan.

Cuba pisahkan setiap satu bahagian pecahan tersebut. Lihat imej di atas.

LANGKAH 8:

Ok. Sekarang anda boleh berkreatif dengan pecahan-pecahan yang telah dihasilkan.
Lihat contoh di atas.

Anda boleh alihkan, ubah saiz, tukar warna, duplicate dan apa juga yang anda
ingin lakukan.

Berkreatiflah.

Anda juga boleh mencuba dengan beberapa huruf atau dengan menggunakan bentuk (shape)
yang lain.
Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai