Anda di halaman 1dari 2

MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI.

(KEYBOARD)
Papan kekunci merupakan alat input komputer. Fungsi utamanya ialah untuk
menulis(menaip). Juga untuk mengendalikan beberapa pergerakan komputer. Peralatannya
hampir sama dengan mesin taip biasa, cuma ia di tambah lagi dengan beberapa butang
untuk kemudahan kerja. Diantara kekunci utama adalah seperti berikut
Space bar.Kekunci yang paling panjang, gunanya untuk jarak antara patah perkataan
Enter. Kekunci yang paling penting dan paling selalu di gunakan. Biasanya terdapat 2
kekunci. Fungsinya memberitahu tahu komputer, kita sudah habis melakukan kerja, ia itu
untuk seterusnya. Atau membuat perenggan ayat seterusnya. Ianya juga selalu di gunakan
untuk membuka, menghantar, menyalin, membuang dan apa saja yang dilakukan oleh
window mengikut arahannya.Caps Lock. Untuk menaip dalam huruf besar. Pastikan lampu
hijau caps lock menyala. Shift. Juga untuk mendapatkan huruf besar. Tetapi ianya perlu di
tekan serentak dengan huruf yang kita taip.Backspace. Kekunci yang mempunyai tanda
arah panah kekiri. Fungsinya memadam semula perkataan yang kita taip secara mengundur.
Kalau di dalam Window (my document atau lain lain folder) atau ketika melayari internet, ia
berfungsi untuk kembali ke halaman yang telah kita tengok sebentar tadi. Delete. Didalam
kerja menaip, fungsinya untuk memadam satu huruf dari kiri kekanan. Atau memadam satu
perkataan atau satu ayat atau semuanya setelah kita select (Select bererti kita menekan dan
seret tetikus hingga berubah warna) seterusnya tekan delete. Ia juga berfungsi untuk
membuang apa saja program yang telah kita arahkan dengan mengklik sekali tetikus pada
sesuatu icon program tersebut.Tap. Untuk memulakan perenggan ayat, atau menjarakkan
perkataan lebih jarak.Ctrl. Kekunci kawalan. Selalunya di gunakan serentak dengan sesuatu
huruf yang telah di programkan bagi mengendalikan pergerakan window. Beberapa contoh
akan saya senaraikan di bawah ini nanti.Alt. Juga kekunci kawakan. Berfungsi hampir sama
dengan Ctrl. Start. Kekunci yang berlogo window di gunakan untuk membuka butang start di
penjuru kiri bawah. Tekan logo window, tekan kekunci anak panah arah keatas atau
kebawah, tekan enter. Untuk menutup komputer menggunakan kekunci ini. Tekan logo
window, tekan anak panah keatas, pilih shutdown, tekan enter. Apabila pasti tempatnya
tekan Enter sekali lagi.4 arah panah. Digunakan untuk menggerakkan kursor(penanda di
screen dimana kita menaip). Tekan samaada keatas kebawah kekiri atau kekanan. Di dalam
paparan window atau melayari internet, ia berfungsi untuk menurun atau menaikkkan helaian
membolehkan kita mudah melihat semuanya.Num Lock. Kunci nombor. Pastikan lampu
hijau Num Lock menyala untuk kita menaip nombor yang diperlukan. Sekiranya lampu hijau
Nom Lock dipadam, nombor-nombor yang ada disitu berfungsi sebagai penggerak pengganti
point tetikus, atau sama fungsinya dengan penggunaan 4 arah panah.Print Screen SysRq.
Kekunci yang digunakan untuk mencetak (printer). Ikutilah arahannya.F12. Kekunci untuk
menghantar simpan (save as) helaian yang sedang kita taip.F1. Kekunci untuk mendapatkan
bantuan Help.F11. Digunakan untuk membesarkan screen window ketika melayari internet.

Untuk melakukan ini Tekan


Pergi ke "Beritahu saya apa yang anda mahu lakukan"ALT+Q Buka CTRL+O Simpan
CTRL+S Tutup CTRL+W Memotong CTRL+X Menyalin CTRL+C Menampal CTRL+V
Memilih semua CTRL+A Tebal CTRL+B Italik CTRL+I Garis bawah CTRL+U Mengurangkan
saiz fon sebanyak 1 poin. CTRL+[ Meningkatkan saiz fon sebanyak 1 poin. CTRL+]
Memusatkan teks. CTRL+E Menjajar teks ke kiri CTRL+L Menjajar teks ke kanan. CTRL+R
Batal Esc Membuat Asal CTRL+Z Membuat Semula CTRL+Y Zum ALT + W, Q, kemudian
tab dalam kotak dialog Zoom kepada nilai yang anda mahu.
Mencipta, melihat dan menyimpan dokumen

Mencipta dokumen baru. CTRL+N Membuka dokumen. CTRL+O Menutup dokumen.


CTRL+W Memisahkan tetingkap dokumen. ALT+CTRL+S Mengalih keluar pisahan tetingkap
dokumen. ALT+SHIFT+C atau ALT+CTRL+S Menyimpan dokumen. CTRL+S

Anda mungkin juga menyukai